PERSEPSI PELAJAR MUSLIM DI FAKULTI PENDIDIKAN … · persepsi pelajar muslim di fakulti pendidikan...

28
PERSEPSI PELAJAR MUSLIM DI FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP KANDUNGAN KHUTBAH JUMAAT BERBANTUKAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DI MASJID SULTAN ISMAIL, UTM SKUDAI, JOHOR NOR IDAYU BINTI ZULPABLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PERSEPSI PELAJAR MUSLIM DI FAKULTI PENDIDIKAN … · persepsi pelajar muslim di fakulti pendidikan...

PERSEPSI PELAJAR MUSLIM DI FAKULTI PENDIDIKAN

TERHADAP KANDUNGAN KHUTBAH JUMAAT

BERBANTUKAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DI MASJID

SULTAN ISMAIL, UTM SKUDAI, JOHOR

NOR IDAYU BINTI ZULPABLI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESATIAN STATUS TESIST

JUDUL : PERspq$I PELAI+R IWUSI'IIM DI FAKULTI PENDIDIKANTf,RIIADAP KANDT'NGAN KH.UTFAH JUM{ATBERBANTUKAN,TEKT,{OLOGI MULTIMEDA DI MA$TIDsuI,TAF{ TSMAILT UTM SKUDAT, JOHOR

SESI PENGAJIAN ., 2OIOI2OII

Snve NOR IDAYU BINTI ZULPABLI

mengaku membenarkan tesis (PSM /@* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia'2. Ferpustakaan Universiti Teknotogi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian saluja-3. Perpustakaan dibsnarkan m€mbud salinan tesis ini sebagai bahan pertskaran antara institusi

pengajian tinggi.4. **silatandakan( ./ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termakhrb di dalamAKTARAHSIARASMI ]972)

TERHAD (Ivlengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalanlsn)

TIDAK TERHAD

tltlE

GAI{DATAI\GAI\I PENULISi)

AlamatTetap:KG. BERANGAIY PAK BAI}OL,164{Xt MELO& KOTA BHARU,KELAI\TTAN

Tarikh: 12 MEI2011

I}R TAMAR JAYA BIN I\IZARNamaPenyelia

Tarikh: l?l,[El20ll

CATATAII: ***

PSZ 19: 16 (Pind. r/97)

UM\TERSITI TNKNOLOGI MALAYSIA

Potong yang mana tidak berkenaan.Jika tesis ini SULff atau TERIIAD, sila lampirkan surat dBripada pihakberkuasa/organisasi berkenaan dengan rnenyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesisbagi liazah Doktor Falsafabdaa Sariana secara

penyelidikan, atau disortasi bagi pengqiian scwa kerja kursus dan penyelidikarqatau l,aporan Projek Sarjana Muda (pSM)

I

ia:

"Saya akui bahawa sayatel$ menrbaca karya ini dad $a padargan saya karya ini

rnmrad*i dani regt skrydmkneliti unaftnrjuan Ijazah $arim MEda

Srtu$ Serta Pen em{P@ili&e Islarr).'

Tand*arym

NamsFenyelia

Tarildr t?fi{Er zffil

PERSEPSI PELAJAR MUSLIM DI FAKULTI PENDIDIKAN

TERHADAP KANDUNGAN KHUTBAH JUMAAT

BERBANTUKAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DI MASJID

SULTAN ISMAIL, UTM SKUDAI, JOHOR

NOR IDAYU BINTI ZULPABLI

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

'|

n

PNHGAIflIAIII

*Saya alari baha*'a kina lni arfuffi,hmil'kmja *yasoru*idteclnti r*ilel deringkesaa ymg tiry,tiap sffirya td* myaj#m suilb€rnyd'

}Ianra Pcnulis i T{OR.MAil..r BINTI ZULPABLI

Tarikh : lZIdEI2Oll

iii

DEDIKASI

Sekalung Budi Buat

Suami Tercinta Abd Aziz Bin Berahim

Kasih sayang, bimbingan dan dorongan yang diberi

Sentiasa membakar semangat juangku

Kaulah tunjang inspirasi hatiku

Ayahandaku Zulpabli Bin Mohd Yusof dan Bondaku Norizan Binti Mat Hassan

Mertuaku Berahim Bin Awang dan Almarhamah Semah Binti Musa

Segala dorongan, sokongan, pengorbanan dan iringan doa tulus kalian

Pemangkin kekuatan dan membuatkan anakanda teguh di sini

Semoga Allah membalas segala pengorbanan dan jasa yang tidak ternilai ini

Buat Adindaku Semua

Mohd Nasrol, Muhammad Zahiruddin, Nor Syahima dan Muhammad Faris

Janganlah leka dengan kenikmatan hidup yang sementara ini. Tuntutlah ilmu demi

masa depanmu. Semoga kita menjadi kebanggaan Ayahanda dan Bonda tercinta.

