PERSEPSI TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT ... · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini...

25
PERSEPSI TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT PELAJAR 4SPH DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN SITI SOLEHA BINTI MISMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PERSEPSI TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT ... · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini...

Page 1: PERSEPSI TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT ... · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi minat

PERSEPSI TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

MINAT PELAJAR 4SPH DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN

SITI SOLEHA BINTI MISMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT ... · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi minat

I]NIYERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISO

JT]DTIL: PERSEPSI TERHADAP FAKTOR-FAKTORYAI\IGMEMPENGARTIEI MINAT PELAJAR 4SPH DAI,AM BIDAI\TGKDUSAHAWANAN

SESIPENGAIAN: @@

Saya SITI SOLEHA BINTI MISMAN(rIuRUT BESAR)

rengaku membenarkan t€sis (PslvflsarjanalDoktor Falsafah)* ini disimpan di PerpushkaanUnivemiti Teknologi Malaysia &ngan syarat-syarat kegunaan sep€rti berikut:

l. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenar*an membuat salinan

untuk tujuan pengajian sahaja3. Perpustakaan dibelrukan menrbuat salinan tesis ini sebagai bahm p€rtukaran ailrtara

instihsi pengajian tinggi.4. t*silatandakan (y' )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepelrtingan fv{al5"asia s€e€rti 5angtermakhrb di dalam(AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olehorganisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan).

i TIDAK TERIIAD

Ffiev*(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat tetap:KARI'NG BENKUNCL NO 102"&'2OO SENGGARANG.BATU PAHAT.JOHORffi

Disahkan oleh

f* erb(TANDATANGAN PEI.{YELIA)

DR N(X)RAIMOTHMANNamaPenyelia

Tarikh: >1 lo+l>oa1

CATATAN. *rta

PSZ 19:16 (Pind.lM)

Potong yang tidak berkenaan.Jikatesis fud SULIT atauTERHAD, sila lmpirtan suratdripa&pibakberkuasa/oryroimsiberkenaandenganmenyatalcan sebli sebab dmteryohtesis ini perludikelaskan sebagaiSULIT atau TERHAD.Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ljazah ffiorFalsafah dan Sarjana s€cara p€nyelidikan,atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporaa ProjekSarjanaMuda (PSM).

Page 3: PERSEPSI TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT ... · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi minat

ii

PENGtrSAHAN PreNYtrLIA

"Saya/I(amit akui bahawa saya telatr membaca karya ini dan pada palrdangan

saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk

t{uan pengarrug€rahan Sazah Sarjma Muda Teknologi Serta Pendidikan

( KqnahiranHidup )"

Tandatangm :,1&r^ erb

NamaPenyelia : DrNooraini Othman

rafirn , ...?t{.:.y.(.::.1.....

* Potong yang tidak berkenaan

Page 4: PERSEPSI TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT ... · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi minat

iii

PSRSOPSN TSRflAI'AP tr.AN(f{T}R-TAIffIOR YANG MfMPANGARIIHI MINATPELATAR 4SPII DALAM BIDAT{G KEUSAHAWANA}I

SITI SOLEIIA BTNTI FIISMAN

lirpqm &osid( Iai XliM S€ergii Mi ScbrUaeirn

Deripada Syaret Pengenugenhan lieurh Seriana Muda

Teknologi Sert* Pe*dirlikan (KemU**n Hidry)

fffiiPm$al*en

Univ,crsiti Tdmologi MalaYrin

MEI,209)

Page 5: PERSEPSI TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT ... · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi minat

lv

"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali aukilan daa riagkasan yaag

tiap-trap satwilye telah saya jelaskan surnbemya".

e&w{Tandatangan :

Nama Fenulis : SITI S@LEHA BINTI IIdSMAN

rarikh : ... .........?3..:.1..:.7?.?.2........

