PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf ·...

58
PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 1 DEWAN MAJLIS Isnin, 18 Jamadilawal 1436H / 9 Mac 2015M YANG DI-PERTUA DAN AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT NEGARA HADIR: YANG DI-PERTUA Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, PSNB., SLJ., PHBS., PJK., PKL., Yang Di-Pertua, Majlis Mesyuarat Negara, Negara Brunei Darussalam. AHLI-AHLI RASMI KERANA JAWATAN (PERDANA MENTERI DAN MENTERI-MENTERI) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‟izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar „Ali Saifuddien Sa‟adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan, Negara Brunei Darussalam. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‟izzaddin Waddaulah, DKMB., DPKT., King Abdul Aziz Ribbon, First Class (Saudi Arabia), The Order of the Renaissance (First Degree) (Jordan), Medal of Honour (Lao), DSO (Singapore), Order of Lakandula with the Rank of Grand Cross (Philippines), The Order of Prince Yaroslav the Wise, Second Class (Ukraine), DSO (Military) (Singapore), PHBS., Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar „Ali Saifuddien Sa‟adul Khairi Waddien, DKMB., DK., PHBS., PBLI., PJK., Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Negara Brunei Darussalam.

Transcript of PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf ·...

Page 1: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 1

DEWAN MAJLIS

Isnin, 18 Jamadilawal 1436H / 9 Mac 2015M

YANG DI-PERTUA

DAN AHLI-AHLI MAJLIS

MESYUARAT NEGARA

HADIR:

YANG DI-PERTUA

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri

Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul

Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed

Taib, PSNB., SLJ., PHBS., PJK., PKL.,

Yang Di-Pertua, Majlis Mesyuarat

Negara, Negara Brunei Darussalam.

AHLI-AHLI RASMI KERANA

JAWATAN (PERDANA MENTERI

DAN MENTERI-MENTERI)

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan Haji Hassanal

Bolkiah Mu‟izzaddin Waddaulah ibni

Al-Marhum Sultan Haji Omar „Ali

Saifuddien Sa‟adul Khairi Waddien,

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam, Perdana Menteri,

Menteri Pertahanan dan Menteri

Kewangan, Negara Brunei Darussalam.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri

Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda

Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Mu‟izzaddin Waddaulah, DKMB., DPKT.,

King Abdul Aziz Ribbon, First Class

(Saudi Arabia), The Order of the

Renaissance (First Degree) (Jordan),

Medal of Honour (Lao), DSO

(Singapore), Order of Lakandula with

the Rank of Grand Cross (Philippines),

The Order of Prince Yaroslav the Wise,

Second Class (Ukraine), DSO (Military)

(Singapore), PHBS., Menteri Kanan

di Jabatan Perdana Menteri, Negara

Brunei Darussalam.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri

Pengiran Perdana Wazir Sahibul

Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda

Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan

Haji Omar „Ali Saifuddien Sa‟adul Khairi

Waddien, DKMB., DK., PHBS., PBLI.,

PJK., Menteri Hal Ehwal Luar Negeri

dan Perdagangan, Negara Brunei

Darussalam.

Page 2: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 2

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya

Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji

Awang Abu Bakar bin Haji Apong,

PSNB., DSLJ., SMB., PHBS., PIKB., PKL.,

Menteri Pendidikan, Negara Brunei

Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya

Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang

Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja

Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd.

Yusof, PSNB., DPMB., PHBS., PJK.,

PIKB., PKL., Menteri Kesihatan, Negara

Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya

Indera Pahlawan Dato Seri Setia

Awang Haji Suyoi bin Haji Osman,

PSNB., DPMB., PJK., PIKB., PKL.,

Menteri Pembangunan, Negara Brunei

Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya

Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia

Awang Haji Abdullah bin Begawan

Mudim Dato Paduka Haji Bakar, PSNB.,

DPMB., PKL., Menteri Perhubungan,

Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri

Utama Dato Seri Setia Awang Haji

Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka

Haji Bakar, PSNB., SPMB., PJK., PIKB.,

PKL., Menteri Perindustrian dan

Sumber-Sumbar Utama, Negara Brunei

Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya

Laila Setia Dato Seri Setia Awang

Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim,

PSNB., DPMB., PHBS., PIKB., PKL.,

Menteri Kewangan II (Kedua),

di Jabatan Perdana Menteri, Negara

Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya

Pekerma Dewa Dato Seri Setia Awang

Lim Jock Seng, PSNB., SPMB., PHBS.,

PJK., PKL., Menteri Hal Ehwal Luar

Negeri dan Perdagangan II (Kedua),

Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Datu

Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia

(Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin

bin Haji Umar, PSNB., SPMB., PHBS.,

PKL., Menteri Tenaga (Minister of

Energy), Di Jabatan Perdana Menteri,

Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pengiran Dato Seri

Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran

Haji Abd Rahman, PSNB., DSSUB.,

PIKB., PKL., Menteri Hal Ehwal Ugama,

Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Pehin Udana Khatib

Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji

Awang Badaruddin bin Pengarah Dato

Paduka Haji Othman, PSSUB., DPMB.,

PHBS., PBLI., PJK., PKL., Menteri Hal

Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei

Darussalam.

Page 3: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 3

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya

Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia

Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah,

PSNB., DPMB., PJK., PIKB., PKL.,

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan,

Negara Brunei Darussalam.

AHLI YANG DILANTIK ORANG

YANG BERGELAR:

Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara

Pengiran (Dr.) Haji Mohd. Yusof bin

Pengiran Haji Abdul Rahim, DK., SPMB.,

DSNB., POAS., PHBS., PBLI., PJK., PKL.

(Tidak hadir).

Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato

Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang

Abdul Hamid bin Bakal, PSSUB., DSNB.,

PHBS., PBLI., PKL.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya

Maharaja Kerna Dato Paduka Seri

Awang Haji Yaakub bin Pehin Orang

Kaya Maharaja Diraja Dato Paduka

Awang Haji Zainal, DPKT., DSLJ., PBLI.,

PJK., PIKB., PKLP.

AHLI YANG DILANTIK ORANG-

ORANG YANG TELAH MENCAPAI

KECEMERLANGAN:

Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela

Diraja Dato Paduka Awang Goh King

Chin, DPMB., PHBS., PJK.

Yang Berhormat Orang Kaya Maha

Bijaya Awang Haji Othman bin Uking,

SNB., SMB., PJK., PKL.

Yang Berhormat Datin Paduka Dayang

Hajah Salbiah binti Haji Sulaiman,

DPMB., SNB., PJK., PKL.

Yang Berhormat Dato Paduka Awang

Haji Abdullah bin Haji Mohd. Jaafar,

DPMB., SLJ., PJK., PKL.

Yang Berhormat Haji Awang Ahmad

Morshidi bin Pehin Orang Kaya

Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama

Haji Awang Abdul Rahman, SNB., SMB.

Yang Berhormat Awang Haji Zulkipli

bin Haji Abdul Hamid, PSB., PIKB.

Yang Berhormat Datin Paduka Dayang

Hajah Zasia binti Sirin, DPMB., SSUB.,

PIKB.

AHLI YANG DILANTIK MEWAKILI

DAERAH-DAERAH:

Yang Berhormat Awang Haji

A. Ahmad bin Husain, SMB., PSB.,

PIKB., PKL., Penghulu Mukim Berakas „A‟

Zon 1 - Daerah Brunei Muara.

Yang Berhormat Awang Haji Gapor @

Haji Md. Daud bin Karim, PSB., PIKB.,

PKL., Ketua Kampung Belimbing, Zon 2 -

Daerah Brunei Muara.

Yang Berhormat Awang Haji Tahamit

bin Haji Nudin, PIKB., Penghulu Mukim

Gadong „A‟, Zon 3 - Daerah Brunei

Muara.

Page 4: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 4

Yang Berhormat Awang Haji Jumat bin

Akim, PJK., PIKB., PKL., Ketua Kampung

Putat, Zon 4 - Daerah Brunei Muara.

Yang Berhormat Awang Haji Mohd.

Shafiee bin Ahmad, SMB., Ketua

Kampung Lumut 1, Zon 1 - Daerah

Belait.

Yang Berhormat Awang Haji Mohd.

Yusof bin Haji Dulamin, PIKB., PKL.,

Ketua Kampung Mumong, Zon 2 -

Daerah Belait.

Yang Berhormat Orang Kaya Jaya

Putera Dato Paduka Awang Haji

Muhammad Taha bin Abd. Rauf, DPMB.,

PSB., PJK., PIKB., PKL., Penghulu Mukim

Keriam, Zon 1 - Daerah Tutong.

(Tidak hadir).

Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin

Haji Lahit, PIKB., PKL., Penghulu Mukim

Telisai, Zon 2 - Daerah Tutong.

Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman

bin Haji Ahad, SNB., SMB., Ketua

Kampung Belingos - Semua Kawasan

Daerah Temburong.

HADIR SAMA:

Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya

Pekerma Jaya Dato Paduka Haji Judin

Haji Asar, DPMB., SLJ., POAS., PHBS.,

PBLI., PJK., PKL., Jurutulis I (Pertama)

kepada Majlis Mesyuarat Negara,

Negara Brunei Darussalam.

Yang Mulia Dayang Rose Aminah binti

Haji Ismail, PIKB., Timbalan Jurutulis

Majlis Mesyuarat Negara, Negara

Brunei Darussalam.

Mesyuarat mula bersidang pada

pukul 9.30 pagi

Yang Dimuliakan Jurutulis I:

Mesyuarat Pertama

dari Musim Permesyuaratan Kesebelas

Majlis Mesyuarat Negara bersidang hari

ini, hari ketiga, didahului dengan Doa

Selamat.

DOA SELAMAT

Doa Selamat dibacakan oleh Yang

Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka

Awang Haji Emran bin Haji Kunchang

(Imam Masjid Sultan Haji Omar „Ali

Saifuddien).

Yang Berhormat Yang Di-Pertua:

Assalamualaikum

Warahmatullahi Wabarkatuh.

Segala puji bagi Allah, Tuhan seru

sekalian alam kerana dengan limpah

rahmat dan kurnia-Nya jua maka kita

pada pagi ini dapat menyambung

semula Mesyuarat Pertama dari Musim

Permesyuaratan Kesebelas Majlis

Mesyuarat Negara yang bersidang pada

hari ini, hari yang ketiganya.

Selawat serta salam ke atas Junjungan

Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu

„Alaihi Wasallam, kaum kerabat, para

sahabat serta pengikut-pengikut

Page 5: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 5

Baginda yang taat lagi setia hingga ke

akhir zaman.

Semalam sebagaimana yang kita

ketahui, sebelum Persidangan Majlis

Mesyuarat Negara ini kita tangguhkan,

kita telah membincangkan Usul Yang

Diberi Notis dan seramai 7 orang

Ahli Yang Berhormat telah pun

membuat ucapan masing-masing.

Pada kebiasaannya, sebelum kita

membincangkan perkara-perkara

lain, kita memulakan dengan

membincangkan Soalan-Soalan Yang

Diberi Notis. Tetapi pada pagi ini kita

terpaksa menangguhkan dahulu perkara

berkenaan ini dan kita akan terus

menyambung semula perbahasan Usul

Yang Diberi Notis itu.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Apabila

selesai perbahasan Usul Yang Diberi

Notis, kita akan terus membincangkan

Perkara VII Rang Undang-Undang

(2015) Perbekalan 2015/2016 Masihi.

Perkara ini, saya difahamkan perlu

diselesaikan bagi bacaan pertama dan

kedua pada hari ini juga nanti atau

seakhir-akhirnya pada hari Selasa

kerana Yang Berhormat Menteri

Kewangan II (Kedua) di Jabatan

Perdana Menteri telah memberi notis

bahawa Yang Berhormat itu ada

mempunyai komitmen rasmi yang

mustahak di luar negara dan tidak akan

hadir ke mesyuarat ini pada hari Rabu,

11 Mac 2015 Masihi.

Dengan yang demikian, saya meminta

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang akan

berhujah seterusnya pada Usul Yang

Diberi Notis supaya akan dapat

memendekkan ucapan masing-masing

kepada katalah 10 minit sahaja seorang

untuk membolehkan perkara ini dapat

berjalan dengan lancar. Insya-Allah saya

akan memberikan peluang lebih lagi

daripada ini sesudah perkara ini kita

selesaikan nanti.

Sekarang saya bukakan perbahasan

Usul Yang Diberi Notis. Pada sebelah

petang hari Sabtu yang lepas, ada

beberapa Ahli Yang Berhormat yang

memberikan kenyataan untuk berucap.

Sekarang saya mempersilakan Yang

Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji

Lahit, silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Awang Haji Ramli

bin Haji Lahit: Terima kasih, Yang

Berhormat Yang Di-Pertua.

Alhamdulillahi Rabbil‟alameen

Wassalaatu Wasalamu „Alaa Asyrafil

Mursaleen, Sayyidina Muhammadin,

Wa‟alaa Aalihee Wasahbihee Ajma‟een.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Yang

Berhormat Menteri-Menteri Kabinet,

Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis

Mesyuarat Negara. Assalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh dan salam

sejahtera.

Sesungguhnya kaola mewakili Ahli-Ahli

Yang Berhormat Yang Dilantik dari

Daerah Tutong tidak ketinggalan

bersama-sama menyokong penuh

cadangan daripada Yang Berhormat

Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri

Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin

Haji Apong, Menteri Pendidikan. Maka

dengan ini kaola mengambil

kesempatan menyembah setinggi-tinggi

menjunjung kasih Kehadapan Majlis

Page 6: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 6

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan Haji Hassanal

Bolkiah Mu‟izzaddin Waddaulah ibni

Al-Marhum Sultan Haji Omar „Ali

Saifuddien Sa‟adul Khairi Waddien,

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam atas keberangkatan

Baginda dan seterusnya mengurniakan

titah dalam Istiadat Pembukaan Rasmi

Mesyuarat Pertama dari Musim

Permesyuaratan Kesebelas pada hari

Khamis, 14 Jamadilawal 1436 Hijrah

bersamaan 5 Mac 2015 Masihi.

Dalam kesempatan ini, kaola juga tidak

lupa mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan dan tahniah kepada Yang

Berhormat Pehin atas pelantikan

sebagai Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat

Negara yang baharu. Semoga Yang

Berhormat Yang Di-Pertua dapat

memikul tugas yang berat ini demi

memartabatkan dan mengangkat nama

Majlis Mesyuarat Negara.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola

bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu

Wata‟ala kerana dengan izin-Nya jua

dapat lagi kaola pada tahun ini

menghadiri Mesyuarat Negara. Oleh itu,

kaola akan cuba sedaya upaya untuk

menunaikan amanat dan hasrat

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

seperti mana hasrat yang terkandung

dalam titah Baginda di Istiadat

Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama

dari Musim Permesyuaratan Kesebelas

yang menggambarkan kebijaksanaan

dan pandangan ke hadapan Baginda

semata-mata untuk kesejahteraan dan

kemakmuran rakyat dan penduduk serta

negara.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Antara

lain, Baginda menyentuh tentang

peranan besar Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat

Negara sebagai pemacu kepada

pembangunan negara supaya

menggunakan pendekatan yang terbaik

kepada rakyat agar rakyat berupaya

melakukan penghijrahan mindset

supaya lebih matang bertindak sesuai

dengan keadaan zaman.

Dalam perkara perubahan minda atau

penghijrahan atau perubahan cara

berfikir, kaola mengambil contoh

mengenai sikap memilih kerjaya iaitu

train commutional yang perlu diubah.

Sekarang ini masih banyak yang mahu

bekerja di jabatan-jabatan kerajaan

daripada bekerja di sektor swasta atau

daripada menjalankan perusahaan

sendiri. Ada juga yang menolak tawaran

bekerja di sektor swasta kerana

kononnya tidak sesuai dengan

kelulusannya yang tinggi.