Pensyarah, Pendidik dan Guru-Guru yang Dihormati

Ilmu yang dicurah tidak terhingga, Umpama air di lautan,

Tidak mengenal erti jemu, Hanya sekalung budi tersemat di jiwa

Terima kasih di atas segala tunjuk ajar. Halalkan segala ilmu yang pernah kupelajari.

Sahabat-Sahabat Seperjuangan yang Dikasihi

Mengenali kalian saat terindah bagiku

Mengenal erti persahabatan, erti kehidupan

Bersama-sama mengharungi cabaran

Semoga ukhuwah fillah yang terbina kekal selamanya

Barakallahufikum...

iv

PENGHARGAAN

بسم اهلل الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam

disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat-

sahabat baginda. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT dengan berkat

pertolongan, taufiq serta inayah-Nya telah mengizinkan saya menyiapkan penulisan

Projek Sarjana Muda (PSM) ini dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih buat Dr Tamar Jaya Bin

Nizar, selaku penyelia dan pembimbing Projek Sarjana Muda (PSM) ini di atas

segala sumbangan idea, penyemakan, penyeliaan dan segala susah payah yang telah

beliau sumbangkan sepanjang tempoh menyiapkan projek ini. Segala tunjuk ajar dan

panduan yang diberikan dalam menyiapkan projek ini amatlah dihargai dan

disanjungi. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya di atas segala jasa baik

yang dihulurkan.

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada suami tercinta, Abd Aziz Bin

Berahim serta kedua ibu bapa kandung dan kedua mertua yang dikasihi lagi

disayangi di atas sokongan, motivasi serta iringan doa kecemerlangan yang tidak

putus-putus buat saya. Kalianlah tunjang inspirasi saya untuk terus maju dan

cemerlang.

Ucapan penghargaan juga diberikan khas buat para pensyarah Fakulti

Tamadun Islam mahupun Fakulti Pendidikan yang telah mencurahkan segala bentuk

ilmu sepanjang pengajian saya di Universiti Teknologi Malaysia serta jutaan terima

kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Semoga segala kerjasama dan pengorbanan masa yang telah dicurahkan akan

mendapat balasan keberkatan daripada Allah SWT. Sesungguhnya kudrat yang

diberikan hanya Allah SWT sahaja dapat membalasnya. Amin.

v

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan untuk melihat persepsi pelajar muslim di Fakulti Pendidikan

terhadap kandungan khutbah Jumaat berbantukan Teknologi Multimedia di Masjid

Sultan Ismail, UTM Skudai, Johor. Di samping itu juga, tinjauan ini dilakukan

bertujuan untuk mengenalpasti kandungan khutbah Jumaat dan cara penyampaian

khatib semasa membaca khutbah Jumaat yang berbantukan Teknologi Multimedia

melalui kaedah kuantitatif dengan menggunakan set soal selidik. Set soal selidik

yang mengandungi 45 item telah diedarkan kepada 96 orang pelajar lelaki di Fakulti

Pendidikan yang terdiri daripada lima kursus pendidikan seperti Pengajian Islam

(SPI), Kemahiran Hidup (SPH), Sains Sukan (SPS), Pengajian Matematik (SPM),

dan Pengajian Fizik (SPF). Walau bagaimanapun, hanya 86 set soal selidik yang

dikembalikan. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan

nilai kekerapan, peratusan, dan min dengan menggunakan perisian komputer

Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 15.0 for windows. Nilai

kebolehpercayaan soal selidik ini ialah α = 0.914. Data yang diperolehi dihurai dalam

bentuk jadual. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan responden

memberikan persepsi yang positif terhadap aspek yang dikaji iaitu dengan purata min

keseluruhan berjumlah 3.960. Ini menunjukkan bahawa responden memberikan

persepsi yang baik dan positif terhadap kajian ini. Di akhir kajian, penyelidik

mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak yang tertentu dan kajian lanjutan

juga dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

vi

ABSTRACT

This study was conducted to investigate the perception of Muslim students in the

Faculty of Education on the content of Friday Sermon in aid of Multimedia

Technology at Sultan Ismail Mosque, UTM Skudai, Johor. In addition, this survey is

to identify the content and manner of service of the Friday Sermon preacher during

the Friday Sermon by aided Technology of Multimedia and conducted with

quantitative method using a set of questionnaires. A set of questionnaires containing

