PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN JADUAL...

34
PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) DALAM MEMBINA UJIAN BILIK DARJAH MOHD FAKHRUDZAFIE BIN MOHD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN JADUAL...

PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN JADUAL SPESIFIKASI

UJIAN (JSU) DALAM MEMBINA UJIAN BILIK DARJAH

MOHD FAKHRUDZAFIE BIN MOHD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

i

PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

(JSU) DALAM MEMBINA UJIAN BILIK DARJAH

MOHD FAKHRUDZAFIE BIN MOHD

Tesis ini disampaikan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengukuran Dan Penilaian)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2010

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Buat Bapa dan Ibu tercinta,

MOHD BIN SIDEK,

HABIBAH BINTI ABU BAKAR

Terima kasih di atas doa yang tidak pernah henti-henti semenjak anakanda dalam

kandungan hinggalah ke saat ini. Terima kasih kerana sentiasa di sisi memberi

harapan tatkala anakanda berduka, memberi senyuman tatkala anakanda bahagia .

Buat Abah daa Mama (Mertuaku),

MD SAAD BIN IBRAHIM,

SADIPAH BINTI SAAD,

Jutaan terima kasih atas sokongan mental dan fizikal sehingga anakanda mampu

menyiapkan kajian ini. Sesungguhnya anda semua tetap ibarat ibu bapa kandungku

meskipun isteriku telah tiada lagi di dunia ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke

atas rohnya.Amin.

Buat Semua Guru-Guru, Pensyarah dan Rakan-Rakan,

Segala didikan, nasihat dan teguran akan menjadi panduan dalam meneruskan

kehidupan. Terima kasih di atas segala-galanya.

Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya kepada anda semua.

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Segala

Pujian bagi Tuhan sekalian alam. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin

dan limpah kurniaNya berjaya jua saya menyiapkan Projek Sarjana Pendidikan

(Pengukuran dan Penilaian) ini.

Jutaan terima kasih khas buat DR. ZAINUDIN BIN ABU BAKAR selaku

pensyarah penyelia di atas tunjuk ajar dan teguran yang diberikan selama ini. Terima

kasih jua buat pensyarah-pensyarah yang memberikan panduan dalam menyiapkan

projek ini.

Setinggi-tinggi penghargaan buat guru-guru yang terlibat dalam kajian ini.

Tidak lupa buat keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberikan

sokongan. Jasa kalian sentiasa dikenang selagi hayat dikandung badan.

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi guru-guru terhadap penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dalam membina ujian bilik darjah. Beberapa aspek menjadi fokus kajian iaitu pengetahuan guru-guru terhadap proses pembinaan ujian bilik darjah, tahap kemahiran pembinaan JSU di kalangan guru-guru dan kefahaman tentang kepentingan JSU dalam pembinaan ujian bilik darjah. 45 orang guru dari SK Taman Mutiara Rini telah terlibat dalam kajian ini. Soal selidik telah digunakan sebagai alat pengumpulan data. Data yang dikumpulkan telah dianalisis kepada bentuk kekerapan, peratusan dan nilai-nilai min menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS). Keputusan menunjukkan tahap pengetahuan guru-guru SK Taman Mutiara Rini terhadap proses pembinaan ujian bilik darjah bagi ketiga-tiga aspek; penentuan objektif ujian, perancangan ujian dan pentadbiran ujian berada pada tahap tinggi. Guru-guru didapati mempunyai tahap pengetahuan paling tinggi bagi aspek pentadbiran ujian dengan min 4.52. Bagi Tahap Kemahiran Guru Dalam Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), para guru didapati mempunyai kemahiran bagi Pengetahuan Dan Pengalaman Dalam Membina JSU berdasarkan min tertinggi 3.97. Seterusnya persepsi guru terhadap kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dalam Pembinaan Ujian Bilik Darjah menunjukkan kecenderungan tinggi bagi aspek Kepentingan JSU Dalam Membina Ujian Bilik Darjah dengan min 3.74. Hubungan di antara persepsi guru-guru terhadap kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dalam pembinaan ujian bilik darjah dengan pengalaman guru dalam pembinaan ujian bilik darjah adalah bersifat positif. Secara kesimpulannya, pengetahuan guru dalam pembinaan ujian dalam bilik darjah mempunyai nilai min yang paling tinggi. Beberapa cadangan juga telah dikemukakan dalam kajian ini.

