PERSEPSI STAF MAYBANK TAMAN UNIVERSITI TERHADAP …€¦ · Islamic banking product and service...
Transcript of PERSEPSI STAF MAYBANK TAMAN UNIVERSITI TERHADAP …€¦ · Islamic banking product and service...
PERSEPSI STAF MAYBANK TAMAN UNIVERSITI TERHADAP
PENYERTAAN MASYARAKAT BUKAN ISLAM DALAM SISTEM
PERBANKAN ISLAM
MOHAMAD ASHROF BIN ISMAIL
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Buat insan yang dikasihi & disayangi
Ayahanda & Bonda
Ismail bin Ahmad & Maznah binti Othman
Terima kasih atas kesabaran dan pengorbanannu dalam mendidik dan membesarkanku
serta sentiasa mendoakanku, sesungguhnya kasih ibu dan ayah membawa ke syurga.
Khas untuk isteri tercinta, Azizah binti Mat Daud
Terima kasih atas pengorbananmu sepanjang pengajianku di UTM yang sentiasa
memberi dorongan dan kekuatan untuk meneruskan pengajian.
Permata Hati Abah dan Ummi, Mumammad Faiz Zakwan
Hadirmu memberikan segunung harapan dan seribu makna buat abah dan ummi,
Semoga dirimu membesar sebagai anak yang soleh
Kekanda, Adinda & Sahabat
Mohd Ismadi, Mohd Rohib, Mohd Basri serta kawan-kawan khasnya Balya, Fikri, Abe
Zul, Zulkiflie, Shukri, Fatim, Zikri dan Roslan,
Jasa dan pertolonganmu semua akan kukenang hingga akhir hayat dan semoga Allah
melimpahkan rahmat buat kita semua.
Amiiinnn...
Terima Kasih.
iv
PENGHARGAAN
الرحيم الرمحن اهللا بسم
Dipanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana dengan keizinan dan
rahmatNya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini seadanya. Selawat dan
salam buat junjungan Rasulullah S.A.W. serta pada sahabat baginda dan para mujahidin.
Dalam usaha untuk menjayakan projek ini, ucapan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga buat PM Dr Hussin bin Salamon, selaku penyelia PSM yang banyak
membantu serta tidak jemu-jemu memberi bimbingan, nasihat dan dorongan sepanjang
tempoh dua semester ini bagi memastikan PSM yang dijalankan dapat disempurnakan
dengan baik. Jutaan terima kasih juga buat pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Islam Dan
Pembangunan Sosial (PPIPS) di atas tunjuk ajar yang diberikan membantu melengkapkan
lagi laporan ini.
Rasa penghargaan juga dihulurkan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung ataupun tidak. Terutamanya buat En. Nizam bin Mohd Din selaku Penolong
Pengurus Maybank Taman Universiti serta staf-stafnya yang sudi bekerjasama dalam
penyelidikan ini. Semoga keikhlasan yang diberikan mendapat berkat dariNya
Tidak dilupakan buat isteri tercinta dan rakan-rakan seperjuangan yang banyak
memberi dorongan, kata-kata semangat serta bantuan. Jasa mereka amat dihargai.
Semoga kita sama-sama beroleh kejayaan. Wallhu a'lam.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi staf Malayan Banking Berhad
(Maybank) cawangan Taman Universiti, Skudai, Johor mengenai faktor-faktor yang
mendorong dan menghalang masyarakat bukan Islam memilih produk dan perkhidmatan
perbankan Islam serta langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan
penyertaan masyarakat bukan Islam dalam produk perbankan Islam. Seramai 25 orang
staf telah dipilih sebagai sampel kajian yang juga merupakan populasi dalam kajian ini.
Set soal selidik yang mengandungi 45 item telah diedarkan kepada responden. Soal
selidik tersebut dibahagikan kepada bahagian A dan bahagian B, manakala respon
dinilai berdasarkan lima skala Likert. Data yang terkumpul dianalisis menggunakan
perisian Statistical Package for Social Science 12.0 for Windows secara deskriptif untuk
mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min bagi setiap item yang digunakan.
