PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH … · 2009. 4. 30. ·...

26

Transcript of PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH … · 2009. 4. 30. ·...

Page 1: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH … · 2009. 4. 30. · dalam kepimpinan dakwah berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min 3.34.
Page 2: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH … · 2009. 4. 30. · dalam kepimpinan dakwah berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min 3.34.
Page 3: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH … · 2009. 4. 30. · dalam kepimpinan dakwah berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min 3.34.

PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP

TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

WAN FAHMIE ABDILLAH BIN WAN HUSIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

April 2009

Page 4: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH … · 2009. 4. 30. · dalam kepimpinan dakwah berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min 3.34.
Page 5: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH … · 2009. 4. 30. · dalam kepimpinan dakwah berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min 3.34.

DEDIKASI

Teristimewa buat ayahanda dan bonda,

Wan Husin Bin Wan Ismail & Mek Jah Binti Othman

Yang amat disayangi & dikasihi

Segala jasa dan pengorbanan mak ayah tidak akan anakanda lupakan sepanjang hayat.

Kakandaku Wan Asiah & Zainul Pakri

Kejayaan dan kebahagiaan hidupmu menjadi sumber inspirasiku.

Adindaku Wan Khairul Anwar, Wan Norazilah, Wan Nur Atiqah, Wan Dalila & Wan Hanif

Tinggikan azam dan semangat kalian setinggi bintang di langit,

Rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Janganlah leka dengan kenikmatan hidup yang sementara ini.

Tuntutlah ilmu demi masa depanmu.

Semoga kita menjadi kebanggaan ayahanda dan bonda tercinta.

Buat anak saudaraku yang dirindui selalu,

Ammar Zikri & Wafa Khalisah,

Engkaulah penghibur hatiku,

Kudoakan agar dirimu menjadi anak yang soleh & solehah.

Tidak lupa buat pensyarah yang disanjungi

Dr. Abd. Rahman Bin Haji Hamzah,

Yang tidak pernah jemu mendidik & mencurahkan ilmu.

Terima kasih atas segala tunjuk ajar. Halalkan segala ilmu yang diberikan.

Sahabat-sahabat seperjuangan.

Terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar kalian.

Memori kita bersama tetap terpahat kukuh dalam ingatanku buat selama-lamanya.

Page 6: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH … · 2009. 4. 30. · dalam kepimpinan dakwah berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min 3.34.

v

PENGHARGAAN

بسم االله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan

kurniaNya, dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat serta salam ke

atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan untuk membawa

rahmat ke seluruh alam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Dr. Abd. Rahman

Bin Haji Hamzah selaku penyelia dan pembimbing saya kerana sanggup meluangkan

masa beliau untuk memberi tunjuk ajar, menyumbang tenaga serta melontarkan buah

fikiran kepada saya. Segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan dalam menyiapkan

projek ini amatlah saya hargai dan sanjungi. Semoga Allah S.W.T. melimpahkan

rahmatNya di atas segala jasa baik yang dihulurkan.

Saya juga ingin mengambil peluang megucapkan ribuan terima kasih kepada

ibu bapa saya yang tidak pernah jemu memberikan dorongan dan galakan sama ada

dari segi moral atau kewangan walaupun berada jauh di mata.

Selain itu, penghargaan ini juga ditujukan kepada semua rakan-rakan

terutamanya rakan seperjuangan tahun empat Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam) yang telah banyak membantu dalam proses menghasilkan projek ini

dengan saling bertukar pendapat, memberi pandangan serta sudi memberi kritikan yang

membina agar projek ini dapat dihasilkan dengan lebih baik dan sempurna.

Akhir sekali, saya ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga

kepada para pensyarah dan semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak.

Segala budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T. yang dapat membalasnya.

Semoga kita beroleh rahmat dan perlindungan dari Allah S.W.T.

Sekian. Wassalam.

