PERSEBARAN NASKHAH-NASKHAH KARYA ULAMA-ULAMA 2016-03-30آ  1 PERSEBARAN NASKHAH-NASKHAH KARYA...

download PERSEBARAN NASKHAH-NASKHAH KARYA ULAMA-ULAMA 2016-03-30آ  1 PERSEBARAN NASKHAH-NASKHAH KARYA ULAMA-ULAMA

of 12

  • date post

    11-Feb-2020
  • Category

    Documents

  • view

    5
  • download

    0

Embed Size (px)

Transcript of PERSEBARAN NASKHAH-NASKHAH KARYA ULAMA-ULAMA 2016-03-30آ  1 PERSEBARAN NASKHAH-NASKHAH KARYA...

  • 1

    PERSEBARAN NASKHAH-NASKHAH KARYA ULAMA-ULAMA MINANGKABAU KOLEKSI PERIBADI DI SURAU-SURAU TAREKAT DI

    SUMATERA BARAT

    Pramono Pensyarah Fakulti Ilmu Budaya, Universitas Andalas, Padang, Indonesia

    dan Calon PHd pada Jabatan Kesusasteraan Melayu Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

    Abstrak

    Khazanah naskhah di Sumatera Barat (minus Mentawai), tidak boleh dilepaskan dari

    keberadaan ‘surau’. Sebagai institusi tradisional, selain sebagai tempat bagi proses transmisi pelbagai pengetahuan Islam, surau juga merupakan pusat penulisan dan penyalinan naskhah-naskhah (skriptorium) Islam tempatan. Seiring dengan persebaran faham keagamaan Islam di surau-surau tersebut, tradisi penulisan dan penyalinan naskhah pun tumbuh dengan subur. Kondisi tersebut didukung pula dengan adanya dinamika wacana intelektual di kalangan ulama tempatan, iaitu dengan munculnya gerakan ulama Kaum Tua menghadapi serangan ulama Kaum Muda. Polemik keislaman ini sekali gus penyumbang penting terhadap punca tradisi kepenulisan di kalangan ulama Minangkabau. Para syeikh, ulama, buya, dan ungku yang mengajar di suatu surau, menyalin dan menulis naskhah untuk menyebarkan pengajian dan mendebat ataupun mengkritik pendapat orang lain serta untuk mengkritik keadaan sosial. Kesan dari dinamika wacana keislaman tempatan itu ialah ratusan naskhah yang hingga kini masih boleh ditemui di berbagai-bagai surau tarekat yang tersebar di wilayah Sumatera Barat. Dalam tulisan ini akan disenaraikan di mana saja keberadaan, sifat/ciri naskhah-naskhah tersebut, serta tawaran pengembangan terhadapnya. Kata kunci : naskhah, ulama, surau, tarekat, dan Minangkabau. A. Pendahuluan

    Setakat ini setidaknya telah tercatat dan dikenal pasti hampir seribu naskhah yang berada

    di Sumatera Barat, sama ada yang sudah tersimpan pada lembaga rasmi1

    mahupun yang masih tersebar di tangan masyarakat sebagai koleksi peribadi. Sebahagian besar dari naskhah yang ditemukan merupakan naskhah-naskhah Islam yang tersimpan di surau-surau tarekat sebagai impak dari tradisi intelektual di kalangan ulama-ulama Minangkabau. Pada perkembangannya, tradisi tulis tangan berkembang ke dunia cetakan bagi memenuhi keperluan umat, iaitu keperluan akan informasi, pengetahuan, ajaran, dan hiburan.

    Tradisi intelektual yang ditandai dengan tradisi penulisan di kalangan ulama-ulama Minangkabau—setidaknya mulai awal abad ke-20—tidaklah mungkin dilepaskan dengan keberadaan surau2

    1Lembaga rasmi yang menyimpan naskhah di Minangkabau ialah Muzium Adityawarman Provinsi Sumatera Barat di Padang, Badan Perpustakaan dan Kearsipan Provinsi Sumatera Barat di Padang, Labor Filologi Fakultas Ilmu Budaya Universitas Andalas di Padang, Fakultas Adab, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Imam Bonjol di Padang.

