PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA DARI ASPEK FIZIKAL DAN SOSIO.docx

15
PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA DARI ASPEK FIZIKAL DAN SOSIO-EMOSI TINJAUAN LITERATUR Pengenalan Bahagian ini akan membuat tinjauan literatur tentang artikel-artikel yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah dan kaitannya dengan perpaduan antara murid-murid pelbagai kaum dari aspek fizikal, emosi dan sosial. Bahagian ini juga akan mengemukakan peranan guru dalam bilik darjah terhadap beberapa aspek-aspek tersebut. Selain itu, bahagian ini juga menghuraikan secara ringkas beberapa kajian dan penulisan yang dipetik daripada beberapa sumber berhubung dengan peranan pembinaan persekitaran bilik darjah dan langkah-langkah mengatasi terhadap masalah yang dibincangkan. Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama seorang guru menjalankan tugas, peranan dan tanggungjawab. Seseorang guru akan diklasifikasikan sebagai tidak melaksanakan tugas sekiranya amanah ini diabaikan walaupun beliau merupakan seorang juara masyarakat yang paling komited di luar bilik darjah atau di luar sekolah. Malaysia merupakan sebuah Negara berbilang kaum yang terdapat perbezaan yang mampu kita lihat bukan sahaja dari segi etnik malahan dari aspek ekonomi, kebudayaan dan agama. Seperti sedia maklum sebuah etnik adalah mustahil untuk menjadi etnik yang lain. Maka struktur ekonomi, budaya dan pendidikan telah dijadikan pemangkin untuk mencapai perpaduan. Oleh itu, persekitaran yang mesra budaya perlu diwujudkan bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, tenteram dan berkesan kepada semua murid. Definisi Persekitaran Bilik Darjah Mesra Budaya Abdullah Sani Yahaya (2003), bilik darjah dapat dijadikan sebagai suatu tempat belajar yang menarik, membangunkan minat dan potensi belajar bergantung juga pada keadaan dan iklim bilik darjah yang menunjukkan adanya aspek keceriaan. Noriati A. Rashid (2011) , mendefinisikan bahawa persekitaran bilik darjah bukan sekadar

Transcript of PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA DARI ASPEK FIZIKAL DAN SOSIO.docx

Page 1: PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA DARI ASPEK FIZIKAL DAN SOSIO.docx

PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA DARI ASPEK FIZIKAL DAN

SOSIO-EMOSI

TINJAUAN LITERATUR

Pengenalan

Bahagian ini akan membuat tinjauan literatur tentang artikel-artikel yang

berkaitan dengan pengurusan bilik darjah dan kaitannya dengan perpaduan antara

murid-murid pelbagai kaum dari aspek fizikal, emosi dan sosial. Bahagian ini juga

akan mengemukakan peranan guru dalam bilik darjah terhadap beberapa aspek-

aspek tersebut. Selain itu, bahagian ini juga menghuraikan secara ringkas beberapa

kajian dan penulisan yang dipetik daripada beberapa sumber berhubung dengan

peranan pembinaan persekitaran bilik darjah dan langkah-langkah mengatasi

terhadap masalah yang dibincangkan.

Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama seorang guru menjalankan

tugas, peranan dan tanggungjawab. Seseorang guru akan diklasifikasikan sebagai

tidak melaksanakan tugas sekiranya amanah ini diabaikan walaupun beliau

merupakan seorang juara masyarakat yang paling komited di luar bilik darjah atau di

luar sekolah. Malaysia merupakan sebuah Negara berbilang kaum yang terdapat

perbezaan yang mampu kita lihat bukan sahaja dari segi etnik malahan dari aspek

ekonomi, kebudayaan dan agama. Seperti sedia maklum sebuah etnik adalah

mustahil untuk menjadi etnik yang lain. Maka struktur ekonomi, budaya dan

pendidikan telah dijadikan pemangkin untuk mencapai perpaduan. Oleh itu,

persekitaran yang mesra budaya perlu diwujudkan bagi melicinkan proses

pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, tenteram dan berkesan kepada semua

murid.