Page 7: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH … · 2009. 4. 30. · dalam kepimpinan dakwah berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min 3.34.

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar SPI terhadap kepentingan

dan keperluan kepimpinan dakwah dalam kehidupan serta mengenalpasti penglibatan

pelajar SPI dalam aktiviti tersebut di UTM. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan

untuk mengetahui cara yang sesuai untuk meningkatkan penglibatan pelajar SPI dalam

kepimpinan dakwah dan turut mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar SPI

untuk aktif dalam aktiviti berkaitan. Seramai 133 orang pelajar daripada jumlah

keseluruhan pelajar SPI terlibat sebagai responden kajian. Instrumen yang digunakan

adalah berbentuk soal selidik yang dibahagikan kepada lima bahagian iaitu A, B, C, D

dan E. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical

Package For Social Science Version 12.0 for Windows (SPSS) dengan memberi

tumpuan kepada nilai kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan soal selidik

ialah α=0.856. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap

kefahaman responden mengenai kepentingan dan keperluan kepimpinan dakwah dalam

kehidupan dan juga penglibatan mereka berada pada tahap tinggi dengan nilai purata

min 4.50 dan 3.88. Begitu juga kajian terhadap cara yang sesuai untuk meningkatkan

penglibatan pelajar turut berada pada tahap tinggi dengan nilai purata min 4.35. Namun

begitu, maklum balas terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar untuk aktif

dalam kepimpinan dakwah berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min 3.34.

Di akhir kajian, pengkaji turut mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak tertentu

untuk diambil perhatian bagi meningkatkan kefahaman dan penglibatan pelajar terhadap

tanggungjawab kepimpinan dakwah.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH … · 2009. 4. 30. · dalam kepimpinan dakwah berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min 3.34.

vii

ABSTRACT

The research aims to find out the perception of SPI students towards the

importance and need of da’wah leadership in life and also to identify the involvement of

students from SPI in the responsibility of leadership in UTM. Besides, the purpose this

research also to identify the suitable approaches to increase the involvement of SPI

students in that activity. A total of 133 SPI students were selected to be the respondents

of this research. The instrument used was the questionnaire which was divided into five

sections that are A, B, C, D and E. Data collected were analysed descriptively using

Statistical Package For Social Science Version 12.0 for Windows (SPSS) which was

focused on frequency, percentage and mean. The reliability value of the questionnaire is

α=0.856. Generally, the findings of the research showed that the respondents level of

understandings towards the importance and need on da,wah leadership in life and their

involvement were at the high level with the average mean of 4.50 and 3.88. While for

the research towards the suitable approaches to increase student’s involvements also

were at high level with the average mean 4.35. However, the responses towards the

problems faced by the students to be active in da’wah leadership were at an average

level with the mean of 3.34. At the end of the research, the researcher had propesed

several suggestions to certain parties to pay attention to increase the understandings and

student’s involvement towards the responsibilities in da’wah leadership.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH … · 2009. 4. 30. · dalam kepimpinan dakwah berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min 3.34.

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

i

JUDUL ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xv

xvi SENARAI LAMPIRAN

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Batasan Kajian 11

1.8 Definisi Istilah 12

1.9 Kesimpulan 14

Page 10: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH … · 2009. 4. 30. · dalam kepimpinan dakwah berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min 3.34.

2 SOROTAN KAJIAN 15

2.1 Pengenalan

2.2 Pengertian Kepimpinan Dakwah

2.3 Sejarah Dakwah

2.4 Dasar Hukum Dakwah

2.5 Tujuan dakwah

2.6 Prinsip-Prinsip Asas Kepimpinan Islam

2.6.1 Syura

2.6.2 Adil

2.6.3 Kebebasan Memberi Pendapat

2.7 Ciri-Ciri Pemimpin Islam

2.8 Metodologi Dakwah

2.9 Kajian Lepas

2.10 Kesimpulan

15

16

17

18

20

21

21

23

24

25

30

38

40

3 METODOLOGI KAJIAN 41

3.1 Pengenalan 41

3.2 Rekabentuk Kajian 42

3.3 Lokasi Kajian 43

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 43

3.5 Prosedur Kajian 44

3.6 Instrumen Kajian 46

3.7 Kajian Rintis 49

3.8 Analisis Data 49

3.9 Jangka Masa Kajian 51

3.10 Kesimpulan 51

Page 11: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH … · 2009. 4. 30. · dalam kepimpinan dakwah berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min 3.34.