    . Surau merupakan lembaga peribumi yang menjadi pusat pengajaran Islam

    2Konsep surau dalam kebudayaan Minangkabau berbeza dengan masjid. Surau secara sosial-budaya Minangkabau memiliki fungsi melampaui masjid. Surau merupakan institusi tempatan yang digunakan tidak hanya urusan keagamaan, tetapi juga segala sesuatu yang berhubung kait dengan urusan sosial dan budaya.

    Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

    Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

  • 2

    dan menjadi titik tolak Islamisasi di Minangkabau. Di samping itu, surau juga menjadi pusat tarekat, seperti tarekat Samaniyah, Naqsabandiyah dan Syattariyah. Sebagai pusat tarekat, surau juga menjadi benteng pertahanan Minangkabau terhadap berkembangnya dominasi kekuatan Belanda. Surau juga dijadikan tempat konsentrasi gerakan bagi masing-masing golongan yang sedang berpolemik tentang faham keislaman yang terjadi di Sumatera Barat pada akhir abad ke-19 sampai awal abad ke-20 (Azyumardi Azra, 2003:34).

    Pada waktu itu surau menjadi institusi penting dalam proses transmisi pengetahuan

    dan keterampilan, sama ada yang terkait dengan Islam mahupun kebudayaan tempatan. Dalam konteks transmisi pengetahuan agama Islam, di surau inilah para ulama dari masing- masing golongan tarekat membangun jaringan guru-murid sehingga tercipta saling-silang hubungan keilmuan yang sangat kompleks. Seiring dengan persebaran faham keagamaan Islam di surau-surau tersebut, tradisi penulisan dan penyalinan serta kepengarangan di kalangan ulama Minangkabau pun tumbuh bak cendawan di musim hujan.

    Para syeikh, ulama, buya, atau ungku yang mengajar di suatu surau, menyalin dan

    menulis naskhah. Di samping itu, para ulama itu juga membawa berbagai kitab sebagai buah tangan ketika “pulang kampung” dari surau di mana ia belajar. Kitab-kitab tersebut selanjutnya digunakan sebagai bahan bacaan atau sumber pengetahuan yang penting bagi pengajaran di surau-surau. Selanjutnya, di tempat yang baru, naskhah-naskhah itu sering kali juga disalin dan digubah oleh murid-murid yang belajar di surau tersebut. B. Surau Sebagai Skriptorium

    Sebenarnya, jika dilihat ke belakang, tradisi penyalinan dan penulisan naskhah memang pernah marak di Sumatera Barat. Terutama di era transmisi gagasan dan gerakan pembaharuan Islam yang dimulai pada paruh pertama abad XIX. Dalam konteks itu, lahir dua macam golongan keagamaan, iaitu “Kaum Tua” atau “Kaum Tradisionalis” dan “Kaum Muda” atau “Kaum Moden” yang saling berpolemik. Dalam perkembangannya, dinamika polemik keislaman tersebut menjadi lebih kompleks. Kaum Tradisionalis yang juga penganut tarekat tidak hanya harus menerima “serangan” dari Kaum Moden, melainkan pada saat yang sama juga dihadapkan pada pertentangan antar sesama kumpulan Islam golongan penganut tarekat sendiri (Fathurahman, 2004).

