Perpaduan Dan Integrasi Nasional
-
Upload
jessie-jesh -
Category
Documents
-
view
185 -
download
2
description
Transcript of Perpaduan Dan Integrasi Nasional
Istilah Istilah Perpaduan Negara Satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai
kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.(Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara,Februari 1992)
Integrasi Nasional Satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat
negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung
dengan Negeri Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai
identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.(Jawatankuasa Integrasi Nasional, Jun 1991)
Rukun Negara Sebagai Ideologi Rukun Negara Sebagai Ideologi NasionalNasional
Rukun Negara adalah menjadi satu peraturan hidup yang amat penting kepada setiap rakyat negara ini.
Kepatuhan kepada norma sosial ini adalah amat penting dan jika diamalkan di dalam kehidupan seharian, sudah pasti ia dapat mewujudkan perpaduan di kalangan kumpulan pelbagai kaum di negara ini.
Prinsip Rukun NegaraPrinsip Rukun Negara
Kepercayaan Kepada TuhanKesetian Kepada Raja dan NegaraKeluhuran PerlembagaanKedaulatan Undang-undangKesopanan Dan Kesusilaan
Prinsip Pertama Prinsip Pertama Kepercayaan Kepada TuhanKepercayaan Kepada Tuhan
memberi pengertian bahawa Agama Islam adalah agama rasmi bagi negara Malaysia. Walaupun demikian, agama-agama lain adalah bebas untuk dianuti oleh kaum-kaum lain mengikut kepercayaan masing-masing.
Tidak ada diskriminasi dikenakan kepada mana-mana anggota masyarakat berdasarkan agama. Mengikut prinsip ini, negara Malaysia tidak mengakui sebarang ideologi yang tidak mempercayai wujudnya Tuhan.
Prinsip Kedua Prinsip Kedua Kesetian Kepada Raja dan Kesetian Kepada Raja dan
NegaraNegaraIni memberi makna bahawa setiap
rakyat negara ini perlu memberikan kesetiaannya yang jujur kepada Raja yang memerintah negara Malaysia iaitu DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung.
Prinsip Ketiga Prinsip Ketiga Keluhuran PerlembagaanKeluhuran Perlembagaan
Prinsip ini memberi penekanan bahawa adalah menjadi tugas dan tanggungjawab setiap rakyat yang taat setia untuk memahami dan menghormati isi kandungan, semangat serta latar belakang sejarah Perlembagaan Malaysia.
Latar belakang sejarah ini adalah sangat penting kerana ia memberikan segala penghuraian secara terperinci mengenai aspek-aspek yang berkaitan dengan kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama rasmi Negara, kedudukan istimewa orang-orang Melayu serta golongan peribumi Sabah dan Sarawak dan kedudukan serta kepentingan kaum-kaum lain.
Menjadi tanggungjawab semua rakyat Malaysia untuk Mendukung dan menghormati isi kandungan Perlembagaan pasti akan dapat meningkatkan kesefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
Prinsip Keempat Prinsip Keempat Kedaulatan Undang-undangKedaulatan Undang-undang
Sistem pemerintahan dan keadilan negara adalah berteraskan kepada undang-undang yang dibuat oleh kerajaan.
Setiap rakyat Malaysia mendapat hak yang sama dari segi undang-undang tanpa mengira keturunan, agama dan kepercayaan. Hak kebebasan individu ini dijamin oleh undang-undang, seperti kebebasan bercakap, beragama, memiliki harta dan sebagainya.
Prinsip Kelima Prinsip Kelima Kesopanan Dan Kesopanan Dan
KesusilaanKesusilaan Mengikut prinsip ini, setiap rakyat dan kumpulan
masyarakat dikehendaki bertindak dan berkelakuan sopan dan susila. Mereka haruslah mempunyai moral yang tinggi, dihormati dan menghindarkan diri daripada membangkitkan isu-isu yang sensitif bagi sesuatu kaum seperti perkara-perkara yang berkaitan dengan ketaatan atau kesetiaan seseorang rakyat atau dasar asal keturunan, bahasa, kebudayaan, agama dan kepercayaan mereka.
Menerusi amalan prinsip-prinsip Rukun Negara di kalangan rakyat di negara ini maka ia akan dapat menjamin kewujudan sistem kerajaan yang bercorak demokratik dan stabil.
Asas-asas perpaduanAsas-asas perpaduanPerpaduan WilayahPerpaduan EkonomiPerpaduan PolitikPerpaduan PendidikanPerpaduan KebudayaanPerpaduan SosialIntegrasi Nasional
Agensi kerajaan yang bertanggungjawab :Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional
Perpaduan wilayahPerpaduan wilayah
Kurangkan jurang perbezaan ekonomi dan struktur antara negeri-negeri dan wilayah-wilayah.
Perlaksanaan : pengagihan yang adil dan saksama dari segi pendapatan, kemudahan asas, pendidikan, kesihatan, perumahan dan peluang-peluang pekerjaan
Perpaduan ekonomiPerpaduan ekonomiPerlaksanaan DEB dengan dua
matlamat :
◦Pengambilan pekerja-pekerja dipelbagai sektor ekonomi dan semua peringkat pekerjaan
◦Hak milik harta-harta produktif disusun semula supaya orang-orang Melayu memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah hak milik pada tahun 1990.
