PERSEPSI PELAJAR SEMESTER AKHIR 4 SPH TERHADAP … fileData yang diperolehi telah dikumpulkan dan...

23
PERSEPSI PELAJAR SEMESTER AKHIR 4 SPH TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN FADILLAH BIN SIDI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PERSEPSI PELAJAR SEMESTER AKHIR 4 SPH TERHADAP … fileData yang diperolehi telah dikumpulkan dan...

Page 1: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER AKHIR 4 SPH TERHADAP … fileData yang diperolehi telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for

PERSEPSI PELAJAR SEMESTER AKHIR 4 SPH TERHADAP

PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN

FADILLAH BIN SIDI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER AKHIR 4 SPH TERHADAP … fileData yang diperolehi telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PERSEPSI PELAJAR SEMESTER AKHIR 4 SPH TERHADAP PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN

SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya FADILLAH BIN SIDI

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

_____________________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap : NO. 80 KAMPUNG LINTANG BARU BATU 28,JALAN KUCHING-SERIAN, 94700 SERIAN,SARAWAK Tarikh :________________________

_____________________________________

(TANDATANGAN PENYELIA)

EN. SHAHRIN BIN HASHIM

NAMA PENYELIA Tarikh :_________________________

Page 3: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER AKHIR 4 SPH TERHADAP … fileData yang diperolehi telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan,

(Kemahiran Hidup)”

Tandatangan : …………………………….

Nama penyelia : EN. SHAHRIN BIN HASHIM

Tarikh : …………………………….

Page 4: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER AKHIR 4 SPH TERHADAP … fileData yang diperolehi telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for

PERSEPSI PELAJAR SEMESTER AKHIR 4 SPH TERHADAP PENERAPAN

KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN

FADILLAH BIN SIDI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 5: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER AKHIR 4 SPH TERHADAP … fileData yang diperolehi telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for

ii

 

“ Saya akui laporan projek ini adalah hasil penyelidikan saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : …………………………….

Nama penulis : FADILLAH BIN SIDI

Tarikh : …………………………….

Page 6: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER AKHIR 4 SPH TERHADAP … fileData yang diperolehi telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for

iii

 

DEDIKASI

Teristimewa Buat,

Bondaku Yang Disayangi

Siti Binti Ibang

Kata – Kata Dan Ingatanmu Menjadi Panduan

Ayahandaku Yang Dikasihi

Sidi Bin Bong

Yang Sentiasa Mendoakan

Serta

Untuk Rakan-Rakan Seperjuanganku,

Terima Kasih Di Atas Segala Sokongan Dan Pengorbanan Yang Telah Kalian

Lakukan… Semoga Allah Akan Membalasnya Dengan Sebesar – besar Ganjaran.

Insyaallah…

Page 7: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER AKHIR 4 SPH TERHADAP … fileData yang diperolehi telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for

iv

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah ke hadrat ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya

kajian yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang telah

ditetapkan. Dikesempatan ini, pengkaji ingin merakamkan penghargaan ikhlas buat

penyelia projek Encik Shahrin Hashim, yang telah banyak membantu dengan penuh

komited dalam membimbing, menasihat, memberi dorongan serta tunjuk ajar yang

berguna di sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih disampaikan buat rakan – rakan

seperjuangan diatas kesudian mereka untuk meluangkan masa, berkongsi ilmu,

pandangan, dan maklumat yang amat bermakna dalam menjayakan kajian ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam kajian

ini secara langsung mahupun tidak langsung dalam memberikan kerjasama yang

tidak terhingga dalam memastikan kajian ini berjalan dengan lancar mengikut

perancangan yang telah ditetapkan.

Akhir sekali, kepada semua pihak yang terlibat, pengkaji ingin merakamkan

setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

Semoga Allah memberkati semua.

