PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK KEBERKESANAN … · adalah aspek kemudahan peralatan, aspek...

23
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP DI DAERAH JOHOR BAHARU MUHAMAD ZAKI BIN ZAKARIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK KEBERKESANAN … · adalah aspek kemudahan peralatan, aspek...

Page 1: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK KEBERKESANAN … · adalah aspek kemudahan peralatan, aspek keselamatan, aspek pengurusan dan aspek ... 1.6 Kepentingan Kajian 10 1.7 Batasan Kajian

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK KEBERKESANAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI BENGKEL

KEMAHIRAN HIDUP DI DAERAH JOHOR BAHARU

MUHAMAD ZAKI BIN ZAKARIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK KEBERKESANAN … · adalah aspek kemudahan peralatan, aspek keselamatan, aspek pengurusan dan aspek ... 1.6 Kepentingan Kajian 10 1.7 Batasan Kajian

PSZ 19:16Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ♦

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK KEBERKESANAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI BENGKEL

KEMAHIRAN HIDUP DI DAERAH JOHOR BAHARU

SESI PENGAJIAN: 2006-2009

Saya MUHAMAD ZAKI BIN ZAKARIA

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:

NO 70, BLOCK H, RUMAH AWAM, DR MUHAMMAD SUKRI B SAUD CHENDERONG BALAI 36600, TELUK INTAN, PERAK DARUL RIDZUAN.

Tarikh: ______________________ Tarikh:_______________________ CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK KEBERKESANAN … · adalah aspek kemudahan peralatan, aspek keselamatan, aspek pengurusan dan aspek ... 1.6 Kepentingan Kajian 10 1.7 Batasan Kajian

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya ini adalah

memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup)

Tandatangan : ………………………………………………….

Nama Penyelia : DR MUHAMMAD SUKRI B SAUD

Tarikh : APRIL 2009

Page 4: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK KEBERKESANAN … · adalah aspek kemudahan peralatan, aspek keselamatan, aspek pengurusan dan aspek ... 1.6 Kepentingan Kajian 10 1.7 Batasan Kajian

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK KEBERKESANAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI BENGKEL

KEMAHIRAN HIDUP DI DAERAH JOHOR BAHARU

MUHAMAD ZAKI BIN ZAKARIA

Laporan Projek Ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 5: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK KEBERKESANAN … · adalah aspek kemudahan peralatan, aspek keselamatan, aspek pengurusan dan aspek ... 1.6 Kepentingan Kajian 10 1.7 Batasan Kajian

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. ”

Tandatangan : ………………………………………………….

Nama Penulis : MUHAMAD ZAKI BIN ZAKARIA

Tarikh : APRIL 2009

Page 6: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK KEBERKESANAN … · adalah aspek kemudahan peralatan, aspek keselamatan, aspek pengurusan dan aspek ... 1.6 Kepentingan Kajian 10 1.7 Batasan Kajian

DEDIKASI

Dengan Nama ALLAH yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Dengan keizinanNya jua, Ku bersyukur atas rahmatNya,

Dengan keizinanNya jua maka dapatlah ku siapkan laporan

Projek Sarjana Muda ini.

Khas buat,

Ibu dan ayah yang disanjungi dan di kasihi,

Doa dan pengorbanan kalian amat ku hargai.

Buat Pensyarah yang disanjungi

( Dr Muhammad Sukri B Saud )

Semoga Allah merahmati tugas mu dalam mendidik anak bangsa

Teristimewa buat isteriku,

Norhafizah bte Manap

Dorongan, pengorbanan, dan kesabaran mu sentiasa mengiringiku.

Buat teman seperjuangan …

Teruskan jalan yang kurintis ini sehingga ke puncak jaya

Jadikanlah kejayaan ini sebagai pendorong buat kalian.

Buat ahli keluargaku,

Bantuan dan sokongan kalian takkan ku lupakan

Semoga ALLAH akan sentiasa memberikan limpah rahmat serta

hidayahNya kepada kalian

Page 7: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK KEBERKESANAN … · adalah aspek kemudahan peralatan, aspek keselamatan, aspek pengurusan dan aspek ... 1.6 Kepentingan Kajian 10 1.7 Batasan Kajian

PENGHARGAAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani

Segala puji-pujian hanyalah kepada Allah yang telah memberikan kita ilmu

kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda rasul Muhammad s.a.w yang telah

menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus.

Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknik dan

Kejuruteraan (PTK), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana

memberi kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini.

Terima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak

memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini kepada pensyarah

penyelia, Dr Muhammad sukri B Saud atas bimbingan dan tunjuk ajar yang

diberikan sepanjang tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini. Kerjasama dari pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pengetua dan

pelajar yang terlibat dalam penyelidikan ini juga amat dihargai. Tidak lupa juga

kepada rakan-rakan dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau pun

tidak langsung dalam penulisan ini.

Akhir sekali buat ibu, ayah, isteri dan anakku yang tersayang, segala doa

restu dan dorongan kalian amat dihargai. Semoga usaha ini sentiasa diberkati Allah

SWT dan dapat dimanfaatkan.

Sekian, Terima Kasih

Page 8: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK KEBERKESANAN … · adalah aspek kemudahan peralatan, aspek keselamatan, aspek pengurusan dan aspek ... 1.6 Kepentingan Kajian 10 1.7 Batasan Kajian

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap aspek

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel kemahiran

Hidup di dua buah sekolah menengah di daerah Johor Baharu. Aspek yang dikaji

adalah aspek kemudahan peralatan, aspek keselamatan, aspek pengurusan dan aspek

persekitaran. Kajian ini merupakan kajian deskriptif dimana soal selidik digunakan

untuk mendapatkan data daripada 60 orang sampel. Data-data kajian dianalisis

dengan menggunakan “Statistical Package For The Social Science (SPSS)” versi

15. Analisis yang dibuat diterjemahkan dalam bentuk kekerapan dan peratus. Hasil

kajian menunjukkan semua aspek yang dikaji telah diamalkan di kedua-dua sekolah

tersebut.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK KEBERKESANAN … · adalah aspek kemudahan peralatan, aspek keselamatan, aspek pengurusan dan aspek ... 1.6 Kepentingan Kajian 10 1.7 Batasan Kajian

ABSTRACT

This study aimed to survey student's perception on process effectiveness

aspects teaching and learning in Living Skill workshop at two secondary school in

Johor Baharu district. Aspect looked into is facilities equipment aspect, security

aspect, aspects of management and environmental aspect. This is a descriptive type

research which questionnaire has been distributed to 60 sampel to gather data. Data

study analyzed by using “Statistical Package For The Social Science (SPSS)"

version 15.0.Analysis have been translated in frequency and percent.The finding of

this research shows all aspect analysed have been practiced in both schools.

Page 10: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK KEBERKESANAN … · adalah aspek kemudahan peralatan, aspek keselamatan, aspek pengurusan dan aspek ... 1.6 Kepentingan Kajian 10 1.7 Batasan Kajian

KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN i

DEDIKASI ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL vii

SENARAI LAMPIRAN viii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Istilah 11

1.9 Kesimpulan 14

Page 11: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK KEBERKESANAN … · adalah aspek kemudahan peralatan, aspek keselamatan, aspek pengurusan dan aspek ... 1.6 Kepentingan Kajian 10 1.7 Batasan Kajian

BAB 2 SOROTAN PENULISAN MUKA SURAT

2.1 Pengenalan 15

2.2 Kajian Lepas 16

2.2.1 Aspek kelengkapan peralatan 16

2.2.2 Aspek keselamatan di dalam bengkel 19

2.2.3 Aspek pengurusan di dalam bengkel 21

2.2.4 Aspek persekitaran di dalam bengkel 22

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Rekabentuk Kajian 26

3.3 Prosedur Kajian 27

3.4 Populasi Kajian 28

3.5 Sampel Kajian 28

3.6 Instrumen Kajian 29

3.7 Kajian Rintis 32

3.8 Analisis Data 32

Page 12: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK KEBERKESANAN … · adalah aspek kemudahan peralatan, aspek keselamatan, aspek pengurusan dan aspek ... 1.6 Kepentingan Kajian 10 1.7 Batasan Kajian