x

4 DAPATAN KAJIAN 52

4.1 Pengenalan

4.2 Analisis Data (Bahagian A)

4.3 Analisis data (Bahagian B, C, D, dan E)

4.3.1 Bahagian B

4.3.2 Bahagian C

4.3.3 Bahagian D

4.3.4 Bahagian E

4.4 Analisis Min Keseluruhan Item Mengikut Objektif

4.5 Kesimpulan

52

53

59

60

67

73

80

86

93

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN,DAN CADANGAN

94

5.1 Pengenalan

5.2 Ringkasan Kajian

5.3 Perbincangan

5.3.1 Maklumat Diri Responden

5.3.2 Persepsi Pelajar Terhadap Kepentingan dan

Keperluan Kepimpinan Dakwah dalam

Kehidupan

5.3.3 Penglibatan Pelajar dalam Tanggungjawab

Kepimpinan Dakwah di UTM

5.3.4 Cara Yang Sesuai Untuk Meningkatkan

Penglibatan Pelajar Dalam Kepimpinan

Dakwah di UTM

5.3.5 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh

Pelajar Untuk Aktif Dalam Kepimpinan

Dakwah

94

95

96

96

99

102

104

106

Page 12: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH … · 2009. 4. 30. · dalam kepimpinan dakwah berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min 3.34.

xi

5.4 Rumusan Kajian

5.5 Cadangan

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan

5.7 Penutup

108

109

112

113

RUJUKAN 114

LAMPIRAN 118

Page 13: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH … · 2009. 4. 30. · dalam kepimpinan dakwah berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min 3.34.

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 3.1 Bilangan dan populasi responden kajian 44

Jadual 3.2 Tahap Persetujuan 50

Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Tahun Kursus 54

Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 54

Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 55

Jadual 4.4

Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan

Agama

55

Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Jenis Sekolah

Terakhir

56

Jadual 4.6 Taburan Responden Mengikut Status 57

Jadual 4.7 Taburan Responden Mengikut Penglibatan Dengan

Organisasi Luar UTM

57

Jadual 4.8 Taburan Responden Yang Pernah Memegang

Jawatan Dalam Persatuan

58

Jadual 4.9 Taburan Responden Mengikut Penglibatan Ibu

Atau Bapa Secara Aktif Dengan Aktiviti Politik

58

Jadual 4.10 Pembahagian Skala Likert Lima Mata 59

Jadual 4.11 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 1 60

Jadual 4.12 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 2 60

Jadual 4.13 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 3 61

Jadual 4.14 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 4 62

Jadual 4.15 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 5 62

Jadual 4.16 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 6 63

Page 14: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH … · 2009. 4. 30. · dalam kepimpinan dakwah berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min 3.34.

