PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 4 DI SEKOLAH · PDF file** Jika tesis ini SULIT atau ... BATU PAHAT...
Transcript of PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 4 DI SEKOLAH · PDF file** Jika tesis ini SULIT atau ... BATU PAHAT...
PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 4 DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK BATU PAHAT TERHADAP AMALAN KESELAMATAN DI
BENGKEL AUTOMOTIF
OMAR BIN NORDIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Tarikh: ____ ____ Tarikh ___ __ _______________25 APRIL 2006
____________25 APRIL 2006
_ ________________________ Nama Penyelia __________ JOHOR.
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. * * Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan TERHAD oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh
________________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap:
_ ____
(HURUF BESAR)
_______________________________ NO 338, JLN BANGAU, FELDA
_ __ _______ ________ ______________________EN. YUSOF BIN BOON _________________________________ KAHANG TIMUR, 8600 KLUANG
Saya _________________ ______________ ____________________________________OMAR BIN NORDIN ( 810130-01-6217 )
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: _______ ____________________________________________________________
_______________________________________________________________
________________________
____
___________________________________________
SESI PENGAJIAN: ___ ____
PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 4 DI SEKOLAH MENENGAH
TEKNIK BATU PAHAT TERHADAP AMALAN KESELAMATAN DI
BENGKEL AUTOMOTIF
____________2005 / 2006 / 2
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
25 APRIL 2006
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini
dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai
dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Mekanikal )
Tandatangan : ...........................................
Nama Penyelia : EN. YUSOF BIN BOON
Tarikh : ...........................................
i
PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN 4 DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
BATU PAHAT TERHADAP AMALAN KESELAMATAN DI BENGKEL
AUTOMOTIF
OMAR BIN NORDIN
Laporan Projek ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2006
ii
“Saya akui Karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ............................................................
Nama Penulis : OMAR BIN NORDIN 25 APRIL 2006Tarikh : ..........................................................
iii
DEDIKASI
Dedikasi ini ditujukan kepda insan yang tersayang
Ayahanda dan Ibunda
Nordin bin Abdullah dan Zaharah bt Abd Samad
Pengorbanan mu memang tiada galang gantinya
Yang dirindui selalu, teman, sahabat
yang membawa keceriaan dalam hariku.
Terima kasih atas sokongan keluarga yang lain,
abang dan adik-beradik ku
dan tidak kulupakan kerjasama dari rakan-rakan seperjuanganku.
Jasa dan pengorbanan kalian adalah yang membawa kekuatan untukku menempuh
hari-hari yang mendatang
&
Semoga akan mendapat balasan, kurniaan
Setimpal dari Tuhan.
iv
PENGHARGAAN
Syukur kehadrat Ilahi, dengan limpah kurnia-Nya ke atas insan yang bergelar
khalifah di muka bumi. Selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi
Muhammad S.A.W yang memberi petunjuk kepada sekian alam.
Penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan kepada Jabatan Pendidikan
Teknik dan Kejuruteraan (PTK) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
kerana memberi peluang dan kesempatan kepada saya bagi menyiapkan penulisan
ilmiah ini. Terima kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah
memberi banyak nasihat dan tunjuk ajar selama ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada pensyarah pembimbing, En Yusof bin Boon di atas bimbingan, nasihat dan
tunjuk ajar kepada saya sepanjang tempoh kajian ilmiah ini disiapkan. Tidak lupa
juga kepada rakan-rakan dan individu yang terlibat secara langsung atau pun tidak
dalam menyiapkan penulisan ini.
Akhir sekali buat kedua ibu bapa dan keluarga, yang memberi motivasi dan
dorongan serta restu yang membawa kepada erti kejayaan. Semoga segala usaha ini
akan diberkati oleh Tuhan. Selamat semua, terima kasih.
v
ABSTRAK
Tujuan kajian ini ialah untuk mengetahui persepsi pelajar-pelajar tingkatan 4
yang mengikuti mata pelajaran automotif aliran pendidikan vokasional di Sekolah
Menengah Teknik Batu Pahat, mengenai amalan keselamatan di dalam bengkel.
Penyelidik menggunakan keseluruhan populasi sebagai sampel. Seramai 42 orang
pelajar dijadikan sampel dan kajian menggunakan soal selidik sebagai instrumen.
Soal selidik mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu dengan nilai Alpha 0.88.
