Persepsi murid terhadap guru sains

26
PERSEPSI MURID TERHADAP GURU SAINS 1. PENGENALAN Pendidikan dalam konteks yang lebih luas adalah amat penting bukan sahaja kerana fungsi akademik bagi memperkembangkan keupayaan kognitif seseorang tetapi juga fungsi sosial dan peribadi. Justeru itu, guru mempunyai peranan penting dalam proses pendidikan, iaitu untuk melaksanakan dengan jayanya pendidikan bersepadu berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di mana Falsafah Pendidikan Kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan rakyat Malaysia berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai keyakinan diri serta memberi sokongan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Pembangunan pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia ialah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Berdasarkan agenda penting ini, guru merupakan golongan yang terlibat secara langsung untuk melaksanakan daya usaha dan pendekatan pengajaran untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan memastikan hasil-hasil pembelajaran yang maksimum diperoleh pelajar di sekolah. Oleh itu, guru perlu lebih kreatif dan inovatif untuk memastikan sistem penyampaian menjadi lebih efektif, menarik, menyeronokkan dan dapat merangsang minat pelajar untuk belajar. Guru merupakan ramuan penting di dalam dunia pendidikan. Ia merupakan elemen utama yang perlu diberi perhatian kerana pengaruh guru amat besar terhadap prestasi pengajaran dan pembelajaran. Banyak faktor yang mempengaruhi kualiti pengajaran seseorang guru. Antaranya intelektual seseorang guru, sifat dan sikap yang di miliki serta gaya persembahan pengajaran sama ada dapat menyampaikan maklumat dengan berkesan kepada murid. Kriteria-kriteria baik yang dimiliki oleh seseorang guru akan memastikan pembelajaran menjadi lebih efisien dan efektif. Guru yang berdedikasi, komited pada tugas, berpengetahuan dan berintegriti dalam pelbagai bidang dapat menyumbang ke arah kecemerlangan murid. 1

description

thesis master

Transcript of Persepsi murid terhadap guru sains

PERSEPSI MURID TERHADAP GURU SAINS

1.PENGENALAN

Pendidikan dalam konteks yang lebih luas adalah amat penting bukan sahaja kerana fungsi akademik bagi memperkembangkan keupayaan kognitif seseorang tetapi juga fungsi sosial dan peribadi. Justeru itu, guru mempunyai peranan penting dalam proses pendidikan, iaitu untuk melaksanakan dengan jayanya pendidikan bersepadu berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di mana Falsafah Pendidikan Kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan rakyat Malaysia berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai keyakinan diri serta memberi sokongan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Pembangunan pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia ialah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Berdasarkan agenda penting ini, guru merupakan golongan yang terlibat secara langsung untuk melaksanakan daya usaha dan pendekatan pengajaran untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan memastikan hasil-hasil pembelajaran yang maksimum diperoleh pelajar di sekolah. Oleh itu, guru perlu lebih kreatif dan inovatif untuk memastikan sistem penyampaian menjadi lebih efektif, menarik, menyeronokkan dan dapat merangsang minat pelajar untuk belajar.

Guru merupakan ramuan penting di dalam dunia pendidikan. Ia merupakan elemen utama yang perlu diberi perhatian kerana pengaruh guru amat besar terhadap prestasi pengajaran dan pembelajaran. Banyak faktor yang mempengaruhi kualiti pengajaran seseorang guru. Antaranya intelektual seseorang guru, sifat dan sikap yang di miliki serta gaya persembahan pengajaran sama ada dapat menyampaikan maklumat dengan berkesan kepada murid. Kriteria-kriteria baik yang dimiliki oleh seseorang guru akan memastikan pembelajaran menjadi lebih efisien dan efektif. Guru yang berdedikasi, komited pada tugas, berpengetahuan dan berintegriti dalam pelbagai bidang dapat menyumbang ke arah kecemerlangan murid.

Menurut Darling-Hammond, L. 2000 mengajar adalah profesion yang unik. Peranan guru dalam usaha melaksanakan dasar pendidikan negara dengan berkesan ke arah melahirkan modal insan berprestasi tinggi sememangnya tidak dapat dinafikan. Masyarakat memberi harapan yang besar kepada guru untuk mendidik dan mengembangkan potensi pelajar sejajar dengan matlamat pendidikan yang ditetapkan. Faktor guru adalah signifikan dalam mempengaruhi minat dan komitmen pelajar terhadap pelajaran serta berpotensi mengubah sikap dan status pelajar terhadap sesuatu kurikulum (Salleh 2003; Hattie 2003). Kebimbangan awam terhadap kualiti pengajaran guru seperti yang dikemukakan di dalam pernyataan Jemaah Nazir Sekolah (Jemaah Nazir Sekolah 2001, 24) seharusnya diberi perhatian serius oleh semua warga pendidik kerana perkara ini secara tidak langsung memberi gambaran kepada peranan guru dalam pencapaian matlamat pendidikan negara. Fenomena ini juga boleh dianggap sebagai manifestasi kepada ketidakpercayaan ibu bapa dan orang awam terhadap mutu dan prestasi pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah-sekolah awam (Hamzah 2001).

Vallance (2000) mengemukakan empat ciri guru berkualiti, iaitu pengurusan bilik darjah yang baik, komitmen guru untuk terus memperbaiki diri mereka, guru yang menyayangi pelajar dan komitmen guru terhadap para pelajar mereka. Durr (2008) pula melaporkan bahawa badan yang bertanggungjawab dalam standard pengajaran di Amerika Syarikat, iaitu National Board for Professional Teaching Standards (NBPTS) percaya bahawa guru berkualiti merupakan guru yang komited terhadap pelajar dan pengajaran, berpengetahuan dalam isi kandungan mata pelajaran dan tahu bagaimana untuk mengajarkannya kepada pelajar mereka, mengurus dan mengawasi pembelajaran pelajar, sentiasa merefleksi pengajarannya dan ahli dalam komuniti pembelajaran.

