PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi...

33
PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA BAHAGIAN LATIHAN PERANGKAAN

Transcript of PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi...

Page 1: PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, ... Matematik, Komputer, ... laporan

PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

BAHAGIAN LATIHAN PERANGKAAN

Page 2: PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, ... Matematik, Komputer, ... laporan

i

KANDUNGAN

Prakata dari Ketua Perangkawan Malaysia ii

Pengenalan Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia 1

Carta Organisasi 2

Prasarana dan Perkhidmatan

Koleksi Bahan Perpustakaan 4

Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) 13

Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok 15

Sistem Pengkelasan Bahan Perpustakaan 16

Perkhidmatan Atas Talian - Sistem Virtual Library (V-Lib) 17

Capaian Akses Sistem Virtual Library (V-Lib) 18

Perkhidmatan Carian Maklumat - Katalog (Web OPAC) 19

Garis Panduan

Peraturan Am Perpustakaan 22

Keahlian Perpustakaan 24

Perkhidmatan Pinjaman 25

Had Kuantiti dan Tempoh Pinjaman Bahan/Koleksi 27

Pembaharuan Pinjaman 28

Hal - Hal Lain 29

Page 3: PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, ... Matematik, Komputer, ... laporan

ii

PRAKATA

Buku “Kenali Perpustakaan Anda” ini

merupakan penerbitan tentang perkhidmatan

yang terdapat di Unit Perpustakaan, Bahagian

Latihan Perangkaan. Inisiatif ini diambil bagi

membolehkan anggota Jabatan mengenalinya

dengan lebih dekat.

Garis panduan dan peraturan-peraturan perpustakaan yang terkandung

di dalam buku panduan ini bertujuan untuk memudahkan pengguna

yang ingin berurusan dengan Perpustakaan Jabatan. Selain itu,

maklumat mengenai liputan koleksi, maklumat perhubungan dan

latar belakang perpustakaan juga dimasukkan bagi memastikan

pemahaman secara komprehensif.

Saya merakamkan penghargaan atas usaha yang dilakukan ini dan

berharap agar budaya membaca di kalangan anggota Jabatan dapat

dipertingkatkan. Sebarang pandangan dan komen bagi meningkatkan

lagi mutu perkhidmatan Perpustakaan Jabatan di masa akan datang

amat dialu-alukan.

Dato’ Hajah Wan Ramlah binti Wan Abd. Raof

Ketua Perangkawan Malaysia

Disember, 2010

Page 4: PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, ... Matematik, Komputer, ... laporan

1

Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia telah wujud sejak tahun 70-an.

Sebelum tahun 2001, perpustakaan ini terletak di Ibu Pejabat, Jabatan Perangkaan

Malaysia, Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur. Pada masa itu, ia diletakkan di bawah

Bahagian Pembangunan Perangkaan. Selepas penstrukturan Jabatan pada 2002 yang

membabitkan pewujudan dan pertukaran nama beberapa Bahagian, perpustakaan

seterusnya diletakkan di bawah Bahagian Latihan Perangkaan.

Perpustakaan ini merupakan perpustakaan khusus yang berperanan sebagai

pusat sumber utama untuk rujukan maklumat mengenai perangkaan. Ia menyokong

fungsi Jabatan Perangkaan Malaysia sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran

maklumat perangkaan melalui perkhidmatan yang disediakan ke arah proses

pembentukan kerja yang berpengetahuan serta bermaklumat di samping membawa

kepada sikap positif dan budaya kerja cemerlang.

PENGENALAN

PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

Page 5: PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, ... Matematik, Komputer, ... laporan

2

CARTA ORGANISASI

Unit Perkhidmatan Perpustakaan diletakkan di bawah Seksyen Pembangunan

Profesional, ICT & Perpustakaan, Bahagian Latihan Perangkaan. Sila lihat Carta 1

di bawah:

Carta 1: Carta Organisasi Bahagian Latihan Perangkaan

Page 6: PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, ... Matematik, Komputer, ... laporan

3

Page 7: PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, ... Matematik, Komputer, ... laporan

4

Koleksi Bahan Perpustakaan

Koleksi bahan yang dimiliki oleh Unit Perpustakaan, Bahagian Latihan Perangkaan,

Jabatan Perangkaan Malaysia terdiri daripada berikut:

