Perodua Dan 2013

download Perodua Dan 2013

of 9

Transcript of Perodua Dan 2013

  • 7/27/2019 Perodua Dan 2013

    1/9

    Perodua dan RM200.5 Juta

    Mengembangkan Industri Automotif

    TempatanPosted on January 25, 2012by Fariz

    Demi pembangunan industri automotif Malaysia, dan juga meningkatkan kualiti produksi kereta

    tempatan, Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (Perodua) kini membuat keputusan untukmelangkah dengan lebih besar pada tahun 2012.

    Pada 21 Januari 2012, sumber daripada Business Times menyatakan syarikat itu bersedia untukmelaburkan sebanyak RM200.5 juta bagi melakukan penambahbaikan syarikat dari semasa ke

    semasa.

    Antara perkara yang akan ditingkatkan menerusi pelaburan ini adalah:

    Peningkatan kualiti kereta yang dihasilkan.

    Peningkatan kualiti bantuan sokongan untuk pengguna kereta Perodua.

    Peningkatan kualiti dari segi penggunaan bahan untuk produksi kereta.

    Pengarah Urusan syarikat Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh menyatakan pelaburan terhadap

    capital expenditure (capex) ini adalah untuk memperkasakan prinsip yang dipegang syarikat ini,iaitu prinsip 3S yang membawa maksud:

    Sales. Services.

    Spare parts.

    Tujuan pembinaan prinsip 3S ini adalah untuk meningkatkan jenama Perodua di mata pengguna

    kereta tempatan dan juga global.

    http://autoviq.com/perodua-dan-rm200-5-juta-mengembangkan-industri-automotif-tempatanhttp://autoviq.com/perodua-dan-rm200-5-juta-mengembangkan-industri-automotif-tempatanhttp://autoviq.com/author/Farizhttp://autoviq.com/author/Farizhttp://autoviq.com/perodua-dan-rm200-5-juta-mengembangkan-industri-automotif-tempatan
  • 7/27/2019 Perodua Dan 2013

    2/9

    Beliau juga memberitahu Perodua kini telah menetapkan sasaran jualan keretanya kepada jumlah

    188,000 unit pada tahun ini. Iaitu peningkatan sebanyak 4.0% daripada tahun 2011.

    Datuk Aminar percaya ia boleh dicapai kerana Perodua sendiri mengutamakan kualitipembikinan kenderaan kereta serta melakukan aktiviti promosi dan pemasaran secara efektif,

    dengan mempelbagaikan medium yang ada.

    Berdasarkan statistik jualan kereta Malaysia tahun 2012, Perodua Myvi merupakan kenderaan

    yang paling banyak dijual. Statistik ini menunjukkan tidak mustahil Perodua dapat mencapai

    jumlah jualan yang ditetapkan.

    20 Kereta Paling Laris Jualan Di Malaysia

    Posted onJanuary 17, 2012 by Fariz

    Berikut adalah maklumat yang pihak kami peroleh daripadaOh Gear. Iaitu sebuah laman

    informasi yang berkaitan dengan dunia automotif Malaysia.

    Ketika ini, Perodua Myvi mendahului semua syarikat pembangunan kereta dengan jumlah jualanmencecah 65,783 unit.

    Manakala Honda Accord berada pada tangga terbawah. Walaupun Honda Accord merupakankereta yang tampil lebih elegan, dan berteknologi berbanding kereta lain, namun mungkin harga

    jualan yang agak tinggi memberikan kesan pada unit jualan kereta ini.

    http://autoviq.com/20-kereta-paling-laris-jualan-di-malaysiahttp://autoviq.com/20-kereta-paling-laris-jualan-di-malaysiahttp://autoviq.com/author/Farizhttps://www.facebook.com/ohgearhttps://www.facebook.com/ohgearhttp://autoviq.com/20-kereta-paling-laris-jualan-di-malaysiahttp://autoviq.com/20-kereta-paling-laris-jualan-di-malaysiahttp://autoviq.com/author/Farizhttps://www.facebook.com/ohgear
  • 7/27/2019 Perodua Dan 2013

    3/9

    Sumber : http://autoviq.com/20-kereta-paling-laris-jualan-di-malaysia

    Rumusan yang boleh dibuat setakat ini, rakyat Malaysia masih cenderung menggunakan kereta

    tempatan. Harga kereta yang lebih murah, kompak dan buatan tempatan adalah faktor yangmendorong mereka untuk terus menggunakan produk kereta Perodua dan Proton.