New Zealand Educational Institute (NZEI 2004) pula menggariskan profil guru berkualiti sebagai guru yang mempunyai kelayakan akademik, mempunyai asas pedagogi yang kuat dan faham bagaimana seseorang pelajar itu belajar, mengenal pasti dan mengoptima kekuatan pelajar, berkeupayaan untuk menggalakkan pembelajaran mendalam dan pemikiran berkonsepsi, berpengetahuan dan berkemahiran dalam kurikulum, seorang yang berfikiran kritikal, mengamalkan refleksi dan komited terhadap pembelajaran diri sendiri, mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dan beretika, bekerja secara kolaboratif dengan guru lain dalam komuniti pembelajaran profesional, dan mengambil berat tentang pelajarnya. Di Malaysia pula, pihak urus setia Guru Cemerlang Jemaah Nazir Sekolah (1994) telah menggariskan lima kriteria guru cemerlang iaitu kecemerlangan peribadi, kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran, kecemerlangan kerja, kecemerlangan komunikasi dan kecemerlangan potensi.

Guru akan sentiasa berhadapan dengan kelemahan dan kekurangan para pelajarnya. Bagaimanapun, guru yang berkualiti tidak akan membesarkan kelemahan tersebut, sebaliknya memberi fokus kepada tingkah laku positif para pelajarnya dan menggunakan kekuatan tersebut untuk menarik minat mereka. Hal ini diakui oleh Arrends (1994) yang menyatakan guru yang berkesan berupaya mewujudkan hubungan dengan pelajar di samping memupuk suasana penyayang untuk memupuk minat pelajar belajar dan menggalakkan perkembangan diri pelajar. Fredriksen dan Rhodes (2004) menyatakan bahawa hubungan antara guru dan pelajar boleh memberi kesan terhadap pembelajaran pelajar dan pencapaian akademik mereka. Mereka berpendapat guru yang memberi sokongan kepada pelajarnya akan menyemarakkan motivasi pelajar untuk mengambil bahagian yang aktif dalam mata pelajaran yang sebelum ini kurang diminatinya. Fleisher (2005) juga berpendapat bahawa hubungan rapat antara guru dan pelajar memainkan peranan penting dalam menentukan minat pelajar terhadap pelajaran yang diajar dan mempengaruhi guru untuk memilih strategi pengajaran untuk menarik minat dan meningkatkan komitmen pelajar mereka terhadap pelajaran.

Guru dianggap mempunyai kompetensi tertentu untuk mengembangkan kemahiran dan pengetahuan pelajar. Pelajar yang pintar lahir daripada guru yang bijak. Oleh itu adalah wajar setiap guru membuat persiapan dengan menyiapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan bagi melahirkan murid yang cemerlang di dalam akademik. Terdapat berbagai-bagai personaliti guru yang boleh mempengaruhi sikap dan minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kemahiran ini merupakan aspek penting kerana ianya menggambarkan sifat interaksi guru-guru yang berjaya. Ini merupakan sifat-sifat yang positif, selain pengetahuannya mengenai isi sesuatu mata pelajaran yang diajar.

Guru-guru yang kurang berjaya kerana mereka terikat kepada sesuatu prosedur pengajaran dan cara berinteraksi yang ketat. Mereka ini sangat ketat dalam pengawasan di dalam bilik darjah dan tidak memberi kebebasan kepada pelajar berinteraksi sesama mereka dan guru ini juga kurang sensitif kepada keperluan pelajar sebagai individu.

Manakala menurut Sue Leach (2006) personaliti dan cara pengendalian kelas boleh mencerminkan keperibadian seseorang guru. Seseorang guru perlu belajar dari pengalaman sendiri, dari pengalaman sewaktu bergelar pelajar dan seseorang guru itu perlu memperuntukkan masa untuk memikirkan strategi pengajaran di antara guru dan pelajar bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan.

Seseorang yang bergelar guru perlu mempunyai sikap menjadi seorang pendengar yang baik, berkebolehan berkomunikasi melalui pandangan mata di antara guru dan pelajar,pengetahuan perbendaharaan kata bagi memastikan pelajar memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru atau berkemahiran berkomunikasi secara lisan dan tanpa lisan, berpengetahuan untuk daya memujuk pelajar dengan tidak terus menghukum pelajar sekiranya melakukan kesalahan dan berkeyakinan untuk meyakinkan pelajar bahawa guru itu adalah seorang yang berilmu dan berpengetahuan terhadap apa yang ingin disampaikan.

2.PERMASALAHAN KAJIAN

Dalam bidang pendidikan sains kini, satu penggunaan yang menjadi semakin mencabar dan penting ialah berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran di mana seseorang guru dapat mereka cipta program atau panduan belajar untuk menampung keperluan pembelajaran pelajarnya. Bagi pelajar peranan utama seseorang guru adalah mengajar. Lazimnya pelajar memerlukan penerangan yang jelas dari guru, kenyataan yang jelas tentang masalah pembelajaran serta bimbingan ke arah penyelesaian masalah. Ini merupakan antara aspek dalam sikap, komunikasi dan kaedah pengajaran guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Di Malaysia, bidang sains merupakan satu bidang yang mendapat perhatian yang tinggi. Malah, bidang sains juga dianggap sebagai satu bidang yang penting bagi mengekalkan pembangunan ekonomi, memperbaiki mutu hidup dan keselamatan negara. Oleh itu, pelbagai usaha telah dijalankan agar bidang sains diterima dan menjadi sebahagian yang penting dalam hidup masyarakat negara ini.

Namun malangnya, setelah sekian lama usaha dilakukan bagi mencapai hasrat di atas, kemajuan dan kejayaan yang dicapai dalam bidang sains di negara ini masih belum dapat dibanggakan. Malah, dalam banyak keadaan, timbul banyak salah faham terhadap bidang ini. Para pelajar malahan ibu bapa sendiri beranggapan bahawa bidang atau mata pelajaran sains adalah sukar'. Buktinya, laporan Kajian Kesedaran Awam terhadap Sains dan Teknologi (2004) menunjukkan bahawa 42.3% rakyat Malaysia berpendapat bahawa mata pelajaran sains adalah satu mata pelajaran yang sukar.

Menurut Darling-Hammond, L (2000) berpendapat kualiti perhubungan antara guru dan pelajar mempunyai kesan terhadap kesediaan pelajar mengambil bahagian dalam kelas. Jika hubungan positif wujud antara guru dan pelajar akan membuat pelajar itu berusaha dan bekerjasama dengan guru.

Arrend, R.I (1994) menyarankan bahawa guru sekolah adalah dianggap sebagai pakar kepada mata pelajaran yang hendak diajar. Berketerampilan dalam menyampaikan isi pelajaran merupakan prasyarat kepada sesuatu pengajaran yang baik. Beliau juga mengatakan bahawa masalah yang berkaitan dengan kurang keupayaan mengajar hendaklah diberi perhatian sewajarnya. Dalam konteks kajian ini, penyampaian isi pelajaran yang dimaksudkan diletakkan di dalam bahagian kaedah pengajaran guru.

