PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGINTEGRASIAN · PDF fileteknologi multimedia diaplikasi dalam...

8
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 750 PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BAHASA ARAB DENGAN MULTIMEDIA Muhammad Haron Husaini, Mohamad Rofian b Ismail , Mohammad Imran b Ahmad, Ghazali b Zainuddin dan Normah bt Husin Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected] Abstrak Kajian ini menganalisis persepsi pelajar bahasa Arab terhadap kepentingan dan nilai komersial pengintegrasian kemahiran bahasa Arab dengan multimedia. Penyelidik menggunakan kaedah kajian lapangan yang melibatkan 87 orang responden dari Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangasa Malaysia (UIAM), Nilai Negeri Sembilan dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Kajian mendapati, sebanyak 87.3% pelajar bersetuju dengan pengintegrasian bahasa Arab dan multimedia kerana pengintegrasian tersebut mempunyai kepentingan yang signifikan dan nilai komersial yang tersendiri. Melalui pengintegrasian bahasa Arab dan multimedia, sebanyak 83.9% pelajar mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap prospek kerjaya dalam bidang ini pada masa hadapan. Majoriti pelajar iaitu 90.8% berpandangan bahawa penggunaan multimedia dalam pendidikan bahasa Arab akan menjadikan proses P&P lebih efektif dan interaktif. Didapati bahawa sebanyak 85.7% pelajar berminat untuk mendalami dan menghasilkan bahan multimedia berbahasa Arab. Sebagai rumusan, penyelidik mempunyai pandangan yang positif terhadap pengintegrasian bahasa Arab dan multimedia berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi dan kajian ini perlu diteruskan dengan kajian-kajian susulan. Kata Kunci: Persepsi, Pelajar, Integrasi, Bahasa Arab dan Multimedia 1. Pendahuluan 1.1 Objektif Kajian Objektif kajian antara lain dapat digariskan sebagai: 1. Mengkaji kepentingan dan nilai komersial pengintegrasian kemahiran Bahasa Arab dengan multimedia. 2. Menganalisis sejauhmana keyakinan pelajar terhadap prospek kerjaya dalam bidang Bahasa Arab dengan multimedia. 3. Mengenalpasti penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih efektif dan interaktif. 4. Menjelaskan sejauhmana minat pelajar terhadap pengintegrasian kemahiran Bahasa Arab dengan multimedia. 1.2 Soalan Kajian Kajian akan memastikan persoalan berikut terjawab: 1. Apakah kepentingan dan nilai komersial pengintegrasian kemahiran Bahasa Arab dengan multimedia?

Transcript of PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGINTEGRASIAN · PDF fileteknologi multimedia diaplikasi dalam...

Page 1: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGINTEGRASIAN · PDF fileteknologi multimedia diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran ... aksara Arab dan apakah perisian yang hendak ... pautan dalam

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 750

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BAHASA

ARAB DENGAN MULTIMEDIA

Muhammad Haron Husaini, Mohamad Rofian b Ismail , Mohammad Imran b Ahmad,

Ghazali b Zainuddin dan Normah bt Husin

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected], [email protected], [email protected],

[email protected], [email protected]

Abstrak

Kajian ini menganalisis persepsi pelajar bahasa Arab terhadap kepentingan dan nilai

komersial pengintegrasian kemahiran bahasa Arab dengan multimedia. Penyelidik

menggunakan kaedah kajian lapangan yang melibatkan 87 orang responden dari Pusat

Matrikulasi Universiti Islam Antarabangasa Malaysia (UIAM), Nilai Negeri Sembilan dan

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Kajian mendapati, sebanyak 87.3%

pelajar bersetuju dengan pengintegrasian bahasa Arab dan multimedia kerana pengintegrasian

tersebut mempunyai kepentingan yang signifikan dan nilai komersial yang tersendiri. Melalui

pengintegrasian bahasa Arab dan multimedia, sebanyak 83.9% pelajar mempunyai keyakinan

yang tinggi terhadap prospek kerjaya dalam bidang ini pada masa hadapan. Majoriti pelajar

iaitu 90.8% berpandangan bahawa penggunaan multimedia dalam pendidikan bahasa Arab

akan menjadikan proses P&P lebih efektif dan interaktif. Didapati bahawa sebanyak 85.7%

pelajar berminat untuk mendalami dan menghasilkan bahan multimedia berbahasa Arab.

