Perpustakaan Tunku Tun Aminah

download Perpustakaan Tunku Tun Aminah

of 1

description

library tun aminah

Transcript of Perpustakaan Tunku Tun Aminah

FARA ADHWA BINTI MOHD PAUZAN (DB130237)

PERPUSTAKAAN TUNKU TUN AMINAH

LATAR BELAKANG BANGUNANPerpustakaan UTHM telah mula beroperasi pada tahun 1993. Bangunan tersebut telah dibesarkan pada tahun 2000 untuk menampung jumlah pengguna yang semakin meningkat. Dengan pembukaan Perpustakaan Cawangan Kampus Bandar pada tahun 2004, dan Perpustakaan B5 (diatas Pejabat Bendahari) pada tahun 2006. Pada bulan Mei 2010, Perpustakaan UTHM telah berpindah ke bangunan baru yang mempunyai keluasan 16,000 meter per segi. Ia boleh menampung lebih kurang 300,000 naskah buku dan 3,000 orang pengguna. Ia menyediakan ruang belajar yang luas dan kondusif. Ia mempunyai 100 bilik karel, 40 bilik perbincangan, 2 bilik seminar, bilik penyelidikan pasca siswazah, auditorium, bilik pencarian maklumat, bilik rujukan terhad, bilik jurnal dan bilik bacaan 24 jam. Pada masa kini, perpustakaan menggunakan SirsiDynix Symphony untuk menguruskan operasi, mengautomasikan tugas dan meningkatkan produktiviti staf. KONSEP REKABENTUKBangunannya berkonsepkan rekabentuk moden yang mengambil kira keperluan Energy Efficiency Design dan bersesuaian dengan iklim tempatan. Ia direka dalam bentuk silinder dan mempunyai pelan bangunan berciri gear. Ini adalah amat bersesuaian dengan konsep yang melambangkan ciri kejuruteraan yang ingin ditonjolkan oleh pihak universiti. Ia juga mempunyai rongga court yard di bahagian tengah untuk membenarkan pencahayaan dan pengudaraan semulajadi masuk ke dalam bangunan. Dinding luaran yang bersegi mirip kepada bentuk gear menghasilkan elevation yang lebih dinamik di samping menghasilkan corner window untuk ruang-ruang pejabat dan perpustakaan. Rekabentuk bangunan mengambilkira keperluan-keperluan minima dari segi rekabentuk lestari dan bangunan hijau seperti yang disediakan di dalam piawai Malaysia MS1525:2001, code of practice of Energy Efficiency use of renewable energy for Non-Residential Building dan digabungkan dengan ciri-ciri Energy Efficient.

STRUKTUR / BAHAN BINAANBumbung : Bumbung yang bertingkat dan mempunyai unjuran yang panjang menghasilkan kawasan yang teduh dari panas matahari di atas aras 5 dan mengurangkan pancaran terus matahari ke bumbung di aras 4.Bukaan dan tingkap kaca : kaca yang dipilih akan memantulkan sebahagian haba dari luar tetapi membenarkan pancaran cahaya untuk menerangi dalaman bangunan.

KEISTIMEWAAN BANGUNAN Pengudaraan semulajadi : passive stack effect / pressure differential di kawasan court Yard dihasilkan bila angin bertiup di bahagian aras bumbung bangunan. evaporative cooling effect dihasilkan dari water teature yang boleh menghasilkan kitaraan udara segar dibahagian court yard.Sun shading devices : RC hood dan sun Louvers diluar bangunan boleh menyekat pancaran terus matahari melalui tingkap kaca serta mengurangkan haba dari luar melalui tingkap kaca.