xiii

Jadual 4.17 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 7 64

Jadual 4.18 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 8 64

Jadual 4.19 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 9 65

Jadual 4.20 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 10 66

Jadual 4.21 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 11 66

Jadual 4.22 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 12 67

Jadual 4.23 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 13 67

Jadual 4.24 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 14 68

Jadual 4.25 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 15 68

Jadual 4.26 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 16 69

Jadual 4.27 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 17 69

Jadual 4.28 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 18 70

Jadual 4.29 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 19 71

Jadual 4.30 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 20 71

Jadual 4.31 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 21 72

Jadual 4.32 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 22 72

Jadual 4.33 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 23 73

Jadual 4.34 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 24 74

Jadual 4.35 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 25 74

Jadual 4.36 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 26 75

Jadual 4.37 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 27 76

Jadual 4.38 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 28 76

Jadual 4.39 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 29 77

Jadual 4.40 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 30 77

Jadual 4.41 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 31 78

Jadual 4.42 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 32 79

Jadual 4.43 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 33 80

Jadual 4.44 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 34 80

Jadual 4.45 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 35 81

Jadual 4.46 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 36 82

Jadual 4.47 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 37 82

Page 15: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH … · 2009. 4. 30. · dalam kepimpinan dakwah berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min 3.34.

xiv

Jadual 4.48 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 38 83

Jadual 4.49 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 39 84

Jadual 4.50 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 40 84

Jadual 4.51 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 41 85

Jadual 4.52 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 42 86

Jadual 4.53 Status Persetujuan Responden Berdasarkan Min 86

Jadual 4.54 Taburan Analisis Keseluruhan Item Bagi Objektif

Pertama

87

Jadual 4.55 Taburan Analisis Keseluruhan Item Bagi Objektif

Kedua

89

Jadual 4.56 Taburan Analisis Keseluruhan Item Bagi Objektif

Ketiga

90

Jadual 4.57 Taburan Analisis Keseluruhan Item Bagi Objektif

Keempat

92

Page 16: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH … · 2009. 4. 30. · dalam kepimpinan dakwah berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min 3.34.

xv

SENARAI SINGKATAN

- Alpha α

HR - Hadis Riwayat

ICT - Information and Communication Technology

n - Jumlah Responden

NGO - Non-governmental Organization

s.a.w - Sallallahu ‘Alaihi Wassalam

SPI - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

S.W.T - Subhanahu Wa Ta’ala

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

% - Peratus

Page 17: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH … · 2009. 4. 30. · dalam kepimpinan dakwah berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min 3.34.

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dakwah merupakan suatu tugas yang sangat penting dalam menyeru manusia ke

jalan Allah dan mencegah daripada kemungkaran agar beroleh kejayaan di dunia dan di

akhirat. Kedudukan dakwah adalah amat mulia di sisi Allah S.W.T dan berjayalah

mereka yang melaksanakan dakwah di jalan Allah seperti yang digariskan di dalam al-

Qur`an :

⎯ ä3 tFø9 uρ öΝ ä3Ψ ÏiΒ ×π̈Βé& tβθãã ô‰tƒ ’ n<Î) Îö sƒ ø:$# tβρããΒù'tƒ uρ Å∃ρ ã÷èpRùQ $$Î/ tβöθyγ ÷Ζ tƒ uρ Ç⎯ tã

Ìs3Ψ ßϑø9 $# 4 y7 Í× ¯≈ s9 'ρé& uρ ãΝ èδ šχθßsÎ=ø ßϑø9 $# ∩⊇⊃⊆∪

Maksudnya : “Dan hendaklah ada di antara kamu satu pihak yang

menyeru kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang

baik serta melarang daripada segala perkara yang mungkar. Dan

mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya ”.

(Surah 3, Al-Imran : 104)

Page 18: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH … · 2009. 4. 30. · dalam kepimpinan dakwah berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min 3.34.

2

Menurut Mustafa Masyhur dalam Wan Asiah Binti Wan Husin (2007:1), aktiviti

dakwah amat dituntut lebih-lebih lagi realiti masa kini berlakunya keruntuhan moral dan

akhlak di kalangan masyarakat Islam serta menyedari tiada keseimbangan antara

pendidikan sekular (keduniaan) dan agama. Dakwah merupakan suatu agen untuk

menerapkan keimanan di hati umat Islam supaya mengamalkan segala suruhan Allah

dan menghayati cara hidup Islam sepenuhnya di dalam kehidupan seharian.