Page 6: PERSEPSI TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT ... · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi minat

v

DEDIKASI

Dengan nama Allah S.W.T. yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T. tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Buat Ayah dan Ibu,

Misman Bin Karjah

Fatimah Binti Ahmad

Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga di atas dorongan dan pengorbananmu

selama ini. Segala hajatmu ingin melihat anakmu berjaya telah tertunai akhirnya dengan

segulung ijazah di tangan sebagai membalas jasa dan penat lelah mu selama ini.

Page 7: PERSEPSI TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT ... · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi minat

vi

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan

hidayahNya, saya dapat menyiapkan kajian ini.

Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek

sarjana muda Dr. Nooraini Othman di atas bimbingan dan dorongan yang diberikan

sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya

Allah S.W.T. yang mengetahui dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.

Seterusnya kepada rakan-rakan di atas kerjasama dalam menjawab soal selidik

yang diberikan amatlah dihargai dan bantuan, dorongan serta sumbangan idea dan

pendapat dalam menjayakan projek ini.

Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan,pendapat dan idea dalam

menjayakan projek penyelidikan ini. Segala ganjaran dan pembalasan semuanya ku

serahkan pada Yang Maha Esa.

Terima kasih.

Page 8: PERSEPSI TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT ... · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi minat

vii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi terhadap faktor-faktor yang

mempengaruhi minat pelajar 4SPH dalam bidang keusahawanan. Kajian ini dijalankan

dengan melihat kepada aspek kurikulum matapelajaran, persekitaran dan galakan

keluarga dalam mempengaruhi minat pelajar terhadap bidang tersebut. Responden

kajian ini terdiri daripada 127 orang pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup). Rekabentuk kajian adalah menggunakan kaedah

tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan statistik deskriptif perbandingan

min. Satu set borang soalselidik telah diedarkan kepada responden bagi mengumpul

data yang diperlukan. Data yang terkumpul telah dianalisis menggunakan perisian

Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 15.0. Hasil dapatan

menunjukkan faktor persekitaran paling mempengaruhi minat pelajar dalam bidang

keusahawanan, diikuti dengan faktor kurikulum matapelajaran dan faktor galakan

keluarga.

Page 9: PERSEPSI TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT ... · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi minat

viii

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify factors perception which influence 4SPH

students’ interest towards entrepreneurship. This research studied the aspect of

curriculum of the subject, environment and family support in influencing the students’

interest. The respondents of the study are 127 forth year students from Bachelor of

Technology and Education (Living Skill). The research design involved is survey

method using descriptive statistical mean analysis. A set of questionnaire was

distributed to the respondents for the data collection. The data collected was analysed

using Statistical Package for the Social Science (SPSS) version 15.0. The finding shows

that environment is the most influential factor in influencing the students’ interest

towards entrepreneurship, followed by the subject curriculum and family support.

Page 10: PERSEPSI TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT ... · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi minat

ix

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

STATUS PENGESAHAN TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

HALAMAN JUDUL iii

HALAMAN PENGAKUAN iv

HALAMAN DEDIKASI v

HALAMAN PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

ISI KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

Page 11: PERSEPSI TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT ... · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi minat

x

BAHAGIAN SATU

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kerangka Konsep 7

1.7 Kepentingan Kajian 7

1.8 Batasan Kajian 9

1.9 Definisi Istilah 9

1.10 Penutup 11

BAHAGIAN DUA

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Usahawan dan Keusahawanan 13

2.3 Pengaruh Minat Terhadap Keusahawanan 16

2.4 Pengaruh Kurikulum Terhadap Minat 19

2.5 Pengaruh Persekitaran Terhadap Minat 21

2.6 Pengaruh Keluarga Terhadap Minat 23

2.7 Penutup 26

Page 12: PERSEPSI TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT ... · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi minat

xi

BAHAGIAN TIGA

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 27

3.2 Reka Bentuk Kajian 28

3.3 Persampelan dan Responden 28

3.4 Tempat Kajian 29

3.5 Instrumen Kajian 29

3.6 Kajian Rintis 31

3.7 Prosedur Kajian 33

3.8 Analisis Data 33

3.9 Penutup 35

BAHAGIAN EMPAT

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 36

4.2 Analisis Bahagian A

(Latar Belakang Responden)