Sebagai rumusan, penyelidik mempunyai pandangan yang positif terhadap pengintegrasian

bahasa Arab dan multimedia berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi dan kajian ini

perlu diteruskan dengan kajian-kajian susulan.

Kata Kunci: Persepsi, Pelajar, Integrasi, Bahasa Arab dan Multimedia

1. Pendahuluan

1.1 Objektif Kajian

Objektif kajian antara lain dapat digariskan sebagai:

1. Mengkaji kepentingan dan nilai komersial pengintegrasian kemahiran Bahasa Arab

dengan multimedia.

2. Menganalisis sejauhmana keyakinan pelajar terhadap prospek kerjaya dalam bidang

Bahasa Arab dengan multimedia.

3. Mengenalpasti penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran

akan lebih efektif dan interaktif.

4. Menjelaskan sejauhmana minat pelajar terhadap pengintegrasian kemahiran Bahasa

Arab dengan multimedia.

1.2 Soalan Kajian

Kajian akan memastikan persoalan berikut terjawab:

1. Apakah kepentingan dan nilai komersial pengintegrasian kemahiran Bahasa Arab

dengan multimedia?

Page 2: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGINTEGRASIAN · PDF fileteknologi multimedia diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran ... aksara Arab dan apakah perisian yang hendak ... pautan dalam

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 751

2. Sejauhmana keyakinan pelajar terhadap prospek kerjaya dalam bidang Bahasa Arab

dengan multimedia?

3. Adakah penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan

lebih efektif dan interaktif?

4. Sejauhmana minat pelajar terhadap pengintegrasian kemahiran Bahasa Arab dengan

multimedia?

2. Latar Belakang Kajian

Terdapat beberapa kajian yang dibuat oleh para penyelidik menyentuh tentang kepentingan

multimedia dan teknologi maklumat dalam melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Antaranya ialah kajian Janudin Sardi dan Mohd Zaki Abdul Rahman (2009:195-207) yang

menyorot perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi semasa turut memberi impak

yang besar dalam perkembangan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Pendekatan

terkini memperlihatkan teknologi multimedia digunakan dalam menghasilkan perisian kursus

yang lebih kreatif dan menarik. Dengan mengambil contoh ―Aplikasi Multimedia Mursyidi‖,

kajian menyelusuri proses pembangunan sebuah aplikasi multimedia berasaskan web yang

dihasilkan untuk meningkatkan pemerolehan pelajar dalam menguasai nahu Bahasa Arab.

Objektif utama kajian ini ialah mengaplikasikan penggunaan teknologi multimedia

berasaskan web dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab, menghasilkan model

pembangunan aplikasi bahasa Arab dalam konteks e-pembelajaran, mengenal pasti kaedah

pembangunan aplikasi berasaskan aksara Arab dan membangunkan perisian kursus nahu

dalam Bahasa Arab Komunikasi.

Antara persoalan yang diutarakan dalam kajian tersebut adalah bagaimana penggunaan

teknologi multimedia diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab?, apakah

yang dihasilkan dalam pembangunan aplikasi bahasa Arab?, apakah tujuan pembangunan

aplikasi berasaskan aksara Arab dan apakah perisian yang hendak dibangunkan dalam Bahasa

Arab Komunikasi?.

Untuk mencapai objektif kajian, pengkaji menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan

kajian lapangan. Kaedah kajian perpustakaan digunakan untuk mengkaji sumber-sumber tiga

bidang utama dalam kajian ini, iaitu nahu BAK, teknologi multimedia dan reka bentuk

instruksi. Semasa proses pembangunan, kaedah ini juga digunakan semasa fasa analisis dan

fasa reka bentuk, selain sumber-sumber tinjauan kajian berkaitan di peringkat awal kajian

menggunakan kaedah ini.

Hasil kajian menunjukkan beberapa kelebihan aplikasi dapat dikenalpasti, antaranya

fleksibiliti pengguna dalam mengakses aplikasi, tarikan pembelajaran yang menarik melalui

persembahan elemen multimedia seperti grafik, animasi dan audio, di samping pengguna juga

mudah menerokai semua pautan dalam aplikasi. Oleh itu, produk yang dihasilkan melalui

kajian ini merupakan contoh kepada salah satu pendekatan pembelajaran bahasa Arab yang

terkini.

