PERSEPSI,SIKAP DAN TAHAP PENGUASAAN … responden dipilih secara rawak kelompok daripada pelajar...

20
PERSEPSI,SIKAP DAN TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH BANDAR BATU PAHAT TERHADAP AKTIVITI AMALI KIMIA CHIN KONG FOO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PERSEPSI,SIKAP DAN TAHAP PENGUASAAN … responden dipilih secara rawak kelompok daripada pelajar...

Page 1: PERSEPSI,SIKAP DAN TAHAP PENGUASAAN … responden dipilih secara rawak kelompok daripada pelajar tingkatan empat sains dari dua buah ... PEKA mulai diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan

PERSEPSI,SIKAP DAN TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN

EMPAT SEKOLAH BANDAR BATU PAHAT TERHADAP AKTIVITI AMALI

KIMIA

CHIN KONG FOO

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI,SIKAP DAN TAHAP PENGUASAAN … responden dipilih secara rawak kelompok daripada pelajar tingkatan empat sains dari dua buah ... PEKA mulai diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan
Page 3: PERSEPSI,SIKAP DAN TAHAP PENGUASAAN … responden dipilih secara rawak kelompok daripada pelajar tingkatan empat sains dari dua buah ... PEKA mulai diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan
Page 4: PERSEPSI,SIKAP DAN TAHAP PENGUASAAN … responden dipilih secara rawak kelompok daripada pelajar tingkatan empat sains dari dua buah ... PEKA mulai diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan

ii

PERSEPSI,SIKAP DAN TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN

EMPAT SEKOLAH BANDAR BATU PAHAT TERHADAP AKTIVITI AMALI

KIMIA

CHIN KONG FOO

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

March, 2006

Page 5: PERSEPSI,SIKAP DAN TAHAP PENGUASAAN … responden dipilih secara rawak kelompok daripada pelajar tingkatan empat sains dari dua buah ... PEKA mulai diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan

iii

Page 6: PERSEPSI,SIKAP DAN TAHAP PENGUASAAN … responden dipilih secara rawak kelompok daripada pelajar tingkatan empat sains dari dua buah ... PEKA mulai diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan

iv

DEDIKASI

Untuk Ayah

Chin Wah

dan Emak

Lim Bee Hong

Terima kasih di atas dorongan, kesabaran, pengorbanan dan kasih saying daripada ibu

dan bapa untuk menjayakanku. Jasa daripada ibu dan bapa tidak akan anak lupai buat

selama-lamanya.

Kakak dan Adik perempuan yang disayangi

Sokongan dan kasih sayang daripada kakak dan adik perempuan membolehkan saya

terus berusaha tanpa ragu-ragu.

Rakan-rakan seperjuangan

Semoga kejayaan kita diiringi dengan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup pada masa

akan datang.

Page 7: PERSEPSI,SIKAP DAN TAHAP PENGUASAAN … responden dipilih secara rawak kelompok daripada pelajar tingkatan empat sains dari dua buah ... PEKA mulai diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan

v

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan penghargaan yang ikhlas kepada penyelia Prof Madya

Dr. Abu Hassan bin Kassim atas bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan

sepanjang tempoh penyelidikan ini.

Penghargaan juga diberikan kepada Fakulti Pendidikan, UTM, Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan

Jabatan Pelajaran Daerah Batu Pahat atas kebenaran bagi menjalankan kajian ini.

Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan untuk guru dan semua pelajar sekolah

menengah yang terlibat atas kesudian mereka untuk menjadi responden dalam kajian ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan

penyelidikan ini.

Sekian, terima kasih.