4.2.1 Jantina Responden 37

4.2.2 Bangsa Responden 38

4.2.3 Taraf Tertinggi Pendidikan Ibu/Bapa 39

4.2.4 Pendapatan Keseluruhan Keluarga 40

4.2.5 Keluarga Yang Terlibat Dengan Perniagaan 41

Page 13: PERSEPSI TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT ... · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi minat

xii

4.3 Analisis Data Bahagian B

(Persoalan Kajian)

4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian Pertama 42

4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian Kedua 45

4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian Ketiga 48

4.4 Kesimpulan 51

4.5 Penutup 52

BAHAGIAN LIMA

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 53

5.2 Perbincangan 54

5.3 Rumusan Dapatan Kajian 62

5.4 Cadangan 65

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 67

5.6 Penutup 68

BIBLIOGRAFI 69

LAMPIRAN

Lampiran A - Soal Selidik 72

Lampiran B - Jumlah Peratus Setiap Item 78

Lampiran C - Analisis Data SPSS Bahagian A 81

Lampiran D - Analisis Data SPSS Min

Bagi 30 Item Soal Selidik 83

Lampiran E - Surat Kebenaran Fakulti 84

Page 14: PERSEPSI TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT ... · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi minat

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Skor dan skala lima mata 30

3.2 Bahagian B dalam borang soal selidik 31

3.3 Tahap peratusan 34

3.4 Skala bagi min 34

4.1 Taburan responden mengikut jantina 37

4.2 Taburan responden mengikut bangsa 38

4.3 Taburan responden mengikut taraf tertinggi

pendidikan ibu/bapa 39

4.4 Taburan responden mengikut pendapatan

keseluruhan keluarga 40

4.5 Taburan responden mengikut ahli keluarga

yang terlibat dengan perniagaan 41

4.6 Maklum balas responden terhadap item

mengenai faktor kurikulum matapelajaran

yang mempengaruhi minat pelajar terhadap

bidang keusahawanan 42

4.7 Maklum balas responden terhadap item

mengenai faktor persekitaran yang mempengaruhi

minat pelajar terhadap bidang keusahawanan 46

Page 15: PERSEPSI TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT ... · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi minat

xiv

4.8 Maklum balas responden terhadap item

mengenai faktor galakan keluarga yang

mempengaruhi minat pelajar terhadap bidang

keusahawanan 49

4.9 Taburan purata keseluruhan peratus dan

min persoalan kajian 51

Page 16: PERSEPSI TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT ... · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi minat

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka konsep 7

Page 17: PERSEPSI TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT ... · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi minat

xvi

SENARAI SINGKATAN

SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

SPSS - Statistical Package For Social Science

IKS - Industri Kecil dan Sederhana

KH - Kemahiran Hidup

IPT - Institut Pengajian Tinggi

IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta

MeCD - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

NGO - Badan-Badan Bukan Kerajaan

DPMMS - Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Malaysia

Selangor

Insken - Institut Keusahawanan Negara

Page 18: PERSEPSI TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT ... · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi minat

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Soal Selidik

B Jumlah Peratus Setiap Item Soal Selidik

C Analisis Data SPSS Bahagian A

D Analisis Data SPSS Min Bagi 30 Item Soal Selidik

E Surat Kebenaran Fakulti

Page 19: PERSEPSI TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT ... · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi minat

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam menuju abad ke-21 kita dapat menyaksikan peranan usahawan sebagai

penggerak utama ekonomi. Walaupun Malaysia kini sudah berjaya dari aspek

keusahawanan tetapi terdapat beberapa isu dan agenda yang berkaitan masih perlu

diberi perhatian. Menurut Zaidatol Akmaliah dan Habibah Elias (1997), terdapat

pandangan yang menyatakan bahawa usahawan ialah orang yang sentiasa bergerak,

bijak mencari peluang baru, sentiasa membawa perubahan dan modal, sumber dan

usaha dalam keadaan yang baru dan yang lebih inovatif. Usahawan dikenalpasti

sebagai orang yang mempunyai tingkah laku inovatif dan akan mempraktikkan

pengurusan strategik dalam perniagaanya.