    Lebih kompleks lagi, konflik keislaman juga terjadi di dalam tubuh satu penganut tarekat

    yang sama. Akan tetapi, justeru polemik keislaman itu memiliki impak positif terhadap suburnya tradisi penyalinan dan penulisan naskhah. Banyak ulama atau syeikh dari masing- masing golongan menulis dan menyalin naskhah untuk mendebat pendapat yang menurutnya tidak benar, tidak berdasar3

    Selain itu, pada masanya surau juga digunakan sebagai tempat tidur bagi anak laki-laki yang telah akil baligh dan orang tua yang telah uzur. Hal ini berkaitan dengan ketentuan adat Minangkabau bahawa rumah gadang hanya diperuntukkan untuk anak perempuan sahaja. Akan tetapi, untuk saat ini tidak lah berlaku seperti itu, sama halnya telah berubah pula peran rumah gadang dalam kebudayaan Minangkabau saat ini. Untuk lebih jauh tentang konsep surau baca Azyumardi Azar, Surau: Pendidikan Islam Tradisional dalam Transisi dan Modernisasi (Penterjemah: Iding Rasyidin), (Jakarta: Logos Wacana Ilmu), hlm. 7-16.

    . Hal ini sekali gus memberikan gambaran bahawa surau bukan

    3 Naskhah-naskhah yang disalin dan ditulis oleh para syeikh dari masing-masing golongan yang sedang berpolemik di Sumatera Barat jumlahnya puluhan. Naskhah-naskhah yang berisi perdebatan faham keislaman seperti (1) “Risalah Naqsyabandiyah fi Asas istilah an-Naqsyabandiyah min Zikril Khafi wa Rabithah wal Muraqabah wa Daf’il i’tiradh bi zalika” karya Syaikh Khatib Ali al-Minangkabawi; (2) “Miftah as-Shadiqiyah fi Istilah an-Naqsyabandiyah” karya Syaikh Khatib Ali al-Minangkabawi; (3) “Irgham Unufil Muta’annitin fi Inkarihim Rabithatal Washilin” karya Syeikh Muhammad Sa’ad Mungka; (4) “Tanbih al-Awam ‘ala Taghrirat

    Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

    Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

  • 3

    sekadar tempat belajar membaca al-Quran atau belajar adab, melainkan surau juga merupakan tempat yang digunakan sebagai pusat kecendekiaan (Azyumardi Azra, 2003). Kesan dari tradisi intelektual itu tampak dari berbagai-bagai pengetahuan yang terakam di dalam naskhah-naskhah yang boleh ditemui di surau-surau hingga kini.

    Sebagaimana telah pun disebutkan di atas bahawa surau-surau yang menjadi skriptorium ialah surau-surau ulama Kaum Tua yang beraliran tarekat tertentu. Tarekat yang dimaksudkan di sini ialah tarekat yang ada dan pernah berkembang di Minangkabau, iaitu tarekat Samaniah, Naqsabandiyah dan Syattariyah. Surau-surau tarekat ini tersebar di berbagai-bagai wilayah Sumatera Barat (minus Mentawai).

    Bagi menemukan persebaran naskhah-naskhah yang berada di surau-surau itu, bisanya

    boleh ditelusuri melalui salasilah guru-berguru dalam suatu tarekat. Hal ini kerana tradisi penulisan dan penyalinan naskhah pada suatu surau mengikut kebiasaan yang telah dihuraikan di atas. Masing-masing surau tarekat juga memiliki beragam corak yang khas dan perbezaan kuantiti naskhah yang dimiliki.

    Semua bergantung pada kadar intelektual seorang syeikh yang pernah memimpin suatu

    surau. Semakin tinggi intelektual seorang syeikh, maka semakin ramai pula naskhah yang ditinggalkan. Mudah sahaja ditafsirkan, jika seorang syeikh yang terkenal mestilah akan ramai orang yang datang di surau yang dipimpinnya. Semakin ramai orang yang belajar, maka semakin ramai pula kitab yang diperlukan dan ramai pula proses penulisan dan penyalinan naskhah, sama ada yang dilakukan oleh para murid mahupun syeikh yang mengajar.

    Untuk sekadar contoh, berikut ini akan disenaraikan beberapa surau tarekat Syattariyah

    (jadual 1) dan tarekat Naqsabandiyah (jadual 2).