Definisi Persekitaran Bilik Darjah Mesra Budaya

Abdullah Sani Yahaya (2003), bilik darjah dapat dijadikan sebagai suatu

tempat belajar yang menarik, membangunkan minat dan potensi belajar bergantung

juga pada keadaan dan iklim bilik darjah yang menunjukkan adanya aspek

keceriaan. Noriati A. Rashid (2011) , mendefinisikan bahawa persekitaran bilik darjah

Page 2: PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA DARI ASPEK FIZIKAL DAN SOSIO.docx

bukan sekadar melibatkan unsur fizikal yang dapat dilihat dengan mata semata-mata

seperti ruang bilik darjah serta peralatan di dalamnya, sebaliknya persekitaran bilik

darjah turut melibatkan unsur-unsur emosi dan hubungan kemanusiaan. Manakala

mesra budaya dikaitkan dengan perlakuan atau amalan yang mendatangkan

keselesaan dan kegembiraan.

Di dalam konteks bilik darjah, keselesaan dan kegembiraan itu diwujudkan

oleh guru dan murid melaui perlakuan yang positif sewaktu berlakunya proses

pengajaran dan pembelajaran. Jelaslah di sini bahawa persekitaran bilik darjah

melibatkan dua aspek iaitu aspek fizikal dan sosio-emosi. Kedua-dua aspek berikut

saling bergantungan bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

Perancangan yang sistematik serta pembinaan bilik darjah yang dinamik mampu

memberikan impak yang positif dalam kalangan murid.

Kelebihan Dan Kekurangan Aspek Aspek Yang Dibincangkan Dalam Tiga

Sumber

Nik Amad Nik Yaacob (1998) di dalam artikelnya bertajuk ‘Pendidikan Sekolah

Rendah Perlu Kaedah Baru’ yang menjelaskan mengenai pendidikan yang terlalu

tertumpu kepada akademik banyak melahirkan aspek pertandingan dan kerja secara

individu. Kekuatan artikel tersebut terletak pada penyataan penulis tentang peranan

guru dalam membina kekuatan emosi yang positif dalam kalangan murid. Selain itu,

konsep pendidikan yang bertujuan membentuk sahsiah manusia seperti sifat

kerjasama, tak putus asa, bertanggungjawab, komitmen dan sebagainya. Pendidikan

juga bukanlah hanya menumpukan aspek akademik semata-mata, malah faktor

perhubungan antara guru dan murid, murid dengan murid dan murid dengan

masyarakat menjadi pencetus kecemerlangan dalam kejayaan seseorang murid.

Penulis juga mementingkan matlamat peribadi murid yang mencerminkan tingkah

laku mereka dengan mewujudkan rutin bilik darjah serta aktiviti yang bersifat sosial.

DI samping itu, penulis turut berpendapat bahawa keunikan satu-satu bilik darjah

terletak pada perkembangan sosial. Penjelasan artikel tersebut banyak mengupas

mengenai perkembangan sosial murid-murid di dalam bilik darjah yang boleh

mewujudkan suasana kasih sayang, kerjasama, hormat menghormati, tolong

menolong dan seumpamanya. Kelebihan artikel tersebut juga dapat dilihat apabila

penulis merumuskan bahawa budaya yang positif perlu diterapkan sebelum

Page 3: PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA DARI ASPEK FIZIKAL DAN SOSIO.docx

merancang budaya akademik. Namun begitu, peranan guru menjadi tulang belakang

dalam merealisasikan kaedah yang dianjurkan oleh penulis.

Bagi artikel kedua, kajian ‘Tahap Perpaduan Pelajar Pelbagai Kaum dalam

Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)’ oleh Abdul Rahim Hamdan dan

Siti Noraishikin Moin mengkaji aspek perpaduan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran subjek berkenaan. Kelebihan yang ditonjolkan dalam kajian tindakan

ini apabila penulis menfokuskan pembelajaran koperatif di mana para pelajar

berbincang di dalam kumpulan ketika proses pengajaran dan pembelajaran

dijalankan. (Slavin, 1982; Johnson, Johnson & Holubec, 1990; Kagan, 1992)