Sikap guru merupakan aspek yang penting untuk mewujudkan keberkesanan pengajaran. Di antara sikap guru yang perlu seperti mempunyai minat dan kebolehan. Minat boleh dianggap sebagai daya penggerak yang mendorong seseorang supaya memberi perhatian kepada sesuatu benda atau kegiatan dan ia juga boleh merupakan pengalaman yang berpengaruh yang telah dirangsang oleh kegiatan itu sendiri (Salleh Abd Rashid 2003). Apabila seseorang itu mempunyai minat dalam bidang yang diikuti, maka dia akan memberikan segala perhatiannya kepada bidang tersebut. Malah Rodiah Ahmad (2008) mengatakan minat memainkan peranan yang penting dalam kejayaan sesuatu proses pembelajaran dan ia amat mempengaruhi pencapaian seseorang dalam pelajaran itu sendiri. Sekiranya seseorang mempunyai minat dan kebolehan yang tinggi terhadap kerja yang dilakukan, pasti kerja tersebut dapat diselesaikan dengan baik. Ini bermaksud sikap guru dalam aspek minat ini penting untuk mewujudkan pengajaran yang berkesan.

Tanpa komunikasi yang berkesan sesuatu perhubungan itu pasti hambar dan tidak mencapai maksud yang diingini. Oleh yang demikian, ke arah pengajaran yang berkesan seseorang guru perlulah mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan dengan pelajarnya. Misalnya, dalam latihan perguruan aspek komunikasi sering ditekankan. Di antara cara untuk meningkatkan komunikasi dalam latihan perguruan ialah guru dilatih untuk mempersembahkan hasil kerja mereka dan perlu berinteraksi dengan rakan sekelas, iaitu latihan interaksi dengan pelajar. Justeru itu pengkaji ingin mengenal pasti sama ada terdapat perkaitan di antara sikap guru dan kaedah pengajaran guru melalui persepsi murid.

3.OBJEKTIF KAJIAN

Di dalam kajian ini dua objektif utama ditetapkan iaitu:a. Untuk mengetahui persepsi murid terhadap sikap guru sains.b. Untuk mengetahui persepsi murid terhadap kaedah pengajaran guru sains semasa mengajar mata pelajaran sains di sekolah.

4.PERSOALAN KAJIAN

Secara khususnya,skop kajian adalah menjurus kepada beberapa persoalan seperti berikut:a. Adakah terdapat kaitan antara persepsi murid dengan sikap guru sains.b. Adakah terdapat kaitan antara persepsi murid dengan kaedah pengajaran guru semasa mengajar mata pelajaran sains.

5.KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini di harap dapat memberi manfaat seperti berikut:a. Diharapkan dapat memberi gambaran kepada guru tentang persepsi murid terhadap guru sains. Selain itu dapat memberi gambaran mengenai faktor yang dapat meningkatkan persepsi murid kepada guru sains ke arah yang lebih positif.b. Membantu meningkatkan kewibawaan dan keupayaan guru ke arah pengajaran dan pendidikan yang lebih berkesan.c. Membantu guru untuk mengenal pasti kaedah pengajaran yang berkesan bagi meningkatkan persepsi murid terhadap guru sains dan sekali gus dapat menarik minat murid untuk belajar sains.

6.TINJAUAN LITERATUR

Dalam bab ini penyelidik akan membincangkan dapatan daripada kajian-kajian yang terdahulu mengenai persepsi murid terhadap guru sains. Kajian-kajian yang diambil berdasarkan kepada kesesuaian dan hubung kait dengan tajuk yang dibincangkan.

Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917). Teori perkembangan ekologikal adalah teori yang menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan individu. Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Menurut beliau, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem iaitu Mikrosistem persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Sebagai contoh ibu bapa, adik beradik, rakan, jiran dan guru. Mesosistem perhubungan antara mikrosistem. Apa yang berlaku dalam satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan di rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Sebagai contoh rumah-sekolah, rumah-jiran, sekolah-jiran. Eksosistem pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Contohnya sekolah-pasar raya. Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut. Makrosistem perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan (Santrock 2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting. Kronosistem perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer jika dibandingkan dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.

Dalam konteks kajian ini,kanak-kanak adalah murid ataupun pelajar. Interaksi antara murid-murid dengan persekitaran itu dipercayai boleh mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan murid. Merujuk kepada sistem di dalam teori ini, murid merupakan individu yang berada dalam ruang lingkup mikro (berpusat di tengah) boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Mikro sistem merupakan interaksi secara langsung dan murid menghabiskan masa paling banyak masa dengan mereka. Dalam teori ini menyatakan bahawa proses perkembangan dan pertumbuhan yang terangkum dalam sistem persekitaran itu mementingkan interaksi antara satu sama lain. Guru merupakan individu yang berada di dalam sistem ini selain ibu bapa yang boleh memberi pengaruh yang besar terhadap perkembangan murid. Oleh itu persepsi murid terhadap gurunya adalah penting dalam memastikan usaha guru dalam mendidik muridnya akan berjaya. Tingkah laku guru di dalam dan luar kelas adalah melambangkan keunggulan mereka sebagai seorang guru dengan mudah dapat diterima oleh murid-murid (Hussain & Ashraf, 1989)

Guru merupakan salah satu agen penting di dalam institusi pendidikan. Kualiti tenaga pengajar merupakan aset yang paling berharga bagi menjamin mutu pendidikan sesebuah negara. Tenaga pengajar yang berkelayakan dan memiliki personaliti cemerlang menjadi teras utama kepada pengukuhan dalam bidang pendidikan. Kriteria utama ke arah keunggulan personaliti seseorang guru ialah ilmu pengetahuan yang dimiliki, kemahiran dan sikap yang baik serta mempunyai kredibiliti mengagumkan di dalam pengajaran. Sehubungan dengan ini juga, bagi melahirkan pelajar-pelajar yang gemilang di dalam keterampilan diri, akhlak dan etika, peranan guru sangat dituntut untuk memberikan bimbingan yang betul. Para guru perlu memikul tanggungjawab yang berat dalam membentuk dan melengkapkan pelajar supaya menjadi insan yang baik. Di dalam usaha menghasilkan pelajar yang cemerlang, guru terlebih dahulu perlu berkemampuan serta berkeupayaan tinggi dalam menjalankan peranan mereka dengan efektif. Guru diharapkan bukan hanya mengajar atau memindahkan ilmu pengetahuan tetapi juga mendidik yakni membentuk sikap, nilai dan akhlak manusia, memberi contoh yang boleh dijadikan ikutan kepada segenap lapisan masyarakat, melontarkan pandangan-pandangan baru yang boleh membawa kepada perubahan dan kemajuan atau dengan kata lain sebagai agen perubahan.

