PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGUASAAN … · Peraturan keselamatan di dalam bengkel mesti diketahui...
Transcript of PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGUASAAN … · Peraturan keselamatan di dalam bengkel mesti diketahui...
i
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGUASAAN PENGETAHUAN
DAN KETRAMPILAN BERKAITAN DUTY 1: ADHERE TO SAFETY
RULES AND REGULATION DI KALANGAN PELAJAR TAHAP 3 DI
SALAH SEBUAH IKBN DI JOHOR.
SUHANA BINTI JOHARI
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Buat suami tercinta
Mohd Ridzuan,
Segala dorongan dan pengertian tidak termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui dan
dapat membalas segala bantuanmu.
Buat ayahanda dan bonda serta bapa dan ibu mertuaku,
Tiada apa yang dapatku pinta darimu hanya doa mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu untuk melihat
aku berjaya kini akanku tunaikan jua dan
serta anak tersayang Aisyah Dzakiyyah dan Muhammad 'Arief Dzakwan,
Segala keikhlasan pengorbananmu dalam melalui keperitan dalam menghadapi segala kesulitan hidup selama ini tetap menjadi teladan dan kenangan kita sekeluarga .
Semoga Allah memberi seribu hidayah dan membuka pintu rahmatNya. buat adik beradikku serta rakan-rakan
terima kasih atas segalanya.
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan
kurniaNya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah
yang amat dikasihi.
Setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada penasihat penyelidikan, PM. DR.
ABDUL WAHID BIN MUKHARI yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan,
panduan, tunjuk ajar dan nasihat. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah
S.W.T. yang maha mengetahui dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.
Sekalung ucapan terima kasih kepada kakitangan Institut Kemahiran Belia
Negara, Pagoh iaitu pengarah En. Mohammad Ghazali bin Haji Udin, penolong
pengarah En. Saiful Bahri Bin Ab. Hamid, ketua sekolah En. Abd. Hanif Bin Ludin,
tidak lupa kepada tenaga pengajar En. Shahrezza dan Puan Hazlina Binti Mohamad
@ Hadzir yang banyak membantu saya dalam menjayakan penyelidikan ini.
Penghargaan ini juga ditujukan khas ayahanda dan bonda yang tanpa jemu
mendoakan kejayaan saya serta harapan yang tinggi untuk melihat anakmu ini
berjaya ke menara gading dan tidak lupa juga buat ibubapa mertua yang banyak
memberi dorongan dan menghulurkan bantuan yang tidak termampu dibalas.
Akhir sekali untuk suami tercinta Mohd Ridzuan Bin Wan Abdullah Zawawi
serta anak-anak tersayang Aisyah Dzakiyyah dan Muhammad 'Arief Dzakwan yang
banyak berkorban untuk merealisasikan impian ini menjadi kenyataan. Terima kasih
di atas segala pengorbanan, sokongan dan kasih sayang yang ikhlas tanpa batasan.
v
ABSTRAK
Dalam melakukan kerja-kerja amali, keselamatan adalah sangat penting untuk
menjamin kesihatan diri sendiri dan orang lain. Kajian secara deskritif ini adalah
bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap penguasaan pengetahuan
dan ketrampilan berkaitan Duty 1: Adhere To Safety Rules And Regulation
dikalangan pelajar tahap 3 di salah sebuah Intitut Kemahiran Belia Negara di Johor.
Populasi dan responden kajian adalah seramai 34 orang yang mengikuti kursus
Pembuat Acuan dan Alatan Tekan. Penumpuan diberikan kepada tiga aspek iaitu
memakai pakaian keselamatan, melakukan rawatan pertolongan cemas serta
peraturan dan jenis alat pemadam api. Hasil keseluruhan kajian yang diperolehi
menunjukkan bahawa diantara ketiga-tiga aspek ini, persepsi pelajar terhadap
penguasaan pengetahuan dan ketrampilan dari aspek memakai pakaian keselamatan
berada pada tahap terampil cemerlang. Kajian ini mendapati bahawa pelajar faham
dan tahu menggunakan alat pelindung diri semasa melakukan kerja-kerja amali.
