PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH · PDF file2.15.1 Bai Inah 34 . ix 2.15.2 Wadiah 34 2.15.3...

27
PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH ZANARIAH TERHADAP PENGGUNAAN KAD KREDIT NUR HAKIMAH SEPRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH · PDF file2.15.1 Bai Inah 34 . ix 2.15.2 Wadiah 34 2.15.3...

Page 1: PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH · PDF file2.15.1 Bai Inah 34 . ix 2.15.2 Wadiah 34 2.15.3 Pandangan Syarak Terhadap Penggunaan Kad Kredit 35 2.13.4 Kelebihan Kad Kredit Islam

PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH ZANARIAH TERHADAP

PENGGUNAAN KAD KREDIT

NUR HAKIMAH SEPRI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH · PDF file2.15.1 Bai Inah 34 . ix 2.15.2 Wadiah 34 2.15.3 Pandangan Syarak Terhadap Penggunaan Kad Kredit 35 2.13.4 Kelebihan Kad Kredit Islam
Page 3: PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH · PDF file2.15.1 Bai Inah 34 . ix 2.15.2 Wadiah 34 2.15.3 Pandangan Syarak Terhadap Penggunaan Kad Kredit 35 2.13.4 Kelebihan Kad Kredit Islam
Page 4: PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH · PDF file2.15.1 Bai Inah 34 . ix 2.15.2 Wadiah 34 2.15.3 Pandangan Syarak Terhadap Penggunaan Kad Kredit 35 2.13.4 Kelebihan Kad Kredit Islam

PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH ZANARIAH TERHADAP

PENGGUNAAN KAD KREDIT

NUR HAKIMAH SEPRI

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi Sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

( Pengajian Islam )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 5: PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH · PDF file2.15.1 Bai Inah 34 . ix 2.15.2 Wadiah 34 2.15.3 Pandangan Syarak Terhadap Penggunaan Kad Kredit 35 2.13.4 Kelebihan Kad Kredit Islam
Page 6: PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH · PDF file2.15.1 Bai Inah 34 . ix 2.15.2 Wadiah 34 2.15.3 Pandangan Syarak Terhadap Penggunaan Kad Kredit 35 2.13.4 Kelebihan Kad Kredit Islam

iii

DEDIKASI

Setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan pada MU Ku syukuri atas setiap anugerahmu yang tidak ternilai

Selembar bicara ini memberiku peluang untuk berkata-kata Khusus buat insan istimewa dalam hidupku

Sekalung penghargaan buat Abah dan Emak yang disayangi

Sepri bin Rahman dan Hayati binti Surif Pengorbananmu sangat besar dalam mendidikku untuk menjadi insan yang berguna Engkaulah inspirasi dan semangat untukku tempuh saat-saat sukar dalam hidupku

Terima kasih atas kesabaranmu Doaku moga Allah sentiasa memberi rahmat dan kasih sayangNya kepada kalian berdua

Istimewa buat tunang yang dikasihi

Salihin binOmar Kehadiranmu memberi sokongan menjadi pencetus semangat untukku mencapai impian

Doronganmu menjadi pemangkin untukku terus berjaya

Buat adik-adikku Ikram, Hadi, Atikah dan Asilah

Didiklah diri untuk menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat

Buat para pensayarah Terima kasih atas segala ilmu yang telah diberikan

Semoga Allah membalas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan

Buat sahabat-sahabat Kerana Ilmu Kita Bertemu, Kerana Perkenalan Persahabatan Terjalin

Semoga Persahabatan Kita Berkekalan Dan Mewangi Selamanya Semoga Kejayaan Milik Kita Bersama..

Terima kasih atas segalanya......

Page 7: PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH · PDF file2.15.1 Bai Inah 34 . ix 2.15.2 Wadiah 34 2.15.3 Pandangan Syarak Terhadap Penggunaan Kad Kredit 35 2.13.4 Kelebihan Kad Kredit Islam

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Syukur ke

hadrat Ilahi dengan keizinan-Nya, Projek Sarjana Muda ini dapat disiapkan dalam

tempoh masa yang ditetapkan bagi memenuhi syarat untuk mendapat Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat Prof.

Madya Dr. Hussin bin Salamon selaku penyelia, yang banyak meluangkan masa

memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menghasilkan laporan ini. Segala tunjuk

ajar dan keprihatinan amat dihargai.