BAB 4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 34

4.2 Analisa Data 35

4.2.1 Bahagian A 35

4.2.2 Jantina 36

4.2.3 Pencapaian Gred peperiksaan 36

4.2.4 Bahagian B 37

4.2.4.1 Analisa dapatan soalan kajian pertama 38

4.2.4.2 Analisa dapatan soalan kajian kedua 40

4.2.4.3 Analisa dapatan soalan kajian ketiga 42

4.2.4.4 Analisa dapatan soalan kajian keempat 44

4.3 Penutup 45

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 46

5.2 Perbincangan 47

5.3 Perbincangan Latar belakang respondan 48

5.4 Perbincangan soalan kajian pertama 48

5.5 Perbincangan soalan kajian kedua 51

5.6 Perbincangan soalan kajian ketiga 53

5.7 Perbincangan soalan kajian keempat 54

5.8 Rumusan 56

5.9 Cadangan 57

6.0 Cadangan kajian lanjutan 58

6.1 Penutup 59

Page 13: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK KEBERKESANAN … · adalah aspek kemudahan peralatan, aspek keselamatan, aspek pengurusan dan aspek ... 1.6 Kepentingan Kajian 10 1.7 Batasan Kajian

RUJUKAN 60

LAMPIRAN 63

SENARAI JADUAL

1. Jadual 3.1 Bilangan Responden 29

2. Jadual 3.2 Item persoalan kajian 31

3. Jadual 3.3 Skala Pemeringkatan Likert 31

4. Jadual 3.4 Skala Pemeringkatan likert diterbitkan 33

5. Jadual 4.1 Taburan responden 36

6. jadual 4.2 Pencapaian gred peperiksaan 36

7 Jadual 4.3 Analisa soalan Kajian pertama 38

8 Jadual 4.4 Analisa soalan kajian kedua 40

9 Jadual 4.5 Analisa soalan kajian ketiga 42

10 Jadual 4.6 Analisa soalan kajian keempat 44

Page 14: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK KEBERKESANAN … · adalah aspek kemudahan peralatan, aspek keselamatan, aspek pengurusan dan aspek ... 1.6 Kepentingan Kajian 10 1.7 Batasan Kajian

SENARAI SINGKATAN

1. KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

2. KHB - Kemahiran Hidup bersepadu

3. KH - Kemahiran Hidup

4. ERT - Ekonomi Rumah Tangga

5. JERI - Jasmani ,emosi , Rohani dan Intelek

6. JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor

7. PPD - Pejabat Pendidikan daerah

8. KP - Ketua Panatia

Page 15: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK KEBERKESANAN … · adalah aspek kemudahan peralatan, aspek keselamatan, aspek pengurusan dan aspek ... 1.6 Kepentingan Kajian 10 1.7 Batasan Kajian

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bengkel Kemahiran Hidup adalah pusat operasi pengajaran dan pembelajaran

bagi subjek berkenaan.Walau apapun bentuk struktur organisasi dan fizikal, program

pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup tetap berjalan . Impak serta produk

yang dihasilkan daripada perlaksanaan aktiviti – aktiviti di tempat yang tertentu itu

merupakan refleksi suasana makmal yang dibina melalui penyusunan, penggunaan

dan penyelenggaraan alat atau bahan serta langkah langkah mengelakan kemalangan

yang dijalankan dengan teratur bagi melahirkan produk yang berkualiti.

Rekabentuk bengkel Kemahiran Hidup adalah amat dititik beratkan ini kerana

dengan rekabentuk bengkel yang menarik dan kondusif dapat melahirkan minat para

pelajar untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan . Menurut

Kamus Dewan (2002) Rekabentuk ialah struktur atau aspek sesuatu binaan yang

merangkumi aspek kesesuaian sesuatu benda yang dihasilkan. Oleh yang demikian

setiap pelajar yang mempraktikkan kemahiran manipulatif, perdagangan dan

keusahawananan serta rekacipta yang menjadi komponen teras dalam mata pelajaran

Kemahiran Hidup harus berada dalam suasana yang bengkel yang sesuai.

