PERSEPSI GURU-GURU SEKOLAH DI BANDAR TEMERLOH … · 5.1 Pengenalan 62 5.2 Perbincangan 62 5.2.1...

21
PERSEPSI GURU-GURU SEKOLAH DI BANDAR TEMERLOH TERHADAP FAKTOR MOTIVASI GURU DALAM MENJALANKAN TUGAS DI SEKOLAH JULIANA ABU HANIPAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

Transcript of PERSEPSI GURU-GURU SEKOLAH DI BANDAR TEMERLOH … · 5.1 Pengenalan 62 5.2 Perbincangan 62 5.2.1...

Page 1: PERSEPSI GURU-GURU SEKOLAH DI BANDAR TEMERLOH … · 5.1 Pengenalan 62 5.2 Perbincangan 62 5.2.1 Latar Belakang Responden 63 5.2.2 Tugas 64 5.2.3 Individu 69 5.2.4 Organisasi 73 5.2.5

PERSEPSI GURU-GURU SEKOLAH

DI BANDAR TEMERLOH TERHADAP FAKTOR MOTIVASI GURU

DALAM MENJALANKAN TUGAS DI SEKOLAH

JULIANA ABU HANIPAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

Page 2: PERSEPSI GURU-GURU SEKOLAH DI BANDAR TEMERLOH … · 5.1 Pengenalan 62 5.2 Perbincangan 62 5.2.1 Latar Belakang Responden 63 5.2.2 Tugas 64 5.2.3 Individu 69 5.2.4 Organisasi 73 5.2.5
Page 3: PERSEPSI GURU-GURU SEKOLAH DI BANDAR TEMERLOH … · 5.1 Pengenalan 62 5.2 Perbincangan 62 5.2.1 Latar Belakang Responden 63 5.2.2 Tugas 64 5.2.3 Individu 69 5.2.4 Organisasi 73 5.2.5
Page 4: PERSEPSI GURU-GURU SEKOLAH DI BANDAR TEMERLOH … · 5.1 Pengenalan 62 5.2 Perbincangan 62 5.2.1 Latar Belakang Responden 63 5.2.2 Tugas 64 5.2.3 Individu 69 5.2.4 Organisasi 73 5.2.5

PERSEPSI GURU-GURU SEKOLAH DI BANDAR TEMERLOH TERHADAP

FAKTOR MOTIVASI GURU DALAM MENJALANKAN TUGAS DI SEKOLAH.

JULIANA ABU HANIPAH

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 5: PERSEPSI GURU-GURU SEKOLAH DI BANDAR TEMERLOH … · 5.1 Pengenalan 62 5.2 Perbincangan 62 5.2.1 Latar Belakang Responden 63 5.2.2 Tugas 64 5.2.3 Individu 69 5.2.4 Organisasi 73 5.2.5
Page 6: PERSEPSI GURU-GURU SEKOLAH DI BANDAR TEMERLOH … · 5.1 Pengenalan 62 5.2 Perbincangan 62 5.2.1 Latar Belakang Responden 63 5.2.2 Tugas 64 5.2.3 Individu 69 5.2.4 Organisasi 73 5.2.5

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat:

Mak

(ROBIAH MD. RAIS)

Apak

(ABU HANIPAH IBRAHIM)

jasa dan pengorbanan kalian sentiasa diingatan

maaf atas kenakalanku

Keluarga tercinta:

(saudara kandung dan ipar-duai)

terima kasih kerana sentiasa membantu

azam tak putus hasil dorongan semua

Insan tersayang:

(MARIANI RAJIN)

(MOHD.SHAHLAN SALIH)

walau berjauhan semangat kalian sentiasa disisi

Teman-teman seperjuangan:

(Zai, Ita, Da, Mey, Atie, Zimah, Dila, Farah, Yuni dan Is)

idea dan pandangan kalian amat dihargai

terima kasih kerana sentiasa memahami

Page 7: PERSEPSI GURU-GURU SEKOLAH DI BANDAR TEMERLOH … · 5.1 Pengenalan 62 5.2 Perbincangan 62 5.2.1 Latar Belakang Responden 63 5.2.2 Tugas 64 5.2.3 Individu 69 5.2.4 Organisasi 73 5.2.5

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Menyayangi.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada individu yang terlibat dalam membantu saya menghasilkan

penulisan Projek Sarjana Muda. Ribuan teriama kasih kepada Pn. Hjh. Norani selaku

pensyarah pembimbing yang telah memberi tunjuk ajar bagi membuat kajian ini.