Jutaan terima kasih juga buat semua responden yang terdiri daripada kakitangan-

kakitangan Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains, Fakulti Kejuruteraan Sains Geoinformasi,

Fakulti Alam Bina, Staf Perpustakaan Sultanah Zanariah dan Staf Pusat Pengajian Islam

dan Pembangunan Sosial di Universiti Teknologi Malaysia Skudai di atas kerjasama

yang telah diberikan. Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada semua staf

Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM, Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia,

Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Perpustakaan Bank Negara

Malaysia dan Perpustakaan Awam Negeri Melaka juga kepada semua yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung dalam perlaksanaan kajian ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberi

bantuan, sumbangan dan kerjasama dalam menjayakan projek ini. Diharapkan agar

kajian ini dapat mencetuskan idea serta dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.

Page 8: PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH · PDF file2.15.1 Bai Inah 34 . ix 2.15.2 Wadiah 34 2.15.3 Pandangan Syarak Terhadap Penggunaan Kad Kredit 35 2.13.4 Kelebihan Kad Kredit Islam

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti persepsi staf PSZ terhadap

penggunaan kad kredit. Seramai 37 orang telah dipilih untuk menjadi responden dalam

kajian ini. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan borang soal

selidik yang mengandungi 39 item yang dibahagikan kepada 4 bahagian. Bahagian A

adalah berkaitan dengan latar belakang responden. Bahagian B,C dan D pula adalah

berkaitan dengan tiga persoalan kajian iaitu untuk mengkaji persepsi staf PSZ terhadap

konsep penggunaan kad kredit, mengenal pasti kelebihan dan kekurangan menggunakan

kad kredit dan mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong dan menghalang untuk

menggunakan kad kredit. Analisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package

For Social Science (SPSS) for window version 14.00 telah digunakan untuk mendapat

nilai kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan yang diperolehi adalah α=

0.792. Secara keseluruhan staf memberikan persepsi positif terhadap setiap persoalan di

atas. Min bagi persepsi staf terhadap konsep penggunaan kad kredit ialah 3.94.

Manakala, min bagi kelebihan menggunakan kad kredit ialah 3.60 dan min bagi

kekurangan menggunakan kad kredit ialah 3.97. Min bagi persepsi staf terhadap faktor-

faktor yang mendorong menggunakan kad kredit ialah 3.82 dan min bagi faktor-faktor

yang menghalang ialah 4.36. Bebeberapa cadangan telah dikemukakan untuk

meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai kad kredit. Kajian lanjutan turut

dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.

Page 9: PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH · PDF file2.15.1 Bai Inah 34 . ix 2.15.2 Wadiah 34 2.15.3 Pandangan Syarak Terhadap Penggunaan Kad Kredit 35 2.13.4 Kelebihan Kad Kredit Islam

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to determine the perception of the staff toward the

usage of credit card. 37 staffs were selected to be the respondents in this study. This

study was carried out quantitatively using a set of questionnaire which contains 39 items

which were divided into four sections. Section A is related to the background of the

respondents. While section B, C and D were related to staff perception on the usage of

credit card, to identify advantages and disadvantages using credit card and to find out the

factors that drive and those factors that restrict staff from using credit card. Descriptive

analyses using Statistical Package for Social Science (SPSS) for windows version 14.00

had been used to acquire frequency value, percentage and mean. The reliability of the

questionnaire is α= 0.792. In overall, the respondents have positive perception towards

the research’s objectives. The mean value for the staff perceptions on the usage of credit

card is 3.94. Whereas, the mean value for the advantages using credit card is 3.60 and

the mean for the disadvantages is 3.97. Besides that, the mean value of 3.82 had been

identified for the staff perception on the factors that drive from using credit card and the

mean for the factors that restrict from using credit card is 4.36. Several suggestions had

been proposed to increase awareness of society on the usage of credit card and

suggestions had also been proposed for future research.

Page 10: PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH · PDF file2.15.1 Bai Inah 34 . ix 2.15.2 Wadiah 34 2.15.3 Pandangan Syarak Terhadap Penggunaan Kad Kredit 35 2.13.4 Kelebihan Kad Kredit Islam

