Persekitaran, Budaya Dan Tempat

download Persekitaran, Budaya Dan Tempat

of 3

Transcript of Persekitaran, Budaya Dan Tempat

  • 7/29/2019 Persekitaran, Budaya Dan Tempat

    1/3

    PERSEKITARAN, BUDAYA DAN TEMPAT

    Penolakan aktiviti pendidikan jasmani bergantung pada beberapa faktor iaitu :

    1) Aktiviti yang tidak digemari

    Aktiviti yang ingin dilakukan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran

    pendidikan jasmani perlulah mengambil kira minat murid. Perkara ini penting bagi

    memastikan mereka sentiasa tertarik untuk mengikuti pembelajaran dan menjadikan

    matlamat pembelajaran tercapai.

    2) Aktiviti yang kurang mencabar

    Pemilihan aktiviti pula perlu juga mengambil kira tentang tahap umur murid tersebut.

    Jika aktiviti terlalu mudah maka, tiada pembelajaran akan berlaku kerana murid sudah

    menguasai perkara tersebut. Malah, pembelajaran juga akan menjadi tidak menarik.

    Contohnya, mengajar cara merangkak dengan betul kepada murid darjah enam.

    3) Aktiviti yang terlampau susah

    Pemilihan aktiviti juga tidak boleh terlampau susah supaya murid berupaya

    menguasainya. Contohnya, mempelajari teknik menendang bola dengan betul. Ia tidak

    sesuai untuk diajar kepada murid tahun satu atau dua kerana terlalu sukar. Tetapi boleh

    diajar kepada murid tahun empat, lima atau enam yang mana sesuai dengan

    kemampuan mereka.

    4) Mempelajari sesuatu yang baru yang mungkin tidak dapat dipelajari dan diikuti.

    Perkara baru yang ingin diajar kepada murid mungkin boleh diikuti oleh mereka dan

    mungkin juga tidak. Perkara ini juga bergantung pada kesesuaian tahap umur murid

    dengan tahap kesukaran sesuatu kemahiran. Sekiranya perkara ini berlaku, maka

    kemahiran tersebut boleh digantikan dengan kemahiran lain yang lebih sesuai.

  • 7/29/2019 Persekitaran, Budaya Dan Tempat

    2/3

    PERSEKITARAN

    Persekitaran memainkan peranan penting dalam mempengaruhi minat seseorang

    kanak-kanak. Ia melibatkan orang yang berada di sekitar mereka seperti keluarga,

    saudara-mara, kawan-kawan, kanak-kanak sebaya dan masyarakat di sekitarnya.

    Selain itu, minat mereka juga dipengaruhi oleh perkara yang kerap berlaku di

    kawasan tersebut. Jika masyarakat di sekitarnya menggemari bola sepak, maka besar

    kemungkinan minatnya lebih tertumpu kepada bola sepak. Tambahan pula, sekiranya

    kawasan tersebut sering menganjurkan pertandingan bola sepak. Maka mereka secara

    tidak langsung banyak mendapat pendedahan tentang bola sepak.

    Pengaruh ini juga akan dibawa sehingga ke sekolah dan mewujudkan satu corak

    sosialisasi yang tertentu di mana, murid-murid akan cenderung untuk bercakap

    mengenainya, dan mempengaruhi minat mereka dalam pembelajaran. Perkara ini,

    seterusnya, memberi kesan kepada corak pengajaran dan pendekatan yang boleh

    diambil oleh guru semasa melakukan pengajaran bagi menarik minat murid dan

    menjadikan pembelajaran lebih menarik.

    Persekitaran juga turut berkisar tentang perkara yang berlaku pada sesuatu masa

    dan bermusim. Contohnya, musim sukan Olimpik. Pada masa tersebut semua orang

    sedang hangat memperkatakan tentang Olimpik. Perkara ini akan mempengaruhi

    kanak-kanak dan minat mereka. Oleh itu, guru-guru boleh menyelitkan tentang sukan

    Olimpik dalam pembelajaran sebagai sampingan bagi mewujudkan suasana yang

    menarik kanak-kanak. Begitu juga semasa musim piala dunia bola sepak FIFA. Pada

    ketika itu semua orang di sekitar kanak-kanak tersebut sedang hangat memperkatakan

    tentang bola sepak. Jadi, guru boleh menggunakan perkara ini untuk diselitkan dalam

    pengajaran bagi menarik minat murid.

    Aktiviti juga dipengaruhi oleh cuaca sesuatu tempat. Oleh itu, pemilihan dan

    perancangan aktiviti perlulah mengambil kira faktor cuaca. Contohnya, pada musim

    hujan. Murid-murid tidak boleh menjalankan aktiviti amali di padang kerana hujan. Oleh

    itu, guru perlu fleksibel dengan keadaan. Bagi menggantikan amali tersebut, guru boleh

  • 7/29/2019 Persekitaran, Budaya Dan Tempat

    3/3

    menggantikannya dengan pengajaran teori di dalam kelas. Dengan ini, kelas tetap

    berjalan dan masa tidak dibazirkan.

    BUDAYA

    Budaya juga merupakan faktor yang penting dalam mempengaruhi minat kanak-

    kanak. Ia berkait rapat dengan faktor persekitaran yang mana melibatkan orang di

    sekitarnya.

    Ia lebih kepada perkara yang diminati dan sering dilakukan oleh sesuatu

    masyarakat. Jika terdapat budaya meminati sukan dalam masyarakat, maka akan

    terhasil kelompok masyarakat bersukan. Perkara ini bakal mempengaruhi kanak-kanak

    tersebut.

    Pemilihan aktiviti juga hendaklah mengambil kira dari segi sensitiviti agama dan

    budaya sesuatu tempat. Contohnya aktiviti renang. Jika majoriti masyarakatnya ialah

    muslim, maka perkara-perkara yang menjadi batasan perlulah dijaga seperti menutup

    aurat dan pergaulan antara berlainan jantina perlu dibataskan.

    TEMPAT

    Faktor tempat turut memainkan peranan dalam pemilihan aktiviti dalam pengajaran.

    Ia berkaitan dengan kemudahan dan juga fasiliti sesuatu sekolah. Fasiliti ini adalahseperti padang bola, gelanggang bola tampar, gelanggang badminton, gelanggang bola

    jaring dan sebagainya. Selain itu, ia turut melibatkan kemudahan peralatan sukan yang

    dimiliki oleh sekolah seperti kayu hoki, bola sepak, raket badminton, gelung rotan dan

    sebagainya.

    Selain itu, ia turut melibatkan kawasan sesebuah sekolah. Sekiranya sekolah

    tersebut berada di kawasan pedalaman maka pendekatan yang ingin di ambil perlu

    sesuai dengan murid-murid. Guru perlu sesuaikan pemilihan permainan yang ingin di

    ajar namun, perlu juga mengikut silibus yang telah ditetapkan.