Tunjuk ajar dan teguran dari Pn. Hjh. Norani adalah pengalaman yang berharga dan

semoga ia akan menambah pengetahuan saya. Terima kasih atas keprihatinan dan

sentiasa memberi peluang untuk saya perbaiki kesilapan.

Khas untuk rakan-rakan seperjuangan yang turut sama-sama berhempas-pulas

menyiapkan kajian masing-masing. Perbincangan dengan kalian telah banyak

membantu meringankan beban tugas ini. Jasa kalian amat dihargai.

Tidak lupa untuk keluarga tercinta yang sepanjang masa mengambil berat

tentang pengajian saya di sini. Walaupun berjauhan tetapi dorongan yang diberikan

membuatkan saya sentiasa bersemangat untuk berusaha dengan sebaik mungkin.

Semoga kita semua sentiasa diberkati olehNya.

Sekian, terima kasih.

Page 8: PERSEPSI GURU-GURU SEKOLAH DI BANDAR TEMERLOH … · 5.1 Pengenalan 62 5.2 Perbincangan 62 5.2.1 Latar Belakang Responden 63 5.2.2 Tugas 64 5.2.3 Individu 69 5.2.4 Organisasi 73 5.2.5

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti persepsi guru-guru mengenai tiga

faktor motivasi yang terdiri daripada tugas, individu dan organisasi. Kajian deskriptif

ini dijalankan ke atas 71 orang guru-guru yang dipilih secara rawak dari 5 buah

sekolah di Bandar Temerloh. Pengkaji telah membina satu set soal selidik sebagai

instrument kajian untuk mengumpul data daripada responden. Soal-selidik diedarkan

ke sekolah-sekolah yang terpilih. Semua data dianalisis dengan menggunakan

perisian Statistical Package For Social Science Microsoft for Windows (SPSS) versi

11.0 untuk memudahkan proses penganalisian dibuat. Keputusan kajian rintis yang

diperolehi ialah 0.7062. Secara keseluruhannya elemen dalam komponen tugas iaitu

reka bentuk tugas, penetapan matlamat dan keadaan tempat kerja mempengaruhi

persepsi guru terhadap motivasi pada tahap yang tinggi. Manakala komponen individu

pula menunjukkan persepsi yang tinggi terhadap eleman sikap tetapi hanya

sebahagian yang bersetuju mengenai elemen keperluan yang mempengaruhi motivasi.

Bagi komponen organisasi yang terdiri daripada budaya organisasi, kepimpinan

pengetua, konsep kesamarataan dan peranan rakan sejawat menunjukkan responden

bersetuju terhadap faktor yang dikemukakan dalam mempengaruhi motivasi mereka.

Kajian berdasarkan sikap keatas responden lelaki dan wanita menunjukkan masing-

masing mempunyai persepsi pada tahap yang sama.

Page 9: PERSEPSI GURU-GURU SEKOLAH DI BANDAR TEMERLOH … · 5.1 Pengenalan 62 5.2 Perbincangan 62 5.2.1 Latar Belakang Responden 63 5.2.2 Tugas 64 5.2.3 Individu 69 5.2.4 Organisasi 73 5.2.5

vi

ABSTRACT

The aim of study is to determine perception of the teachers about three factor

of motivation include the component of task, individual and organization. A total of

71 teachers as the respondent involved in this study which the respondent are selected

by random from five school in Bandar Temerloh. The researcher had been done built

one set of the questionnaire as instrument in this study to collect the data from the

respondent. The questionnaire were distributed to school selected. All of the task

analysis data do with using SPSS programmer version 11.0. A reliability test

conducted and the result show 0.7062. As a whole element in the task component

such as task design, motive making and situation in workplace which influence the

teacher perception for the high motivation. Although the individual component

indicated high perception over the attitude element but only some part agree about the

needs influence the motivation. For the organizational component where by from

organization principle leader culture, equable concept and role of the others member

indicated the respondent agree with the factor. This study is based attitude over male

and female where by indicated the both of gender have the same lever of perception.