Menurut Ee Ah Meng (1988), pendidikan sebagai suatu proses yang berterusan.

Bagi John Dewey dalam Ee Ah Meng (1988) pendidikan ditakrifkan sebagai satu proses

pertumbuhan atau perkembangan. Pendidikan merupakan satu usaha mengaturkan

pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semulajadi yang ada pada seseorang

individu.

Page 20: PERSEPSI TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT ... · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi minat

2

Usahawan boleh mendapatkan kemahiran-kemahiran baru daripada pembelajaran

atau pendidikan yang diikuti, (Ab. Aziz Yusof, 2001). Ini menjelaskan bahawa tahap

pembelajaran dan pendidikan mempengaruhi peringkat pembangunan keusahawanan.

Oleh yang demikian, ilmu keusahawanan perlu dipelajari oleh semua pelajar walaupun

mereka belajar di dalam bidang yang berlainan seperti bidang kejuruteraan, undang-

undang dan sebagainya. Pengetahuan dan kemahiran dalam keusahawanan boleh

dipelajari untuk menjadi lebih kreatif dan produktif dan dalam pada masa yang sama

dapat menghasilkan individu yang sanggup menghadapi cabaran, berani menanggung

risiko, pandai mengambil peluang yang sedia ada dan inovatif

Daripada gambaran di atas maka dapat disimpulkan bahawa peranan usahawan

dalam pembangunan negara amat penting walaupun usahawan yang sedia ada telah

berjaya memainkan peranan mereka. Pendidikan formal membantu menyediakan

seseorang ke arah menjadi usahawan berjaya kerana melalui pendidikan para usahawan

dapat memahami peluang perniagaan yang boleh diterokai (Zaidatol Akmaliah dan

Habibah Elias, 1997). Namun masih banyak peluang yang belum diterokai dan negara

memerlukan usahawan yang boleh bergerak maju dan berdaya saing di masa hadapan

bagi menjana pertumbuhan ekonomi yang mapan.

Penerapan ilmu keusahawanan perlu dilakukan sejak peringkat sekolah rendah

bagi mencungkil bakat dan mengasah minat mereka untuk menceburi bidang

keusahawanan (Utusan Malaysia, 28 Julai 2008). Ini bermaksud pembentukan

usahawan perlu bermula sejak di bangku sekolah lagi. Pada peringkat ini, pelajar perlu

didedahkan dengan ilmu keusahawanan supaya timbul minat untuk menceburi bidang

keusahawanan. Pelajar telah diajar secara teori mengenai keusahawanan melalui

matapelajaran KH di tingkatan satu hingga tiga manakala matapelajaran Perdagangan

dan Keusahawanan di tingkatan empat dan lima. Seterusnya pendidikan keusahawanan

boleh diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di peringkat IPT dan juga IPTS

khasnya. Kejayaan selalunya mengiringi usahawan yang mempunyai tahap pendidikan

Page 21: PERSEPSI TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT ... · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi minat

3

yang tinggi melalui dapatan kajian telah membuktikan bahawa tahap pendidikan dalam

bidang perniagaan mempunyai kaitan yang positif dengan tahap kejayaan seseorang

usahawan (Zaidatol Akmaliah dan Habibah Elias, 1997).

Kerajaan Malaysia telah banyak membentuk berbagai dasar serta menyediakan

pelbagai kemudahan untuk mereka-mereka di luar sana terutamanya bagi golongan

pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan. Namun sebahagian daripada kita ragu-

ragu tentang kemampuan diri untuk maju dalam aspek keusahawanan dan merasakan

bidang ini terlalu mencabar. Keadaan ini dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) pada tahun 2004 apabila

hanya 30 orang daripada 2,275 responden siswazah memilih aktiviti perniagaan (Utusan

Malaysia, 28 Julai 2008).