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Istilah 11

1.8.1 Persepsi 11

1.8.2 Staf 11

Page 11: PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH · PDF file2.15.1 Bai Inah 34 . ix 2.15.2 Wadiah 34 2.15.3 Pandangan Syarak Terhadap Penggunaan Kad Kredit 35 2.13.4 Kelebihan Kad Kredit Islam

viii

1.8.3 Penggunaan 11

1.8.4 Kad 12

1.8.5 Kad Kredit 12

1.9 Kesimpulan 13

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Definisi Jual Beli 15

2.3 Dalil Pensyariatan Jual Beli 15

2.4 Kad Kredit Dalam Kehidupan Moden 16

2.4.1 Definisi Kredit 17

2.4.2 Fungsi Kredit 18

2.4.3 Salah Guna Kredit 18

2.4.4 Alat Kredit 19

2.5 Kad Kredit Dan Fungsinya 19

2.6 Sejarah Penggunaan Kad Kredit 21

2.7 Jenis Kad 21

2.8 Memohon Kad Kredit 22

2.9 Caj-caj Yang Berkaitan Dengan Kad Kredit 23

2.10 Faktor-Faktor Yang Mendorong Dan Menghalang

Menggunakan Kad Kredit 25

2.11 Kelebihan Dan Kekurangan Menggunakan Kad Kredit 26

2.12 Hukum Amalan Kad Kredit Konvensional 28

2.12.1 Hukum Berkaitan Unsur-unsur Yang Terdapat

Dalam Kad Kredit Konvensional 28

2.13 Konsep Kredit Mengikut Perspektif Islam 31

2.13.1 Definisi al-Qard 31

2.13.2 Dalil Pensyariatan al-Qard 32

2.14 Kad Kredit Islam 33

2.15 Prinsip-prinsip Dalam Kad Kredit Islam 33

2.15.1 Bai Inah 34

Page 12: PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH · PDF file2.15.1 Bai Inah 34 . ix 2.15.2 Wadiah 34 2.15.3 Pandangan Syarak Terhadap Penggunaan Kad Kredit 35 2.13.4 Kelebihan Kad Kredit Islam

ix

2.15.2 Wadiah 34

2.15.3 Pandangan Syarak Terhadap Penggunaan

Kad Kredit 35

2.13.4 Kelebihan Kad Kredit Islam 37

2.14 Kajian-kajian Lepas 37

2.15 Kesimpulan 42

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 43

3.2 Rekabentuk Kajian 44

3.21 Kajian Perpustakaan 44

3.2.2 Kajian Lapangan 45

3.2.2.1 Tempat Kajian 45

3.2.2.2 Populasi Dan Sampel Kajian 46

3.2.2.3 Instrumen Kajian 47

3.3 Analisis Data 50

3.4 Kajian Rintis 52

3.5 Prosedur Kajian 53

3.6 Jangka Masa Kajian 54

3.7 Kesimpulan 54

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 55

4.2 Analisis Data (Bahagian A) 56

4.2.1 Latar Belakang Jantina 56

4.2.2 Pengalaman Bekerja 57

4.2.3 Gaji Bulanan 57

4.2.4 Penggunaan Kad Kredit 58

4.2.5 Jenis Kad Kredit 59

Page 13: PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH · PDF file2.15.1 Bai Inah 34 . ix 2.15.2 Wadiah 34 2.15.3 Pandangan Syarak Terhadap Penggunaan Kad Kredit 35 2.13.4 Kelebihan Kad Kredit Islam

x

4.3 Analisis Data (Bahagian B) 59

4.3.1 Analisis Persepsi Terhadap Penggunaan

Kad Kredit 60

4.4 Analisis Data (Bahagian C) 65

4.4.1 Persepsi Terhadap Kelebihan Menggunakan

Kad Kredit 66

4.4.2 Persepsi Terhadap Kekurangan Menggunakan

Kad Kredit 69

4.5 Analisis Data (Bahagian D) 73

4.5.1 Persepsi Staf Terhadap Faktor-faktor Yang

Mendorong Untuk Menggunakan Kad Kredit 73

4.5.2 Persepsi Staf Terhadap Faktor-faktor Yang

Menghalang Untuk Menggunakan Kad Kredit 77

4.6 Dapatan Keseluruhan 80

4.7 Kesimpulan 89

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 90

5.2 Perbincangan 90

5.2.1 Perbincangan Latar Belakang 91

5.2.2 Persepsi Staf Perpustakaan Sultanah Zanariah

Terhadap Penggunaan Kad Kredit 93

5.2.3 Persepsi Staf Perpustakaan Sultanah Zanariah

Terhadap Kelebihan Dan Kekurangan Kad Kredit 95

5.2.4 Persepsi Staf Perpustakaan Sultanah Zanariah

Terhadap Faktor-faktor Yang Mendorong Dan

Menghalang Menggunakan Kad Kredit 99

5.3 Rumusan 102

5.3.1 Rumusan Persepsi Staf Perpustakaan Sultanah

Terhadap Konsep Penggunaan Kad Kredit 102

Page 14: PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH · PDF file2.15.1 Bai Inah 34 . ix 2.15.2 Wadiah 34 2.15.3 Pandangan Syarak Terhadap Penggunaan Kad Kredit 35 2.13.4 Kelebihan Kad Kredit Islam