Page 16: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK KEBERKESANAN … · adalah aspek kemudahan peralatan, aspek keselamatan, aspek pengurusan dan aspek ... 1.6 Kepentingan Kajian 10 1.7 Batasan Kajian

2

Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan pelajar memerlukan bilik

yang kondusif di samping memerlukan kelengkapan alat dan bahan yang sesuai.

Secara fizikal bilik-bilik makmal Kemahiran Hidup manipulatif, Ekonomi Rumah

Tangga dan Pertanian yang telah wujud di sekolah pada masa ini adalah berjauhan

dan berasingan antara satu sama lain. Keadaan ini menyebabkan pelajar–pelajar

sentiasa bergerak mengikut kesesuaian kerja, bahkan kerap berlaku peralatan dan

juga bahan bahan terpaksa beralih daripada satu makmal ke satu makmal yang lain.

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2005)

Dengan ini pihak Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Teknik dan

Vokasional telah menyarankan agar guru-guru Kemahiran hidup dapat mengamalkan

pengurusan makmal Kemahiran Hidup melalui pendekatan kerjasama. Ini bagi

memastikan agar pengurusan makmal Kemahiran Hidup dapat dilakukan dengan

sistematik agar pengajaran dan pembelajaran subjek ini menghasilkan impak yang

maksimum (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2005)

Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan suatu elemen yang

penting untuk menyampai dan mengembangkan ilmu pengetahuan .Pengajaran

berkesan dilihat sebagai satu proses penyampaian maklumat dan memberikan

pengalaman yang akan mengubah tingkah laku seorang pelajar secara kekal.

Perubahan tingkah laku seseorang pelajar dapat dilihat dari segi kefahaman dan

kemahiran yang mereka perolehi semasa membuat latihan yang diberikan oleh guru

.Selain itu, pengajaran berkesan juga ditakrifkan sebagai pengajaran yang dapat

meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar itu sendiri menurut (Hunter,1995

dalam Esah 2003). Jika pelajar itu sendiri mempunyai kesedaran terhadap

pengetahuan mereka, sudah tentu objektif pengajaran akan dapat dicapai dengan

jayanya serta memudahkan pengajaran berlaku di dalam kelas atau pun di bengkel.

Keselamatan bengkel adalah aspek yang perlu menjadi fokus utama di dalam

melakukan kerja-kerja amali malahan pada bila-bila masa sahaja ketika pelajar

berada didalam bengkel.Ianya hendaklah dititikberatkan bukan sahaja ketika

Page 17: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK KEBERKESANAN … · adalah aspek kemudahan peralatan, aspek keselamatan, aspek pengurusan dan aspek ... 1.6 Kepentingan Kajian 10 1.7 Batasan Kajian

3

melakukan kerja-kerja amali malahan pada bila-bila masa sahaja ketika pelajar

berada di dalam bengkel.Keselamatan boleh dianggap sebagai satu kebiasaan atau

sebagai satu bentuk sikap yang positif .Ianya tidak akan lahir dengan sendiri kecuali

manusia itu sendirilah yang membentuknya sama ada hendak mengganggapnya

sebagai keutamaan ataupun tidak.Menurut Abu Bakar (1994) dalam Norfariza

(2002), peraturan keselamatan bengkel atau tempat kerja perlu diamalkan dari masa

kesemasa. Untuk mengelakan kemalangan dan kecelakaan ,seseorang harus sedar

dan bertanggungjawab.

Sesebuah bengkel yang diuruskan dengan baik dan bersistematik akan

membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.Perkara ini bersesuaian

dengan proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri yang mana disebabkan kerja -

kerja berbentuk amalan praktik yang dilakukan di dalam bengkel merupakan

komponen utama dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan sains,teknik

dan kemahiran (Newble dan Canon,dalam Haslina Yusoff, 2005).

Pada dasarnya, segala bentuk aktiviti di dalam pengurusan bengkel atau bilik

khas akan mempengaruhi hasil dan kepuasan kepada pelaksana dan penguna

bengkel. Aktiviti bagi pengurusan merangkumi aspek-aspek merancang, melaksana,

mengawal dan menilai (Yahya Abdul Hamid, 1989 dalam Haslina Yusoff, (2005).

