PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN · PDF filePERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN MENCURI...

25
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN MENCURI DALAM UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM MARIAH BINTI CHE MEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN · PDF filePERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN MENCURI...

Page 1: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN · PDF filePERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN MENCURI DALAM ... versi 14.0. Nilai kebolehpercayaan soal ... 1.9 Kesimpulan 13 BAB II SOROTAN KAJIAN

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN MENCURI DALAM

UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM

MARIAH BINTI CHE MEI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN · PDF filePERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN MENCURI DALAM ... versi 14.0. Nilai kebolehpercayaan soal ... 1.9 Kesimpulan 13 BAB II SOROTAN KAJIAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIST

JT'DTIL:IIT]KUMAN MENCIJRI MENGIKUT TTNDANG.I'NDANGMNAYAIIISLAIVT

Saya

sEsI PENGAnAN : @Ulglg

MAHAII BINTI CIIE MEI(rruRUF BnsAR)

Mengaku membenarlsn tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi lv{alaysia dengm syard-sprd kegunaan s€pcrti berikut :

1. Tesis adalsh halsflik Universiti Teknotogi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujurr

peftgajian sah4ia.3. Perpstatoan dibenarkan nrernbud salinan tsis ini sebagai bahan pertukaran atara institusi

pe'ngsjian tinggi.4. .* Sila tandakan ( .{ )

SULIT (Mengnndrmgimaklumcyangberdafahkeselam&natauke,pentingpn Malaysia seperti ymg termaktub di dalamAKTARAHSTARASMr 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumet TERHAD yang t€lah ditent*anoleh organiseiftadan di mara penyelidikan dijalankan)

TIDAKTERI.ilAD

tf

tfE

(TANDATANGAN PENT'LF)

AlamdTetap:KAMPI'NG PAI}AI\IG CTNAct{100, KI'PANG,BALING, KEDAH D.A

Trikh: 23 APRJL 2010

PROF. MADYA AMINI'I}DIN RUSKAMNamaPenvelia

Tarikh: 23 APRIL 2010

OANDATANGAN PENYELIA)

CATATAIII: r**

PSZ 19: [email protected])

TEKNOLOGI MALAYSIA

Potong yang mana tidak ber*enaan.Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirftan surat daripada pihakktuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebob dan tempohtssis ini perlu diLelaske s€bsgli SIJLIT atau TERHAD.Tesis dimaksudkan sebagsi t€sis bagi Eazrh DolaorFalsafah dan Sarjmasecara peiryelidikan, atau disertasi bagi p€ngqiian secara kerja hnsus dmpenyeliditan, atau Laporan hojek Sarjma Mrda (PSM)

I

Page 3: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN · PDF filePERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN MENCURI DALAM ... versi 14.0. Nilai kebolehpercayaan soal ... 1.9 Kesimpulan 13 BAB II SOROTAN KAJIAN

i

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN MENCURI DALAM

UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM

MARIAH BINTI CHE MEI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2010

Page 4: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN · PDF filePERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN MENCURI DALAM ... versi 14.0. Nilai kebolehpercayaan soal ... 1.9 Kesimpulan 13 BAB II SOROTAN KAJIAN

. ' i l

ll

*Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti tujuan penganugerahan ljazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)'

NamaPenyelia : P.M AMINUDDIN RUSKAM AI-DAWAMY

Taxikh : 23 APRIL 2010

Page 5: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN · PDF filePERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN MENCURI DALAM ... versi 14.0. Nilai kebolehpercayaan soal ... 1.9 Kesimpulan 13 BAB II SOROTAN KAJIAN

ltl

*Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya se,ndiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbemya."

randatangan , ...!!ffi.....

