PERPUSTAKAAN KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA … · Mengenai Kami Perpustakaan Kolej Sains...
Transcript of PERPUSTAKAAN KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA … · Mengenai Kami Perpustakaan Kolej Sains...
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN
PERPUSTAKAAN KOLEJ
SAINS PERUBATAN
ANTARABANGSA PUSRAWI
Kandungan
Mengenai Kami 1
Misi dan Objektif 1
Keahlian 2
Pendaftaran 2
Waktu Perkhidmatan 2
Waktu Pinjaman 2
Koleksi Perpustakaan
1. Koleksi Umum / Terbuka 3
2. Koleksi Berbintik Merah 3
3. Koleksi Rujukan 3
4. Koleksi Terbitan Bersiri 3
5. Koleksi Bacaan Ringan 3
6. Koleksi Tesis / Laporan Projek 4
7. Koleksi Suratkhabar 4
Kemudahan dan Perkhidmatan Perpustakaan
1. Ruang Bacaan 4
2. Fotokopi dan Cetakan 4
3. Loker Terbuka 4
4. Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) 4
5. Bilik Komputer 4
6. Tempahan 5
7. KOHA 6
8. Rangkaian WIFI 6
9. Bilik Perbincangan 6
10. Orientasi Perpustakaan 6
Peraturan dan Undang-Undang
1. Peraturan Pinjaman 7
2. Pembaharuan Pinjaman 7
3. Kelayakan Pinjaman 7
4. Peraturan Umum 8
Denda Perpustakaan
1. Koleksi Umum / Terbuka 9
2. Koleksi Berbintik Merah 9
3. Kad Perpustakaan Hilang 9
4. Bahan Hilang Atau Rosak 9
5. Bahan Tidak Dikembalikan 9
6. Salah Guna Kad Perpustakaan 9
7. Peringatan 9
Hubungi 10
PICOMS
Mengenai Kami
Perpustakaan Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi ditubuhkan pada
tahun 2003 bertempat di aras 5, Bangunan Tabung Haji. Perpustakaan kini sedang
berkembang seiring dengan Kolej bagi menyediakan perkhidmatan dan
kemudahan yang diperlukan. Pada bulan Julai 2011, perpustakaan PICOMS telah
berpindah di Tingkat 6, Bangunan Wisma Baitulmal, Jalan Ipoh. Pada Jun 2012,
perpustakaan baru di kampus Batu Muda telah ditubuhkan dan kini dijadikan
sebagai perpustakaan kampus induk.
Misi
Perpustakaan Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi mensasarkan untuk
kemudahan dan penyampaian sumber maklumat untuk pelajar dan kakitangan
bagi menyokong berkaitan kajian, pengajaran dan pembelajaran di kolej ini.
Objektif
Perpustakaan menyediakan perkhidmatan termasuk latihan berkaitan kemahiran
maklumat dan pengurusan bagi membolehkan pengguna mencapai keperluan
pengajaran dan pembelajaran.
Mengamalkan pengurusan perpustakaan yang efektif dan sistematik.
Menggalakkan pengguna untuk menggunakan sumber maklumat dengan
sewajarnya.
PICOMS 1
Keahlian
Keahlian adalah terbuka kepada semua staf dan pelajar yang telah berdaftar dengan Kolej
Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (PICOMS).
Pendaftaran
Pengguna perlu mendaftar dengan mengisi Borang Keahlian Perpustakaan.
Pelajar dikehendaki membayar yuran perpustakaan.
Kad Keahlian akan dikeluarkan kepada semua ahli. Kehilangan Kad Keahlian perlu
dilaporkan dengan segera di Kaunter Sirkulasi. Bayaran RM 10.00 akan dikenakan jika
membuat Kad Keahlian yang baru.
Kad Keahlian hendaklah dikembalikan kepada pihak perpustakaan jika pelajar berhenti
daripada kolej.