Kajian Mohd Azidan B Abdul Jabar (2009: 221-230) pula mengakui kepantasan

perkembangan teknologi komunikasi dan multimedia pada alaf baharu ini turut

melampiaskan kesannya kepada bidang pendidikan secara umumnya serta pengajaran dan

pembelajaran bahasa asing khususnya. Penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran

Page 3: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGINTEGRASIAN · PDF fileteknologi multimedia diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran ... aksara Arab dan apakah perisian yang hendak ... pautan dalam

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 752

bahasa asing mampu menseimbangkan kandungan pengajaran bahasa dengan kaedah

penyampaian dan penggunaan bahasa dalam konteks moden hari ini. Dalam erti kata lain,

penggunaan teknologi dapat memudahkan pemerolehan dan penguasaan sesuatu bahasa

asing.

Metodologi kajian tersebut adalah berbentuk kajian lapangan berdasarkan soal selidik yang

dijalankan ke atas 20 orang responden yang terlibat dalam pengajaran kursus kemahiran

bahasa asing di Universiti Putra Malaysia.

Penggunaan teknologi pengajaran dalam kelas dan makmal bahasa semasa pembelajaran

kemahiran bahasa asing memberi manfaat kepada pelajar dan pengajar .Penggunaan

teknologi menjana minat pelajar terhadap apa jua yang disampaikan dalam kelas, lebih-lebih

lagi pelajar yang mempunyai kelemahan dalam aspek pengajarn yang tertentu. Penerangan

pengajar disertakan dengan maklumat yang dipaparkan menerusi skrin LCD umpamanya,

dapat mengekalkan konsentrasi pelajar di dalam kelas dan melatih pelajar berfikir dengan

pantas dan terbuka. Dengan bantuan peralatan teknologi, pengajar dapat mempastikan kualiti

setiap penerangan dan maklumat yang disampaikan. Penggunaan teknologi menjadikan

pengajaran kelihatan lebih menarik, ini adalah kerana mempelajari bahasa asing

sememangnya mencabar, jadi pengajar mesti pandai memikat minat pelajar menerusi

penyampaian yang menggunakan pelbagai teknik, kesan bunyi dan warna.

Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa asing yang menggunakan

peralatan teknologi pengajaran sebenarnya dapat membebaskan pengajar daripada kaedah

pengajaran tradisional yang dikenali sebagai kaedah pengajaran satu hala yang berpusatkan

pengajar.

Azharuddin Sahil dan Bhasah Abu Bakar (2009:71-76) juga telah membuat tinjauan terhadap

pengaruh positif penggunaan video drama dalam pembelajaran agama Islam di kalangan

pelajar sekolah menengah. Sebuah video drama telah dibentuk untuk membantu guru dan

pelajar sekolah menengah dalam proses pemahaman dan penghayatan agama Islam khasnya

puasa.

Kajian tersebut bermula daripada rekabentuk sehinngalah penilaiannya menggunakan kaedah

ADDIE: Analysis, Design, Development, Implementation and Evaluation. Kajian melibatkan

kaji selidik di lapangan yang mana instrument yang digunakan adalah open-ended question.

Instrument ini digunakan untuk melihat pandangan pelajar tentang keberkesanan video drama

yang digunakan untuk mengajar Pendidikan Islam.

Dapatan kajian tersebut menunjukkan secara keseluruhan semua responden bersetuju bahawa

penggunaan teknologi seperti video drama sangat membantu guru dan pelajar tidak sahaja

dari aspek kognitif tetapi juga dari aspek afektif, penghayatan dan pemahaman. Kaedah video

drama di blik darjah boleh meningkatkan pemahaman, psikomotor dan penghayatan pelajar

dan disokong dengan persepsi pelajar yang positif terhadap penggunaan video drama untuk

pembelajaran agama Islam di bilik darjah.