45 items had been distributed to 96 male students in the Faculty of Education, which

consists of five courses of education such as Islamic Studies (SPI), Life Skills

Studies (SPH), Sport Science (SPS), Mathematics Studies (SPM), and Physics

Studies (SPF). However, only 86 set been collected. Data had been analyzed

descriptively to get the number of frequency, percentage, and mean by using the

Statistical Package for Social Science (SPSS) version 15.0 for Windows. The

reliability value of the pilot study was α = 0.914. The data of the findings were

elaborated in form of table. The overall, outcome of the study showed that

respondents gave a positive respond and perception to the aspects of study with mean

of 3.960. Its shown respondents gave a positive respond for this study. At the end of

the study, the researcher has proposed several suggestions to the related parties and

researcher concluded by providing a few recommendations for further study.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Skop Kajian 11

1.8 Definisi/Istilah 11

1.9 Kesimpulan 14

viii

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Sejarah Khutbah Jumaat 16

2.3 Hukum Khutbah Jumaat 17

2.4 Rukun-Rukun Dua Khutbah 20

2.5 Syarat-Syarat Dua Khutbah 21

2.6 Kaedah Dalam Khutbah Jumaat 22

2.6.1 Isi Kandungan Khutbah 23

2.6.2 Teknik Penyampaian Khutbah 24

2.6.3 Keperibadian Khatib 26

2.6.4 Persediaan Diri Para Jemaah 28

2.7 Penggunaan Teknologi Multimedia (IT) dalam 30

Penyampaian Khutbah Jumaat

2.8 Kajian Terdahulu 35

2.9 Kesimpulan 36

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 37

3.2 Reka Bentuk Kajian 37

3.2.1 Data Premier 38

3.2.2 Data Sekunder 38

3.3 Tempat Kajian 39

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 39

3.5 Instrumen Kajian 40

3.5.1 Bahagian A 41

3.5.2 Bahagian B, C dan D 41

3.6 Prosedur Kajian 43

3.7 Kajian Rintis 43

3.8 Kajian Sebenar 44

3.9 Analisis Data 44

3.10 Kesimpulan 46

ix

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 47

4.2 Data 48

4.3 Analisis Data Bahagian A 48

4.3.1 Umur Responden 48

4.3.2 Tahun Pengajian Responden 49

4.3.3 Kursus Pengajian Responden 50

4.3.4 Pendidikan Menengah Responden 51

4.3.5 Tahap Pendidikan Tinggi Responden 52

Sebelum Masuk UTM

4.3.6 Kekerapan Responden Berkunjung 53

Ke MSI Untuk Solat Berjemaah

4.3.7 Kekerapan Responden Mendengar 54

Khutbah Jumaat Di MSI

4.4 Analisis Data Bahagian B 54

4.4.1 Analisis Data Mengenai Persepsi Pelajar 55

Terhadap Khutbah Jumaat Di MSI

4.5 Analisis Data Bahagian C 61

4.5.1 Analisis Data Mengenai Persepsi Pelajar 61

Terhadap Kandungan Khutbah Jumaat Di MSI

4.6 Analisis Data Bahagian D 67

4.6.1 Analisis Data Mengenai Persepsi Pelajar 68

Terhadap Cara Penyampaian Khatib

Semasa Membaca Khutbah Yang

Berbantukan Teknologi Multimedia

4.7 Rumusan Min Dapatan Kajian 75

4.7.1 Mengenalpasti Persepsi Pelajar 75

Terhadap Khutbah Jumaat Di MSI

4.7.2 Mengenalpasti Persepsi Pelajar Terhadap 77

Kandungan Khutbah Jumaat Di MSI

x

4.7.3 Mengenalpasti Persepsi Pelajar Terhadap 80

Cara Penyampaian Khatib Semasa Membaca

Khutbah Yang Berbantukan Teknologi Multimedia

4.8 Kesimpulan 83

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 84

5.2 Perbincangan 84

5.2.1 Maklumat Diri Responden 85

5.2.2 Persepsi Pelajar Terhadap Khutbah Jumaat Di MSI 87

5.2.3 Persepsi Pelajar Terhadap Kandungan Khutbah 89

Jumaat Di MSI

5.2.4 Persepsi Pelajar Terhadap Cara Penyampaian 91

Khatib Semasa Membaca Khutbah Yang

Berbantukan Teknologi Multimedia

5.3 Rumusan 94

5.4 Cadangan 96

5.4.1 Masyarakat Islam (Pelajar) 96

5.4.2 Khatib 97

5.4.3 Pihak Pengurusan Masjid Sultan Ismail (MSI) 98

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 98

5.6 Kesimpulan 99

