Perolehan Kerajaan - Keutamaan Syarikat Bumiputera

2
Perolehan Kerajaan - Keutamaan Syarikat Bumiputera Syarikat Bumiputera mempunyai nilai peratus keutamaan untuk memenangi perolehan kerajaan. Keutamaan ini adalah diberikan bagi mengekalkan daya saing dikalangan kontraktor Bumiputera agar dapat bersaing dengan kontraktor bukan Bumiputera. Dari segi definisi sebuah syarikat diiktiraf sebagai sebuah syarikat Bumiputera jika memenuhi kreteria seperti berikut: Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada pemilikan saham syarikat dimiliki oleh Bumiputera dimana pemilikan saham individu Bumiputera hendaklah melebihi saham individu bukan Bumiputera Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada Lembaga Pengarah syarikat dipegang oleh Bumiputera Jawatan Ketua Eksekutif, Pengarah Urusan atau Pengurus Besar dan jawatan- jawatan penting lain (key post) hendaklah dipegang oleh Bumiputera Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada pekerja syarikat hendaklah terdiri dari Bumiputera Pengurusan kewangannya hendaklah dikuasai oleh Bumiputera Carta organisasi dan fungsi pengurusan syarikat hendaklah menunjukkan penguasaan sepenuhnya oleh Bumiputera. Pemberian taraf Bumiputera dan pengeluaran sijil kepada sesebuah syarikat yang layak bagi bidang bekalan dan perkhidmatan akan dibuat oleh Kementerian Kewangan sahaja dan bidang kerja akan dibuat oleh PKK sahaja.

Transcript of Perolehan Kerajaan - Keutamaan Syarikat Bumiputera

Page 1: Perolehan Kerajaan - Keutamaan Syarikat Bumiputera

Perolehan Kerajaan - Keutamaan Syarikat

Bumiputera

Syarikat Bumiputera mempunyai nilai peratus keutamaan untuk memenangi

perolehan kerajaan. Keutamaan ini adalah diberikan bagi mengekalkan daya saing

dikalangan kontraktor Bumiputera agar dapat bersaing dengan kontraktor bukan

Bumiputera. Dari segi definisi sebuah syarikat diiktiraf sebagai sebuah syarikat

Bumiputera jika memenuhi kreteria seperti berikut:

� Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada pemilikan saham syarikat dimiliki oleh

Bumiputera dimana pemilikan saham individu Bumiputera hendaklah melebihi

saham individu bukan Bumiputera

� Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada Lembaga Pengarah syarikat dipegang

oleh Bumiputera

� Jawatan Ketua Eksekutif, Pengarah Urusan atau Pengurus Besar dan jawatan-

jawatan penting lain (key post) hendaklah dipegang oleh Bumiputera

� Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada pekerja syarikat hendaklah terdiri dari

Bumiputera

� Pengurusan kewangannya hendaklah dikuasai oleh Bumiputera

� Carta organisasi dan fungsi pengurusan syarikat hendaklah menunjukkan

penguasaan sepenuhnya oleh Bumiputera.

Pemberian taraf Bumiputera dan pengeluaran sijil kepada sesebuah syarikat

yang layak bagi bidang bekalan dan perkhidmatan akan dibuat oleh Kementerian

Kewangan sahaja dan bidang kerja akan dibuat oleh PKK sahaja.

Page 2: Perolehan Kerajaan - Keutamaan Syarikat Bumiputera

Bagi perolehan yang melebihi RM 100,000, Jabatan atau Agensi kerajaan

dikehendaki memberi keutamaan harga kepada syarikat Bumiputera untuk perolehan

bekalan dan perkhidmatan mengikut peratusan yang telah ditetapkan seperti di bawah:

Nilai Perolehan Peratusan Keutamaan

Melebihi RM 100,000 hingga RM 500,000 sebanyak 10 %

Melebihi RM 500,000 hingga RM 1.5 juta sebanyak 7 %

Melebihi RM 1.5 juta hingga RM 5 juta sebanyak 5 %

Melebihi RM 5 juta hingga RM 10 juta sebanyak 3 %

Melebihi RM 10 juta hingga RM 15 juta sebanyak 2.5 %

Keutamaan harga ini adalah berdasarkan kepada nilai tawaran terendah dan boleh

diterima dari syarikat Bukan Bumiputera.

Contohnya tawaran terendah yang diterima oleh syarikat Bukan Bumiputera dalan

sebuah tender adalah RM 10 juta. Maka peratus keutamaan adalah 5 %.

Kiraannya adalah RM 10 juta X 5 % = RM 500,000

Jika satu syarikat Bumiputera memasuki tender tersebut dengan RM 10.5 juta,

syarikat tersebut layak diberi keutamaan untuk memenangi tender tersebut dgn syarat

melepasi keperluan teknikal. Walaupun terdapat syarikat bukan bumiputera yang

menawarkan harga lebih rendah dari nilai tersebut.

Untuk lebih makulmat dalam perolehan kerajaan dan bagaimana untuk anda

memenangi perolehan kerajaan. Sila dapatkan ebook Rahsia Memenangi Perolehan

Kerajaan. Klik link untuk dapatkannya http://www.perolehankerajaan.com/