vi

ABSTRACT

The study was conducted to determine the teachers’ perceptions towards the use of Test Specification Table (TST) in developing classroom tests. The study was focused on some constructs which were the teachers’ knowledge on classroom test construction process, the level of skill in constructing the TST among the teachers and their understanding about the importance of TST in classroom test construction process. There were 45 teachers from SK Taman Mutiara Rini involved in this study. Questionnaires had been used as the instrument for data collecting. Data collected were analyzed for frequency, percentage and mean values using the Statistical Packages for Social Science (SPSS). Results showed that the level of the teachers’s knowledge on classroom test construction process was high based on these three aspects: the determination of test objectives, test planning and test administration. The teachers were found to have highest level of knowledge on the administrative aspects of the test with a mean of 4.52. While, for Teachers’ Skills Level in Construction of the TST, teachers were found to have the skills based on their knowledge and experience shown by the highest mean of 3.97. The teachers' perceptions towards the importance of TST in the Classroom Tests Construction showed a high tendency towards the aspects of the importance of TST in the Classroom Test Construction with highest mean of 3.74. There was a positive relationship between teachers' perception towards the importance of TST in the construction of a classroom test with their experiences in constructing classroom tests. In conclusion, the teachers’s knowledge classroom test construction has the highest mean value. Some suggestions for improvement also proposed in this study.

vii

KANDUNGAN

BAB TAJUK HALAMAN

TAJUK TESIS i

DEKLARASI ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xv

1 PENDAHULUAN

1

1.1 1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Istilah

11

1.8.1 Ujian 11

1.8.2 Bilik Darjah 12

1.8.3 Guru 12

1.8.4 Pengukuran 13

1.8.5 Penilaian 13

1.8.6 Perancangan 14

viii

1.8.7 Kesahan 14

1.8.8 Kebolehpercayaan 15

1.8.9 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) 15

1.8.10 Pengetahuan

16

1.9 Penutup 16

2 SOROTAN KAJIAN

17

2.1 Pengenalan 17

2.2 Ujian Bilik Darjah 17

2.3 Ujian Berbentuk Aneka Pilihan Sebagai Ujian Bilik

Darjah

23

2.4 Ujian Berbentuk Jawapan Pendek Sebagai Ujian

Bilik Darjah

26

2.5 Ujian Berbentuk Betul-Salah Sebagai Ujian Bilik

Darjah

29

2.6 Ujian Berbentuk Padanan Sebagai Ujian Bilik

Darjah

31

2.7 Ujian Berbentuk Subjektif Sebagai Ujian Bilik

Darjah

32

2.8 Penentuan Objektif Ujian dan Taksonomi Bloom 34

2.9 Jadual Spesifikasi Ujian 37

2.10 Kaedah Pembinaan JSU Yang Baik 39

2.12 Penutup 41

ix

3 METODOLOGI KAJIAN

42

3.1 Pengenalan 42

3.2 Rekabentuk Kajian 42

3.3 Lokasi Kajian 43

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 43

3.5 Instrumen Kajian 44

3.5.1 Bahagian A 45

3.5.2 Bahagian B 45

3.5.3 Bahagian C 46

3.5.4 Bahagian D

46

3.6 Kajian Rintis 48

3.7 Prosedur Kajian 48

3.8 Kaedah Analisis Data 49

3.9 Jangkamasa Kajian 51

3.10 Penutup 52

4 KEPUTUSAN KAJIAN

53

4.1 Pengenalan 53

4.2 Analisis Deskriptif Latarbelakang Responden

54

4.2.1 Jantina 54

4.2.2 Umur 54

4.2.3 Bangsa 55

4.2.4 Agama 56

4.2.5 Taraf Pendidikan 56

4.2.6 Tempoh Berkhidmat Sehingga Sekarang 57

4.2.7 Pengalaman Membina Ujian Bilik Darjah 58

x

4.2.8 Mata Pelajaran yang Diajar Di Sekolah

58

4.3 Analisis Deskriptif Persepsi Terhadap Penggunaan

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Dalam Membina

Ujian Bilik Darjah Di SK Taman Mutiara Rini,

Skudai.

59

4.3.1 Tahap Pengetahuan Guru Terhadap

Pembinaan Ujian Bilik Darjah

59

4.3.1.1 Penentuan Objektif Ujian 59

4.3.1.2 Perancangan Ujian 61

4.3.1.3 Pentadbiran Ujian

62

4.3.2 Tahap Kemahiran Guru Dalam Pembinaan

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

63

4.3.2.1 Pengetahuan Mengenai Taksonomi

Bloom

63

4.3.2.2 Asas Pembinaan Dan Kandungan

JSU

65

4.3.2.3 Pengetahuan Dan Pengalaman

Dalam Membina JSU

66

4.3.3 Kefahaman Guru Terhadap Kepentingan

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Dalam

Pembinaan Ujian Bilik Darjah

68

4.3.3.1 Kepentingan JSU dalam Membina 68

xi

Ujian Bilik Darjah

4.3.3.2 Kepentingan Pengetahuan Mengenai

JSU

70

4.4 Analisis Deskriptif Tahap Persepsi Terhadap

Penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Dalam

Membina Ujian Bilik Darjah Di SK Taman Mutiara

Rini, Skudai.

71

4.4.1 Tahap Pengetahuan Guru Terhadap

Pembinaan Ujian Bilik Darjah

71

4.4.2 Tahap Kemahiran Guru Dalam Pembinaan

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

72

4.4.3 Kefahaman Guru Terhadap Kepentingan

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dalam

Pembinaan Ujian Bilik Darjah.