    Model Perodua paling murah

    Oleh FAIZAH [email protected]

  • 7/27/2019 Perodua Dan 2013

    4/9

    Najib Tun Razak bersalaman dengan kakitangan Perodua pada sambutan Gala Raya Sempena

    Ulang Tahun Ke-20 Perodua dan pelancaran Buku Coffee Table di Rawang, Selangor, semalam.

    KUALA LUMPUR 24 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Perusahaan Otomobil Kedua

    Sdn. Bhd. (Perodua) bakal mengeluarkan sebuah lagi model kereta yang akan dijual pada hargapaling rendah dan mampu milik tahun depan.

    Perdana Menteri berkata, langkah itu adalah strategi yang dikekalkan Perodua bagi memastikan

    rakyat Malaysia terus menikmati kereta mampu milik yang berkualiti serta lengkap dengan ciri-

    ciri canggih dan selamat.

    "Saya diberitahu Perodua akan kekalkan strategi pengeluaran kereta pada kos paling rendah dan

    model baharu tahun depan juga akan dijual dengan harga paling rendah," katanya.

    Beliau berucap dalam majlis Gala Raya Sempena Ulang Tahun Ke-20 Perodua dan pelancaran

    Buku Coffee Table sebagai memperingati penubuhan syarikat itu di Rawang dekat sini hari ini.

    Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri MustapaMohamed, Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin dan Presiden dan Ketua Pegawai

    Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

    Sebelum itu, Najib diberi taklimat mengenai perkembangan dan strategi Perodua oleh

    pengurusan syarikat tersebut.

    Najib berkata, langkah Perodua mengurangkan kos pengeluaran kereta buatannya adalah tepat

    kerana pada akhirnya memberi faedah menguntungkan kepada pengguna.

  • 7/27/2019 Perodua Dan 2013

    5/9

    Menurut beliau, strategi secara sukarela oleh syarikat itu juga dapat menawarkan harga kereta

    yang lebih kompetitif pada masa kini.

    ''Dengan pasaran yang semakin kompetitif dan dasar liberalisasi ASEAN serta global, makasetiap syarikat automotif perlu mengkaji kos struktur perniagaannya supaya lebih efisien,''

    katanya.

    Najib berkata, Perodua telah menjadi jenama kereta nasional yang mempunyai potensi besar

    dalam dan luar negara kerana menawarkan produk pada harga praktikal dan mampu milik olehsemua rakyat Malaysia serta di rantau Asia Tenggara.

    Beliau percaya dengan pembinaan kilang pengeluaran yang bakal siap tahun depan

    membolehkan Perodua mengeluarkan model-model kereta yang lebih berkualiti hasil

    penggunaan teknologi pembuatan canggih.

    "Saya harap hasil daripada usaha ini juga Perodua dapat mengeksport lebih banyak unit kereta ke

    luar negara," katanya.

    HomeISU , TERKINIModel Perodua paling murah

    Model Perodua paling murah

    Desperado | 8/25/2013 | 0 ulasan

    http://pilihan-anda.blogspot.com/http://pilihan-anda.blogspot.com/search/label/ISUhttp://pilihan-anda.blogspot.com/search/label/TERKINIhttp://pilihan-anda.blogspot.com/2013/08/model-perodua-paling-murah.htmlhttp://2.bp.blogspot.com/-01FEiou983A/UhlmHkSCKRI/AAAAAAABKtM/RXQsPK4AvYk/s1600/perodua-logo.jpghttp://www.vimaxherbs.com/http://www.jiwalara.com/http://www.nuffnang.com.my/http://pilihan-anda.blogspot.com/http://pilihan-anda.blogspot.com/search/label/ISUhttp://pilihan-anda.blogspot.com/search/label/TERKINIhttp://pilihan-anda.blogspot.com/2013/08/model-perodua-paling-murah.html
  • 7/27/2019 Perodua Dan 2013

    6/9

    KUALA LUMPUR 24 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Perusahaan Otomobil Kedua

    Sdn. Bhd. (Perodua) bakal mengeluarkan sebuah lagi model kereta yang akan dijual pada harga

    paling rendah dan mampu milik tahun depan.