Page 10: PERSEPSI GURU-GURU SEKOLAH DI BANDAR TEMERLOH … · 5.1 Pengenalan 62 5.2 Perbincangan 62 5.2.1 Latar Belakang Responden 63 5.2.2 Tugas 64 5.2.3 Individu 69 5.2.4 Organisasi 73 5.2.5

vii

KANDUNGAN

BAB PEKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

DAFTAR KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI LAMPIRAN xii

BAB l PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Skop Kajian 8

1.9 Definisi Istilah 8

Page 11: PERSEPSI GURU-GURU SEKOLAH DI BANDAR TEMERLOH … · 5.1 Pengenalan 62 5.2 Perbincangan 62 5.2.1 Latar Belakang Responden 63 5.2.2 Tugas 64 5.2.3 Individu 69 5.2.4 Organisasi 73 5.2.5

viii

BAB ll SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Tugas 11

2.2.1 Rekabentuk Tugas 11

2.2.2 Penetapan Matlamat 15

2.2.3 Keadaan Tempat Kerja 17

2.3 Individu 18

2.3.1 Sikap 18

2.3.2 Keperluan 21

2.4 Organisasi 23

2.4.1 Budaya Organisasi 23

2.4.2. Kepimpinan Pengetua 25

2.4.3 Konsep Kesamarataan 28

2.4.2. Rakan Sejawat 29

2,4,3 Jantina 30

2.5 Penutup 32

BAB lll METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 33

3.2 Reka Bentuk Kajian 34

3.3 Tempat Kajian 34

3.4 Sampel Kajian 35

3.5 Instrumen Kajian 35

3.6 Analisis Data 37

3.7 Kajian Rintis 40

3.8 Prosedur Kajian 40

3.9 Penutup 41

Page 12: PERSEPSI GURU-GURU SEKOLAH DI BANDAR TEMERLOH … · 5.1 Pengenalan 62 5.2 Perbincangan 62 5.2.1 Latar Belakang Responden 63 5.2.2 Tugas 64 5.2.3 Individu 69 5.2.4 Organisasi 73 5.2.5

ix

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 42

4.2 Analisa Data Bahagian A 43

4.3 Analisa Data Bahagian B 46

4.3.1 Analisa Persoalan Kajian 1 47

4.3.2 Analisa Persoalan Kajian 2 51

4.3.3 Analisa Persoalan Kajian 3 55

4.3.4 Analisa Persoalan Kajian 4 59

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN KAJIAN.

5.1 Pengenalan 62

5.2 Perbincangan 62

5.2.1 Latar Belakang Responden 63

5.2.2 Tugas 64

5.2.3 Individu 69

5.2.4 Organisasi 73

5.2.5 Jantina. 77

5.3 Rumusan 79

5.4 Kesimpulan 81

5.5 Cadangan 83

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 85

5.7 Penutup 86

RUJUKAN 87

LAMPIRAN

LAMPIRAN A 90

LAMPIRAN B 96

LAMPIRAN C 98

Page 13: PERSEPSI GURU-GURU SEKOLAH DI BANDAR TEMERLOH … · 5.1 Pengenalan 62 5.2 Perbincangan 62 5.2.1 Latar Belakang Responden 63 5.2.2 Tugas 64 5.2.3 Individu 69 5.2.4 Organisasi 73 5.2.5

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pengkelasan Skala Likert Beserta Dengan Skor 36

