Persekitaran Dan Iklim Bilik Darjah (Priscilla)

download Persekitaran Dan Iklim Bilik Darjah (Priscilla)

of 6

description

, ,kjh jf

Transcript of Persekitaran Dan Iklim Bilik Darjah (Priscilla)

B. Persekitaran dan Iklim Bililk Darjah1. Lukiskan pelan bilik darjah yang anda bersama membantu mentor melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

2. Huraikan bagaimana bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran dipamerkan di bilik darjah tersebut digunakan secara berkesan.Bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran di dalam sesebuah bilik darjah merupakan aspek yang penting dalam penyampaian ilmu pengetahuan kepada murid-murid. Pelbagai cara telah digunakan dan dipamerkan bagi membolehkan pembelajaran berlaku secara optimum seperti kaedah gantung, tampal dan susun. Melalui pengalaman PBS yang dijalankan saya dapati bahawa setiap kelas mempunyai cara tersendiri dalam mempamerkan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran. Antara bahan yang disediakan di dalam bilik darjah ialah termasuklah buku, surat khabar, carta, replica, majalah dan sebagainya. Bahan dan sumber yang disediakan telah ditempatkan di tempat yang menarik dan mudah bagi memudahkan murid-murid mendapatkan maklumat. Selain itu, bahan dan sumber dipamerkan dengan cara yang menarik agar suasana pembelajaran di dalam bilik darjah kelihatan kondusif dan lebih seronok. Hal ini memudahkan murid-murid untuk memperolehi maklumat dan ilmu pengetahuan. Kaedah gantung, bahan dan sumber yang digunakan boleh digunakan murid-murid dengan mudah. Antara bahan yang digantung di dalam kelas ialah hasil kerja murid, akhbar dan buku. Bahan-bahan ini ditampal di tepi dinding dan ada yang digantung dengan tali. Sementara itu, bagi kaedah tampal, kebanyakkan kelas menampal bahan-bahan di papan kenyataan dan juga dinding bilik darjah. Bahan-bahan yang ditampal termasuklah carta, gambar, keratan akhbar, dan nota-nota mengikut setiap mata pelajaran yang diambil oleh murid-murid. manakala bahan-bahan seperti replika disusun di atas meja dan rak yang disediakan. Dengan cara ini murid-murid dapat menjaga keadaan replica yang terdapat di dalam bilik darjah dengan selamat. Di samping itu, didapati juga setiap kelas mempunyai sedikit ruang yang disediakan untuk meletakkan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran di bahagian belakang kelas. Rak-rak buku juga disediakan bagi meletakkan bahan-bahan bacaan dan hasil pelajar. Kemudahan rak buku ini membolehkan murid-murid menyusun buku-buku dengan lebih teratur dan mudah untuk mengenalpasti buku-buku yang hendak digunakan. Setiap kelas juga diwajibkan mempunyai sudut bacaan. Antara bahan-bahan yang terdapat di sudut bacaan ialah buku, keratan akhbar, majalah mengenai isu pendidikan dan lain-lain lagi. Selain itu, terdapat juga kemudahan papan kenyataan bagi mempamerkan hasil kerja murid-murid. Contohnya, hasil kerja seni murid-murid. Tambahan pula, papan kenyataan yang disediakan oleh pihak sekolah digunakan oleh murid-murid untuk menjalani dengan berkesan. Murid-murid membahagikan papan kenyataan tersebut dengan beberapa mata pelajaran yang mereka pelajari. Setiap murid hendaklah menampal maklumat atau nota berkaitan mata pelajaran yang diagihkan. Kemudahan dan persekitaran bilik darjah yang menarik dan lengkap dengan pelbagai bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran akan mewujudkan perasaan seronok, menarik dan kodusif kepada murid-murid untuk menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran. Susunan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang menarik di dalam kelas juga dapat meransang minat murid-murid untuk membaca serta menggunakn bahan yang sedia ada pada sesi pengajaran dan pembelajaran.