Oleh itu, adalah diharapkan generasi

sekarang dan akan datang harus

bersedia menghadapi perubahan

dengan penghijrahan mindset iaitu

menanam pemikiran terbaru bahawa

kelulusan tinggi tidak lagi menjamin

atau menjanjikan kedudukan atau status

jawatan tinggi sama ada di sektor

swasta atau di sektor awam. Kelulusan

adalah sebagai penjana atau pemangkin

kepada pembangunan diri atau bagi

menghadapi apa juga bentuk kerjaya

agar mereka boleh mengurus,

mentadbir, kreatif, inovatif, berdaya

Page 7: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 7

saing dan berkebolehan merancang

dalam menjalankan perusahaan.

Misalnya perusahaan dalam bidang

pertanian, penternakan, pelancongan,

perikanan, import eksport, bidang

binaan, perkilangan dan lain-lain atau

mungkin sudah berkesanggupan untuk

bekerja di luar negara iaitu penghijrahan

mindset supaya lebih matang bertindak

sesuai dengan keadaan zaman.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Pemikiran

sesetengah individu yang masih mahu

bergantung pada bantuan-bantuan

tanpa berusaha walaupun muda dan

sihat adalah sangat penting diubah

kepada pemikiran keusahawanan. Jadi,

bagi merealisasikan hasrat ini, dukungan

dan sokongan pihak berkenaan amat

penting bagi membantu memberi

kemahiran, pengalaman, pendidikan,

keperluan asas dan pemantauan

berterusan sehingga perusahaan

mereka boleh berdiri sendiri.

Sehubungan dengan itu, peranan

proaktif dan inovatif Kementerian

Pendidikan yang memasukkan

kemahiran teknikal dan vokasional serta

kejuruteraan dan menerapkan unsur-

unsur entrepreneurship di peringkat

awal persekolahan adalah amat sesuai

dan bertepatan sekali dengan sokongan

agensi-agensi yang lain untuk

memudahkan mereka mendapat

pekerjaan di sektor swasta atau

berdikari dengan perusahaan sendiri.

Pihak berkenaan perlulah mempunyai

kreativiti mencipta bagi

mempelbagaikan produk atau

perusahaan terbaharu dengan

mengundang pakar-pakar bagi

mengajar anak tempatan, mengajar

penduduk-penduduk mukim dan

kampung, menghasilkan ratusan jenis

produk. Produk-produk yang terhasil

hendaklah dipromosikan menerusi

pameran dalam dan luar negara bagi

menarik pengusaha membeli atau

membuat pelaburan.

Peranan ejen-ejen pelancongan pula,

membawa pelancong-pelancong

ke destinasi produk mukim dan

kampung yang negara kita mempunyai

banyak sumber asli yang unik yang

boleh diketengahkan. Negara kita

digemari pelancong dari Jepun, Korea,

Taiwan, China dan kini menarik

perhatian pelancong-pelancong dari

Eropah. Pelancong-pelancong ini lebih

tertarik kepada kehijauan alam sekitar

atau gaya hidup atau kebudayaan

masyarakat daripada melawat gedung-

gedung perniagaan dan bangunan-

bangunan kerana gedung-gedung

perniagaan dan bangunan-bangunan

mereka juga ada dan lebih hebat lagi.

Selain itu, proses atau tatacara

melaksanakan perusahaan dan

perniagaan adalah sangat penting

dipermudahkan. Perkara-perkara yang

melambat atau menghalang harus

diambil perhatian seperti mana titah

Baginda sempena Hari Keputeraan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan Haji Hassanal

Bolkiah Mu‟izzaddin Waddaulah ibni

Al-Marhum Sultan Haji Omar „Ali

Saifuddien Sa‟adul Khairi Waddien,

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam yang ke-61 tahun

Page 8: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 8

pada 30 Jamadilakhir 1428 Hijrah

bersamaan 15 Julai 2007 Masihi.

Antaranya ialah ”mana-mana agensi

yang masih memakai peraturan-

peraturan atau proses-proses yang

boleh melambatkan pencapaian dan

juga menghalang perkhidmatan yang

efisien hendaklah mereka itu dengan

segeranya mengubah pandangan

mereka.”

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Berkenaan

pihak sektor swasta terutama Industri

Mega hendaklah memberi peluang

kepada anak-anak tempatan menjawat

jawatan penting dan jawatan

pertengahan supaya diganding bersama

bekerja dengan pakar luar yang diberi

masa yang terhad dan mencukupi untuk

mengajar kemahiran dan memberi

pengalaman bagi memberi laluan anak

tempatan mengganti memegang

jawatan tersebut. Keprihatinan pihak

sektor swasta dengan keadaan semasa

perlu juga ada iaitu tidak seharusnya

sewenang-wenangnya memberhentikan

anak tempatan tanpa mengkaji latar

belakang dan masalah bekerja.

Pemberhentian ini menyebabkan

bertambahnya pengangguran dan

akhirnya meminta-minta.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Titah Baginda

juga ada menyentuh mengenai negara

perlu menjimatkan perbelanjaan dengan

cara perbelanjaan berhemah dan value

for money. Perkara ini juga perlu

berlaku di peringkat individu dan

keluarga dalam pengurusan

perbelanjaan. Bagi bersama-sama

memikirkan permasalahan ini, adalah

penting diadakan bengkel atau kursus

celik kewangan oleh pihak institusi-

institusi kewangan kepada semua

peringkat penduduk mukim dan

kampung, pelajar-pelajar, pegawai-

pegawai dan kakitangan sektor awam

atau sektor swasta. Dari itu, pegawai-

pegawai atau kakitangan awam….

Yang Berhormat Yang Di-Pertua:

Yang Berhormat, sekiranya saya dapat

mengganggu. Saya telah menyatakan

bahawa kita mempunyai satu perkara

yang penting yang harus kita selesaikan

dan kita mulakan pada pagi ini, jadi

saya minta kalau sekiranya Ahli-Ahli

Yang Berhormat dan Yang Berhormat

yang sedang bercakap ini untuk

mengehadkan ucapan itu tidak lebih

daripada 10 minit. Nampaknya 10 minit

bagi Yang Berhormat sudah sampai.

Terima kasih.

Yang Berhormat Awang Haji Ramli

bin Haji Lahit: Selain itu, pegawai-

pegawai atau kakitangan awam supaya

bekerjasama dengan pihak kerajaan

yang tinggal jauh dari tempat bertugas

supaya tidak memohon rumah-rumah

persendirian untuk disewa oleh pihak

kerajaan yang terpaksa menanggung

beban membayar sewa bulanan ribuan

ringgit. Jika ia tidak dapat dielakkan

juga, adalah lebih elok mereka ini

dibayar elaun rumah atau elaun

perjalanan yang berpatutan atau tinggal

di rumah kerajaan yang disediakan.

Akhirnya sebagai penutup, marilah kita

bersama-sama berdoa semoga Kebawah

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

Page 9: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 9

Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Mu‟izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum

Sultan Haji Omar „Ali Saifuddien Sa‟adul

Khairi Waddien, Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

dan kerabat Baginda beroleh

kesejahteraan dan rahmat serta hidayah

daripada Allah Subhanhu Wata‟ala jua.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah,

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua:

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang

saya jemput Yang Berhormat Awang

Haji Sulaiman bin Haji Ahad. Saya juga

ingin mengingatkan supaya kita tetap

kepada tempoh 10 minit yang kita

nyatakan tadi.

Yang Berhormat Awang Haji

Sulaiman bin Haji Ahad: Terima kasih

Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Alhamdulillahi

Rabbil‟alameen. Wassalaatu

Wassalaamu „Alaa Asyrafil Mursaleen,

Sayyidina Muhammadin, Wa‟alaa Aalihee

Wasahbihee Ajma‟een.

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Yang

Berhormat Menteri-Menteri Kabinet dan

Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis

Mesyuarat Negara. Alhamdulillah,

dengan bertawakal serta dipanjatkan

syukur ke hadrat Allah Subhanahu

Wata‟ala atas limpah rahmat dan

hidayah-Nya serta dengan izin-Nya jua

maka kaola dapat berucap di Dewan

Persidangan Majlis Mesyuarat yang

mulia ini untuk menggabungkan diri

kaola dalam menyokong Usul yang

telah dibentangkan oleh Yang

Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna

Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu

Bakar bin Haji Apong, Menteri

Pendidikan, Negara Brunei Darussalam

untuk menyembahkan setinggi-tinggi

menjunjung kasih kehadapan Kebawah

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Mu‟izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum

Sultan Haji Omar „Ali Saifuddien Sa‟adul

Khairi Waddien, Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

atas keberangkatan Baginda pada hari

Khamis, 14 Jamadilawal 1436 Hijrah

bersamaan 5 Mac 2015 Masihi di

Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat

Pertama Dari Musim Permesyuaratan

Kesebelas Majlis Mesyuarat Negara dan

seterusnya Baginda mengurniakan titah.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Dalam

kesempatan ini, izinkan kaola di Dewan

Persidangan Majlis Mesyuarat yang

mulia ini untuk kaola mengucapkan

setinggi-tinggi tahniah kepada Yang

Berhormat Yang Di-Pertua atas

pelantikan sebagai Yang Di-Pertua Majlis

Mesyuarat Negara yang baharu oleh

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Lebih dahulu

di Dewan yang mulia ini, kaola dengan

hati yang penuh tulus ikhlas sekali lagi

menjunjung kasih setinggi-tingginya

Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Page 10: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 10

Darussalam bahawa Baginda

telah memberi penuh kepercayaan

kepada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat

Negara dalam mengetengahkan

pendekatan-pendekatan terbaik untuk

pembangunan negara dan kemakmuran

rakyat.

Dalam pandangan jauh kurnia titah

Baginda itu, Baginda telah menyentuh

beberapa perkara dasar yang teramat

signifikan dan relevan untuk dijadikan

satu modal atau rujukan yang

komprehensif ke arah pembangunan

dan kemajuan negara serta rakyat

Baginda dalam tuntutan zaman masa

ini. Ke arah itu, tidak syak lagi bahawa

Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara

memainkan peranan yang besar untuk

menanai dan menggalas hasrat murni

Baginda.

Justeru, apa yang disentuh Baginda

dalam titah Istiadat Pembukaan Rasmi

Mesyuarat Pertama Dari Musim

Permesyuaratan Kesebelas yang lepas

adalah harapan Baginda dan sebagai

suntikan kepada kewibawaan Ahli-Ahli

Majlis Mesyuarat Negara untuk

merancang dan bertindak bagi

membawa Negara Brunei Darussalam

dan rakyat Baginda melayari kehidupan

pembangunan dan menghadapi cabaran

global tanpa sempadan ini.

Penyerapan positif mindset dan

pemindahan mindset pada pandangan

kaola merupakan formula yang terbaik

supaya pemikiran matang dan proaktif

kepada keperluan negara dan supaya

mereka ini tidak menjadikan bantuan

daripada pihak-pihak lain sebagai

tempat bergantung hidup tanpa mahu

berdikari. Adanya positif mindset yang

Baginda harapkan ini menjadi milik

rakyat Negara Brunei Darussalam. Apa

jua cabaran, ujian, permasalahan,

kelemahan dan hal-hal yang merugikan

negara dan individu akan dapat

ditangani negara secara profesional.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sukacita juga

kaola di Dewan yang mulia ini dalam

menyambut baik akan titah Baginda,

Baginda menyarankan sektor awam

terus diperkasa untuk lebih berkesan

dan berkualiti dalam memberikan

perkhidmatan kepada orang ramai sekali

gus merangsang iklim perniagaan dan

perekonomian yang kondusif.

Perkara yang sangat diambil perhatian

tentang titah Baginda dan pandangan

jauh Baginda itu sudah setentunya

disambut baik oleh seluruh rakyat dan

penduduk negara ini iaitu aspek

pemberian perkhidmatan kepada orang

ramai. Dimana sudah tiba masanya

sektor awam diperkasa untuk bertindak

secara matang, berkesan dan berkualiti

selari dengan kehendak Wawasan

Negara 2035 dan juga situasi global hari

ini.

Memandangkan ekspektasi orang ramai

semakin meningkat sesuai dengan

peredaran zaman, segala kepincangan

dan kelemahan yang ada perlu

diperbaiki dan dipertingkatkan dari

semasa ke semasa, supaya

perkhidmatan yang disampaikan dapat

memenuhi kehendak orang ramai

mengikut garis panduan yang ada dan

Page 11: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 11

bersesuaian pula dengan Tekad

Pemedulian Orang Ramai (TPOR) yang

telah ditetapkan. Dengan yang

demikian, perkhidmatan akan lebih

berkesan dan sungutan orang ramai

dapat dikurangkan sekalipun tidak dapat

dihapuskan.

Dalam bidang keusahawanan, Baginda

mengambil perhatian dalam perkara ini.

Keusahawanan dilihat sebagai bidang

yang sangat penting dan memberikan

impak yang positif kepada kepelbagaian

sumber perekonomian negara. Peluang-

peluang dalam bidang keusahawanan

seharusnya dapat direbut oleh anak-

anak tempatan yang berpotensi. Ketika

ini, kita dapati banyaknya peluang

dalam bidang berkenaan yang boleh

diterokai oleh mereka yang

berkebolehan iaitu mereka yang

mempunyai latar belakang pendidikan

dan kemahiran dalam bidang

pengurusan, usaha niaga dan teknikal.

Antara bidang yang berpotensi

ialah Industri Hiliran Minyak dan

Gas, pembinaan, penanjungan,

pengangkutan dan tidak kurang

pentingnya ialah perusahaan dalam

bidang Pertanian dan Agrimakanan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Pada

pandangan kaola semua ini mampu

menyumbang kepada peningkatan

sumber perekonomian negara dan

menjana pendapatan supaya tidak

hanya bergantung sepenuhnya pada

sumber minyak dan gas. Untuk

menggerakkan masyarakat supaya

cenderung kepada bidang

keusahawanan ini, sudah setentunya

memerlukan usaha gigih dan kerja keras

pihak-pihak yang berkenaan untuk

menyediakan laluan yang mudah

kepada anak-anak tempatan. Dalam

masa yang sama memberikan

kemahiran serta bimbingan dan tunjuk

ajar yang diperlukan sehingga mereka

bergelar usahawanan atau peniaga yang

berdaya maju.

Di samping itu, perusahaan dan industri

juga perlu diperluaskan dengan

membuka atau meneroka bidang-bidang

yang baru dan berpotensi serta sesuai

dengan arus pembangunan negara dan

sudah seharusnya dapat dilaratkan

di semua daerah.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Bagi

mengakhiri ucapan kaola di Dewan yang

mulia lagi indah ini, kaola sebagai wakil

rakyat dan penduduk Daerah

Temburong, dalam arus perdana

pembangunan negara yang sedang

rancak dan giat dilaksanakan ketika ini,

atas limpah rahmat dan rezeki yang

dikurniakan Allah Subhanahu Wata‟ala

kepada kita dan negara dan dengan

berkat daulat kepimpinan dan

kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan

Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam raja yang kita kasihi,

abiskoala bersyukur kepada Allah

Subhanahu Wata‟ala, bahawa Daerah

Temburong tidak tertinggal.

Sekian Yang Berhormat Yang Di-Pertua,

Wabillahit Taufik Walhidayah,

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.

Page 12: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 12

Yang Berhormat Yang Di-Pertua:

Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat

Awang Haji A. Ahmad bin Husain.

Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Awang Haji A.

Ahmad bin Husain: Terima kasih Yang

Berhormat Yang Di-Pertua.

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.

Alhamdulillahi Rabbil‟alameen.

Wassalaatu Wassalamu „Alaa Asyrafil

Anbiya‟ Wal Mursaleen, Wa‟alaa Aalihee

Wasahbihee Ajma‟een

Rabbi inni zalamtu nafsi wa aslamtu

maal sulaimana Rabbil „alameen.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua,

Menteri-Menteri Kabinet dan Ahli-Ahli

Yang Berhormat. Dalam ucapan kaola

menjunjung kasih, kaola menyokong

penuh dengan ucapan Yang Berhormat

Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri

Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin

Haji Apong, Menteri Pendidikan, Negara

Brunei Darussalam.