Pengurusan bengkel yang baik dan teratur bukan sahaja memberikan kebaikan

kepada proses pengajaran dan pembelajaran malah ia menjadi kebanggaan kepada

guru yang meguruskan perkara tersebut.

Page 18: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK KEBERKESANAN … · adalah aspek kemudahan peralatan, aspek keselamatan, aspek pengurusan dan aspek ... 1.6 Kepentingan Kajian 10 1.7 Batasan Kajian

4

1.2 Latar belakang masalah

Pada tahun 1991, mata pelajaran teknikal di Sekolah Menengah Rendah yang

terdiri daripada mata pelajaran Seni Perusahaan, Sains Rumah Tangga, Sains

Pertanian dan Perdagangan telah digantikan mengikut perubahan Kurikulum Baru

Sekolah Menengah iaitu mata pelajaran Kemahiran Hidup. Mata pelajaran ini lebih

menekankan kepada aspek kemahiran dalam kehidupan seharian. Jika sebelum ini ia

diajar secara berasingan dan kini mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu telah

berkonsepkan penyatuan dalam semua mata pelajaran teknikal gabungan keempat

empat pilihan iaitu kemahiran teknologi, perdagangan dan keusahawanan, pertanian

serta ekonomi rumah tangga (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991). Ia diubah

supaya semua pelajar perlu mendapat kemahiran asas dalam bidang -bidang tersebut.

Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran yang ditawarkan di Sekolah

Menengah Tingkatan 1-3 dengan harapan memupuk kepada minat teknologi,

kesedaran ekonomi dan pengurusan diri (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1992).

Kemahiran yang dibekalkan merupakan aktiviti yang berguna dalam kehidupan

seharian seperti membuka, memasang, menyelenggara, membaiki kerosakan kecil,

mengurus niaga barang, menanam, menternak, memasak dan menjahit. Ini adalah

hasil kerja tangan yang melatih kemahiran kendiri seseorang individu.

Satu kajian Pusat Perkembangan Kurikulum (2005), sebanyak 96.8%

responden bersetuju bahawa bengkel Kemahiran Hidup harus diselenggara dengan

kemas dan tersusun. Perlaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup bersepadu

memberi kesan kepada keadaan di makmal dan tugas guru. Beban tugas guru

bertambah dimana tahap pengurusan harus ditingkatkan dan tidak boleh ditahap

lama,menurut Pusat Perkembangan Kurikulum lagi pelbagai masalah timbul apabila

66.7% alatan tidak mencukupi,sebanyak 61.9% pula menyatakan alat tidak

mencukupi menyebabkan kerja amali tidak dapat dijalankan mengikut jadual 88.9%

waktu mengajar terlalu banyak dan 93.6% pula menyatakan kemudahan dan

penyesuaian rekabentuk makmal Kemahiran Hidup perlu diubahsuai.

Page 19: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK KEBERKESANAN … · adalah aspek kemudahan peralatan, aspek keselamatan, aspek pengurusan dan aspek ... 1.6 Kepentingan Kajian 10 1.7 Batasan Kajian

5

Oleh yang demikian jika keperihatinan dan sikap terhadap kelengkapan

bengkel seperti alatan dan mesin tidak diberi perhatian, sudah tentulah pelbagai

masalah akan timbul seperti kehilangan alatan-alatan dan penyalah gunaan bahan.Ini

adalah merupakan punca utama yang sering berlaku di dalam pengurusan bengkel.

Kejadian ini akan mengakibatkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu

akibat kekurangan alatan dan bahan untuk melakukan kerja-kerja amali.

Menurut Fong (2000) dalam Hayati (2000), masalah keselamatan dan

kesihatan pekerjaan yang melibatkan orang lain seperti kemalangan yang melibatkan

pelajar sekolah juga merupakan isu sensitif yang memerlukan perhatian yang teliti

dan tindakan yang berkesan perlu diambil.Menurut Spielman (1979) dalam Hayati

(2000), fungsi bengkel sekolah adalah menyerupai fungsi sesebuah industri

kecil.Lascoe(1973) dalam Hayati (2000) juga menyatakan aspek kemalangan industri

mempunyai hubung kait yang rapat dengan pengurusan bengkel di sekolah, dimana

bengkel sekolah seakan-akan seperti sebuah industri kecil yang mempunyai fungsi

operasi yang sama dengan industri sebenar.