BIBLIOGRAFI 100

LAMPIRAN 104

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL PERKARA HALAMAN

Jadual 3.1 Pengkelasan Skala Likert 42

Jadual 3.2 Agihan Soalan Mengikut Klasifikasi 42

Persoalan Kajian

Jadual 3.3 Prosedur Kajian 43

Jadual 3.4 Tahap Penilaian Berdasarkan Min 45

Jadual 3.5 Perubahan 5 Peringkat Skala Likert 46

Kepada 3 Peringkat

Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 49

Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Tahun 49

Pengajian

Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Kursus 50

Pengajian

Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Pendidikan 51

Menengah

Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Tahap 52

Pendidikan Tinggi

Jadual 4.6 Kekerapan Responden Berkunjung 53

Ke MSI Untuk Solat Berjemaah

Jadual 4.7 Kekerapan Responden Mendengar Khutbah 54

Jumaat Di MSI

Jadual 4.8 Taburan Skor Min Bagi Item Satu 55

Jadual 4.9 Taburan Skor Min Bagi Item Dua 55

xii

Jadual 4.10 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga 56

Jadual 4.11 Taburan Skor Min Bagi Item Empat 56

Jadual 4.12 Taburan Skor Min Bagi Item Lima 57

Jadual 4.13 Taburan Skor Min Bagi Item Enam 57

Jadual 4.14 Taburan Skor Min Bagi Item Tujuh 58

Jadual 4.15 Taburan Skor Min Bagi Item Lapan 58

Jadual 4.16 Taburan Skor Min Bagi Item Sembilan 59

Jadual 4.17 Taburan Skor Min Bagi Item Sepuluh 59

Jadual 4.18 Taburan Skor Min Bagi Item Sebelas 60

Jadual 4.19 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Belas 60

Jadual 4.20 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Belas 61

Jadual 4.21 Taburan Skor Min Bagi Item Empat Belas 62

Jadual 4.22 Taburan Skor Min Bagi Item Lima Belas 62

Jadual 4.23 Taburan Skor Min Bagi Item Enam Belas 63

Jadual 4.24 Taburan Skor Min Bagi Item Tujuh Belas 63

Jadual 4.25 Taburan Skor Min Bagi Item Lapan Belas 64

Jadual 4.26 Taburan Skor Min Bagi Item Sembilan Belas 64

Jadual 4.27 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh 65

Jadual 4.28 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Satu 65

Jadual 4.29 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Dua 66

Jadual 4.30 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Tiga 66

Jadual 4.31 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Empat 67

Jadual 4.32 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Lima 68

Jadual 4.33 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Enam 68

Jadual 4.34 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Tujuh 69

Jadual 4.35 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Lapan 69

Jadual 4.36 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Sembilan 70

Jadual 4.37 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh 70

Jadual 4.38 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh Satu 71

Jadual 4.39 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh Dua 71

Jadual 4.40 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh Tiga 72

Jadual 4.41 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh Empat 72

Jadual 4.42 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh Lima 73

xiii

Jadual 4.43 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh Enam 73

Jadual 4.44 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh Tujuh 74

Jadual 4.45 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh Lapan 74

Jadual 4.46 Rumusan Min Dapatan Kajian Persepsi Pelajar 75

Terhadap Khutbah Jumaat Di MSI

Jadual 4.47 Rumusan Min Dapatan Kajian Persepsi Pelajar 77

Terhadap Kandungan Khutbah Jumaat Di MSI

Jadual 4.48 Rumusan Min Dapatan Kajian Persepsi Pelajar 80

Terhadap Cara Penyampaian Khatib Semasa

Membaca Khutbah Yang Berbantukan

Teknologi Multimedia

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH PERKARA HALAMAN