Tidak syak lagi apa yang telah

dihujahkan oleh Yang Behormat itu

benar dan jitu yang disokong oleh Ahli-

Ahli Yang Berhormat dengan semangat

yang progresif dan revolusional.

Semuanya menuju ke arah Wawasan

Negara 2035. Menyahut akan titah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan Haji Hassanal

Bolkiah Mu‟izzaddin Waddaulah ibni

Al-Marhum Sultan Haji Omar „Ali

Saifuddien Sa‟adul Khairi Waddien,

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam yang dititahkan

Baginda pada 5 Mac 2015 Masihi

bersamaan 14 Rabiulawal 1436 Hijrah,

Perasmian Majlis Mesyuarat Negara

di dewan yang indah permai ini. Yang

Berhormat Yang Di-Pertua, titah

Baginda itu bak pantun:

Raja bertitah di Petarana,

Memakai baju sampang beludu,

Titah penuh dengan beribu makna,

Kalau dijumlah bukan seribu.

Ini juga bertepatan dengan taklimat

pegawai-pegawai di Jabatan Perdana

Menteri yang telah ditaklimatkan kepada

Ahli-Ahli Yang Berhormat pada

29 Januari 2015 masihi yang

menerangkan strategi Kerajaan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

dalam mempelbagaikan ekonomi negara

menghala kepada Wawasan 2035. Pada

hari itu kaola amat gembira mendengar

bahawa pada tahun 2035 nanti, Negara

Brunei Darussalam akan menjadi sebuah

negara yang maju dan berdaulat. Atas

kegembiraan tersebut kaola terpanggil

untuk berpantun:

Berjalan ke kota Batu,

Berjalan berdua-dua,

Bila mendengar taklimat itu,

Saya yang tua terasa muda.

Bunga melor puputnya damit,

Walaupun damit harum baunya,

Page 13: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 13

Walaupun Brunei negara damit

akan masyhur ke seluruh dunia.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua, dalam

titah Baginda itu perlu diambil kira oleh

semua pihak terutama tokoh-tokoh

korporat yang berkelibar dan berjiwa

besar untuk memajukan negara

yangmana titah baginda itu suatu

cabaran yang besar kepada kita untuk

orang-orang yang berkepentingan lebih-

lebih lagi, kerana itu janganlah seperti

bak pantun:

Sorong papan tarik papan,

Buah keranji dalam perahu,

Suruh makan kita tak makan,

Suruh mengaji kita tak mahu.

Kita Berdoa kepada Allah Subhanahu

Wata‟ala semoga Brunei yang kita puja

dan puji ini akan menjadi sebuah negara

yang aman damai dan sejahtera tidak

akan menjadi sebuah taman yang hanya

diisi oleh batu-batu pejal airnya

mengalir secara paksa dan bunganya

hanya sekuntum. Kita terus berdoa

semoga Negara Brunei Darussalam yang

merdeka dan berdaulat ini dengan

berpaksikan Melayu Islam Beraja akan

terus menjadi sebuah negara

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua:

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Ahli

Yang Berhormat itu pernah menjadi

seorang guru dan nampaknya sifat

keguruannya masih kental. Saya

sekarang mempersilakan Yang

Berhormat Pehin Orang Kaya Johan

Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji

Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib

Dato Seri Setia Awang Haji Mohd

Yussof, Menteri Kesihatan. Silakan Yang

Berhormat.

Yang Berhormat Menteri

Kesihatan: Terima kasih Yang

Berhormat Yang Di-Pertua.

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillahi

Rabbil‟alameen. Wassalaatu Wassalamu

„Alaa Asyrafil Anbiya‟ Wal Mursaleen,

Sayyidina Muhammadin, Wa‟alaa Aalihee

Wasahbihee Ajma‟een.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Ahli-

Ahli Yang Berhormat.

Terlebih dahulu kaola dengan

hormatnya mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih ke atas

peluang yang diberikan untuk bersama-

sama dengan Ahli-Ahli Yang Berhormat

yang lain menyokong sepenuhnya

ke atas usul yang dicadangkan oleh

Yang Berhormat Menteri Pendidikan

bagi menyembahkan menjunjung kasih

setinggi-tingginya Kehadapan Majlis

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan Haji Hassanal

Bolkiah Mu‟izzaddin Waddaulah ibni

Al-Marhum Sultan Haji Omar „Ali

Saifuddien Sa‟adul Khairi Waddien

Sultan dan Yang-Pertuan Negara Brunei

Darussalam atas keberangkatan Baginda

ke Majlis Pembukaan Rasmi Mesyuarat

Pertama dari Musim Permesyuatan

Kesebelas Majlis Mesyuarat Negara bagi

Tahun 2015 dan seterusnya

mengurniakan titah.

Page 14: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 14

Sesungguhnya kurnia isi kandungan

titah Baginda itu adalah sangat

bertepatan dalam era di mana dunia

masa kini menghadapi penurunan

ekonomi global yang ketara seperti

harga minyak yang menurun yang juga

turut dirasai oleh negara kita. Titah

Baginda ini perlu ditangani oleh semua

pihak dengan penuh bijaksana dan

matang secara holistik bukan sahaja

untuk survival negara tetapi untuk

memastikan negara terus berkembang

maju kehadapan ke arah pembangunan

sosio-ekonomi yang lebih mapan dan

sustainable.

Sebelum kaola meneruskan hujah di

Dewan Majlis ini, dalam kesempatan ini

kaola ingin mengucapkan setinggi-tinggi

tahniah kepada Yang Berhormat Pehin

di atas kurnia pelantikan sebagai Yang

Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara.

Kaola percaya dan penuh berkeyakinan

dengan pengalaman dan kredibiliti Yang

Berhormat Pehin akan dapat memimpin

Majlis Mesyuarat Negara ini dengan

lebih efisien, efektif dan berkesan sekali

gus mampu mempertingkatkan lagi

martabat Majlis Mesyuarat Negara

seperti mana hasrat murni Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan dan Sultan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam dalam titah

perasmian Baginda.

Kaola dengan penuh hormatnya sangat-

sangat menjunjung tinggi kurnia titah

mengenai pentingnya penghijrahan

mindset daripada semata-mata suka

bergantung kepada bantuan kepada

lebih berdikari dan berusaha.

Sehubungan dengan ini, di dalam

permesyuaratan kali ini sewajarnya kita

sama-sama bergabung tenaga dan

berfikir berusaha menghuraikan dalam

pelbagai perspektif dan kaedah

bagaimana cara untuk mengubah atau

mentransformasi mindset rakyat dan

penduduk di negara ini dari bergantung

semata-mata terhadap makan gaji

kepada budaya berniaga yang lebih

industrious dalam sama-sama

merealisasikan titah Baginda yang

sangat bijaksana, berwibawa lagi

berpandangan jauh.

Ini juga adalah menjadi tanggungjawab

semua pihak bukan sahaja di Dewan

Majlis ini malahan juga di sektor

kerajaan, sektor swasta, NGO‟s dan juga

lapisan rakyat dan penduduk terutama

sekali dalam sama-sama kita

mendukung dan mengwujudkan

persekitaran yang kondusif yang

berupaya memudahcara dan

mempromosi perkembangan perniagaan

dan perindustrian di negara ini.

Ini termasuklah juga peranan keluarga

untuk memberikan sokongan yang padu

dan galakan di dalam sektor ini. Sektor

industri adalah nadi penggerak negara

yang memang terbukti mampu menjana

dan memberi peluang banyak pekerjaan

termasuk dalam mengembangmajukan

lagi pelbagai aktiviti perekonomian yang

berkaitan. Dalam hal ini, seperti titah

Baginda juga anak-anak tempatan

haruslah diberi peluang dan diberikan

keutamaan dalam mengisi jawatan

penting bagi menggantikan pekerja-

pekerja asing apatah lagi sekarang ini

terdapatnya peningkatan-peningkatan

Page 15: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 15

bilangan anak-anak tempatan bukan

sahaja berkelulusan tetapi juga yang

berkelayakan yang juga dilengkapi

dengan pelbagai profesionalisme dan

kemahiran yang diperlukan.

Golongan ini juga perlu diberi

kepercayaan untuk menggalas tugas

dan tanggungjawab serta menunjukkan

kredibiliti mereka sebagai anak jati

Brunei yang taat lagi setia untuk

menyumbang khidmat bakti kepada

ugama, bangsa dan negara.

Dalam pada itu, kaola berpendapat

sudah tiba masanya untuk kita bersama-

sama mengikis sikap dan mindset

negative segelintir masyarakat yang

semata-mata suka meminta-minta atau

mengharapkan bantuan tanpa sebarang

usaha untuk membaiki diri sendiri atau

berdikari. Dalam perkara ini, sukacitalah

juga kita sama-sama menghayati dan

mengambil pedoman dari firman Allah

Subhanahu Wata‟ala dalam surah

Ar-rad, ayat 11 yang maksudnya:

“Sesungguhnya Allah Ta‟ala tidak akan

mengubah nasib sesuatu kaum kecuali

kaum itu sendiri mengubah apa yang

ada pada diri mereka itu sendiri”.

Oleh yang demikian, selaku rakyat dan

penduduk di negara ini yang sihat dan

berupaya, sepatutnyalah berusaha

sedaya upaya berkarih, berjarih mencari

rezeki di bumi yang bertuah di Negara

Brunei Darussalam untuk sumber

kehidupan yang halal lagi berkat serta

menceburi bidang perniagaan dan

keusahawanan dengan bersungguh-

sungguh serta berinovasi sehingga

berjaya menembusi pasaran global bagi

meningkatkan sosio-ekonomi dan

kehidupan yang lebih berkualiti.

Seperti yang dititahkan Baginda semasa

Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat

Pertama dari Musim Permesyuaratan

Kesebelas di Dewan Majlis yang mulia,

hasrat murni Baginda ingin melihat lebih

ramai lagi anak-anak tempatan untuk

tampil ke hadapan untuk menyahut

cabaran ini dalam melibatkan diri

di pelbagai bidang keusahawanan

yang lebih berdaya maju dan berdaya

saing bagi bersama-sama

mengembangmajukan kepelbagaian

perekonomian negara ke arah yang

lebih sustainable.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Titah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

juga menunjukkan keprihatinan tinggi

Baginda terhadap kebajikan dan

kesejahteraan rakyat dan negara untuk

dinikmati secara berterusan di mana

Baginda memperingatkan mengenai

perlunya kita mengekalkan dasar

kestabilan fiskal melalui kaedah

pengurusan peruntukan kewangan

dan pengamalan penjimatan

perbelanjaan secara berhemah serta

value for money. Kita semestinya

bertanggungjawab mendukung dan

melaksanakan dasar ini sepenuhnya

di kesemua peringkat sama ada

di sektor kerajaan termasuk individu dan

keluarga. Sikap berbelanja secara

berhemah khususnya berjimat cermat

dan suka menabung mengikut

kemampuan ini perlu kita sama-sama

Page 16: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 16

budayakan dan dijadikan sebagai

amalan cara hidup bagi menjamin

kelangsungan kehidupan yang sejahtera

dan kemakmuran negara seterusnya

bagi keperluan generasi akan datang.

Apatah lagi amalan berjimat cermat dan

menghindarkan sebarang pembaziran ini

adalah nilai-nilai murni yang mulia dan

sangat dituntut oleh agama Islam dan

ini adalah bertepatan dengan negara

kita sebagai Negara Melayu Islam

Beraja.

Pada kesimpulannya, sesungguhnya

intipati kandungan titah Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam di Istiadat

Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama

dari Musim Permesyuaratan Kesebelas

ini amat mencerminkan kewibawaan

dan kebijaksanaan Baginda sebagai raja

yang berjiwa rakyat dan sangat

mengambil berat dan pemedulian akan

kebajikan dan kesejahteraan rakyat

serta keselamatan, kemakmuran,

keamanan dan kemajuan negara, maju

ke hadapan malahan sebagai pemimpin

yang berwawasan global.

Akhirnya, marilah kita sama-sama

berdoa ke hadrat Allah Subhannahu

Wata‟ala negara kita Brunei Darussalam

yang kita cintai ini akan terus diredai,

diberkati, dirahmati, dan di bawah

lindungan Allah Subhanahu Wata‟ala.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh. Terima kasih Yang

Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua:

Terima kasih Yang Berhormat, sekarang

saya persilakan Yang Berhormat Menteri

Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang

Dimuliakan, Pehin Udana Khatib Dato

Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji

Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka

Haji Awang Othman. Silakan Yang

Berhormat.

Yang Berhormat Menteri Hal

Ehwal Dalam Negeri:

Alhamdulillahi

Rabbil‟alameen. Wassalaatu

Wassalaamu „Alaa Asyrafil Anbiya‟

Mursaleen, Sayyidina Muhammadin,

Wa‟alaa Aalihee Wasahbihee Ajma‟een.

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh. Wassalamu „Ala

Manittaba‟el Huda. Terima kasih Yang

Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola

sukacita juga mengambil kesempatan

mengucapkan tahniah atas pelantikan

Yang Berhormat Pehin. Kaola turut

mendoakan agar Yang Berhormat Yang

Di-Pertua akan sentiasa sihat sejahtera

dan ceria.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Kaola

ingin menyertakan diri dalam

menyembahkan sembah junjung kasih

ini dengan memfokus kepada bidang

pekerjaan. Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan

Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam dalam titah perasmian

Baginda, menitahkan supaya perhatian

perlu bulat untuk menggerakkan anak-

anak tempatan bagi mengisi peluang-

peluang yang ada.

Page 17: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 17

Tidak syak lagi bahawa dilihat daripada

jumlah angka pengangguran yang

sangat tinggi di negara ini, iaitu 9%

daripada jumlah penduduk yang dalam

usia bekerja mengikut definisi

kebangsaan kita, iaitu 18 hingga 59

tahun berbanding dengan negara-

negara yang lain, maka adalah tepat

titah Baginda bahawa kita mesti

mengkaji pengisian peluang-peluang

yang ada dengan saksama. Baginda

mempersoalkan di mana dan berapa

lama lagi anak-anak tempatan kita

harus tercicir tidak diberi kesempatan

memenuhi peluang-peluang yang ada.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua,

sehubungan dengan itu, kaola ingin

menarik perhatian Dewan kepada

peluang-peluang pekerjaan dalam

5 industri sektor perindustrian iaitu

industri perdagangan, pemborongan,

peruncitan, perhotelan, restoran, kedai

kopi, pengangkutan, penyimpanan

perhubungan, perkhidmatan sosial,

perkhidmatan masyarakat, persendirian

dan perkhidmatan kewangan, insurans

dan perundangan.

Kaola sengaja tidak menyentuh industri

yang menjadi nadi ekonomi negara kita

yang mana Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan

Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam ristakan tentang beberapa

banyak peluang atau jawatan penting

masih dimonopoli oleh pekerja-pekerja

asing sekalipun kita telah melalui masa

yang begitu panjang.

Dalam 5 industri yang kaola sebutkan

tadi, ada sebanyak 3,545 buah syarikat

dengan jumlah pekerja seramai 44,274

orang. Dari jumlah tersebut bilangan

pekerja asing adalah seramai 28,857

orang iaitu 65%, manakala selebihnya

iaitu 15,417 orang dalam kadar 35%

adalah pekerja rakyat dan penduduk

tempatan.

Kaola dalam Dewan yang mulia ini,

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

menyedari bahawa bilangan rakyat dan

penduduk tetap kita yang terhad tidak

mungkin akan dapat memenuhi

keperluan industri kepada tenaga kerja

sepenuhnya. Kita memang memerlukan

tenaga kerja asing.