3.2 Jumlah Item Berdasarkan Persoalan Kajian Dan 37

Skala Yang Digunakan Bagi Setiap Persoalan

Kajian

3.3 Pemeringkatan Skala Likert 38

3.4 Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 38

3.5 Kod sekolah Dan Jumlah Sample 39

3.6 Taburan Item Dan Jumlah Berdasarkan 39

Persoalan Kajian

4.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan Mengikut Jantina 43

4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Guru Mengikut Umur 43

4.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Guru Mengikut Bangsa 44

4.4 Taburan Bilangan Dan Peratusan Guru Mengikut Taraf 45

Pendidikan

4.5 Taburan Bilangan Dan Peratusan Mengikut Pengalaman 45

Mengajar

4.6 Respon Guru-Guru Mengikut Peratus Berdasarkan 47

Persepsi Mereka Terhadap Komponen Tugas Yang

Mempengaruhi Motivasi Semasa Di Sekolah

4.7 Respon Guru-Guru Mengikut Peratus Berdasarkan 51

Persepsi Mereka Terhadap Komponen Individu Yang

Mempengaruhi Motivasi Semasa Di Sekolah

Page 14: PERSEPSI GURU-GURU SEKOLAH DI BANDAR TEMERLOH … · 5.1 Pengenalan 62 5.2 Perbincangan 62 5.2.1 Latar Belakang Responden 63 5.2.2 Tugas 64 5.2.3 Individu 69 5.2.4 Organisasi 73 5.2.5

xi

4.8 Respon Guru-Guru Mengikut Peratus Berdasarkan 55

Persepsi Mereka Terhadap Komponen Organisasi

Yang Mempengaruhi Motivasi Semasa Di Sekolah.

Respon Guru-Guru Berdasarkan Jantina Mengikut 59

Peratus Berdasarkan Mengenai Persepsi Mereka

Terhadap Sikap Guru Yang Mempengaruhi Motivasi

Semasa Di Sekolah

Page 15: PERSEPSI GURU-GURU SEKOLAH DI BANDAR TEMERLOH … · 5.1 Pengenalan 62 5.2 Perbincangan 62 5.2.1 Latar Belakang Responden 63 5.2.2 Tugas 64 5.2.3 Individu 69 5.2.4 Organisasi 73 5.2.5

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Soal Selidik Kajian 90

B Surat Kebenaran Bahagian Perancangan Dan Dasar 96

Pendidikan

C Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. 98

Page 16: PERSEPSI GURU-GURU SEKOLAH DI BANDAR TEMERLOH … · 5.1 Pengenalan 62 5.2 Perbincangan 62 5.2.1 Latar Belakang Responden 63 5.2.2 Tugas 64 5.2.3 Individu 69 5.2.4 Organisasi 73 5.2.5

1

BAB l

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Wujudnya Wawasan 2020, hasil cetusan idea Perdana Menteri, telah mengajak

setiap warganegara Malaysia memikirkan tentang realiti negara maju yang membawa

implikasi besar kepada fungsi institusi pendidikan. Kejayaan sekolah memikul

tanggungjawab banyak bergantung kepada kredibiliti para gurunya. Ini bererti sekolah

memerlukan guru-guru yang berdedikasi bagi merealisasikan hasrat ini. Kualiti dan

semangat seseorang guru perlu dipupuk dan dipertingkatkan pada setiap masa.

Pencapaian objektif sesuatu organisasi adalah bergantung kepada kualiti dan semangat

personelnya. Setiap guru pada asasnya mempunyai kualiti, perasaan, persepsi, motivasi,

kebolehan dan cita-cita yang berbeza daripada guru lain.

Page 17: PERSEPSI GURU-GURU SEKOLAH DI BANDAR TEMERLOH … · 5.1 Pengenalan 62 5.2 Perbincangan 62 5.2.1 Latar Belakang Responden 63 5.2.2 Tugas 64 5.2.3 Individu 69 5.2.4 Organisasi 73 5.2.5

2

Menurut Abd. Rahim (1999), pencapaian para pelajar dalam peperiksaan

seringkali menjadi ukuran bagi menilai kualiti seseorang guru dan kebolehan guru

berkenaan mengurus dan merancang kejayaan para pelajar yang menghadapi peperiksaan.