Page 8: PERSEPSI,SIKAP DAN TAHAP PENGUASAAN … responden dipilih secara rawak kelompok daripada pelajar tingkatan empat sains dari dua buah ... PEKA mulai diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan

vi

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti persepsi dan sikap pelajar tingkatan

empat terhadap aktiviti amali kimia di sekolah. Empat aspek yang dikaji adalah

tanggapan dan minat pelajar terhadap amali, tahap penguasaan kemahiran,

penerapan sikap saintifik dan nilai murni di kalangan pelajar sains. Seramai 100

orang responden dipilih secara rawak kelompok daripada pelajar tingkatan empat

sains dari dua buah sekolah menengah Bandar Batu Pahat. Kajian ini telah

dijalankan dengan mengguna instrumen soal selidik yang mengandungi dua

bahagian: Bahagian A latar belakang responden dan Bahagian B adalah item

berbentuk skala likert yang mengandungi 30 item berasaskan empat aspek kajian.

Data dianalisis secara manual bagi mengira kekerapan dan peratusan. Data

dianalisis dengan mengenal pasti pencapaian kekerapan paling tinggi iaitu mod.

Hasil dapatan kajian menunjukkan pelajar mempunyai tanggapan yang baik dan

sangat berminat terhadap aktiviti amali kimia. Tahap penguasaan kemahiran

santifik dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar adalah baik. Semasa

melakukan amali, secara tidak langsung sikap saintifik dan nilai murni dapat

diterap di kalangan pelajar. Beberapa implikasi bagi kajian dicadangkan, batas

kajian dinyatakan dan beberapa cadangan untuk kajian lanjutan turut

dikemukakan.

Page 9: PERSEPSI,SIKAP DAN TAHAP PENGUASAAN … responden dipilih secara rawak kelompok daripada pelajar tingkatan empat sains dari dua buah ... PEKA mulai diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan

vii

ABSTRACT

The purpose of this research was to assess the perception and attitude of form

four students toward their school chemistry laboratory activities. The study was

mainly conducted on four aspects concluded the perception and interest of

students toward laboratory, scientific skill level possessed by students,

penetration of scientific attitude and moral values among science students. One

hundred form four science students which involved in this research had choose

randomly from two secondary school at Batu Pahat. A set of questionnaire

consisting of two parts namely Part A: the background of the respondent and Part

B: 30 statements regarding four research aspects were distributed to the

respondent. Data were analyzed manually by calculating of the frequency and

percentage. The results showed tat overall students do have a good perception

and huge interest on chemistry related laboratory activities. The scientific skill

level possessed by students in the school is also good. Finally, while doing

laboratory, the scientific attitude and moral values have penetrated among the

students indirectly. Some implications of the findings are suggested, limitation

are cited and some suggestions for further research are put forward.

Page 10: PERSEPSI,SIKAP DAN TAHAP PENGUASAAN … responden dipilih secara rawak kelompok daripada pelajar tingkatan empat sains dari dua buah ... PEKA mulai diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA i

JUDUL ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar belakang masalah 3

1.2 Pernyataan masalah 4

1.3 Objektif kajian 5

1.4 Kepentingan kajian 5

1.5 Skop kajian 6

1.6 Batasan kajian 7

1.7 Definisi istilah 7

1.7.1 Persepsi 7

1.7.2 Sikap 7

Page 11: PERSEPSI,SIKAP DAN TAHAP PENGUASAAN … responden dipilih secara rawak kelompok daripada pelajar tingkatan empat sains dari dua buah ... PEKA mulai diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan

ix

1.7.3 Pelajar 8

1.7.4 Aktiviti amali 8

1.7.5 Kimia 8

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 9

2.0 Pengenalan 9

2.1 Matlamat kurikulum Kimia KBSM 10

2.2 Kepentingan amali Kimia KBSM 11

2.3 Pemerolehan pengetahuan 13

2.4 Minat 14

2.5 Kemahiran 15

2.5.1 Kemahiran saintifik 16

2.5.2 Kemahiran berfikir 17

2.5.3 Strategi berfikir 19

2.6 Sikap saintifik dan nilai murni 20

BAB III METODOLOGI KAJIAN 22

3.0 Pengenalan 22

3.1 Reka bentuk kajian 22

3.2 Populasi dan sampel 23

3.3 Instrumen kajian 23

3.4 Prosedur kajian 24

3.5 Kajian rintis 25

3.6 Analisis data 26

Page 12: PERSEPSI,SIKAP DAN TAHAP PENGUASAAN … responden dipilih secara rawak kelompok daripada pelajar tingkatan empat sains dari dua buah ... PEKA mulai diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan

x

BAB IV ANALISIS DATA & PERBINCANGAN HASIL 28

4.0 Pendahuluan 28

4.1 Analisis data 28

4.1.1 Latar belakang responden 29

4.1.2 Persepsi dan sikap pelajar tingkatan

empat terhadap aktiviti amali kimia 30

4.1.2.1 Tanggapan pelajar terhadap

aktiviti amali kimia di sekolah 31

4.1.2.2 Minat pelajar terhadap aktiviti

amali kimia di sekolah 32

4.1.2.3 Tahap penguasaaan kemahiran-

kemahiran oleh pelajar melalui

aktiviti amali di sekolah 33

4.1.2.4 Penerapan sikap saintifik dan

nilai murni di kalangan pelajar

melalui aktiviti amali di sekolah 34

4.1.2.5 Keputusan keseluruhan bagi

Setiap aspek kajian 35

4.2 Perbincangan hasil 36

4.2.1 Latar belakang responden 36

4.2.2 Persepsi dan sikap pelajar terhadap

aktiviti amali 36

4.2.3 Tanggapan pelajar terhadap aktiviti amali

kimia di sekolah 37

4.2.4 Minat pelajar terhadap aktiviti amali kimia

di sekolah 38

4.2.5 Tahap penguasaan kemahiran saintifik dan

kemahiran berfikir oleh pelajar melalui

Page 13: PERSEPSI,SIKAP DAN TAHAP PENGUASAAN … responden dipilih secara rawak kelompok daripada pelajar tingkatan empat sains dari dua buah ... PEKA mulai diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan

xi

aktiviti amali kimia di sekolah 39

4.2.6 Penerapan sikap saintifik dan nilai murni

di kalangan pelajar melalui aktiviti amali

kimia di sekolah 40

BAB V KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

KAJIAN LANJUTAN 43

5.0 Pendahuluan 43

5.1 Kesimpulan 43

5.2 Implikasi kajian 44

5.3 Cadangan kajian lanjutan 45

RUJUKAN 47

LAMPIRAN

A Borang soal selidik 50

B Surat pengesahan penyelidikan UTM 56

C Surat kebenaran Bahagian Perancangan

dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 57

D Keputusan analisis data 60

Page 14: PERSEPSI,SIKAP DAN TAHAP PENGUASAAN … responden dipilih secara rawak kelompok daripada pelajar tingkatan empat sains dari dua buah ... PEKA mulai diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan

xii

SENARAI JADUAL

NO. TAJUK MUKA SURAT

2.1 Huraian objektif Kimia KBSM berasaskan tiga

domain 12

3.1 Taburan item soal selidik mengikut aspek kajian 25

3.2 Jadual penilaian rujukan kriteria gred 28

4.1 Maklumat latar belakang responden 30

4.2 Taburan kekerapan dan tahap pencapaian berkaitan

dengan tanggapan pelajar terhadap aktiviti amali 31

4.3 Taburan kekerapan dan tahap pencapaian berkaitan

dengan minat pelajar terhadap aktiviti amali 32

4.4 Taburan kekerapan dan tahap pencapaian berkaitan

Tahap penguasaan kemahiran oleh pelajar melalui

aktiviti amali 33

4.5 Taburan kekerapan dan tahap pencapaian berkaitan

dengan penerapan sikap saintifik dan nilai murni di

kalangan pelajar melalui aktiviti amali 34

4.6 Keputusan keseluruhan bagi setiap aspek kajian 35

Page 15: PERSEPSI,SIKAP DAN TAHAP PENGUASAAN … responden dipilih secara rawak kelompok daripada pelajar tingkatan empat sains dari dua buah ... PEKA mulai diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya

melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan bermoral tinggi. Sebagai sebuah negara

yang bermatlamat melangkah ke arah status negara maju pada tahun 2020, pendidikan

menjadi satu aspek penting bagi mewujudkan masyarakat yang berilmu, saintifik dan

progesif (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000). Demi merealisasikan matlamat ini,

tumpuan harus diberi kepada pendidikan sains yang merupakan suatu aspek penting

dalam proses globalisasi.