73

4.4.4 Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Jadual

Spesifikasi Ujian (JSU) dalam Membina

Ujian Bilik Darjah di SK Taman Mutiara Rini

73

4.5 Analisis Inferensi Hubungan Antara Persepsi

Guru-guru Terhadap Kepentingan Jadual Spesifikasi

Ujian (JSU) Dalam Pembinaan Ujian Bilik Darjah

Dengan Pengalaman Guru Dalam Pembinaan Ujian

75

xii

Bilik Darjah

4.5.1 Hubungan Persepsi Guru-Guru Terhadap

Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Dalam Pembinaan Ujian Bilik Darjah Dengan

Pengalaman Guru Dalam Pembinaan Ujian

Bilik Darjah

75

4.6 Penutup

76

5 PERBINCANGAN DAN CADANGAN

77

5.1 Pengenalan 77

5.2 Perbincangan 78

5.2.1 Latar Belakang Responden 78

5.2.2 Tahap pengetahuan guru-guru

SK Taman Mutiara Rini terhadap proses

pembinaan ujian bilik darjah

80

5.2.3 Tahap kemahiran pembinaan JSU

di kalangan guru-guru SK Taman Mutiara

Rini

82

5.2.4 Tahap kefahaman guru-guru SK Taman

Mutiara Rini terhadap kepentingan JSU

dalam pembinaan ujian bilik darjah.

84

5.2.5 Persepsi terhadap penggunaan

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dalam

membina ujian bilik darjah di SK Taman

Mutiara Rini, Skudai

86

xiii

5.2.6 Hubungan persepsi guru-guru

terhadap kepentingan JSU dalam pembinaan

ujian bilik darjah dengan pengalaman guru

dalam pembinaan ujian bilik darjah.