Waktu Perkhidmatan
Isnin hingga Jumaat 8.30 pagi - 5.00 petang
Kampus Jalan Ipoh 8.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu, Ahad dan hari Kelepasan Am Tutup
Waktu Pinjaman
Isnin hingga Jumaat 8.30 pagi – 5.00 petang
PICOMS 2
Koleksi Perpustakaan
1. Koleksi Umum / Terbuka
Koleksi ini merangkumi pelbagai bidang dan diletakkan di rak terbuka.
Staf dan pelajar dibenarkan membuat pinjaman.
2. Koleksi Berbintik Merah
Koleksi ini mengandungi bahan-bahan bacaan wajib yang disyorkan oleh
pensyarah untuk pelajar dan pinjaman amat terhad. Bahan bacaan tersebut
boleh dipinjam selama 2 jam pada satu masa atau semalaman.
Isnin - Khamis Selepas 4.00 petang dan dikembalikan sebelum 10.00
pagi keesokan hari
Jumaat Selepas 4.00 petang dan dikembalikan sebelum 10.00
pagi pada hari Isnin
3. Koleksi Rujukan
Koleksi rujukan ini merangkumi pelbagai buku rujukan seperti kamus,
ensiklopedia, laporan tahunan, direktori, almanak, dan sebagainya.
Koleksi ini hanya untuk rujukan di dalam perpustakaan sahajadan tidak
dibenarkan untuk pinjaman.
4. Koleksi Terbitan Bersiri
Koleksi ini merangkumi pelbagai subjek. Jurnal yang terkini akan
dipamerkan di rak dan jurnal yang kebelakangan akan disimpan.
Terdapat 2 “online journal” yang boleh di akses di kawasan kampus, iaitu:
1) International Journal of Nursing Knowledge
url :http://onlinelibrary.wiley.com/journal/10.1111/(ISSN)1744-618X/issues
2) Nursing in Critical Care
url :http://onlinelibrary.wiley.com/journal/10.1111/(ISSN)1744-618X/issues
Koleksi Ebook
Koleksi ini boleh di akses di kawasan kampus sahaja (e-book)
url :http://portal.igpublish.com/iglibrary/feature/list.html
5. Koleksi Bacaan Ringan
Koleksi ini mengandungi novel, buku motivasi, biografi dan lain-lain.
Amat sesuai untuk semua pengguna.
PICOMS 3
6. Koleksi Tesis / Laporan Projek
Koleksi ini merangkumi tesis dan laporan projek pelajar PICOMS.
Koleksi ini hanya untuk rujukan sahaja.
7. Koleksi Suratkhabar
Perpustakaan telah melanggan beberapa suratkhabar utama seperti Berita
Harian, Harian Metro (Kampus Jalan Ipoh) dan New Straits Times.
Suratkhabar Digital
1. Berita Harian
2. Harian Metro
3. New Straits Times
Untuk maklumat lanjut sila layari
http://subscription.nstp.com.my/webflow dan boleh dapatkan nama
pengguna dan kata laluan melalui staf perpustakaan.
Kemudahan dan Perkhidmatan Perpustakaan
1. Ruang Bacaan
Perpustakaan boleh memuatkan 150 orang dalam satu masa.
2. Fotokopi dan Cetakan
Perkhidmatan ini juga disediakan oleh pihak perpustakaan. Perkhidmatan
fotokopi ini boleh dilakukan dengan layan diri. Semua pengguna akan
dikenakan bayaran RM 0.10 sehelai untuk fotokopi dan RM 0.10 sehelai
untuk cetakan.
3. Loker Terbuka
Perpustakaan menyediakan loker terbukadi luar perpustakaan dan
pengguna tidak dibenarkan membawa beg, makanan, minuman dan lain-
lain ke dalam perpustakaan. Pihak perpustakaan tidak akan
bertanggungjawab ke atas kehilangan barang pengguna.
4. Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP)
Bahan-bahan yang tidak terdapat di dalam koleksi perpustakaan boleh
dipinjam dari perpustakaan lain melalui perkhidmatan ini. Maklumat
lanjut boleh diperolehi dari kakitangan yang bertugas di Kaunter Sirkulasi.