Sains di peringkat sekolah menengah merupakan mata pelajaran teras yang

bertujuan menerapkan pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni dalam

diri pelajar. Kurikulum sains Malaysia terbahagi kepada dua mata pelajaran teras dan

empat mata pelajaran elektif. Empat mata pelajaran elektif yang ditawar untuk sekolah

menengah tinggi adalah biologi, fizik, kimia dan sains tambahan (Pusat Perkembangan

Kurikulum, 2000).

Page 16: PERSEPSI,SIKAP DAN TAHAP PENGUASAAN … responden dipilih secara rawak kelompok daripada pelajar tingkatan empat sains dari dua buah ... PEKA mulai diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan

2

Mata pelajaran Kimia KBSM adalah program dua tahun untuk pelajar tingkatan

empat dan lima sekolah menegah atas. Ia dirancang bagi membolehkan pelajar

memahami bidang kimia dengan lebih mendalam daripada aspek teori, konsep dan

aplikasinya dalam kehidupan harian (Abu Hassan, 2003).

Pada tahun 2002, kurikulum sains baru telah dilaksana setelah penyemakan

semula kurikulum Sains KBSM yang telah digunapakai sejak tahun 1989. Kurikulum

yang baru memberi penekanan terhadap pemerolehan dan penguasaan kemahiran

saintifik, di samping aspek kemahiran berfikir, penyelesaian masalah dan penerapan

sikap saintifik serta nilai murni (Pusat Perkembangan Kurikrlum, 2000).

Kimia KBSM baru merupakan kesinambungan Kimia KBSM yang lalu dengan

membuat beberapa ubahsuaian terhadap kandungan serta pendekatan pengajaran-

pembelajaran. Pendekatan pengajaran-pembelajaran dalam Kimia KBSM baru

melibatkan proses pemerolehan pengetahuan dan penguasaan kemahiran, secara

bersepadu dengan mengambil kira serta memanfaatkan kecerdasan pelajar yang berbagai

(Abu Hassan, 2003). Penekanan yang diberi dalam kurikulum Kimia KBSM yang baru

adalah ke atas bagaimana kemahiran dan strategi berfikir, kemahiran saintifik,

pembelajaran berfikrah, teknologi maklumat dan komunikasi dapat dimanfaat dalam

usaha meningkatkan keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran kimia di sekolah

dengan menggunakan strategi inkuiri dan penyelesaian masalah. Pelaksanaan

Kurikulum baru ini diharap dapat mewujudkan masyarakat Malaysia yang saintifik,

progesif serta berilmu. Dengan kata lain, masyarakat Malaysia yang dibentuk

seharusnya mempunyai sifat ingin tahu dan ingin mencuba yang tinggi, celik sains,

bersifat terbuka, membuat keputusan berdasarkan fakta yang nyata, menghargai

sumbangan sains dan teknologi, menghargai keseimbangan alam, mempunyai iltizam

dan sanggup untuk menyumbang kepada kemajuan sains dan teknologi (Abu Hassan,

2001).

Page 17: PERSEPSI,SIKAP DAN TAHAP PENGUASAAN … responden dipilih secara rawak kelompok daripada pelajar tingkatan empat sains dari dua buah ... PEKA mulai diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan

3

1.1 Latar belakang masalah

Proses pembelajaran yang berlaku di sekolah adalah mengikut perancangan yang

teliti, merangkumi pelbagai jenis aktiviti dan isi pelajaran, bagi mencapai objektif

pendidikan yang dihasratkan (Abu Hassan, 1999). Semasa merancang sesuatu proses

pengajaran-pembelajaran untuk mata pelajaran sains, teknik pengajaran yang biasa

diguna oleh guru adalah kaedah eksperimen. Kaedah eksperimen adalah satu kaedah

yang lazim dijalankan dalam pelajaran kimia. Dalam kaedah eksperimen, pelajar

menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea kimia tertentu.