Kajian-kajian yang telah dilakukan di Malaysia membuktikan bahawa faktor guru adalah signifikan dalam mempengaruhi prestasi akademik dan pembentukan peribadi pelajar. Kajian How (2007) misalnya mengemukakan faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng dalam kalangan pelajar tingkatan dua dan empat di daerah Johor Bahru. Kajian beliau mendapati faktor yang paling dominan yang mendorong pelajar ponteng sekolah adalah disebabkan oleh faktor guru. Rodiah (2008) pula mendapati wujudnya hubungan yang signifikan antara komitmen pelajar dalam pembelajaran bahasa Malaysia dengan amalan pengajaran guru dalam mata pelajaran tersebut. Kajian yang dilakukan oleh Haniza (2003) juga mendapati wujudnya korelasi antara sikap dan motivasi pelajar terhadap bahasa Inggeris hasil daripada amalan pengajaran guru dengan pencapaian mereka dalam ujian mata pelajaran tersebut.

Kajian yang dilakukan oleh John Wilkinson dan Malcom Ward (1997) menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang sinonim di antara pemilihan tempat belajar, kriteria tenaga pengajar dan latar belakang pelajar dengan pencapaian seseorang pelajar dalam pembelajarannya. Berdasarkan hasil kajian ini, cadangan dikemukakan agar pada peringkat asas lagi para pelajar perlu ditempatkan di dalam kelas yang mempunyai bilangan pelajar yang tidak terlalu ramai, diajar oleh tenaga pengajar yang berpengalaman, cekap, berkredibiliti serta perkhidmatan pembelajaran yang bermutu tinggi.

Satu Kajian telah dilakukan oleh Wan Zah dan Sharifah (2009) tentang persepsi pelajar berisiko terhadap iklim pembelajaran. Daripada kajian ini jelas menunjukkan bahawa iklim bilik darjah bagi kelas lemah masih berada pada tahap yang belum memuaskan terutama daripada aspek pengajaran, jangkaan dan layanan guru. Kajian mencadangkan agar guru perlu turut bertanggungjawab bagi memastikan iklim yang sihat dalam bilik darjah dapat dicapai.

Kajian-kajian yang dilakukan di luar negara juga menunjukkan bahawa guru yang berkualiti dapat mempengaruhi perkembangan dan pencapaian pelajar dalam pelajaran. Hattie (2003) dalam kajiannya yang melihat perbezaan antara guru pakar dengan guru baru dan guru berpengalaman membuktikan bahawa guru merupakan faktor kedua utama yang mempengaruhi perbezaan dalam pencapaian pelajar selepas faktor diri pelajar itu sendiri. Menurut Hattie, sekolah, pengetua, rakan sebaya serta sokongan dan dorongan ibu bapa dan keluarga juga merupakan sumber-sumber lain yang penting dalam mempengaruhi pencapaian pelajar. Kajian Sanders dan Rivers (1996) tentang nilai tambah pendidikan di Tennessee menunjukkan bahawa pencapaian yang berbeza antara pelajar-pelajar yang diajar oleh guru yang berkualiti tinggi dengan para pelajar yang diajar oleh guru yang berkualiti rendah untuk tiga tahun berturut-turut. Ini jelas menunjukkan bahawa kualiti guru yang berbeza memberikan kesan yang berbeza terhadap pencapaian pelajar.

Slavin (1996) dalam penilaian program Success for All yang dijalankan terhadap pelajar daripada status sosioekonomi (SSE) rendah di Baltimore dan Philadelphia, Amerika Syarikat, mendapati pelajar tanpa mengira jantina, latar belakang sosioekonomi dan kumpulan etnik, menunjukkan pencapaian yang baik apabila diajar oleh guru yang benar-benar terlatih, berfokus, bersemangat tinggi dan sentiasa cergas. Darling-Hammond (2000) dalam kajiannya berkaitan kesan guru berkualiti terhadap pencapaian pelajar merumuskan bahawa pengajaran yang berkualiti memberikan kesan yang jauh lebih besar daripada faktor latar belakang pelajar. Beliau menyatakan bahawa latar belakang pelajar tidaklah sepenting apa yang mereka peroleh dari sehari ke sehari di dalam bilik darjah semasa berinteraksi dengan guru dan pelajar lain dalam mempengaruhi pencapaian mereka. Kajian-kajian ini telah membuktikan bahawa guru mempunyai pengaruh dan peranan penting dalam meningkatkan komitmen pelajar terhadap pelajaran mereka.

Kajian yang dilakukan oleh Wendy Speering dan Leonie Rennie. (1996), menyatakan bahawa seorang pendidik yang baru melangkah ke alam pengajaran perlulah mempunyai pengetahuan yang meluas di dalam bidangnya, mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengenali pelajarnya, dan mempunyai kemahiran yang kukuh di dalam teknik mengajar. Sebagai pemudah cara pembelajaran pula, ia seharusnya mempunyai kredibiliti yang mantap sebagai salah satu faktor penting kecemerlangan seorang guru. Kredibiliti dilihat dari empat dimensi utama iaitu "boleh dipercayai', kompetensi, dinamik dan 'perlakuan semasa'.

Perasaan 'boleh dipercayai' sebagai 'mewujudkan keyakinan pada diri orang lain'. Elemen ini amat penting di dalam menjalinkan hubungan yang baik dan sihat di antara seseorang guru dan muridnya. Guru mestilah bersikap terbuka dan bersedia mengakui kelemahannya kerana melalui sikap ini dapat mencerminkan kejujuran dan keikhlasannya. Hasilnya akan mewujudkan rasa yakin pelajar terhadap seseorang guru tersebut (Brok, P. den, Levy, J., Rodriguez, R., & Wubbels, T 2002).