Sekian.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER AKHIR 4 SPH TERHADAP … fileData yang diperolehi telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for

v

 

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar semester akhir 4 SPH

terhadap penerapan kemahiran keusahawanan. Objektif penyelidikan ini adalah

mengenalpasti persepsi pelajar terhadap kesedaran, sikap, amalan, dan kepentingan

penerapan kemahiran keusahawanan. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal

selidik yang mana ia mengandungi 40 item. Kajian ini melibatkan responden

seramai 126 pelajar semester akhir kemasukan sesi 2005/2006 4 SPH (Perdana),

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Nilai kebolehpercayaan (Alpha

Cronbach) bagi kajian ini adalah 0.76. Data yang diperolehi telah dikumpulkan dan

dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for

Window Version 11.5. Analisis kajian dinyatakan dalam bentuk kekerapan, peratus

dan min. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar semester akhir 4 SPH sedar akan

penerapan kemahiran keusahawanan, menunjukkan sikap yang positif terhadap

kemahiran keusahawanan dan menganggap bahawa penerapan kemahiran

keusahawanan di universiti adalah penting. Namun demikian, pengamalan

kemahiran keusahawanan adalah kurang dilaksanakan. Berdasarkan dapatan kajian

ini, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi memperbaiki beberapa kelemahan

dalam penerapan kemahiran keusahawanan.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER AKHIR 4 SPH TERHADAP … fileData yang diperolehi telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for

vi

 

ABSTRACT

This study was conducted to survey the perception of 4 SPH final semester

students about the implementation of the application of entrepreneurships skills.

The objective of the study was to identify the students perception toward the

awareness, attitude, practice, and the important of entrepreneurships skills

application. Questionnaire was used as the instrument which consists of 40 items

This study involves 126 respondents of final semester 4 SPH (Prime), 2005/2006

session intake, Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia students. The

reliability index (Alpha Cronbach) of this instrument was 0.76. Data were collected

and analyzed using the Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows

Version 11.5. The analysis was stated in the form of frequency, percentage and

mean. The findings of the study showed that the 4 SPH final semester students

aware towards the entrepreneurships skills application, showing the positives

attitude towards the entrepreneurships skills, and assume that the application of

entrepreneurships skills are important in the university. However, the practice of the

entrepreneurships skills were less implemented. Based on the findings of this study,

several recommendations were forwarded to improve the weaknesses regarding to

the application of the entrepreneurships skills.

Page 10: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER AKHIR 4 SPH TERHADAP … fileData yang diperolehi telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for

vii

 

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI SINGKATAN xi

SENARAI LAMPIRAN xii

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

` 1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Skop Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 10

Page 11: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER AKHIR 4 SPH TERHADAP … fileData yang diperolehi telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for

viii

 

2 SOROTAN KAJIAN 14

2.1 Pengenalan 14

2.2 Kemahiran Generik 14

2.2.1 Definisi Kemahiran Generik 15

2.3 Keusahawanan 17

2.3.1 Definisi Keusahawanan 17

2.3.2 Teori Keusahawanan 20

2.3.3 Kemahiran Keusahawanan 24

2.3.4   Kesedaran Terhadap Penerapan

Kemahiran Keusahawanan

29

2.3.5 Nilai-nilai dan Sikap Keusahawanan 29

3 METODOLOGI KAJIAN 31

3.1 Pengenalan 31

3.2 Rekabentuk Kajian 31

3.3 Populasi Kajian 32

3.4 Instrumen Kajian 32

3.5 Kajian Rintis 35

3.6 Prosedur Kajian 35

3.7 Analisis Data 36

3.8 Penutup 37

4 ANALISIS DATA 39

4.1 Pengenalan 39

4.2 Penganalisaan Data 39

4.3 Analisis Bahagian A 40

4.4 Analisis Bahagian B 41

4.5 Penutup 51

Page 12: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER AKHIR 4 SPH TERHADAP … fileData yang diperolehi telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for

ix

 

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN, DAN

CADANGAN

53

5.1 Pengenalan 53

5.2 Perbincangan 54

5.2.1 Perbincangan Berkaitan Latar Belakang Responden

54

5.2.2 Perbincangan Berkaitan Persoalan

Kajian

55

5.3 Rumusan 63

5.3.1 Rumusan Latar Belakang Responden 63

5.3.2 Rumusan Persoalan Kajian 64

5.4 Cadangan 65

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 65

5.6 Penutup 66

RUJUKAN 67

Lampiran A – B 73 – 79

Page 13: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER AKHIR 4 SPH TERHADAP … fileData yang diperolehi telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for

x

 