Nama Penulis : MARIAH BINTI CIIE MEI

Tari*fi : 23 APRIL 2010

Page 6: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN · PDF filePERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN MENCURI DALAM ... versi 14.0. Nilai kebolehpercayaan soal ... 1.9 Kesimpulan 13 BAB II SOROTAN KAJIAN

iv

DEDIKASI

Ayah dan Ibu yang tercinta,

Che Mei bin Awang Besar & Fatimah binti Ismail

Pengorbanan dan dorongan kalian berdua tidak mampu kubalasi

Akan ku kenang selamanya.

Berkat doa kalian juga mengiringi kejayaanku.

Semoga kalian sentiasa diberkati dan dirahmati Allah S.W.T

Abang, kakak dan adik yang tersayang,

Kamaruddin, Azizah dan suami, Siti Mariam dan suami, Hamidah,

Abdul Aziz dan isteri, Siti Rahmah

Doa dan harapan agar kalian menuju kejayaan yang gemilang

Semoga kalian sentiasa diberkati Allah S.W.T

Para pendidik yang dihormati,

Terima kasih di atas segala dorongan dan sokongan yang diberikan selama ini,

semoga segala jasa dan tunjuk ajar kalian dirahmati Allah hendak-Nya.

Halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan...

Insan teristimewa….. Mohd Firdzaus dan keluarga

Terima kasih atas dorongan dan semangat dari kalian

Semoga perkenalan ini memberi makna dalam hidup kita

Sahabat-sahabat seperjuangan yang dikasihi,

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Pendididkan (Pengajian Islam)

Terima kasih atas segala-galanya.....

Semoga kejayaan menjadi milik kita bersama.

Page 7: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN · PDF filePERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN MENCURI DALAM ... versi 14.0. Nilai kebolehpercayaan soal ... 1.9 Kesimpulan 13 BAB II SOROTAN KAJIAN

v

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, saya panjatkan sepenuh kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana

dengan Taufiq dan Hidayah-Nya, dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini

dengan sempurna. Harapan semoga segala hasil usaha yang sedikit ini dapat

memberikan manfaat kepada semua.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan jutaan terima kasih khas

buat P.M Aminuddin Ruskam Al-Dawamy selaku Penyelia Projek Sarjana Muda di atas

segala tunjuk ajar, dorongan serta nasihat yang memberangsangkan sepanjang

menyiapkan projek ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Fakulti Tamadun

Islam (FTI) dan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan ahli keluarga

yang banyak memberi sokongan dan dorongan. Juga tidak dilupakan kepada sahabat-

sahabat seperjuangan yang tidak jemu memberi perangsang dan semangat. Semoga

usaha dan cita-cita yang diimpikan mencapai matlamat.

Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat

secara langsung atau sebaliknya dalam menjayakan usaha saya sepanjang menyiapkan

Projek Sarjana Muda ini. Mudah-mudahan hasil kajian ini memberi manfaat kepada

semua.

Kerjasama kalian amat dihargai. Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas

segala jasa yang telah diberikan. Semoga segala usaha mendapat keberkatan dan rahmat

dari-Nya, Insya-Allah. Amin.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN · PDF filePERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN MENCURI DALAM ... versi 14.0. Nilai kebolehpercayaan soal ... 1.9 Kesimpulan 13 BAB II SOROTAN KAJIAN