Beliau juga menyatakan bahawa guru yang dapat mengekalkan pencapaian yang

cemerlang, dengan keputusan kejayaan yang tinggi dalam peperiksaan sudah tentu

mendapat pujian daripada para pelajar dan ibu bapa.

Apabila refomasi wujud dalam dunia pendidikan, guru selaku tunjang utama yang

perlu dibentuk untuk merealisasikan matlamat dan dasar tersebut. Justeru itu guru

sentiasa menjadi manusia yang paling peka dengan segala refomasi yang wujud dalam

ledakan arus pembangunan negara. Masyarakat pada hari ini telah menjuruskan bahawa

pengertian pendidikan itu ialah persekolahan, satu sistem pengajian yang formal di mana

satu institusi dan pembelajaran iaitu sekolah telah dibentuk untuk mendidik anak-anak

mereka dengan segala macam ilmu akademik.

Menurut Hairere (1997), guru telah dipertanggungjawabkan sebagai ejen

perubahan dan sebagai refomasi kepada pembentukan satu generasi yang akan mengisi

intipati Wawasan 2020. Apabila hal ini dapat dilaksanakan, nescaya generasi yang akan

datang terdiri daripada kalangan insan yang celik pada setiap kemajuan dan tidak kekok

dengan perkembangan yang dialami.

Di Malaysia, profesion perguruan memerlukan guru bermotivasi, profesionalisme

yang radikal dan drastik bagi menangani pelbagai masalah, cabaran dan jangkaan baru

dalam merealisasikan agenda-agenda pembangunan penyelidikan menjelang abad ke-21

(Abu Bakar, 2001). Guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan

kemahiran. Guru juga berperanan dalam bidang kerohanian bagi meningkatkan iman para

pelajar.

Page 18: PERSEPSI GURU-GURU SEKOLAH DI BANDAR TEMERLOH … · 5.1 Pengenalan 62 5.2 Perbincangan 62 5.2.1 Latar Belakang Responden 63 5.2.2 Tugas 64 5.2.3 Individu 69 5.2.4 Organisasi 73 5.2.5

3

Peranan guru memerlukan kesungguhan yang berterusan dan tidak hanya tertumpu

pada sesetengah aspek sahaja. Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Guru, Robiah

(1994), menyatakan antara tumpuan utama dalam latihan perguruan yang diterapkan

kepada pendidik adalah melahirkan guru yang terlatih dan berkaliber serta bermotivasi

tinggi untuk menampung semua jenis sekolah dengan cara meninggikan kemahiran,

keberkesanan dan pengetahuan dalam hal-hal akademik dan profesionalisme.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam satu kajian burnout di kalangan guru di peringkat kedoktoran (Ph.D) yang

dilakukan oleh penyelidik Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsan Malaysia (UKM),

Zubaidah Aman (1999), di 45 buah sekolah di 3 buah negeri mendapati 41.5 peratus guru

mengakui mereka tidak mendapat kepuasan bekerja yang dikatogerikan sebagai tidak

bermotivasi dalam profesion itu. Sebanyak 23.9 peratus lagi menyatakan mereka

bercadang meletak jawatan, dan 52.8 peratus mahu bersara awal. Dapatan beliau juga

menunjukkan sebanyak 62 atau 38.9 peratus guru mengalami tahap keletihan yang tinggi.

Menurut beliau juga, implikasi yang diistilahkan oleh beliau sebagai burnout di kalangan

guru terhadap sistem pendidikan adalah di tahap serius.