3. Manakah bahan dan sumber pengajaran pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid? Mengapa?Terdapat beberapa bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid. Bahan-bahan yang disediakan dalam bilik darjah ialah buku, keratan akhbar, nota-nota yang ditampal, majalah dan replika. Bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran ini ditempatkan di ruang belakang bilik darjah. Penyusunan buku-buku yang teratur di sudut bacaan yang disediakan oleh pihak sekolah memudahkan murid-murid untuk mengambilnya. Sementara itu, kemudahan papan kenyataan di dalam setiap kelas memudahkan murid-murid untuk menampal nota-nota mengenai mata pelajaran yang dipelajari oleh mereka. Nota-nota yang ditampal di papan kenyataan memudahkan murid-murid untuk membaca dan mengulangkaji setiap pelajaran yang telah dipelajari. Aktiviti menampal keratan akhbar atau majalah pula menggalakkan murid-murid untuk mencari maklumat. Murid-murid juga menampal maklumat-maklumat yang mereka perolehi di dinding bilik darjah. Mereka menulis maklumat di atas kad manila dan seterusnya menampalnya di dinding-dinding dalam bilik darjah. Terdapat juga bahan dan sumber pengajaran yang digantung di tepi tingkap. Hal ini memudahkan murid-murid melihat dan membaca maklumat-maklumat tersebut. Mereka juga akn merasa seronok dan puas hati apabila melihat hasil kerja mereka dihargai. Bahan-bahan ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan.

4. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran? Pihak Sekolah SJK (T) JALAN SIALANG telah menggalakkan semua murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai bentuk aktiviti yang dijalankan sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Melalui pemerhatian yang dibuat didapati kaedah dan pengajaran yang digunakan oleh guru untuk melibatkan murid secara aktif. Perancangan aktiviti pembelajaran oleh guru di sekolah ini adalah seimbang dan sesuai dengan tahap perkembangan murid-murid. Interaksi antara guru dan murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga menarik minat dan tumpuan pelajar untuk mengikuti kelas dengan berkesan. Guru juga telah menggunakan kaedah soal jawab dengan menyoal pelajar berkaitan topic yang dipelajari pada hari tersebut. Respon yang diberikan oleh murid-murid dapat meningkatkan keyakinan diri murid dan membuang perasaan takut untuk menjawab soalan yang berkaitan walaupun jawapan tersebut salah. Jawapan yang diberikan oleh murid-murid adalah berbeza-beza mengikut tahap kognitif mereka. Di sini, murid-murid dapat bertukar-tukar pendapat mereka dengan rakan sekelas dan juga guru. Ini menunjukkan tahap keaktifan mereka yang tinggi. Bagi melibatkan pelajar secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran, guru di sekolah ini telah menyediakan permainan minda yang berkaitan topik-topik yang dipelajari. Murid-murid biasanya amat menyukai aktiviti seperti kuiz, teka-teki, lakonan dan sebagainya. Penggunaan tayangan, rakaman, dan gambar rajah yang pelbagai warna dan bentuk juga dapat menarik perhatian murid. Guru hendaklah kreatif dan inovatif dalam mengubah cara belajar mengikut perkembangan dan kesesuainya.

5. Kenal pasti bagaimana murid-murid dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan tertentu.Pelaksanaan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan merupakan satu kaedah yang sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian yang dibuat, didapati kedudukan murid-murid telak dikelompokkan secara seimbang. Murid yang mempunyai kebolehan dalam sesuatu bidang akan ditempatkan dengan pelajar yang kurang berkebolehan dalam bidang tersebut. Keahlian di dalam kumpulan tidak akan terdiri daripada murid yang mempunyai tahap kebolehan dan pencapaian yang sama. Mereka yang berkebolehan akan membantu kawan yang lemah. Dengan cara ini, murid yang lemah tidak akan rasa terasing daripada murid yang bijak. Walaubagaimanapun, terdapat juga guru yang mengagihkan kumpulan murid-murid berdasarkan kebolehan dan pencapaian mereka. Ini adalah untuk memudahkan sesi pembelajaran yang disampaikan oleh guru sesuai dengan tahap intektual murid-murid. Kebiasaannya, guru akan menggunakan bahan yang berbeza dengan murid yang lemah dalam mata pelajaran tersebut. Tetapi semua murid akan mendapat maklumat yang sama. Walaupun begitu, kedudukan dalam kumpulan akan bertukar mengikut keperluan murid.