vi

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan bagi mengetahui persepsi pelajar terhadap kesalahan mencuri dalam undang-undang jenayah Islam di Malaysia. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti kewajaran perlaksanaan hukuman mencuri mengikut undang-undang jenayah Islam di Malaysia. Populasi kajian ini adalah seramai 328 pelajar dari 14 kursus yang berlainan. Pemilihan sampel secara rawak mudah telah dilakukan dan seramai 140 orang pelajar telah dipilih sebagai responden. Kajian yang dilakukan adalah secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi 45 item sebagai instrumen kajian. Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min dengan menggunakan perisian Satistical Package of Social Sciences (SPSS) versi 14.0. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini ialah α = 0.817. Dapatan kajian mendapati purata min untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap hukuman mencuri mengikut undang-undang jenayah Islam dari aspek pengetahuan ialah 3.87. Seterusnya, untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap perlaksanaan hukuman mencuri pada masa kini dari aspek pemahaman menunjukkan purata min sebanyak 3.60. Purata min bagi mengetahui persepsi pelajar terhadap hukuman perlaksanaan hukuman mencuri dari aspek psikologi sikap pula ialah 3.69. Manakala untuk mengenal pasti kewajaran perlaksanaan hukuman mencuri mengikut undang-undang jenayah Islam purata min ialah 3.85. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa responden bersetuju dengan perlaksanaan hukuman mencuri mengikut undang-undang jenayah Islam di negara ini serta responden memberi beberapa cadangan kepada individu, masyarakat, pihak universiti serta pihak kerajaan dan swasta untuk memastikan perlaksanaan hukuman mencuri mengikut undang-undang jenayah Islam di Malaysia dapat dilaksanakan. Antaranya adalah, pihak masjid perlu memperbanyakkan kuliah-kuliah agama tentang hikmah hukuman potong tangan dalam undang-undang Islam.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN · PDF filePERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN MENCURI DALAM ... versi 14.0. Nilai kebolehpercayaan soal ... 1.9 Kesimpulan 13 BAB II SOROTAN KAJIAN

vii

ABSTRACT

This study is done to know the students perception of theft offenses in criminal law of Islam in Malaysia. Besides, this study seeks to identify equity execution sentence theft by criminal law of Islam in Malaysia. Population of this study is about 328 students from 14 different courses. Simple random sample selection was made and a total of 140 students were selected as respondents. Study was conducted using a quantitative questionnaire containing 45 items as a research instrument. Descriptive statistical analysis was used to obtain the value of frequency, percentage, and min using Satistical Package of Social Sciences (SPSS) version 14.0 software. Value of the reliability of this questionnaire was α = 0817. Findings, thats min for the average student to know the perception against theft by criminal law aspects of Islamic knowledge is 3.87. Next, to determine student perceptions of the implementation of the sentence to steal aspects of the current understanding indicates an average of 3.60 min. Min for the average student knows perception against theft sentence implementation of aspects of psychological attitude is the 3.69. While, to identify the implementation of certain equity theft sentence according to Islamic criminal law is an average of 3.85 min. Results of this study indicate that respondents agree with the implementation of the sentence according to steal the criminal law of Islam in this country and some respondents gave suggestions to the individual, society, the university and the government and private sector to ensure implementation of the sentence according to steal the criminal law of Islam in Malaysia can be implemented. Among of them suggest that the mosque should increase lectures about the divine purpose of cut hand in Islamic law.

Page 10: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN · PDF filePERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN MENCURI DALAM ... versi 14.0. Nilai kebolehpercayaan soal ... 1.9 Kesimpulan 13 BAB II SOROTAN KAJIAN

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

SENARAI KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

Page 11: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN · PDF filePERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN MENCURI DALAM ... versi 14.0. Nilai kebolehpercayaan soal ... 1.9 Kesimpulan 13 BAB II SOROTAN KAJIAN