Keselamatan dibengkel sekolah amat penting bagi mengelakan sesi

pengajaran dan pembelajaran terggangu dan mengurangkan keberkesanananya dan

ini menuntut kerjasama dari pihak guru dan juga pelajar.Kebiasaanya,guru akan

memberikan penerangan terhadap amalan keselamatan kerja amali dan langkah

kerjanya sebelum sesuatu amali dijalankan. Pelajar akan diingatkan dari masa

kesemasa supaya mereka dapat membentuk budaya kerja yang selamat untuk diri

sendiri, orang lain, alatan dan mesin serta persekitaranya.

Menurut Turner (1945) dalam Hayati (2000), walaupun tahap kemalangan

dibengkel sekolah adalah tidak setinggi berbanding dengan industri, namun ia masih

perlu diberi perhatian yang serius kerana kemalangan yang berlaku di bengkel

sekolah juga boleh membawa maut.Ilmu pengetahuan dan kemahiran keselamatan

yang dipelajari di bengkel sekolah adalah amat berguna apabila seseorang pelajar

keluar bekerja pada masa akan datang.Selain itu, OSHA ( Akta dan keselamatan dan

Page 20: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK KEBERKESANAN … · adalah aspek kemudahan peralatan, aspek keselamatan, aspek pengurusan dan aspek ... 1.6 Kepentingan Kajian 10 1.7 Batasan Kajian

6

kesihatan Pekerja) meletakan tanggungjawab keselamatan dan kesihatan pelajar ke

atas pihak sekolah terutamanya bahagian pengurusan bengkel sekolah.Maka dengan

itu sekolah juga berada di bawah bidang kuasa Akta 514 (Fong, 2000).

Tanggungjawab seseorang guru bukan sahaja melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atau bengkel tetapi guru juga harus

sentiasa dapat mengurus dan mengawal tingkah laku pelajar semasa di dalam

bengkel.Ini adalah untuk mengelakan kemalangan dan meningkatkan tahap

keselamatan pelajar-pelajar semasa menggunakan bengkel secara tidak langsung

dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel.

Bengkel yang terdapat disesebuah sekolah mempunyai sistem pengurusannya

yang tersendiri yang dibentuk melalui organisasi dan diketuai oleh ketua panatia bagi

mengelola dan memberi arahan yang selanjutnya.Ketua panatia haruslah membentuk

satu organisasi yang akan berfungsi untuk mengagihkan tugas-tugas kepada guru di

bawah jagaanya.Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran amali bersandarkan

kepada aktiviti di dalam bengkel. Bagi mendapatkan pengurusan bengkel yang

bersistematik dan teratur, seseorang guru itu perlu belajar untuk mempertingkatkan

pengetahuanya di dalam pengurusan bengkel Eric Hoyle (1980) dalam Wirdawati

(2007) menyatakan ahli profesion perlu mempunyai pengetahuan yang bersistematik

dan pengalaman yang sesuai.Disini jelaslah bahawa pengetahuan itu memainkan

peranan yang penting bagi mendapatkan pengurusan bengkel secara terkawal,

terurus, terancang dan bersistematik. Pengalaman juga merupakan salah satu faktor

yang penting di dalam pengurusan bengkel.

Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengetahui persepsi pelajar

mengenai tahap aspek kelengkapan peralatan, aspek keselamatan, aspek pengurusan

dan persekitaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di bengkel kemahiran

hidup di dua buah sekolah di daerah Johor baharu.