    Perdana Menteri berkata, langkah itu adalah strategi yang dikekalkan Perodua bagi memastikan

    rakyat Malaysia terus menikmati kereta mampu milik yang berkualiti serta lengkap dengan ciri-ciri canggih dan selamat.

    "Saya diberitahu Perodua akan kekalkan strategi pengeluaran kereta pada kos paling rendah danmodel baharu tahun depan juga akan dijual dengan harga paling rendah," katanya.

    Beliau berucap dalam majlis Gala Raya Sempena Ulang Tahun Ke-20 Perodua dan pelancaran

    Buku Coffee Table sebagai memperingati penubuhan syarikat itu di Rawang dekat sini hari ini.

    Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa

    Mohamed, Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin dan Presiden dan Ketua Pegawai

    Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

    Sebelum itu, Najib diberi taklimat mengenai perkembangan dan strategi Perodua olehpengurusan syarikat tersebut.

    Najib berkata, langkah Perodua mengurangkan kos pengeluaran kereta buatannya adalah tepatkerana pada akhirnya memberi faedah menguntungkan kepada pengguna.

    Menurut beliau, strategi secara sukarela oleh syarikat itu juga dapat menawarkan harga kereta

    yang lebih kompetitif pada masa kini.

    ''Dengan pasaran yang semakin kompetitif dan dasar liberalisasi ASEAN serta global, maka

    setiap syarikat automotif perlu mengkaji kos struktur perniagaannya supaya lebih efisien,''katanya.

    Najib berkata, Perodua telah menjadi jenama kereta nasional yang mempunyai potensi besardalam dan luar negara kerana menawarkan produk pada harga praktikal dan mampu milik oleh

    semua rakyat Malaysia serta di rantau Asia Tenggara.

    Beliau percaya dengan pembinaan kilang pengeluaran yang bakal siap tahun depanmembolehkan Perodua mengeluarkan model-model kereta yang lebih berkualiti hasil

    penggunaan teknologi pembuatan canggih.

    "Saya harap hasil daripada usaha ini juga Perodua dapat mengeksport lebih banyak unit kereta ke

    luar negara," katanya.

  • 7/27/2019 Perodua Dan 2013

    7/9

    Perodua Keluarkan Kereta Paling Murah

    7:09 AM Berita, kereta baru, perodua, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd,rawang No comments

    Rawang - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) akan mengeluarkanmodel kereta terbaru pada harga paling murah di pasaran tempatan, tahun depan.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kereta yang bakal ditawarkan itujuga lebih efisien dengan dilengkapkan ciri keselamatan.

    Strategi syarikat untuk mengekalkan kereta paling murah pada 2014 akandiperlihatkan menerusi model terbarunya dengan mutu lebih baik.

    Dengan itu, pengguna dapat memiliki kereta mampu dimiliki dengan ciri yangmakin canggih dan aspek keselamatan yang dapat diperkukuhkan pada masadepan, katanya berucap pada majlis sambutan Gala Raya PERODUA sempenaulang tahun ke-20 syarikat kereta nasional kedua itu di ibu pejabat PERODUA,Sungai Choh, semalam.

    Faedah kepada rakyat

    Pada majlis sama, Najib yang juga Menteri Kewangan melancarkan Coffee TableBook 20 PERODUA, selain menerima penyerahan kunci kereta model Alza untuk1M4U.

    Turut hadir Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin; Menteri PerdaganganAntarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Duta Jepun ke Malaysia,Shigeru Nakamura; Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan; PresidenDaihatsu Motors Company Japan, Masanori Mitsui; Presiden dan Ketua PegawaiEksekutif PERODUA, Datuk Aminar Rashid Salleh dan Presiden PERODUA AutoCorporation Sdn Bhd, Yasumitsu Morita.Perdana Menteri berkata, strategi syarikat itu selanjutnya adalah untuk