Menurut Brekelmans, M., Holvast, A., & van Tartwijk, J (1992) guru perlu menggalakkan pembelajaran yang aktif dengan melibatkan pelajar di dalam sesi perbincangan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan topik yang diajar. Untuk meningkatkan kepercayaan pelajar kepada guru, Brekelmans, M., Wubbels, T., & Brok, P. den (2002) mencadangkan semua maklumat yang disampaikan kepada para pelajar mestilah dengan penuh keikhlasan dan kejujuran. Di samping itu, guru juga mesti menerangkan analisa, perbahasan dan bukti-bukti yang kukuh untuk memperkuatkan nilai kepercayaan pelajar terhadapnya. Sehubungan dengan ini juga, Brok, P. den, Rickards, T., & Fisher, D. L. (2003, August) mencadangkan para guru hendaklah mengenal pasti segala kelemahan dan kekuatan sesuatu maklumat yang disampaikan. Senario ini akan membangkitkan lebih kepercayaan pelajar kepada pensyarah tersebut. Evans, H., & Fisher, D. L (2000) merumuskan di antara ciri-ciri yang melambangkan kebolehpercayaan seseorang guru itu ialah mengotakan janji, memberikan maklum balas dengan segera kepada pelajar, memberi penerangan yang rasional terhadap pembahagian markah, bersikap adil dan saksama terhadap semua pelajar dan bersifat fleksibel.

Dimensi ke dua yang berkait rapat dengan kredibiliti seseorang guru ialah kompetensi. Menurut Fisher, D., Henderson, D., & Fraser, B (1995) kompetensi bukan sahaja melibatkan ilmu pengetahuan tetapi juga persepsi masyarakat umum mengenai tahap ilmu yang dimiliki, kebolehan untuk menguasai ilmu tersebut serta keupayaan untuk menyampaikan ilmu secara berkesan oleh seseorang guru. Penguasaan ilmu yang tinggi dan penyampaian maklumat secara efisien daripada seseorang guru boleh meningkatkan lagi persepsi pelajar terhadap gurunya. Kesan daripada tanggapan positif pelajar kepada guru boleh mewujudkan situasi pembelajaran yang kondusif kerana ia menggalakkan penglibatan dan minat mendalam pelajar terhadap sesuatu pelajaran. Beberapa cadangan telah diutarakan oleh pakar-pakar pendidikan untuk meningkatkan kompetensi di dalam pengajaran.

Fisher, D., Fraser, B., & Wubbels, T (1993) mengesyorkan agar guru menyampaikan maklumat dengan teratur dan sistematik. Menurut Goh, S. C., & Fraser, B. J (1995, April) guru juga mesti menyampaikan mesej yang bebas dari segala kesalahan iaitu dari sudut nahu (sebutan dan pertuturan) di samping mengekalkan 'eye-contact' dengan pelajar. Dalam hal ini Levy, J., Wubbels, T., Brekelmans, M., & Morganfield, B (1997) mencadangkan agar guru seharusnya membuat persediaan yang sempurna dan menyeluruh dan menguasai topik pengajaran dengan baik dengan mengambil kira isu-isu utama, sumber-sumber yang relevan, bukti yang kukuh, bidasan-bidasan yang logik dan perbezaan pandangan mengenai topik yang dibincangkan. Pandangan ini sekali gus telah disokong sepenuhnya oleh Goh, S. C., & Fraser, B. J (1995, April). Selain itu, para guru juga hendaklah menyediakan rancangan pengajaran yang tersusun dan terperinci di mana sumber ini akan membantu beliau meningkatkan tahap keyakinan dan penguasaan topik yang akan diperkatakan. Menceritakan pengalaman yang berkait rapat dengan pelajaran juga akan dapat mengukuhkan pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran yang diikuti, demikian menurut Levy, J., Wubbels, T., & Brekelmans, M (1996, April).

Pendapat beberapa orang tokoh di atas turut disokong oleh Wubbels, T., Crton, H.A, & Hooymayers, H.P (1987) di mana beliau telah menerangkan mengenai ciri-ciri kredibiliti seseorang guru ialah boleh menjelaskan perkara kompleks dengan jelas, kebolehan memberi contoh kerja yang baik dan memuaskan, berkomunikasi dengan baik serta berkebolehan menjawab soalan pelajarDinamik merupakan faktor ketiga yang mempengaruhi kredibiliti seseorang guru yang cemerlang. Sekumpulan penyelidik dari Melbourne Australia Waldrip, B. G., & Fisher, D. L. (1999, December) menghuraikan dinamik sebagai 'meletakkan satu tahap di kalangan pendengar rasa kagum terhadap keperibadian yang menarik, cergas dan bertenaga yang dimiliki oleh penceramah'. Ianya berkait rapat dengan 'karisma' seseorang. Guru yang dinamik dapat menguasai suasana pembelajaran dan berjaya menyampaikan pengajarannya dengan penuh bersemangat.

Begitu juga dengan pengendalian bilik darjah, guru mesti mampu menguasai persekitarannya dengan berupaya memberi 'tenaga' kepada sekitaran pembelajaran yang kondusif dan sekali gus akan merangsang proses pengajaran dan pembelajaran. Beberapa perkara telah dikenal pasti mampu membantu meningkatkan dinamik melalui komunikasi yang berkesan. Brekelmans, M., Holvast, A., & van Tartwijk, J. (1992) berpendapat guru seharusnya menggunakan gaya bercakap yang bersemangat dengan mengaplikasikan nada suara yang berbeza-beza agar tidak membosankan pelajar keseluruhannya. Brok, P. den, Rickards, T., & Fisher, D. L. (2003, August) pula menambah bahawa mempelbagaikan pergerakan badan seperti pergerakan tangan, mimik wajah, 'eye-contact' dan sebagainya serta mengelakkan dari menggunakan nada suara yang mendatar dan membosankan dapat mengatasi masalah rasa jemu pelajar terhadap gurunya. Menurut beliau lagi, sekiranya guru berjaya mempelbagaikan karakter vokal seperti kelajuan bertutur, intonasi, nada suara di samping memberikan contoh-contoh, cerita, penggunaan alat pandang dengar dan persembahan menarik dalam penyampaian dan lainnya, hasilnya pengajaran tersebut menjadi lebih bermakna.

Waldrip, B. G., & Fisher, D. L. (1999, December) seterusnya mengklasifikasikan ciri-ciri Dinamik iaitu seseorang guru itu bertenaga dan mempamerkan minat ketika mengajar, mempunyai gaya persembahan yang menarik, mempelbagaikan kaedah atau teknik mengajar dan tingkatkan 'personaliti' kelas dengan mengadakan kelainan ketika proses pengajaran dan pembelajaran.