Koleksi Terbitan Jabatan Perangkaan Malaysia

Koleksi Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia merupakan pelbagai buku

yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, mengandungi bidang

sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, Penyiasatan

Tenaga Buruh dan Laporan Penyiasatan Migrasi. Manakala bidang ekonomi

pula meliputi Perangkaan Perdagangan Luar Negeri, Penyiasatan Perbelanjaan Isi

Rumah, Indeks Harga Pengguna (CPI), Indeks Harga Pengeluar (PPI), Imbangan

Pembayaran, Akaun Negara, Bank Data, Penyiasatan Kecenderungan Perniagaan,

Ekonomi Malaysia Sepintas Lalu, Penunjuk Ekonomi Malaysia dan Perangkaan

Ekonomi Malaysia-Siri Masa. Selain itu, perpustakaan ini juga memiliki koleksi

perangkaan komoditi seperti Perangkaan Getah dan Banci Hasil Pertanian,

dan koleksi berkaitan sektor industri seperti Indeks Perindustrian, koleksi

Perangkaan Pembuatan dan Perusahaan, Perangkaan Perkhidmatan dan

Perangkaan Perkapalan. Di samping itu, terdapat juga koleksi lain seperti

Buletin Perangkaan, Siaran Khas dan Kompedium Alam Sekitar.

PRASARANA DAN PERKHIDMATAN

Page 8: PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, ... Matematik, Komputer, ... laporan

5

Koleksi Terbitan Jabatan Perangkaan Sabah

Perpustakaan ini juga mengandungi bahan-bahan terbitan daripada Jabatan

Perangkaan Sabah seperti Buku Tahunan Perangkaan Sabah dan Perangkaan

Penting Sabah. Koleksi perangkaan Sabah berkaitan aktiviti ekonomi pula meliputi

Perangkaan Perdagangan Sabah, Perangkaan Penyiasatan Perusahaan Terpilih

Sabah, Anggaran Belanjawan Keluarga Sabah, Buku Maklumat Getah Sabah

dan Indeks Harga Pengguna (CPI) Sabah. Di samping itu, terdapat juga koleksi

mengenai Perangkaan Pelawat-Pelawat Sabah, Siaran Perangkaan Sabah dan

Siaran Khas Sabah.

Koleksi Terbitan Jabatan Perangkaan Sarawak

Bahan-bahan terbitan daripada Jabatan Perangkaan Sarawak seperti Buku

Tahunan Perangkaan Sarawak dan Perangkaan Penting Sarawak, merupakan

sebahagian koleksi perpustakaan ini. Koleksi perangkaan Sarawak yang berkaitan

bidang ekonomi di perpustakaan ini pula meliputi Perangkaan

Perdagangan Sarawak, Indeks Harga Pengguna (CPI) Sarawak, Perangkaan

berkaitan perusahaan, industri, perkilangan, pembalakan dan perkhidmatan

Sarawak. Di samping itu terdapat juga koleksi mengenai Perangkaan

Pelawat-Pelawat Sarawak, Buletin Perangkaan Sarawak, Siaran Perangkaan

Sarawak, serta Siaran Khas Sarawak.

PRASARANA DAN PERKHIDMATAN

Page 9: PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, ... Matematik, Komputer, ... laporan

6

Koleksi Khas Terbitan United Nations

Buku-buku terbitan United Nations yang dibekalkan, turut menjadi sebahagian

daripada koleksi Perpustakaan Jabatan.

Koleksi Khas Terbitan Bank Negara Malaysia

Bahan-bahan terbitan Bank Negara Malaysia seperti Laporan Tahunan, Buletin

Perangkaan Bulanan, Buletin Suku Tahunan, Laporan Kestabilan Kewangan dan

Sistem Pembayaran, Laporan Tahunan Insurans serta Laporan Tahunan Takaful,

juga boleh didapati di perpustakaan ini.

Koleksi Terbitan Jabatan/Kementerian Lain

Perpustakaan ini juga menerima buku-buku terbitan dari Jabatan/Kementerian

lain seperti Kementerian Kewangan Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian

Persekutuan, The Kuala Lumpur Stock Exchange, Suruhanjaya Komunikasi

dan Multimedia Malaysia, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perikanan,

Kementerian Pertanian Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi,

Jabatan Akauntan Negara dan lain-lain.