86

5.4 Cadangan Pengkaji 87

5.5 Cadangan Lanjutan 89

5.6 Penutup 90

SUMBER RUJUKAN 91

LAMPIRAN 95

xiv

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK

HALAMAN

2.1 Contoh Kata Kerja Mengikut Aras Taksonomi Bloom

36

2.2 Contoh Jadual Spesifikasi Ujian

38

3.1 Tahap Pengetahuan Guru Terhadap Pembinaan Ujian

Bilik Darjah

45

3.2 Tahap Kemahiran Guru Dalam Pembinaan Jadual

Spesifikasi Ujian

46

3.3 Kefahaman Guru Terhadap Kepentingan Jadual

Spesifikasi Ujian (JSU) dalam Pembinaan Ujian Bilik

Darjah

47

3.4 Skala Likert Yang Digunakan

47

3.5 Perubahan Skala Lima Mata Kepada Skala Tiga Mata

50

3.6 Kriteria Menganalisis Data

51

3.7 Kriteria Penilaian Skor 51

4.1 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden 54

xv

Mengikut Jantina

4.2 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden

Mengikut Umur

55

4.3 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden

Mengikut Bangsa

55

4.4 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden

Mengikut Agama

56

4.5 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden

Mengikut Taraf Pendidikan

57

4.6 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden

Mengikut Tempoh Berkhidmat Sehingga Sekarang

57

4.7 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden

Mengikut Latar Pengalaman Membina Ujian Bilik

Darjah

58

4.8 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden

Mengikut Mata Pelajaran Yang Diajar Di Sekolah

59

4.9 Analisis Deskriptif Taburan Kekerapan, Peratus, Min

dan Sisihan Piawai Mengikut Persepsi Terhadap

Tahap Pengetahuan Guru-Guru Dalam Pembinaan

Ujian Bilik Darjah Aspek Penentuan Objektif Ujian

60

4.10 Analisis Deskriptif Taburan Kekerapan, Peratus, Min 61

xvi

dan Sisihan Piawai Mengikut Persepsi Terhadap

Tahap Pengetahuan Guru-Guru Dalam Pembinaan

Ujian Bilik Darjah Aspek Perancangan Ujian

4.11 Analisis Deskriptif Taburan Kekerapan, Peratus, Min

dan Sisihan Piawai Mengikut Persepsi Terhadap

Tahap Pengetahuan Guru-Guru Dalam Pembinaan

Ujian Bilik Darjah Aspek Pentadbiran Ujian

63

4.12 Analisis Deskriptif Taburan Kekerapan, Peratus, Min

dan Sisihan Piawai Mengikut Persepsi Terhadap

Tahap Kemahiran Guru-Guru Dalam Pembinaan

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

64

4.13 Analisis Deskriptif Taburan Kekerapan, Peratus, Min

dan Sisihan Piawai Mengikut Persepsi Terhadap

Tahap Kemahiran Guru-Guru Dalam Pembinaan

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

65

4.14 Analisis Deskriptif Taburan Kekerapan, Peratus, Min

dan Sisihan Piawai Mengikut Persepsi Terhadap

Tahap Kemahiran Guru-Guru Dalam Pembinaan

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

67

4.15 Analisis Deskriptif Taburan Kekerapan, Peratus, Min 69

xvii

dan Sisihan Piawai Mengikut Persepsi Terhadap

Kefahaman Guru-Guru Terhadap Kepentingan Jadual

Spesifikasi Ujian (JSU) Dalam Pembinaan Ujian

Bilik Darjah

4.16 Analisis Deskriptif Taburan Kekerapan, Peratus, Min

dan Sisihan Piawai Mengikut Persepsi Terhadap

Kefahaman Guru-Guru Terhadap Kepentingan Jadual

Spesifikasi Ujian (JSU) Dalam Pembinaan Ujian

Bilik Darjah

71

4.17 Tahap Pengetahuan Guru Terhadap Pembinaan Ujian

Bilik Darjah

72

4.18 Tahap Kemahiran Guru Dalam Pembinaan Jadual

Spesifikasi Ujian (JSU)

72

4.19 Kefahaman Guru Terhadap Kepentingan Jadual

Spesifikasi Ujian (JSU) dalam Pembinaan Ujian Bilik

Darjah

73

4.20 Tahap Persepsi Terhadap Terhadap Penggunaan

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Dalam Membina

Ujian Bilik Darjah Di Sk Taman Mutiara Rini,

Skudai

74

4.21 Analisis Korelasi Pearson Mengkaji Hubungan Di 76

xviii

Antara Persepsi Guru-Guru Terhadap Kepentingan

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Dalam Pembinaan

Ujian Bilik Darjah Dengan Pengalaman Guru Dalam

Pembinaan Ujian Bilik Darjah

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Ujian merupakan alat pengukuran untuk mengukur sejauh mana kejayaan

pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru.

Menurut Mohd Najib (1997), ujian merupakan alat pengukuran atau prosedur yang

tersusun atau bersistematik dalam mengukur perubahan tingkah laku. Oleh kerana

sifat ujian itu yang sistematik dan tersusun, maka proses pembinaan ujian juga

hendaklah mengikut prosedur yang berperingkat dan sistematik. Cheang dan Hasny

(1998) memperihalkan pembinaan ujian sebagai:

“Membina ujian sama seperti membina sebuah bangunan kerana kedua-duanya merupakan satu proses untuk mengeluarkan satu hasilan. Proses itu dijalankan mengikut spesifikasinya supaya hasilannya, iaitu ujian, mencapai tujuan yang diharapkan.” (m.s 112)

Terdapat banyak bentuk ujian bilik darjah yang digunakan oleh guru sejak dahulu

lagi dalam mengukur dan menilai hasil pengajaran dan pembelajaran. Sebagai

contoh, ujian berbentuk ‘pensil-kertas’ adalah ujian tradisi yang sentiasa digunakan

2

untuk menilai kemajuan pelajar dalam bilik darjah (Mok Soon Sang, 2003).

Pemilihan jenis-jenis item ujian oleh guru hendaklah menepati tujuan ujian, isi

kemahiran dan tahap kognitif yang hendak diuji (Mohd Najib, 1997). Dua jenis item

ujian yang digunakan secara lazim dalam ujian bilik darjah ialah item objektif dan

item subjektif. Bentuk soalan objektif yang popular dalam kalangan guru ialah

soalan bentuk mudah yang terdiri daripada item jawapan pendek, item benar-salah

dan padanan, soalan penafsiran dan soalan aneka pilihan. Soalan objektif adalah

amat sinonim dengan soalan berbentuk aneka pilihan di kalangan guru-guru

(Mohamad Fauzi, 1996).

Walau apapun bentuk item yang dipilih oleh guru dalam ujian bilik darjah,

selain daripada kepentingan ciri-ciri kesahan, kebolehpercayaan dan keobjektifan,

proses perancangan dan pembinaan ujian mesti dititikberatkan oleh guru. Proses

perancangan ujian yang baik akan memandu ke arah ujian yang tinggi ciri-ciri

kesahan, kebolehpercayaan dan keobjektifannya. Hal ini dinyatakan oleh Mok Soon

Sang (2003) sebagai:

“…Untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang tepat serta memastikan ujian yang dilakukan mempunyai ciri-ciri kesahan dan kebolehpercayaan, serta dapat mencerminkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran mereka, guru harus merancang ujian yang sesuai dan berguna.” (m.s 424)

1.2 Latar Belakang Masalah

Salah satu cara untuk merancang pembinaan ujian ialah melalui pembinaan

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). JSU atau juga dikenali sebagai ‘test blueprint’ adalah

3

langkah pertama dalam pembinaan ujian yang menentukan standard kandungan yang

hendak diuji dan bilangan item untuk setiap standard tersebut (Szafranski dan Qing,

2009). Menurut Zimmaro (2004), JSU adalah satu matriks atau carta yang mewakili

bilangan item yang hendak diuji mengikut setiap topik dan aras objektif. Pembinaan

JSU dapat membantu guru mengenalpasti kemahiran atau objektif yang hendak diuji.