Namun dalam yang masa sama, Yang

Berhormat Yang Di-Pertua, kaola dalam

Dewan yang mulia ini sepenuhnya

menjunjung kasih apabila Baginda

menanyakan di mana dan berapa lama

lagi anak-anak tempatan kita harus

tercicir, tidak diberikan kesempatan

untuk memenuhi peluang-peluang yang

ada itu. Ertinya, industri hendaklah

responsif kepada kenyataan bahawa

bilangan pengangguran kita di negara

ini adalah tinggi dan industri sebagai

pembuka lapangan pekerjaan hendaklah

mengutamakan anak-anak tempatan.

Untuk bersikap seimbang dan saksama,

kaola dan Kementerian Hal Ehwal Dalam

Negeri tidak menutup pintu

pengambilan pekerja asing dalam

5 sektor industri itu. Kementerian

setakat ini mahu memastikan bahawa

bilangan pekerja asing di negara ini

adalah dalam jumlah dan saiz yang

munasabah untuk memastikan peluang-

peluang yang ada itu khasnya dalam

Page 18: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 18

5 sektor itu tidak dimonopoli oleh

pekerja-pekerja asing dengan

mencicirkan rakyat dan penduduk

tempatan. Oleh itu Kementerian Hal

Ehwal Dalam Negeri telah

menguatkuasakan dasar baharu

pengambilan pekerja-pekerja asing,

terutama sekali dengan memotong

kuota pengambilan pekerja asing yang

telah diluluskan kepada syarikat-syarikat

tetapi belum atau tidak digunakan iaitu

unused quota.

Dengan itu, ia merupakan flood gate

bagi menyekat kemasukan pekerja asing

ke negara ini semahu-mahu majikan

tanpa mengambil kira tanggungjawab

sosial mereka untuk membantu rakyat

dan penduduk tempatan mendapatkan

pekerjaan. Kaola ingin menyebut ulang

di Dewan ini, bilangan pekerja asing

dalam semua industri termasuk industri

pembinaan (construction) dan

perkhidmatan rumah tangga dan

persendirian yang sedia ada dalam

negeri kita adalah 141,852 orang.

Sementara bilangan yang dirancang

oleh majikan-majikan untuk didatangkan

melalui unused quota itu ada seramai

71,000 orang.

Bayangkanlah Yang Berhormat Yang

Di-Pertua, betapa bilangan penduduk

negara ini akan segera meningkat

hampir 500,000 dengan kehadiran

pekerja asing menurut semahu-mahu

majikan itu yang risikonya ialah bukan

sahaja memonopoli peluang pekerjaan

bahkan mewujudkan keadaan polarisasi

penduduk yang tidak seimbang antara

rakyat negara ini dengan rakyat asing.

Kaola ingin menegaskan bahawa dasar

memotong unused quota itu tidaklah

bertujuan menyekat pertumbuhan

industri atau pengembangannya.

Kementerian bersedia menimbangkan

rayuan syarikat-syarikat berdasarkan

keperluan yang sebenarnya sambil

meminta syarikat-syarikat merancang

dalam masa 3 tahun untuk

berperingkat-peringkat menggantikan

pekerja-pekerja asing itu dengan anak-

anak tempatan atau syarikat-syarikat

boleh mengekalkan dan menambah

bilangan pekerja asing menurut

pertumbuhan dan kemajuan syarikat,

tetapi dalam masa yang sama syarikat-

syarikat hendaklah juga mengambil dan

menambah bilangan pekerja-pekerja

yang terdiri daripada anak-anak

tempatan.

Pada umumnya Yang Berhormat Yang

Di-Pertua. Dalam tempoh tiga tahun

dan secara berperingkat-peringkat

syarikat-syarikat dikehendaki merancang

pengisian jawatan-jawatan dalam lima

industri itu oleh anak-anak tempatan

berpandukan pada kadar peratus yang

ditentukan antara pekerja asing dengan

pekerja tempatan menurut industri dan

dan menurut zon beroperasinya.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Dalam

menggerakkan anak-anak tempatan

bagi mengisi peluang-peluang yang ada

seperti yang disebutkan dalam titah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan

itu, sesetengah orang mencadangkan

supaya ada suatu dasar yang jelas dan

tegas dalam memastikan peluang-

peluang pekerjaan yang sentiasa

Page 19: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 19

terbuka di negara ini, untuk tidak

dimonopoli oleh tenaga-tenaga kerja

asing. Dasar itu, Yang Berhormat Yang

Di-Pertua, sebenarnya sudah ada,

antaranya ialah sebagaimana yang kaola

bentangkan sebentar tadi.

Lanjutan daripada dasar-dasar yang

sedia ada ialah memastikan tenaga

kerja tempatan mempunyai kelayakan

melalui keperluan industri. Hal ini

sedang rancak dilakukan melalui pusat-

pusat latihan, teknikal, kejuruteraan dan

vokasional oleh pihak kerajaan dan oleh

pihak swasta. Kaola ingin

menyampaikan ucapan terima kasih dan

penghargaan kepada syarikat-syarikat

dan firma-firma yang telah bekerjasama

dengan APKT dan Jabatan Buruh untuk

menjayakan dasar baharu pengambilan

pekerja asing yang antaranya ialah

menjadi rakan strategik dalam

mengadakan latihan-latihan.

Sama juga kaola ingin mengucapkan

terima kasih dan mengalu-alukan

kejayaan sebanyak 1,231 buah syarikat

dalam 5 industri yang disebutkan tadi

yang telah mencapai nisbah melebihi

50%, malah ada yang mencapai 100%

pekerjanya terdiri daripada anak-anak

tempatan. Namun jumlah tersebut baru

sekadar 36% dari jumlah syarikat-

syarikat dari 5 industri berkenaan.

Maknanya banyak syarikat lagi yang

perlu berusaha meningkatkan

pengambilan anak-anak tempatan

dalam industri masing-masing.

Majikan-majikan yang belum mencapai

kadar 50% atau lebih anak-anak

tempatan dalam industri mereka,

kebanyakan dalam industri

perdagangan, pemborongan dan

peruncitan sebanyak 1,386 buah

syarikat. Tempat kedua terbanyak ialah

industri perhotelan, restoran dan kedai

kopi sebanyak 578 buah syarikat.

Maka kepada industri-industri yang

belum mencapai kadar 50% atau lebih

nisbah memperkerjakan anak-anak

tempatan itu. Kaola ingin mengajak

masing-masing segera merespons

dengan penuh keinsafan akan

tanggungjawab sosial mereka terhadap

titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang

Di-Pertuan mengenai bidang pekerjaan,

iaitu di mana dan berapa lama lagi

anak-anak tempatan kita harus tercicir

tidak diberi kesempatan untuk

memenuhi peluang-peluang yang ada

itu.

Senada dengan seruan ini ialah kaola

menyeru dan merayu kepada sejumlah

penduduk negara ini yang layak bekerja

tetapi masih menganggur supaya tampil

dan berusaha keras mendapatkan

pekerjaan demi kebaikan awda dan

keluarga awda. Banyak peluang-

peluang pekerjaan dan latihan untuk

memenuhi keperluan industri yang

disediakan. Ayuh responslah secara

positif titah Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan

Yang Di-Pertuan, awda jangan

mencicirkan terus diri awda dalam

bidang pekerjaan.

Demikianlah Yang Berhormat Yang

Di-Pertua. Kaola sekali lagi

Page 20: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 20

mengucapkan terima kasih dan dengan

itu kaola menyokong Usul yang

dibentangkan oleh rakan sejawatan

kaola Yang Berhormat Menteri

Pendidikan untuk menyembahkan

sembah junjung kasih Kehadapan Majlis

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

atas kurnia titah Baginda dalam Istiadat

Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama

Dari Musim Permesyuaratan Kesebelas

Majlis Mesyuarat ini. Wabillahit Taufik

Walhidayah, Wassalamualaikum

Warahmatullahi. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua:

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri

Hal Ehwal Dalam Negeri. Sekarang saya

mempersilakan Yang Berhormat Pehin

Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato

Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji

Abdullah, Menteri Kebudayaan, Belia

dan Sukan. Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri

Kebudayaan, Belia dan Sukan:

Terima kasih Yang Berhormat Yang

Di-Pertua,

Alhamdulillahi Rabbil‟alameen

Wassalaatu Wassalamu „Alaa Asyrafil

Anbiya‟ Wal Mursaleen Sayyidina

Muhammaddin Wa‟alaa Aalihee

Wasahbihee Ajma‟een.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Terlebih dahulu saya mengucapkan

setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan

Yang Berhormat Yang Di-Pertua

sebagai Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat

Negara. Yang Berhormat Yang

Di-Pertua, saya sukacita

menggabungkan diri pada menyokong

Usul Yang Diberi Notis oleh Yang

Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna

Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu

Bakar bin Haji Apong, Menteri

Pendidikan, pada menyembahkan

setinggi-tinggi menjunjung kasih

Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

Haji Hassanal Bolkiah Mu‟izzaddin

Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji

Omar „Ali Saifuddien Sa‟adul Khairi

Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam atas

keberangkatan dan titah Baginda yang

telah dikurniakan semasa Istiadat

Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama

Dari Musim Permesyuaratan Kesebelas

Majlis Mesyuarat Negara yang telah

diadakan pada 5 Mac 2015 Masihi yang

lalu.

Titah Baginda itu merupakan sebiji

mutiara, yang sangat bernilai yang

di dalamnya mengandungi falsafah dan

arah tuju „social engineering‟ ataupun

pembentukan sosial yang mampu

mengangkat dan membawa rakyat dan

penduduk untuk membuka minda dan

merubah mindset.

Titah Baginda mengenai perlunya

penghijrahan mindset daripada semata-

mata suka bergantung pada bantuan

kepada lebih berdikari dan berusaha,

juga tepat pada maksud dan waktunya.

Pada menjunjungnya, Majlis

Kebangsaan Isu Sosial yang

dipengerusikan di bawah Kementerian

Page 21: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 21

Kebudayaan Belia dan Sukan akan terus

melipatgandakan usahanya dalam

melaksanakan pelan-pelan tindakan

di bawah Jawatankuasa-Jawatankuasa

Khas yang mengandungi unsur-unsur

dan hala tuju seperti yang dihasratkan

oleh Baginda.

Pelan-pelan tindakan yang telah

disediakan dan dilaksanakan

mempunyai beberapa matlamat

strategik yang menekankan aspek

empowerment melalui pendidikan,

latihan, kemahiran, pekerjaan dan

keusahawanan. Sejajar dengan usaha

matlamat pembangunan yang inklusif,

penumpuan diberikan kepada

mempersiapkan golongan yang tercicir

dan menerima bantuan untuk berusaha

dengan gigih bagi mendapatkan

kemahiran yang mempunyai permintaan

pasaran dan seterusnya memperolehi

pekerjaan atau memulakan perniagaan

yang dapat memberikan pendapatan.

Walau bagaimanapun pendekatan dan

pelaksanaan ke arah empowerment dan

perubahan mindset golongan

masyarakat yang sangat bergantung

pada bantuan memerlukan penglibatan

semua pihak sama ada di peringkat

kepimpinan akar umbi, media tempatan,

badan-badan bukan kerajaan,

persatuan-persatuan, pihak swasta dan

individu.

Di samping simpati dan empati yang

diberikan ke atas golongan yang

memerlukan bantuan mereka perlu

memberikan semangat perubahan

minda dan memberikan jalan keluar

golongan berkenaan daripada

kemiskinan melalui usaha-usaha

membangun diri dan berdikari. Adalah

diharapkan pihak berkenaan bukan

semata-mata menyaran, melapor dan

menyuarakan agar bantuan-bantuan

kewangan dan kebendaan atau lebih

banyak subsidi untuk dihulurkan kepada

golongan yang memerlukan bantuan,

tetapi mereka juga berperanan sama

pada memberikan panduan dan

kesedaran kepada golongan berkenaan

untuk bangun dan berusaha keluar

daripada kepompong kemiskinan

dengan mempunyai perasaan

tanggungjawab untuk memperbaiki dan

merubah nasib hidup mereka dengan

berusaha mencari pekerjaan dan

memiliki kemahiran bagi memulakan

perusahaan atau berniaga secara kecil-

kecilan.

Lebih-lebih lagi dalam konteks ke arah

mengurangkan penggantungan

masyarakat secara berterusan kepada

bantuan-bantuan kebajikan, cabaran

yang dihadapi rata-ratanya ialah

kebanyakan penerima bantuan bulanan

tersebut yang mempunyai keupayaan

fizikal dan mental, didapati mempunyai

mindset yang negatif dan lemah, yang

mereka sendiri perlu membuat

perubahan dan penghijrahan. Ini sama

seperti yang diungkapkan dalam satu

pepatah Inggeris yang bermaksud “Kita

boleh membawa seekor kuda ke sungai,

tetapi kita tidak boleh memaksanya

meminum air.”

Yang Berhormat Yang Di-Pertua. Bagi

menjayakan program memperkasa atau

empowerment masyarakat untuk keluar

dan terhindar daripada terjerumus

Page 22: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 22

dalam kepompong kemiskinan,

kesedaran betapa pentingnya jati diri

dan disiplin di samping pendidikan dan

kemahiran dalam menjalani kehidupan

perlu ditanamkan terutama sekali dalam

kalangan belia.

Seperti mana yang Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam titahkan sempena Hari

Perkhidmatan Awam tahun 2010 Masihi,

bahawa Baginda bertitah “Tidak ada

maknanya usaha dan ilmu, jika

pemiliknya lemah jati diri seperti disiplin

dan integriti”. Daripada titah Baginda

itu dapat kita mengambil iktibar,

pengajaran serta peringatan di samping

rakyat dan penduduk khususnya

generasi muda itu mempunyai ilmu dan

pengetahuan serta minda kelas

pertama. Mereka juga perlu memiliki

semangat berdaya saing, akhlak yang

hebat, budaya kerja yang

cemerlang, integriti yang tinggi, nilai

dan harga diri yang murni, yang

setentunya akan menjadikan mereka

selaku penyumbang kepada

pembangunan sosioekonomi bangsa

dan negara.

Sehubungan dengan itu, semua

program pembangunan modal insan

di bawah pengendalian Kementerian

Kebudayaan, Belia dan Sukan bagi

golongan sasaran khususnya golongan

belia, seperti Program Khidmat Bakti

Negara, program latihan di Pusat

Pembangunan Belia, program

pembangunan belia di bawah Jabatan

Belia dan Sukan, sedikit sebanyak telah

dimuatkan dengan unsur-unsur

pembangunan jati diri dan penguatan

disiplin dan minda.

Modal insan yang dibentuk dan

di bangunkan bercirikan calak Brunei

iaitu berasaskan kepada kerohanian,

adat budaya dan warisan bangsa, yang

akan dapat melahirkan generasi

masa depan yang berupaya

mendaulatkan raja, memelihara

kesucian agama dan membela bangsa

dan negara. Di samping itu, mereka

ini juga dihasratkan mempunyai moral

dan disiplin yang kuat serta daya

kreativiti dan inovasi yang tinggi,

sebagai persediaan mereka menghadapi

persaingan ekonomi global dan

mendepani kecanggihan dan kepesatan

teknologi dengan jayanya. Modal insan

yang kita bangunkan, akan mempunyai

ciri dan perwatakan yang dapat

diungkapkan seperti berikut- [„Apa

tandanya bangsa Brunei jati, syariat dan

adat dibawa mati, Apa tandanya bangsa

Brunei berdaulat, Raja dan bangsa

dijulang rakyat‟.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua, pada

mengembangkan dan mempelbagaikan

ekonomi negara seperti yang

dihasratkan oleh Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan dan Yang Di-Pertuan, satu lagi

bidang yang mempunyai potensi

membukakan peluang perniagaan

terutama sekali kepada golongan belia

ialah industri kreatif, yang usaha

giat memperkembangkannya terus

diusahakan bersama dengan agensi-

agensi kerajaan yang lain.