Implikasi kekurangan motivasi di kalangan guru juga turut mendapat perhatian

oleh Razali (2002), dalam Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua-

Pengetua Sekolah Menengah Malaysia Kali Ke-41. Beliau menegaskan bahawa

kumpulan guru yang memberikan masalah kepada pengetua ialah guru yang dikenal pasti

sebagai seorang yang pasif. Guru yang pasif adalah mereka yang menjalankan tugas

dengan melakukan sedikit mungkin dalam kerja profesional. Menurut beliau lagi

Page 19: PERSEPSI GURU-GURU SEKOLAH DI BANDAR TEMERLOH … · 5.1 Pengenalan 62 5.2 Perbincangan 62 5.2.1 Latar Belakang Responden 63 5.2.2 Tugas 64 5.2.3 Individu 69 5.2.4 Organisasi 73 5.2.5

4

walaupun guru-guru tersebut telah mahir dan berpengalaman tetapi motivasi mereka

untuk mengajar adalah terlalu rendah sehingga menampakkan dirinya sebagai guru yang

tidak cekap.

Menurut President Gabungan Persatuan Pelajar Semenanjung Malaysia (GPMS),

Shuhaimi Ibrahim (1999), mendapati masalah utama yang mengakibatkan guru tidak

bermotivasi adalah kerana dengan tugas tidak setimpal dengan gaji dan elaun yang

diperolehi di samping guru-guru dibebankan dengan pelbagai tugas di luar bidang

perguruan. Beliau juga menegaskan bahawa antara punca ramai guru lelaki meninggalkan

profesion ini kerana tiada insentif bagi perkhidmatan lebih masa seperti mengendalikan

kelas tambahan dan kegiatan ko-kurikulum sedangkan kakitangan kerajaan yang setaraf

akan dibayar sekiranya bekerja lebih masa.

Masalah kekurangan motivasi dikalangan guru perlu dibendung kerana sekiranya

guru bermotivasi tinggi, mereka dapat memainkan peranan sebagai pendorong kepada

kemajuan dan kejayaan para pelajar (Abd. Rahim, 1999). Ini menunjukkan bahawa

usaha-usaha yang dimainkan oleh guru akan mempengaruhi corak pendidikan sekaligus

menampakkan hasil iaitu turun naik pencapaian para pelajar dalam sesuatu bidang. Beliau

juga menyatakan bahawa kegagalan para pelajar dalam peperiksaan akan mencerminkan

kelemahan guru dan kelemahan kualiti pendidikan yang dicapai oleh sekolah pada

umumnya

Page 20: PERSEPSI GURU-GURU SEKOLAH DI BANDAR TEMERLOH … · 5.1 Pengenalan 62 5.2 Perbincangan 62 5.2.1 Latar Belakang Responden 63 5.2.2 Tugas 64 5.2.3 Individu 69 5.2.4 Organisasi 73 5.2.5

5

1.3 Pernyataan Masalah

Apakah persepsi guru-guru di Bandar Temerloh mengenai motivasi semasa

menjalankan tugas di sekolah berdasarkan tugas, individu dan organisasi?

1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Mengenalpasti persepsi guru-guru mengenai motivasi berdasarkan tugas di

sekolah.

1.4.2 Mengenalpasti persepsi guru-guru mengenai motivasi berdasarkan individu.

1.4.3 Mengenalpasti persepsi guru-guru mengenai motivasi berdasarkan organisasi

sekolah.

1.4.4 Mengenalpasti persepsi guru lelaki dan guru wanita mengenai motivasi

berdasarkan sikap individu.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Apakah persepsi guru mengenai motivasi berdasarkan tugas di sekolah?

Page 21: PERSEPSI GURU-GURU SEKOLAH DI BANDAR TEMERLOH … · 5.1 Pengenalan 62 5.2 Perbincangan 62 5.2.1 Latar Belakang Responden 63 5.2.2 Tugas 64 5.2.3 Individu 69 5.2.4 Organisasi 73 5.2.5

6

1.5.2 Apakah persepsi guru mengenai motivasi berdasarkan individu?

1.5.3 Apakah persepsi guru mengenai motivasi berdasarkan organisasi sekolah?

1.5.4 Apakah persepsi guru lelaki dan guru wanita mengenai motivasi berdasarkan

sikap individu?