ix

1.8.1 Persepsi

1.8.2 Mencuri

1.8.3 Undang-undang Jenayah Islam

9

10

10

1.9 Kesimpulan 13

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 14

2.2 Definisi Mencuri 15

2.3 Hukum Mencuri 18

2.4 Syarat-syarat Sabit Kesalahan Mencuri dan

Potong Tangan

21

2.5 Hukuman atas Kesalahan Mencuri 25

2.6 Acara dan Keterangan dalam Kes-kes Mencuri 31

2.7 Masalah Pelaksanaan Hukuman Hudud di

Malaysia

35

2.8 Kajian Lepas 37

2.9 Kesimpulan 39

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 40

3.2 Reka Bentuk Kajian

3.2.1 Pengumpulan Data Primer

3.2.2 Pengumpulan Data Sekunder

40

41

42

3.3 Tempat Kajian 42

3.4 Populasi dan Persampelan 43

3.5 Instrumen Kajian 44

3.6 Tatacara Kajian 45

3.7 Kajian Rintis 46

3.8 Analisis Data 47

3.9 Jangka Masa Kajian 48

4.0 Kesimpulan 49

Page 12: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN · PDF filePERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN MENCURI DALAM ... versi 14.0. Nilai kebolehpercayaan soal ... 1.9 Kesimpulan 13 BAB II SOROTAN KAJIAN

x

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 50

4.2.Analisis Data Bahagian A

4.2.1 Jantina Responden

4.2.2.Umur Responden

4.2.3.Kursus Responden

4.2.4 Kelayakan Responden

4.2.5.Negeri Responden

51

51

52

52

54

55

4.3.Analisis Data Bahagian B, C, D dan E

4.3.1 Bahagian B

4.3.2 Bahagian C

4.3.3 Bahagian D

4.3.4 Bahagian E

56

57

61

65

69

4.4 Analisis Keseluruhan Item

4.4.1 Dapatan Keseluruhan Bagi Item Bahagian B

4.4.2 Dapatan Keseluruhan Bagi Item Bahagian C

4.4.3 Dapatan Keseluruhan Bagi Item Bahagian D

4.4.3 Dapatan Keseluruhan Bagi Item Bahagian E

73

73

77

80

83

4.5 Kesimpulan 86

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.1 Pendahuluan 87

5.2 Perbincangan

5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Responden

5.2.2 Perbincangan Soalan Setiap Objektif

5.2.2.1 Persepsi Pelajar Terhadap Hukuman

Mencuri Mengikut Undang-undang

Jenayah Islam dari Aspek

Pengetahuan

88

88

90

91

Page 13: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN · PDF filePERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN MENCURI DALAM ... versi 14.0. Nilai kebolehpercayaan soal ... 1.9 Kesimpulan 13 BAB II SOROTAN KAJIAN

xi

5.2.2 2 Persepsi Pelajar Terhadap

Perlaksanaan Hukuman Mencuri

Pada Masa Kini dari Aspek

Pemahaman.

5.2.2 3. Persepsi Pelajar Terhadap Hukuman

Perlaksanaan Hukuman Mencuri

dari Aspek Psikologi Sikap.

5.2.2 4. Mengenal Pasti Kewajaran

Perlaksanaan Hukuman Mencuri

Mengikut Undang-undang Jenayah

Islam.

93

94

96

5.3 Rumusan 98

5.4 Cadangan

5.4.1 Individu

5.4.2 Masyarakat

5.4.3 Pihak Universiti

5.4.4 Pihak Kerajaan dan Swasta

101

101

102

102

103

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 103

5.6 Kesimpulan 104

BIBLIOGRAFI 105

LAMPIRAN

Page 14: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN · PDF filePERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN MENCURI DALAM ... versi 14.0. Nilai kebolehpercayaan soal ... 1.9 Kesimpulan 13 BAB II SOROTAN KAJIAN

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Jumlah Populasi mengikut Kursus 42