Mohd Arif Ismail dan rakan-rakan (Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi. (Ed.). 2008 :

26-42) berpandangan bahawa multimedia merupakan gabungan teks, grafik, audio dan video

serta unsur animasi dalam satu perisian komputer. Penggunaan multimedia dalam pendidikan

sudah menjadi satu lumrah dewasa ini. Menggunakan multimedia dalam pendidikan

bermakna kita menggunakan pelbagai media yang merangsang penglihatan dan pendengaran

Page 4: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGINTEGRASIAN · PDF fileteknologi multimedia diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran ... aksara Arab dan apakah perisian yang hendak ... pautan dalam

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 753

untuk menbantu proses P&P. Penggunaan multimedia dalam P&P memberi kelebihan kepada

guru antaranya menyediakan pembelajaran secara aktif, bergambar dan interaktif, menyedia

laluan pelbagai hala yang boleh dikawal sendiri oleh penggun auntuk menyampaikan

maklumat. Penggunaan multimedia menawarkan pelbagai bentuk penyampaian dan

memudahkan perkembangan kemahiran membuat persepsi dan pentafsiran.

Tidak dapat dinafikan, penggunaan multimedia yang meluas dalam subjek-subjek teknikal

telah mula menular ke dalam subjek sains sosial seperti bahasa. Misalnya dalam pelajaran

Bahasa Melayu, penggunaan multimedia mampu meningkatkan minat dan pencapaian pelajar

dan pengajaran guru akan lebih berkesan dan menyeronokkan. Bahan yang biasa digunakan

adalah teks, video dan juga pita audio dan terbaru ialah perisian multimedia dan bahan

berasakan web. Ada di antara bahan ini menggunakan teks seperti pantun, syair, sajak, novel,

drama, cerpen dan sebagainya sebagai asas.

Kesimpulannya ciri-ciri interaktif multimedia yang lebih terbuka dan mesra pengguna akan

menjadi daya penarik kepada pengguna yang terdiri daripada pelbagai peringkat. Kemahiran

menyediakan perisian multimedia akan menjadi aset penting kepada perkembangan teknologi

negara.

Manakala buku suntingan Norazah Mohd Nordin dan Mohamed Amin Embi (2008: 1-11)

pula telah mamaparkan pandangan bahawa ICT merupakan pemudahcara (enabler) dalam

bidang pendidikan. ICT digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan

pengurusan di sekolah. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan

tiga dasar utama ICT dalam pendidikan iaitu literasi ICT yang bermaksud pelajar

memperolehi kemahiran menggunakan kemudahan ICT, peranan dan fungsi ICT dalam

pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P dan penggunaan ICT untuk meningkatkan

produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan. Sebagai contoh, KPM telah

mengambil langkah drastik untuk memperluaskan penggunaan ICT dalam P&P dan

pengurusan sekolah dengan memperkenalkan Projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris atau nama singkatannya PPSMI. Selain itu, semua sekolah

akan menjadi sekolah bestari menjelang tahun 2010 sebagaimana dalam Program

Pembestarian Sekolah yang bermula pada tahun 2006.

Terdapat tiga pilihan penggunaan teknologi atau ICT; menggunakan teknologi sebagai alat

untuk menganalisis data, menggunakan teknologi untuk menyelesaikan masalah atau model

matematik atau menggunakan teknologi untuk mengintegrasikan matematik dalam konteks.

Teknologi menjimatkan masa dan mebolehkan pelajar mengakses dengan cara baru untuk

meneroka konsep dengan lebih mendalam. Antara cabaran-cabaran dalam pengintegrasian

ICT adalah para guru perlu bersedia untuk melakukan perubahan dalam kepercayaan dan

kaedah pengajaranuntuk inovasi agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih

menyeronokkan. Guru perlu mengubah peranan dan belajar bagaimana untuk mengajar

menggunakan alat teknologi baru selain didedahkan dengan pelbagai kursus untuk pelbagai

kemahiran tentang penggunaan ICT dalam pelbagai peringkat dari aspek pengurusan

sehinnga ke aspek profesional. Semua pihak harus bersedia untuk memberi kerjasama

sewajarnya agar pengintegrasian ICT ini dapat dilaksanakan dengan jayanya (Ibid).

3. Analisis Kajian dan Perbincangan

Borang soal selidik melibatkan 2 bahagian iaitu bahagian 1 melibatkan jawapan dalam 5

skala Likert. Melalui bahagian ini, data diproses melalui perisian Statistical Package for

Page 5: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGINTEGRASIAN · PDF fileteknologi multimedia diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran ... aksara Arab dan apakah perisian yang hendak ... pautan dalam

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 754

Social Sciences (SPSS) versi 17. Manakala bahagian 2 melibatkan jawapan secara terbuka.