menyifatkan bahawa pembelajaran koperatif didefiniskan sebagai kaedah-kaedah

pengajaran yang mana pelajar-pelajar daripada semua peringkat pencapaian

bekerjasam dalam kumpulan kecil untuk mencapai matlamat bersama. Kekuatan

kajian ini juga dapat dilihat apabila penulis turut mengkaji penglibatan pelajar

daripada pelbagai kaum apabila bekerja di dalam satu kumpulan dan melakukan

aktiviti bersama-sama. Selain itu, kajian ini juga membincangkan kepentingan

pembelajaran secara koperatif yang melibatkan pelbagai kaum dan juga berlainan

tahap kemampuan pelajar. Justeru, amalan kumpulan yang sama setiap kali aktiviti

perlu dielakkan agar menggalakkan komunikasi pelbagai kaum kerana kebiasaan

pelajar-pelajar lebih gemar berinteraksi antara kaum mereka sahaja. Dengan ini,

bukan sahaja jurang perpaduan dapat dieratkan melalui aktiviti berkumpulan,

malahan pencapaian akademik secara langsung dapat ditingkatkan.

Artikel yang ketiga memperlihatkan kelebihannya tentang pengurusan bilik

darjah yang mengetengahkan konsep rutin bilik darjah yang positif. Penulis

menerangkan bagaimana guru permulaan menguruskan bilik darjah dengan

menitikberatkan peraturan yang menjdai asas dalam menguruskan sesuatu bilik

darjah supaya menjadi kondusif serta proaktf. Artikel yang ditulis oleh Dr. Mohd.

Hasani Dali memberikan kelebihan dari aspek bagaimana membentuk emosi murid-

murid dengan menstruktur stail pengajaran guru dan rutin bilik darjah. Penulis juga

berpendapat guru perlu menguruskan bilik darjah terlebih dahulu sebelum

memulakan sesuatu pengajaran. Hal ini adalah perlu kerana emosi murid-murid perlu

berada pada tahap yang stabil agar memudahkan penerimaan ilmu oleh guru. Selain

itu, artikel tersebut menerangkan tips-tips bagaimana seseorang guru dapat

mengawal tingkah laku serta emosi murid-murid apabila memulakan proses

Page 4: PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA DARI ASPEK FIZIKAL DAN SOSIO.docx

pengajaran dan pembelajaran. Cadangan-cadangan yang boleh dijadikan panduan

guru untuk menguruskan bilik darjah menampakkan kematangan dan

memartabatkan profession keguruan. Penulis juga mencadangkan bahawa amalan-

amalan seperti yang dinyatakan di dalam artikel tersebut perlu dijalankan secara

berterusan supaya persepsi murid-murid terhadap guru tidak mendatangkan sifat

yang negatif terhadap tahap emosi mereka.

Di sebalik kekuatan yang dijelaskan di atas, terdapat juga beberapa

kelemahan yang diterjenahkan di dalam ketiga-tiga artikel tersebut. Antaranya

adalah artikel-artikel ini hanya menjurus kepada aspek-aspek yang terdapat di dalam

bilik darjah sahaja. Faktor-faktor luar seperti ibu bapa, sekolah dan masyarakat gagal

diselitkan dalam penulisan mereka. Hal ini mengubah persepsi pembaca apabila

ketiga-tiga artikel tersebut meletakkan bebanan yang terlalu banyak kepada guru

tanpa mengambil kira peranan daripada pihak yang lain. Hal ini menjadikan sesorang

guru tersebut gagal apabila gagal merancang sesuatu tanpa menyalahkan pihak-

pihak yang lain.

Selain itu, artikel kedua menampakkan kelemahannya kerana hanya

menumpukan perpaduan antara pelajar pelbagai kaum terhadap mata pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) semata-mata. Walhal perpaduan kaum juga

boleh dibentuk di dalam mata pelajaran yang lain. Namun begitu, penulis tidak boleh

dipersalahkan kerana penulis mungkin ingin mengkaji tahap perpaduan kaum di

dalam mata pelajaran tersebut sahaja. Pada artikel yang ketiga, kelemahan dapat

dilihat apabila penulis hanya menfokuskan guru-guru yang novis sahaja dalam artikel

tersebut. Guru-guru yang sedia ada juga patut disisipkan kerana terdapat juga guru-

guru yang telah lama berkecimpung dalam dunia pendidikan, tetapi masih gagal

menguruskan bilik darjah dengan berkesan.