3.2 Skala Likert Bagi Jawapan Bahagian B, C,

D dan E

44

3.3 Kaedah Analisis Data berdasarkan Persoalan

Kajian

46

3.4 Tahap Nilai Min 47

4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 50

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 51

4.3 Taburan Mengikut Kursus Responden 52

4.4 Taburan Responden Mengikut Kelayakan 53

4.5 Taburan Responden Mengikut Negeri 54

4.6 Taburan Skor Bagi Item 1, Item 2 dan Item 3 56

4.7 Taburan Skor Bagi Item 4, Item 5 dan Item 6 57

4.8 Taburan Skor Bagi Item 7 hingga Item 10 58

4.9 Taburan Skor Bagi Item 1, Item 2 dan Item 3 60

4.10 Taburan Skor Bagi Item 4, Item 5 dan Item 6 61

4.11 Taburan Skor Bagi Item 7 hingga Item 10 62

4.12 Taburan Skor Bagi Item 1, Item 2 dan Item 3 64

4.13 Taburan Skor Bagi Item 4, Item 5 dan Item 6 65

4.14 Taburan Skor Bagi Item 7 hingga Item 10 66

4.15 Taburan Skor Bagi Item 1 hingga Item 3 68

4.16 Taburan Skor Bagi Item 4, Item 5 dan Item 6 69

Page 15: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN · PDF filePERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN MENCURI DALAM ... versi 14.0. Nilai kebolehpercayaan soal ... 1.9 Kesimpulan 13 BAB II SOROTAN KAJIAN

xiii

4.17 Taburan Skor Bagi Item 7 hingga Item 10

71

4.18 Rumusan Dapatan Kajian Terhadap Persepsi

Pelajar Terhadap Hukuman Mencuri

Mengikut Undang-undang Jenayah Islam

dari Aspek Pengetahuan.

75

4.19 Rumusan Dapatan Kajian Terhadap Persepsi

Pelajar Terhadap Perlaksanaan Hukuman

Mencuri Pada Masa Kini dari Aspek

Pemahaman.

76

4.20 Rumusan Dapatan Kajian Terhadap Persepsi

Pelajar Terhadap Hukuman Perlaksanaan

Hukuman Mencuri dari Aspek Psikologi

Sikap.

80

4.21 Rumusan Dapatan Kajian Mengenal Pasti

Kewajaran Perlaksanaan Hukuman Mencuri

Mengikut Undang-undang Jenayah Islam.

83

Page 16: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN · PDF filePERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN MENCURI DALAM ... versi 14.0. Nilai kebolehpercayaan soal ... 1.9 Kesimpulan 13 BAB II SOROTAN KAJIAN

xiv

SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN

% - Peratus

8 - Item Negatif

n - Jumlah Responden

α - Alpha

FP - Fakulti Pendidikan

PDRM - Polis Diraja Malaysia

S - Setuju

SPA - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

SPE - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

SPF - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

SPI - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

SPJ - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan

Mekanikal)

SPK - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

SPL - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (TESL)

SPM - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)

SPM - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)

SPS - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)

SPN - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)

SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)

SPSS - Statistical Package for Social Science

SPT - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

SS - Sangat Setuju

Page 17: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN · PDF filePERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN MENCURI DALAM ... versi 14.0. Nilai kebolehpercayaan soal ... 1.9 Kesimpulan 13 BAB II SOROTAN KAJIAN

xv

STS - Sangat Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN · PDF filePERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN MENCURI DALAM ... versi 14.0. Nilai kebolehpercayaan soal ... 1.9 Kesimpulan 13 BAB II SOROTAN KAJIAN

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

1 Borang Soal Selidik

2 Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan Maklumat

Page 19: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN · PDF filePERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN MENCURI DALAM ... versi 14.0. Nilai kebolehpercayaan soal ... 1.9 Kesimpulan 13 BAB II SOROTAN KAJIAN

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Perbuatan mencuri merupakan satu jenayah yang tidak dapat diterima oleh

pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat. Ini disebabkan oleh perbuatan mengambil

barangan orang lain tanpa keizinan dan pengetahuannya merupakan satu bentuk

jenayah berat. Perbuatan sedemikian merupakan satu aspek penganiayaan secara

tidak langsung terhadap tenaga dan usaha orang lain. Segala penat lelah dan usaha

untuk memperoleh sesuatu benda atau harta yang bermanfaat, akhirnya diambil tanpa

keizinan oleh pihak lain dengan mudah. Oleh itu, syariat Islam mengharamkan

perbuatan mencuri daripada terus berleluasa di dalam sistem kehidupan manusia

seharian sebagai satu hukuman yang diperincikan bagi menjaga dan memelihara

kebaikan individu dan keharmonian masyarakat.