Melalui JSU, guru atau pembina ujian akan dapat merancang topik atau kemahiran

yang hendak diuji dalam item berdasarkan tahap kognitif yang dicadangkan dalam

Taksonomi Bloom (Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), 2001). Tahap Kognitif

Bloom yang digunakan dalam JSU ialah pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis,

sintesis dan penilaian. Namun begitu, Mohamad Fauzi (1996) berpendapat bahawa

guru tidak semestinya menggunakan aras-aras kognitif Taksonomi Bloom semata-

mata dalam JSU. Sebaliknya, guru boleh membina dan menyesuaikan item sendiri

berdasarkan perkara yang ingin diuji.

Bagi memastikan ujian bilik darjah yang dibina oleh guru menepati tujuan

sebenar ujian tersebut dan memenuhi ciri-ciri kesahan dan kebolehpercayaan yang

tinggi, maka prosedur pembinaan ujian hendaklah diikuti oleh guru. Masalah timbul

apabila tidak ramai guru yang benar-benar mengamalkan prosedur pembinaan ujian

bilik darjah yang sitematik dan betul. Mereka sebaliknya lebih senang ‘menceduk’

soalan-soalan dari buku teks, buku rujukan atau soalan-soalan ujian lepas tanpa

memikirkan kesesuaian soalan terhadap penilaian pelajar (Mohd Najib, 1997).

Mohd Najib (1997) telah menggariskan lapan prosedur dalam merancang

ujian bilik darjah yang baik. Urutan prosedur tersebut ialah seperti berikut:

i. Menentukan tujuan ujian – Pada permulaan perancangan ujian, guru-

guru hendaklah memastikan tujuan sebenar sesuatu ujian diadakan

berdasarkan kepentingan ujian dan keperluan ujian tersebut

dijalankan. Terdapat beberapa tujuan ujian yang perlu diperhatikan

oleh guru samada ujian yang dibina bertujuan sebagai ujian

4

penempatan, diagnostik, sumatif dan lain-lain. Guru juga perlu

menentukan dan seterusnya menulis objektif ujian dengan tepat

mengikut Tahap Taksonomi Bloom yang bersesuaian.

ii. Membina blueprint atau spesifikasi ujian – Pembinaan JSU adalah

sangat penting untuk memastikan pembahagian item yang wajar

berdasarkan kandungan dan objektif yang telah ditentukan dalam

sesuatu ujian tersebut. Pembinaan JSU yang baik akan memandu

guru dalam membina ujian yang baik dan menepati tujuan ujian

tersebut.

iii. Memilih jenis soalan – Guru perlu mengetahui aspek pemilihan jenis

soalan untuk sesuatu ujian bilik darjah itu. Hal ini kerana, pemilihan

jenis soalan hendaklah bergantung kepada tahap kemahiran yang

hendak dinilai. Pemilihan soalan atau item yang tepat adalah penting

kerana setiap jenis soalan ujian mengukur tahap kemahiran yang

berbeza. Kepelbagaian jenis soalan dalam ujian membolehkan

pelbagai jenis kemahiran diuji.

iv. Menyediakan soalan ujian – Semasa menggubal atau menulis item

ujian, guru hendaklah memastikan bahawa item adalah mudah

difahami, ringkas dan tepat dari segi kandungan dan penggunaan

bahasa. Selain itu, arahan dan format ujian juga hendaklah tepat dan

jelas.

v. Mengumpulkan soalan – Soalan- soalan yang telah digubal hendaklah

dikumpul dan disusun secara sistematik. Susunan perlu mengikut

jenis soalan dan sukatan kandungan.

vi. Mentadbirkan ujian – Pentadbiran ujian perlu mengambil kira semua

kriteria yang berkaitan dengan perjalanan ujian. Ini termasuklah

tempat ujian, jenis kertas dan tulisan, masa dan suasana yang

optimum untuk pelajar dan persediaan awal seperti susunan jadual

ujian.

5

vii. Mentaksir ujian – Dalam proses ini guru perlu menafsir soalan ujian

dari segi kesukaran dan kebolehan mendiskriminasi item tersebut.

Penafsiran juga bermaksud menafsir skor yang diperolehi oleh

pengambil ujian iaitu pelajar. Semua proses penafsiran adalah secara

saintifik dan matematik.

viii. Menggunakan keputusan – Keputusan ujian adalah sangat berguna

kepada guru sendiri, pelajar, ibu bapa dan orang ramai. Pencapaian

keputusan dalam ujian akan menunjukkan keberkesanan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Perancangan ujian adalah tidak semudah membina ujian. Ini telah

menyebabkan guru-guru mengambil jalan mudah dengan membina ujian tanpa

perancangan seperti yang digariskan oleh prosedur di atas.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1986) dalam kajian yang dilakukan oleh Siti

Nurfariza (2008), menyatakan bahawa terdapat ramai guru yang kurang mengetahui

tentang proses pembinaan ujian bilik darjah yang baik termasuklah mengenai

kepentingan penggunaan JSU. Selain itu, terdapat juga segelintir guru yang

mengetahui tentang prosedur pembinaan ujian tetapi dengan sengaja tidak

mengikutinya dengan alasan kekangan masa dan menganggap ia adalah proses yang

rumit

Kurangnya pengetahuan guru-guru terhadap penggunaan JSU dalam membina

ujian bilik darjah dilihat amat ketara (Siti Nufariza, 2008). Sebaliknya, guru-guru

kini lebih senang meniru bulat-bulat soalan yang sedia ada di pasaran tanpa

menyedari kesahan kandungan dan kebolehpercayaan terhadap penilaian bilik darjah

(Abd. Rami Abdullah, 1991 dalam Siti Nurfariza, 2008).