Page 23: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 23

Dengan memanfaatkan teknologi,

kebudayaan, kesenian, sejarah dan

warisan bangsa boleh sahaja

dipergunakan bagi menghasilkan

berbagai-bagai perisian atau „content‟

dan produk yang mempunyai

permintaan pasaran. Ke arah ini, selaras

dengan titah Baginda melalui

pewujudan iklim perniagaan dan

perekonomian yang lebih kondusif,

pembangunan industri kreatif perlu

diberikan perhatian dan diterokai oleh

generasi muda. Mereka hanya perlu

mempunyai sedikit modal dan idea-idea

yang kreatif. Manakala pemasaran bagi

industri kreatif tidak terhad kepada

pasaran tempatan tetapi terbuka kepada

pasaran serantau dan global melalui

teknologi cyber.

Buat penutup, saya sekali lagi

menyembahkan setinggi-tinggi

menjunjung kasih Kehadapan Majlis

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

atas titah Baginda yang jelas

menekankan agar Dewan yang mulia ini

akan tetap menumpukan perhatian

kepada perkara-perkara yang besar dan

mencabar dengan mengetengahkan

pendekatan-pendekatan terbaik untuk

pembangunan. Sekian Wabillahit

Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima

kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua:

Terima kasih Yang Berhormat.

Sekarang saya persilakan Yang

Berhormat Pengiran Dato Seri Setia

Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji

Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal

Ugama.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal

Ugama: ,

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekaliannya.

Segala puji bagi Allah pencipta sekalian

alam selawat dan salam ke atas

Junjungan kita Nabi Muhammad

Sallallahu „Alaihi Wasallam, para

kerabat, para sahabat dan pengikut-

pengikut Baginda yang setia hingga

ke akhir zaman.

Lebih dahulu kaola ingin mengucapkan

tahniah yang setinggi-tingginya atas

pelantikan Yang Berhormat Pehin

menjadi Yang Di-Pertua Majlis

Mesyuarat Negara yang baharu.

Pelantikan ini sudah tentu atas

kelayakan Yang Berhormat Yang

Di-Pertua dan pengalaman yang luas

dalam pentadbiran negara. Insya-Allah,

kita mohon kehadrat Allah akan taufik

dan hidayah Nya dapat melaksanakan

kewajipan yang diamanahkan sebaik-

baiknya.

Kaola mengambil kesempatan yang

terhad ini untuk menggabungkan diri

menyokong usul yang telah

dibentangkan oleh Yang Berhormat

Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri

Setia Dr. Haji Abu Bakar bin Haji Apong,

Menteri Pendidikan untuk menjunjung

kasih yang setinggi-tingginya

Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

Haji Hassanal Bolkiah Mu‟izzaddin

Page 24: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 24

Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji

Omar „Ali Saifuddien Sa‟adul Khairi

Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam atas

keberangkatan Baginda ke Istiadat

Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama

Dari Musim Permesyuaratan Kesebelas

Majlis Mesyuarat Negara 2015 Masihi

yang berlangsung pada hari Khamis

yang lepas.

Di Dewan yang mulia ini atas titah

Baginda yang sangat bernas dan sangat

tinggi nilainya dengan pandangan yang

jauh melihat situasi tempatan dan

global, titah Baginda itu mengandungi

motivasi yang kuat untuk memajukan

negara ini dalam segala bidang khasnya

perniagaan dan perindustrian. Baginda

menasihatkan agar rakyat dan

penduduk negara ini akan rajin

berusaha secara bersungguh-sungguh

sehingga mampu berdikari. Rakyat dan

individu yang memiliki minda positif

akan berupaya untuk membina

kehidupan yang konstruktif, progresif,

produktif dan optimistik. Apatah lagi,

dalam keadaan ekonomi global yang

menunjukkan penurunan ketara harga

minyak, hal Ini memerlukan kerjasama

rakyat dan penduduk negara ini supaya

lebih matang berfikir dan bertindak

selaras dengan keadaan semasa dan

tuntutan zaman.

Marilah kita berdoa ke hadrat Allah Allah

Subhanahu Wata‟ala dan sama-sama

kita beusaha semoga hasrat Baginda itu

dan hasrat negara akan tercapai dan

terlaksana dengan sebaik-baiknya.

Antara yang dititahkan oleh Baginda

ialah, penghijrahan mindset daripada

semata-mata suka bergantung pada

bantuan kepada lebih berdikari dan

berusaha adalah satu kelebihan yang

perlu dihuraikan oleh majlis ini.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua,

sebagaimana yang kita maklum bahawa

konsep berhijrah dalam Islam ialah

berubah daripada satu keadaan kepada

satu keadaan yang lebih baik. Untuk

merubah mindset memerlukan azam

dan tekad yang kuat serta usaha yang

bersungguh-sungguh untuk berubah.

Ini tidak mustahil dilakukan kerana

dalam melakukan perubahan itu, Allah

akan bersama-sama kita. Allah tidak

akan mengubah jika kita tidak mahu

mencuba untuk berubah, tetapi jika kita

mahu mencuba untuk berubah insya-

Allah, Allah akan membantu kita

sebagaimana firman Nya dalam surah

Ar-Ra‟d ayat 11:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak

merubah keadaan apa yang ada pada

sesuatu kaum sehinggalah mereka

merubah keadaan apa yang ada pada

diri mereka sendiri.‟‟

Sesetengah kita yang suka bergantung

pada bantuan semata-mata sebenarnya

boleh mengubah nasib mereka

Page 25: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 25

kepada hidup berdikari yang lebih

mendatangkan hasil jika ada semangat

untuk bekerja dan berusaha yang

setentunya menggunakan tenaga minda

dan tulang empat kerat yang bermakna

juga akan mengusir jauh-jauh rasa

malas dan rasa selesa. Inilah yang

digalakkan dalam Islam dan dipandang

mulia di sisi Allah.

Perkara penghijrahan mindset atau

sikap ini adalah kunci segala kejayaan.

Sebagai misal, kerjasama antara

Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan

Kementerian Kebudayaan, Belia dan

Sukan dalam mengendalikan program

Propaz (Program Pengupayaan Asnaf

Zakat) telah membolehkan sebahagian

peserta program ini mendapat

pekerjaan, dan ada yang berusaha

sendiri berniaga secara kecil-kecilan

malah ada yang telah membuka syarikat

sendiri.

Ini membuktikan kebenaran peribahasa

kita bahawa: “Di mana ada kemahuan,

di situ ada jalan.‟‟ Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam juga telah

menyentuh mengenai usaha

menjimatkan perbelanjaan bukan sahaja

di peringkat negara, malah juga

di peringkat individu dan keluarga.

Berbelanja mengikut kemampuan,

berhemah dan bijaksana. Ini juga ada

asasnya dalam agama kita yang

menyuruh kita berbelanja secara

sederhana, tidak terlalu boros dan tidak

juga terlalu kedekut. Sebagaimana

firman Allah Ta‟ala dalam surah Al-Israa‟

ayat 29:

Maksudnya: “dan janganlah engkau

jadikan tanganmu terbelenggu

di lehermu (bakhil) dan janganlah pula

engkau menghulurkannya seluas-luas

(boros) kerana akibatnya engkau akan

jadi tercela dan menyesal.‟‟

Dalam hal mencari rezeki ini, marilah

kita kuatkan keyakinan dan pegangan

kepada kekuasaan Allah Subhanahu

Wata‟ala yang mengawal rezeki kita,

yang mengurniakan rezeki kepada kita

sebagaimana firman Nya dalam Surah

Al-A‟raaf ayat 96:

Maksudnya: “dan kalaulah penduduk

sesebuah negara itu beriman dan

bertakwa, tentulah Kami akan

melimpahkan kepada mereka berkat

dari langit dan bumi tetapi mereka

mendustakan Rasul Kami, lalu Kami

menimpakan azab disebabkan apa yang

telah mereka usahakan. Ini adalah janji

Allah kepada orang-orang yang beriman

dan bertakwa dan amaran keras Allah

kepada orang-orang yang mendustakan

hukum-hukum Allah. Kita berharap dan

berdoa semoga ciri-ciri utama bangsa

kita ini, iaitu iman dan takwa di samping

terus berusaha akan terus dihayati dan

dipegang oleh generasi kita sekarang

Page 26: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 26

dan akan datang hingga bila-bila. Inilah

ciri utama yang membawa keberkatan

iaitu berupa kemakmuran, keselamatan,

kebahagiaan dan kesejahteraan kepada

bangsa dan negara kita.

Demikianlah, Yang Berhormat Yang

Di-Pertua. Terima kasih. Wabillahit

Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua:

Terima kasih Yang Berhormat Menteri

Hal Ehwal Ugama. Ahli-Ahli Yang

Berhormat, tidak ada lagi Ahli-Ahli Yang

Berhormat dalam senarai saya ini yang

ingin untuk berhujah dalam usul yang

telah dikemukakan oleh Yang Berhormat

Menteri Pendidikan. Dengan itu, saya

sekarang ingin membukakan supaya

perkara ini kita undi. Ahli-Ahli Yang

Berhormat yang menyokong usul ini sila

angkat tangan.

(Semua Ahli mengangkat tangan

bersetuju)

Yang Berhormat Yang Di-Pertua:

Nampaknya usul ini telah diterima

dengan sebulat suara oleh Ahli-Ahli

Yang Berhormat di Dewan ini. Maka usul

ini diluluskan.

Yang Dimuliakan Jurutulis I

(Pertama): Perkara VII Rang Undang-

Undang Perbekalan 2015/2016 yang

akan dicadangkan oleh Yang Berhormat

Menteri Kewangan II (Kedua) di Jabatan

Perdana Menteri.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua:

Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Menteri Kewangan

II (Kedua):

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang

Berhormat Yang Di-Pertua,

dengan segala hormatnya kaola

memohon izin mengemukakan bagi

pihak Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam,

Menteri Kewangan satu Rang Undang-

Undang yang bergelar “Suatu Akta

untuk membekalkan sejumlah

wang dari Kumpulanwang Yang

Disatukan bagi Perkhidmatan

Tahun Kewangan 2015/2016 dan

bagi memperuntukkan wang yang

tersebut itu bagi maksud-maksud

tertentu”, untuk bacaan kali pertama.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua:

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rang

Undang-Undang yang bergelar “Suatu

Akta untuk membekalkan sejumlah

wang dari Kumpulanwang Yang

Disatukan bagi Perkhidmatan

Tahun Kewangan 2015/2016 dan

bagi memperuntukkan wang yang

tersebut itu bagi maksud-maksud

tertentu”, bolehlah dibaca sekarang

bagi kali yang pertama.

Yang Dimuliakan Jurutulis I

(Pertama): Satu rang undang-undang

yang bergelar “Suatu Akta untuk

membekalkan sejumlah wang dari

Kumpulanwang Yang Disatukan

bagi Perkhidmatan Tahun

Kewangan 2015/2016 dan bagi

memperuntukkan wang yang

tersebut itu bagi maksud-maksud

tertentu”.

Page 27: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 27

Yang Berhormat Menteri Kewangan

II (Kedua): Yang Berhormat Yang

Di-Pertua. Kaola memohon izin bagi

memaklumkan pada Majlis ini bahawa

kaola akan mengemukakan cadangan

untuk bacaan kali yang kedua dan

ketiga akan Rang Undang-Undang yang

bergelar “Suatu Akta untuk

membekalkan sejumlah wang dari

Kumpulanwang Yang Disatukan

bagi Perkhidmatan Tahun

Kewangan 2015/2016 dan bagi

memperuntukkan wang yang

tersebut itu bagi maksud-maksud

tertentu”, pada mesyuarat hari ini jua.

Oleh sebab kaola bercadang hendak

membawakan bacaan kedua dan ketiga

akan Rang Undang-Undang tersebut ini

pada hari ini jua, maka kaola memohon

kebenaran Yang Berhormat Yang Di-

Pertua supaya digantung Peraturan-

Peraturan Tetap Majlis Mesyuarat

Negara supaya dibolehkan dibuat

cadangan-cadangan sedemikian pada

hari ini. Permohonan kaola ini semata-

mata untuk membolehkan Majlis ini

memudahkan kerja-kerjanya dengan

lebih licin lagi.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua:

Ahli-Ahli Yang Berhormat setelah saya

mendengar alasan dan keterangan serta

sebab yang telah dikemukakan oleh

Yang Berhormat Menteri Kewangan II

(Kedua) di Jabatan Perdana Menteri

maka saya izinkan supaya Peraturan-

Peraturan Tetap Majlis Mesyuarat

Negara digantung bagi membolehkan

Rang Undang-Undang yang bergelar:

“Suatu Akta untuk membekalkan

sejumlah wang dari

Kumpulanwang Yang Disatukan

bagi Perkhidmatan Tahun

Kewangan 2015/2016 dan bagi

memperuntukkan wang yang

tersebut itu bagi maksud-maksud

tertentu”, untuk dibaca bagi kali yang

kedua dan ketiga menurut Syarat 48 (3)

Perlembagaan Negara Brunei

Darussalam.

Yang Berhormat Menteri Kewangan

II (Kedua): Yang Berhormat Yang

Di-Pertua. Kaola ingin mengucapkan

berbanyak-banyak terima kasih atas izin

Yang Berhormat Yang Di-Pertua untuk

kaola mencadangkan supaya Rang

Undang-Undang yang bergelar: “Suatu

Akta untuk membekalkan sejumlah

wang dari Kumpulanwang Yang

Disatukan bagi Perkhidmatan

Tahun Kewangan 2015/2016 dan

bagi memperuntukkan wang yang

tersebut itu bagi maksud-maksud

tertentu”, untuk dibaca bagi kali yang

kedua.

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Alhamdulillahi Rabbil‟alamin Wassalaatu

Wassalaamu „Alaa Asyrafil Anbiya Ewal

Mursaliin, Sayyidina Muhammaddin

Wa‟ala Alihi Wasahbihi Ajmain.

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebelum

kaola membentangkan Rang Undang-

Undang ini terlebih dahulu kaola

mengambil kesempatan ini untuk

menyekutukan diri mengucapkan

Page 28: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 28

setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan

Yang Berhormat Pehin selaku Yang

Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara dan

berdoa semoga Yang Berhormat Yang

Di-Pertua akan dikurniakan taufik dan

hidayah oleh Allah Subhanahu Wata‟ala

dalam memimpin Dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat Yang Di­Pertua dan

Ahli­Ahli Yang Berhormat.

1. Tujuan Rang Undang-Undang ini

adalah “Untuk membenarkan

pengeluaran, sejumlah Enam

Ribu, Empat Ratus

Juta Ringgit Brunei

(B$6,400,000,000.00) dari

Kumpulanwang Yang

Disatukan, bagi Perkhidmatan

Tahun Kewangan

2015/2016, dan untuk

memperuntukkannya, bagi

maksud-maksud yang

dinyatakan dalam Jadual”.

Dalam berbuat demikian, kaola

memohon izin bagi

menghuraikan secara ringkas

mengenai perkembangan semasa

dan unjuran ekonomi negara

dan global, cabaran-­cabaran dan

kesannya kepada hasil

pendapatan kerajaan dan ekonomi

negara, sebagai asas kepada

penyediaan Belanjawan Negara

Tahun Kewangan 2015/2016.

2. Insya-Allah, kaola juga akan

mengongsikan antara lainnya,

keutamaan­keutamaan per-

belanjaan, inisiatif-inisiatif yang

telah dan akan dilaksanakan,

dan belanjawan yang akan

disediakan dalam mendukung

Tema Belanjawan Negara bagi

Tahun Kewangan 2015/2016 ini.

Yang Berhormat Yang Di­Pertua dan

Ahli­Ahli Yang Berhormat,

3. Alhamdulillah, kita bersyukur

ke hadrat Allah Subhanahu

Wata‟ala yang telah

mengurniakan nikmat keamanan,

ketenteraman dan kesejahteraan

serta rezeki yang luas dan

berterusan kepada negara ini.

Dengan rahmat Allah ini,

negara telah dapat memelihara

kestabilan sosioekonomi dan

meneruskan pelaksanaan

rancangan pembangunan negara.