Hukuman yang ditetapkan ini berasaskan kebaikan dan keadilan yang

memang dihajati oleh seluruh masyarakat agar mereka dapat hidup dalam keadaan

aman dan sentosa. Tujuan syara’ mengkanunkan hukuman hudud dalam kanun

jenayah syariah adalah untuk memelihara prinsip menjaga harta benda. Menjaga

harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong

Page 20: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN · PDF filePERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN MENCURI DALAM ... versi 14.0. Nilai kebolehpercayaan soal ... 1.9 Kesimpulan 13 BAB II SOROTAN KAJIAN

2

tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki

kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak. Namun begitu, hukuman

ini tidak dapat dilaksanakan di Malaysia kerana ada yang berpendapat hukuman ini

zalim dan kejam (Mohamed Hanipa Maidin, 2003: 61). Hukuman yang ada sekarang

masih tidak dapat mengurangkan jenayah mencuri malah semakin berleluasa dari

hari ke hari. Oleh itu, kajian ini diketengahkan untuk meninjau persepsi pelajar

terhadap kesalahan mencuri dalam undang-undang jenayah Islam di Malaysia.

1.2 Latar Belakang Masalah

Isu mencuri bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat kita hari ini.

Perbuatan ini ada di mana-mana, bukan hanya berlaku di sesetengah tempat sahaja.

Mencuri tidak terhad kepada tempat-tempat yang terdedah kepada maksiat seperti

kelab-kelab malam dan bandar-bandar besar sahaja, tetapi sebuah institusi pengajian

tinggi tidak terkecuali dari berlakunya perbuatan mencuri ini.

Pada masa kini, barang-barang yang dicuri tidak terhad kepada barang-barang

berharga yang tinggi nilainya, tetapi barang-barang yang rendah nilainya juga tidak

terkecuali. Sebagai contoh, barang-barang elektrik, kenderaan dan barang-barang

perhiasan rumah turut menjadi antara barangan curian.

Di Shah Alam, anak kedua editor laman web Malaysia Today, Raja Petra

Raja Kamaruddin mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas

empat pertuduhan mencuri dan memiliki motosikal curi serta melakukan pecah

rumah (Utusan Malaysia, 20 Mei 2009).

Page 21: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN · PDF filePERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN MENCURI DALAM ... versi 14.0. Nilai kebolehpercayaan soal ... 1.9 Kesimpulan 13 BAB II SOROTAN KAJIAN

3

Di Kuantan, seorang lelaki tidak serik-serik mencuri, yang sering ditangkap

atas kesalahan mencuri di sebuah pasar raya, sekali lagi diberkas di pasar raya yang

sama di Jalan Tun Ismail (Utusan Malaysia, 6 April 2009).

Kes curi kereta yang berlaku di Ipoh, polis telah menahan empat lelaki yang

dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kereta mewah di dua lokasi di sini

awal pagi ini. Kesemua mereka ditahan selepas polis menerima aduan daripada orang

ramai, selain tindakan mereka itu dalam keadaan mencurigakan. Ketua Polis Daerah

Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, dalam kejadian pertama, dua lelaki

yang melarikan sebuah kereta BMW 5 Series yang dilaporkan hilang di Kepong,

Selangor beberapa jam sebelum itu berjaya ditahan (Utusan Malaysia, 4 Ogos 2009).

Di Kuantan pula, niat tiga pelajar sebuah institut kemahiran di sini untuk

mencuri motosikal di sebuah pasar raya tidak kesampaian apabila mereka ditahan

oleh polis yang mengesyaki gelagat mereka yang mencurigakan (Utusan Malaysia, 5

September 2009).