xi

5.3.2 Rumusan Persepsi Staf Perpustakaan Sultanah

Zanariah Terhadap Kelebihan Dan Kekurangan

Kad Kredit 103

5.3.3 Rumusan Persepsi Staf Perpustakaan Sultanah

Zanariah Terhadap Faktor-faktor Yang Mendorong

Dan Menghalang Untuk Menggunakan Kad Kredit 104

5.4 Cadangan 105

5.4.1 Kerajaan 105

5.4.2 Bank 106

5.4.3 Masyarakat Umum 107

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 108

5.6 Kesimpulan 109

BIBLIOGRAFI 110

LAMPIRAN

Page 15: PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH · PDF file2.15.1 Bai Inah 34 . ix 2.15.2 Wadiah 34 2.15.3 Pandangan Syarak Terhadap Penggunaan Kad Kredit 35 2.13.4 Kelebihan Kad Kredit Islam

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Operasi Kad Kredit di Malaysia Dari Tahun 2005 Hingga 16

Pertengahan 2008

2.2 Tempoh Pembayaran Balik dan Jumlah Faedah 24

3.1 Klasifikasi Item Mengikut Soalan 48

3.2 Skala Likert 49

3.3 Skala Pemeringkatan Likert Untuk Min 51

3.4 Nilai Skor Min 51

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 56

4.2 Taburan Pengalaman Bekerja Responden 57

4.3 Taburan Gaji bulanan Responden 57

4.4 Taburan Penggunaan Kad Kredit Oleh Responden 58

4.5 Taburan Jenis Kad Kredit 59

4.6 Taburan Skor Bagi Item Satu 60

4.7 Taburan Skor Bagi Item Dua 60

4.8 Taburan Skor Bagi Item Tiga 61

4.9 Taburan Skor Bagi Item Empat 61

4.10 Taburan Skor Bagi Item Lima 62

4.11 Taburan Skor Bagi Item Enam 62

4.12 Taburan Skor Bagi Item Tujuh 63

4.13 Taburan Skor Bagi Item Lapan 64

4.14 Taburan Skor Bagi Item Sembilan 64

4.15 Taburan Skor Bagi Item Sepuluh 65

4.16 Taburan Skor Bagi Item Sebelas 66

Page 16: PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH · PDF file2.15.1 Bai Inah 34 . ix 2.15.2 Wadiah 34 2.15.3 Pandangan Syarak Terhadap Penggunaan Kad Kredit 35 2.13.4 Kelebihan Kad Kredit Islam

xiii

4.17 Taburan Skor Bagi Item Dua Belas 67

4.18 Taburan Skor Bagi Item Tiga Belas 67

4.19 Taburan Skor Bagi Item Empat Belas 68

4.20 Taburan Skor Bagi Item Lima Belas 68

4.21 Taburan Skor Bagi Item Enam Belas 69

4.22 Taburan Skor Bagi Item Tujuh Belas 69

4.23 Taburan Skor Bagi Item Lapan Belas 70

4.24 Taburan Skor Bagi Item Sembilan Belas 70

4.25 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh 71

4.26 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Satu 71

4.27 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Dua 72

4.28 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Tiga 73

4.29 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Empat 74

4.30 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Lima 74

4.31 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Enam 75

4.32 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Tujuh 75

4.33 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Lapan 76

4.34 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Sembilan 77

4.35 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh 77

4.36 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Satu 78

4.37 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Dua 78

4.38 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Tiga 79

4.39 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Empat 80

4.40 Rumusan dapatan kajian mengenai persepsi staf PSZ

terhadap konsep penggunaan kad kredit 80

4.41 Rumusan dapatan kajian mengenai persepsi staf PSZ

terhadap kelebihan menggunakan kad kredit 83

4.42 Rumusan dapatan kajian mengenai persepsi staf PSZ

terhadap kekurangan menggunakan kad kredit 84

4.43 Rumusan dapatan kajian mengenai persepsi terhadap

faktor-faktor yang mendorong staf PSZ menggunakan

kad kredit 86

4.44 Rumusan dapatan kajian mengenai persepsi terhadap 87

faktor-faktor yang menghalang staf PSZ menggunakan kad kredit

Page 17: PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH · PDF file2.15.1 Bai Inah 34 . ix 2.15.2 Wadiah 34 2.15.3 Pandangan Syarak Terhadap Penggunaan Kad Kredit 35 2.13.4 Kelebihan Kad Kredit Islam