7.METODOLOGI KAJIAN

Bab ini akan membincangkan kaedah yang akan digunakan dalam kajian ini. Bab ini akan menyatakan metodologi kajian yang merangkumi populasi kajian, sampel kajian, instrumen yang digunakan dalam kajian ini dan juga prosedur menjalankan kajian ini. Metodologi kajian amat penting untuk memastikan kajian dijalankan mengikut prosedur yang sepatutnya dan dijalankan dengan tersusun bagi menyumbang kepada kejayaan memperoleh data-data yang diperlukan. Akhirnya pengkaji akan menyatakan cara data dianalisis dan juga program yang akan digunakan untuk analisis data.

7.1Reka Bentuk Kajian

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah bersifat kuantitatif melalui kaedah tinjauan untuk mengenal pasti Persepsi murid tahap 2 terhadap guru sains di SK Sungai Buaya Banting Selangor . Data-data yang diperlukan dalam kajian ini dikumpulkan melalui borang soal selidik yang telah diubah suai daripada Instrumen Indeks Persepsi Murid Terhadap Guru penyayang yang di keluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

7.2 Prosedur KajianSebelum melaksanakan kajian, pengkaji membuat perancangan yang rapi untuk memastikan kajian dapat dijalankan dengan lancar dan teratur. Langkah-langkah yang sistematik telah dirancang sebagai panduan di sepanjang pelaksanaan kajian. Langkah pertama ialah pengkaji mengenal pasti populasi kajian yang sesuai berdasarkan tajuk kajian. Soalan yang terkandung dalam borang soal selidik adalah hasil daripada pengubahsuaian daripada Instrumen Indeks Persepsi Murid Terhadap Guru penyayang yang di keluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Selepas diubahsuai mengikut hasil perbincangan maka borang soal selidik tersebut ditadbirkan kepada responden. Sebelum borang soal selidik ditadbir oleh responden, pengkaji memberi penerangan yang ringkas agar mereka mendapat gambaran yang lebih jelas sebelum menjawab soalan dalam borang soal selidik tersebut. Masa tidak dihadkan untuk menjawab soal selidik ini namun purata masa yang akan digunakan oleh responden ialah kira-kira 5 minit hingga 10 minit sahaja. Soal selidik yang telah dijawab dengan lengkap akan diproses dan di analisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan aplikasi SPSS. Akhir sekali pengkaji membuat kesimpulan dan cadangan analisa data yang di jana melalui aplikasi tersebut.

7.3Lokasi kajian

Pengkaji telah mengenal pasti tempat kajian. Kajian akan melibatkan murid-murid tahun 6 di SK Sungai Buaya Banting Selangor.

7.4Populasi

Menurut Noraini Idris (2013) sebelum pemilihan sampel di buat, adalah penting untuk mengenal pasti populasi yang hendak diselidik. Secara amnya, populasi ialah kumpulan yang menarik perhatian penyelidik, yang membolehkan penyelidik membuat generalisasi melalui dapatan yang diperolehi. Di dalam penyelidikan pendidikan, Populasi yang ingin diselidiki lazimnya ialah kumpulan individu seperti pelajar dan guru) yang mempunyai ciri yang ditetapkan malah populasi boleh juga merangkumi kumpulan kelas, sekolah atau kemudahan. Populasi yang diambil dalam kajian ini ialah murid SK Sungai Buaya.

7.5Sampel

Noraini Idris (2013) menyatakan bahawa sampel dalam penyelidikan ialah kumpulan yang menjadi Penyelidik hendaklah mengenal pasti populasi yang disasarkan terlebih dahulu, diikuti pemilihan sampel dan kemudiannya pemungutan data. Pemilihan sampel mestilah mengikut syarat kebarangkalian, iaitu setiap ahli sampel mewakili ahli populasi atau mempunyai ciri-ciri yang agak sama dengan populasi yang lain. Pengkaji memilih sampel menggunakan teknik persampelan mudah dengan memilih satu sekolah iaitu SK Sungai Buaya. Sampel yang dipilih oleh pengkaji ialah murid tahun 6 SK Sungai Buaya yang lebih mengenali guru mereka. Terdapat seramai 90 orang murid tahun 6 di SK Sungai Buaya akan dijadikan sampel untuk mengenal pasti persepsi mereka terhadap guru sains.

7.6Kaedah Pengumpulan DataData dikumpulkan dan dianalisis secara prosedur deskriptif dan inferensi. Skor-skor akan di kumpul melalui borang soal selidik. Data akan di analisa secara deskriptif bagi mendapatkan taburan kekerapan, min, median dan peratus. Bagi statistik inferensi, Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk menguji hubungan antara persepsi murid dengan sikap guru, dan kaedah pengajaran guru sains. Penganalisis data untuk kajian ini dilakukan dengan menggunakan The Statistical Package For The Sosial Science (SPSS PC,Version 17.0).

7.7Instrumen Kajian

Instrumen merupakan alat yang digunakan untuk mengukur tingkah laku manusia dan bukannya dari segi fizikal manusia. Komponen utama dalam instrumen ialah item-item atau soalan-soalan yang boleh merangsang atau mendapat maklum balas. Instrumen yang baik haruslah mempunyai ciri objektif, kesahan, kebolehpercayaan dan kepenggunaan. Oleh kerana kaedah kajian ini berbentuk kuantitatif maka pengkaji telah menggunakan soal selidik bagi membolehkan pengkaji mengumpul data mengenai apa yang ingin di kaji. Chua, Y.P (2006) berpendapat, bahawa penggunaan borang soal selidik merupakan antara alat-alat pengumpulan data yang banyak digunakan oleh pengkaji-pengkaji. kerana borang soal selidik dapat mengumpulkan data secara terperinci, tersusun dan kepiawaian. Di samping itu, instrumen ini mudah ditadbir, menjimatkan masa, tenaga, minda dan wang pengkaji semasa pengumpulan data. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik bertujuan untuk melihat persepsi murid terhadap guru sains. Dalam Kajian ini satu set instrumen soal selidik Persepsi murid terhadap guru sains akan digunakan sebagai instrumen kajian. Pembinaan instrumen ini di bangunkan berdasarkan instrumen Indeks Persepsi Murid (IPM) terhadap guru penyayang yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2012.