PRASARANA DAN PERKHIDMATAN

Page 10: PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, ... Matematik, Komputer, ... laporan

7

Koleksi Kamus dan Istilah

Bagi kegunaan carian kata dan bahasa, terdapat Kamus Dewan dan Kamus

Dwibahasa disediakan. Turut terdapat di perpustakaan ini ialah Oxford

Dictionary, The Collins Concise Dictionary, Chambers Twentieth Century

Dictionary, Chinese English Dictionary, Tatabahasa Dewan dan Tesaurus Umum

Bahasa Melayu. Koleksi kamus dan istilah di perpustakaan ini juga turut disokong

oleh kamus dan istilah–Istilah khusus meliputi bidang seperti Sains,

Geografi, Matematik, Komputer, Undang-Undang, Demografi, Kewangan,

Perakaunan, Perbankan, Perikanan, Perhutanan, Kependudukan, Psikologi,

Pembangunan Manusia, Pentadbiran Perniagaan, Tekstil, Perubatan, Geologi,

Veterinar, Tekstil dan lain-lain bidang untuk rujukan. Tidak terkecuali,

Dictionary of Statistical Terms turut dimiliki oleh perpustakaan Jabatan.

Koleksi Pusat Penilaian Kompetensi (PPK)

Koleksi PPK seperti buku Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), Perintah-Perintah Am

dan Arahan Pentadbiran, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Tonggak 12,

Arahan Keselamatan dan Perkhidmatan Awam Malaysia disediakan untuk

kemudahan rujukan kepada anggota Jabatan yang menghadapi peperiksaan.

Koleksi Kertas Kerja

Koleksi ini mengandungi laporan lawatan kerja, menghadiri persidangan/

mesyuarat/seminar/bengkel, laporan post mortem dan laporan kursus luar

negara oleh anggota Jabatan Perangkaan Malaysia.

PRASARANA DAN PERKHIDMATAN

Page 11: PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, ... Matematik, Komputer, ... laporan

8

Koleksi Bimbingan dan Motivasi

Himpunan koleksi bahan bacaan berbentuk motivasi, bimbingan jiwa, psikologi,

kaunseling, panduan menangani stress turut disediakan di rak perpustakaan.

Koleksi Tesis

Perpustakaan Jabatan turut menyimpan koleksi tesis anggota Jabatan yang

berkelulusan Sarjana dan Kedoktoran daripada beberapa universiti seperti

Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknologi

MARA dan Universiti Malaya.

Koleksi Jurnal

Bahan jurnal yang terdapat di perpustakaan ini meliputi Journal of the Royal

Statistical Society, Sankhya: The Indian Journal of Statistics, Journal of Industrial

Technology, di samping jurnal tentang Biometrics. Perpustakaan Jabatan juga ada

memiliki koleksi Journal Pengurusan Awam, International Statistical Review,

Asia-Pacific Population Journal, Journal of Economic Cooperation among I s l a m i c

Countries, Population & Development Review dan Journal of The Department of

Statistics, Malaysia yang diterbitkan secara bersiri.

Koleksi Ensiklopedia

Satu koleksi lengkap Britannica daripada volum 1 sehingga 29 yang terbahagi

kepada Micropaedia (Ready Reference) dan Macropaedia (Knowledge in Dept)

boleh didapati di Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia.

PRASARANA DAN PERKHIDMATAN

Page 12: PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, ... Matematik, Komputer, ... laporan

9

Koleksi Majalah

Bagi bahan bacaan ringan, koleksi majalah yang dilanggan oleh Perpustakaan

termasuklah Anjung Seri, Malaysian Business, Majalah PC, Seri Dewi

Keluarga, Pemikir, Dewan Masyarakat, Dewan Ekonomi, Al-Islam, Time, Majalah

MASSA, Mingguan Wanita, The Economist, Reader’s Digest, Nur dan Mastika,

turut ditempatkan di rak Perpustakaan Jabatan.