Selaku rakyat dan penduduk

negara ini, kita amat beruntung

kerana dapat merasai nikmat

pembangunan dan taraf hidup

yang tinggi ini. Semua ini

semata­mata dengan izin Allah

Subhanahu Wata‟ala jua dan

atas kepimpinan bijaksana dan

berwawasan jauh Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan Haji Hassanal

Bolkiah Mu‟izzaddin Waddaulah,

Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam.

Pembangunan yang kita kecapi

ini terbit daripada pelaksanaan

berterusan dasar kerajaan yang

sentiasa menekankan kepada

perancangan pembangunan negara

yang inklusif, agar setiap

lapisan masyarakat negara ini

Page 29: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 29

akan dapat menikmati taraf

hidup yang sewajarnya,

hasil daripada pelaksanaan

program­program kemajuan

kerajaan.

4. Dalam memastikan kerajaan

dapat melaksanakan projek-

projek pembangunan secara

berterusan, kerajaan perlu

sentiasa mengamalkan

pengurusan kewangan yang

berhemat agar kewangan negara

sentiasa kukuh dan dapat

menangani dan menghadapi

cabaran­cabaran ekonomi yang

sukar diramal. Bermula pada

pertengahan Tahun 2014Masihi,

dunia sekali lagi berdepan dengan

cabaran harga minyak yang telah

jatuh secara drastik. Berbanding

keadaan penurunan harga minyak

dunia pada tahun 2008Masihi,

para penganalisis ekonomi

meramalkan keadaan harga

minyak dunia untuk berada di

paras yang rendah bagi tempoh

yang lebih lama. Seperti mana

yang kita saksikan, harga minyak

dunia telah mengalami kejatuhan

mendadak dan berterusan sejak

bulan Jun 2014Masihi lepas,

dari paras harga USD$113

setong ke paras hampir US$45

setong pada bulan Januari

2015Masihi yang lepas, iaitu

pengurangan pada kadar

melebihi 60%.

Berikutan dengan itu, beberapa

institusi antarabangsa telah

mengemaskinikan ramalan

masing­masing bagi harga minyak

dunia dalam tahun 2015Masihi.

Energy Information Administration

(EIA), Amerika Syarikat, pada

bulan Januari 2015 telah

menurunkan unjuran bagi Tahun

2015 kepada US$57.58 setong

bagi Brent daripada US$83.42

setong yang diunjurkan pada

bulan November 2014Masihi.

Manakala, beberapa penganalisis

kewangan antarabangsa telah

meramalkan harga minyak tahun

2015Masihi adalah pada kadar

di antara US$40 hingga US$55

setong berbanding US$70 yang

diramalkan lebih awal.

5. Penurunan mendadak harga

minyak dunia ini telah

mencorakkan ekonomi dunia

dalam keadaan berwaspada.

Tabung Kewangan Antarabangsa

(IMF) dalam Laporan World

Economic Outlook keluaran bulan

Januari 2015, telah menyemak

semula dan menurunkan unjuran

pertumbuhan ekonomi dunia bagi

tahun 2015Masihi kepada 3.5%,

berbanding unjuran awal yang

dikeluarkan pada bulan Oktober

2014Masihi, pada kadar 3.8%.

Dalam pada itu, kejatuhan

harga minyak yang berterusan

juga telah menimbulkan

kebimbangan deflasi dan

kejatuhan nilai mata wang, yang

sebaliknya boleh mencetuskan

kembali kelembapan ekonomi

Page 30: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 30

global. Tapi yang pasti,

kedudukan harga minyak dunia

ini, akan memberikan impak

yang signifikan dan tekanan

secara langsung kepada ekonomi

negara ini, dengan pengurangan

hasil pendapatan syarikat-syarikat

yang bergiat di Sektor

Hidrokarbon dan juga dengan

penurunan hasil pendapatan

kerajaan dari sektor paling utama

ini.

6. Dalam pada itu, perkembangan

Sektor Bukan Minyak dan Gas

terus merekodkan kemajuan yang

menggalakkan hasil daripada

usaha­usaha bersepadu semua

pihak. Namun dari segi sumbangan

keseluruhan, ia masih lagi

di peringkat minimum dan perlu

dilipatgandakan bagi mengimbangi

tahap sumbangan Sektor Minyak

dan Gas kepada Keluaran Dalam

Negara Kasar (GDP). Ke arah

itu, usaha­usaha perlu

terus dipertingkatkan bagi

mempelbagaikan aktiviti

perekonomian agar pertumbuhan

negara akan lebih berdaya tahan

dan berdaya maju.

7. Mengambil kira situasi masa

kini, Jabatan Perancangan dan

Kemajuan Ekonomi (JPKE),

Jabatan Perdana Menteri, telah

mengemas kini buat kali kedua

dan menurunkan unjuran

pertumbuhan ekonomi negara

kepada kadar negatif 0.9% bagi

tahun 2014Masihi dari unjuran

sebelumnya sebanyak 1.1%.

Penurunan ini adalah disebabkan

oleh pertumbuhan Sektor Minyak

dan Gas pada kadar negatif

6.7%. Sebaliknya, Sektor Bukan

Minyak dan Gas Negara pula

dijangka mencatatkan

perkembangan lebih kukuh

dengan pertumbuhan dianggarkan

pada kadar 3.4% pada tahun

2014Masihi berbanding 2.7%

pada tahun 2013Masihi.

Pertumbuhan yang menggalakkan

ini disumbangkan oleh sektor

swasta yang dijangka mencapai

pertumbuhan pada kadar 3.9%,

manakala sektor kerajaan pula

dijangka berkembang pada kadar

2.5%. Bagi tahun 2015Masihi,

ekonomi negara diunjurkan akan

tumbuh pada kadar 1.4%, Insya-

Allah.

8. Dengan prospek ekonomi global

dan juga domestik seperti yang

dibentangkan tadi, serta senario

hasil pendapatan kerajaan

daripada Sumber Minyak dan

Gas yang berasaskan harga dan

pengeluaran minyak negara

yang dijangka akan menurun,

Anggaran Hasil Kerajaan bagi

Tahun Kewangan 2015/2016Masihi

adalah diunjurkan berjumlah

B$4,117,120,000.00 (Empat

Ribu Satu Ratus Tujuh Belas

Juta, Satu Ratus Dua Puluh Ribu

Ringgit Brunei). Unjuran ini

mengambil kira hasil daripada

Sektor Minyak dan Gas

dianggarkan sebanyak $3,212.00

Page 31: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 31

juta (78.0%) sahaja berbanding

$5,689.65 juta yang dianggarkan

bagi Tahun Kewangan 2014/2015

manakala Sektor Bukan Minyak

dan Gas dianggarkan sebanyak

$905.12 juta, iaitu 22.0%

daripada Anggaran Kutipan

keseluruhan.

9. Alhamdulillah, walaupun negara

berdepan dengan suasana

ekonomi yang semakin mencabar,

dasar berjimat cermat yang

diamalkan oleh kerajaan selama

ini, telah membolehkan

perancangan­perancangan

pembangunan sosioekonomi

negara terus dilaksanakan.

10. Oleh itu, dengan keadaan

ekonomi global yang tidak

menentu dan sukar diramal ini,

langkah pengawalan perbelanjaan

juga perlu diperkukuhkan bagi

mengimbangi kesan langsung

penurunan kutipan hasil

pendapatan kerajaan. Dalam

perkara ini, setiap agensi

kerajaan akan mengambil

langkah­langkah pengawalan

perbelanjaan, yang antara lainnya

termasuk:

i. Mengawal perbelanjaan utiliti,

seperti penggunaan tenaga

elektrik, air dan telefon,

melalui penyediaan dan

penguatkuasaan peraturan

dalaman;

ii. Memastikan acara-­acara atau

program­program yang

dianjurkan adalah benar-

­benar perlu dan dibuat

secara sederhana dan tidak

melibatkan perbelanjaan besar

dan membazir;

iii. Mengkaji semula

kemudahan­kemudahan yang

dihulurkan kepada pegawai-

pegawai kerajaan semasa

bertugas atau mengikuti

kursus di luar negara bagi

mengelakkan pembaziran; dan

iv. Memastikan pengurusan,

penyelenggaraan dan

pembaikan aset kerajaan

seperti bangunan, infrastruktur,

peralatan dan kemudahan lain

dilaksanakan secara terancang,

dengan memberi keutamaan

kepada isu­isu keselamatan

dan keutuhan struktur bagi

mengurangkan perbelanjaan

kerajaan jangka panjang.

Yang Berhormat Yang Di­Pertua dan

Ahli-Ahli Yang Berhormat,

11. Dalam usaha memastikan

kewangan kerajaan akan terus

mantap dan mapan, usaha-usaha

berterusan akan diambil untuk

membangun persekitaran ekonomi

yang mesra perniagaan dan

pelaburan. Melalui usaha-usaha

tersebut, ia diharap akan dapat

Page 32: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 32

meningkatkan aktiviti

perekonomian, termasuk menarik

lebih banyak Pelaburan Langsung

Asing (FDI) ke negara ini.

Kejayaan dalam usaha-usaha

tersebut diharap akan membuka

lebih banyak peluang-peluang

perniagaan bagi SME atau

Perusahaan Kecil dan Sederhana

(PKS) di negara ini, yang akan

dapat meningkatkan kadar

pengeluaran negara, di samping

membuka lebih banyak peluang

pekerjaan kepada anak­anak

tempatan. Langkah ini juga akan

dapat meluaskan asas sumber

pendapatan negara.

12. Di samping itu, dari aspek

pengurusan kewangan kerajaan,

agensi­agensi kerajaan dikehendaki

untuk melaksanakan perbelanjaan

secara berhemat dengan

mengutamakan hasil (outcome)

dari perbelanjaan berkenaan;

dan melipatgandakan usaha-

usaha bagi menambahkan lagi

hasil pendapatan kerajaan,

terutama dalam aspek

kecekapan pengurusan kutipan

hasil. Dengan pendekatan ini,

insya-Allah, pengurusan

kewangan kerajaan akan terus

diperkukuhkan bagi menangani

cabaran­cabaran ekonomi secara

berkesan tanpa menjejaskan

program­program pembangunan

sosio ekonomi negara dan

perkhidmatan kerajaan kepada

orang ramai.

13. Dalam konteks ini, kerajaan perlu

meningkatkan lagi usaha-usaha

untuk mengukuhkan asas­asas

atau fundamental ekonomi negara

bagi mewujudkan pembangunan

yang dinamik, seimbang dan

sustainable. Dengan mengambil kira

keperluan ini, maka cadangan

Belanjawan bagi Tahun

Kewangan 2015/2016Masihi ini

dirancang dengan Tema: “Modal

Insan Berkualiti, Mendukung

Pembangunan Inklusif”. Modal

insan yang berkemahiran,

berpengetahuan dan dinamik,

akan dapat menyumbang

kepada peningkatan tahap

produktiviti sektor awam dan

swasta. Dengan mengutamakan

perkembangan ekonomi dan

pembangunan insan, lebih banyak

peluang pekerjaan berkualiti yang

akan dapat diwujudkan dan dapat

diisikan oleh belia tempatan.

Tema ini dipilih sebagai

kesinambungan dan mendukung

tema Belanjawan Tahun

Kewangan sebelumnya, iaitu:

“Menjana Pertumbuhan Ekonomi,

Mewujudkan Peluang Pekerjaan.

Yang Berhormat Yang Di­Pertua dan

Ahli­Ahli Yang Berhormat,

14. Berasaskan faktor-faktor yang

telah dibentangkan sebentar

tadi, Anggaran

Perbelanjaan bagi Tahun

Kewangan 2015/2016Masihi,

termasuk peruntukan bagi

Kumpulanwang Kemajuan,

Page 33: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 33

dicadangkan keseluruhannya

sebanyak Enam Ribu Empat

Ratus Juta Ringgit Brunei

($6,400,000,000.00). Jumlah ini

adalah berkurangan sebanyak

$250 juta berbanding

peruntukan bagi Tahun

Kewangan 2014/2015Masihi.

Pengurangan ini mengambil kira

unjuran hasil pendapatan kerajaan

yang dijangka berkurangan bagi

Tahun Kewangan berkenaan.

Namun demikian, jumlah

perbelanjaan yang dicadangkan

tersebut adalah masih jauh lebih

tinggi berbanding Anggaran Hasil

kerajaan yang dinyatakan tadi.

Ini bermakna Belanjawan yang

dicadangkan bagi Tahun

Kewangan 2015/2016Masihi ini

akan mengakibatkan kerajaan

mengalami defisit Belanjawan

sebanyak kira­kira $2,282 juta

(Dua Ribu Dua Ratus Lapan

Puluh Dua Juta Ringgit

Brunei) atau $2.282 billion

(Dua Perpuluhan Dua Lapan

Dua Billion Ringgit Brunei).

Dalam pada itu, dengan trend

harga minyak yang masih

menurun dan tidak menentu,

terdapat kemungkinan hasil

pendapatan negara menurun

daripada anggaran tersebut,

yang setentunya jua akan

meningkatkan lagi unjuran defisit

bagi Tahun Kewangan berkenaan.

Oleh itu, setiap agensi kerajaan

diperingatkan untuk mengambil

langkah berjimat cermat dalam

merancang belanjawan, untuk

mengelak sebarang bentuk

pembaziran atau perbelanjaan

yang kurang perlu sehingga

menjejaskan perbelanjaan yang

mendukung keutamaan kerajaan

dan negara.

15. Dalam merancang belanjawan

di atas, keutamaan akan terus

ditumpukan kepada usaha­usaha

untuk menjana pertumbuhan

ekonomi yang berdaya tahan dan

inklusif serta meneruskan

usaha­usaha mempertingkatkan

sosioekonomi negara ini.

Peruntukan-peruntukan yang

disediakan ini dihasratkan untuk

mencapai beberapa matlamat

utama antaranya meningkatkan

pencapaian dalam bidang

pendidikan; meningkatkan

produktiviti dan efisiensi sektor

awam; menekankan kepada

membina kapasiti belia­belia;

menyediakan dan menaik taraf

infrastruktur perindustrian;

memajukan Perusahaan Kecil

dan Sederhana (PKS); serta

memudah cara dan mendukung

ekosistem perekonomian,

perniagaan dan pelaburan

di negara ini.

16. Oleh itu, selaras jua dengan tema

Belanjawan yang disebutkan tadi,

tumpuan dan keutamaan

perbelanjaan kerajaan bagi Tahun

Kewangan 2015/2016Masihi ini

dijuruskan kepada meneruskan

pelaksanaan empat fokus utama

seperti berikut:

Page 34: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 34

Pertama:Memperkasa Pendidikan

dan Latihan. Fokus ini

menekankan aspek pembangunan

modal insan melalui Sistem

Pendidikan Negara yang lebih

mantap dan relevan dengan

keperluan pasaran pekerjaan. Ini

adalah sebagai satu pelaburan

yang utama untuk melahirkan

rakyat yang berpendidikan dan

berkemahiran tinggi lagi beriman,

untuk menyumbang kepada

pembangunan negara yang

sustainable. Fokus ini juga

memberikan keutamaan kepada

program-program latihan dan

pembangunan kemahiran bagi

belia-belia di pelbagai peringkat,

termasuk melalui aliran sekolah

teknikal dan vokasional atau

melalui institusi­institusi berkaitan,

seperti Pusat Pembangunan Belia,

Pusat Pembangunan Usahawan dan

sebagainya;

Kedua:Meningkatkan Produktiviti

Negara dalam perkhidmatan

awam dan sektor swasta sebagai

asas kepada kerjasama yang

mantap pada mendukung

pertumbuhan ekonomi yang lebih

pesat dan berdaya tahan;

Ketiga: Merangsang Kegiatan

Pelaburan, bagi menarik dan

menggalakkan lebih banyak aktiviti

pelaburan termasuk oleh

pelabur­pelabur asing yang akan

turut membuka lebih banyak

peluang perniagaan bagi

Perusahaan Kecil dan Sederhana,

dan juga peluang­peluang

pekerjaan kepada anak-­anak

tempatan; dan

Keempat: Meningkatkan

Kesejahteraan Awam bagi

meningkatkan taraf hidup dan

sosioekonomi rakyat dan

penduduk negara ini, termasuk

usaha ke arah membasmi

kemiskinan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan

Ahli­Ahli Yang Berhormat,

17. Izinkan kaola menghuraikan

secara ringkas keutamaan­

keutamaan yang berkenaan.