7.8Borang soal selidik

Borang soal selidik yang digunakan dalam kajian ini ( rujuk lampiran 1 ), mengandungi 3 bahagian. Taburan item dan sumber rujukan binaan kontrak item-item mengikut bahagian ditunjukkan dalam jadual 1 seperti di bawah:

Jadual 1 : Jadual Penentuan Borang Soal SelidikBahagian Item Sumber RujukanA. Maklumat Peribadi 1 6Binaan Pengkaji Sendiri B. Kaedah Pengajaran Guru 1 5Binaan Pengkaji SendiriC. Sikap Guru 1 - 5Binaan Pengkaji Sendiri______________________________________________________________________Bahagian A merangkumi soalan-soalan yang berkaitan dengan data peribadi responden. Ia digunakan untuk mengumpulkan data peribadi seperti nama, sekolah, umur, jantina dan kaum. Bahagian B pula merangkumi soalan-soalan yang berkaitan dengan Kaedah pengajaran guru sains dan bahagian C dibina untuk mendapatkan maklumat mengenai Sikap guru sains semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas.Menurut Noraini Idris (2013),jenis dan bentuk soalan-soalan dalam satu soal selidik akan menentukan kualiti soal selidik itu. Salah satu aspek untuk menentukan kualiti soal selidik adalah kebolehpercayaan dalaman. Kebolehpercayaan dalaman ialah sejauh manakah ia seragam.

Kebolehpercayaan alat ukur kajian ini dapat dinilai dengan menganggarkan sejauh manakah item-item dalam ukuran tersebut menghasilkan dapatan yang sama bagi gagasan yang sama. Dengan kata lain sejauh manakah dapatan itu konsisten untuk item-item yang berbeza dalam mengukur fenomena yang sama.

Oleh sebab pengkaji ingin melihat persepsi murid terhadap guru sains, maka maklum balas responden dapat dinilai menggunakan skala Likert. Skala Likert adalah terbaik digunakan dalam jenis kajian ini kerana ia berupaya mengeluarkan tindak balas yang berkaitan dengan objek, peristiwa dan orang yang dikaji ( Noraini Idris, 2013). Oleh itu, Pengkaji menggunakan skala Likert untuk melihat sejauh mana responden bersetuju dengan pernyataan- pernyataan tersebut. Skala Likert dikelaskan untuk menyokong dan tidak menyokong. Kenyataan menyokong di beri 3 kategori jawapan iaitu "tidak setuju","tidak pasti" dan " setuju". setiap satu kategori bernilai 3,2.1.Bagi kenyataan tidak menyokong pula turut menggunakan 3 kategori tersebut tetapi markah atau nilainya berbentuk 1,2,3.

Jadual 2 : Skor dan Pemeringkatan Skala Likert Skor PemeringkatanSimbol 1 Tidak setuju TS 2 Tidak Pasti TP 3 Setuju S

Kesemua soalan soal-selidik ini diuji menggunakan Pekali Cronbach Alpha yang diperolehi melalui program Statistical Package For The Social Science (SPSS) untuk memastikan item-item yang digunakan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi di dalam kajian ini. Menurut Sabitha Marican (2005) menyatakan cronbach Alpha ialah satu ukuran kebolehpercayaan ketekalan antara item yang paling sering digunakan oleh pengkaji. Menurut Giilford dan Fructer (1956) mencadangkan bahawa indeks kebolehpercayaan dalaman sesuatu ujian adalah paling memuaskan jika bernilai sekitar 0.7. Menurut Pallant (2001) pula nilai indeks alpha 0.7 atau ke atas adalah baik untuk skala instrumen yang mempunyai 10 atau lebih item. Soalan-soalan ini disusun menggunakan skala Likert. Ini bermakna, kesemua responden bebas memilih tahap skala yang mereka fikir sesuai dengan pendapat masing-masing.

8.Prosedur Analisis Data

Pengkaji akan mengedarkan borang soal selidik kepada 90 orang murid tahun 6 di SK Sungai Buaya Banting Selangor. Kesemua data yang diperoleh dimasukkan ke dalam lembaran program SPSS dan dianalisis melalui Ujian Korelasi Pearson untuk menguji hubungan antara persepsi murid dengan sikap dan kaedah pengajaran guru sains. Manakala borang soal selidik juga dianalisis menggunakan aplikasi SPSS. Data berkaitan soal selidik dikumpulkan mengikut kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kemudian setiap soalan soal selidik ini diasingkan mengikut aspek sikap guru, komunikasi guru dan kaedah pengajaran guru. Selepas itu, barulah data soal selidik ini dianalisis menggunakan analisis deskriptif untuk mendapatkan nilai min berkaitan persepsi murid terhadap guru sains.

Bibliografi

Arrend, R.I. 1994. Learning to Teaching. New York: McGraw Hill Inc.

Brekelmans, M., Holvast, A., & van Tartwijk, J. (1992). Changes in teacher communication styles during their professional career. The Journal of Classroom Interaction, 27, 13-22.

Brekelmans, M., Wubbels, T., & Brok, P. den (2002). Teacher experience and the teacher-student relationship in the classroom environment. In S. C. Goh & M. S. Khine (Eds.), Studies in educational learning environments: an international perspective (pp. 73-100). Singapore: New World Scientific.

Brok, P. den, Levy, J., Rodriguez, R., & Wubbels, T. (2002). Perceptions of AsianAmerican and Hispanic-American teachers and their students on interpersonal communication style. Teaching and Teacher Education, 18, 447-467.

Brok, P. den, Rickards, T., & Fisher, D. L. (2003, August). What does the Australian teacher look like? An Australian typology for teacher-student interpersonal behaviour. Paper presented at the annual meeting of the Western Australian Institute for Educational Research, Perth.

Chua, Y.P (2006). Kaedah dan statistik penyelidikan: Kaedah Penyelidikan, Buku 1.Kuala Lumpur: McGraw-Hill

Darling-Hammond, L. 2000. Teacher Quality and Students Achievement. http://epaa.asu.edu/epaa/v8nl. 25 Januari 2009.

Depdiknas. (2009). Pedoman Pelaksanaan Tugas guru dan Pengawas. Direktorat Jendral Peningkatan Mutu Pendidik dan Tenaga Pendidikan. Department Pendidikan Nasional.

Durr, A.J. 2008. Teacher Educations Critical Issues with Teacher Quality. Paper presented at the Annual Meeting of the MWERA Annual Meeting, www.allacademic.com/meta/p275298_index. html. 25 November 2008.