Koleksi Akhbar Harian

Unit Perpustakaan melanggan beberapa akhbar tempatan seperti Utusan

Malaysia, The New Straits Times, dan The Star. Pelanggan hanya boleh

membaca akhbar harian di Perpustakaan sahaja. Manakala itu, sesetengah artikel

yang diperoleh daripada akhbar utama tentang Jabatan ini, Perkhidmatan Awam,

Ekonomi (Dalam dan Luar Negeri) dan Sosial Demografi (Dalam dan Luar Negeri)

disusun dalam bentuk buku dan ditempatkan di Koleksi Buku Keratan Akhbar.

Koleksi Novel

Pelbagai koleksi kumpulan cerpen dan novel bertemakan cinta, sains fiksyen,

kisah kemasyarakatan, kisah kehidupan, isu kemanusiaan, kerohanian di dalam

versi bahasa Malaysia dan Inggeris turut dipamer di rak Perpustakaan.

Koleksi Direktori

Koleksi Perpustakaan turut mengandungi direktori seperti World Fax, Direktori

Syarikat Terunggul di Malaysia, Trade Directory, Industry and Export Directory

serta Direktori Perpustakaan Negara Malaysia sebagai rujukan dan panduan.

PRASARANA DAN PERKHIDMATAN

Page 13: PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, ... Matematik, Komputer, ... laporan

10

Koleksi Akta

Rujukan mengenai akta yang meliputi Warta Kerajaan, Undang-Undang Malaysia,

Perlembagaan Persekutuan, akta-akta seperti Akta Paten, Akta Paspot, Akta

Pemegang Amanah, Akta Mahkamah Kehakiman, Akta Banci, Akta

Parlimen, Akta Penyiaran dan lain-lain, turut disediakan.

Koleksi Laporan Tahunan

Perpustakaan Jabatan Perangkaan juga menyediakan kemudahan koleksi Laporan

Tahunan yang diterima dari pelbagai agensi seperti Lembaga Getah Malaysia,

Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Lembaga Hasil Dalam Negeri

(LHDN) dan Jabatan Audit Negara. Selain itu, perpustakaan juga turut menerima

laporan tahunan dari INTAN, Agensi Dadah Kebangsaan, FINAS, UDA

Holdings, BPR, Institut Integriti Malaysia, Jabatan Perpaduan Negara, Polis

Diraja Malaysia dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Turut diperolehi ialah

laporan tahunan MARDI, FELDA, FRIM, Malaysian Industrial Estate (Miel), Jabatan

Alam Sekitar, Jabatan Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,

MATRADE, JAKIM, PORIM, FELCRA, SUHAKAM, TELEKOM, SPR, TNB, FAMA, HICOM

dan pelbagai agensi lain.

Koleksi Tatanegara

Koleksi ini adalah buku-buku tentang Kenegaraan Malaysia, Warisan Budaya,

Kebangsaan Malaysia, Kejayaan Malaysia, fakta berkaitan Malaysia dan Wawasan

2020. Selain itu, koleksi tentang coretan kenangan, jasa-jasa, perjalanan politik

pemimpin-pemimpin Malaysia seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun

Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi, turut dipamer di rak

perpustakaan.

PRASARANA DAN PERKHIDMATAN

Page 14: PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, ... Matematik, Komputer, ... laporan

11

Pada masa ini, perpustakaan juga memiliki koleksi buku dalam bidang-bidang seperti

berikut:

Bidang Agama

Buku-buku berunsur keagamaan meliputi bimbingan dan panduan ibadah solat,

tafsir Al-Quran, hadith qudsi, sejarah kisah para rasul, tokoh-tokoh pemikir islam,

zikir, wirid dan doa harian, cerita-cerita pedoman.

Bidang Statistik

Koleksi yang menjurus kepada bidang statistik seperti Probability and

Mathematical Statistics, Business Statistics, Applied Statistics, Statistical Methods

in Research & Production, Statistical Analysis, Statistical Modelling in GLIM.

Bidang Ekonomi

Koleksi ini meliputi bidang Makroekonomi, Mikroekonomi dan Ekonometrik

termasuk buku mengenai isu Economic Challenges, International Economics,

Money and Banking, Analisis Ekonomi, Kewangan dan lain-lain yang berkaitan.

Bidang Sosial Demografi

Koleksi bidang sosial demografi terdiri daripada koleksi berkaitan p o p u l a t i o n ,

demography, migration, pembasmian kemiskinan, labour and wages.