Data kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer iaitu
Statistical Package For The Social Science (SPSS) Version 12.0 For Window. Data
dianalisis untuk mencari peratusan dan min. Dapatan kajian mengenai sikap pelajar
tehadap amalan keselamatan di bengkel automotif adalah tinggi dengan nilai min
4.13, diikuti dengan peranan guru dengan nilai min 4.03, faktor persekitaran bengkel
dengan nilai min 3.96 dan kefahaman dan pengetahuan dengan nilai min 3.76.
vi
ABSTRACT
The objective of this study is to identify the perception of safety in the
workshop among form 4 students that has been attached automotive course at
technical school in Batu Pahat. The research involved 42 students as samples and
used questionnaire as the research instrument. Alpha value is 0.88. All the data
were analyzed by using the Statistical Package for the Social Science (SPSS) Version
12.0 For Window. Analysis used is Average and Mean. Findings student’s attitude
indicate that have highest attitude with mean 4.13 and teacher’s accountability with
mean 4.03. Workplace environment with mean 3.96. Knowledge and skill with
mean 4.26.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN PENYELIDIK ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAHAGIAN SATU
PENDAHULUAN
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 8
viii
1.5 Persoalan Kajian 9
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Mantan Perdana Menteri YAB Tun Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dalam
ucapannya di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28hb. Feb.
1991 telah melahirkan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
yang benar-benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah wawasan 2020
dengan matlamat membawa “Malaysia ke arah sebuah negara yang maju dari segi
ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan” (Kerajaan Malaysia, 1991).
Bagi menuju ke arah sebuah “industrialized nation” yang maju sepenuhnya pada
masa itu, masyarakat Malaysia perlu menjadi sebuah masyarakat yang demokratis,
liberal, progresif, dinamis serta mempunyai daya ketahanan di samping memiliki
nilai-nilai moral yang utuh (Mastika, Ogos 1991).
Implikasi daripada perkembangan industri yang semakin meningkat maju,
negara memerlukan lebih ramai pekerja mahir dan mempunyai kefahaman yang
tinggi mengenai keselamatan. Dengan menjadikan aspek keselamatan sebagai
perkara yang utama ianya dapat meningkatkan budaya kerja selamat dan terjamin.
Mengutamakan kepentingan keselamatan berkait rapat dengan individu yang
2
melakukan kerja, pengetahuan dan kemahiran pelajar dan tempat kerja itu sendiri
serta peranan guru. Justeru Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan di Malaysia
dipertanggungjawabkan untuk menerapkan budaya kerja yang selamat bagi
memastikan aspek keselamatan dan kesihatan sentiasa terjamin. Pendidikan
vokasional bertujuan melatih para pelajar untuk menceburi alam pekerjaan serta
mendedahkan mereka kepada suasana kerja yang bakal mereka tempuhi semasa
bekerja kelak. Kefahaman mengenai keselamatan perlu dipupuk kepada setiap
individu pelajar untuk dipraktikkan ketika menjalani kerja amali, sama ada semasa di
sekolah atau di alam pekerjaan. Berita di dalam akhbar sering dipaparkan kesan
kemalangan yang telah mengakibatkan kerosakkan peralatan, mesin, harta benda,
individu dan lebih serius lagi yang telah mengorbankan nyawa (Berita Harian, 13
Januari 1997).
Dalam melahirkan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan, banyak wang telah dibelanjakan untuk meningkatkan
prasarana dan kemudahan sokongan serta pembangunan kurikulum. Sejajar dengan
hasrat demikian, maka perlaksanaan amalan keselamatan perlu juga dititikberatkan
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menyedari pentingnya keselamatan diamalkan semasa bekerja, maka bermula
pada tahun 1987 sistem baru Pendidikan Vokasional diperkenalkan. Melalui sistem
ini pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) daripada sekolah akademik
yang diterima masuk akan memilih salah satu aliran yang mereka minati, sama ada
aliran vokasional atau aliran kemahiran. Antara bidang kursus yang ditawarkan ialah
ketukangan, kejuruteraan, pertanian, perdagangan dan ekonomi rumah tangga.
Keselamatan bukan hanya untuk dibaca atau diamalkan ketika waktu tertentu
sahaja. Keselamatan perlu diberi perhatian serius pada setiap masa dan ketika walau
di mana juga seseorang berada. Keselamatan boleh dianggap sebagai satu kebiasaan
atau satu bentuk sikap. Seseorang tidak lahir bersama ketika lahir ke dunia.