Page 21: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK KEBERKESANAN … · adalah aspek kemudahan peralatan, aspek keselamatan, aspek pengurusan dan aspek ... 1.6 Kepentingan Kajian 10 1.7 Batasan Kajian

7

1.3 Pernyataan Masalah

Mata pelajaran kemahiran Hidup tidak tertumpu kepada pembelajaran teori

sahaja tetapi juga melibatkan pembelajaran berbentuk amali. Seperti sedia maklum,

pembelajaran berbentuk amali dijalankan di dalam bengkel kerana kelengkapan dan

kemudahan yang ada membantu pembelajaran secara amali. Namun, ia bergantung

kepada keadaan kelengkapan yang terdapat di dalam sesebuah bengkel itu menjamin

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Guru bengkel bertanggungjawab dalam memastikan pelajar-pelajar

mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa berada di dalam bengkel. ini

adalah untuk menggelakan daripada berlakunya kemalangan yang tidak diingini

sekaligus menganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan

bengkel penting dan ia merupakan tanggungjawab yang diserahkan kepada guru

bengkel untuk memastikan bengkel berada dalam keadaan sempurna.

Persekitaran bengkel perlu dititik beratkan agar dapat menimbulkan suasana

yang selesa bagi pelajar mahupun guru. Pengudaraan bagi sesebuah bengkel perlu

diambil kira seperti bukaan tingkap yang ada dan pencahayaan yang cukup untuk

memastikan kerja dijalankan dengan baik. Guru-guru juga perlu memastikan ruang

kerja bagi pelajar adalah sesuai dengan bilangan pelajar yang ada. Oleh yang

demikian, kajian ini dijalankan bagi mengetahui persepsi pelajar mengenai tahap

aspek kelengkapan peralatan, keselamatan, pengurusan dan persekitaran dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran di bengkel kemahiran hidup.

Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi pelajar

terhadap aspek kemudahan peralatan, aspek keselamatan, aspek pengurusan dan

aspek persekitaran di bengkel Kemahiran Hidup di dua buah sekolah menengah di

daerah Johor Baharu

Page 22: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK KEBERKESANAN … · adalah aspek kemudahan peralatan, aspek keselamatan, aspek pengurusan dan aspek ... 1.6 Kepentingan Kajian 10 1.7 Batasan Kajian

8

1.4 Objektif Kajian

Antara objektif bagi kajian ini adalah untuk mengenalpasti :

1.4.1 Persepsi pelajar mengenai aspek kelengkapan peralatan dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran bengkel Kemahiran Hidup di dua buah sekolah

Menengah di daerah Johor Baharu.

1.4.2 Persepsi pelajar mengenai aspek keselamatan dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran bengkel Kemahiran Hidup di dua buah Sekolah Menengah di

daerah Johor Baharu.

1.4.3 Persepsi pelajar mengenai aspek pengurusan dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran bengkel Kemahiran Hidup di dua buah Sekolah Menengah di

daerah Johor Baharu.

1.4.4 Persepsi pelajar mengenai aspek persekitaran dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran bengkel Kemahiran Hidup di dua buah Sekolah Menengah di

daerah Johor Baharu.

Page 23: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASPEK KEBERKESANAN … · adalah aspek kemudahan peralatan, aspek keselamatan, aspek pengurusan dan aspek ... 1.6 Kepentingan Kajian 10 1.7 Batasan Kajian

9

1.5 Persoalan kajian

Berikut adalah antara persoalan kajian yang dijadikan panduan dalam kajian

yang dijalankan:

1.5.1 Apakah persepsi pelajar terhadap aspek kelengkapan peralatan dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran di bengkel Kemahiran Hidup di dua buah

Sekolah Menengah di daerah Johor Baharu?

1.5.2 Apakah persepsi pelajar terhadap aspek keselamatan dalam sesi pengajaran

dan pembelajaran di bengkel Kemahiran Hidup di dua buah Sekolah

Menengah di daerah Johor Baharu?

1.5.3 Apakah persepsi pelajar terhadap aspek pengurusan dalam sesi pengajaran

dan pembelajaran di bengkel Kemahiran Hidup di dua buah Sekolah

Menengah di daerah Johor Baharu ?

1.5.4 Apakah persepsi pelajar terhadap aspek persekitaran dalam sesi pengajaran

dan pembelajaran di bengkel Kemahiran Hidup di dua buah Sekolah

Menengah di daerah Johor Baharu?