vi
ABSTRACT
In term of performing practical jobs, safety is very important to ensure health
for oneself and others peoples around. This descriptive research is done for the
purpose of identifying student’s perception on mastering the knowledge and
competence of Duty 1: Adhere to Safety Rules and Regulation among the level 3
students at National Youth Skills Training Institute in Johor. The respondent was 34
students who are training in Tools and Die Making Course. Attention was given on 3
aspects which was the application of safety equipment, performing first aid treatment
and the rules & type of fire extinguisher. The finding of this study showed that
among these three aspects, student’s perception on the knowledge and competency in
the aspect of applying safety equipment was excellent.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAHAGIAN SATU
PENDAHULUAN
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.0 Pengenalan. 1
1.1 Latar Belakang Masalah. 3
1.2 Pernyataan Masalah. 7
1.3 Objektif Kajian 7
1.4 Persoalan Kajian 8
1.5 Kepentingan Kajian 8
1.6 Batasan Kajian 9
1.7 Definisi Istilah 9
1.7.1 Persepsi 10
viii
1.7.2 Penguasaan. 10
1.7.3 Pengetahuan 10
1.7.4 Keterampilan 11
1.7.5 Duti 11
1.7.6 Pelajar 11
1.7.7 Tahap 11
1.7.8 Tahap 3 12
1.1.9 IKBN 12
BAHAGIAN DUA
SOROTAN KAJIAN
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 13
2.0 Pengenalan 13
2.1 Penjagaan Kesihatan Diri 15
2.2 Pakaian keselamatan 15
2.3 Jenis peralatan peerlindungan diri 18
2.3.1 Sarung Tangan Kulit. 19
2.3.2 Kasut Keselamatan. 19
2.3.3 Cermin Mata Keselamatan 20
2.3.4 Pengadang Muka 22
2.3.5 Penutup Telinga 22
2.4 Pertolongan Cemas 23
2.4.0. Matlamat Pertolongan Cemas 25
2.4.1 Ciri-Ciri Ahli Pertolongan Cemas 26
2.5 Peti Pertolongan Cemas 27
2.6 Bahaya Kebakaran. 29
2.7 Langkah-Langkah Mencegah Kebakaran 32
2.8 Kelas Kebakaran 33
2.9 Alat Pemadam Api (Fire Entinguishers) 34
ix
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI KAJIAN
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 37
3.0 Pengenalan. 37
3.1 Reka Bentuk Kajian 37
3.2 Tempat Kajian. 38
3.3 Populasi dan Respondan 38
3.4 Kajian Rintis 39
3.5 Instrumen Kajian. 40
3.5.1 Bahagian A. 40
3.5.2 Bahagian B 41
3.6 Skala Pengukuran 42
3.7 Prosedur Kajian 43
3.8 Analisis Data. 44
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DATA
BAB 4 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA 46
4.0 Pendahuluan 46
4.1 Analisis Data. 46
4.1.1 Latar Belakang Responden. 47
4.2 Aspek Bahagian B 49
4.2.1 Persoalan Kajian 1 49
4.2.2 Persoalan Kajian 2 . 53
x
4.2.3 Persoalan Kajian 3 56
BAHAGIAN LIMA
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN .
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 59
5.0 Pendahuluan. 59
5.1 Rumusan Hasil Dapatan Kajian. 59
5.1.1 Persepsi Pelajar Terhadap Penguasaan
Pengetahuan dan Ketrampilan dari Aspek
Memakai Pakaian Keselamatan di Bengkel. 60
5.1.2 Persepsi Pelajar Terhadap Penguasaan
Pengetahuan dan Ketrampilan dari Aspek
Melakukan Rawatan Pertolongan Cemas
di Bengkel 61
5.1.3 Persepsi Pelajar Terhadap Penguasaan Pengetahuan
dan Ketrampilan dari Aspek Peraturan dan Jenis
Alat Pemadam Api 62
5.2 Perbincangan . 63
5.2.1 Persepsi Pelajar Terhadap Penguasaan
Pengetahuan dan Ketrampilan dari Aspek
Memakai Pakaian Keselamatan di Bengkel. 63
5.2.2 Mengenalpasti Persepsi Pelajar Terhadap
Penguasaan Pengetahuan dan Ketrampilan
dari Aspek Melakukan Rawatan Pertolongan
Cemas di Bengkel 65
5.2.3 Mengenalpasti Persepsi Pelajar Terhadap
Penguasaan Pengetahuan dan Ketrampilan dari
Aspek Peraturan dan Jenis Alat Pemadam Api 67
xi
5.3 Cadangan 69
5.3.1 Kajian Lanjutan 71
BAHAGIAN ENAM
SENARAI BIBLIOGRAFI DAN RUJUKAN
BIBLIOGRAFI 72
RUJUKAN 74
BAHAGIAN TUJUH
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN A - D 76
xii
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Peralatan Yang Terdapat Di Dalam
Pertolongan Cemas. 28
3.1 Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian. 41
3.3 Peringkat Perskalaan Yang Digunakan Bagi
Item-Item Bahagian B. 42
3.4 Perubahan Kelas Skala Likert Bagi Soal Selidik. 44
3.5 Pengelasan Tahap Pencapaian. 45
4.1 Maklumat Latar Belakang Responden. 47
4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Dari
Aspek Memakai Pakaian Keselamatan Di Bengkel. 50
4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Dari Aspek
Melakukan Rawatan Pertolongan Cemas Di Bengkel. 53
4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Dari
Aspek Peraturan Dan Jenis Alat Pemadaman Api. 56
xiii
SENARAI SINGKATAN. IKBN : Institut Kemahiran Belia Negara.
OSHA : Occupational Safety And Health Act And Regulations.
PERKESO : Pertubuhankeselamatan Sosial.
JPK : Jabatan Pembangunan Kemahiran.
SKM : Sijil Kemahiran Malaysia.
MLVK : Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan.
JKKP : Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan.
PPE : Peralatan Pencegahan Individu.
CO2 : Karbon Dioksida.
SPSS : Statistical Packages for the Social Sciences.
NIOS : Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara.
NCS : National Competency Standard
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Pekeliling 76
B Statistik Kemalangan Bengkel Tahun 2003
Hingga 2007 IKBN, Pagoh. 78
C Surat Akuan Pelajar 80
C1 Surat Kebenaran Untuk Menjalani Kajian 81
D Pengesahan Soal Selidik Projek Sarjana Muda 83
D1 Borang Soal Selidik 84
D2 Taburan Data SPSS 91
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Kesedaran dan keprihatinan masyarakat kini tentang isu-isu berkaitan
kemalangan semasa bekerja telah berkembang ke suatu tahap ketara hasil daripada
perhatian semakin meningkat yang dipaparkan dalam media kepada beberapa kejadian
kemalangan yang berlaku di tempat kerja.
Di Malaysia telah diwujudkan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994
iaitu Akta 514 yang telah diwartakan pada 24 Februari 1994 yang bertujuan untuk
menyediakan rangka perundangan untuk memajukan, merangsang dan menggalakkan
standard yang tinggi bagi keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja. Ia juga
sebagai alat yang lebih praktikal keatas perundangan keselamatan dan kesihatan yang
sedia ada seperti Akta Kilang Dan Jentera,1967. Tujuan utama akta ini adalah bagi
mempertingkatkan kesedaran dan memupuk budaya keselamatan dan kesihatan di
kalangan semua pekerja di Malaysia. Akta ini juga akan memastikan semua pihak yang
terlibat, terutamanya majikan dan pekerjanya supaya lebih bertanggungjawab di atas
kewajipan masing-masing dalam menyedia dan mengekalkan tempat kerja yang selamat
dan sihat. Selain itu juga ia berperanan untuk mewujudkan tahap keselamatan dan
kesihatan yang tinggi dan memupuk sikap prihatin dan mewujudkan langkah
keselamatan yang berkesan. Peruntukan-peruntukan akta keselamatan dan kesihatan
1994 adalah berasakan pendekatan peraturan sendiri iaitu tanggungjawab memastikan
2
keselamatan dan kesihatan pekerjaan terletak pada mereka yang mewujudkan risiko dan
bekerja dengan risiko tersebut. Konsep pengaturan kendiri ini menggalakkan
perundangan kerjasama serta penglibatan pekeja dan majikan dalam usaha-usaha untuk
meningkatkan tahap keselamatan di tempat kerja.