xiv

SENARAI SINGKATAN

S.W.T. Subhanahu Wa Taala

s.a.w. Sallallahu Alaihi Wasallam

ATM Automated Teller Machine

OIC Organization Of Islamic Countries

PSZ Perpustakaan Sultanah Zanariah

BNM Bank Negara Malaysia

Page 18: PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH · PDF file2.15.1 Bai Inah 34 . ix 2.15.2 Wadiah 34 2.15.3 Pandangan Syarak Terhadap Penggunaan Kad Kredit 35 2.13.4 Kelebihan Kad Kredit Islam

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Soal Selidik

B Surat Permohonan Menjalani Projek

Sarjana Muda (Fakulti Pendidikan)

C Kajian Rintis

Page 19: PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH · PDF file2.15.1 Bai Inah 34 . ix 2.15.2 Wadiah 34 2.15.3 Pandangan Syarak Terhadap Penggunaan Kad Kredit 35 2.13.4 Kelebihan Kad Kredit Islam

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Islam merupakan agama yang syumul dan meliputi dalam semua aspek kehidupan.

Setiap perbuatan manusia telah diberikan garis panduan di dalam al-Quran dan Sunnah.

Garis panduan ini disebut sebagai syariah. Syariah berasal daripada perkataan dasar syara’

yang bermaksud perundangan. Menurut Fadzila Azni Ahmad (2003:17) dipetik dari

Hailani Muji Tahir mengatakan bahawa perundangan yang dimaksudkan ialah segala

hukum yang dikanunkan oleh Allah ke atas setiap hamba-Nya supaya mereka beriman dan

patuh kepada-Nya. Secara literal syariah juga bermaksud jalan atau petunjuk untuk

membawa manusia kepada kebenaran. Ruang lingkup kehidupan yang digariskan oleh

syariah terbahagi kepada aspek-aspek ibadat, munakahat, muamalat dan jinayat.

Secara ringkas, dalam aspek ibadat syariah menggariskan kaedah-kaedah

melaksanakan penyembahan secara khusus kepada Allah. Aspek munakahat pula

membentangkan kaedah-kaedah yang berkaitan dengan kekeluargaan manakala aspek

jinayat melibatkan kanun jenayah dan penjenayahan. Dalam bab muamalat, syariah

Page 20: PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH · PDF file2.15.1 Bai Inah 34 . ix 2.15.2 Wadiah 34 2.15.3 Pandangan Syarak Terhadap Penggunaan Kad Kredit 35 2.13.4 Kelebihan Kad Kredit Islam

membentangkan cara-cara untuk mengatur kehidupan seharian sesama manusia

termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti perbankan. Muamalah dalam Islam

adalah diharuskan. Ini berdasarkan daripada firman Allah S.W.T.:

وأحل الله البيع

Maksudnya: “Dan Allah telah menghalalkan berjual beli”

( Surah al-Baqarah 2: 275 )

Juga firman-Nya:

كممن إال أن تكون تجارة عن تراض

Maksudnya: “Kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan

secara suka sama suka di antara kamu.”

( Surah al-Nisa’ 4: 29 )

Dan firman-Nya:

يس عليكم جناح أن تبتغوا فضال من ربكمل Maksudnya: “Tidaklah menjadi salah kamu mencari limpah

kurnia daripada Tuhan kamu (dengan mengurus perniagaan

ketika mengerjakan haji)”

( Surah al-Baqarah 2: 198 )

Page 21: PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH · PDF file2.15.1 Bai Inah 34 . ix 2.15.2 Wadiah 34 2.15.3 Pandangan Syarak Terhadap Penggunaan Kad Kredit 35 2.13.4 Kelebihan Kad Kredit Islam

Ulama’ telah berijma’ mengatakan bahawa jual beli adalah harus. Terdapat

banyak hikmat dalam keharusan ini kerana keperluan seseorang adalah bergantung kepada

barang atau harta yang ada di bawah pegangan atau milik kawannya sedangkan kawannya

itu tidak bersedia menyerah kepadanya tanpa ganjaran. Oleh itu dengan melakukan jual

beli maka ia menjadi satu jalan atau cara kepada seseorang untuk mendapatkan maksudnya

dan untuk menyelesaikan keperluannya. Sesungguhnya manusia itu mempunyai kehendak

yang tidak terhad tetapi kemampuannya terhad untuk memenuhi kehendaknya. Oleh yang

demikian, sistem perbankan diperkenalkan bagi memudahkan manusia untuk menguruskan

keperluan dan kehendaknya dalam kehidupan.