Setiap Muslim yang baligh dan berakal bertanggungjawab dalam melaksanakan

dakwah terhadap seluruh umat manusia. Ia merupakan satu langkah penyebaran seruan

Islam ke arah memartabatkan kehidupan masyarakat yang lebih bertamadun dan tinggi

tahap keimanannya. Tanggungjawab berdakwah telah dijelaskan oleh Allah S.W.T

dalam al-Qur`an :

ö≅ è% ⎯Íν É‹≈ yδ þ’ Í?Š Î6 y™ (# þθãã ÷Š r& ’ n<Î) «!$# 4 4’ n?tã >ο u ÅÁt/ O$tΡr& Ç⎯ tΒuρ ©Í_yè t6 ¨?$# ( z⎯≈ ysö6 ß™ uρ

«!$# !$tΒuρ O$tΡ r& z⎯ ÏΒ š⎥⎫ Ï. Îô³ ßϑø9 $# ∩⊇⊃∇∪

Maksudnya : “Katakanlah ( Wahai Muhammad ): Inilah jalanku, aku

dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada

agama Allah dengan berdasarkan basirah (ilmu al-yakin). Dan aku

menegaskan : Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik)

dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan

sesuatu yang lain.”

(Surah 12, Yusuf : 108)

Page 19: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH … · 2009. 4. 30. · dalam kepimpinan dakwah berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min 3.34.

3

Ini jelas menunjukkan bahawa tugas berdakwah adalah menjadi tanggungjawab

kepada setiap Muslim sama ada lelaki mahupun perempuan. Tanggungjawab ini adalah

bagi menyambung tugas para nabi dan rasul dalam mengembang dan menguatkan paksi-

paksi Islam dan seterusnya menjulang agama Allah pada martabat yang paling tinggi.

Menurut Akmal Hj. Mohd. Zain (2001:13), Islam adalah satu-satunya agama

terakhir yang diturunkan oleh Allah kepada manusia. Oleh itu, Islam mesti

diperkenalkan kepada segenap masyarakat dan dunia. Islam harus mampu menghadapi

pelbagai cabaran dan rintangan. Islam mesti sanggup menjawab segala rintangan zaman.

Jika tidak demikian, maka Islam tidak patut menduduki tempat sebagai agama terakhir

di permukaan bumi ini.

Dalam konteks kehidupan hari ini, gerakan berdakwah haruslah dilaksanakan

oleh setiap individu muslim bagi tujuan yang suci dan ikhlas bagi memakmur, mengislah

serta mengangkat nilai dan martabat manusia. Betapa pentingnya perlaksanaan gerakan

dakwah dapat dilihat melalui situasi dan fenomena yang berlaku dalam dunia dan

kehidupan seharian umat manusia. Ini sejajar dengan pemikiran umat manusia yang

telah dipengaruhi oleh anasir-anasir sekularisme, gejala keruntuhan akhlak yang

semakin membimbangkan termasuk perkara yang melibatkan penghakisan iman dan

akhlak serta penyelewengan akidah.

Rentetan itu, segala kandungan dan perlaksanaan dakwah perlu berlandaskan dua

sumber utama iaitu al-Qur`an dan al-Sunnah bagi menjaga supaya tidak tersasar

daripada matlamat dan tujuan sebenar dakwah. Begitu juga dengan individu pendakwah,

dalam diri mereka perlu ada ilmu-ilmu yang meliputi ilmu Tauhid, ilmu Feqah dan

sebagainya serta perlu ada sifat-safat mahmudah seperti sabar, jujur dan ikhlas.

Page 20: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH … · 2009. 4. 30. · dalam kepimpinan dakwah berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min 3.34.

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Secara tabie, kepimpinan merupakan satu bentuk realiti yang sentiasa wujud di

alam ini. Bermula daripada bentuk kepimpinan yang sebesar-besarnya iaitu kepimpinan

Allah terhadap alam ini sehinggalah kepada sekecil-kecilnya iaitu kepimpinan individu.