Rajah 2.7.1 Gambar Slide Power Point Yang 33

Digunakan Di MSI

Rajah 2.7.2 Gambar Khatib Menyampaikan 33

Khutbah Jumaat Di MSI

Rajah 2.7.3 Gambar Suasana Khutbah Jumaat 34

Berbantukan Teknologi Multimedia

Rajah 2.7.4 Gambar Suasana Semasa 34

Khutbah Jumaat Di MSI

xv

SENARAI SINGKATAN

MSI - Masjid Sultan Ismail

N - Jumlah Responden

AS - Alaihi Sallam

RA - Radhiallahu anha

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

KS - Kurang Setuju

TS - Tidak Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

SAW - Sallallahu Alaihi Wassalam

SWT - Subhanahu Wa Taala

SPI - Sarjana Pengajian Islam (Pendidikan)

SPH - Sarjana Pengajian Kemahiran Hidup (Pendidikan)

SPS - Sarjana Pengajian Sains Sukan (Pendidikan)

SPM - Sarjana Pengajian Matematik (Pendidikan)

SPF - Sarjana Pengajian Fizik (Pendidikan)

SPSS - Statistical Package For Social Science

STAM - Sijil Tinggi Agama Malaysia

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

LCD - Liquid Crystal Display

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

xvi

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN PERKARA

Lampiran A Set Soal Selidik

Lampiran B Nilai Alfa Kajian Rintis

Lampiran C Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari kerana kemuliaan dan

kelebihannya. Malah banyak peristiwa agung berlaku pada hari Jumaat. Hari Jumaat

dinamakan sebagai “Sayyidul Ayyam” “ امياأل ديس ” iaitu penghulu segala hari (hari

paling utama dan sebaik-baik hari) yang dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi hari

besar dalam seminggu bagi kehidupan umat Islam. Hari Jumaat adalah hari antara

Khamis dan Sabtu. Banyak hadis menerangkan mengenai kelebihan hari Jumaat dan

menurut A. Chodri Ramli (2005:41), antaranya Rasulullah SAW bersabda :

وأعظن عند اهلل هن يىم , اهلل دنا عهوظعأو حعوجال مىي امياأل ديس

.....الفطر ويىم األضحى

Maksudnya : “Penghulu sekalian hari adalah hari Jumaat dan ia

merupakan hari terbesar di sisi Allah, bahkan bagi-Nya, ia lebih

agung daripada hari raya Aidilfitri dan Adha…..”

2

(Hadis Riwayat : Ahmad dan Ibnu Majah, dan menurut Al-„Iroqy,

isnad Hadith ini sahih)

Oleh itu, hari Jumaat merupakan hari bagi umat Islam yang lelaki khususnya

berkumpul di masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Solat Jumaat dinamakan

dengan solat Jumaat kerana ia dikerjakan pada hari Jumaat. Menurut Muhammad Isa

Selamat (2000:3), pada zaman Jahiliyyah, mereka menamakannya dengan “urubah”.

Sesetengah ulama mengatakan bahawa dinamakan dengan solat Jumaat kerana pada

hari itu, para penduduk berkumpul atau berjemaah. Golongan ini mensyaratkan

sahnya solat Jumaat itu kerana jemaah.

Solat Jumaat menjadi tidak sah sekiranya tidak didahului dengan dua

khutbah. Khutbah Jumaat itu wajib hukumnya dan menjadi syarat sah bagi solat

Jumaat (A. Chodri Ramli, 2005:29). Di dalam Islam, terdapat beberapa jenis khutbah

yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada umatnya seperti Khutbah Jumaat,

Khutbah Dua Hari Raya, Khutbah Gerhana Bulan, Khutbah Gerhana Matahari,

Khutbah Istisqa‟, dan Khutbah Haji (Hari Arafah). Khutbah-khutbah ini akan

disampaikan selepas sembahyang melainkan Khutbah Jumaat dan Khutbah Hari

Arafah. Termasuk dalam khutbah yang disyariatkan adalah Khutbah Nikah (Japar

Maidin, 2004:97).

Khutbah Jumaat merupakan wadah penyebaran ilmu dan peringatan bagi

meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada umat Islam. Pelbagai pendekatan

digunakan untuk menyampaikan khutbah dengan berkesan. Melihat kepada

kemajuan sains dan teknologi pada hari ini, penyampaian khutbah Jumaat semakin

canggih terutamanya dengan menggunakan teknologi multimedia sebagai alat yang

membantu dalam penyampaian khutbah Jumaat.