Pemberian pinjaman adalah fungsi paling penting dalam perniagaan perbankan dan

menjadi punca utama kepada perolehan dan keuntungannya. Sebahagian besar daripada

sumber dana bank disalurkan kepada aktiviti-aktiviti pemberian pinjaman. Pinjaman yang

dikeluarkan boleh dibayar secara ansuran. Tempoh pembayaran balik bergantung pada

beberapa faktor seperti dasar bank dan jenis pinjaman yang dikeluarkan.

Kemudahan-kemudahan pinjaman yang disediakan oleh bank ialah overdraf,

pembelian cek luar, pinjaman tempoh, pinjaman perumahan, jaminan bank, surat kredit,

sewa beli dan pajakan. Kemudahan pinjaman lain yang ditawarkan oleh bank kepada

pelanggan adalah kemudahan kad kredit. Perkembangan pesat dalam bidang teknologi

pada hari ini, telah memudahkan masyarakat untuk menjalankan transaksi dengan

menggunakan kad kredit. Kad kredit akan membolehkan pemegangnya membeli barangan

atau perkhidmatan secara kredit sehingga had yang telah ditetapkan. Ia adalah satu

kemudahan kepada pengguna dan ia sudah menjadi satu bentuk pembiayaan hutang

kepada pengguna.

Page 22: PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH · PDF file2.15.1 Bai Inah 34 . ix 2.15.2 Wadiah 34 2.15.3 Pandangan Syarak Terhadap Penggunaan Kad Kredit 35 2.13.4 Kelebihan Kad Kredit Islam

1.2 Latar Belakang Masalah

Gaya hidup sebahagian masyarakat pada hari ini dalam masalah jual beli telah

berubah apabila menggunakan kad kredit dalam urusan jual beli. Penggunaan kad kredit

dalam transaksi merupakan suatu bentuk pinjaman atau hutang yang memudahkan

pengguna untuk tidak membawa wang yang banyak dalam dompet mereka.

Pemilikan kad kredit dalam masyarakat dilihat sebagai suatu keperluan pada hari

ini seperti produk-produk perkhidmatan yang lain di pasaran. Misalnya dahulu kad kredit

hanya digunakan oleh segelintir profesional dan kelas masyarakat tertentu sahaja. Namun

pada hari ini sesiapa yang berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan minimum

RM 18 000 setahun adalah layak untuk memohon memiliki kad kredit dengan syarat beliau

mempunyai keupayaan kredit yang mencukupi (BNM,2003 :3).

Tempoh pembayaran balik termasuk bayaran faedah akan bergantung kepada

pemegang kad ini sendiri tertakluk kepada bayaran minimum setiap bulan. Peningkatan

penggunaannya adalah disebabkan penyediaan kad kredit antarabangsa yang popular

seperti Visa dan Mastercard. Di samping itu proses permohonan juga adalah lebih mudah

dan mengambil masa yang singkat berbanding dengan permohonan pinjaman lain (Darina

Osman, 2004:45).

Walau bagaimanapun, kewujudan peluang-peluang untuk memiliki pelbagai jenis

kad kredit yang banyak dalam pasaran hari ini telah melahirkan kecenderungan membeli

secara tidak terancang dan membebankan hidup dengan cara berhutang dalam kehidupan

pengguna. Ini kerana amalan perbelanjaan secara berlebihan akan berlaku secara tidak

disedari. Amalan kredit ini akan menjadi beban kepada pengguna sekiranya berlaku

Page 23: PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH · PDF file2.15.1 Bai Inah 34 . ix 2.15.2 Wadiah 34 2.15.3 Pandangan Syarak Terhadap Penggunaan Kad Kredit 35 2.13.4 Kelebihan Kad Kredit Islam

tunggakan pembayaran dan kadar faedah yang tinggi yang dikenakan oleh pihak bank

semasa dalam tempoh kontrak.

