pernyataan sebelum PBS.docx

1
Pernyataan Sebelum PBS Sebelum PBS, kami diberi peluang untuk memilih sekolah yang kami ingin tuju. Kami dibekalkan borang untuk menulis nama sekolah dan juga alamat sekolah yang kami telah pilih. Selepas berfikir secara terperinci, saya telah memilih sekolah rendah yang pernah mengaji iaitu SJK (C) Hwa Aik di Arau, Perlis sebagai tempat untuk perlaksanaan PBS. Pemilihan ini dilakukan berdasarkan lokasi yang dekat dengan rumah saya di samping terdapat pengangkutan yang menghantarkan saya ke sekolah. Selain itu, terdapat 3 lagi rakan sebaya memilih sekolah rendah yang sama dengan saya kerana terdapat tempat penginapan dan juga pengangkutan. Selepas itu, perjumpaan semua guru pelatih PISMP SEM 1 dengan pensyarah unit praktikum. Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk memberi taklimat kepada kami semasa melaksanakan PBS di sekolah yang terlibat. Dalam taklimat, kehadiran ke sekolah tersebut amat ditekankan oleh pensyarah kerana ini akan menyebabkan kegagalan pencapaian kami dalam PBS. Kami juga dipesan agar menjaga tingkah laku dan tatatertib semasa berada di sekolah. Selepas itu, kami dibekalkan borang Rekod Perkembangan PBS dan juga borang pengisian maklumat berkenaan dengan sekolah tersebut. Di samping itu, kami juga dibekalkan surat pemberitahuan dan dipesan agar menyerahkan surat tersebut kepada guru besar sekolah yang kami akan pergi. Selepas cuti, tiga rakan sebaya saya bertolak dari asrama ke rumah saya dan menginap di rumah saya selama 5 hari. Kami telah membuat persiapan seperti fotostat borang kolaborasi dan refleksi. Apabila sampai hari yang pertama, kami telah membuat persiapan yang lengkap dan bersedia untuk pergi ke sekolah untuk melaksanakan PBS.

Transcript of pernyataan sebelum PBS.docx

Pernyataan Sebelum PBSSebelum PBS, kami diberi peluang untuk memilih sekolah yang kami ingin tuju. Kami dibekalkan borang untuk menulis nama sekolah dan juga alamat sekolah yang kami telah pilih. Selepas berfikir secara terperinci, saya telah memilih sekolah rendah yang pernah mengaji iaitu SJK (C) Hwa Aik di Arau, Perlis sebagai tempat untuk perlaksanaan PBS. Pemilihan ini dilakukan berdasarkan lokasi yang dekat dengan rumah saya di samping terdapat pengangkutan yang menghantarkan saya ke sekolah. Selain itu, terdapat 3 lagi rakan sebaya memilih sekolah rendah yang sama dengan saya kerana terdapat tempat penginapan dan juga pengangkutan. Selepas itu, perjumpaan semua guru pelatih PISMP SEM 1 dengan pensyarah unit praktikum. Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk memberi taklimat kepada kami semasa melaksanakan PBS di sekolah yang terlibat. Dalam taklimat, kehadiran ke sekolah tersebut amat ditekankan oleh pensyarah kerana ini akan menyebabkan kegagalan pencapaian kami dalam PBS. Kami juga dipesan agar menjaga tingkah laku dan tatatertib semasa berada di sekolah. Selepas itu, kami dibekalkan borang Rekod Perkembangan PBS dan juga borang pengisian maklumat berkenaan dengan sekolah tersebut. Di samping itu, kami juga dibekalkan surat pemberitahuan dan dipesan agar menyerahkan surat tersebut kepada guru besar sekolah yang kami akan pergi. Selepas cuti, tiga rakan sebaya saya bertolak dari asrama ke rumah saya dan menginap di rumah saya selama 5 hari. Kami telah membuat persiapan seperti fotostat borang kolaborasi dan refleksi. Apabila sampai hari yang pertama, kami telah membuat persiapan yang lengkap dan bersedia untuk pergi ke sekolah untuk melaksanakan PBS.