Bidang Pengurusan

Buku-buku yang berkaitan termasuklah strategi pengurusan, kepemimpinan,

kerjaya, pengurusan kewangan, organisasi, pengurusan efektif dan gaya

pengurusan.

PRASARANA DAN PERKHIDMATAN

Page 15: PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, ... Matematik, Komputer, ... laporan

12

Bidang Komunikasi dan Teknologi Maklumat (ICT)

Buku-buku berkaitan ICT termasuklah pengaturcaraan JAVA, Pascal, XHTML

DAN COBOL, pembinaan web site dan multimedia, pangkalan data, Software

Engineering, Internet security, Analisis Data Berkomputer (SPSS) dan panduan

perisian seperti Windows, Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Access,

Power Point, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan Visual Basic.

PRASARANA DAN PERKHIDMATAN

Page 16: PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, ... Matematik, Komputer, ... laporan

13

Sistem Pembekalan Penerbitan atau lebih dikenali dengan Pinjaman Antara

Perpustakaan telah dilancarkan pada 2 Jun 1998. Melalui sistem ini, pengguna boleh

meminjam dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan dari mana-mana institusi

yang menyertai sistem ini. Pinjaman boleh dibuat dengan menggunakan borang khas

yang boleh didapati di Unit Perpustakaan, Bahagian Latihan Perangkaan. Pengambilan

dan penghantaran balik bahan adalah atas tanggungjawab pemohon sendiri atau

pemohon boleh meminta pihak perpustakaan mengendalikan proses peminjaman dan

pemulangan bahan. Segala peraturan peminjaman dan pemulangan bahan tertakluk

kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh Perpustakaan atau institusi tersebut.

Cara Memohon Melalui Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)

1. Pengguna yang memerlukan bahan dari perpustakaan atau institusi lain boleh

memohon melalui Pustakawan di Unit Perpustakaan, Bahagian Latihan

Perangkaan, Jabatan Perangkaan Malaysia.

2. Peminjam perlu mengisi borang permohonan SPP yang boleh didapati di kaunter

perkhidmatan Perpustakaan.

PRASARANA DAN PERKHIDMATAN

Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)

Page 17: PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, ... Matematik, Komputer, ... laporan

14

3. Perkhidmatan SPP juga boleh dibuat dengan menggunakan kemudahan e-mel,

dan disusuli dengan borang permohonan.

4. Pegawai yang memohon perkhidmatan SPP boleh memilih sama ada

menguruskan sendiri pengambilan dan penghantaran balik bahan

ke perpustakaan yang memiliki bahan tersebut atau meminta pihak

perpustakaan yang menguruskan pinjaman bahan.

5. Tempoh pinjaman bergantung sepenuhnya kepada syarat yang ditentukan

oleh perpustakaan atau institusi bahan yang dipinjam. Tempoh pinjaman boleh

diperbaharui, tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh

perpustakaan atau institusi tersebut.

PRASARANA DAN PERKHIDMATAN

Page 18: PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, ... Matematik, Komputer, ... laporan

15

PRASARANA DAN PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok

1. Pihak Perpustakaan Negara Malaysia telah menyediakan kemudahan

Perkhidmatan ini kepada Jabatan Perangkaan Malaysia. Kemudahan yang

disediakan ini ialah dengan meminjamkan sebanyak 300 buah buku kepada

Unit Perpustakaan, Bahagian Latihan Perangkaan, Jabatan Perangkaan Malaysia

bagi tempoh 3 bulan.

2. Melalui Unit Perpustakaan, anggota Jabatan Perangkaan Malaysia boleh

meminjam sebanyak 2 buah buku, selama 1 minggu daripada perkhidmatan

pinjaman berkelompok yang disediakan.

3. Segala peraturan serta syarat-syarat pinjaman adalah seperti mana yang

ditetapkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.