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK

MUKA

SURAT

2.1 Istilah kemahiran generik di negara lain 15

3.1 Pembahagian item mengikut persoalan kajian 34

3.2 Skala likert 34

3.3 Skala nilai min 37

4.1 Jadual pengedaran set soal selidik 38

4.2 Taburan responden mengikut jantina. 40

4.3 Taburan responden berdasarkan bangsa 40

4.4 Taburan responden berdasarkan umur 41

4.5 Peratusan dan nilai min pelajar semester akhir 4

SPH yang sedar akan penerapan kemahiran

keusahawanan

43

4.6 Peratusan dan nilai min sikap pelajar semester

akhir 4 SPH terhadap penerapan kemahiran

keusahawanan

46

4.7 Peratusan dan nilai min pelajar semester akhir 4

SPH yang mengamalkan kemahiran

keusahawanan yang diterapkan pensyarah

48

4.8 Peratusan dan nilai min persepsi pelajar semester

akhir 4 SPH terhadap kepentingan penerapan

kemahiran keusahawanan

50

Page 14: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER AKHIR 4 SPH TERHADAP … fileData yang diperolehi telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for

xi

 

SENARAI SINGKATAN

KI - Kemahiran Insaniah

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

UTM - University Teknologi Malaysia

K-ekonomi - Knowledge – Ekonomi

RMK-9 - Rancangan Malaysia Ke-9

UNISEL - Universiti Industri Selangor

UNITAR - Universiti Tun Abdul Razak

MSU - Universiti Sains Perguruan Malaysia

USIM - Universiti Sains Islam Malaysia

SPH - Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup),

dsb - dan sebagainya

dll - dan lain – lain

NCVER - National Centre for Vocational Education Research Australia

KK - Kemahiran Keusahawanan

IKBN - Institut Kemahiran Belia Negara

ILP - Institut Latihan Perindustrian

GiatMARA - Giat Majlis Amanah Rakyat

SPSS - Statistical Packages for The Social Sciences

RTM - Radio Televisyen Malaysia

PKS - Perusahaan Kecil Sederhana

Page 15: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER AKHIR 4 SPH TERHADAP … fileData yang diperolehi telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for

xii

 

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

MUKA SURAT

A Soal selidik

73

B Surat pengesahan item soal selidik 79

Page 16: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER AKHIR 4 SPH TERHADAP … fileData yang diperolehi telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kepentingan pembangunan sumber manusia atau modal insan dalam

pembangunan sesebuah negara telah lama diakui. Beberapa buah negara di rantau ini

mampu mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi melalui pembangunan sumber

manusia yang teliti walaupun mempunyai modal fizikal yang sangat sedikit.

Sebaliknya terdapat beberapa buah negara yang kaya dengan modal fizikal tetapi

gagal mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi kerana kelemahan pembangunan

sumber manusianya (Rahmah,1997). Pembangunan sumber manusia dapat

memberikan sumbangan yang berkesan jika ia digunakan dengan betul dan

berhemah. Apabila pekerja mula memegang jawatan dan tanggungjawab baru,

mereka dilatih bagi mencapai matlamat pertumbuhan organisasi. Kemudiannya

apabila persekitaran, teknologi dan pasaran berubah, pengetahuan dan kemahiran

pekerja juga harus berubah selaras dengan perubahan tersebut. Oleh itu,

pembangunan sumber manusia adalah berfungsi sebagai pembina aset yang

menyelesaikan masalah secara kreatif untuk memastikan kejayaan tenaga seseorang

pekerja yang berkebolehan dan berminat (Kamal dan Mei, 1996).