Pertama, Memperkasa Pendidikan

dan Latihan.

18. Pengukuhan Sistem Pendidikan

Negara merupakan usaha

berterusan bagi membina modal

insan di negara ini sebagai satu

pelaburan yang utama untuk

melahirkan rakyat berpendidikan,

berkemahirandan berakhlak mulia.

Bagi maksud tersebut, beberapa

peruntukan akan disediakan

bagi menyediakan peluang-

peluang pendidikan dan latihan

yang pelbagai untuk membina

kemahiran dan keupayaan yang

diperkukuhkan bagi memenuhi

permintaan pasaran tenaga kerja

tempatan.

Page 35: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 35

19. Antara peruntukan­peruntukan

yang disediakan termasuklah:

i. Bagi Mendatangkan Tenaga

Pakar dan Pengajar Mahir

Untuk Literasi (iaitu Bahasa

Inggeris) dan Numerasi

(iaitu Mata Pelajaran

Matematik), sejumlah $30

juta akan disediakan

di bawah Fokus

Perbelanjaan dengan Harga

Rancangan sebanyak $220.1

juta;

ii. Peruntukan bagi Perkhidmatan

Pendidikan disediakan

sebanyak $67.1 juta secara

keseluruhan, antara lainnya

bagi membiayai kos

mendatangkan Pengetua dan

Guru Besar luar Negara

di bawah Program Kepimpinan

dan Pentadbiran Sekolah-

­Sekolah Rendah dan

Menengah; membiayai Projek

Keusahawanan Kebangsaan;

dan pengambilan guru-guru

di bawah Centre for British

Teachers (CfBT) bagi sekolah-

­sekolah rendah dan

menengah di seluruh negara;

iii. Peruntukan biasiswa disediakan

sebanyak $39.6 juta, termasuk

peruntukan bagi penghantaran

penuntut-­penuntut ke luar

negeri di bawah pengendalian

Kementerian Pendidikan

berjumlah $35 juta;; manakala

Elaun Penuntut pula

disediakan sebanyak $43.1

juta secara keseluruhan;

iv. Peruntukan sebanyak

$700,000.00 dengan Harga

Rancangan sebanyak $2.2 juta

disediakan bagi Kementerian

Pendidikan melaksanakan

Programme for International

Student Assessment (PISA)

Based Test for Schools

(PBTS);

v. Bagi Kementerian Hal Ehwal

Ugama, peruntukan sebanyak

$4.4 juta disediakan bagi

membiayai keperluan Biasiswa

Kerajaan; dan $2.7 juta

sebagai peruntukan bagi Elaun

Penuntut.

vi. Di bawah Rancangan

Kemajuan Negara (RKN),

secara keseluruhan

peruntukan sejumlah $36.4

juta dengan Harga Projek

$595.9 juta disediakan bagi

Sektor Pendidikan. Ini

adalah untuk membiayai

Projek-Projek Pembinaan,

Penaiktarafan dan

Pengubahsuaian bagi

Sekolah­Sekolah ugama &

Persediaan Arab Sekolah­

Sekolah Rendah; Sekolah-

Sekolah Menengah; Sekolah-

­Sekolah Vokasional & Maktab-

­Maktab Teknik; dan bagi

Institusi Pengajian Tinggi.

Page 36: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 36

20. Sebagai tambahan kepada Skim

Biasiswa yang telah diperkenalkan

oleh kerajaan, sebagaimana jua

yang dititahkan oleh Kebawah

Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan dan Yang

Di­Pertuan Negara Brunei

Darussalam sempena Upacara

Sambutan Ulang Tahun Baginda

ke-68 Tahun, kerajaan telah

memperkenalkan Skim Kemudahan

Pinjaman Pendidikan. Skim ini

bertujuan untuk memberikan

peluang kepada pelajar-­pelajar

yang berpotensi untuk

melanjutkan pengajian

di institusi pengajian tinggi

tempatan dan luar negara

mengikut syarat-­syarat yang

telah ditetapkan. Pada tahun

pertama pelancarannya, seramai

141 pelajar telah dihulurkan

skim kemudahan pendidikan ini

bagi mengikuti pengajian

di peringkat ijazah pertama

dalam pelbagai bidang,

termasuk Jurusan ugama dan

Arab, selaras dengan keperluan

negara.

21. Di samping itu, peruntukan

bagi Dana Sumber Manusia

di bawah Rancangan Kemajuan

Negara juga akan disediakan

sebanyak $30 juta. Manakala,

peruntukan sejumlah $17.2 juta

disediakan bagi Politeknik Brunei

dan $22.7 juta bagi Institut

Teknologi Brunei bagi meneruskan

usaha mempelbagaikan dan

menambahkan lagi peluang belia-

belia tempatan termasuk

lepasan sekolah, untuk

meneruskan pengajian mereka

dalam aliran teknikal dan

vokasional dalam bidang-bidang

tertentu.

22. Beberapa inisiatif juga telah

dilaksanakan oleh Kementerian

Pendidikan, dalam menyediakan

dan menerapkan budaya

keusahawanan kepada pelajar-

pelajar di pelbagai peringkat

pendidikan. Usaha-usaha tersebut

termasuklah memperkenalkan

Agenda Keusahawanan

Kebangsaan (National

Entrepreneurship Agenda) untuk

memupuk „entrepreneurial mindsets‟

kepada belia­belia tempatan.

Setakat ini, seramai 1,222

penuntut telah mengikuti

pelbagai program seperti

„Success Weekends‟, „Community

Incubation Program‟, „Summer

Venture Program‟, dan

„Co-Curriculum Student Aktivities‟.

23. Di bawah Projek Keusahawanan

Kebangsaan, peruntukan US$1.5

juta telah disediakan dengan

tempoh pelaksanaan selama dua

tahun. Pelaksanaan projek ini

dihasratkan untuk melahirkan

lebih ramai belia-belia dan

lepasan sekolah agar berminat

dan berkeupayaan untuk

menceburi bidang perniagaan

yang mendukung hasrat kerajaan

bagi mengukuhkan sektor swasta

di negara ini. Untuk

Page 37: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 37

menjayakan program ini,

Kementerian Pendidikan telah

menubuhkan Entrepreneurship

Village melalui kerjasama padu

bersama seorang Profesor

Kunjungan dari Babson College,

Amerika Syarikat.

24. Selain itu, dalam memacu

ekonomi negara kepada

Knowledge­Based Economy

berasaskan inovasi, Kementerian

Pendidikan juga mengungkayahkan

transformasi Sektor Pendidikan

daripada Knowledge Acquisition

kepada Knowledge Creation yang

berasaskan falsafah Melayu

Islam Beraja, selaras dengan

sasaran dalam Sistem

Pendidikan Negara Abad Ke­21

(SPN21). Bagi mendukung

usaha tersebut, Kementerian

Pendidikan telah melaksanakan

beberapa inisiatif antara lainnya

seperti yang berikut:

i. Meningkatkan pengetahuan

dalam Literasi dan Numerasi

sebagai bidang yang diberikan

tumpuan. Usaha ini

dihasratkan sebagai asas

untuk menjamin pencapaian

kadar pembelajaran yang

tinggi dalam kalangan pelajar

dalam mata-mata pelajaran

yang diambil;

ii. Melaksanakan Transformasi

Pendidikan Teknik dan

Vokasional (PTV) bertujuan

untuk memartabatkan

pendidikan teknikal dan

vokasional yang responsif

dengan keperluan pasaran

kerja, dan selari dengan

tuntutan kemajuan teknologi

dan ekonomi negara. Antara

usaha yang diambil ialah

dengan mengemaskinikan

kurikulum yang berasaskan

latihan kompetensi dengan

memperluaskan program

perintisan, peningkatan

persekitaran latihan dan

memperkenalkan skim

perkhidmatan baharu;

iii. Memfokuskan kepada

meningkatkan Kualiti dan

Profesionalisme Guru melalui

pembangunan kompetensi

guru­guru di negara ini.

Tumpuan ini adalah selaras

dengan dua Bidang Fokus

Strategik Kementerian

Pendidikan iaitu

Profesionalisme dan

Akauntabiliti, dan

Kecemerlangan Pengajaran;

dan

Pembelajaran. Inisiatif ini

melibatkan penyediaan

Kerangka Piawaian Guru-Guru

Brunei (Brunei Teachers

Standard - BTS) dan

penubuhan Akademi

Perguruan Brunei Darussalam

(BDTA). Inisiatif ini juga

mendukung Skim

Perkhidmatan Guru (SPG)

Page 38: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 38

yang telah diperkenalkan pada

tahun 2008 dalam usaha

melahirkan tenaga pengajar

yang kompeten, profesional

dan bermotivasi tinggi; dan

iv. Memberikan tumpuan kepada

Pembangunan Kepimpinan

(Leadership Development)

bagi meningkatkan kualiti

dan prestasi para pemimpin

sekolah dan prestasi sistem

sekolah yang melibatkan

penyediaan Leadership

Competency Standard.

25. Dalam pada itu, kerajaan

melalui beberapa agensi sedang

giat menyediakan latihan-latihan

teknikal dan vokasional bagi

memenuhi keperluan sektor-

sektor tertentu, selaras dengan

usaha untuk meningkatkan lagi

kandungan tempatan (local

content) dalam aktiviti

perekonomian dalam sektor

berkenaan. Antara usaha yang

diambil ialah dalam mendukung

keperluan Sektor Tenaga

antaranya:

i. Melalui Rangka Kerja

Kecekapan Industri Tenaga

(Energy Industry Competency

Framework) Jabatan Tenaga,

Jabatan Perdana Menteri,

program­program kemahiran

telah disediakan dalam

bidang tertentu bagi

memenuhi keperluan industri.

Ini termasuk di bawah

Kelayakan Kemahiran Industri

(Industrial Skill Qualification-

ISQ), kursus­kursus

pengimpal, „scaffolders‟,

„marker/fitter‟ dan „riggers‟

yang antara lainnya telah

mengeluarkan 24 orang

pengimpal wanita buat

pertama kali di negara ini.

Setakat ini, seramai 1,218

orang pelajar telah mengikuti

kursus­kursus yang disediakan,

iaitu 761 orang telah tamat

kursus tersebut dan telah

diambil berkhidmat dalam

syarikat­syarikat tertentu

dalam Sektor Minyak dan

Gas; dan

ii. Penubuhan Akademi Maritim

Brunei di Tapak

Perindustrian Sungai Duhun

yang melibatkan berbagai-

bagai agensi kerajaan,

bertujuan bagi menghasilkan

anak­anak tempatan sebagai

tenaga kerja profesional

maritim dan seafarers yang

diluluskan dan diiktiraf oleh

International Maritime

Organisation. Pada masa ini,

seramai 215 peserta sedang

menjalani kursus berkenaan.

26. Bagi membina kapasiti para

belia secara holistik

sebagaimana yang dihasratkan,

usaha juga ditumpukan kepada

menerapkan budaya membaca

dan mendukung program-program

jati diri dan latihan kemahiran

Page 39: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 39

bagi belia. Ke arah itu, beberapa

peruntukan khusus akan terus

disediakan antaranya:

i. Peruntukan sejumlah $3 juta

disediakan bagi

mengendalikan Program

Khidmat Bakti Negara, iaitu

bertambah $1 juta dari

peruntukan Tahun Kewangan

2014/2015;

ii. Sejumlah $200,000.00

disediakan bagi mendukung

program-program yang

dijuruskan kepada memupuk

budaya berdikari dalam

kalangan belia;

iii. Peruntukan Elaun sejumlah

$600,000.00 bagi

menampung elaun tenaga

pengajar bagi Kelas-Kelas

Al-Quran dan Muqadam

tambahan di bawah

kendalian Kementerian Hal

Ehwal Ugama; dan

iv. Peruntukan-­peruntukan bagi

Pusat Pembangunan Belia,

disediakan sebanyak

$900,000.00, termasuk bagi

Mengubah suai dan Menaik

taraf Pusat Pembangunan

Belia.

27. Dengan peruntukan­peruntukan

yang telah disediakan dan

inisiatif­inisiatif yang telah

dilaksanakan ini, insya-Allah,

keupayaan belia tempatan akan

dapat dipertingkatkan bagi

menyumbang kepada

pembangunan sosioekonomi

negara ini. Adalah juga menjadi

hasrat negara, dengan

peruntukan dan perbelanjaan

besar yang disediakan bagi

keperluan „membina kapasiti‟ dan

modal insan ini, negara akan

dapat melahirkan ramai lagi

pakar­pakar, profesional-

profesional, usahawan­usahawan,

dan pemimpin-­pemimpin sekolah

yang berjaya pada masa­masa

hadapan, yang akan

menyumbang kepada

pembangunan negara secara

inklusif dan „sustainable‟ insya-

Allah. Di samping itu juga,

melalui peluang-peluang

pendidikan dan latihan­latihan

yang disediakan, insya-Allah, ia

akan dapat membantu

menangani isu sosial seperti

pengangguran dan kemiskinan.

Yang Berhormat Yang Di­Pertua dan

Ahli­Ahli Yang Berhormat,

28. Fokus kedua dalam Belanjawan

Tahun Kewangan 2015/2016

ini ialah Meningkatkan

Produktiviti. Bagi mencapai

Wawasan Negara 2035, negara

ini amat berkehendak kepada

sumber tenaga kerja yang

produktif dan inovatif, sama ada

di sektor awam atau sektor

swasta. Memandangkan kegiatan

ekonomi negara ini masih lagi

Page 40: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 40

diterajui oleh sektor kerajaan,

peningkatan tahap produktiviti

perkhidmatan awam diharap akan

dapat mendukung kepada

mewujudkan persekitaran

perniagaan dan pelaburan yang

kondusif, yang selanjutnya akan

memberikan impak yang

diharapkan dalam meningkatkan

lagi produktiviti di sektor

swasta, dan seterusnya kepada

pendapatan negara secara

keseluruhannya.

29. Fokus bagi meningkatkan

produktiviti ini pernah disentuh

oleh Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

dan Yang Di-­Pertuan Negara

Brunei Darussalam Sempena Hari

Keputeraan Baginda Yang Ke-

­64 Tahun pada 15 Julai,

2010Masihi, Baginda bertitah:

“…Perkhidmatan Awam

memerlukan peningkatan, baik

di segi produktiviti mahupun

etika kerjanya. Beta mahu

Perkhidmatan Awam itu,

secara berterusan, akan

menilai kekuatan dan

kelemahannya berasaskan Key

Performance Indicators yang

telah ditetapkan. Dengan cara

ini, dapatlah kita menyukat

setakat mana Perkhidmatan

Awam itu dapat melaksanakan

tanggungjawabnya pada

memenuhi harapan negara

dan orang ramai".

30. Bagi mengukuhkan usaha ke arah

ini, kerajaan telah secara

berterusan mengambil

langkah­langkah perlu bagi

meningkatkan tahap

perkhidmatannya. Ini termasuk

meningkatkan koordinasi bagi

memantapkan perancangannya,

dan pada masa yang sama

melaksanakan pemantauan dan

penilaian yang berterusan

terhadap tahap perkhidmatan dan

produktiviti di setiap peringkat

agensi kerajaan. Dalam hal ini,

Unit PENGGERAK, di Jabatan

Perdana Menteri sedang

bekerjasama dengan beberapa

buah kementerian bagi

memastikan bidang-­bidang

utama yang telah dikenal pasti

akan dilaksanakan secara

berkesan dan menepati kualiti

dan jadual yang ditetapkan.