Kebiasaan akan sebati bersama jika seseorang melakukan atau mengamalkan sesuatu
3
itu berulangkali. Keselamatan adalah perkara penting yang perlu dipatuhi oleh
semua pihak (Abd Rahman, 1993). Keselamatan juga sama pentingnya dengan
kesihatan. Penjagaan kesihatan bertujuan untuk mengelakkan daripada penyakit,
begitulah halnya dengan keselamatan.
Walau bagaimanapun seseorang mestilah sentiasa bersedia untuk menghadapi
sebarang kemungkinan. Pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Teknik yang
menjalankan kerja-kerja amali di bengkel tidak terkecuali dari mengamalkan
langkah-langkah keselamatan. Aspek keselamatan hendaklah sentiasa diingatkan
oleh guru terutamanya sebelum memulakan kerja amali. Cara ini akan dapat
memupuk sikap pelajar terhadap pentingnya amalan keselamatan pada diri sendiri
dan persekitarannya.
Semasa kelas amali automotif pelajar akan terlibat dengan penggunaan
pelbagai peralatan untuk kegunaan kerja enjin dan membaiki kenderaan. Pelajar
akan sentiasa terdedah kepada risiko berlakunya kemalangan. Pelajar harus
mempunyai sikap yang positif terhadap amalan keselamatan, semasa melakukan
kerja amali di bengkel. Ianya bertujuan untuk keselamatan diri dan mengelakkan
daripada berlakunya kemalangan di tempat kerja. Secara tidak langsung akan
menghasilkan kerja yang bermutu. Justeru dalam kajian ini, maklumat dan gambaran
yang jelas tentang pandangan pelajar terhadap amalan keselamatan dalam bengkel
akan dibincangkan untuk dijadikan panduan pada masa akan datang.
Keselamatan di bengkel adalah merangkumi semua aspek yang mempunyai
hubungkait dengan kesihatan fizikal, mental, persekitaran, harta benda serta tempat
bekerja yang bebas daripada bahaya. Kemalangan yang berlaku di bengkel boleh
menyebabkan kecederaan terutamanya kepada anggota badan yang terdedah kepada
bahaya seperti tangan, mata dan kepala. Kecederaan akan menjadi lebih parah
sekiranya mangsa tidak memakai alat pelindung keselamatan.
4
Pada tahun 1970 Kerajaan Amerika Syarikat telah mewujudkan satu undang-
undang dan akta mengenai keselamatan. Akta tersebut dikenali sebagai
‘Occupational Safety and Health’ atau ringkasnya OSHA. Akta ini diperkenalkan
bertujuan untuk menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja di bengkel atau
industri. Di Malaysia akta keselamatan iaitu PERKESO atau Pertubuhan
Keselamatan Sosial telah ditubuhkan pada tahun 1969. Akta ini bertujuan untuk
melaksanakan, mentadbir dan menguatkuasakan akta keselamatan sosial pekerja dan
peraturan-peraturan keselamatan sosial pekerja.
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meninjau sama ada keutamaan
diberikan kepada beberapa aspek keselamatan ketika melakukan kerja atau
menjalankan aktiviti amali di dalam bengkel automotif.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kementerian Pendidikan telah mewujudkan pendidikan vokasional pada
tahun 1968 bagi tujuan melatih pelajar-pelajar dalam bidang kemahiran. Tujuannya
adalah untuk memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separuh mahir dalam
pelbagai bidang pengkhususan seperti Amalan Bengkel Mesin, Automotif,
Penyejukan dan Penyaman Udara, Kimpalan dan Fabrikasi Logam, Binaan
Bangunan, Elektrik Kuasa dan Elektronik.
Terdapat tiga aliran dalam Sekolah Menengah Teknik (SMT) iaitu aliran
teknik, aliran vokasional dan aliran kemahiran. Aliran teknik bertujuan
menyediakan pelajar bagi pendidikan sains dan teknologi, pelajar lepasan aliran ini
berpeluang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Aliran vokasional
pula menawarkan mata pelajaran elektif vokasional dan teknologi sebagai mata
pelajaran pengkhususan. Pelajar aliran ini akan menduduki peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) pada akhir tingkatan lima. Manakala bagi
5
pelajar aliran kemahiran adalah bertujuan menyediakan pelajar untuk menceburi
alam pekerjaan. Pelajar aliran kemahiran ini akan menduduki ujian Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM) yang disediakan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
(MLVK).
Pelajar hari ini adalah pewaris kepimpinan pada masa hadapan, begitu juga
dengan pelajar-pelajar lepasan Sekolah Menengah Teknik daripada aliran vokasional.