Kajian melaporkan pada tahun 2004 lebih 3.5 juta kad kredit telah diedarkan di

seluruh negara. Ia ekoran kelonggaran syarat di atas berbanding sebelum ini, setiap

pemohon yang ingin mendapatkan kad kredit perlu melalui proses tertentu seperti mengisi

borang permohonan, menyediakan tiga salinan slip gaji dan bukti alamat yang dilihat agak

menyulitkan permohonan. Tetapi hari ini prosedur itu tidak lagi menjadi penghalang,

bahkan hampir semua bank berebut menyediakan kemudahan kad kredit (Darina Osman,

2004:45).

Hampir kesemua bank di Malaysia menawarkan perkhidmatan kad kredit seperti

RHB Bank, Maybank, Bank Simpanan Nasional, CIMB Bank dan BIMB Bank. Bank-bank

ini memperkenalkan pelbagai faedah dan pakej tertentu bagi mengoptimumkan

kepenggunaan kad kredit di samping melariskan jualannya. Sekarang ini diperkenalkan

mata ganjaran (point) yang membolehkan pengguna menebus mata yang terkumpul dengan

barang tertentu. Secara tidak langsung tawaran ini mendorong pengguna berbelanja lebih

semata-mata untuk mencukupkan mata ganjaran bagi penebusan barang atau hadiah

(Darina Osman, 2004:45).

Oleh itu pengguna haruslah pandai membuat pertimbangan semasa memilih kad

kredit yang ditawarkan oleh pihak bank dengan membuat penilaian dengan terperinci

terma dan syarat-syarat, jenis-jenis caj, syarat-syarat pembayaran balik, prosedur untuk

membuat aduan dan kerahsiaan maklumat dan perbezaan kadar faedah bayaran ataupun caj

yang dikenakan serta menilai kemudahan-kemudahan lain yang ditawarkan dalam

kemudahan kad kredit.

Page 24: PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH · PDF file2.15.1 Bai Inah 34 . ix 2.15.2 Wadiah 34 2.15.3 Pandangan Syarak Terhadap Penggunaan Kad Kredit 35 2.13.4 Kelebihan Kad Kredit Islam

Kini perbankan Islam juga telah memperkenalkan kad kreditnya. Pada 23 Julai

2002, Bank Islam (Malaysia) Berhad telah melancarkan kad kredit berlandaskan syariah

yang didakwa pertama di dunia dinamakan Kad Bank Islam (KBI) (Berita Harian, 24 Julai

2002). Dengan kehadiran kad kredit Islam, ia memberi peluang kepada pengguna untuk

beralih kepada sistem pengurusan kredit secara Islam. Banyak kelebihan yang ditawarkan

oleh kad kredit Islam antaranya ialah yuran keahlian percuma sepanjang tempoh

penggunaan dan mempunyai perlindungan takaful (insurans secara Islam) (Utusan

Malaysia, 14 Jun 2006).

Penggunaan kad kredit Islam terbatas kepada perbelanjaan yang tidak bertentangan

dengan hukum syarak. Transaksinya hanya boleh dilakukan di kaunter-kaunter halal

sahaja. Ini dapat memelihara pengguna daripada terjebak dengan jual beli yang shubahat

dan haram. Prinsip yang digunakan dalam kad kredit Islam ialah Bai’ Inah, Wadiah dan

Qardhul Hassan (Berita Harian, 24 Julai 2002). Ia bebas daripada sebarang unsur-unsur

perjudian, gharar (ragu-ragu) dan tiada penindasan seperti kadar faedah kad kredit

konvensional.

Kini, pelbagai pilihan ada di tangan pengguna sama ada hendak memilih

menggunakan kad kredit konvensional ataupun kad kredit Islam. Prinsip asas yang perlu

ada pada pengguna ialah berbelanja hanya untuk keperluan dan kemampuan. Kempen

Bijak Berbelanja yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah satu

program berbentuk nasihat agar rakyat sentiasa bijak menggunakan wang dan mengatur

perbelanjaan. Program ini diperkenalkan oleh Perdana Menteri adalah untuk memberi

peringatan kepada orang ramai supaya bijak mengatur perbelanjaan dan menggunakan kad

kredit tanpa membazir agar mereka tidak menghadapi beban hutang yang boleh menjurus

ke arah kebankrapan (Berita Harian, 15 April 2006).