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Kajian ini dilakukan untuk mengkaji mengenai kandungan khutbah Jumaat

berbantukan teknologi multimedia yang disampaikan di Masjid Sultan Ismail, UTM.

Tertubuhnya Masjid Sultan Ismail adalah seiring dengan penubuhan Universiti

Teknologi Malaysia itu sendiri. Maka sudah lama warga UTM mendirikan solat di

masjid tersebut. Oleh itu, sesuailah sekiranya kajian ini dijalankan di Masjid Sultan

Ismail, UTM untuk melihat persepsi pelajar muslim di universiti ini terhadap solat

Jumaat dan penyampaian khutbah Jumaat oleh khatib pada setiap hari Jumaat

dengan berbantukan teknologi multimedia.

Melihat kepada konteks semasa hari ini, kebanyakan muslimin kurang

menitikberatkan dalam mendengar khutbah Jumaat. Bagi mereka, ia hanya sebagai

syarat atau rukun dalam solat Jumaat sahaja. Walau bagaimanapun, menunaikan

solat Jumaat merupakan satu kewajipan kepada orang lelaki dan tidak menjadi

kewajipan kepada orang perempuan. Ini sudah dijelaskan berdasarkan kepada sabda

Rasulullah SAW :

حعوجلا: اللن لصلى اهلل عليو وس يثالن نع ابهش نت قارط نع

جاراه وأ كىلوه دثع: حعترا الإ حاعوى جف نلسه لى كلع ةاجو كح

. ضيره وأ ىثص وأ

(رواه اتى داود )

Maksudnya : Daripada Thoriq bin Syihab, daripada Nabi s.a.w

bersabda : “Solat Jumaat wajib ditunaikan oleh setiap muslim

secara berjemaah kecuali empat golongan iaitu hamba sahaya

yang dimiliki, perempuan, kanak-kanak, dan orang yang sakit.”

4

Sesungguhnya orang perempuan tidak wajib melaksanakan solat Jumaat.

Walau bagaimanapun, jika mereka turut melaksanakan solat Jumaat, hukumnya sah

dan tidak perlu mengerjakan solat fardhu Zohor lagi.

Dari Abdullah bin Umar RA daripada Nabi SAW bersabda :

. جوعح على هن سوع النداءال

(رواه اتى داود )

“Solat Jumaat itu wajib atas orang yang mendengar azan.”

Hadis ini juga menekankan kepada pelaksanaan solat Jumaat adalah satu

kewajipan dan mereka yang meninggalkan solat Jumaat adalah berdosa. Tetapi

itulah yang terjadi kepada masyarakat hari ini yang terlalu memandang ringan

terhadap tuntutan agama. Disebabkan faktor inilah, penyelidik ingin meninjau sejauh

manakah pelajar muslim di Fakulti Pendidikan ini melibatkan diri dalam

pelaksanaan solat Jumaat.

Apabila diperhatikan khutbah Jumaat yang disampaikan di masjid-masjid

daripada dahulu sehinggalah hari ini, ia mengandungi pelbagai isu semasa yang

terjadi dan juga pelbagai pendekatan yang digunakan untuk mendekatkan diri

kepada Allah SWT. Setiap khutbah Jumaat yang baik hendaklah mempunyai

hubungan dengan peristiwa semasa yang berlaku di dalam masyarakat dan juga

negara. Maka di sinilah, kandungan khutbah Jumaat itu akan dinilai samada ia

mempunyai fungsi dan kesan yang baik terhadap para pendengarnya atau pun tidak.

Menurut Basri bin Ibrahim al-Azhari (2003:15), kandungan khutbah Jumaat

juga tidak wajar untuk menyentuh perkara khilafiyah dan juga tidak wajar taksub

kepada sudut pandangan golongan tertentu yang sempit. Ini kerana masjid

5

memainkan peranan untuk mengumpulkan dan menyatukan orang ramai dan

bukannya berfungsi untuk memecah belahkan masyarakat. Adalah tidak wajar

sekiranya kandungan khutbah menyentuh isu khilafiyah yang mana penilaian orang

ramai terhadapnya adalah berbeza antara satu sama lain.