Banyak contoh menunjukkan siswazah yang melibatkan diri dalam perniagaan

biasanya akan menarik diri apabila perniagaan mereka menghadapi masalah. Katakan

jualan mereka tidak menggalakkan dan kadangkala rugi. Mereka biasanya tidak cuba

untuk menyelesaikan masalah. Semangat ingin berjaya patut ditanam dalam hati nurani

generasi muda kita dan seharusnya mereka mempunyai keinginan untuk menjadi

usahawan (Muhamad Salleh Majid, 2003). Sebenarnya apa yang lebih penting ialah

siswazah-siswazah perlu diberi kesedaran bahawa mereka adalah generasi yang

diharapkan untuk mengubah budaya dan corak pekerjaan orang Melayu yang selama ini

terlampau bergantung kepada kerja makan gaji dan mengharapkan pekerjaan tetap

sebagai kakitangan kerajaan. Menurut Muhamad Salleh Majid (2003), suatu orientasi ke

arah mewujudkan lebih ramai usahawan di kalangan siswazah perlu dianjurkan sebagai

alternatif kepada generasi muda untuk kerjaya mereka.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, Kementerian Pembangunan Usahawan

Dan Koperasi telah menetapkan sasaran untuk mencapai 150 ribu orang usahawan.

Page 22: PERSEPSI TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT ... · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi minat

4

Graduan-graduan ini bertanggungjawab untuk memastikan misi mencapai 30 peratus

pegangan bumiputera dalam perniagaan tercapai. Persepsi kebanyakan masyarakat

Melayu yang menganggap keusahawanan sebagai sesuatu yang tidak menjamin masa

depan harus dikikis. Kepada para graduan terutamanya orang Melayu, mereka

seharusnya menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan, bukan kerana tiada

pilihan (Utusan Malaysia, 10 Julai 2008).

1.2 Latar Belakang Masalah

Ilmu pengetahuan mengenai keusahawanan sangat penting dalam bidang

keusahawanan. Dalam era globalisasi, penguasaan ekonomi sesebuah negara, organisasi

mahupun individu adalah berdasarkan kekuatan pengetahuan yang berasaskan maklumat

dan ilmu. Usahawan yang berkualiti dan mengamalkan ciri-ciri keusahawanan amat

diperlukan bagi menggerakkan sektor swasta tempatan dalam perkembangan yang

melibatkan industri kecil (IKS) dan sederhana. Kecekapan dalam pengurusan akan

memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan seseorang usahawan

tersebut (Ab. Aziz Yusof, 2001). Usahawan yang mengamalkan ciri-ciri keusahawanan

akan lebih berdaya maju dalam perniagaan kerana mereka sentiasa berusaha dan

mencuba meningkatkan dan memperkembangkan lagi perniagaan mereka.

Menceburkan diri dalam bidang keusahawanan adalah sangat mencabar.

Tambahan lagi kurangnya pendedahan kepada generasi muda adalah punca kegagalan

usahawan dalam bidang perniagaan. Penyebab kegagalan tersebut adalah kurangnya

mendapat ilmu dan maklumat serta pengalaman yang cetek dalam bidang ini. Justeru itu

budaya keusahawanan seharusnya dipupuk dan diberi pendedahan kepada generasi muda

bermula di alam persekolahan lagi. Ini bertujuan untuk menghasilkan usahawan yang

bukan sahaja mempunyai pengetahuan tetapi kemahiran yang boleh diperolehi secara

Page 23: PERSEPSI TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT ... · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi minat

5

formal dan tidak formal melalui aktiviti atau program yang dijalankan. Menurut Alwi

Ibrahim Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MeCD, walaupun program

pembangunan keusahawanan telah dijalankan oleh Institut Keusahawanan Negara

(Insken) bersama IPT, namun sambutan daripada graduan masih kurang. Menurutnya,

langkah itu sejajar dengan hasrat kerajaan membudayakan keusahawanan di kalangan

1.5 juta bumiputera dengan tumpuan kepada pelajar, belia, siswazah, usahawan wanita

dan masyarakat (Utusan Malaysia, 28 Julai 2008). Sehubungan itu semangat

keusahawanan yang diterapkan melalui sesuatu program di kalangan penduduk akan

mewujudkan suatu budaya keusahawanan. Budaya keusahawanan boleh dipupuk

melalui penglibatan pelajar secara aktif dan faktor minat itu sendiri dalam kegiatan yang

berunsurkan keusahawanan.