PICOMS 4
5. Bilik Komputer
Perpustakaan telah menyediakan komputer (9 buah bagi kampus Batu
Muda, 11 buah bagi kampus Jalan Ipoh)dilengkapi kemudahan internet.
Pengguna perlu memberitahu staf untuk menggunakan bilik komputer.
PICOMS 5
6. Tempahan
Pengguna boleh membuat tempahan di kaunter sirkulasi dengan mengisi
Borang Tempahan kecuali Koleksi Berbintik Merah.
Buku tersebut akan disimpan selama 5 hari dari tarikh tempahan.
Buku yang ditempah akan disusun atau dikeluarkan untuk pengguna lain
selepas 5 hari. Buku tempahan boleh diambil oleh penempah sahaja.
7. KOHA Integated Library System
Perpustakaan menyediakan stesen KOHA untuk pencarian bahan.
Sebarang masalah boleh diajukan kepada staf.
8. Rangkaian WIFI
Perpustakaan telah menyediakan kemudahan WIFI untuk pengguna
mengakses internet. Pengguna dibenarkan membawa laptop untuk
menggunakan kemudahan ini dan ianya percuma tanpa sebarang had.
Sila berjumpa dengan staf perpustakaan untuk mendapatkan kata laluan.
9. Bilik Perbincangan
Perpustakaan menyediakanbilik perbincangan (3 buah bilik bagi kampus
Batu Muda, 2 buah bilik bagi kampus Jalan Ipoh) untuk kegunaan
pengguna. Peraturan penggunaan sila rujuk kepada kakitangan di kaunter
sirkulasi.
10. Orientasi Perpustakaan
Orientasi perpustakaan akan diberikan kepada pelajar baru. Orientasi ini
akan dikendalikan oleh staf dan taklimat berkaitan perkhidmatan,
peraturan dan undang-undang serta maklumat tentang perpustakaan secara
amnya.
PICOMS 6
Kategori
Ahli
Koleksi
Terbuka
Koleksi
Bertanda
Merah
Bahan
Audio
Visual
Koleksi
Terbitan
Bersiri
Jurnal
Kebelakan
gan
Staff
8 buah buku
untuk 2 bulan
1 buah buku
untuk 1
minggu
1 buah
untuk 1
bulan
Rujukan
sahaja
Rujukan
sahaja
Pelajar
2 buah buku
untuk 2
minggu
1 buah buku
untuk 2 jam
/ semalaman
Rujukan
sahaja
Rujukan
sahaja
Rujukan
sahaja
Ahli Luar
2 buah untuk
1 minggu
Rujukan
sahaja
Rujukan
sahaja
Rujukan
sahaja
Rujukan
sahaja
Peraturan dan Undang-Undang
1. Peraturan Pinjaman
Pengguna yang telah menjadi ahli sahaja.
Pengguna perlu menunjukkan kad matriks / kad keahlian (wajib) semasa
di Kaunter Sirkulasi.
Pengguna / Peminjamtidak dibenarkan meminjam atau memperbaharui
bagi pihak orang lain.
Staf dan pelajar yang berhenti daripada kolej perlu memulangkan semua
buku dan bahan kepada perpustakaan.
2. Pembaharuan Pinjaman
Koleksi Umum / Terbuka boleh diperbaharui sebanyak 2 kali sahaja
kecuali untuk Koleksi Berbintik Merah atau buku yang telah ditempah
oleh pengguna lain.
3. Kelayakan Pinjaman
*Keahlian Luar perlu membayar yuran pinjaman tahunan RM 50.00 dan mengisi boring permonan serta 2 keping
gambar berukuran passport.
*Sila bawa matrik/surat pengesahan/pengenalan diri dari perpustakaan/Jabatan/Institusi masing-masing.
PICOMS 7
4. Peraturan Umum
Kad Matriks perlu dipamer/dipakai semasa di dalam perpustakaan.
Semua pengguna perlu bertanggungjawab di atas segala pinjaman yang
dilakukan dan perlu membayar denda jika berlaku kerosakan dan
kehilangan bahan.