Melalui aktiviti eksperimen, pelajar dilatih dan dibimbing menyelesaikan masalah

melalui penyiasatan, dengan menggunakan kemahiran dan strategi berfikir, kemahiran

proses dan kemahiran manipulatif (Abu Hassan, 2003). Tugas utama guru dalam kaedah

eksperimen adalah sebagai navigator dan pembimbing untuk membantu pelajar

membuat kesimpulan; di mana dikaitkan dengan objektif pengajaran.

Fenomena yang sering berlaku dalam kebanyakan sekolah adalah guru

menentukan apa yang perlu dilakukan atau tidak boleh dilakukan pelajar dalam makmal,

sebagaimana yang dicadangkan dalam buku teks atau buku kerja amali (Abu Hassan,

2003). Walaupun guru memberi peluang pelajar melakukan eksperimen dalam

kumpulan kecil, tetapi aktiviti dan bahan yang digunakan adalah seragam dalam semua

kumpulan. Kerja amali yang digunakan dalam makmal adalah terlalu stereotaip, tanpa

berusaha melibatkan kaedah stesyen atau serkis. Selepas melakukan eksperimen guru

memberi tahu pelajar jawapan yang betul, dan meminta pelajar membaiki sebarang

jawapan atau pemerhatian yang direkod salah oleh pelajar (Abu Hassan, 2003). Aktiviti

sedemikian hanya memberi peluang kepada pelajar untuk memahirkan tangan semasa

melakukan sesuatu kerja amali, tanpa berusaha untuk mengembangkan aspek kognitif,

afektif serta kemahiran proses sains; khususnya sikap positif terhadap sains, pemikiran

kreatif dan kebolehan menyelesaikan masalah (Abu Hassan, 2003). Akibatnya, objektif-

objektif yang digaris dalam kurikulum kimia tidak dapat dicapai sepenuhnya dan aktiviti

amali dalam makmal sekolah tidak dapat menimbulkan minat pelajar. Seterusnya pelajar

juga tidak dapat menguasai kemahiran saintifik, kemahiran berfikir dan sikap saintifik

Page 18: PERSEPSI,SIKAP DAN TAHAP PENGUASAAN … responden dipilih secara rawak kelompok daripada pelajar tingkatan empat sains dari dua buah ... PEKA mulai diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan

4

serta nilai murni. Dengan kata lain, aktiviti makmal menjadi tidak bermakna; hanya

sekadar untuk melengkapkan sukatan pelajaran sahaja.

1.2 Pernyataan masalah

Selaras dengan perkembangan pendidikan semasa, penguasaan kemahiran

saintifik serta penerapan nilai murni pelajar mula dinilai dalam bentuk formatif bagi

menggantikan penilaian peperiksaan amali di peringkat SPM. Maka pada tahun 1999,

PEKA mulai diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5, bagi menggantikan

Peperiksaan Amali Bagi mata pelajaran Biologi / Fizik / Kimia di peringkat SPM (Lee,

2002). Matlamat utama pelaksanaan PEKA adalah untuk mempertingkatkan penilaian

prestasi pelajar, khususnya melibatkan penguasaan kemahiran saintifik dan penerapan

nilai murni, yang dilakukan secara formatif di peringkat sekolah (Abu Hassan, 2001).