6

Kajian yang dilakukan oleh Siti Nurfariza (2008) mengenai tahap pengetahuan

guru-guru pelatih teknik dan kejuruteraan dalam membina item aneka pilihan

mendapati bahawa pengetahuan guru-guru pelatih tersebut hanyalah di peringkat

sederhana. Ini bermakna, walaupun guru-guru pelatih pernah didedahkan kepada

konsep pengukuran dan penilaian semasa latihan keguruan, mereka masih kurang

menguasai pengetahuan mengenai pembinaan item termasuklah penggunaan JSU.

Hal ini juga berlaku kepada guru-guru yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah

sekarang. Guru-guru yang kini semakin dibebani dengan tugas-tugas yang banyak,

dilihat semakin mengabaikan perancangan penilaian bilik darjah (Mohd Najib,

1997).

Tujuan asas pengujian dan penilaian dalam bilik darjah adalah untuk memberi

maklum balas kepada guru mengenai tahap penguasaan dan kefahaman pelajar

terhadap objektif dan isi kandungan yang telah diajar. Justeru, ujian yang paling

relevan dengan tujuan ini adalah ujian bilik darjah binaan guru yang mengajar subjek

tersebut (Axman, 1989). Oleh yang demikian, menurut Axman (1989), sekiranya

sesuatu ujian bilik darjah itu dibina dengan sempurna dan berhati-hati akan menjadi

sumber yang paling tepat untuk mengukur pengetahuan yang diperolehi oleh pelajar.

Dalam kajian oleh Notar, Zuelke, Wilson dan Yunker (2004), mereka merumuskan

bahawa terdapat perkaitan yang sangat rapat antara pembinaan ujian oleh guru

dengan akauntabiliti guru itu sendiri bagi memastikan kesahan sesuatu ujian itu.

Guru yang tidak mengikut prosedur sebenar pembinaan ujian tidak akan dapat

menilai pencapaian pelajar dengan baik. Ooster (2003) dalam Notar et al. (2004)

menyatakan bahawa ujian yang dibina tidak mengikut garis panduan yang sepatutnya

akan merendahkan kesahan kandungan ujian tersebut setrusnya tidak sah dan tidak

boleh digunapakai kerana kredibiliti sesuatu ujian adalah sangat bergantung kepada

kesahan ujian tersebut berbanding faktor-faktor lain. Oleh itu, penggunaan JSU

adalah sangat penting dalam pembinaan semua jenis ujian bilik darjah.

7

Pada dasarnya, semua guru yang berkhidmat di sekolah telah didedahkan

dengan konsep pengukuran dan penilaian semasa mengikuti latihan perguruan di

institusi pendidikan guru seperti maktab dan universiti (Siti Nurfariza, 2008).

Namun begitu, proses merancang ujian bilik darjah dilihat masih kurang diamalkan

oleh guru-guru di sekolah. Hal ini timbul disebabkan kurangnya pengetahuan guru-

guru tersebut terhadap proses perancangan ujian yang baik termasuklah dalam

penggunaan JSU sebagai perancangan utama ujian. Ini dibuktikan oleh kajian Siti

Nurfariza (2008) yang mendapati tahap pengetahuan guru-guru pelatih di sebuah

institusi terhadap perancangan dan pembinaan ujian bilik darjah adalah pada pada

tahap sederhana sahaja walaupun mereka sedang mengikuti latihan keguruan.

Natijahnya, kekurangan pengetahuan terhadap proses pembinaan ujian juga

boleh berlaku kepada guru-guru yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah.

Tinjauan awal penyelidik melalui kerjasama Setiausaha Peperiksaan di SK Taman

Mutiara Rini mendapati bahawa hampir semua guru yang membina ujian bilik darjah

tidak pernah menggunakan JSU sebagai langkah utama pembinaan ujian. Penyelidik

mendapati bahawa tiada sebarang rekod yang menyatakan bahawa guru-guru yang

membina ujian bilik darjah sendiri menggunakan JSU sebagai perancangan ujian.

Bagi ujian atau peperiksaan setara, guru-guru dibekalkan dengan JSU yang telah siap

dibina oleh Jabatan Pelajaran Johor.