Mereka bakal menjadi pekerja mahir dan separuh mahir bagi menyahut seruan
kerajaan terhadap wawasan 2020. Justeru itu pendedahan subjek amali di bengkel
perlu menitikberatkan aspek keselamatan dan penjagaan diri agar pelajar tidak
terjebak kepada kemalangan dan kecelakaan.
Di Sekolah Menengah Teknik, pelajar aliran vokasional akan didedahkan
dengan kerja-kerja amali yang berkaitan dengan bidang kursus masing-masing.
Pengetahuan dan kemahiran pelajar tidak terbatas kepada kemahiran tentang cara
kerja sahaja namun berkait rapat dengan aspek keselamatan yang perlu diberi
perhatian serius bagi mengelakkan daripada berlakunya kemalangan.
Keselamatan ditakrifkan sebagai satu keadaan bebas daripada kecederaan,
ketakutan, kesakitan atau kehilangan yang mana ia memerlukan tindakan yang
sewajarnya daripada semua pihak. Kebanyakan kemalangan adalah disebabkan oleh
kecuaian manusia sendiri dan jarang sekali berlaku dengan sendirinya
(Hammadi,1985).
Walaupun beberapa usaha telah dibuat, namun kemalangan bengkel masih
lagi berlaku terutamanya ketika menjalankan kerja-kerja amali di bengkel-bengkel.
Kemalangan yang terjadi biasanya boleh mengakibatkan kesan luka, kecacatan
anggota dan kehilangan nyawa. Ini akan menjadikan sekolah yang pada mulanya
untuk menimba ilmu tetapi tidak terjamin daripada aspek keselamatannya. Untuk
memastikan sekolah adalah intitusi yang selamat bagi para pelajar menimba ilmu dan
6
kemahiran, satu kajian mestilah dilakukan untuk mengetahui sejauh mana sikap
pelajar dalam mengamalkan keselamatan di bengkel automotif. Di samping itu pihak
Kementerian Pelajaran dan pihak sekolah mestilah sentiasa mengemaskini
kelemahan dalam perlaksanaan amalan keselamatan yang sedia ada.
Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Institut Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) pekerja berusia 29 tahun dan ke bawah
dikenal pasti paling ramai terbabit dalam kemalangan industri, terutama hilang upaya
kekal dan maut (Berita Harian, 3 Sept 1998 ).
Kemalangan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Biasanya
kemalangan yang berlaku di sekolah kurang didedahkan kepada media massa.
Kemalangan tersebut hanya direkod dalam buku rekod kemalangan sekolah.
Misalnya, kemalangan yang terjadi di Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar
pada tahun 1991, seorang pelajar automotif mengalami kecederaan yang serius di
seluruh muka dan badannya akibat daripada kecuaian semasa menjalankan kerja
amali di dalam bengkel automotif (Buku rekod kemalangan, 1991). Kejadian
tersebut berlaku ketika pelajar tersebut sedang membaik pulih salur pengalir haba
(radiator hose) kereta, tiba-tiba salur air tersebut pecah, air panas tersembur dan
menyimbah tubuh pelajar berkenaan.
Satu kes di Sekolah Menengah Teknik Kajang berlaku pada tahun 1995, di
mana seorang pelajar yang sedang menguji kenderaan ketika melakukan kerja amali
telah terhumban ke dalam longkang bersama kereta tersebut (Buku Rekod
Kemalangan Automotif ,1995). Persoalannya mengapakah perkara tersebut boleh
terjadi. Satu lagi contoh yang dapat dinyatakan ialah pada 12 Feb 1992, seorang
guru di Sekolah Menengah Teknik Kajang telah melecur separuh tubuh badannya
akibat letupan semasa beliau membuka injap saluran gas di bengkel penyejukkan dan
penyamanan udara ketika pelajar baru hendak memulakan pelajaran amali di bengkel
(Rekod kemalangan, 1992). Peristiwa lain yang boleh dijadikan ikhtibar ialah
pernah terjadi kepada seorang guru Sekolah Menengah Teknik Bukit Katil Melaka
7
terkena renjatan elektrik semasa sedang membaiki kipas akibat daripada suis yang di
hidupkan oleh pelajarnya (Utusan Malaysia, 7 April 2001).