Beg, payung, fail, bungkusan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam
perpustakaan. Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab di atas
kehilangan barang-barang berharga.
Haiwan atau haiwan peliharaan dilarang masuk ke dalam perpustakaan.
Pengguna luar perlu mendapat kebenaran daripada Pustakawan jika ingin
menggunakan perpustakaan.
Merokok, makan dan minum dilarang sama sekali di dalam perpustakaan.
Pengguna tidak dibenarkan mengubah/mengalihkan bahan-bahan di dalam
perpustakaan.
Pengguna perlu senyap semasa di dalam perpustakaan.
Telefon bimbit perlu ditutup atau ‘vibrate’ semasa di dalam perpustakaan.
Semua pengguna perlu berpakaian sopan dan mengikut etika yang telah
ditetapkan oleh pihak Kolej.
Pengguna perlu memulangkan bahan-bahan yang dipinjam mengikut
tarikh yang ditetapkan. Denda akan dikenakan jika buku atau bahan-bahan
lewat dikembalikan.
Pengguna perlu bertanggungjawab di atas segala tindakan yang dikenakan
dan tertakluk pada Akta Hakcipta 1987.
Pengguna yang membawa keluar buku atau bahan-bahan tanpa kebenaran
akan dilabel sebagai pencuri.
Staf perpustakaan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas
pengguna daripada mengunakan kemudahan yang diberi jika pengguna
melanggar arahan yang termaktub di dalam Peraturan dan Undang-undang
Perpustakaan.
Pihak perpustakaan berhak meminda atau menambah peraturan
perpustakaan (jika perlu) dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis.
PICOMS 8
Denda
1. Koleksi Umum / Terbuka
Denda sebanyak RM 0.50 sehari dan denda maksimum sebanyak RM
200.00.
Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am tidak termasuk dalam kiraan.
2. Koleksi Berbintik Merah
Denda sebanyak RM 0.50 bagi setiap 30 minit.
Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am tidak termasuk dalam kiraan.
3. Kad Perpustakaan Hilang
Kad Perpustakaan yang hilang perlu dilaporkan dengan segera di Kaunter
Sirkulasi. Bayaran RM 10.00 akan dikenakan untuk Kad yang baru.
4. Bahan Hilang atau Rosak
Pengguna perlu melaporkan dengan segera di Kaunter Sirkulasi.
Pengguna perlu menggantikan bahan yang sama atau edisi terkini dan
bayaran memproses sebanyak RM 20.00 dikenakan atau
Pengguna perlu membayar 2 kali ganda harga bahan dan bayaran
memproses sebanyak RM 20.00.
5. Bahan Tidak Dikembalikan
Staf– Dipotong melalui gaji.
Pelajar – Denda / Digantung keahlian.
6. Salah Guna Kad Perpustakaan
Pelajar – Digantung keahlian selama 1 semester (Peminjam dan Pemegang
Kad).
7. Peringatan
Peringatan pertama akan dikeluarkan beserta jumlah denda yang
dikenakan dan ditampal di papan kenyataan.
Jika tidak ada sebarang maklum balas, nama akan dihantar kepada Ketua
Pegawai Eksekutif untuk tindakan selanjutnya.
PICOMS 9
Hubungi
Sebarang pertanyaan dan cadangan boleh diajukan kepada:
Kampus Induk:
Perpustakaan Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (PICOMS)
Tingkat 1, No 3, Jalan 31/10A ,
Kawasan Perindustrian IKS,
Taman Batu Muda
68100 Batu Caves,
Selangor, Malaysia.
Telefon: 03-61869506/07 samb 161 atau 163
Faks: 03-61879501
Emel:[email protected]
Kampus Jalan Ipoh:
Perpustakaan Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (PICOMS)
Tingkat 6, Bangunan Wisma Baitulmal,
Lot 132-138, 51200 Jalan Ipoh,
Kuala Lumpur, Malaysia.
Telefon: 03-40449504/05samb 601
Faks: 03-40449502
Emel: [email protected]
[email protected] / [email protected] / [email protected]
PICOMS 10