PERSEPSI PENGGUNA TERHADAP LOGO HALAL DALAM PENYEDIAAN ... · PDF filemenitikberatkan cara...
Transcript of PERSEPSI PENGGUNA TERHADAP LOGO HALAL DALAM PENYEDIAAN ... · PDF filemenitikberatkan cara...
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 78-86 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
78
PERSEPSI PENGGUNA TERHADAP LOGO HALAL DALAM
PENYEDIAAN BAKERI DAN KONFEKSIONERI
(CONSUMER PERCEPTION TOWARDS HALAL LOGO IN PREPARATION OF BAKERY
AND CONFECTIONARY PRODUCT)
Sabaianah Bachok1
Maaruf Abdul Ghani2
Chemah Tamby Chik1
Maria Mohd Salleh1
Noradzhar Baba1
Aslinda Mohd Shahril1
Abstract
Choosing halal and haram food has become more challenging for muslim nowadays.
Government effort in promoting halal product has nevertheless impacted the bakery and
confectionary industry. Meanwhile muslim consumer are also faced with many ingredients
that has been adulterated with haram elements. The issue of pig DNA (deoxyribonucleic
acid) found in the process of bakery product has been debated in this country. Thus this
study intended to look into consumer perception towards halal bakery products. One
thousand respondents participated. Results showed that 94.2% respondents are aware on the
halal logo issue while 89.7% recognized halal logo from Jakim. There are 56.6%
respondents believed that halal logo showed assurance on food safety. Halal logo at bakery
shop showed that the bakery has used good food preparation practice and produced product
of highest quality. Therefore, one specific standard and guidelines for bakery and
confectionary industry has been developed. HARCP (Haram Critical Control Point) has been
proposed as an alternative for bakery and confectionary industry in improving ‘halalness’ and
safety of its product.
Keywords: halal logo, bakery and confectionary, quality
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 78-86 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
79
Abstrak
Masalah halal dan haram telah menjadi semakin mencabar bagi umat Islam untuk
menentukan pilihan terhadap makanan dan minuman mereka. Usaha dan bantuan kerajaan
dalam mengetengahkan produk halal sekaligus memberi impak dalam industri bakeri dan
konfeksioneri. Pengguna Islam kini juga terdedah dengan pelbagai ramuan terutamanya
makanan yang dicampur dengan bahan haram yang dilarang oleh syarak. Isu Asid
deosiribunukliek (DNA) babi yang ditemui di dalam pembuatan produk bakeri juga telah
menimbulkan perdebatan yang hangat di tanah air. Penyediaan kajian ini telah dijalankan
bertujuan untuk melihat persepsi pengguna terhadap produk halal, seramai 1,000 responden
terlibat di dalam kajian ini. Hasil dapatan kajian mendapati seramai 94.2% responden peka
dengan isu logo halal dan seramai 89.7% mengenali logo halal Jakim. Manakala 56.6%
responden percaya bahawa tanda logo halal memberi jaminan keselamatan makanan kepada
pengguna. Bagi penyelidikan perlaksanaan konsep halalan toyyiban dalam produk, kedai
bakeri dan konfeksioneri, amalan penyediaan yang menitik beratkan kesegaran ramuan,
kebersihan dan keselamatan memberi satu petunjuk bahawa produk yang dihasilkan oleh
kedai bakeri yang mempunyai logo halal mampu menghasilkan produk yang berkualiti dan
bermutu tinggi. Hasil daripada itu satu piawaian khusus dan garis panduan untuk industri
Bakeri dan Konfeksioneri telah dibangunkan. Pengenalan kepada HARCCP (Haram Critical
Control Point) telah dicadangkan sebagai pilihan kepada industri bakeri dan konfeksioneri
dalam meningkatkan tahap kehalalan dan keselamatan produk.
Keywords: Logo halal, bakeri dan konfeksioneri, kualiti
2017 JHLCB
Pengenalan
Dalam dunia yang serba progresif ini, masalah halal dan haram telah menjadi semakin
mencabar bagi umat Islam dalam penentuan pilihan terhadap makanan dan minuman mereka.