Secara amnya pula, kemalangan boleh berlaku dimana-mana dan bila-bila masa
sahaja contohnya di rumah, di tempat kerja dan juga di bengkel. Kesedaran terhadap
keselamatan perlu di tanam bukan sahaja kepada para pekerja malahan kepada setiap
pelajar, supaya amalan mementingkan keselamatan ini dapat di praktikkan semasa
membuat kerja amali di bengkel dan seterusnya dapat di praktikkan setelah memasuki ke
alam pekerjaan.
Aspek keselamatan dan kesihatan adalah salah satu unsur penting di dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang melibatkan semua pihak. Aspek ini juga
telah ditekankan di dalam Al-Quran di mana Allah S.W.T telah berfirman :
...dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya
kebinasaan. Perbaikilah segala usaha dan perbuatan kamu kerana sesungguhnya
ALLAH mengasihi orang yang berusaha supaya baik amalannya.
(surah Al-Baqarah:195, Tafsir Mushraf Tajwid, ms:30)
Dengan ayat di atas, jelas dan nyata bahawa keselamatan adalah tanggungjawab
bersama dan Islam menetapkan bahawa menjadi tanggungjawab kita untuk menolak
kemudaratan sedaya mungkin tidak kira kepada orang lain mahupun membenarkan diri
sendiri di mudarati. Untuk mewujudkan suasana kerja yang selamat, menjaga
keselamatan perlu menjadi budaya dan kita dituntut supaya sentiasa berhati-hati ketika
3
berkerja dan tidak boleh lalai (cuai) dalam melakukan sebarang pekerjaan kerana ianya
akan mengakibatkan kemalangan.
1.1 Latar Belakang Masalah
Peraturan keselamatan di dalam bengkel mesti diketahui oleh semua pelajar
kerana ia adalah menjadi tanggungjawab setiap orang yang berada di dalam bengkel
tersebut. Dengan mematuhi peraturan keselamatan di dalam bengkel, sebarang risiko
yang melibatkan kemalangan jiwa atau pancaindera mahupun kerosakan terhadap alat
dan mesin akan dapat dihindari.
Menurut ucapan Y.B Datuk Abdul Rahman Bin Bakar sewaktu Perasmian
Pelancaran Pelan Tindakan Kecemasan, Polisi Dan Minggu Keselamatan Dan Kesihatan
Pekerjaan pada 16 April 2007 yang lalu menyatakan:
Dalam jangkamasa dua belas tahun OSHA di perkenalkan, negara kita telah
berjaya mengurangkan kadar kemalangan industri. PERKESO melaporkan
terdapat 109,447 kemalangan industri pada tahun 1994 dan angka itu menurun
kepada 43,385 kes pada tahun 2005, ini jelas menunjukkan penurunan sebanyak
60 peratus kadar kemalangan di tempat kerja semakin berkurang.
(PERKESO, tahun 1994 hingga 2005) Walaupun peratus kadar kemalangan itu menurun ia masih belum membuktikan
keberkesanan penerapan nilai-nilai dan budaya kerja yang selamat dan sihat di kalangan
pelajar, majikan dan pekerja. Ini kerana berita kemalangan sama ada kemalangan kecil
atau maut sentiasa tersiar di akhbar atau di media elektronik. Keselamatan diri adalah
4
amat penting diamalkan sama ada di dalam bengkel-bengkel latihan ataupun di tempat-
tempat kerja atau kilang. Kemalangan berlaku tanpa diduga, jadi langkah berjaga-jaga
adalah sangat penting untuk mengelakkan kemalangan atau kecederaan. Peratus
kemalangan yang paling tinggi adalah disebabkan kecuaian perkerja itu sendiri. Satu-
satu kemalangan yang berlaku bukan sahaja menyusahkan diri tetapi juga kepada
keluarga, majikan dan negara.