Dapatan data dipersembahkan dalam bentuk jadual. Nilai kebolehpercayaan soal selidik
ialah α = 0.769. Secara keseluruhannya hasil kajian menunjukkan responden
memberikan persepsi yang positif terhadap aspek yang dikaji iaitu berkaitan persepsi
responden terhadap faktor yang mendorong masyarakat bukan Islam memilih produk
perbankan Islam dengan nilai min 3.96 dan persepsi mereka terhadap faktor yang
menghalang masyarakat bukan Islam memilih produk perbankan Islam dengan nilai min
3.95. Begitu juga dengan persepsi mereka terhadap langkah-langkah yang boleh
dilaksanakan bagi meningkatkan penyertaan masyarakat bukan Islam dalam produk
perbankan Islam dengan nilai min 4.39 yang berada pada tahap yang tinggi. Sebagai
maklum balas kepada kajian yang dijalankan, penyelidik mengemukakan beberapa
cadangan untuk meningkatkan penyertaan masyarakat bukan Islam dalam perbankan
Islam. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan
datang.
vi
ABSTRACT
The aim of this study was to determine Malayan Banking Berhad (Maybank) of
Taman University branch, Skudai, Johore’s staff perception about factors that drive and
prevent non-Muslim community to choose Islamic banking product and service, also
measures that could be implemented to increase the non-Muslim participation in Islamic
banking product and service. There were 25 staff has been chosen as sample which all of
them were population in this study. A set of questionnaire contained a number of 45
items were circulated among the respondents. This questionnaire was divided into part A
and part B and the response was evaluated according to five Likert scale. The collected
data were then analyzed using Statistical Package for Social Science 12.0 for Windows.
The analysis was done in descriptive statistical approach included frequency, percentage
and means of the each items used. The findings of this analysis were then presented by
means of tabulation. The reliability, of the questionnaire was at high level at α = 0.769.
The overall result of the research showed that respondents give a positive perception on
the related aspects of the study which were factors that motivate non-Muslim to choose
Islamic banking product and service with mean 3.96 and factors that prevent them for
not choose it with mean 3.95. Also their perceptions towards measures that could be
implemented to increase the non-Muslim participation in Islamic banking product and
service were highly with mean 4.39. Several suggestions have been proposed to increase
the number of non-Muslim participation in Islamic banking product and service.
Researcher concluded with few recommendations for further study.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI DAFTAR SINGKATAN/SIMBOL/ISTILAH xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
viii
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Konsep dan Istilah 11
1.8.1 Persepsi 11
1.8.2 Staf 11
1.8.3 Bank 11
1.8.4 Maybank 12
1.8.5 Bukan Islam 12
1.8.6 Sistem 12
1.8.7 Perbankan Islam 12
1.9 Penutup 12
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Perbankan Islam 16
2.2.1 Definisi Perbankan Islam 16
2.2.2 Sejarah Perbankan Islam di Malaysia 17
2.2.3 Akta Bank Islam 1983 19
2.3 Prinsip-prinsip Islam Yang Digunakan Di Dalam
Produk Dan Perkhidmatan Sistem Perbankan Islam 20
2.4 Bank Malayan Banking Berhad (Maybank) 23
2.4.1 Pengenalan 23
2.4.2 Jawatankuasa Syariah 24
2.4.3 Produk Dan Perkhidmatan Sistem Perbankan
Islam Yang Ditawarkan Oleh Maybank 25
2.5 Faktor Yang Mendorang Masyarakat Bukan Islam
Memilih Sistem Perbankan Islam 26
2.5.1 Kemudahan Insfrastruktur 27
2.5.2 Kelebihan Produk dan Perkhidmatan