Disebabkan oleh kebimbangan para pelanggan ke atas produk halal, sejak tahun 2003
kerajaan telah mengambil tindakan proaktif dalam melaksanakan pensijilan halal bukan
sahaja dalam pemprosesan makanan pengilangan, makanan, dan hotel tetapi juga untuk
operasi restoran. Setakat ini, kajian yang sedia ada berkaitan dengan halal kebanyakannya
memberi tumpuan kepada pemasaran (Abdul, Ismail, Johari & Hashim 2009; Sulaiman
2001), penyembelihan halal (Cambourne, 2003; Mujadid 2001), konsep Halal (Zulkifly
2008), tanda halal dan pelabelan (Salleh 2006; Sulaiman 2001) dengan sedikit perhatian yang
diberikan untuk menggunakan logo halal di kalangan pengusaha restoran Malaysia.
Konsep halal penting untuk semua majoriti Muslim di Malaysia, khususnya dan Muslim
dunia, amnya. Menurut sumber daripada Jabatan Statisik Malaysia (2014) negara ini
mempunyai 61.3 peratus daripada 28.3 juta penduduk yang beragama Islam. Sejajar dengan
itu, idea penggunaan logo halal dalam kalangan pengusaha makanan dan restoran Malaysia
dilaksanakan. Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) adalah sumber utama rujukan mengenai
status dan pensijilan halal.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 78-86 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
80
Halal di dalam sesuatu makanan bukanlah hanya terbatas kepada larangan penggunaan babi,
arak, dan alkohol seperti yang difahamkan oleh kebanyakan masyarakat yang bukan
beragama Islam. Sebaliknya terdapat pelbagai aspek yang perlu diambil kira dan beberapa
garis panduan yang perlu diikuti bagi menjamin sesuatu makan tersebut halal bermula dari
sumber makanan dan minuman, penyembelihan, hidangan dan penyimpanan, pemprosesan
makanan dan masakan, kebersihan, dan bahan gunaan.
Dengan jumlah penduduk Islam diserata dunia yang menjangkau 2 bilion, pasaran untuk
makanan halal dianggarkan sebanyak USD547 bilion setahun (Malaysian – German Chamber
& industry 2010). Pertumbuhan pasaran global dan permintaan makanan halal dianggarkan
sebanyak RM600 bilion setahun (Lembaga Pelaburan Malaysia, 2012). Kerajaan Malaysia
telah membuat beberapa persediaan memandangkan peluang yang amat luas kepada mereka
yang ingin menceburi sektor makanan halal.
Usaha dan bantuan kerajaan dalam mengetengahkan produk halal ini sekaligus memberi
impak dalam industri bakeri dan konfeksioneri. Produk bakeri dan konfeksioneri adalah satu
industri makanan yang mengeluarkan manisan termasuk gula-gula, kacang halwa, coklat,
gula-gula getah, kuih, pastillage, dan kuih-muih yang menggunakan tepung sebagai bahan
utama seperti kek, pastri manis, donat, skon, dan cookies. Selain daripada itu bakeri juga
turut mengeluarkan roti dan makanan yang berasaskan yis. Roti adalah salah satu produk
makanan utama disebabkan oleh nilai pemakanan yang tinggi dan ciri sensorinya iaitu
tekstur, perisa dan aroma yang unik (Giannou & Tzia 2007). Halal atau haram suatu
makanan adalah suatu yang sangat objektif dan hukum syariah yang berlandaskan Al-Quran
dan Sunnah telah menetapkan halal atau haram sesuatu makanan. Umat Islam harus selektif
dalam pemilihan terhadap status halal atau haram sesuatu makanan. Sumber bahan yang
digunakan dan bahan makanan tambahan yang diproses adalah penting dalam penentuan
status halal suatu makanan tersebut. Sumber bahan dari haiwan atau tumbuhan penting
dalam penentuan makanan tersebut halal mahupun tidak.
Kajian Perpustakaan
Makanan adalah keperluan fisiologi manusia. Terdapat pelbagai jenis makanan berada
dipasaran sekarang dan terpulang kepada kita untuk mendapatkannya mengikut citarasa
masing-masing. Dari sudut Islam, makanan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
i. Makanan yang halal
ii. Makanan yang haram
iii. Makanan yang syubhat (kabur atau samar dan tidak jelas tentang halal dan haramnya).
Makanan juga merupakan sumber utama kepada hati manusia untuk berfungsi kerana ianya
akan menyalurkan zat-zat yang diperlukan. Pernyataan ini sudah cukup jelas dan begitu
mudah kita fahami seperti Firman Allah Subhanahu Wataa’la yang bermaksud:
Surah Al-Baqarah: 168
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 78-86 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
81
Maksudnya : “Wahai manusia, makanlah sebahagian makanan yang ada dimuka bumi ini
yang halal lagi baik. Janganlah mengikut langkah-langkah (keinginan-keinginan) syaitan,
sesungguhnya ia (syaitan) merupakan musuh yang nyata bagi kamu.”