Keselamatan di bengkel adalah merangkumi semua aspek yang mempunyai
hubungkait dengan kesihatan fizikal, mental, persekitaran, harta benda serta tempat
bekerja yang bebas dari bahaya. Kemalangan yang berlaku di bengkel boleh
menyebabkan kecederaan terutamanya pada anggota badan yang terdedah kepada
bahaya seperti tangan, mata dan kepala. Kecederaan akan menjadi lebih parah sekiranya
mangsa tidak memakai alat pelindung keselamatan.
Malahan ada juga kemalangan itu yang pernah seseorang pelajar itu alaminya
sendiri. Apa yang berlaku ialah ada diantara kemalangan itu diulangi seolah-olah pelajar
itu tidak pernah mempelajari keselamatan apabila berada di bengkel dan tidak
mengambil kejadian kemalangan itu sebagai ikhtibar. Akibat terlalu kerap kita
mendengar mengenai kemalangan, sehingga kita merasakan kemalangan itu adalah
lumrah, ia sesuatu yang memang akan berlaku dan tidak dapat dielakkan apabila berada
di kawasan bengkel atau di dalam dunia pekerjaan.
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) menurut konteks Majlis Latihan Vokasional
Kebangsaan (MLVK, 1996) adalah satu kelayakan yang dianugerahkan kepada
seseorang calon yang telah membuktikan ketrampilan mereka dalam setiap duti yang
disenaraikan dalam Standard Kemahiran Kebangsaan bagi sesuatu bidang kemahiran
dan tahap-tahap yang tertentu. Disini penyelidik ingin mengetahui sejauhmanakah
5
penguasaan pengetahuan dan ketrampilan berkaitan Duty 1: Adhere To Safety Rules And
Regulation dikalangan pelajar tahap tiga di Institut Kemahiran Belia Negara, Pagoh.
Ini kerana merujuk kepada statistik kemalangan bengkel pada tahun 2003 hingga
2007 di Institut Kemahiran Belia Negara Pagoh, kadar kemalangan pada tahun 2005
ialah seramai lapan orang pelajar yang mengalami kecederaan kecil berbanding pada
tahun 2006 peningkatan berlaku seramai sepuluh orang pelajar sahaja.
(Statistik kemalangan bengkel IKBN Pagoh, 2003 hingga 2007) Ini jelas menunjukkan pelajar berkemungkinan tidak mengambil berat terhadap
keselamatan yang perlu diamalkan ketika berada di bengkel ini mungkin disebabkan
sikap acuh tidak acuh terhadap tugas atau kerja yang boleh mendatangkan bahaya
kepada diri dan rakan sekerja. Seharusnya pelajar perlu memupuk suasana di bengkel
yang lebih baik dan selamat. Penguasaan terhadap pengetahuan dan ketrampilan duti 1
perlu di amalkan sejak awal lagi agar amalan yang positif sentiasa tersemat dalam diri
pelajar itu sendiri.
Jenis kemalangan yang menyebabkan kerosakan alat atau mesin tanpa
melibatkan kecederaan adalah di peringkat yang agak membimbangkan kerana setiap
kursus yang ditawarkan di IKBN bilangannya adalah meningkat pada setiap tahun.
(Statistik kemalangan bengkel IKBNPagoh, 2003 hingga 2006)
Pelajar IKBN yang telah diklasifikasikan sebagai tenaga mahir adalah bakal
peneraju pekerja yang cekap dan berpengetahuan yang tinggi dari segi menjaga
keselamatan diri dan dimana mereka adalah suatu aset yang berharga kepada sesuatu
organisasi dan masyarakat. Seandainya golongan ini meninggal, cacat atau mengidap
penyakit yang berpanjangan ianya adalah merupakan kerugian kepada negara kerana
6
mereka adalah selaku pekerja dalam sektor perindustrian. Kurangkan kemalangan
perusahaan bermakna kurang `man hours` dan juga `machine hours lost`.