Perbankan Islam 28
ix
2.5.3 Staf Bank yang Berdedikasi 29
2.5.4 Kesedaran dan Sikap Masyarakat Bukan Islam 30
2.5.5 Konsep Pembahagian Untung Rugi 31
2.6 Faktor Yang Menghalang Masyarakat Bukan Islam
Memilih Sistem Perbankan Islam 32
2.6.1 Isu Keagamaan 32
2.6.2 Keuntungan atau Faedah Yang Diperolehi 33
2.6.3 Keyakinan dan Kefahaman Masyarakat
Bukan Islam 34
2.6.4 Publisiti Yang Tidak Menyeluruh 35
2.6.5 Persaingan Dengan Sistem Perbankan
Konvensional (SPK) 36
2.7 Langkah Menggalakkan Masyarakat Bukan Islam
Menyertai Sistem Perbankan Islam 37
2.7.1 Peranan Staf Bank 37
2.7.2 Peranan Bank 39
2.7.3 Peranan Kerajaan 40
2.7.4 Peranan Masyarakat Islam 41
2.7.5 Memperluaskan Produk dan Perkhidmatan
SPI 42
2.8 Kajian Lepas 43
2.9 Penutup 45
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 46
3.2 Rekabentuk kajian 47
3.2.1 Kajian Perpustakaan 47
3.2.2 Kajian Lapangan 48
3.2.2.1 Tempat Kajian 49
x
3.2.2.2 Populasi dan Sampel Kajian 49
3.2.2.3 Instrumen Kajian 50
i) Kajian Dokumen 50
ii) Rujukan Perpustakaan 51
iii) Soal Selidik 51
3.2.2.4 Kajian Rintis 54
3.2.2.5 Anlisis Data 56
3.3 Prosedur Kajian 57
3.4 Jangka Masa Kajian 58
3.5 Penutup 58
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 59
4.2 Analisis Data dan Keputusan 60
4.2.1 Bahagian A (Analisis Maklumat
Latar Belakang Responden) 61
4.2.2 Bahagian B (Analisis Deskriptif Soal Selidik) 63
4.2.2.1 Analisis Persepsi Terhadap Faktor
Yang Mendorong Masyarakat Bukan
Islam Memilih Perbankan Islam 63
a) Kemudahan Insfrastruktur 63
b) Kelebihan Produk dan
Perkhidmatan Perbankan Islam 64
c) Staf Bank yang Berdedikasi 65
d) Kesedaran dan Sikap Masyarakat
Bukan Islam 66
e) Konsep Pembahagian Untung Rugi 67
4.2.2.2 Analisis Persepsi Terhadap Faktor
xi
Penghalang Masyarakat Bukan Islam
Memilih Perbankan Islam 68
a) Isu Keagamaan 68
b) Keuntungan atau Faedah Yang
Diperolehi 69
c) Keyakinan dan Kefahaman
Masyarakat Bukan Islam 71
d) Publisiti Yang Tidak Menyeluruh 72
e) Persaingan Dengan Sistem
Perbankan Konvensional (SPK) 73
4.2.2.3 Analisis Persepsi Terhadap
Langkah-Langkah Menggalakkan
Masyarakat Bukan Islam Menyertai
Perbankan Islam 74
a) Peranan Staf Bank 74
b) Peranan Bank 75
c) Peranan Kerajaan 76
d) Peranan Masyarakat Islam 77
e) Memperluaskan Produk dan
Perkhidmatan SPI 79
4.2.3 Analisis Keseluruhan Bahagian B 80
4.2.3.1 Analisis Keseluruhan Persepsi
Terhadap Faktor Yang Mendorong
Masyarakat Bukan Islam Memilih
Perbankan Islam 80
4.2.3.2 Analisis Keseluruhan Persepsi
Terhadap Faktor Penghalang
Masyarakat Bukan Islam Memilih
Perbankan Islam 83
xii
4.2.3.3 Analisis Keseluruhan Persepsi Terhadap
Langkah-Langkah Menggalakkan
Masyarakat Bukan Islam Menyertai
Perbankan Islam 85
4.2.4 Rumusan Min Dapatan Kajian 88
4.3 Kesimpulan 89
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 90
5.2 Ringkasan Kajian 90
5.3 Perbincangan Hasil Dapatan 91
5.3.1 Maklumat Latar Belakang Responden 92
5.3.2 Faktor Yang Mendorong Masyarakat
Bukan Islam Memilih Perbankan Islam 93
5.3.3 Faktor Penghalang Masyarakat Bukan
Islam Memilih Perbankan Islam 96
5.3.4 Langkah-Langkah Menggalakkan
Masyarakat Bukan Islam Menyertai
Perbankan Islam 100
5.4 Rumusan 103
5.4.1 Faktor Yang Mendorong Masyarakat
Bukan Islam Memilih Perbankan Islam 103
5.4.2 Faktor Penghalang Masyarakat Bukan
Islam Memilih Perbankan Islam 105
5.4.3 Langkah-Langkah Menggalakkan
Masyarakat Bukan Islam Menyertai
Perbankan Islam 105
5.5 Cadangan 106
5.5.1 Peranan Kerajaan 106
xiii
5.5.2 Peranan Institusi Perbankan 107
5.5.3 Peranan Masyarakat dan Individu 108
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 109
5.7 Penutup 110
RUJUKAN 111
LAMPIRAN