Halalan tayyiban adalah merupakan konsep yang telah diperkenalkan oleh Islam dalam
menentukan kualiti makanan dan konsep ini tidak terdapat dalam mana-mana ajaran agama
lain di dunia. Dalam konteks ini, konsep halalan tayyiban saling berangkaian dengan konsep
makanan dan pemakanan, konsep kebersihan dan kesihatan, ketiga-tiga aspek berkenaan
saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Oleh sebab itu, dalam pemilihan dan
menikmati makanan, Islam telah menggariskan beberapa prinsip yang perlu dipatuhi
antaranya, sentiasa memastikan makanan tersebut bukan makanan yang ditegah oleh syarak,
mengenal pasti cara memperoleh makanan sama ada ianya di peroleh secara halal atau haram,
menitikberatkan cara penyediaan dan pemprosesan makanan dan seterusnya memastikan agar
makanan atau bahan yang ditambah pada makanan tidak mendatangkan kemudaratan
terhadap tubuh badan dan akal fikiran.
Industri Halal di negara ini bermula dengan kesedaran masyarakat Muslim akan keperluan
satu sistem pemantauan perusahaaan makanan Halal di Malaysia. Bakeri dan konfeksioneri
merupakan satu bidang dalam industri makanan. Industri ini semakin berkembang di
Malaysia. Ia terbahagi kepada dua iaitu: (1) yang berasaskan tepung dan (2) yang berasaskan
manisan. Produk berasaskan tepung adalah seperti roti, kek, pizza pastri dan biskut bakar
sementara produk berasaskan manisan pula termasuk gula-gula, kacang halwa, coklat, gula-
gula getah, kuih, pastillage, dan cokelat. Produk bakeri dan konfeksioneri semakin menjadi
pilihan warga Malaysia selaras dengan gaya hidup yang memerlukan makanan yang ringkas.
Secara umumnya, konfeksyen adalah rendah mikronutrien dan protein tetapi tinggi kalori,
Produk yang dihasilkan kemungkinan terdiri daripada bebas lemak, walaupun sesetengah
konfeksyen, terutama doh goreng, adalah makanan yang tinggi lemak.
Melihat kepada perkembangan pesat industri makanan di negara ini serta keperluan semasa
umat Islam, maka pada 17 November 2005 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah
meluluskan penubuhan satu bahagian baru yang khusus untuk menjaga pensijilan halal
dengan nama baru Bahagian Hub Halal, JAKIM. Pada 2 April 2008, pengurusan pensijilan
halal diambil alih sementara oleh Halal Industry Development Corporation (HDC). Walau
bagaimanapun, mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memutuskan pengurusan
pensijilan halal dalam dan luar Malaysia dikembalikan dibawah JAKIM. Persijilan halal
adalah satu jaminan kepada umat islam untuk memakan makanan yang berkualiti (Namkung
& Jang 2007). Tambahan pula, makanan yang baik serta halal bukan sahaja menjamin
kesihatan fizikal malahan membentuk keperibadian seseorang insan. Selain itu, umat Islam
hendaklah berwaspada terhadap pengambilan makanan yang halal kerana ia menjadi
tanggungjawab setiap individu muslim. Pengambilan makanan yang halal dapat menjamin
kesejahteraan hati nurani dan iman yang suci dan ini memberikan impak yang mendalam
pada diri seorang muslim kerana ianya ada kaitan dengan kesejahteraan dunia dan akhirat.
Sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri merupakna satu
sijil yang boleh menyokong kepada system halal pembekal, pengilang dan pengusaha
makanan untuk diperakui bahawa produk mereka adalah halal dan memenuhi kehendak atau
keperluan undang-undang syariah Islam yang dilaksanakan di Malaysia. Sijil Halal Malaysia
telah dikenali oleh negara-negara Islam seluruh dunia sebagai halal dan selamat untuk
dimakan. Walaupun terdapat agensi antarabangsa yang mengeluarkan Sijil halal sepert
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 78-86 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
82
Muslim Food Board di United Kingdom, INFANCA di Amerika Syarikat, namun Malaysia
masih masih kekal sebagai kayu pengukur kepada system persijilan halal (MATRADE 2002).