Dalam pada itu, Malaysia sedang berada di landasan menuju ke arah menjadi

sebuah negara yang maju dalam sektor perindustrian seperti automotif, elektronik,

teknologi maklumat dan bioteknologi (Rancangan Malaysia Ke-9, 2006-2010). Bagi

memastikan matlamat ini dapat dicapai, beberapa pendekatan dan konsep yang

dinamik telah dirangka seperti konsep k-ekonomi dan pengurusan pengetahuan yang

Page 17: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER AKHIR 4 SPH TERHADAP … fileData yang diperolehi telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for

2

antara kesannya dijangka mampu menghasilkan suasana yang lebih inovatif dan

kompetetif. Peningkatan kualiti pendidikan dan yang sejajar dengan arus perubahan

masa merupakan satu strategi yang mampu untuk merealisasikan cita – cita jangka

panjang negara dan dalam masa yang sama mampu memenuhi keperluan jangka

pendek. Sistem pendidikan seharusnya mampu melahirkan graduan yang perkasa dan

mantap dalam disiplin ilmu, rohani, minda, emosi, interaksi adab dan etika selaras

dengan hasrat negara untuk memantapkan lagi modal insan (Rancangan Malaysia

Ke-9, 2006-2010).

Pembentukan modal insan secara bersepadu telah memberi impak kepada

pembangunan negara secara menyeluruh. Perdana Menteri dalam ucapannya ketika

merasmikan Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam di Dewan Pusat

Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 8 Januari 2007 (Skudai Post Online, 2008)

menegaskan bahawa negara ini tidak akan menjadi sebuah negara maju jika modal

insan yang dilahirkan tidak cukup berkualiti serta tidak mampu untuk membuktikan

kebolehannya dalam pelbagai bidang khususnya sains dan teknologi. Dalam hal ini,

institusi menyediakan pelatih, manakala industri pula menawarkan kemahiran dan

gabungan itu akan membentuk profesional berdaya saing. Menerusi program

bersama, industri sentiasa mencari kelainan dan idea terkini untuk dikongsikan dan

pada masa sama pelajar dapat mengeksploitasi segala kemahiran serta pengetahuan

untuk membentuk nilai tambah.

Dalam konteks universiti, sekiranya ilmu itu hanya dijurus kepada satu

disiplin yang khusus, ia dilihat kurang mampu melahirkan graduan yang cekap dan

berwibawa. Oleh itu integrasi beberapa disiplin ilmu yang merangkumi pengetahuan

dan kemahiran akan menjadikan bakal graduan mempunyai nilai tambah yang unik.

Sebagai contoh, bagaimana melahirkan graduan kejuruteraan yang mempunyai nilai

etika dan moral profesional, bagaimana graduan pendidikan mempunyai kemahiran

keusahawanan, ataupun bagaimana melahirkan graduan pengurusan yang

mempunyai kemahiran berkomunikasi dan mampu untuk memimpin. Konsep ini

amat menarik untuk diperhalusi kerana ia menyumbang kepada pengkayaan ilmu dan

juga mampu menyelesaikan masalah yang bersifat sementara atau jangka pendek

seperti isu yang berkaitan dengan kemahiran generik.

Page 18: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER AKHIR 4 SPH TERHADAP … fileData yang diperolehi telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for

3

Kualiti pengajian tinggi memerlukan universiti memberi perhatian kepada

kemahiran yang boleh dipindah dan tidak hanya berkaitan dengan disiplin atau

profesional sesuatu bidang sahaja (Yan et al. 2004). Ini tidak dapat dinafikan

apabila institusi pengajian tinggi sentiasa menghadapi tekanan daripada industri,

kerajaan dan pihak tajaan supaya menyediakan pelajar dengan baik dalam kerja

dengan kandungan yang spesifik dan juga kemahiran profesional seperti kemahiran

komunikasi, kepimpinan, penyelesaian masalah, pengurusan masa dan lain-lain lagi

(Luca, J. & Oliver, R, 2003). Jelaslah kemahiran generik yang ditekankan mestilah

memenuhi kehendak pembelajaran sepanjang hayat dan juga keperluan di tempat

kerja. Oleh itu, pengawalan pembentukan kemahiran generik dalam kalangan pelajar

merupakan satu keperluan yang penting sebelum melaksanakan langkah-langkah

memperkembangkan kemahiran generik (Yan, et al., 2004).