Page 19: PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, ... Matematik, Komputer, ... laporan

16

Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia menggunakan pendekatan klasifikasi atau

menyusun bahan mengikut sistem pengkelasan Dewey Decimal Classification (DDC), yang

terbahagi seperti berikut:

PRASARANA DAN PERKHIDMATAN

DEWEY DECIMAL CLASSIFICATION (DDC)

000 Pengetahuan Am

100 Falsafah dan Psikologi

200 Agama

300 Sains Sosial

400 Bahasa

500 Sains Tulen Dan Matematik

600 Teknologi

700 Kesenian

800 Kesusasteraan

900 Geografi dan Sejarah

SISTEM PENGKELASAN BAHAN PERPUSTAKAAN

Page 20: PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, ... Matematik, Komputer, ... laporan

17

PRASARANA DAN PERKHIDMATAN

PERKHIDMATAN ATAS TALIAN

Sistem Virtual Library (V-Lib)

Sistem V-lib adalah singkatan daripada perkataan Virtual Library. Ia merupakan sistem

pengurusan perpustakaan secara digital untuk Perpustakaan Jabatan Perangkaan

Malaysia. Sistem ini merupakan sistem perpustakaan yang berasaskan perkhidmatan atas

talian sepenuhnya iaitu pangkalan data katalog dan indeks Perpustakaan Jabatan

Perangkaan diakses melalui laman web Jabatan. Oleh itu, anggota Jabatan dapat

mengakses koleksi perpustakaan di dalam pangkalan data, di mana sahaja mereka

berada. Sistem yang bercirikan fully web based ini mengandungi modul-modul aplikasi

berikut:

Web OPAC (Web Based On-Line Public Access Catalogue)

Merupakan katalog multimedia di atas talian untuk memudahkan pencarian bahan

perpustakaan oleh pengguna.

Sirkulasi

Merupakan kemudahan dengan tujuan urusan pinjaman, pemulangan dan

tempahan buku secara elektronik.

Patron Management

Fasiliti ini disediakan bagi urusan pendaftaran pengguna sebagai ahli perpustakaan

dan pemantauan oleh pegawai yang bertanggunjawab.

Page 21: PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, ... Matematik, Komputer, ... laporan

18

Capaian Akses Sistem Virtual Library (V-Lib)

PRASARANA DAN PERKHIDMATAN

Bagi anggota Jabatan atau pengguna luar yang ingin menggunakan Sistem V-lib,

setiap pengguna perlulah melayari laman web rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia

berikut http://www.statistics.gov.my/portal, untuk mendapatkan paparan di atas.

Seterusnya, pengguna perlu ke menu Online Services dan di bawah menu Online

Application, pilih dan klik butang Online Library.

Sila klik pada butang

Online Library

Page 22: PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, ... Matematik, Komputer, ... laporan

19

PERKHIDMATAN CARIAN MAKLUMAT

PRASARANA DAN PERKHIDMATAN

Katalog (Web OPAC)

Web OPAC merupakan singkatan perkataan Web Online Public Access Catalogue. Web OPAC

merupakan salah satu perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh Perpustakaan. Web OPAC

adalah rekod asas yang memberi maklumat lengkap mengenai bahan-bahan yang ada di

Perpustakaan. Maklumat bibliografi sesuatu bahan boleh diperoleh dengan menyemak katalog

melalui:

Title

Subject

Publications

Keyword

ISBN (International Standard Book Number)

Call Number

Author

Accession Number

Dengan adanya kemudahan Web OPAC ini, ia dapat membantu pengguna mengakses koleksi

bahan bacaan yang terdapat di perpustakaan ini. Ia juga berfungsi sebagai alat penunjuk

lokasi sesuatu bahan. Ini dapat memudahkan pengguna mengesan di mana sesuatu bahan

itu ditempatkan di dalam perpustakaan.

Page 23: PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, ... Matematik, Komputer, ... laporan

20

PERKHIDMATAN CARIAN MAKLUMAT

PRASARANA DAN PERKHIDMATAN

Panduan menggunakan Web OPAC

Melalui laman utama sistem Online Library, pengguna boleh klik butang Web OPAC

untuk memulakan pencarian buku.

Page 24: PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, ... Matematik, Komputer, ... laporan

21

Page 25: PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, ... Matematik, Komputer, ... laporan

22

GARIS PANDUAN

Peraturan Am Perpustakaan

Bagi pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan perpustakaan, pengguna

hendaklah mematuhi peraturan–peraturan seperti berikut:

1. Berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.

2. Pengguna hendaklah sentiasa memakai tanda nama/pas keselamatan Jabatan

apabila berada di Perpustakaan.