Perpaduan politikPerpaduan politikMewujudkan konsensus atau
persetujuan di mana kerajaan yang memerintah diberi kuasa memerintah atas pilihan dan persetujuan rakyat menerusi proses pilihanraya.
Penggabungan UMNO, MCA dan MIC telah mewujudkan kestabilan dan perpaduan politik dan juga pembangunan negara.
Perpaduan pendidikan Perpaduan pendidikan
Dapat dicapai menerusi sistem persekolahan dengan kurikulum yang seragam untuk semua kaum.
Pembentukan Sistem dan Dasar Pendidikan Kebangsaan dapat mewujudkan perpaduan dikalangan pelajar-pelajar dan menjadi daya penggerak untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berdisiplin.
Perpaduan kebudayaanPerpaduan kebudayaan
Penglibatan semua kaum menerusi aktiviti kebudayaan seperti seni muzik, drama, teater dan budaya seni yang lain membolehkan mereka berinteraksi dan memahami budaya-budaya kaum lain.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan, 1971 telah menjadi titik pertemuan dan asas perpaduan ke arah mewujudkan satu identiti nasional bangsa Malaysia.
Perpaduan sosialPerpaduan sosialKerajaan telah merangka dan melaksanakan
program-program yang bertumpu kepada bidang pendidikan, perumahan, kesihatan, pembentukan persatuan-persatuan masyarakat dan kemudahan asas bagi mewujudkan perpaduan sosial di kalangan orang Melayu, Cina dan India.
Program Penempatan Semula – membawa kepada wujudnya Rukun Tetangga
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menanam semangat nasionalisme dan bangga tehadap negara kita sendiri dan ini merupakan asas perpaduan yang sangat penting.
Integrasi nasionalIntegrasi nasionalKonsep : mewujudkan kerjasama dan
nilai-nilai harmoni antara penduduk Semenanjung Malaysia dengan penduduk di Sabah dan Sarawak◦Usaha kerajaan :
Kurangkan perbezaan psikologi antara penduduk di kedua-dua wilayah
Mengatasi masalah perbezaan geografi dengan mengeratkan hubungan dan interaksi
Wujudkan identiti bersama menerusi kesetiaan dan iltizam terhadap konsep nasionalisme Malaysia.
Perluaskan konsep integrasi nasional iaitu menggalakkan perpindahan penduduk antara wilayah, pertukaran pegawai-pegawai kerajaan, penyatuan sistem pendidikan, pertukaran belia dan penuntut, pertukaran kebudayaan dan sebagainya.
Ciri-ciri Masyarakat Majmuk di Ciri-ciri Masyarakat Majmuk di MalaysiaMalaysia
Perkelompokan Orang-orang India
Perkelompokan Orang-orang CinaPengasingan dari segi agamaSistem pelajaran yang berbezaAkhbar dalam pelbagai bahasaPelbagai persatuanPergaulan antara kaum yang
terhad
Perkelompokan orang-orang Perkelompokan orang-orang IndiaIndia
Ditentukan oleh faktor ekonomi- terdapat di Taiping, Kinta dan Kuala Lumpur.- di kawasan Taiping dan kinta, mereka lebih berkecimpung dalam perkhidmatan pengangkutan (kereta lembu) untuk kawasan perlombongan.
- di kawasan bandar ,kebanyakan sebagai peniaga dan pedagang persendirian.
Perkelompokan orang-orang Perkelompokan orang-orang CinaCina
Lebih dominan di kawasan bandar dan bekerja sebagai peniaga
Di kawasan luar bandar lebih tertumpu kepada kawasan yang terlibat dengan perlombongan seperti di Kuala Lumpur, Ipoh dan Seremban.
Terdapat juga kegiatan perladangan gambir dan lada sebagai sumber rezeki.
Pengasingan dari segi Pengasingan dari segi agamaagama
Setiap golongan etnik memeluk 1 agama :- Islam, orang Melayu- Buddha, orang Cina (percantuman Lao-Tze, Kung Fu-
tze & Buddha) - Hindu, orang India (Tamil, Telegu &
Malayali)Terdapat juga antara mereka menganut
agama lain seperti Sikh & Kristian
Sistem Pelajaran yang Sistem Pelajaran yang BerbezaBerbeza
Awal abad ke-19, British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu & Inggeris.
Sekolah Cina & Tamil diambilalih oleh orang Cina dan India sendiri.
Sekolah Tamil kurang berkembang pembelajarannye berbanding dengan sekolah Inggeris, Melayu & Cina kerana terletak di kawasan ladang dan dibiayai oleh syarikat-syarikat yang memiliki ladang terbabit.