1.2 Latar Belakang Masalah

Radin et al. (2006) menyatakan bahawa budaya akademik merupakan

falsafah utama dalam penjanaan modal insan yang seimbang dari segi intelek, sosial,

keterampilan dan sahsiah. Pembudayaan akademik merupakan teras untuk mencapai

kecemerlangan akademik. Budaya akademik yang berkualiti menuntut kreativiti

pendidik dalam usaha meningkatkan motivasi dan prestasi pelajar. Justeru, setiap

IPT harus merencanakan mekanisme pembudayaan akademik untuk bergerak ke arah

kecemerlangan akademik dan antaranya ialah melalui penekanan penerapan

kemahiran insaniah. Oleh yang demikian, beberapa elemen kemahiran insaniah yang

perlu ditekankan adalah seperti sosiobudaya, komunikasi, keusahawanan, penulisan

laporan, kemahiran jamak bahasa, kepemimpinan dan pengurusan (Radin et al.,

2006).

Mempunyai ketrampilan akademik semata – mata masih tidak menjamin

seseorang graduan mendapat pekerjaan akibat daripada persaingan sengit di dunia

pasaran kerjaya hari ini. Kebanyakan majikan bukan sahaja menjadikan pencapaian

akademik sebagai kriteria utama pemilihan, tetapi juga meletakkan penguasaan

kemahiran insaniah (soft skills) dalam kalangan graduan sebagai kriteria pemilihan

Page 19: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER AKHIR 4 SPH TERHADAP … fileData yang diperolehi telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for

4

bakal pekerjanya. Tujuh elemen Kemahiran Insaniah (KI) telah dikenalpasti untuk

dijadikan atribut yang perlu dikuasai oleh graduan IPTA. Elemen KI ini ialah

Kemahiran Berkomunikasi, Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan

Masalah, Kemahiran Kerja Berpasukan, Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan

Maklumat, Kemahiran Keusahawanan, Etika dan Moral Profesional serta Kemahiran

Kepemimpinan (Radin et al., 2006).

Kemahiran generik atau sekarang ini lebih dikenali dengan nama kemahiran

insaniah telah lama diperkatakan dan dibincangkan oleh para ilmuan dan penyelidik

di serata dunia. Kemahiran generik merupakan kemahiran yang perlu ada pada

seseorang untuk berfungsi dengan berkesan sewaktu melakukan pekerjaan mengikut

kemahiran – kemahiran khusus yang dimiliki. Kemahiran generik berkembang

melalui proses semulajadi seperti tumbesaran, kematangan dan penuaan. Kemahiran

generik ini telah turut dibincangkan di semua peringkat sama ada di peringkat

rendah, menengah mahupun institusi pendidikan tinggi. Menurut Lukman (2005),

IPTA yang berkualiti mampu melahirkan graduan yang berkualiti bukan sahaja

dalam bidang akademik tetapi juga dari segi kemahiran-kemahiran lain termasuk

kepimpinan, kemahiran komuniksi, nilai murni dan sebagainya. Menurut Sharifah

Hapsah dalam Lukman (2005), jaminan kualiti di IPT adalah untuk memastikan

graduan yang dilahirkan mempunyai kemahiran teknikal dan praktikal, profesional,

kemahiran pengurusan pemikiran teknikal, kemahiran komunikasi dan kemahiran

pengurusan maklumat serta pembelajaran sepanjang hayat.

Berdasarkan kepada Laporan Kajian Soal Selidik Penerapan Kemahiran

Insaniah (KI) di Kalangan Pelajar Dalam Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran di

IPTA (2007) seluruh Malaysia mendapati bahawa 35.4% staf akademik (staf yang

terlibat sepenuh masa dengan aktiviti P&P peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda)

telah bersedia untuk menerapkan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar. Selain

itu, 87.6% staf akademik telah melaksanakan penerapan KI dalam aktiviti P&P yang

mereka kendalikan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa IPTA di seluruh

Malaysia telah mula mengorak langkah bagi melaksanakan hasrat kerajaan untuk

menerapkan kemahiran generik kepada graduan universiti.