3. Beg pengguna hendaklah diletakkan di rak simpanan barang yang disediakan.

4. Dilarang tidur, makan/minum dan merokok semasa di perpustakaan.

5. Dilarang berkomunikasi dengan nada yang kuat/membuat bising sehingga boleh

mengganggu pengguna lain.

6. Pastikan telefon bimbit berada di dalam keadaan mod senyap.

7. Jangan membuang sampah merata-rata (hendaklah dibuang ke dalam bakul

sampah yang disediakan).

8. Tidak dibenarkan mempamer, mengedar, melekatkan atau menampalkan apa-apa

bil, notis atau iklan di perpustakaan.

9. Tidak dibenarkan mengoyak, memotong dan menconteng mana-mana bahagian

muka surat buku, majalah dan lain-lain.

10. Letakkan buku yang telah digunakan di atas troli yang disediakan.

Page 26: PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, ... Matematik, Komputer, ... laporan

23

GARIS PANDUAN

Peraturan Am Perpustakaan

11. Bagi pelajar Universiti/kolej (awam atau swasta), penyelidik dan orang awam

boleh membuat rujukan di Unit Perpustakaan, Bahagian Latihan Perangkaan

dengan membawa surat kebenaran dan mengisi maklumat peribadi di dalam Buku

Rekod Pelawat Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia yang disediakan.

Page 27: PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, ... Matematik, Komputer, ... laporan

24

GARIS PANDUAN

Keahlian Perpustakaan

1 . Untuk menjadi ahli perpustakaan, semua anggota Jabatan Perangkaan Malaysia di

Ibu Pejabat (Putrajaya dan Wisma Minlon), JP Negeri dan anggota kader, perlu

mendaftar keahlian dengan mengisi “Borang Pendaftaran Ahli Perpustakaan

Jabatan Perangkaan Malaysia” yang boleh didapati di kaunter perkhidmatan

perpustakaan ini.

2 . Pendaftaran ini membolehkan anggota Jabatan membuat sebarang proses

peminjaman koleksi bahan perpustakaan.

3 . Setelah berdaftar, pemohon bolehlah menggunakan pas keselamatan sebagai kad

ahli perpustakaan bagi anggota di Ibu Pejabat, manakala bagi anggota JP Negeri

dan anggota kader, nombor kad pengenalan digunakan untuk membuat proses

peminjaman bahan.

4 . Tiada sebarang yuran keahlian dikenakan.

BORANG PENDAFTARAN AHLI PERPUSTAKAAN

Page 28: PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, ... Matematik, Komputer, ... laporan

25

Peraturan Pinjaman dan Pemulangan

1. Untuk melayakkan anggota Jabatan membuat peminjaman, anggota perlu

menjadi ahli atau berdaftar sebelum membuat sebarang proses peminjaman

bahan.

2. Anggota Jabatan yang berdaftar keahliannya perlu menunjukkan pas

keselamatan (kad keahlian) untuk membenarkan sistem mengakses patron ID

bagi membolehkan proses pinjaman bahan dibuat.

3. Anggota yang membuat peminjaman bertanggungjawab sepenuhnya ke atas

keselamatan dan fizikal bahan yang dipinjam.

4. Anggota Jabatan yang membuat peminjaman bahan tidak boleh memberi bahan

yang dipinjam kepada pihak ketiga.

5. Bahan-bahan yang dipinjam hendaklah dikembalikan sebelum atau pada tarikh

yang ditetapkan.

6. Kehilangan bahan yang dipinjam hendaklah diganti dengan bahan yang sama

atau denda akan dikenakan pada peminjam.

7. Dalam keadaan tertentu, peminjam boleh dimohon untuk mengembalikan bahan

yang masih dalam tempoh pinjaman (jika perlu).

8. Anggota yang memerlukan bahan boleh membuat semakan melalui telefon atau

datang sendiri ke perpustakaan.

GARIS PANDUAN

PERKHIDMATAN PINJAMAN

Page 29: PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, ... Matematik, Komputer, ... laporan

26

9. Anggota Jabatan hendaklah mematuhi segala peraturan yang dikeluarkan oleh

pihak perpustakaan dari semasa ke semasa.