Aspek-Aspek Yang Gagal Dikemukakan

Berdasarkan ketiga-tiga artikel yang dibincangkan, terdapat beberapa aspek

yang gagal dikemukakan terutamanya dari aspek fizikal bilik darjah. Ketiga-tiga

artikel hanya membincangkan aspek-aspek sosial dan emosi tanpa mengambil kira

peranan fizikal bilik darjah yang turut menyumbang ke arah pembinaan persekitaran

bilik darjah yang kondusif. Fokus kepada aspek tersebut kurang ditonjolkan kerana ia

bergantung pada pengurusan sekolah yang menyediakan persekitaran dari aspek

Page 5: PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA DARI ASPEK FIZIKAL DAN SOSIO.docx

fizikal. Tidak semua sekolah yang mampu memberikan fizikal bilik darjah yang

diinginkan kerana banyak faktor luaran yang perlu diambil kira bagi memenuhi

keperluan aspek tersebut.

Selain itu, Ketiga-tiga artikel juga kurang mengutarakan pendapat tentang

bagaimana sesuatu bilik darjah tersebut dapat dikatakan sebagai bilik darjah yang

mesra budaya. Sebagai contoh artikel yang bertajuk ‘Asas Pengurusan Tingkah Laku

Guru Novis di Bilik darjah’, gagal mengupas mengenai hubungan antara kumpulan

etnik atau perbezaan ras di dalam penulisannya. Tetapi, artikel tersebut dapat

mengaitkan aspek sosial dan emosi yang penting di dalam bilik darjah. Bagi artikel

yang ditulis oleh Nik Ahmad Nik Yaacob, beliau mengemukan aspek sosial tetapi

tidak menyatakan perpaduan antara etnik dalam penulisan tersebut. Penulis hanya

menyatakan aspek perpaduan secara umum tanpa menjurus kepada perpaduan

kaum.

Usaha Proaktif Yang Perlu Diambil Kira Oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Dalam hal ini, kepentingan persekitaran bilik darjah perlulah diambil perhatian

serius oleh semua pihak. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) khususnya perlu

mengkaji dan menstruktur kembali kurikulum pelajar guru terutamanya supaya tidak

terlepas pandang dalam menguasai kemahiran menguruskan bilik darjah.

Pembentukan persekitaran bilik darjah merupakan asas pengukuran kewibawaan

guru dalam ilmu pedagogi untuk membentuk sahsiah murid-murid yang positif. Selain

itu, pihak sekolah juga haruslah memandang serius terhadap guru-guru yang kurang

berpengalaman dalam menguruskan bilik darjah. Kursus dan seminar haruslah

dianjurkan kepada guru-guru tersebut agar pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan dapat dilaksanakan. Peranan para pendidik seharusnya diberikan

keutamaan kerana merekalah yang berhadapan dengan masalah-masalah yang

berlaku da dalam bilik darjah.

Ibu bapa juga tidak terkecuali dalam memainkan peranan dalam menguruskan

bilik darjah. Mereka perlulah memberikan dorongan dan sokongan kepada anak-

anak mereka dalam membentuk sahsiah yang terpuji di dalam diri murid-murid.

Walaubagaimanapun, perhubungan antara guru dan ibubapa adalah amat penting

kerana perbincangan dan kesepakatan antara dua pihak ini akan menemui jalan

yang terbaik untuk anak-anak mereka di dalam bilik darjah. Selain itu, peranan

Page 6: PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA DARI ASPEK FIZIKAL DAN SOSIO.docx

komuniti di negara kita yang memiliki pelbagai etnik haruslah berpandangan secara

professional dalam aspek perhubungan kaum agar konflik antara kaum tidak

terbawa-bawa di dalam bilik darjah. Oleh itu, sikap etnosentrik dalam kalangan murid

dapat dibendung agar peristiwa 13 Mei 1969 tidak berulang kembali.

Kesimpulan

Pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya bukan sahaja banyak

bergantung pada pewujudan persekitaran fizikalnya, malahan turut mengutamakan

penyediaan ruang yang membolehkan emosi dikawal dan difahami. Pengurusan

persekitaran sosioemosi murid mempengaruhi perkembangan murid dalam aspek

sosioemosi dan persekitaran kehidupan murid. Pemahaman guru terhadap

perhubungan kelompok etnik dan peranan guru sebagai ejen pembinaan perpaduan

dan integrasi nasional akan mampu mewujudkan persekitaran bilik darjah yang

mesra budaya.

