Persembahan Kompang .Maulidur Rasul

6
Persembahan Kompang Dalam Majlis Maulidul Rasul Dari segi sejarah kompang (satu permainan muzik tradisional Melayu yang mempunyai sejarah lebih daripada 100 tahun) berasal dari Timur Tengah, khususnya dari Negara Parsi yang dibawa oleh pedagang-pedagang Islam ke Nusantara. Mula bertapak di Pulau Jawa, kemudian ke Selatan Semenanjung dan menyusur ke utara. Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan

Transcript of Persembahan Kompang .Maulidur Rasul

Page 1: Persembahan Kompang .Maulidur Rasul

Persembahan Kompang Dalam Majlis Maulidul Rasul

Dari segi sejarah kompang (satu permainan muzik tradisional Melayu yang mempunyai

sejarah lebih daripada 100 tahun) berasal dari Timur Tengah, khususnya dari Negara Parsi yang

dibawa oleh pedagang-pedagang Islam ke Nusantara. Mula bertapak di Pulau Jawa, kemudian ke

Selatan Semenanjung dan menyusur ke utara.

Maulidur Rasul adalah hari bersejarah

keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada

hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran

Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith

riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun

Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda

adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah

Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula

kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali

sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis

memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti

perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan

oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis

Maulidur Rasul.

Page 2: Persembahan Kompang .Maulidur Rasul

Di Timur Tengah, kompang dimainkan untuk menyambut kedatangan Nabi Muhamad

saw dan kompang juga dimainkan untuk memberi semangat kepada tentera Islam menghadapi

musuh mereka. Dengan kata lain kompang ada hubungan dengan dunia Islam dan arab. Apabila

kompang dibawa ke Nusantara, permainannya disesuaikan dengan persekitaran baru. Di

Malaysia , sambutan majllis maulidur rasul di sambut dengan mengadakan beberapa acara

antaranya acara perarakan , ceramah , nasyid dan sebagainya.

Persembahan kompang yang mengirinngi Perakaran majlis maulidur rasul

Selawat keatas jujungan besar baginda SAW diringi dengan paluan kompang

Page 3: Persembahan Kompang .Maulidur Rasul

Kebiasaannya muzik kompang atau paluan

kompang dimainkan semasa majlis perarakan

dengan para peserta perarakan berselawat kepada

nabi Muhammad saw. Perarakan selalunya

dimulakan di satu tempat permulaan hingga ke

tempat terakhir perarakan.sepanjang perarakan

mereka berselawat beramai-ramai dengan paluan

kompang.rentak paluan kompang mengikut rentak

dan irama selawat. Paluan kompang akan

dimainkan sehingga selawat keatas junjungan

baginda saw selesai dan sampai ke tempat terakhir.

Muzik kompang dimainkan oleh pelbagai peringkat umur. Pada masa sekarang muzik

kompang menjadi salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah bahkan di peringkat pengajian

tinggi (IPTA). Yang kita sedia maklum muzik kompang pada dahulunya dimonopoli di golongan

tua kerana golongan tua lebih pakar dalam pukulan , paluan dan rentak irama muzik kompang

akan tetapi sekarang kalangan belia turut monopoli muzik kompang. Sebagai contohnya di

sekolah rendah sudah ada guru yang mengajar muzik kompang kerana kompang adalah satu

alatan muzik tradisional melayu. Kegiatan berkompang satu kegiatan yang sangat berfaedah

perlu diperbanyakan demi meningkatkan rasa kasih

kepada seni dan budaya.

Page 4: Persembahan Kompang .Maulidur Rasul

Kita sering dengar bahawa golongan lelaki yang mendominasikan muzik kompang tetapi

sekarang kaum hawa tidak ketinggalan dalam muzik kompang ini kerana golongan perempuan

selalunya mengunakan paluan kompang dalam majlis marhaban. Semasa dalam majlis maulidur

rasul muzik kompang juga dimainkan dalam majlis pertandingan nasyid ataupun pertandingan

kompang selawat .

Permainan kompang tidak sahaja

dimainkan dalam majlis-majlis perkahwinan

dan bercorak agama berzanji, tetapi juga telah

diperluaskan ke majlis-majlis social dan rasmi.

Namun sebagai satu bentuk kesenian yang

popular dan indah tata iramanya, maka kita

wajar mengetahui sedikit sebanyak tentang

dunia kompang itu. Permbuatannya,

pukulannya, iramanya, lagu-lagu yang

mengiringinya dan cara persembahannya.

Semuanya ini melambangkan ketinggian

seninya. Kompang sebagai alat muzik, ia adalah seni pertukangan dan sebagai permainan muzik,

ia bermula kudus kemudian meluas ke segenap lapisan masyarakat sehingga menjadi popular.

Konklusinya, muzik kompang kini telah diperkenalan di serata tempat dan pelbagai

peringkat umur yang memaikan paluan rentak irama kompang.Kita bukan sahaja perlu tahu

bagaimana bunyi kompang tetapi tahu jemis-jenis pukulan, seperti pukulan, meningkah, pukulan

melalu dan pukulan menyilang. Pukulan-pukulan ini memainkan peranan yang penting dalam

membangunkan permainan kompang yang tinggi nilai seni muziknya.kini muzik kompang juga

terkenal di peringkat antarabangsa kerana bunyi yang dihasilkan unik dan ia adalah alatan muzik

tradisional melayu yang dikekalkan dan dipertahankan sehingga kini.