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini dijalankan bagi mengetahui persepsi guru-guru terhadap penggunaan

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dalam membina ujian bilik darjah. Beberapa perkara

menjadi fokus kajian iaitu tahap pengetahuan guru-guru terhadap proses pembinaan

8

ujian, tahap kemahiran pembinaan JSU dan tahap kefahaman guru-guru terhadap

kepentingan JSU dalam pembinaan ujian.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk :-

i. Mengetahui tahap pengetahuan guru-guru SK Taman Mutiara Rini

terhadap proses pembinaan ujian bilik darjah.

ii. Mengetahui tahap kemahiran pembinaan JSU di kalangan guru-guru

SK Taman Mutiara Rini.

iii. Mengetahui tahap kefahaman guru-guru SK Taman Mutiara Rini

terhadap kepentingan JSU dalam pembinaan ujian bilik darjah.

iv. Menentukan samada wujud hubungan antara persepsi guru dengan

pengalaman guru dalam pembinaan ujian bilik darjah.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif, diharapkan kajian ini dapat menjawab beberapa

persoalan berikut :-

9

i. Apakah tahap pengetahuan guru-guru SK Taman Mutiara Rini

terhadap proses pembinaan ujian bilik darjah?

ii. Apakah tahap kemahiran guru-guru SK Taman Mutiara Rini dalam

pembinaan JSU?

iii. Apakah tahap kefahaman guru-guru SK Taman Mutiara Rini terhadap

kepentingan JSU dalam pembinaan ujian bilik darjah?

iv. Apakah terdapat hubungan antara persepsi guru terhadap kepentingan

JSU dengan pengalaman guru dalam pembinaan ujian bilik darjah?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat memberikan jawapan kepada persoalan kajian

berkenaan dengan tepat. Khususnya dalam konteks SK Taman Mutiara Rini, dapatan

kajian dapat dijadikan garis panduan yang berguna kepada:-

i. Guru agar mereka dapat memantapkan lagi kaedah pengukuran dan

penilaian mereka dalam bilik darjah supaya lebih sistematis dan bermakna

dalam mengukur hasil pengajaran dan pembelajaran.

ii. Pelajar agar mereka sedar kepentingan ujian bilik darjah dalam menilai

setiap hasil pembelajaran yang harus mereka kuasai.

10

iii. Sekolah agar pihak pentadbir atau pengelola sentiasa memantapkan

pengetahuan guru-guru dalam pembinaan ujian bilik darjah melalui program

dalaman yang berkaitan.

iv. Setiausaha peperiksaan sekolah agar dapat menyediakan garis panduan yang

lengkap kepada guru-guru mengenai kepentingan JSU dalam perancangan

ujian bilik darjah.

1.7 Batasan Kajian

Melalui kajian ini, penyelidik ingin mengetahui tahap pengetahuan guru-

guru terhadap penggunaan JSU dalam membina ujian bilik darjah di SK Taman

Mutiara Rini sahaja. Responden yang terlibat hanyalah terdiri daripada 45 orang guru

yang berkhidmat di sekolah tersebut sahaja.

Segala dapatan adalah bergantung kepada maklumat yang diperolehi melalui

soal selidik bertulis. Segala keputusan dan hasil kajian ini tidak dapat memberi

generalisasi kepada sekolah-sekolah rendah lain di tempat-tempat yang lain kerana

maklumat ini hanya terbatas kepada responden yang mengajar di SK Taman Mutiara

Rini sahaja

11

1.8 Definisi Istilah

Senarai yang berikut menunjukkan definisi yang kerap digunakan sepanjang

kajian ini dijalankan. Walaupun terdapat perbezaan dalam beberapa interprestasi

istilah, definisi istilah yang dinyatakan di bawah adalah yang digunakan untuk kajian

ini.

1.8.1 Ujian

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), ujian bermaksud pemeriksaan

untuk mengetahui kebijaksanaan atau kecerdikan seseorang. Ia juga boleh

ditakrifkan sebagai peperiksaan yang terdiri daripada bentuk lisan dan bertulis.

Kamus Ensiklopedia Jilid 2 (1997) pula mendefinisikan ujian sebagai

percubaan atau pemeriksaan untuk mengetahui tahap kebijaksanaan seseorang

melalui peperiksaan.

Mohd Najib (1997) pula secara operasionalnya mentakrifkan ujian sebagai

alat atau prosedur bersistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku dan prestasi

pelajar dalam sesuatu bidang. Ujian mengukur sejauhmana pencapaian pelajar dalam

satu set kemahiran atau kriteria yang dikehendaki.

Dalam kajian ini, ujian yang dimaksudkan ialah ujian bilik darjah yang dibina

oleh sendiri oleh guru dalam menilai pencapaian pelajar

12

1.8.2 Bilik Darjah

Bilik darjah atau kelas menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) sebagai

tempat belajar atau tempat perkumpulan untuk mempelajari sesuatu.

Dalam kajian ini ujian bilik darjah adalah adalah ujian yang dilaksanakan

untuk melihat prestasi murid dalam bilik darjah sahaja iaitu tempat berlakunya

aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Mohd Najib, 1997). Ujian bilik darjah adalah

ujian yang dibina sendiri oleh guru.