Pengiktirafan Allah kepada kepimpinan manusia merupakan satu bentuk amanah

sepertimana firmanNya dalam al-Qur`an :

øŒ Î)uρ tΑ$s% š•/ u‘ Ïπ s3 Í× ¯≈ n=yϑù=Ï9 ’ ÎoΤ Î) ×≅ Ïã% y` ’ Îû ÇÚ ö‘ F{ $# Zπ x‹ Î=yz ( (# þθä9$s% ã≅ yèøg rB r&

$pκ Ïù ⎯ tΒ ß‰Å¡ø ム$pκ Ïù à7 Ï ó¡o„ uρ u™!$tΒÏe$! $# ß⎯ øt wΥuρ ßxÎm7 |¡çΡ x8 ωôϑpt ¿2 ⨠Ïd‰s) çΡuρ y7 s9 (

tΑ$s% þ’ÎoΤ Î) ãΝ n=ôã r& $tΒ Ÿω tβθßϑn=÷è s? ∩⊂⊃∪

Maksudnya : "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada

malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di

bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan

berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi

itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah

(berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu

dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui

akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

(Surah 2, Al-Baqarah : 30)

Page 21: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH … · 2009. 4. 30. · dalam kepimpinan dakwah berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min 3.34.

5

Allah S.W.T menciptakan manusia dengan melengkapkan mereka keupayaan

intelek dan menjadikan mereka sebagai khalifah di atas muka bumi. Tanggungjawab

memimpin atau mengurus sekumpulan individu atau masyarakat untuk mencapai

objektif atau matlamat adalah terletak pada bahu pemimpin. Kejayaan dan kemajuan

sesuatu kumpulan atau masyarakat bergantung kuat kepada gaya kepimpinan pemimpin

itu dan berkait rapat dengan kesedaran menunaikan tanggungjawab seterusnya

menggerakkan kumpulan atau masyarakat itu menuju keredhaan Allah. Mengikut hadis

Rasulullah s.a.w., semua individu Muslim dianggap sebagai pemimpin dan

bertanggungjawab kepada mereka yang berada di bawah tanggungjawabnya seperti

sabda baginda :

Maksudnya : “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan

dimintai pertanggungan jawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang

raja adalah pemimpin bagi rakyatnya dan dia akan dimintai

pertanggungan jawab terhadap yang dipimpinnya. Seorang suami adalah

pemimpin bagi anggota keluarganya dan ia akan dimintai

pertanggungan jawab terhadap mereka. Seorang isteri adalah pemimpin

bagi rumahtangga, suami dan anak-anaknya, dan ia akan akan dimintai

Page 22: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH … · 2009. 4. 30. · dalam kepimpinan dakwah berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min 3.34.

6

pertanggungan jawab terhadap yang dipimpinnya. Seorang hamba

adalah pemimpin bagi harta suruannya dan ia juga akan dimintai

pertanggungan jawab terhadap apa yang dipimpinnya. Dan ingat, setiap

kamu adalah pemimpin. Setiap kamu akan dimintai pertanggungan jawab

atas apa yang kamu pimpin.”

(HR Muslim, Kitab al-Imarah, 20 : 544)

Berdasarkan hadis tersebut, boleh difahami bahawa tahap yang paling minimum

adalah seorang individu bertanggungjawab memimpin dirinya sendiri, kemudian hirarki

kepimpinan meningkat setahap demi setahap. Bermula dalam diri sendiri, keluarga,

masyarakat sehinggalah kepada kepimpinan yang tertinggi di peringkat negara dan

dunia. Dalam semua peringkat kepimpinan ini, pemimpin bertanggungjawab penuh

terhadap pengikut-pengikut atau orang yang dipimpinnya. Lebih tinggi kedudukkan

kepimpinan seseorang itu, maka lebih tinggilah amanah yang dipikul olehnya.