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Prinsip-prinsip syariah yang ditawarkan
di dalam produk dan perkhidmatan
perbankan Islam. 20
3.1 Pengkelasan Skala Likert dan Skor 32
3.2 Agihan Soalan Mengikut Klasifikasi
Persoalan Kajian 32
3.3 Aras Persetujuan 33
3.4 Hasil Kategori Kajian 35
3.5 Rangka Kerja Kajian 56
4.1 Taburan responden mengikut jantina, bangsa,
umur, tahap, pendidikan dan tempoh bekerja 60
4.2 Taburan kekerapan, peratusan dan min
kemudahan insfrastruktur 63
4.3 Taburan kekerapan, peratusan dan min
bagi kelebihan produk dan perkhidmatan
perbankan Islam 64
4.4 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi
staf bank yang berdedikasi 65
4.5 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi
kesedaran dan sikap masyarakat bukan Islam 66
4.6 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi
konsep pembahagian untung rugi 67
xv
4.7 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi
isu keagamaan 69
4.8 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi
keuntungan atau faedah yang diperolehi 70
4.9 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi
keyakinan dan kefahaman masyarakat bukan
Islam 71
4.10 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi
publisiti yang tidak menyeluruh 72
4.11 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi
persaingan dengan Sistem Perbankan
Konvensional (SPK) 73
4.12 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi
peranan staf bank 74
4.13 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi
peranan bank 76
4.14 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi
peranan kerajaan 77
4.15 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi
peranan masyarakat Islam 78
4.16 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi
memperluaskan produk dan perkhidmatan SPI 79
4.17 Analisis keseluruhan bagi item 1 hingga 15
(Bahagian B) 80
4.18 Analisis keseluruhan bagi item 16 hingga 30
(Bahagian B) 84
4.19 Analisis keseluruhan bagi item 31 hingga 45
(Bahagian B) 87
4.20 Taburan min untuk persepsi staf Maybank
Taman Universiti 88
xvi
DAFTAR SINGKATAN/SIMBOL/ISTILAH
ATM - Automated Teller Machine
BIMB - Bank Islam Malaysia Berhad
BNM - Bank Negara Malaysia
BBMB - Bank Muamalat Malaysia Berhad
IBU - Unit Perbankan Tanpa Faedah
IDB - Islamic Development Bank atau Bank Pembangunan Islam
KS - Kurang setuju
Maybank - Malayan Banking Berhad
PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah
RM - Ringgit Malaysia
SPI - Sistem Perbankan Tanpa Faedah
SPK - Sistem Perbankan Konvensional
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPACE - School of Professional and Continuing Education atau Sekolah
Pendidikan Professional dan Pendidikan Berterusan
SPTF - Skim Perbankan Tanpa Faedah
SPSS - Statistical Package for Social Science
S - Setuju
SS - Sangat setuju
STS - Sangat tidak setuju
STPM - Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
S.W.T - Subhanahu Wa Ta'ala
TS - Tidak setuju
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
% - Peratus
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Surat Pengesahan Menjalankan Kajian (PPIPS)
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Islam adalah agama yang diwahyukan oleh Allah S.W.T sebagai panduan yang
lengkap lagi sempurna meliputi semua aspek kehidupan manusia seperti firman Allah
dalam surah Al-Maidah ayat 3:
tΠ öθu‹ø9 $# àM ù=yϑø. r& öΝä3 s9 öΝä3 oΨƒ ÏŠ àM ôϑoÿ øCr& uρ öΝä3 ø‹n= tæ ÉL yϑ÷è ÏΡ àMŠÅÊu‘uρ ãΝä3 s9
zΝ≈ n=ó™ M} $# $YΨƒ ÏŠ 4
Terjemahannya:
“Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku
sempurnakan ke atas kamu nikmatKu, dan Aku redha Islam itu sebagai
agama bagi kamu”.