Secara keseluruhannya, sebanyak 87 borang soal selidik telah dianalisis untuk menentukan

kekerapan dan peratusan bagi setiap item soalan berdasarkan persoalan kajian. Kajian

memperuntukkan 6 item soalan untuk dijawab oleh responden. Berikut dibentangkan hasil

analisis terhadap item-item tersebut berserta perbincangan ringkas bagi setiap item. Dalam

analisis ini, penyelidik menggunakan skala 1 untuk menunjukkan sangat setuju, 2 setuju, 3

tidak pasti, 4 tidak setuju dan 5 sangat tidak setuju.

Jadual 1: Persepsi pelajar bahasa Arab terhadap kepentingan dan nilai komersial

pengintegrasian kemahiran bahasa Arab dengan multimedia

Item Sangat

Setuju

Setuju Tidak

Pasti

Tidak

Setuju

Sangat

Tidak

Setuju

1. Multimedia penting dalam bahasa Arab 60.9% 26.4% 5.7% 3.4% 3.4%

2. Bahasa Arab akan lebih mempunyai

nilai komersial dengan adanya elemen

multimedia

63.2%

24.1%

4.6%

3.4%

3.4%

3. Graduan yang mempunyai kelulusan dalam

bahasa Arab dengan multimedia mempunya

peluang kerjaya yang lebih cerah

58.6%

25.3%

8.0%

2.3%

5.7%

4. Pengajaran & pembelajaran bahasa Arab

akan lebih interaktif dan efektif dengan

penggunaan multimedia

69.0%

21.8%

2.3%

1.1%

5.7%

5. Saya berminat untuk menghasilkan animasi/

video/ merekacipta grafik dan bahan

multimedia interaktif dalam bahasa Arab

40.2%

43.7%

5.7%

6.9%

3.4%

6. Saya berminat mendalami bahasa Arab

dan multimedia

59.8%

27.6%

4.6%

2.3%

5.7%

3.1 Item 1: Multimedia penting dalam bahasa Arab

Jadual di atas menunjukkan bahawa 60.9% responden sangat bersetuju dengan kepentingan

multimedia dalam pengajian bahasa Arab. Dalam pada itu, 26.4% responden bersetuju

dengan persepsi tersebut. Namun hanya segelintir responden tidak pasti iaitu 5.7%, tidak

setuju iaitu 3.4% dan sangat tidak setuju iaitu 3.4%. Memandangkan pelajar pada masa kini

amat mudah untuk mengakses maklumat sama ada melalui internet mahu pun perisian atau

software, maka keperluan multimedia dalam bahasa dilihat mempunyai kepentingan yang

tersendiri. Berdasarkan pengalaman penyelidik, pelajar ada menggunakan perisian flash dan

Microsoft Power Point dalam mempersembahkan tugasan bagi kursus bahasa Arab.

3.2 Item 2: Bahasa Arab akan lebih mempunyai nilai komersial dengan adanya elemen multimedia

Majoriti pelajar sangat bersetuju dengan multimedia merupakan unsur yang boleh

mengkomersialkan bahasa Arab. Mereka mewakili sebanyak 63.2%. 24.1% daripada

responden pula bersetuju. Hanya segelintir responden tidak pasti iaitu 4.6%, tidak setuju iaitu

3.4% dan sangat tidak setuju iaitu 4.6%. Majoriti pelajar mempunyai pandangan yang positif

terhadap pengkomersialan bahasa melalui multimedia. Teknologi pendidikan bahasa yang

semakin berkembang menuntut kepada mereka yang mahir dalam bahasa dan multimedia

Page 6: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGINTEGRASIAN · PDF fileteknologi multimedia diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran ... aksara Arab dan apakah perisian yang hendak ... pautan dalam

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 755

untuk menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang terkini. Ini menjadikan

bahasa Arab mampu untuk dipasarkan bukan sahaja di dalam negara, malah di luar negara.