Sehubungan dengan pelaksanaan PEKA di peringkat SPM, maka proses

pengajaran dan pembelajaran kimia di sekolah lebih banyak melibatkan aspek

penyiasatan dalam usaha memupuk sikap positif pelajar terhadap aktiviti amali. Dengan

kata lain, aktiviti makmal yang dirancang bukan saja harus menarik minat terhadap mata

pelajaran kimia, malah melalui aktiviti amali diharap dapat menerapkan nilai-nilai murni

dan sikap saintifik dalam diri pelajar. Di samping itu, aktiviti amali juga memberi

peluang kepada pelajar untuk menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.

Maka permasalahan utama yang perlu diberi perhatian dalam proses pengajaran-

pembelajaran kimia di sekolah yang banyak melibatkan aktiviti amali:

i . Apakah tanggapan pelajar tingkatan empat terhadap aktiviti amali di

sekolah?

ii. Adakah pelajar berminat untuk melakukan amali kimia di sekolah?

Page 19: PERSEPSI,SIKAP DAN TAHAP PENGUASAAN … responden dipilih secara rawak kelompok daripada pelajar tingkatan empat sains dari dua buah ... PEKA mulai diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan

5

iii. Adakah pelajar dapat menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran

berfikir melalui aktiviti amali?

iv. Adakah sikap saintifik dan nilai murni diterap dalam diri pelajar melalui

aktiviti amali?

1.3 Objektif kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau persepsi dan sikap pelajar

tingkatan empat terhadap aktiviti amali kimia di sekolah.

Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk :

i) Mengenal pasti tanggapan pelajar tingkatan empat terhadap aktiviti amali

di sekolah.

ii) Mengenal pasti minat pelajar terhadap aktiviti amali di makmal.

iii) Mengkaji tahap penguasaan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir

yang dikuasai oleh pelajar.

iv) Mengkaji penerapan sikap saintifik dan nilai murni di kalangan pelajar.

1.4 Kepentingan kajian

Pengajaran sains yang berkesan seharusnya selari dengan kaedah dan sikap yang

diguna oleh para saintis semasa mereka menyiasat fenomena alam; bukan setakat

menyatakan semula fakta dalam peperiksaan (Mohd. Ishak, 1999). Sehubungan dengan

ini satu kajian dirancang demi mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan aktiviti amali

Page 20: PERSEPSI,SIKAP DAN TAHAP PENGUASAAN … responden dipilih secara rawak kelompok daripada pelajar tingkatan empat sains dari dua buah ... PEKA mulai diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan

6

kimia kepada proses pengajaran-pembelajaran kimia di sekolah. Selaras dengan

matlamat ini, kajian dijalankan dengan bertujuan untuk mengetahui persepsi dan juga

sikap yang ditunjuk oleh pelajar-pelajar dalam aktiviti makmal sekolah.

Melalui maklumat dan maklum balas yang diperolehi daripada kajian diharap

dapat memberi manfaat kepada para pelajar untuk mengesan kelemahan diri dan

kemahiran-kemahiran yang tidak dikuasai, seterusnya memperbaikinya. Pihak sekolah

dan guru juga harus memberi perhatian kepada strategi mengajar dan pelajar-pelajar

supaya mereka tidak menghadapi sebarang masalah semasa merancang aktiviti amali.

Guru juga boleh merancang aktiviti-aktiviti makmal yang bersesuaian dengan minat

pelajar seterusnya meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Hasil kajian ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan tambahan kepada pihak

Kementerian Pelajaran dan institusi pendidikan dalam mengkaji dan merancang

kurikulum yang sesuai. Berasaskan kepada hasil kajian, mereka dapat mengenal pasti

dan memahami masalah yang timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran kimia

seterusnya pihak berkenaan boleh berusaha merancang satu kurikulum baru yang lebih

bersesuaian demi memperbaiki kelemahan yang ada.

1.5 Skop kajian

Kajian ini memberi tumpuan kepada persoalan yang berkaitan dengan persepsi

dan sikap pelajar terhadap aktiviti amali kimia di sekolah. Aspek-aspek yang dikaji

merangkumi pemerolehan pengetahuan, minat, kemahiran yang dikuasai dan sikap

saintifik dan nilai murni yang diterap dalam diri pelajar.