Di Kuala Lumpur, tatkala umat Islam sibuk meningkatkan amalan bersedekah

di sepanjang bulan Ramadan, dua lelaki bertindak mencuri wang sumbangan dari

tabung sebuah masjid di Desa Jaya Kepong. Bagaimanapun, tindakan dua lelaki itu

gagal apabila ahli jawatankuasa (AJK) masjid yang datang untuk membuat persiapan

bersahur kira-kira pukul 3 pagi itu menyedari kejadian itu (Utusan Malaysia, 10

September 2009).

Laporan akhbar “Lelaki gagal curi kereta, suspek dipercayai dibawah

pengaruh dadah langgar lima kereta, dua motosikal sebelum ditahan polis”.

Kejadian ini berlaku di Muar, Johor. Tindakan seorang lelaki dipercayai di bawah

pengaruh dadah melarikan dadah melarikan diri selepas mencuri sebuah kereta gagal

apabila kenderaan curi yang dipandunya itu melanggar lima kereta dan dua motosikal

Page 22: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN · PDF filePERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN MENCURI DALAM ... versi 14.0. Nilai kebolehpercayaan soal ... 1.9 Kesimpulan 13 BAB II SOROTAN KAJIAN

4

sebelum dia ditahan polis berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Muar di Jalan

Salleh, Muar (Harian Metro, 23 September 2009).

Kes-kes kecurian yang dilaporkan oleh media massa dari hari ke hari amat

membimbangkan. Kes-kes ini bukan hanya melibatkan orang dewasa tetapi graduan,

pelajar sekolah, dan golongan intelek turut terlibat dalam kes kecurian. Menurut

laporan yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka kes jenayah terus

meningkat. Jenayah ini termasuklah jenayah mencuri. Menurut laporan, majoriti

golongan yang terlibat dalam kes-kes jenayah ialah golongan remaja. Situasi ini amat

membimbangkan semua pihak jika perkara ini tidak dibendung.

Jika diperhatikan berita-berita yang dilaporkan seperti di atas, maka jelaslah

adakalanya manusia hilang perikemanusiaan sehingga sanggup mengambil hak orang

lain serta menganiayai orang lain. Mereka yang melakukan jenayah mencuri tidak

memikirkan kesan disebalik perbuatan jenayah mereka. Apa yang mereka pentingkan

adalah kepuasan diri mereka dan untuk kesenangan hidup mereka sahaja tanpa

memikirkan kesusahan hidup orang lain akibat daripada perbuatan mencuri.

1.3 Pernyataan Masalah

Masalah mencuri yang semakin berleluasa kini, sewajarnya mendapat

perhatian daripada semua pihak. Namun demikian, pertambahan kes mencuri dari

semasa ke semasa sebagaimana yang digambarkan pada bahagian latar belakang

masalah, seolah-olah mencerminkan ketidakprihatinan pelbagai pihak terhadap isu

ini. Malahan institusi pengajian tinggi (IPT) yang diharapkan dapat melahirkan

mahasiswa dan mahasiswi yang bukan sahaja berilmu tetapi juga mempunyai jati diri

yang tinggi turut dicatatkan terlibat dalam kes ini. Namun yang pasti, kes mencuri

dalam kalangan pelajar IPT bukanlah sesuatu yang baru dan terus berleluasa.

Page 23: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN · PDF filePERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN MENCURI DALAM ... versi 14.0. Nilai kebolehpercayaan soal ... 1.9 Kesimpulan 13 BAB II SOROTAN KAJIAN

5

Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh Mohd Sail Hassan, antara

punca-punca berlakunya kes kecurian adalah kurangnya didikan agama dalam

kalangan remaja Melayu. Seterusnya adalah disebabkan oleh keluarga yang

bermasalah, masalah pengangguran, terpengaruh dengan rakan dan ada yang mencuri

hanya sekadar hiburan dan mencari kepuasan diri (Mohd Fikri Che Hussain, 2008:

13).