2
Islam sebagai cara hidup yang lengkap bukan sahaja tertakluk kepada
permasalahan ibadat ritual tetapi ia juga merangkumi setiap aspek kehidupan termasuk
hubungan sesama manusia. Manusia yang dijadikan oleh Allah SWT di dunia ini
dibekalkan dengan fitrah saling memerlukan antara satu sama lain. Untuk mencapai
matlamat ini, manusia memerlukan satu sistem perhubungan yang lengkap untuk
menjadi panduan hidup yang dinamakan muamalat.
Konsep muamalat dalam Islam ialah tatacara perhubungan antara seorang
manusia dengan manusia lain dalam segenap aspek kehidupan yang merangkumi
undang-undang, sosial, kekeluargaan, ekonomi, politik, perlembagaan, pemerintahan
dan jenayah. Dalam bidang ekonomi, Allah S.W.T. telah menentukan cara muamalat
yang tertentu untuk menjadi garis panduan kepada manusia (Abdul Jalil Borham, 1999:
1). Di antara garis panduan tersebut ialah sebagaimana firman Allah dalam al-Quran :
Æ tGö/$#uρ !$ yϑ‹Ïù š�9t?#u ª! $# u‘# ¤$! $# nο t�Åz Fψ $# ( Ÿω uρ š[Ψ s? y7 t7ŠÅÁ tΡ
š∅ ÏΒ $ u‹÷Ρ‘‰9 $# (
Terjemahannya:
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah
kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah
engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari
dunia….” ( Surah al-Qasas 28: 77)
Dalam muamalat, segmen terbesar merupakan kegiatan ekonomi yang dijalankan
oleh seseorang dalam sistem ekonominya di mana dalam sistem ekonomi tadi terdapat
kegiatan perbankan dan kewangan. Dalam sektor perbankan dan kewangan Islam,
3
syariah atau perundangan Islam merupakan undang-undang yang digunapakai dalam
operasi perbankan Islam seiring dengan undang-undang sivil.
Islam melarang sama sekali sebarang bentuk atau perbuatan yang membawa
kepada penindasan, kekejaman dan kezaliman dalam setiap urusan, malah Islam
menggalakkan supaya mengerjakan sesuatu urusan dengan berteraskan kepada konsep
keadilan dan persamaan. Justeru itu, setiap muslim bertanggungjawab sepenuhnya untuk
mentadbir sumber ekonomi yang dianugerahkan oleh Allah berlandaskan syariat Islam
serta memastikan sumber pendapatan dan kewangan adalah halal dan bebas daripada
unsur haram dan syubhah. Panduan ini telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam
firmanNya :
Ÿωuρ (#þθè=ä. ù' s? Νä3 s9≡ uθ øΒ r& Νä3 oΨ ÷� t/ È≅ÏÜ≈ t6 ø9 $$ Î/ (#θ ä9ô‰ è?uρ !$yγ Î/ ’n< Î) ÏΘ$ ¤6 çt ø:$#
(#θè= à2 ù'tGÏ9 $ Z)ƒÌ�sù ôÏiΒ ÉΑ≡ uθ øΒ r& Ĩ$ ¨Ψ9 $# ÉΟøO M} $$ Î/ óΟçFΡr& uρ tβθßϑn=÷è s? ∩⊇∇∇∪
Terjemahannya:
“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di
antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa
(urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan
sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat)
dosa, padahal kamu mengetahui.” ( Surah al-Baqarah 2: 188)
Sebagai salah satu daripada segmen terbesar dalam sistem mua’malat, segala
prinsip dan falsafah mengenai perbankan dan kewangan Islam sebenarnya telah lama
digariskan dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. lebih daripada 1400 tahun yang
4
lalu. Cuma pada dekad mutakhir ini, ianya telah mula dibincangkan dan diparaktikkan
semula terutamanya di Malaysia.