10. Buku-buku baru dan majalah terkini yang dipamerkan adalah dikecualikan daripada

proses peminjaman bagi tempoh waktu yang telah ditetapkan.

11. Buku-buku yang telah dipinjam dan dibawa masuk ke perpustakaan hendaklah

ditunjukkan kepada kakitangan bertugas.

12. Satu e-mel peringatan akan dihantar kepada peminjam yang gagal membuat

pemulangan buku dalam tempoh yang ditetapkan.

GARIS PANDUAN

Page 30: PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, ... Matematik, Komputer, ... laporan

27

Had Kuantiti dan Tempoh Pinjaman Bahan/Koleksi

Tempoh pinjaman dan kuantiti buku yang boleh dipinjam oleh anggota Jabatan

pada suatu masa adalah seperti mana jadual di bawah:

GARIS PANDUAN

Bil.

Bahan/Koleksi

Had Kuantiti Bahan

Tempoh pinjaman

1

Buku Terbitan Jabatan Perangkaan

(Tahunan)

3 naskhah

1 Bulan

2

Buku Terbitan Jabatan Perangkaan

(Bulanan)

3 naskhah

2 Minggu

3

Buku Terbitan Kementerian/Jabatan

lain-lain

3 naskhah

1 Bulan

4

Koleksi Majalah

2 naskhah

1 Minggu

5

Koleksi Kertas Kerja

2 naskhah

1 Minggu

6

Koleksi Umum dan Bacaan Biasa

3 naskhah

1 Bulan

7

Buku Pinjaman Berkelompok

2 naskhah

1 Minggu

8

Buku Rujukan Peperiksaan

2 naskhah

1 Minggu

Page 31: PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, ... Matematik, Komputer, ... laporan

28

Pembaharuan Pinjaman

1. Tempoh bahan yang dipinjam boleh diperbaharui atau dilanjutkan. Namun begitu,

pembaharuan hanya boleh dibuat sekiranya tiada tempahan pinjaman dilakukan

oleh pengguna lain dalam tempoh tersebut.

2. Peminjam yang hendak membuat pembaharuan perlu memberitahu pihak

perpustakaan sebelum atau pada hari tarikh bahan sepatutnya dipulangkan.

3. Untuk memperbaharui pinjaman, peminjam perlu membawa buku yang dipinjam

ke Perpustakaan terlebih dahulu untuk membolehkan pihak perpustakaan

membuat penyemakan dari segi keadaan fizikal bahan sebelum dibenarkan

untuk diperbaharui.

4. Pembaharuan boleh dibuat sekiranya tiada tempahan pinjaman dibuat oleh

pengguna lain.

GARIS PANDUAN

Page 32: PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, ... Matematik, Komputer, ... laporan

29

Isnin - Khamis : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Jumaat : 8.00 pagi hingga 12.15 tengah hari

2.45 petang hingga 5.00 petang

Sabtu dan Ahad : Tutup

Hari kelepasan am : Tutup

HAL - HAL LAIN

WAKTU PERKHIDMATAN

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan, pendapat atau cadangan mengenai perkhidmatan perpustakaan boleh

dikemukakan menerusi telefon, faks., e-mel atau datang sendiri ke Unit Perpustakaan di:

Unit Perpustakaan,

Jabatan Perangkaan Malaysia,

Bahagian Latihan Perangkaan,

Aras 4, Blok C6, Kompleks C,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62514 Putrajaya.

Faksimili: 03 - 8888 9243

Pegawai yang dihubungi:

No.

Nama

Jawatan

E- mel

No. Telefon

1

Sri Mawarny Binti Omar

Ussman

Pustakawan

S41 [email protected] 03 - 88857358

2 Suhaila Binti Mohd Amin

Penolong Pegawai

Perpustakaan S27

[email protected]

03 - 8885 7536

3 Azizah Binti Haji Ayup

Pembantu

Perpustakaan S17

[email protected]

03 - 8885 7342

Page 33: PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA …vlib.stats.gov.my/data/lib/2.pdf · sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, ... Matematik, Komputer, ... laporan

Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang

terlibat secara langsung dan tidak

langsung dalam menjayakan penerbitan ini.