3.3 Item 3: Graduan yang mempunyai kelulusan dalam bahasa Arab dengan multimedia mempunyai

peluang kerjaya yang lebih cerah

Peratusan responden mengenai kenyataan lulusan bahasa Arab dan Multimedia mempunyai

peluang kerjaya yang lebih luas dapat dilihat dengan jelas. Sebanyak 58.6% responden sangat

bersetuju dengan kenyataan tersebut. 25.3% responden lagi bersetuju. Manakala 8%

responden tidak pasti, 2.3% responden tidak bersetuju dan 5.7% sangat tidak bersetuju.

Graduan bahasa Arab di IPT dan IPTS tempatan menghadapi saingan hebat daripada graduan

IPT luar negara dalam meraih peluang pekerjaan. Mereka ini hanya menguasai disiplin ilmu

linguistik, sastera dan pengajaran bahasa sahaja. Justeru, peluang kerjaya hanya terhad

kepada bidang pendidikan, penterjemahan, pelancongan dan kewartawanan semata-mata.

Namun dengan multimedia, mereka mempunyai kelainan dengan graduan bahasa Arab yang

lain, sekaligus membuka dimensi baru dalam dunia prospek kerjaya bahasa Arab.

3.4 Item 4: Pengajaran & pembelajaran bahasa Arab akan lebih interaktif dan efektif dengan

penggunaan multimedia

Majoriti pelajar amat bersetuju dengan penggunaan multimedia dalam pendidikan bahasa

Arab akan menjadikan proses P&P lebih interaktif dan berkesan. Jadual menunjukkan

bahawa 4. 69% sangat bersetuju, 21.8% bersetuju, 2.3% tidak pasti, 1.1% tidak setuju dan

5.7% sangat tidak setuju. Teknik pengajaran secara konvensional seperti penggunaan buku

dan papan putih, menjadikan P&P bahasa kurang interaktif dan efektif. Penggunaan teks

grafik, animasi, audio dan video dalam P&P bahasa amat dituntut dalam dunia pendidikan

bahasa Arab pada kini. Sebagai contoh jika pelajar tidak memahami perkataan atau kaedah

tatabahasa yang diajar, melalui unsur-unsur multimedia tersebut pelajar akan lebih cepat

memahami berbanding dengan cara konvensional seperti merujuk kepada kamus atau buku.

Hasil pembelajaran (Learning Outcome) bahasa Arab dengan menggunakan multimedia akan

menjadikan P&P bahasa Arab akan lebih interaktif dan efektif.

3.5 Item 5: Saya berminat untuk menghasilkan animasi/ video/ merekacipta grafik dan bahan

multimedia interaktif dalam bahasa Arab

Majoriti pelajar berminat untuk menghasilkan bahan multimedia berbahasa Arab iaitu

sebanyak 40.2% sangat berminat dan 43.7% berminat. Manakala 5.7% tidak pasti, 6.9% tidak

berminat dan 3.4% sangat tidak setuju. Industri animasi negara telah mula menampakkan

beberapa kejayaan. Kejayaan ini menjadi sumber inspirasi kepada pelajar bahasa Arab untuk

menghasilkan animasi tempatan berbahasa Arab. Ini sekaligus dapat mempromosikan negara

kepada dunia luar negara terutama negara-negara timur tengah. Dengan perkembangan arus

teknologi, pelajar juga dapat menghasilkan perisian-perisian pendidikan bahasa Arab yang

terkini.

3.6 Item 6: Saya berminat mendalami bahasa Arab dan multimedia

Sebanyak 59.8% responden sangat berminat untuk mendalami bahasa Arab dan multimedia.

Sebanyak 27.6% pula berminat. Manakala 4.6% tidak pasti, 2.3% tidak berminat dan 5.7%

sangat tidak berminat. Keputusan analisis ini menunjukkan persepsi yang sangat positif

terhadap bidang bahasa Arab dan multimedia. Kedua-dua bidang ini merupakan gabungan

Page 7: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGINTEGRASIAN · PDF fileteknologi multimedia diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran ... aksara Arab dan apakah perisian yang hendak ... pautan dalam

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 756

yang diminati oleh majoriti pelajar pada masa kini. Pelajar dapat mendalami ilmu linguistik,

sastera dan pada masa yang sama mereka dapat mendalami bidang multimedia.