Di Malaysia, sistem kewangan Islam pada masa kini bukannya retorik politik
atau sebagai topik perbualan di meja makan. Sistem kewangan Islam di Malaysia kini
telah menjadi satu fenomena yang berkembang pesat dan berdaya maju seiring dengan
kemajuan negara. Malah boleh dikatakan bahawa sistem kewangan Islam di Malaysia
pada waktu ini sedang menuju ke arah sebuah pembentukan sistem kewangan yang lebih
kukuh dan mantap bersandarkan kepada falsafah dan prinsip yang telah digariskan oleh
Islam. Jika ditinjau, pada hari ini semakin ramai masyarakat yang bukan beragama Islam
berurusniaga dalam perbankan Islam yang memberikan pelbagai manfaat dan faedah
yang tidak seharusnya dilepaskan oleh seluruh masyarakat di Malaysia.
1.2 Latar Belakang Masalah
Fungsi asas penubuhan sesebuah bank ialah untuk memudahkan orang ramai
menyimpan wang dan sebagai tempat mereka mendapatkan kemudahan bantuan
pinjaman kewangan. Maka dilihat dari sudut ini, wujudnya persamaan antara penubuhan
bank Islam dan konvensional. Walaupun terdapat kesamaan dari aspek fungsi dan
aktiviti antara kedua-duanya, namun konsep dan teorinya adalah berbeza lantaran
perbezaan yang terdapat pada matlamat penubuhannya. Antara objektif utama
penubuhan bank konvensional adalah untuk memaksimumkan keuntungan sedangkan
objektif penubuhan perbankan Islam adalah berdasarkan kepada dua faktor utama, iaitu
faktor agama dan faktor keuntungan.
Perbankan Islam, pada mulanya berkembang sebagai perantaraan kewangan
untuk komuniti Islam bagi menjalankan perniagaan menurut rukun Islam. Hari ini,
5
perbankan Islam telah mula diterima dengan luasnya di seluruh dunia dikalangan
komuniti bukan Islam dan telah menjadi satu kompenen yang penting untuk sistem
kewangan sedunia. Ciri yang penting untuk perbankan Islam ialah bahawa ia adalah
tanpa faedah.
Perbankan Islam bermula di Malaysia pada tahun 1983 dengan penubuhan bank
Islam pertama, Bank Islam Malaysia Berhad.. Bank Islam kedua yang berdedikasi, Bank
Muamalat Malaysia Berhad pula telah ditubuhkan pada tahun 1999. Di samping itu,
sejak 1993, institusi kewangan di negara ini telah dibenarkan menawarkan produk dan
perkhidmatan perbankan Islam di bawah Skim Perbankan Islam (SPI). Walau
bagaimanapun, institusi-institusi ini mesti menyimpan dana yang berasingan untuk
transaksi perbankan Islam dan yang lain untuk perbankan konvensional. Pada peringkat
awalnya, hanya tiga buah bank tempatan sahaja yang menyertai skim tersebut iaitu
Malayan Banking Berhad (Maybank), Bumiputera Malaysia Berhad (kini dikenali
sebagai CIMB) dan United Malayan Banking Berhad (sekarang dikenali sebagai RHB
Bank Berhad). Kini, Malaysia mempunyai satu sistem kewangan Islam yang
komprehensif yang termasuk perbankan Islam, takaful, pasaran modal Islam dan
pasaran wang Islam.
Perkembangan industri perbankan Islam yang begitu pesat sehingga dapat
menarik pelabur luar dan dalam negara menyertai industri perbankan Islam tempatan
menunjukkan bahawa syariah sudah dapat diterima dengan meluasnya oleh semua tanpa
mengaitkannya dengan sentimen keagamaan. Oleh kerana syariah merupakan paksi
kepada perjalanan dan operasi perbankan Islam, sesebuah bank yang menyertai Sistem
Perbankan Islam itu perlulah memastikan ia betul-betul mematuhi kehendak syariah. Ini
adalah berdasarkan kepada maksud firman Allah dalam surah al-Jaathiyah , ayat 18 :
6
¢Ο èO y7≈ oΨ ù=yè y_ 4’ n?tã 7π yèƒ Î� Ÿ° zÏiΒ Ì�øΒ F{ $# $ yγ÷è Î7 ¨?$$ sù Ÿωuρ ôì Î7 ®Ks? u!# uθ÷δr&
tÏ% ©! $# Ÿω tβθßϑ n=ôè tƒ ∩⊇∇∪
Terjemahannya:
“Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan
engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-
hukum agama ; maka turutlah syariat itu, dan janganlah engkau menurut
hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar) ".