Page 20: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER AKHIR 4 SPH TERHADAP … fileData yang diperolehi telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for

5

Universiti Teknologi Malaysia pada awalnya mengambil beberapa inisiatif

bagi melengkapkan bakal graduan dengan kemahiran-kemahiran insaniah yang

dikenalpasti. Senat Universiti telah meluluskan tujuh atribut graduan yang harus

diterapkan dalam kalangan pelajar. Tujuh Atribut Graduan UTM (UTM Graduate

Attributes) yang telah dikenal pasti pada masa tersebut adalah:

i. Kemahiran Berkomunikasi (Communication Skills)

ii. Kerja Berkumpulan (Teamworking)

iii. Penyelesaian Masalah (Problem Solving)

iv. Penyesuaian Diri (Adaptability)

v. Pembelajaran Sepanjang Hayat (Lifelong Learning)

vi. Harga Diri (Self-Esteem)

vii. Etika dan Integriti (Ethics & Integrity)

Secara umumnya, Kementerian Pengajian Tinggi mengiktiraf model

pembangunan kemahiran generik yang digunapakai oleh UTM dalam merancang dan

melaksanakan program pembangunan Kemahiran Insaniah dalam kalangan pelajar

IPT. Sehubungan dengan saranan Kementerian Pengajian Tinggi, Senat UTM telah

meminda sedikit tujuh Atribut Graduan UTM menjadi:

i. Kemahiran Berkomunikasi

ii. Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah

iii. Kemahiran Kerja Berpasukan

iv. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat

v. Kemahiran Keusahawanan

vi. Etika dan Integriti

vii. Kemahiran Kepimpinan dan Proaktif

Antara perubahan yang terdapat dalam senarai Atribut Graduan UTM 2007

yang ada adalah kemasukan dua item baru Kemahiran Keusahawanan dan

Kemahiran Kepimpinan dan Proaktif menggantikan dua item lama iaitu Penyesuaian

Diri dan Harga Diri ( Buletin P&P, 2007).

Page 21: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER AKHIR 4 SPH TERHADAP … fileData yang diperolehi telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for

6

Kementerian Pengajian Tinggi yang telah mewajibkan penerapan elemen

keusahawanan dalam kursus yang ditawarkan oleh IPTA dan IPTS. Ini bertujuan

bagi membolehkan pelajar lebih berdaya saing apabila memasuki pasaran kerjaya

kelak. Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh, pelajar

perlu dilengkapkan dengan segala kemahiran, pengetahuan serta sikap positif bagi

menghadapi dunia pekerjaan selepas menamatkan pengajian. Melalui pendedahan

elemen keusahawanan dalam kurikulum di IPT, ini bakal melahirkan lebih ramai

technopreneur dalam kalangan graduan (Berita Harian, 2004).

Aspek keusahawanan diterapkan kedalam institusi pengajian tinggi secara

merentas kurikulum bagi memupuk minat pelajar terhadap bidang berkenaan.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi (IPT),

Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Hassan Said, langkah ini selaras

dengan pelaksanaan pelan K-ekonomi iaitu ke arah mewujudkan negara berteraskan

pengetahuan ekonomi. Keadaan ini akan membantu pelajar mengenali pengetahuan

asas keusahawanan bagi membolehkan mereka berdikari dengan memulakan

perniagaan di samping mewujudkan peluang pekerjaan sendiri. Dalam pada itu,

pendidikan keusahawanan sepatutnya menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan

kemahiran yang membolehkan mereka bijak mengenal pasti peluang perniagaan

(Berita Harian, 2006).

Dalam pada itu, kerajaan menambah peruntukan sehingga RM 25 juta bagi

melaksanakan pelbagai program dalam usaha membudayakan semangat

keusahawanan dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT), termasuk

membina premis perniagaan di kampus (Rancangan Malaysia Ke-9, 2006-2010).