Kaedah Kajian
Kajian ini merupakan sebuah kajian tinjauan menggunakan soal selidik yang berbentuk
deskriptif bertujuan untuk meninjau persepsi pengguna di Malaysia terhadap kehalalan
produk bakeri dan konfeksioneri di Malaysia. Kajian ini juga meninjau perhubungan antara
aspek pengguna dan item pembolehubah. Semua maklumat yang diperolehi diklafikasikan
dan dinilai secara kuantitatif. Berdasarkan Tuckmen (1985), kajian deskriptif menerangkan
fenonema dengan menganalisis data deskriptif yang diperolehi dengan cara soal selidik.
Populasi kajian terdiri daripada semua rakyat Malaysia berumur diantara 18 tahun hingga 60
tahun disebabkan oleh faktor kematangan tahap kefahaman dan kesediaan mereka memberi
kerjasama semasa kajian soal selidik dijalankan. Untuk tujuan mendapatkan sampel daripada
keseluruhan populasi kajian, kaedah persampelan adalah convenience sampling. Pemilihan
jumlah responden adalah berdasarkan kepada jadual penentuan saiz sampel oleh Krejcie dan
Morgan (1970), saiz sampel sebanyak 1000 responden adalah mencukupi untuk mewakili
populasi kajian ini..
Jadual 1 : Populasi dan Sampel Kajian Pengguna Bakeri
Bil. Zon Jumlah Responden
1. Utara (Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang) 200
2. Selatan (Johor, Melaka, Negeri Sembilan) 200
3. Barat (Selangor, Kuala Lumpur) 200
4. Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang) 200
5. Borneo (Sabah, Sarawak, Labuan) 200
Populasi dan sampel kajian yang telah ditentukan untuk mendapatkan jumlah responden di
Malaysia mengikut Zon. Zon telah dibahagikan kepada lima bahagian zon iaitu Utara,
Selatan, Barat, Timur, dan Borneo. Jumlah responden dibahagikan samarata iaitu 200
responden dari setiap zon. Bandar utama dipilih untuk tujuan pengedaran soal selidik, Ianya
telah dijalankan di pasaraya seperti Giant, Tesco, Eon, stesen bas, kampus Universiti
Teknologi Mara dan kampus Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian soal selidik ini
mengambil masa selama enam bulan untuk diselesaikan bermula pada tahun 2011. Sebanyak
1140 borang soal selidik yang diedarkan dan 1000 borang yang dianalisa. Soal selidik yang
telah dijalankan keatas warganegara Malaysia yang berbilang kaum, berbeza pegangan
agama dan kepercayaan ini diharapkan dapat dijadikan ukuran keatas kajian ini. Pandangan
mereka yang berbeza umur, latar pendidikan dan pekerjaan dapat membantu penyelidik untuk
melihat situasi sebenar pengguna terhadap penggunaan logo halal keatas produk bakeri di
negara ini.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 78-86 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
83
Perbincangan dan Keputusan
Bagi mencari nilai statistik kebolehpercayaan, kajian ini telah ditentukan dengan
menggunakan perisian komputer “Statistical Package For Social Science” (SPSS) versi 21.0.
Ujian keboleh percayaan telah dijalankan untuk menilai tahap soalan dan semua dapatan
alpha Cronbach menunjukkan semua soalan adalah boleh diterima. Jadual 1 menunjukkan
persepsi pengguna tehadap logo halal.