Page 7: PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA DARI ASPEK FIZIKAL DAN SOSIO.docx

RUJUKAN

3 Sumber Utama

http://members.tripod.com/siti_2/01/84.html (disunting pada 7 Mac 2012)

http://eprints.utm.my/10727/1/

Tahap_Perpaduan_Pelajar_Pelbagai_Kaum_Dalam_Mata_Pelajaran_Kemahiran_Hi

dup_Bersepadu.pdf (disunting pada 6 Mac 2012)

Dr. Mohd. Hasani Dali (2006), Asas Pengurusan Tingkah Laku Guru Novis di Bilik

Darjah. Pendidik, dipetik pada 5 Mac 2012.

Sumber Sampingan

Noriati A. Rashid (2011), Budaya dan Pembelajaran. Selangor, Oxford Fajar Sdn

Bhd.

http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/pengurusan-bilik-

darjah.pdf

http://nyongatthesky.blogspot.com/2009/05/konsep-bilik-darjah-yang-mesra-

budaya_29.html

http://www.kickstory.net/2011/08/bilik-darjah-mesra-budaya.html

Page 8: PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA DARI ASPEK FIZIKAL DAN SOSIO.docx

Penghargaan

Alhamdulillah dan jutaan kesyukuran dipanjatkan kepada ilahi kerana akhirnya

tugasan kursus EDU 3106 Budaya dan Pembelajara dapat disiapkan dengan

jayanya.

Saya ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah

yang dikasihi Puan Soo Hoo Soon Teng kerana telah banyak memberi tunjuk ajar

dan bimbingan. Sesungguhnya bimbingan dan tunjuk ajar puan sangat membantu

saya dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Inilah kali pertama saya menerima

tugasan mengenai tinjauan literatur dan saya telah mendapat input dan pengalaman

yang berguna dalam membuat penulisan seperti ini. Diharapkan tugasan ini dapat

membantu saya untuk menghasilkan penulisan ilmiah yang lebih mencabar.

Selain itu, kerjasama dan persepakatan antara ahli kumpulan pembentangan

memberi impak yang besar terutama dalam membikin dan curahan idea yang

berguna. Kata pepatah ‘yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing’ amat

sesuai untuk menggambarkan kerjasama yang kami berikan sepanjang pembikinan

menghasilkan pembentangan yang memberikan satu pengalaman berharga apabila

membina satu pelan lantai yang mesra budaya. Hasil kesabaran dan semangat ingin

belajar saya dan Kheronisa membuatkan kami menghasilkan satu persembahan

yang menarik.

Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada perpustakaan institut yang

menyediakan sumber rujukan dan bahan-bahan yang diperlukan bagi membantu

kami mengabungkan kemahiran, kandungan serta idea bagi pelan lantai kami.

Maklumat yang kami perolehi adalah amat berguna dan kami memanfaatkan

sepenuhnya. Lawatan sekali seminggu ke perpustakaan ini disambut mesra oleh

perpustakawan di sini membuatkan kami berasa selesa dan tidak kekok untuk

bertanyakan soalan dan tempat mencari buku di sekitar perpustakaan ini.

Sekali lagi saya ingin menyatakan rasa kesyukuran kami kepada Ilahi kerana

dengan izinNya saya dapat menyiapkan tugasan pada waktunya. Tidak lupa juga

kepada kedua-dua ibu bapa yang memberi sokongan moral yang tidak terbelah bagi.

Page 9: PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA DARI ASPEK FIZIKAL DAN SOSIO.docx

PENGHARGAAN

Page 10: PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA DARI ASPEK FIZIKAL DAN SOSIO.docx

SUMBER 1

Page 11: PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA DARI ASPEK FIZIKAL DAN SOSIO.docx

SUMBER 2

Page 12: PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA DARI ASPEK FIZIKAL DAN SOSIO.docx

SUMBER 3

Page 13: PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA DARI ASPEK FIZIKAL DAN SOSIO.docx

BIBLIOGRAFI

Page 14: PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA DARI ASPEK FIZIKAL DAN SOSIO.docx

LAMPIRAN