Menurut ucapan YB Datuk Abdul Rahman Bakar sebagai Timbalan Menteri
Sumber Manusia bilangan kes kemalangan sektor pengilangan yang dilaporkan kepada
JKKP tahun 2005, mendapati kes kemalangan menyebabkan hilang upaya sementara
waktu adalah seramai 1836 kes yang dilaporkan.
(Statistik kes kemalangan JKKP , 2005)
Di sini jelas menunjukkan bahawa sikap pekerja begini tidak mampu
mengenalpasti bahaya di dalam keadaan biasa, apatah lagi bertindak dengan betul
terhadap sebarang bentuk sisihan daripada norma proses kerjanya. Hazard akan hanya
dikenalnya apabila ia menimpa dirinya sendiri.
(Pengaturan Sendiri di dalam Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan:109).
Seseorang pekerja yang mahir dan berkelayakan wujud hasil daripada pelaburan
melalui pendidikan dan latihan yang diikuti oleh mereka. Kebanyakan pelajar lepasan
institusi kemahiran ini adalah bakal pekerja yang menjawat jawatan di kilang dalam
bidang kolar biru, oleh itu adalah sangat sesuai sekiranya pelajar ini dididik melakukan
kerja dengan cara yang selamat. Pepatah melayu ada menyebut “Melentur buluh biar
dari rebungnya”.
7
1.2 Penyataan Masalah
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap penguasaan
pengetahuan dan ketrampilan mereka berkaitan Duty 1: Adhere To Safety Rules And
Regulation dikalangan pelajar tahap tiga di Institut Kemahiran Belia Negara, Pagoh.
1.3 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk :
i. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap penguasaan pengetahuan dan
ketrampilan terhadap task 01.01 dari aspek memakai pakaian keselamatan di
bengkel .
ii. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap penguasaan pengetahuan dan
ketrampilan terhadap task 01.03 dari aspek melakukan rawatan pertolongan
cemas di bengkel .
iii. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap penguasaan pengetahuan dan
ketrampilan terhadap task 01.05 dari aspek peraturan dan jenis alat pemadam
api .
8
1.4 Persoalan Kajian
Dalam penyelidikan ini, penyelidik berusaha untuk mendapatkan jawapan bagi
persoalan-persoalan seperti dibawah sebagaimana yang juga dinyatakan dalam objektif
kajian iaitu:
i. Apakah persepsi pelajar terhadap penguasaan pengetahuan dan ketrampilan
terhadap task 01.01 dari aspek memakai pakaian keselamatan di bengkel?
ii. Apakah persepsi pelajar terhadap penguasaan pengetahuan dan ketrampilan
terhadap task 01.03 dari aspek melakukan rawatan pertolongan cemas di
bengkel ?
iii. Apakah persepsi pelajar terhadap penguasaan pengetahuan dan ketrampilan
terhadap task 01.05 dari aspek peraturan dan jenis alat pemadam api ?
1.5 Kepentingan Kajian
Hasil daripada kajian ini, penyelidikan dapat memberi manfaat kepada pihak-
pihak yang memerlukan. Antara kepentingan kajian ini adalah :
i. Meningkatkan budaya kerja yang lebih selamat, serta menerapkan kesedaran
tentang betapa pentingnya amalan keselamatan semasa melakukan kerja
amali di dalam bengkel.
9
ii. Memberikan sumbangan kepada tenaga pengajar yang terlibat sebagai garis
panduan dalam mempertingkatkan lagi peraturan-peraturan dan amalan
keselamatan yang sedia ada .
iii. Menilai sama ada waktu yang ditetapkan dalam tempoh satu minggu adalah
sesuai bagi pelajar menguasai ilmu keselamatan bengkel.