Jadual 2 : Persepsi pengguna terhadap logo halal
No. Soalan Frekuensi Peratus
(%)
1 Pernahkah anda mendengar logo Halal 1000 942 94.2
2 Adakah anda mengenali logo halal JAKIM
yang sebenar 1000 726 72.6
3 Logo halal yang digunakan mestilah logo halal
yang sah 1000 897 89.7
4 Tanda Halal bermaksud produk itu berkualiti 1000 698 69.8
5 Produk halal yang ada tanda halal sama sahaja
dengan yang tidak berlabel halal. 1000 693 69.3
6 Logo halal memberikan saya jaminan tentang
bahan ramuan makanan yang digunakan adalah
halal
1000 580 58.0
7 Tanda logo halal memberikan saya jaminan
tentang ramuan tambahan (aditif) makanan
yang digunakan adalah halal
1000 628 62.8
8 Tanda logo halal memberi jaminan
keselamatan makanan kepada saya 1000 566 56.6
9 Haiwan yang boleh dimakan mestilah
disembelih megikut syariah sembelihan halal 1000 903 90.3
10 Alkohol tidak boleh dicampurkan dalam
produk makanan 1000 1000 100
Hasil dapatan kajian mendapati seramai 942 orang responden (94.2%) bersetuju dengan item
1 iaitu mereka sentiasa peka dengan isu logo halal. Kajian Golnaz, Zainalabidin, and Mad
Nasir (2011) mendapati bahawa pengguna bukan islam yang tinggal di persekitaran yang
terdiri daripada masyarakat yang berbilang agama dan kepercayaan seperti di Malaysia sedar
akan kewujudan makanan halal. 72.6% pengguna mengenali logo halal JAKIM, ini
menunjukkan mereka peka dan mengambil berat tentang produk halal. Responden sebanyak
89.7% mengetahui mengenai logo halal yang sah kerana JAKIM satu-satunya jabatan
dibawah Perdana Menteri yang diberi kuasa untuk mengeluar dan memantau persijilan halal
di Malaysia (Aiedah 2014; Sariwati & Nurul Akma 2014). keyakinan pengguna terhadap
ramuan yang digunakan dalam makanan, hasilnya menunjukkan 58.0% sahaja yang
menyakini bahawa ramuan makanan adalah halal. Bagi elemen 7, sebanyak 62.8% turut
menyakini bahawa ramuan bahan tambah (aditif) yang dicampurkan dalam makanan dengan
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 78-86 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
84
tujuan menambahkan nilai makanan itu adalah halal sekiranya terdapat logo halal. Elemen 8
menunjukkan 56.6% responden percaya bahawa tanda logo halal memberi jaminan
keselamatan makanan kepada pengguna. Responden seramai 90.3% bersetuju bahawa haiwan
yang boleh dimakan mestilah disembelih mengikut shariah. Dalam undang-undang
pemakanan Islam, sembelihan bagi sesuatu haiwan mestilah dilakukan oleh individu yang
beragama Islam dan waras supaya haiwan yang disembelih halal untuk dimakan (Kohilavani
et al. 2012). Kesemua 100% mengetahui bahawa alkohol tidak boleh digunakan untuk
menyediakan produk halal kerana ia adalah haram seperti yang yang termaktub di dalam
MS1500:2009; alkohol itu adalah memabukkan dan di katogerikan sebagai najs mengikut
hukum syarak.
Hasil kajian dapat disimpulkan bahawa pengguna di Malaysia mengetahui dan menyedari
kepentingan logo halal dalam penyediaan makanan terutamanya dalam industri bakeri dan
konfeksioneri. Logo halal itu sendiri telah dapat meyakinkan pengguna mengenai kualiti dari
segi pembuatan, khasiat dan keselamatan produk. Pengguna membeli produk halal
berdasarkan atas keyakinan ugamanya terhadap suatu produk (Rochmanto, 2014). Namun
kebimbangan masih wujud dikalangan pengguna kerana tidak semua kedai bakeri dapat
mempamerkan logo halal. Kebimbangan ini adalah disebabkan masih terdapat banyak
ramuan bahan tambah, aditif dan bahan lain yang sukar dikesan tanda halalnya dan mungkin
digunakan kerana kurangnya pengetahuan dan tanggungjawab dikalangan pengusaha. Logo
halal dan akreditasi sistem halal masih tidak menjadi kemestian di Malaysia. Oleh demikian,
penggunaannya di premis menunjukkan pengusaha mempunyai tanggungjawab untuk
membekalkan pelanggan produk yang halal dan toyibban.
Rujukan
Abdul Aziz, S. 2009. Foreign Missions notified on halal certified Hotels. An International al
Marketing Issues and Challenges. Faculty of Business and Accountancy Universiti Malaya,
Kuala Lumpur, Malaysia.
Abdul Aziz Dahlan et.al.1997. op.cit, Jakarta: PT Ichtiar Baru Van Hoeve, jil. 2, h. 505
Amran, H. 2004. Policy and Planning of tourism in Malaysia, paper presented at the 6th
ADRF general meeting, Bangkok, Thailand.