Perbankan Islam dibangunkan bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam dan
bukan Islam di Malaysia. Pada peringkat awal, sambutan hebat datang dari kalangan
masyarakat Islam tetapi dengan perkembangan pada masa ini menyaksikan perbankan
Islam telah diiktiraf dan diterima secara meluas. Ia diterima bukan sahaja oleh orang
Islam tetapi juga bukan Islam. Senario ini membuktikan bahawa sudah semakin ramai
yang mengetahui dan menghargai kelebihan perbankan Islam. Namun begitu,
masyarakat Islam masih lagi menjadi majoriti pelanggan perbankan Islam (Utusan
Malaysia, 17 Februari 2005).
1.3 Pernyataan Masalah
Walaupun perkembangan pesat berlaku dalam sistem kewangan Islam di seluruh
dunia, terdapat juga segelintir masyarakat yang masih meragui tentang kehadiran
institusi-institusi dan produk perbankan Islam ini di bank-bank konvensional
terutamanya bagi masyarakat bukan Islam. Bagi mereka, sistem perbankan Islam yang
7
diperkenalkan ini adalah untuk masyarakat Islam sahaja. Selain itu, masyarakat juga
kurang arif tentang produk dan perkhidmatan yang terdapat di dalam produk perbankan
Islam di kaunter bank-bank konvensional. Mereka beranggapan bahawa apa yang
ditawarkan di dalam produk perbankan konvensional tidak diperolehi di dalam produk
perbankan Islam. Malah ada juga yang berpendapat bahawa tidak ada perbezaan di
antara kedua-duanya.
Walaubagaimanapun, jika ditinjau dengan lebih teliti masih terdapat segelintir
masyarakat bukan Islam yang menyertai produk dan perkhidmatan perbankan Islam di
bank-bank konvensional yang menyediakan Sistem Perbankan Islam (SPI) kepada para
pelanggannya. Bagi masyarakat bukan Islam yang telah menyertai Sistem Perbankan
Islam ini, sudah tentu terdapat beberapa aspek tertentu yang mendorong dan menarik
minat mereka untuk menyertainya yang perlu diketahui. Manakala yang masih lagi ragu-
ragu terhadap sistem perbankan ini, maka kajian perlu dilakukan untuk meninjau apakah
faktor-faktor yang menghalang mereka daripada menyertainya dan bagaimana pula
caranya untuk menggalakkan dan menarik minat masyarakat bukan Islam memilih
Sistem Perbankan Islam dan seterusnya menjadikan ia sebagai urusniaga perbankan
utama mereka.
Justeru itu, penyelidik merasakan bahawa kajian ini perlu dilakukan untuk
melihat persepsi staf di salah sebuah bank konvensional yang menyediakan produk
perbankan Islam kepada para pesertanya iaitu bank Maybank di Taman Universiti,
Skudai, Johor terhadap penglibatan masyarakat khususnya bukan Islam dalam Sistem
Perbankan Islam.
8
1.4 Objektif Kajian
Fokus utama kajian ini dijalankan ialah untuk:
1.4.1 Meninjau persepsi staf Maybank terhadap faktor-faktor yang mendorong
masyarakat bukan Islam memilih produk perbankan Islam.
1.4.2 Melihat persepsi staf Maybank terhadap faktor-faktor yang menghalang
masyarakat bukan Islam memilih produk perbankan Islam.
1.4.3 Mengetahui persepsi staf Maybank terhadap langkah-langkah yang boleh
dilakukan bagi meningkatkan penyertaan masyarakat bukan Islam dalam
produk perbankan Islam.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, persoalan yang dikaji adalah seperti berikut :
1.5.1 Apakah persepsi staf Maybank terhadap faktor-faktor yang mendorong
masyarakat bukan Islam memilih produk perbankan Islam?