Evans, H., & Fisher, D. L. (2000). Cultural differences in students perceptions of science teachers interpersonal behaviour. Australian Science Teachers Journal, 46 (2), 9-18.

Fisher, D., Fraser, B., & Wubbels, T. (1993). Associations between school learning environment and teacher interpersonal behavior in the classroom. In T. Wubbels & J. Levy (Eds.), Do you know what you look like? (pp.103-112). London: The Falmer Press.

Fisher, D., Henderson, D., & Fraser, B. (1995). Interpersonal behavior in senior high school biology classes. Research in Science Education, 25, 125-133.Fleisher, S. 2005. Self-regulation and Teacher-Student Relationships. www.thefreelibrary.com/Self-regulation+and+ teacher-student+relationships-a014263. 07 Januari 2009.Fredriksen, K dan Rhodes, J. 2004. The Role of Teacher Relationships in the Lives of Students. http:// www.interscience.wiley.com/journal/109614153/abstract. 22 Ogos 2008.Goh, S. C., & Fraser, B. J. (1995, April). Learning environment and student outcomes in primary mathematics classrooms in Singapore. Paper presented at the annual meeting of the American Education Research Association, San Francisco.Guilford, J.P. & Fruchter, B. (1956). Fundamental Statistics in pscyhology and education. New York, NY: McGraw-HillHamzah Mohamed. 2001. Memperkasa Guru Sebenar Guru: Ke Sekolah tidak Jemu Mengajar Tidak Lesu. www.angelfire.com/ journal2/fakir-zamani/ceramah7.htm 05 September 2008.Haniza Abdul Khalid. 2003. Attitude and Motivation Toward English as a Medium of Instruction. Kertas Projek Program Sarjana (Tidak Diterbitkan). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

How, Lee Chan. 2007. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Gejala Ponteng di kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Kertas Tesis Sarjana (Tidak Diterbitkan). Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.Hussain,Syed Sajjad & Ashraf, Syed Ali. 1989. Krisis Dalam Pendidikan Islam. Terj. Masood Abdul Rashid. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.Jemaah Nazir Sekolah. 2001. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.John Wilkinson, Malcom Ward.(1997). A comparative study of students' and their teacher's perception of laboratory work in secondary schools.Reserch in science education. vol 27.issue 4.pp 599-610Levy, J., Wubbels, T., Brekelmans, M., & Morganfield, B. (1997). Language and cultural factors in students perceptions of teacher communication style. International Journal of Intercultural Relationships, 21, 1, 29-56.Noraida Idris (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan:Selangor: McGraw-Hill

NZEI Te Riu Roa. 2005. Quality Teachers, Quality Teaching. An NZEI Discussion Paper Presented to Annual Meeting August, 2005. www.nzei.org.nz/resources publications/documents/ QualTeachFinal WEB.pdf. 15 Januari 2009.Pallant, J. (2001). SPSS Survival guide.Australia: Allen & UnwinRodiah Ahmad. 2008. Pengajaran Guru, Persekitaran Pembelajaran dan Sikap Murid dalam Pembelajaran KOMSAS. Tesis Program Sarjana Pendidikan (Tidak diterbitkan). Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia.Sabitha Marican (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial: Kuala Lumpur : Pearson Malaysia Sdn Bhd

Salleh Abd Rashid. 2003. Pemikiran Profesional Keguruan Terhadap Kurikulum dan Pengajaran. Dibentangkan di Seminar Pendidikan MPBL.Slavin, R.E. 1996. Research on Cooperative Learning Achievement: What we Know, What we Need to Know. Contemporary Educational Psychology 21: 43-69.Vallance, R. 2000. Excellent Teachers: Exploring Self Construct, Role and Personal Challenges. Paper presented at the Australian Association for Research in Education (AARE) Conference, Sydney. http://www.aare.edu.au. 17 Januari 2008.

Waldrip, B. G., & Fisher, D. L. (1999, December). Differences in country and metropolitan students' perceptions of teacher-student interactions and classroom learning environments. Paper presented at the annual meeting of the Australasian Association for Research in Education, Melbourne.Wan Zah Wan Ali dan Sharifah Md Nor. 2009. Persepsi Pelajar Berisiko Terhadap Iklim Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009):17-36Wendy Speering, Leonie Rennie. (1996). Students' perceptions about science: The impact of transition from primary to secondary school. Reserch in science education. Vol 26. Issue 3.pp 283-289

Wubbels, T., Crton, H.A, & Hooymayers, H.P. (1987). A school-based teacher induction programme. European Journal of Teacher Education, 10, 81-94.

SOAL SELIDIK LAMPIRAN 1

PERSEPSI MURID TERHADAP GURU SAINS

Bahagian A (Latar belakang responden)

Nama: ________________________________________________________________Sekolah:________________________________________________________________Jantina: Lelaki PerempuanUmur: 10 tahun 11 tahun 12 tahunKaum: Melayu Cina India Lain-lain

Arahan1. Semua soalan perlu dijawab.2. Tidak ada jawapan betul, oleh itu pilih jawapan dengan jujur berdasarkan pendapat anda sendiri.3. Tandakan ( / ) bagi setiap pernyataan yang sesuai berdasarkan skala berikutTidak SetujuTidak PastiSetuju

123

Bahagian B ( Kaedah Pengajaran Guru )

ItemPernyataanTidak setuju1Tidak Pasti2Setuju

3

1Pengajaran guru berjaya menarik minat saya terhadap sains.

2Pengajaran guru memudahkan saya fahami sains.

3Bahan bantu mengajar yang digunakan guru menarik.

4Guru sentiasa bersedia sebelum memulakan kelas.

5Guru menggunakan contoh yang jelas dalam pengajaran.

6Guru berjaya wujudkan suasana kelas yang menyeronokkan.

7Guru bertindak sebagai pemudah cara.

8Saya suka cara guru mengajar.

9Penerangan guru tentang sains mudah difahami.

10Soalan guru mudah difahami.

11Arahan guru jelas dan mudah difahami.

Bahagian C ( Sikap Guru )ItemPernyataanTidak setuju1Tidak Pasti2Setuju

3

1Saya sering diberi perhatian oleh guru.

2Saya sering dilayan dengan baik oleh guru.

3Kejayaan saya dihargai guru.

4Guru saya sentiasa sabar melayan tingkah laku murid.

5Guru memahami minat pelajar.

6Penampilan guru menarik minat saya.

7Sikap guru menarik minat saya terhadap sains.

8Guru saya sentiasa memberi galakan kepada saya.

22