Perkara yang perlu dititikberatkan dalam kajian ini juga adalah berkaitan

dengan cara penyampaian khatib semasa membaca khutbah Jumaat samada menarik

atau tidak dan ia memberi kesan yang positif atau negatif kepada pelajar muslim di

Fakulti Pendidikan, UTM apabila mendengar khutbah Jumaat itu. Sesetengah pelajar

menganggap khutbah Jumaat adalah membosankan kerana mengambil masa yang

lama dan cara khatib membaca khutbah itu tidak menarik dan sebagainya tetapi itu

bergantung kepada khatib yang menyampaikan khutbah tersebut. Ada juga pelajar

mengatakan bahawa khutbah Jumaat itu sesuatu yang menyeronokkan kerana ia

menyampaikan pelbagai isu semasa yang relevan dengan masyarakat pada hari ini.

Sehubungan dengan itu, menurut Basri bin Ibrahim al-Azhari (2003:12),

khatib perlulah mengkaji terlebih dahulu tajuk dan kandungan khutbah Jumaat yang

hendak disampaikan dan menyampaikannya dengan baik kerana khatib memainkan

peranan yang besar dalam melengkapkan umat Islam dengan ilmu pengetahuan,

mendorong kebangkitan mereka dan seterusnya menguatkan umat Islam dengan

lebih baik dalam aspek ekonomi, politik dan sosial.

Untuk mendapat kesan yang lebih baik, isi kandungan khutbah hendaklah

mempunyai kesinambungan antara satu isi dengan isi yang selepasnya dalam satu

rangkaian kalimah yang logik dan boleh diterima oleh para pendengar. Apabila

khatib selesai menyampaikan khutbahnya, para pendengar dapat sampai dan

menerima kepada natijah yang ingin disampaikan oleh khatib tersebut. Dengan hal

yang demikian, khatib hendaklah pandai memilih nash-nash dan athar-athar yang

memudahkannya sampai kepada matlamat tersebut. (Basri bin Ibrahim al-Azhari,

2003:13)

6

Banyak faktor yang mungkin mendorong mereka untuk tidak menunaikan

solat Jumaat ini antaranya berkemungkinan bosan untuk mendengar khutbah Jumaat

yang disampaikan oleh khatib kerana khutbah itu terlalu panjang atau khutbah itu

tidak menarik untuk didengari. Dalam keadaan ini, mereka mudah rasa mengantuk

dan pada masa yang sama, mereka akan berbual-bual dengan rakan-rakan bagi

menghilangkan rasa mengantuk dan kebosanan yang melanda diri mereka. Hal ini

akan mengganggu para jemaah yang lain.

Oleh itu, apa sahaja perkara yang disampaikan oleh khatib di dalam khutbah

Jumaat itu tidak boleh diterima oleh mereka dan disebabkan itu jugalah tidak adanya

kesedaran di dalam diri mereka terhadap kebesaran solat Jumaat. Di sinilah khatib

memainkan peranan yang besar dalam memberi penyampaian yang menarik dan

berkesan kepada para pendengar supaya pendengar tidak bosan dan mengantuk.

Khatib mestilah bersuara lantang, bijak menggunakan intonasi dan nada suara serta

menyebutkan perkataan dengan tidak tergesa-gesa supaya para pendengar dapat

menerima panyampaian khatib dengan mantap dan terus lekat dalam ingatan.

Khutbah Jumaat adalah penting kepada umat Islam sebagai tempat untuk

mendapatkan ilmu pengetahuan yang baik dan pendidikan yang memberi kesedaran

kepada orang ramai. Oleh itu, khutbah Jumaat hendaklah mengandungi bekalan

rohani dan pengetahuan yang tersusun rapi terutamanya di dalam kandungan khutbah

tersebut. Sehubungan dengan itu, khutbah Jumaat mestilah disampaikan dengan

bahasa yang baik dan halus memikat, dengan kata-kata yang fasih dan lancar, tersusun

dan teratur dengan ungkapan yang mudah difahami sehingga dapat menyentuh jiwa

dan perasaan para jemaah yang pada akhirnya akan membuahkan keinsafan (Basri bin

Ibrahim al-Azhari, 2003:16).

7

1.3 Pernyataan Masalah

Mengapa dipilih mengenai kandungan khutbah Jumaat berbantukan

teknologi multimedia? Mengapa kajian dilakukan di Masjid Sultan Ismail, UTM?