1.8.3 Guru

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) memberi maksud guru sebagai orang

yang mengajar, pendidik, pengajar atau pengasuh. Keguruan pula bermaksud hal

yang berkaitan dengan ilmu, tugas dan tanggungjawab untuk membina kerjaya

sebagai guru.

Guru dalam konteks kajian ini ialah guru yang mengajar di SK Taman

Mutiara Rini yang merupakan pembina ujian bilik darjah. Latihan keguruan pula

adalah semua aspek ilmu untuk menjadi guru yang dipelajari semasa di institusi

perguruan termasuklan konsep pengukuran dan penilaian.

13

1.8.4 Pengukuran

Pengukuran menurut takrifan oleh Mohd Najib (1997) ialah proses

mendapatkan maklumat berangka mengenai sebanyak mana kejayaan pelajar dalam

sesuatu kemahiran. Pengukuran akan menghasilkan data berangka dalam bentuk

markah.

Kamus Ensiklopedia Jilid 2 (1997) pula mendefinisikan pengukuran sebagai

kerja-kerja yang berkaitan dengan mengukur dan menyukat. Oleh itu, dalam kajian

ini alat pengukuran pencapaian pelajar yang digunakan oleh guru ialah ujian bilik

darjah yang dibina oleh guru itu sendiri

1.8.5 Penilaian

Penilaian menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) adalah menentukan

nilai atau melakukan pentaksiran.

Mohd Najib (1997) pula mentakrifkan penilaian dalam konteks pengukuran

dan penilaian bermaksud proses sistematik yang mememerlukan pengumpulan,

analisis dan interpretasi maklumat mengenai sebaik mana pencapaian murid dalam

proses pembelajaran.

14

1.8.6 Perancangan

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) mentakrifkan bahawa perancangan

ialah berasal daripada kata ‘rancang’ yang bermaksud diatur, difikir masak-masak

dan direncanakan. Proses perancangan ialah proses merancang dan mengatur terlebih

dahulu sesuatu sebelum melaksanakannya.

Dalam konteks kajian ini, perancangan ujian ialah proses sistematik yang

perlu diikuti oleh guru dalam pembinaan ujian.

1.8.7 Kesahan

Menurut Ee Ah Meng (1994), kesahan merujuk kepada takat sesuatu ujian

dapat memenuhi tujuannya. Mok Soon Sang (2003) pula mendefinisikan kesahan

sebagai darjah sesuatu ujian ini mengukur perkara yang sepatutnya diuji.

Butler dan McMunn (2006) pula menyatakan bahawa sesuatu ujian itu

mempunyai ciri kesahan jika ia mengukur perkara yang sepatutnya diukur dan

bukannya perkara lain yang tidak berkaitan.

15

1.8.8 Kebolehpercayaan

Mok Soon Sang (2003) mendefinisikan kebolehpercayaan sebagai:-

“…ciri kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada pencapaian calon

adalah tekal apabila dia mengambil ujian itu beberapa kali dalam satu

jangka masa, misalnya beberapa hari atau seminggu.” (m.s 420)

Ini bermaksud sesuatu ujian yang mempunyai kebolehpercayaan adalah ujian

yang dapat memberi pencapaian pelajar yang konsisten setiap kali ujian itu diambil

dalam satu selang masa.

1.8.9 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Menurut Kamus Ensiklopedia Jilid 2 (1997), spesifikasi bermaksud butir-

butir terperinci yang dinyatakan untuk sesuatu perkara atau perincian mengenai

sesuatu perkara.

Menurut Mohd Najib (1997) pula, Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) juga

disebut Jadual Penentuan Ujian (ISU) adalah jadual yang mengandungi jumlah

soalan atau item untuk setiap isi kandungan, tahap kemahiran dan jenis-jenis soalan.

16

Menurut Zimmaro (2004), JSU adalah satu matriks atau carta yang mewakili

bilangan item yang hendak diuji mengikut setiap topik dan aras objektif.

1.8.10 Pengetahuan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), pengetahuan bermaksud

perihal mengetahui tentang sesuatu perkara. Pengetahuan juga adalah sesuatu yang

diketahui dan dipelajari.

Oleh yang demikian, dalam kajian ini penyelidik ingin mengetahui tahap

pengetahuan guru-guru dalam membina ujian bilik darjah termasuklah pengetahuan

dalam pembinaan JSU.

1.9 Penutup

Dalam bab 1 ini, penyelidik telah membincangkan tentang kepentingan

perancangan dalam membina ujian bilik darjah iaitu terutamanya penggunaan JSU

sebagai perancangan utama ujian bilik darjah. Permasalahan berkaitan tahap

pengetahuan guru-guru dalam penggunaan JSU dalam merancang ujian bilik darjah

juga dinyatakan dalam bab ini. Oleh itu, penyelidik telah menentukan objektif kajian

bagi mengetahui tahap pengetahuan guru dalam membina ujian bilik darjah,

pembinaan JSU dan persepsi mereka terhadap penggunaan JSU dalam perancangan

ujian.