Sekolah khas untuk murid-murid Melayu terbahagi kepada 2:
a) sekolah Melayu kerajaan
b) sekolah agama (pondok/madrasah)
Peristiwa 13 Mei 1969Peristiwa 13 Mei 1969 Terjadi disebabkan:o Keputusan pilihanraya 1969, Parti Perikatan
mendapat majoriti yang kurang untuk menubuhkan kerajaan.
o Perayaan yang kemenangan yang dibuat oleh parti Pembangkang bukan untuk merayakan kemenangan tetapi untuk menghina orang-orang Melayu di Kuala Lumpur.
o Parti UMNO mengadakan kemenangan balas maka disebabkan emosi yang tinggi dan kuarang kawalan, terjadilah peristiwa 13 Mei
Faktor-faktor terjadinya 13 Mei:oKempen pilihanraya terlalu panjang (6
minggu)oBerucap tidak penghiraukan perasaan
kaum-kaumoMatlamat pemimpin hanya untuk
kemenangan dan berkuasaoRakyat di api-apikan oleh orang yang tidak
bertanggungjawab dari segi semangat perkauman serta perasaan syak wasangka
Program perpaduan, sikap Program perpaduan, sikap dan amalan dan amalan
Pengukuhan PerpaduanProgram Pengukuhan Integrasi NasionalProgram PatriotismeProgram PromosiAgensi lain
◦ Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia,
◦ Program Pertukaran/Silang Budaya oleh Kementerian Pelancongan,
◦ Kempen Budi Bahasa oleh Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
◦ Program Pembangunan Sukan Negara oleh Kementerian Belia dan Sukan
Program Pengukuhan Program Pengukuhan Integrasi NasionalIntegrasi Nasional
Lawatan Integrasi Sempena Pembukaan Penggal Parlimen;
Lawatan Integrasi Sempena Hari Kebangsaan;
Lawatan Integrasi Sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong;
Lawatan Integrasi Sempena Pesta Keamatan;Lawatan Integrasi Sempena Hari Gawai;Titian Integrasi /Anak Angkat;Kursus Orientasi bagi pegawai-pegawai dari
Semenanjung yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak;
Tambang Integrasi.
Program Patriotisme Program Patriotisme
Melalui aktiviti-aktiviti yang boleh membina jati diri serta semangat kecintaan kepada bangsa dan negara seperti aktiviti:-
- Kuiz Bina Bangsa;- Debat Perpaduan;- Kempen Kibar Jalur Gemilang;- Pertandingan Lagu Patriotik;- Kem Padu Anak Malaysia.
Program promosiProgram promosi Program Promosi pula dibuat bagi
memperluaskan hebahan kepada masyarakat agar kesedaran orang ramai terhadap kepentingan perpaduan dan integrasi nasional akan sentiasa subur. Antara aktiviti di bawah program ini ialah:-
- Sayembara Cerpen Remaja Perpaduan;- Majalah/Buletin Perpaduan;- Bulan Perpaduan (bulan Mei)- Brosur;- Segmen di Media.
Sikap dan amalan individu dan Sikap dan amalan individu dan masyarakatmasyarakat
Rumah TerbukaBersikap positif dan terbuka
terhadap yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
Menjaga sensitiviti perkaumanMemperkukuhkan amalan dan
penghayatan nilai-nilai murni serta semangat patriotisme
Masalah perpaduan dan Masalah perpaduan dan integrasi di malaysiaintegrasi di malaysia
Sifat utama Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang masih kukuh kepada peranan tradisional mereka dan memegang teguh kepada nilai-nilai terhad kepada kaum sendiri merupakan masalah utama kepada sistem perpaduan di Malaysia.
Masalah perpaduan yang dihadapi juga adalah berpunca daripada dasar-dasar British yang telah menjajah negara ini. Ketiga-tiga golongan penduduk yang terbesar iaitu yang terdiri dari orang-orang Melayu, Cina dan India, bukan sahaja tinggal berasingan tetapi juga mempunyai jenis pekerjaan yang berbeza.
Pada amnya, masalah perpaduan boleh wujud dari tiga sumber, iaitu:
Masalah dari segi pembangunan dan pendapatan yang tidak seimbang yang dialami oleh rakyat daripada satu keturunan bangsa.
Maslah yang timbul dari penyatuan wilayah dalam sesebuah negara apabila didapati ada diantara wilayah dalam negara itu berpecah dan mendirikan sebuah negara yang merdeka.
masalah yang timbul dari rakyat yang berbilang bangsa. Masalah ini akan menjadi serius jika terdapat perbezaan dari segi keturunan, agama, bahasa dan adapt resam. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dari segi perbezaan tersebut.
Nilai –nilai utama bagi Nilai –nilai utama bagi mencapai perpaduan dan mencapai perpaduan dan
integrasi nasionalintegrasi nasionalSemua rakyat Malaysia perlu menegakkan
kepentingan nasional lebih daripada kepentingan sesebuah kumpulan etnik masyarakat.
Rakyat Malaysia perlu mengurangkan perbezaan kaum dan keagamaan ke tahap yang minimum.
Proses pembinaan negara memerlukan rakyat Malaysia menyemai semangat hidup dan bangga terhadap negara. Semangat kebangsaan ini merupakan asas perpaduan negara yang sangat penting.