Menjawab kepada persoalan ini, penyelidik memilih mengenai kandungan khutbah

Jumaat kerana bagi pengamatan penyelidik, kandungan khutbah Jumaat merupakan

tunggak kepada sesuatu isu yang disyarahkan dan disampaikan kepada khalayak

ramai yang mendengarnya. Sekiranya kandungan khutbah itu baik, maka kesannya

baik terhadap para pendengarnya. Oleh itu, kajian penyelidik berfokus kepada

kandungan khutbah Jumaat.

Merujuk kepada berbantukan teknologi multimedia, penyelidik ingin

mengkaji sejauh manakah penggunaan teknologi multimedia pada hari ini dapat

mempengaruhi jemaah dalam mendengar khutbah Jumaat. Kajian ini dilakukan di

Masjid Sultan Ismail kerana penyelidik ingin melihat sejauh manakah pendekatan

khutbah Jumaat ini dapat diserapkan ke dalam diri pelajar kampus UTM dan sebagai

pelajar muslim Fakulti Pendidikan, adakah mereka menitikberatkan tentang isi

khutbah solat Jumaat.

Mengkaji mengenai kandungan khutbah Jumaat ini, penyelidik boleh lihat

mengenai kandungan khutbah yang disampaikan, adakah sesuai dengan isu semasa

atau sekadar untuk memberi khutbah? Kebanyakan khatib akan menyampaikan

sesuatu khutbah itu setelah mengkaji dengan teliti dan lebih mendalam mengenai

sesuatu tajuk yang akan disampaikan. Oleh itu, kebanyakan tajuk dan isu yang

sesuai hendaklah menjadi bahan nasihat kepada para pendengar di dalam khutbah

supaya dapat menimbulkan kesedaran di dalam diri pendengar.

Lantaran itu, penyelidik memilih untuk menulis dan mengkaji tentang apakah

persepsi pelajar muslim di Fakulti Pendidikan terhadap kandungan khutbah Jumaat

dengan berbantukan teknologi multimedia di MSI, UTM. Ini juga adalah kerana

penggunaan teknologi multimedia juga semakin luas pengaruhnya dalam

8

perkembangan masyarakat pada hari ini. Penggunaan teknologi multimedia banyak

digunakan dalam bidang hiburan, perniagaan, pendidikan dan juga pentadbiran

negara kerana kecanggihan sistemnya. Di samping itu juga, penggunaan teknologi

multimedia dalam penyampaian khutbah Jumaat juga memberi kesan dan pengaruh

kepada jemaah dalam membentuk sikap mereka hasil daripada penyampaian khutbah

yang berkualiti. Oleh itu, kenapa masih banyak masjid belum mengaplikasikan

penggunaan teknologi multimedia ini di dalam penyampaian khutbah Jumaat pada

hari ini dan masih menggunakan cara yang lama dalam penyampaian khutbah Jumaat

walaupun sudah ada cara yang lebih baik untuk menarik para jemaah untuk

mendengar khutbah Jumaat?

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui persepsi pelajar muslim di

Fakulti Pendidikan terhadap kandungan khutbah Jumaat berbantukan multimedia di

Masjid Sultan Ismail, UTM. Antara objektif kajian yang terdapat dalam kajian ini

ialah :

1.4.1 Untuk mengenalpasti persepsi pelajar muslim di Fakulti Pendidikan terhadap

khutbah Jumaat di Masjid Sultan Ismail, UTM.

1.4.2 Untuk mengenalpasti persepsi pelajar muslim di Fakulti Pendidikan terhadap

kandungan khutbah Jumaat di Masjid Sultan Ismail, UTM.

1.4.3 Untuk mengenalpasti persepsi pelajar muslim terhadap cara penyampaian

khatib semasa membaca khutbah Jumaat yang berbantukan teknologi

multimedia.

9

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, diharapkan kajian ini dapat menjawab beberapa

persoalan berikut. Antara persoalan kajian yang terdapat pada kajian ini ialah :

1.5.1 Apakah persepsi pelajar muslim di Fakulti Pendidikan terhadap khutbah

Jumaat di Masjid Sultan Ismail, UTM?

1.5.2 Apakah persepsi pelajar muslim di Fakulti Pendidikan terhadap kandungan

khutbah Jumaat di Masjid Sultan Ismail, UTM?

1.5.3 Apakah persepsi pelajar muslim terhadap cara penyampaian khatib semasa

membaca khutbah Jumaat yang berbantukan teknologi multimedia?