Bidang keusahawanan berpotensi untuk diterokai dan faktor minat mendorong

seseorang individu berdaya maju khususnya dalam bidang keusahawanan. Ini

bertepatan dengan langkah Kementerian Pelajaran Malaysia yang memperkenalkan

matapelajaran Perdagangan dan Keusahawanan di sekolah menengah dan

kesinambunganya di pusat pengajian tinggi. Pengukuhan sifat-sifat dan kemahiran

keusahawanan ini boleh diterapkan bermula di akar umbi bagi memupuk minat dan

keterlibatan pelajar di dalam bidang keusahawanan.

1.3 Penyataan Masalah

Kajian ini berdasarkan kepada persepsi terhadap faktor-faktor yang

mempengaruhi minat pelajar dalam bidang keusahawanan. Menurut Ab. Aziz Yusof

dan Zakaria Yusof (2004), perkara utama yang perlu ada dalam diri seseorang usahawan

itu adalah bergantung kepada kemampuan dan kesungguhan dalam mencapai matlamat

yang telah ditetapkan. Ini bermaksud minat perlu ada sebagai asas kepada bidang

Page 24: PERSEPSI TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT ... · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi minat

6

keusahawanan. dan seringkali dikaitkan sebagai pengaruh utama kepada seseorang

individu dalam melakukan apa jua perkara. Minat juga dikatakan sebagai satu

kecenderungan bagi seseorang untuk mengetahui, mempelajari sesuatu perkara yang

menjurus mereka kepada pilihan yang diinginkan. Terdapat tiga faktor utama yang

menyumbang kepada minat pelajar iaitu faktor kurikulum matapelajaran, faktor

persekitaran dan faktor galakan keluarga terhadap bidang ini. Dalam kajian ini,

penyelidik ingin mengkaji faktor yang mempengaruhi minat pelajar terhadap bidang

keusahawanan.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah seperti berikut:

1.4.1 Mengenalpasti faktor kurikulum matapelajaran dalam mempengaruhi minat

pelajar terhadap bidang keusahawanan.

1.4.2 Mengenalpasti faktor persekitaran dalam mempengaruhi minat pelajar terhadap

bidang keusahawanan.

1.4.3 Mengenalpasti faktor galakan keluarga dalam mempengaruhi minat terhadap

bidang keusahawanan.

1.5 Persoalan Kajian

Secara khususnya, kajian ini dijalankan bagi menjawab persoalan–persoalan berikut:

Page 25: PERSEPSI TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT ... · PDF filevii ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi minat

7

i. Adakah faktor kurikulum matapelajaran mempengaruhi minat pelajar

terhadap bidang keusahawanan?

ii. Adakah faktor persekitaran mempengaruhi minat pelajar terhadap

bidang keusahawanan?

iii. Adakah faktor galakan keluarga mempengaruhi minat pelajar

terhadap bidang keusahawanan?

1.6 Kerangka Konsep

Rajah 1.1: Rangka Konsep

Persepsi terhadap faktor-faktor yang

mempengaruhi minat pelajar dalam bidang

keusahawanan

Faktor kurikulum matapelajaran

Faktor persekitaran

Faktor galakan keluarga

1.7 Kepentingan Kajian

Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti antara faktor

manakah yang mempengaruhi minat pelajar terhadap bidang keusahawanan. Hasil kajian

ini akan dapat dimanfaatkan dan dapat memberikan maklumat yang lebih lanjut kepada

pihak-pihak tertentu.