Al Mujadid 2001. FIANZ request government regulates Halal food. Al Mujadid, 1 (13). 9
July, 2001
Abdullah, M. N. 2006. Perception and awareness among food manufacturers and marketer on
Halal food in the Klang Valley. (Unpublished master thesis, University Putra Malaysia,
Malaysia).
Endang, S.S. (2010). Business Opportunities for Halal Products in the Global Market:
Muslim Consumer Behaviour and Halal Food Consumption. Journal of Indonesian Social
Sciences and Humanities. Vol.3, p.151-160.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 78-86 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
85
Fraenkel, J. R., Wallen, N. E., & Hyun, H. H. (2012). How to Design and Evaluate Research
in Education (8th edt.). New York: McGram-Hill Companies.
Golnaz, R., Zainalabidin, M., and Mad Nasir, S. (2011), Applying the theory of Planned
Behavior (TPB) in halal food .
http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1877042814011227
Hassan,M.H, Sazelin Arif.S & Sidek.S. (2015). Knowledge and Practice for Implementing
Internal Halal Assurance System among Halal Executives.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities.
Educational and psychological measurement, 30(3), 607-610.
Kohilavani, Wahidu, Z, Noor Ariefandie, Nor Syafarah, Z, Wan Nadiah, W.A. & Tajul Aris,
Y 2013. Embedding Islamic distary requirement into HACCP approach. Food control 34:
607-612
Kumar, R. (2011). Research methodology: A step-by-step guide for beginners. SAGE
Publication.
Lada, S., Harvey Tanakinjal, G., & Amin, H. (2009). Predicting intention to choose halal
products using theory of reasoned action. International Journal of Islamic and Middle Eastern
Finance and Management, 2(1), 66-76.
Ngah, N. A. (2013). Poultry Slaughtering In Perspective To Halal Slaughter.
Majid, M. A. A., Abidin, I. H. Z., Majid, H. A. M. A., & Chik, C. T. (2015). Issues of Halal
Food Implementation in Malaysia. Journal of Applied Environmental and Biological
Sciences, 5(6S), 50-56.
Man, Y. C., & Sazili, A. Q. (2010). Food production from the halal perspective. In Handbook
of Poultry Science and Technology: Primary Processing (Vol. 1, pp. 183-215). John Wiley &
Sons, Inc. New Jersey, USA.
Omar, E. N. & Jaafar, H. S. Halal supply chain in the food industry-A conceptual model.
(2011). IEEE, 384-389.
Qardawi, Y. 2002. The Lawful and Prohibited in Islam. Retrieved on 17 November 2016
www.dartmouth.edu/~dcare/pdfs/yusuf.pdf
Rahman, A. H. A., Ahmad, W. I. W., & Mohd Yusoff Mohamad, Z. I. (2011). Knowledge on
Halal Food amongst Food Industry Entrepreneurs in Malaysia. Asian Social Science, 7(12),
216-221. http://dx.doi.org/10.5539/ass. v7n12p216
Samori, Z., Ishak, A. H., & Kassan, N. H. (2014). Understanding the development of halal
food standard: suggestion for future research. International Journal of Social Science and
Humanity, 4(6), 482.
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)
Vol. 1: No. 5 (September 2017) page 78-86 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147
86
Sekaran, U., & Bougie, R. (2016). Research methods for business: A skill building approach.
John Wiley & Sons.
Tieman, M. (2011). The Application of Halal in Supply Chain Management: In-Depth
Interviews. Journal of Islamic Marketing, 2, 186–195.
Touré, A.K. (2012). The Concept of Halal and Haram From Qur’an And Sunnah Perception.
Tuu, H. H. and Olsen, S.O. (2012). Certainty, Risk, and Knowledge in the Satisfaction
Purchase Intention Relationship in a New Product Experiment. Asia Pacific Journal of
Marketing and Logistics, 24(1), 78–101.
Yusoff, F. A. M., Yusof, R. N. R., & Hussin, S. R. (2015). Halal Food Supply Chain
Knowledge and Purchase Intention. International Journal of Economics & Management, 9.
Zakaria, Z. (2008). Tapping Into the World Halal Market, Some discussions on Malaysian
Laws and Standards. Jurnal Syariah, 16(Special Edition), 603-616.
Zulkkifli, M.I. 2008. Food quality and safety system: An investigate study into the Hazard
Analysis Critical Control Point (HACCP) Adoption in the small medium-sized food
manufacturing enterprises (SMEs) (Unpublished master thesis, Universiti Teknologi Mara)