Situasi ini menunjukkan bahawa kerajaan benar – benar ingin membantu para

siswazah dalam memperolehi pekerjaan kelak. Sehingga kini kerajaan sudah

menyalurkan peruntukan RM 4.5 juta bagi membina 15 premis perniagaan dalam

kampus di IPT yang masih belum mempunyai kemudahan itu. Selain itu,

kementerian akan meluaskan program pembudayaan dengan melaksanakan program

keusahawanan siswa di beberapa IPT termasuk Universiti Industri Selangor

(UNISEL), Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR), Universiti Sains Perguruan

Malaysia (MSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Kolej Universiti

Antarabangsa Twintech (Berita Harian, 2008). Ini adalah salah satu jalan dalam

Page 22: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER AKHIR 4 SPH TERHADAP … fileData yang diperolehi telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for

7

mengorak langkah bagi membantu pelajar terlibat aktif dalam aktiviti keusahawanan.

Ia seterusnya dapat menyediakan penyertaan yang ramai bukan sahaja kepada para

pelajar malah masyarakat luar. Dalam pada itu, dengan adanya ramai penyertaan

samada pelajar atau masyarakat untuk menceburi bidang keusahawanan, maka secara

lansung dapat membangunkan ekonomi setempat, menjana pendapatan dan

mewujudkan peluang pekerjaan (Laporan Tahunan PKS, 2007).

Di Universiti Teknologi Malaysia khasnya pelajar semester akhir 4 SPH,

mereka telah diterapkan dengan elemen kemahiran keusahawanan didalam subjek

Prinsip Pengeluaran Ternakan (Yahya, 2008) dan subjek English For Career Search

(Fara, 2008) semasa semester 1 sesi 2008/2009. Bagi subjek Prinsip Pengeluaran

Ternakan, penerapannya adalah melibatkan amali pengurusan ternakan ayam

pedaging iaitu bermula daripada penjagaan anak ayam sehinggalah kepada

pemasaran ayam pedaging yang telah siap diproses dan yang belum diproses. Amali

ini berlansung sepanjang semester tersebut dan diuruskan sendiri oleh para pelajar.

Manakala, bagi subjek English For Career Search merupakan subjek elektif bahasa

inggeris. Para pelajar yang mengambil subjek ini diterapkan dengan kemahiran

keusahawanan yang melibatkan kebolehan untuk membina, meneroka dan merebut

peluang pekerjaan.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan kepada latarbelakang kajian, Kementerian Pengajian Tinggi

telah mewajibkan penerapan elemen keusahawanan dalam kursus yang ditawarkan

manakala peruntukkan telah disediakan bagi pembangunan usahawan terhadap

golongan siswazah. Dalam pada itu, terdapat subjek tertentu yang telah diterapkan

dengan kemahiran keusahawanan untuk pelajar SPH. Lanjutan daripada perkara

tersebut, maka kajian ini adalah bertujuan bagi mendapatkan pandangan atau

persepsi pelajar semester akhir kemasukan sesi 2005/2006 kursus Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Universiti Teknologi Malaysia

terhadap penerapan kemahiran keusahawanan.

Page 23: PERSEPSI PELAJAR SEMESTER AKHIR 4 SPH TERHADAP … fileData yang diperolehi telah dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for

8

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini mempunyai objektif – objektif seperti berikut :

1.4.1 Mengenalpasti samada pelajar semester akhir 4SPH sedar akan penerapan

kemahiran keusahawanan.

1.4.2 Mengenalpasti sikap pelajar semester akhir 4SPH terhadap penerapan

kemahiran keusahawanan

1.4.3 Mengenalpasti pengamalan kemahiran keusahawanan pelajar semester akhir

4 SPH yang diterapkan oleh pensyarah.

1.4.4 Mengenalpasti persepsi pelajar semester akhir 4 SPH terhadap kepentingan

penerapan kemahiran keusahawanan.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan masalah yang diutarakan, persoalan-persoalan utama yang

menjadi kajian ialah:

1.5.1 Apakah pelajar semester akhir 4SPH sedar akan penerapan kemahiran

keusahawanan.

1.5.2 Apakah sikap pelajar semester akhir 4SPH terhadap penerapan kemahiran

keusahawanan.

1.5.3 Apakah pelajar semester akhir 4SPH mengamalkan kemahiran keusahawanan

yang diterapkan pensyarah.

1.5.4 Apakah persepsi pelajar semester akhir 4SPH terhadap kepentingan

penerapan kemahiran keusahawanan