1.6 Batasan Kajian
Tumpuan kajian ini dibataskan kepada pelajar-pelajar di Institut Kemahiran Belia
Negara, Pagoh. Kajian ini di tumpukan kepada pelajar tahap 3 seramai 34 orang yang
mengikuti kursus Pembuat Acuan dan Alatan Tekan. Pelajar kelompok ini dipilih
kerana tempoh mereka berada di institut lebih lama berbanding pelajar tahap satu dan
tahap dua. Selain itu juga, mereka telah pun selesai menjalani On Job Training yang
mana mereka telah di beri pendedahan awal di dalam persekitaran pekerjaan sebenar di
sektor industri.
1.7 Definisi Terminologi
Sebelum menjalankan kajian, kefahaman tentang istilah atau perkataan dalam
satu-satu tajuk kajian adalah mustahak, supaya kajian yang dijalankan tidak terpesong
dan menyimpang dari matlamat asal. Berikut adalah istilah-istilah penting yang
digunakan dalam kajian ini.
10
1.7.1 Persepsi
Menurut kamus dewan (1994) persepsi merujuk kepada gambaran atau bayangan
dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan dengan menerusi pancaindera atau
tanggapan. Dalam kajian ini persepsi yang diperkatakan adalah mengenai pelajar IKBN
terhadap penguasaan pengetahuan dan ketrampilan berkaitan Duty1.
1.7.2 Penguasaan
Menurut kamus dewan (1994) , penguasaan merujuk kepada mempunyai daya
atau kemampuan untuk melakukan atau mengerjakan sesuatu. Dalam kajian ini
penguasaan yang di perkatakan adalah mengenai kemampuan dan keupayaan pelajar
IKBN tahap 3 dalam menguasai duti 1 terhadap task yang diberikan dari aspek
keselamatan bengkel. Ia juga memberi maksud kemampuan juga keupayaan seseorang
individu untuk menguasai pengetahuan dan ketrampilan berkaitan Duty 1.
1.7.3 Pengetahuan
Menurut Kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionary (1985), pengetahuan
ialah segala ilmu yang berkaitan dengan komponen-komponen di dalam sesuatu
kurikulum. Dalam kajian ini pengetahuan bermaksud segala pengetahuan yang
dipelajari oleh pelajar dalam duti 1.
11
1.7.4 Keterampilan
Menurut Jabatan Pembangunan Kemahiran keterampilan memberi maksud dapat
melaksanakan tugasan-tugasan (task) dengan sempurna dari segi kualiti, jangkamasa,
sikap dan keselamatan serta penggunaan kemudahan bahan dan peralatan.
1.7.5 Duti
Menurut kamus Oxford (2000) duti adalah sebahagian tugasan dari kerja. Di
dalam kajian ini pengkaji ingin melihat tahap penguasaan dan pemahaman pelajar
tentang duty 1: Adhere To Safety Rules And Regulation di mana di dalam duty 1 terdapat
task (kerja-kerja) yang perlu di kuasai oleh pelajar IKBN.
1.7.6 Pelajar
Menurut Kamus Dewan (1970) menakrifkan pelajar sebagai murid atau penuntut.
Pelajar adalah golongan orang yang belajar atau menuntut di sekolah, maktab atau
universiti.
1.7.7 Tahap
Menurut Panduan Dan Peraturan-Peraturan Perlaksanaan National Competency
Standard (NCS) yang dikeluarkan oleh MLVK tahap memberi maksud tingkatan
12
kemahiran dalam satu bidang pekerjaan dalam Standard, sama ada tahap 1, 2, 3,
Diploma atau Diploma Lanjutan.
1.7.8 Tahap 3
Menurut Jabatan Pembangunan Kemahiran, tahap 3 memberi maksud trampil
dalam melakukan pelbagai aktiviti kerja di dalam pelbagai konteks, kebanyakannya
adalah kompleks dan tidak lazim dilakukan. Mempunyai tanggungjawab dan autonomi
diri yang tinggi , disamping mengawal dan memberi panduan kepada yang lain.
1.7.9 Institut Kemahiran Belia Negara
Institut latihan kemahiran dibawah Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia
dikenali sebagai Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) merupakan sebahagian dari
agensi latihan kemahiran awam di Malaysia.