Persembahan Gendang 24-Perayaan Terbesar di Dunia di ...mrembm.bernama.com/pdf/Gendang 24...

2
Persembahan Gendang 24-Perayaan Terbesar di Dunia di Upacara Khas Malaysia Book of Records “Gendang 24 Perayaan” ini menggabungkan beberapa elemen seperti "24 musim cina","seni kaligrafi" dan “kulit gendang”, dan ianya menghasilkan satu seni persembahan baru. Pada tahun 1988, kumpulan pertama Gendang 24 Perayaan telah ditubuhkan di Johor Bahru di peringkat sekolah. Oleh kerana keunikan yang disuntik dalam setiap persembahan, kumpulan Gendang 24 sering dijemput untuk mengadakan persembahan di peringkat antarabangsa, bermula dari Singapura. Bermula dari peringkat sekolah, seni persembahan Gendang 24 Perayaan terus diperluaskan ke peringkat universiti dan seterusnya menjadi kumpulan persembahan profesional.Hingga kini, Malaysia telah mempunyai lebih daripada 300 kumpulan pemukul Gendang 24 Perayaan,ataupun lebih daripada 5000 orang.Persembahan yang sering menyerikan acara kebudayaan,perasmian,sukan dan korporat ini, membuatkannya kian mendapat takhta di hati rakyat pelbagai kaum.Seni persembahan ini kemudian mula ditubuhkan di peringkat antarabangsa sejak tahun 1992. Seni persembahan ini dihasilkan oleh anak tempatan yang seharusnya dibanggakan malah ia seterusnya diperluaskan ke negara-negara jiran, terutamanya ke Asia Tenggara, China dan Taiwan sejak dua dekad yang lalu. Yang uniknya, walaupun ianya berasaskan unsur 24 perayaan, namun idea asalnya terhasil di negara yang berada di atas garisan khatulistiwa (Malaysia). Dengan ini, ia dilihat berpotensi untuk menjadi platform penting dan merupakan simbolik kepada rakyat Malaysia yang telah sebati dengan kehidupan masyarakat pelbagai bangsa dan etnik. Pada tahun 2009, gabungan Gendang 24 Perayaan dan Tarian Singa ini telah berjaya diiktiraf sebagai " Warisan Kebudayaan Negara Bukan Objek. " Kini,seni persembahan Gendang 24 Perayaan tidak lagi dilihat sebagai hak mutlak dalam kebudayaan Cina,malah kaum Melayu dan India antaranya makin sering dilihat menyertai pasukan persembahan Gendang 24 Perayaan.Senario ini secara tidak langsung menjadi

Transcript of Persembahan Gendang 24-Perayaan Terbesar di Dunia di ...mrembm.bernama.com/pdf/Gendang 24...

Page 1: Persembahan Gendang 24-Perayaan Terbesar di Dunia di ...mrembm.bernama.com/pdf/Gendang 24 Perayaan(info) 5308.pdf · kebudayaan Cina,malah kaum Melayu dan India antaranya makin sering

Persembahan Gendang 24-Perayaan Terbesar di Dunia di Upacara Khas Malaysia Book of Records

“Gendang 24 Perayaan” ini menggabungkan beberapa elemen seperti "24 musim

cina","seni kaligrafi" dan “kulit gendang”, dan ianya menghasilkan satu seni persembahan

baru. Pada tahun 1988, kumpulan pertama Gendang 24 Perayaan telah ditubuhkan di

Johor Bahru di peringkat sekolah. Oleh kerana keunikan yang disuntik dalam setiap

persembahan, kumpulan Gendang 24 sering dijemput untuk mengadakan persembahan

di peringkat antarabangsa, bermula dari Singapura.

Bermula dari peringkat sekolah, seni persembahan Gendang 24 Perayaan terus

diperluaskan ke peringkat universiti dan seterusnya menjadi kumpulan persembahan

profesional.Hingga kini, Malaysia telah mempunyai lebih daripada 300 kumpulan

pemukul Gendang 24 Perayaan,ataupun lebih daripada 5000 orang.Persembahan yang

sering menyerikan acara kebudayaan,perasmian,sukan dan korporat ini,

membuatkannya kian mendapat takhta di hati rakyat pelbagai kaum.Seni persembahan

ini kemudian mula ditubuhkan di peringkat antarabangsa sejak tahun 1992.

Seni persembahan ini dihasilkan oleh anak tempatan yang seharusnya dibanggakan

malah ia seterusnya diperluaskan ke negara-negara jiran, terutamanya ke Asia

Tenggara, China dan Taiwan sejak dua dekad yang lalu.

Yang uniknya, walaupun ianya berasaskan unsur 24 perayaan, namun idea asalnya

terhasil di negara yang berada di atas garisan khatulistiwa (Malaysia). Dengan ini, ia

dilihat berpotensi untuk menjadi platform penting dan merupakan simbolik kepada rakyat

Malaysia yang telah sebati dengan kehidupan masyarakat pelbagai bangsa dan etnik.

Pada tahun 2009, gabungan Gendang 24 Perayaan dan Tarian Singa ini telah berjaya

diiktiraf sebagai " Warisan Kebudayaan Negara Bukan Objek. "

Kini,seni persembahan Gendang 24 Perayaan tidak lagi dilihat sebagai hak mutlak dalam

kebudayaan Cina,malah kaum Melayu dan India antaranya makin sering dilihat menyertai

pasukan persembahan Gendang 24 Perayaan.Senario ini secara tidak langsung menjadi

Page 2: Persembahan Gendang 24-Perayaan Terbesar di Dunia di ...mrembm.bernama.com/pdf/Gendang 24 Perayaan(info) 5308.pdf · kebudayaan Cina,malah kaum Melayu dan India antaranya makin sering

satu perantara dalam usaha memupuk semangat “1Malaysia” dalam kalangan rakyat

Malaysia.

Attempted entry into the Malaysia Book Of Records: Most Number Of Seasonal Drums In a Performance (388 participants) Pihak Penerbitan VR Drumming Academy, anjuran Bersama F.G.S Malaysia, Persatuan

Penjaja Dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur, SJKC Tsun Jin telah mengumpul 10 pasukan

daripada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, 2 pasukan daripada Sekolah

Menengah Jenis Kebangsaan Tinggi, 2 pasukan daripada Institusi Pengajian Tinggi.

Jumlah 388 Pemain Gendang bersama-sama ini adalah satu projek yang sangat

mencabar bagi pihak penerbitan VR Drumming Academy.

Mereka akan mengadakan di Petaling Street Kuala Lumpur pada 14 Januari 2017, Sabtu

dan di Kuil Fo Guang Shan Dong Zen, Jenjarom pada 25 Januari 2017, Rabu. Semua

dijemput hadir bagi menyaksikan acara gemilang Persembahan Gendang 24 Perayaan

yang merupakan satu penciptaan rekod baharu di dalam Malaysia Book Of Records.