Kemalangan dapat dielakkan atau dikurangkan jika pelajar sentiasa mematuhi
langkah-langkah keselamatan. Pelajar yang mahir dan berkebolehan adalah pelajar
yang mempunyai sikap mengutamakan keselamatan dengan sepenuhnya. Kesedaran
mengutamakan keselamatan bukan hanya pada diri sendiri sahaja tetapi juga
terhadap rakan-rakan yang sama-sama bekerja, terhadap persekitaran dan
keselamatan harta benda. Kesedaran mengutamakan keselamatan akan hanya timbul
sekiranya pelajar itu sendiri mengambil berat untuk mengetahui dan memahami akan
kegunaan alatan kelengkapan yang ada di dalam bengkel.
Keselamatan di dalam bengkel menjadi kurang efektif jika bilangan pelajar
terlalu ramai, menggunakan ruang atau kemudahan peralatan yang sedia ada dalam
satu masa. Ruang yang sempit serta pelajar yang ramai akan memburukkan lagi
suasana melakukan aktiviti di bengkel. Pelajar bukan saja tidak selesa untuk
menjalankan kerja, besar kemungkinan kemalangan boleh berlaku dengan mudah.
Kesesakan ruang juga berperanan menyumbang kepada gangguan emosi,
pengudaraan yang tidak sihat dan suasana yang tidak teratur.
Sikap pelajar yang tidak ambil berat tentang amalan keselamatan dan sikap
acuh tak acuh terhadap tugas atau kerja boleh mendatangkan bahaya kepada diri dan
juga rakan sekerja. Sikap sebegini hendaklah dihindarkan supaya suasana di tempat
kerja dapat berjalan dengan baik dan selamat. Kesedaran pelajar terhadap amalan
keselamatan hendaklah dipupuk sejak dari awal lagi, agar amalan yang positif
sentiasa tersemat pada jiwa pelajar itu sendiri. Dengan itu hasil kerja dapat
ditingkatkan dan suasana kerja selamat dapat diamalkan.
8
1.3 Penyataan Masalah
Amalan-amalan keselamatan sangat penting untuk mengelakkan daripada
berlakunya kemalangan. Menurut Aaron dan Bohn (1980), pendidikan keselamatan
adalah satu keperluan sosial dalam kehidupan seseorang individu. Walaupun
pendidikan secara tidak langsung bermula dari rumah, namun ia hendaklah
diperkukuhkan lagi secara formal mengikut keperluan semasa.
Pendidikan di sekolah vokasional melibatkan pelajar yang berusia antara 16
dan 17 tahun. Pada usia tersebut pelajar kurang pendedahan serta pengalaman
mengenai situasi di dalam bengkel, terutamanya semasa penggunaan mesin, pelajar
mudah terdedah kepada kecederaan dan kemalangan. Memandangkan betapa
pentingnya amalan keselamatan dalam usaha menghasilkan pekerja mahir, maka
kajian perlu dibuat pada peringkat sekolah, bagi mengenal pasti persepsi pelajar
terhadap amalan keselamatan semasa melakukan kerja amali di dalam bengkel.
1.4 Objektif Kajian
Secara umum kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan
keselamatan dan kesihatan terhadap pelajar-pelajar yang mengikut kursus automotif
semasa menjalankan kerja-kerja amali dalam bengkel.
Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk :
i. Mengenal pasti sikap pelajar terhadap kepentingan amalan keselamatan
semasa menjalankan kerja amali di dalam bengkel.
ii. Meninjau persepsi pelajar terhadap peranan guru terhadap amalan
keselamatan semasa melakukan kerja amali dalam bengkel.
iii. Mengenal pasti kefahaman dan pengetahuan pelajar terhadap amalan
keselamatan semasa melakukan kerja amali dalam bengkel.
9
iv. Meninjau persepsi pelajar terhadap faktor persekitaran bengkel yang
mempengaruhi amalan keselamatan dalam bengkel.
1.5 Persolan Kajian
Persoalan kajian telah dibina bedasarkan objektif kajian yang telah dinyatakan
di atas :-
i. Bagaimanakah sikap pelajar terhadap kepentingan amalan
keselamatan semasa menjalankan kerja amali di dalam bengkel.
ii. Bagaimanakah persepsi pelajar terhadap peranan guru dalam mengamalkan
keselamatan semasa melakukan kerja amali dalam bengkel.
iii. Bagaimanakah kefahaman dan pengetahuan pelajar terhadap amalan
keselamatan semasa melakukan kerja amali dalam bengkel.
iv Bagaimanakah persepsi pelajar terhadap faktor persekitaran bengkel yang
mempengaruhi amalan keselamatan dalam bengkel.