Satu kes pecah rumah dan kecurian dilaporkan telah berlaku di blok SS19,

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Mangsa melaporkan kehilangan laptop

dalam kejadian tersebut. Suspek dipercayai mengumpil tombol pintu hadapan untuk

memasuki rumah mangsa semasa mangsa tiada di kediaman

(Sumber:http://mpplegenda.blogspot.com/2009/04/awas-kes-kecurian.html)

Di Kuala Lumpur, laporan yang bertarikh 7 Januari 2009, melaporkan

beberapa orang penghuni Kolej Kediaman Zaaba Universiti Malaya meluahkan rasa

kecewa kerana tiada tindakan diambil terhadap isu kecurian di kolej tersebut yang

dipercayai melibatkan pekerja-pekerja asing yang melakukan kerja pendawaian baru

di kolej tersebut. Mereka melaporkan bahawa locker-locker pelajar telah dikumpil

dan dipecahkan. Barang-barang berharga dan juga pakaian pelajar turut dicuri.

“Apakah perlu memecahkan locker pelajar untuk memasang wayar kipas dan lampu?

Laporan dan aduan telah dibuat, namun sehingga kini masih tidak nampak sebarang

tindakan yang selanjutnya.Pekerja masih bebas dan lebih berani kerana memakai

pakaian pelajar yang dicuri untuk membuat kerja-kerja pendawaian” ujar wakil

mahasiswi tersebut (Sumber: http://mahasiswakini.com/).

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 65,076 laporan kes kecurian

kenderaan melibatkan nilai kerugian RM753.2 juta sepanjang tahun lalu. (Sumber:

http://opat.blogspot.com/)

Page 24: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN · PDF filePERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN MENCURI DALAM ... versi 14.0. Nilai kebolehpercayaan soal ... 1.9 Kesimpulan 13 BAB II SOROTAN KAJIAN

6

Oleh itu, kajian ini adalah perlu bagi mengkaji sejauhmana kepekaan atau

sensitiviti pelajar sebagai satu anggota masyarakat yang penting terhadap isu mencuri

ini, di samping pengetahuan dan pemahaman mereka terhadap perlaksanaan

hukuman mencuri mengikut undang-undang jenayah Islam. Selain itu, kajian ini juga

bertujuan untuk mengenal pasti sikap dan mengenal pasti kewajaran perlaksanaan

hukuman mencuri mengikut undang-undang jenayah Islam.

1.4 Objektif Kajian

Tujuan kajian ini ialah untuk :

1.4.1 Persepsi pelajar terhadap hukuman mencuri mengikut undang-undang jenayah

Islam dari aspek pengetahuan.

1.4.2 Persepsi pelajar terhadap perlaksanaan hukuman mencuri pada masa kini dari

aspek pemahaman.

1.4.3 Persepsi pelajar terhadap hukuman perlaksanaan hukuman mencuri dari aspek

psikologi sikap.

1.4.4 Mengenal pasti kewajaran perlaksanaan hukuman mencuri mengikut undang-

undang jenayah Islam.

Page 25: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN · PDF filePERSEPSI PELAJAR TERHADAP KESALAHAN MENCURI DALAM ... versi 14.0. Nilai kebolehpercayaan soal ... 1.9 Kesimpulan 13 BAB II SOROTAN KAJIAN

7

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan permasalahan di atas, persoalan kajian penyelidikan ialah:

1.5.1 Apakah persepsi pelajar terhadap hukuman mencuri mengikut undang-undang

jenayah Islam dari aspek pengetahuan?

1.5.2 Apakah persepsi pelajar terhadap perlaksanaan hukuman mencuri pada masa

kini dari aspek pemahaman?

1.5.3 Apakah persepsi pelajar terhadap hukuman perlaksanaan hukuman mencuri

dari aspek psikologi sikap?

1.5.4 Apakah kewajaran perlaksanaan hukuman mencuri mengikut undang-undang

jenayah Islam?