    http://perihalnegara.blogspot.com/2013/08/perodua-keluarkan-kereta-paling-murah.htmlhttp://perihalnegara.blogspot.com/search/label/Beritahttp://perihalnegara.blogspot.com/search/label/kereta%20baruhttp://perihalnegara.blogspot.com/search/label/peroduahttp://perihalnegara.blogspot.com/search/label/Perusahaan%20Otomobil%20Kedua%20Sdn%20Bhdhttp://perihalnegara.blogspot.com/search/label/rawanghttp://perihalnegara.blogspot.com/2013/08/perodua-keluarkan-kereta-paling-murah.html#comment-formhttp://2.bp.blogspot.com/-F5twP-yQMVw/UhoPGiDVhOI/AAAAAAAAEh8/qe-XpNpT6jM/s1600/perodua.jpghttp://perihalnegara.blogspot.com/2013/08/perodua-keluarkan-kereta-paling-murah.htmlhttp://perihalnegara.blogspot.com/search/label/Beritahttp://perihalnegara.blogspot.com/search/label/kereta%20baruhttp://perihalnegara.blogspot.com/search/label/peroduahttp://perihalnegara.blogspot.com/search/label/Perusahaan%20Otomobil%20Kedua%20Sdn%20Bhdhttp://perihalnegara.blogspot.com/search/label/rawanghttp://perihalnegara.blogspot.com/2013/08/perodua-keluarkan-kereta-paling-murah.html#comment-form
  • 7/27/2019 Perodua Dan 2013

    8/9

    membekalkan kereta kompak bermutu ke pasaran yang dijangka dapat menjadikanPERODUA lebih berdaya saing.

    Beliau memuji langkah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industrimenurunkan kos kereta secara beransur-ansur kerana tindakan sukarela ini

    memberi faedah kepada rakyat.

    Pelaburan RM1.3 bilion

    Najib berkata, keadaan pasaran yang makin berdaya saing dan dasar liberalisasi dinegara ASEAN dan global, syarikat automotif perlu mengkaji struktur kos dan modelperniagaan supaya kekal efisien.

    Ini dilakukan PERODUA, terutama dengan terbinanya kilang baru membabitkanpelaburan RM1.3 bilion yang menampilkan tahap kecanggihan tinggi daripadakilang sedia ada, sekali gus menghasilkan model kereta baru yang lebih berdayasaing menggunakan teknologi canggih.

    Dalam tempoh 20 tahun PERODUA berkembang pesat menjadi jenama diiktiraf danpopular di kalangan rakyat, malah jenama ini berpotensi besar bukan saja di dalamtetapi luar negara kerana produk ditawarkan praktikal dan mampu dimilikisebahagian besar rakyat, termasuk di rantau ini, katanya.

    Sumber : Bharian Online

    Thursday, November 11, 2010

    Diskaun baik pulih kereta PERODUA

    2010/11/12PETALING JAYA: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menawarkandiskaun kos baik pulih sebanyak 25 peratus kepada pemilik kenderaan PERODUAyang terjejas akibat banjir di utara Semenanjung dan Kelantan, baru-baru ini.

    Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata PERODUA menjangka

    lebih 1,000 kenderaan PERODUA terbabit dengan masalah banjir itu dan adaantaranya mungkin rosak teruk akibat ditenggelami air. Katanya, pemberiandiskaun itu sebagai tanda prihatin dan tanggungjawab sosial korporat (CSR)syarikat terhadap pelanggannya, dengan diskaun turut membabitkan koskeseluruhan baik pulih termasuk kos buruh dan alat ganti. PERODUA juga akanmenanggung kos menunda kenderaan yang terjejas sehingga nilai maksimumRM100, katanya kepada pemberita selepas melancarkan pusat servis dan alat

  • 7/27/2019 Perodua Dan 2013

    9/9

    ganti (2S) PERODUA Puchong dan varian terbaru ViVA iaitu ViVA Elite ExclusiveEdition di sini, semalam.

    Aminar Rashid berkata, banjir yang melanda utara Semenanjung baru-baru ini turutmenjejaskan tiga cawangan PERODUA dengan masing-masing dua di Kedah dan

    satu di Perlis, selain 22 kakitangan syarikat juga turut terjejas akibat bencana itu.

    Daripada tiga cawangan itu, dua milik pengedar dan kita akan menyalurkanbantuan RM5,000 kepada pengedar terbabit untuk diagihkan kepada kakitangan.

    Bagi 22 kakitangan PERODUA yang terjejas akibat banjir itu, kami akan beribantuan RM1,000 untuk kakitangan yang berkeluarga dan RM750 bagi yang masihbujang, katanya.PERODUA juga menghulurkan bantuan masing-masing RM10,000 kepada Perlis danKedah