Menurut Abdullah Muhammad Zin dalam Dr. Abdul Munir Yaacob dan Suzalie

Mohamad (2002:124), manusia dicipta oleh Allah S.W.T. khusus untuk menjadi

pemimpin bagi mengatur dan mentadbir bumi. Oleh itu, manusia berkewajipan

menjalankan titah perintah Allah S.W.T. dalam urusan individu, keluarga, masyarakat

dan negara.

Begitu juga di sesebuah institusi pengajian tinggi, dengan jumlah mahasiswa

yang begitu ramai maka akan lahir organisasi-organisasi yang berbentuk kelab,

persatuan ataupun pertubuhan-pertubuhan tertentu. Apabila menyentuh soal kelab,

persatuan atau pertubuhan, maka telah tergambar akan kedudukan dan bentuk carta

kepimpinan dalam organisasi tersebut yang bermula dari penasihat, pengarah, timbalan

pengarah, setiausaha, bendahari dan sebagainya. Apabila mahasiswa berada di bawah

Page 23: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH … · 2009. 4. 30. · dalam kepimpinan dakwah berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min 3.34.

7

sesuatu organisasi seperti ini, maka setiap perjalanan dan proses program berjalan

dengan lancar dan akan bertambah cemerlang, kuat dan utuh sesebuah organisasi itu.

Di institusi-institusi pengajian tinggi, pelajar-pelajar yang berada dalam bidang

Pengajian Islam perlu melalui detik-detik persediaan sebagai seorang pemimpin

masyarakat ataupun seorang pendakwah. Bagi kursus Sarjana Muda Sains Serta

Pendidikan (Pengajian Islam) di Universiti Teknologi Malaysia, para pelajar didedahkan

dengan mata pelajaran yang berkaitan dengan ilmu dan persediaan sebagai seorang

pemimpin atau pendakwah. Antaranya ialah mata pelajaran Kaedah Dakwah Dan

Pengurusan. Namun begitu, adalah menjadi persoalan sama ada ilmu-ilmu tersebut

sudah memadai untuk mereka terjun ke dalam dunia dakwah ataupun adakah mereka

sedar akan tanggungjawab mereka dalam kepimpinan dakwah terhadap warga Universiti

Teknologi Malaysia dan seluruh masyarakat di luar sana.

Program-program dakwah banyak dilaksanakan di dalam kampus Universiti

Teknologi Malaysia dan juga di luar kampus sama ada yang dijalankan oleh persatuan-

persatuan Islam, Masjid Sultan Ismail, Ahli Jawatankuasa Kerohanian Kolej mahupun

pihak Universiti Teknologi Malaysia sendiri. Antara program-program dakwah yang

dianjurkan seperti Rehlah, Muqayyam, Usrah, Kuliah Ilmu, Bicara ad-Din dan

sebagainya. Maka menjadi peranan pelajar-pelajar SPI untuk melibatkan diri dan

menghulurkan bantuan serta sokongan sama ada dalam bentuk idea ataupun tenaga bagi

sama-sama menjayakan lagi program-program tersebut. Selain itu juga, pelajar-pelajar

SPI turut berperanan sebagai tulang belakang kepada setiap program-program dakwah

yang dianjurkan sama ada sebagai pemimpin atau pengarah program, ahli jawatankuasa

penggerak serta turut menjadi peserta program yang dianjurkan.

Mahasiswa yang berkualiti perlu ada dalam diri mereka sifat-sifat kepimpinan

yang mampu untuk memimpin diri, keluarga, masyarakat dan negara. Persediaan dari

Page 24: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH … · 2009. 4. 30. · dalam kepimpinan dakwah berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min 3.34.

8

sudut rohani dan jasmani perlu dititikberatkan oleh mahasiswa bagi mencapai objektif

dan matlamat dalam kepimpinan.