4. Dapatan Kajian

Berikut merupakan dapatan kajian yang dapat disimpulkan berdasarkan persoalan kajian:

1. Secara umumnya, sebanyak 87.3% pelajar bersetuju dengan pengintegrasian bahasa

Arab dan multimedia kerana pengintegrasian tersebut mempunyai kepentingan yang

signifikan dan nilai komersial yang tersendiri.

2. Melalui pengintegrasian bahasa Arab dan multimedia, sebanyak 83.9% pelajar

mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap prospek kerjaya dalam bidang ini pada

masa hadapan.

3. Majoriti pelajar iaitu 90.8% berpandangan bahawa penggunaan multimedia dalam

pendidikan bahasa Arab akan menjadikan proses P&P lebih efektif dan interaktif.

4. Didapati bahawa 50% pelajar sangat berminat untuk mendalami dan menghasilkan

bahan multimedia berbahasa Arab. Manakala 35.6% pelajar berminat mendalami dan

menghasilkan bahan multimedia berbahasa Arab.

5. Cadangan Kajian

Sebagai kesimpulan, penyelidik mempunyai pandangan yang optimis terhadap

pengintegrasian bahasa Arab dan multimedia berdasarkan dapatan kajian yang telah

dibincangkan. Namun, skop kajian ini perlu diperluaskan dan disusuli dengan kajian-kajian

lanjutan yang melibatkan pelbagai pihak bagi merealisasikan pengintegrasian ini, sekaligus

dapat memperkasa pendidikan bahasa Arab khususnya dan multimedia umumnya.

6. Rujukan

Azharuddin Sahil dan Bhasah Abu Bakar. (2009). Kesan Penggunaan Video Drama Terhadap

Peningkatan Penghayatan Pelajar, Prosiding Seminar Kebangsaan Teknologi Dan

Inovasi Pengajaran–Pembelajaran: 71-76. Putrajaya: Hotel Palm Garden IOI Resort.

Janudin Sardi dan Mohd Zaki Abdul Rahman. (2009). Aplikasi Multimedia Mursyidi:

Pendekatan Pembelajaran Bahasa Arab Dalam Talian, Prosiding Seminar Kebangsaan

Teknologi Dan Inovasi Pengajaran–Pembelajaran: 195-207. Putrajaya: Hotel Palm

Garden IOI Resort.

Mohd Azidan B Abdul Jabar. (2009). Faedah Teknologi Pengajaran, dalam Pembelajaran

Kemahiran Bahasa Asing. Prosiding Seminar Kebangsaan Teknologi Dan Inovasi

Pengajaran–Pembelajaran: 221-230. Putrajaya: Hotel Palm Garden IOI Resort.

Norazah Mohd Nordin dan Mohamed Amin Embi. (Ed.). (2008). Pengintegrasian ICT

Dalam Pendidikan Penyelidikan, Amalan Dan Aplikasi. Shah Alam: Karisma

Publication Sdn. Bhd.

Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi. (Ed.). 2008. Teknologi Maklumat Dan

Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam:

Karisma Publication Sdn. Bhd.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGINTEGRASIAN · PDF fileteknologi multimedia diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran ... aksara Arab dan apakah perisian yang hendak ... pautan dalam

Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 757

7. Lampiran

Berikut adalah pandangan responden yang kurang bersetuju terhadap pengintegrasian

kemahiran Bahasa Arab dengan multimedia:

1. Kurang pasti pengintegrasian kemahiran bahasa Arab dengan multimedia kerana

masih belum mendalami bahasa Arab dengan baik.

2. Saya tidak yakin tentang pengintegrasian kemahiran bahasa Arab dengan multimedia

kerana asas dalam bahasa Arab masih lagi belum cukup kuat. Saya memerlukan lebih

masa untuk mempelajari bahasa Arab.

3. Asas bahasa Arab saya lemah, akan tetapi saya merasakan untuk zaman sekarang

teknologi amatlah penting dan pengintegrasian kemahiran bahasa Arab dengan

multimedia adalah idea yang bernas.

4. Saya mungkin akan menerima pengintegrasian kemahiran bahasa Arab dengan

multimedia kerana ia boleh menambahkan pengalaman dan ilmu saya.

http://www.kuis.edu.my/ictconf/

Please visit the website to download the digital copy of all the

proceedings. Thank you very much for the contributions.