Page 25: PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH · PDF file2.15.1 Bai Inah 34 . ix 2.15.2 Wadiah 34 2.15.3 Pandangan Syarak Terhadap Penggunaan Kad Kredit 35 2.13.4 Kelebihan Kad Kredit Islam

Setiap tahun peningkatan pemilikan kad kredit dilihat sangat tinggi. Ini

menunjukkan ramai pengguna telah beralih untuk menggunakan kad kredit semasa

transaksi jual beli. Berdasarkan perangkaan Bank Negara Malaysia, sebanyak 8.8 juta kad

kredit dikeluarkan institusi kewangan pada tahun 2007, dengan purata pemilik mempunyai

3.17 kad kredit. Kira-kira 60 peratus pemilik kad kredit menjelaskan pinjaman mengikut

masa ditetapkan, tetapi 40 peratus lagi gagal menjelaskan tunggakan pinjaman mencecah

RM18.6 bilion (Berita Harian, 5 April 2007).

Di sini dapat dilihat dengan jelas peringatan daripada Perdana Menteri dan

perangkaan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia menunjukkan bahawa pengguna

masih tidak memahami konsep sebenar penggunaan kad kredit dalam transaksi jual beli. Di

samping itu keghairahan institusi menarik seramai mungkin pelanggan kad kredit sehingga

hampir sesiapa saja yang mempunyai pendapatan tetap boleh memilikinya, mencetuskan

budaya berbelanja dan berhutang tanpa kawalan. Oleh sebab itu, penyelidik merasakan

perlu dibuat kajian tentang persepsi pengguna terhadap konsep penggunaan kad kredit

serta faktor-faktor yang mendorong dan menghalang pengguna daripada memiliki kad

kredit.

1.3 Penyataan Masalah

Peningkatan penggunaan kad kredit pada setiap tahun menunjukkan masyarakat

hari ini sedang menuju satu trend baru ke arah mewujudkan masyarakat tanpa wang tunai

(cashless society). Menurut Nazimah Hussin (2007:177) dipetik daripada Bernama

menyatakan bahawa peningkatan jumlah orang yang diisytiharkan muflis makin meningkat

setiap tahun iaitu pada 2005 seramai 1,479 orang, pada 2006 seramai 1,656 orang dan pada

2007 menunjukkan seramai 1,873 orang. Keadaan ini amat membimbangkan jika ia terus

Page 26: PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH · PDF file2.15.1 Bai Inah 34 . ix 2.15.2 Wadiah 34 2.15.3 Pandangan Syarak Terhadap Penggunaan Kad Kredit 35 2.13.4 Kelebihan Kad Kredit Islam

berlaku. Pada hari ini, dilihat peningkatan penggunaan kad kredit semakin bertambah

kerana terdapat pelbagai kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan dan institusi perbankan

untuk menarik pengguna untuk memilikinya. Tetapi, adakah penggunaan kad kredit

disebabkan oleh kesedaran pengguna untuk menjadikannya sebagai alat pembiayaan

kewangan dalam urusan jual beli ataupun sekadar untuk menampung kos sara hidup yang

semakin meningkat. Oleh itu, satu kajian akan dilakukan bagi mengkaji persepsi pengguna

terhadap konsep penggunaan kad kredit, persepsi terhadap kelebihan dan kekurangan

dalam menggunakan kad kredit serta persepsi terhadap faktor-faktor yang mendorong dan

menghalang pengguna untuk menggunakan kad kredit dalam transaksi jual beli. Maka

tajuk kajian yang akan dilakukan oleh penyelidik adalah persepsi staf Perpustakaan

Sultanah Zanariah Terhadap Penggunaan Kad Kredit.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk :

i. Mengenal pasti persepsi staf Perpustakaan Sultanah Zanariah terhadap konsep

penggunaan kad kredit.

ii. Mengenal pasti persepsi staf Perpustakaan Sultanah Zanariah terhadap kelebihan dan

kekurangan menggunakan kad kredit.

iii. Mengenal pasti persepsi staf Perpustakaan Sultanah Zanariah terhadap faktor-faktor

yang mendorong dan menghalang untuk menggunakan kad kredit.

Page 27: PERSEPSI STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH · PDF file2.15.1 Bai Inah 34 . ix 2.15.2 Wadiah 34 2.15.3 Pandangan Syarak Terhadap Penggunaan Kad Kredit 35 2.13.4 Kelebihan Kad Kredit Islam

1.5 Persoalan Kajian

i. Apakah persepsi staf Perpustakaan Sultanah Zanariah terhadap konsep penggunaan

kad kredit.

ii. Apakah persepsi staf Perpustakaan Sultanah Zanariah terhadap kelebihan dan

kekurangan menggunakan kad kredit.

iii. Apakah persepsi staf Perpustakaan Sultanah Zanariah terhadap faktor-faktor yang

mendorong dan menghalang untuk menggunakan kad kredit.