Apabila ditinjau di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, penglibatan

mahasiswa-mahasiswa Muslim dalam kepimpinan dakwah agak menggalakkan. Ini

kerana, kepimpinan dakwah penting dan amat diperlukan dalam mendidik, memimpin

dan memperbaiki sahsiah warga pelajar di Universiti Teknologi Malaysia. Amanah dan

tugas kepimpinan dakwah dapat dilaksanakan dengan adanya sambutan dan penglibatan

daripada mahasiswa-mahasiswa samada dalam persatuan-persatuan yang telah tersedia

ada di Universiti Teknologi Malaysia seperti Ikatan Mahasiswa Pengajian Islam (IMPI),

Persatuan Mahasiswa Islam (PMI), Jawantankuasa Saudara Kita (JKSK), Jawatankuasa

Kolej Mahasiswa (JKM) dan sebagainya.

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini lebih mengfokuskan kepada mahasiswa Sarjana Muda Sains Serta

Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap sejauhmana penglibatan mereka dalam

kepimpinan dakwah di Universiti Teknologi Malaysia. Mahasiswa SPI perlu aktif dan

terlibat dalam segala aktiviti yang melibatkan kepimpinan dakwah dan jika dilihat dalam

organisasi kelab-kelab dan persatuan-persatuan mahasiswa di UTM, sebilangan besar

disertai oleh pelajar SPI. Namun begitu, penglibatan dan penyertaan dalam program dan

persatuan kepimpinan dakwah tidak disertai sepenuhnya oleh pelajar SPI. Ini

memperlihatkan ada sebilangan kecil yang kurang cenderung untuk aktif dalam

persatuan dan program-program kepimpinan dakwah di UTM. Mereka yang merupakan

bakal pendidik serta pendakwah semestinya melibatkan diri dalam kepimpinan dakwah

bagi menjadikan ilmu tersebut sebagai bekal untuk terjun dalam masyarakat.

Page 25: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH … · 2009. 4. 30. · dalam kepimpinan dakwah berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min 3.34.

9

Oleh kerana itu, satu kajian perlu dijalankan bagi melihat dan mengkaji persepsi

mereka terhadap kepentingan dan keperluan kepimpinan dakwah dan juga akan dikaji

masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka serta mencari langkah yang sesuai untuk

meningkatkan penglibatan mereka dalam kepimpinan dakwah di UTM.

1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Untuk melihat persepsi pelajar SPI terhadap kepentingan dan keperluan

kepimpinan dakwah dalam kehidupan.

1.4.2 Untuk mengenalpasti penglibatan pelajar SPI dalam tanggungjawab

kepimpinan dakwah di UTM.

1.4.3 Untuk mengetahui cara yang sesuai untuk meningkatkan penglibatan

pelajar SPI dalam kepimpinan dakwah di UTM.

1.4.4 Masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar SPI untuk aktif dalam

kepimpinan dakwah.

1.5 Persoalan Kajian

Page 26: PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH … · 2009. 4. 30. · dalam kepimpinan dakwah berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min 3.34.

10

1.5.1 Apakah persepsi pelajar SPI terhadap kepentingan dan keperluan

kepimpinan dakwah dalam kehidupan?

1.5.2 Sejauhmanakah penglibatan pelajar SPI dalam tanggungjawab

kepimpinan dakwah di UTM?

1.5.3 Apakah cara yang sesuai untuk meningkatkan penglibatan pelajar SPI

dalam kepimpinan dakwah di UTM?

1.5.4 Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar SPI untuk aktif

dalam kepimpinan dakwah?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai yang melibatkan

seluruh pelajar yang mengikuti kursus Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian

Islam). Apabila bergelar mahasiswa dan mahasiswi Pengajian Islam, maka telah

termaktub pada diri dan personaliti sebagai seorang ustaz dan ustazah serta pendakwah.

Lapisan masyarakat akan memandang mereka sebagai peneraju dan pemimpin masa

depan negara.

Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk melihat tahap persediaan mereka

dalam memikul tanggungjawab dan menghadapi cabaran sebagai seorang pendakwah.