31. Selaras dengan hasrat pada

meningkatkan tahap produktiviti

dan keberkesanan perkhidmatan

awam, beberapa inisiatif telah pun

diambil antaranya:

i. Memperkembangkan keupayaan

dan penggunaan Sistem

e­Kastam di bawah inisiatif

National Single Window bagi

memudah cara perdagangan;

ii. Meningkatkan lagi keupayaan

Sistem Invoice Tracking untuk

membolehkan perkhidmatan

Email Notification untuk

Page 41: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 41

dihantar kepada pemborong-

pemborong bagi memaklumkan

status pembayaran tuntutan

yang mereka hadapkan

ke jabatan-jabatan kerajaan;

iii. Menambah keupayaan Sistem

STARS (System for Tax

Administration and Revenue

Services) untuk menerima

pembayaran cukai secara

online melalui ePayment

Gateway Jabatan

Perbendaharaan bagi

meningkatkan tahap

perkhidmatan kepada

pembayar-pembayar cukai

korporat untuk menggalakkan

pematuhan;

iv. Melaksanakan projek Sistem

Pendaftaran Syarikat-­Syarikat

dan Nama-Nama Perniagaan

(E­Registry) di bawah

Kementerian Kewangan bagi

membolehkan proses

pendaftaran serta penubuhan

syarikat dengan lebih cepat,

mudah dan efisien. Melalui

sistem ini, pendaftaran

syarikat dapat dilaksanakan

dalam tempoh yang singkat;;

dan

v. Inisiatif Kementerian Hal

Ehwal Dalam Negeri,

memansuhkan Akta Lesen

Rampaian dan diganti

dengan Akta Lesen

Perniagaan yang telah

berkuatkuasa mulai

1 Januari 2015Masihi.

Melalui perubahan ini,

mana­mana permohonan yang

memenuhi syarat-syarat

tertentu, boleh diberikan Lesen

Perniagaan sebaik-baik sahaja

pendaftaran syarikat atau

nama perniagaan diluluskan.

Proses bagi mendaftarkan

syarikat dan seterusnya

Lesen Perniagaan ini

keseluruhannya hanya

mengambil masa yang amat

pendek, yang proses

kebenarannya boleh didapatkan

pada hari yang sama. Ini

adalah bagi mendukung

sasaran inisiatif untuk

memendekkan tempoh yang

diperlukan bagi memulakan

perniagaan.

32. Di samping itu, peruntukan-

­peruntukan juga disediakan

dalam mendukung inisiatif ICT

oleh agensi-agensi kerajaan,

antaranya sebanyak $95.6 juta

bagi Program Teknologi Maklumat

di kementerian-kmenterian dan

sebanyak $43.6 juta lagi turut

disediakan di bawah RKN untuk

keperluan melaksanakan projek

dan program berkaitan

Teknologi Maklumat dan

Info­Komunikasi.

33. Inisiatif­inisiatif tersebut adalah

sebagai tambahan dan juga

kesinambungan kepada langkah-

langkah awal yang telah diambil

Page 42: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 42

bagi meningkatkan tahap

perkhidmatan Kerajaan melalui

teknologi ICT Ini antaranya

merangkumi perkhidmatan

E-Darussalam portal yang

membolehkan pengguna untuk

mendapatkan access kepada

perkhidmatan-perkhidmatan online

agensi­agensi Kerajaan; projek

E­Payment Gateway; dan Projek

One Government Network yang

menggantikan EG Bandwith.

Langkah-­langkah tertentu akan

terus diambil bagi

menambahkan lagi

perkhidmatan­perkhidmatan yang

dapat menawarkan pembayaran

secara online sebagai usaha

meningkatkan lagi tahap

perkhidmatan kerajaan.

34. Bagi mengukuhkan lagi inisiatif

Kerajaan berkaitan ICT, satu

entiti yang dinamakan Brunei

Solutions Development Centre

(BSDC) telah pun ditubuhkan

di bawah Pusat Kebangsaan

E-Kerajaan, Jabatan Perdana

Menteri melalui kerjasama

dengan Microsoft Corporation.

BSDC ini berperanan untuk

membangunkan perisian bagi

mempercepatkan lagi

pertumbuhan dan meningkatkan

kualiti industri ICT tempatan,

di samping akan menyediakan

latihan bersama dan program

pemindahan pengetahuan kepada

graduan IT tempatan dan

pembekal­pembekal perkhidmatan.

Setakat ini, BSDC sedang

bekerjasama dengan dua agensi

Kerajaan dan 4 syarikat yang

terlibat dalam IT Vendor

Program.

35. Dalam pada itu, kerajaan juga

akan terus mengambil inisiatif

bagi mendukung usaha dalam

membina kapasiti dan produktiviti

di sektor swasta. Antara

usaha­usaha yang telah diambil

termasuklah:

i. Menyediakan peluang­peluang

dan kemudahan bagi

peningkatan tahap pendidikan

dan kemahiran kepada tenaga

kerja tempatan, antaranya

melalui bantuan biasiswa

bagi mengikuti kursus,

latihan atau melanjutkan

pelajaran di dalam atau

di luar negara di bawah

Program Dana Sumber

Manusia, di bawah RKN;

ii. Menyediakan program

bersesuaian bagi mendukung

keperluan Research and

Development; Sains dan

Teknologi; dan Innovasi

dengan peruntukan sejumlah

$16.6 juta dengan Harga

Rancangan $212.3 juta akan

sediakan di bawah RKN.

Manakala melalui Lembaga

Kemajuan Ekonomi Brunei,

sejumlah $5 juta disediakan

bagi Skim Insentif Penyelidikan

Brunei, untuk menarik

Page 43: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 43

kegiatan-kegiatan R & D

syarikat antarabangsa

ke negara ini, dengan

matlamat untuk

membangunkan kapasiti

syarikat­syarikat tempatan

dalam R & D;

iii. Menubuhkan Centre for

Advanced Material and Energy

Sciences di bawah usahasama

Universiti Brunei Drussalam;

Jabatan Tenaga di Jabatan

Perdana Menteri; dan pihak

industri. Pusat ini

berperanan dalam

melaksanakan penyelidikan

saintifik inter-disciplinary

dalam bidang sains material

dan tenaga bagi keperluan

industri berteknologi tinggi;

dan

Di bawah Kementerian

Perindustrian dan Sumber-

Sumber Utama, peruntukan

keseluruhan sebanyak

$400,000.00 disediakan

antaranya bagi Pemeliharaan

Pusat Penyelidikan dan

Perkembangan Akuakultur Telisai

(ARDC); Pusat Penghasilan

Induk Serasa (BDC); dan Projek

Peningkatan Produktiviti Industri

Perikanan.

Yang Berhormat Yang Di­Pertua dan

Ahli-Ahli Yang Berhormat,

36. Fokus belanjawan yang Ketiga

ialah Merangsang Kegiatan

Pelaburan. Dasar pempelbagaian

ekonomi negara akan terus

diberikan keutamaan dalam

perancangan perbelanjaan

Kerajaan. Matlamat dasar ini

adalah bagi memandu ke arah

pembangunan negara yang lebih

seimbang dan didukung oleh asas

ekonomi yang lebih kukuh, luas

dan berdaya tahan bagi

mencapai pertumbuhan ekonomi

yang lebih mapan. Ke arah

itu, inisiatif-inisiatif telah dan

akan terus diambil bagi memudah

cara kegiatan perniagaan dan

pelaburan di negara ini pada

mendukung hasrat negara

di bawah Wawasan Negara 2035.

37. Dalam hal ini, pihak kerajaan

amat peka dengan penurunan

kedudukan Negara Brunei

Darussalam sebanyak 3 anak

tangga kepada kedudukan ke 101

dalam Indeks Ease of Doing

Business 2015 keluaran The

World Bank. Mengikut skop dan

metodologi baharu. Laporan

tersebut, walau bagaimanapun,

turut memberikan markah yang

lebih baik kepada Negara Brunei

Darussalam, berdasarkan

Distance to Frontiers (DTF),

iaitu ukuran jauh kedudukan

sesebuah negara berbanding

negara-negara yang mengamalkan

tatacara yang terbaik.

Page 44: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 44

38. Rumusan dari laporan tersebut

menghendaki agensi­agensi

kerajaan untuk meningkatkan

lagi usaha-usaha pembaikan

di semua peringkat agar bukan

sahaja akan dapat memperbaiki

markah yang diperolehi, tetapi

juga kedudukan indeks yang lebih

baik berbanding negara-negara

lain. Ini sudah setentunya

memerlukan usaha dan sikap

proaktif di samping daya inovasi

yang lebih tinggi dalam kalangan

agensi­agensi kerajaan bagi

mewujudkan dasar, peraturan dan

persekitaran yang „Pro-Business

dan “Pro-Investment‟. Sebagai

kesinambungan dalam usaha ini,

Unit PENGGERAK dan Majlis

Wawasan Negara 2035 telah mula

melaksanakan penilaian terhadap

pencapaian rancangan dan

sasaran dalam Rangka Strategi

dan Dasar Bagi Pembangunan

(Outline of Strategies and Policies

for Development [OSPD]).

39. Penilaian ini bertujuan bagi

mengukur keberkesanan dan

impak inisiatif-inisiatif dan

langkah­langkah yang telah

diambil kepada pihak sasaran,

khususnya komuniti perniagaan

dan para pelabur. Melalui hasil

penilaian tersebut, ia akan dapat

membantu dalam

memperkukuhkan lagi kerjasama

dan koordinasi antara

agensi­agensi kerajaan yang

berkenaan, yang akan

membolehkan perancangan-

perancangan dibuat secara

bersepadu mengikut keutamaan

bagi memastikan

keberkesanannya kepada „key

stakeholders‟ yang disasarkan.

40. Salah satu tumpuan utama

usaha kerajaan dalam

mendukung perkembangan sektor

swasta ialah dengan

menggalakkan perkembangan

Perusahaan Kecil dan Sederhana

(PKS). Ke arah itu, beberapa

langkah telah pun dikenal pasti

bagi mencapai sasaran tersebut.

Ini antaranya termasuklah:

i. Mereviu bantuan-bantuan dan

skim­skim yang disediakan

bagi PKS bagi tujuan

meningkatkan keber-

kesanannya serta membantu

pengusaha-pengusaha PKS

dalam pengurusan perniagaan

masing­masing dari segi

urustadbir korporat (corporate

governance), sumber tenaga

manusia, dan penyediaan

model bisnes;

ii. Menyediakan dan mem-

perkukuhkan dasar-dasar

yang mendukung kemajuan

PKS tempatan, serta

penyediaan dan pemantauan

Key Performance Indicators

bagi semua skim PKS yang

sedia ada;

Page 45: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 45

iii. Membina sikap dan

menerapkan budaya kerja

yang pro-business dalam

perkhidmatan awam. Antaranya

dengan menilai dan mengkaji

sebarang isu yang terbit dari

segi pelaksanaan dasar,

peraturan atau proses yang

boleh membantutkan

perkembangan sektor swasta,

serta meningkatkan penilaian

terhadap pencapaian atau

produktiviti agensi-­agensi

kerajaan yang berkenaan; dan

iv. Leveraging BruneiHalal ter-

masuk membantu PKS

mendapatkan sijil antarabangsa

dan sijil BruneiHalal, bagi

membolehkan mereka

berkembang ke pasaran

serantau dan antarabangsa.

41. Penekanan terhadap pem-

bangunan dan kemajuan PKS

adalah juga bagi mendukung

usaha perindustrian negara bagi

meningkatkan keseimbangan

dalam sumber pengeluaran dan

hasil eksport yang pada masa

ini terlalu bergantung pada

Sektor Minyak dan Gas. Selaras

dengan matlamat untuk

mendukung pembangunan PKS

ini, Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

dan Yang Di-­Pertuan Negara

Brunei Darussalam telah pun

memperkenankan bagi langkah-

langkah berikut:

i. Bagi kadar Cukai pendapatan

korporat bagi Syarikat-Syarikat

yang jualan kasar (Gross

Sales/Turnover) tidak melebihi

$1 juta bagi Tahun Taksiran

2015 akan dikenakan pada

kadar 0% (tiada cukai

pendapatan korporat akan

dikenakan);

ii. Kadar „Capital Allowance‟ bagi

pembelian Plant and

Machinery akan diberikan

pada kadar 150% dari

harga belian (purchase

price), tertakluk kepada

peraturan-peraturan yang

ditetapkan; dan

iii. Kadar „industrial Building

Allowance‟ juga diubah

dengan menjadikan Initial

Allowance sebanyak 10%

kepada 40%; dan Annual

Allowance sebanyak 4%

dinaikkan kepada 20%.

Melalui perubahan kepada

Capital Allowance dan

Industrial Building Allowance

ini, ia akan membolehkan

pengusaha­pengusaha dan

pelabur-pelabur untuk

mendapatkan kembali kos

pelaburan mereka dengan

lebih cepat.

42. Di samping itu, usaha ini juga

dihasratkan untuk menjana lebih

banyak peluang-peluang

pekerjaan tetap khususnya

Page 46: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 46

untuk belia tempatan dalam

sektor-sektor tertentu. Selaras

dengan matlamat tersebut,

beberapa langkah dan usaha

telah dan sedang giat

dilaksanakan bagi pengambilan

anak-anak tempatan untuk

mengisi kekosongan jawatan-

­jawatan yang terdapat di sektor

swasta, antaranya termasuklah:

i. Bagi industri minyak dan

gas, Kerangka Kerja

Pembangunan Perniagaan

Tempatan (Local Business

Development - LBD) telah

diwujudkan antara lain untuk

meningkatkan pengambilan

pekerja­pekerja tempatan di

sektor perkhidmatan minyak

dan gas. Selaras dengan

inisiatif tersebut, penganjuran

Pesta Kerjaya Sektor Minyak

dan Gas setiap tahun sejak

tahun 2012Masihi hingga

2014Masihi telah berjaya

menyediakan pekerjaan tetap

kepada seramai 6,403 anak

tempatan berbanding sasaran

5,600 perkerjaan. Melalui

Kerangka LBD ini juga,

sebanyak 27 syarikat

tempatan telah ditawarkan

untuk melaksanakan kontrak

bernilai keseluruhannya

sebanyak $770 juta;

ii. Di bawah Rangka Kerja

Kompetensi Dalam Industri

Tenaga (Energy Industry

Competency Framework-EICF)

yang telah dilancarkan pada

bulan Julai 2013Masihi,

sebanyak 746 tawaran kerja

bersyarat (conditional offers

of employment) telah

diberikan kepada para

pelatih untuk dihulurkan

pekerjaan dengan syarat lulus

program yang diikuti.

Manakala, 244 bekas pelatih

telah memulakan pekerjaan

setelah tamat program latihan.

Rangka Kerja ini diwujudkan

bagi memastikan program-

­program kemahiran yang

disediakan akan dapat

memenuhi keperluan sebenar

industri dan sektor

berkenaan; dan

iii. Melaksanakan kaji selidik

mengenai keperluan sumber

tenaga manusia bagi jangka

masa sederhana dan

panjang di semua sektor di

negara ini bagi tujuan

pemetaan (mapping) untuk

membantu perancangan

mengenai keperluan kursus

dan latihan yang perlu

disediakan oleh agensi-agensi

yang berkenaan.

43. Kerajaan juga akan berterusan

mengenal pasti keperluan­

keperluan pembangunan negara

dan peluang-peluang pekerjaan

masa hadapan yang berkaitan,

yang bakal diwujudkan. Selaras

dengan usaha-usaha yang

dirancang, peruntukan-peruntukan

Page 47: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 47

yang disediakan bagi

memperkembangkan sektor swasta

termasuk PKS antaralainnya:

i. Projek Pemeliharaan dan

Peningkatan Infrastruktur

Tapak-­Tapak Industri

sebanyak $2.5 juta di bawah

Fokus Perbelanjaan;

ii. Projek Peningkatan

Infrastruktur Tapak­Tapak

Industri Perikanan

diperuntukkan sejumlah

$1.5 juta; dan Peningkatan

Infrastruktur Kompleks dan

Jeti-Jeti Jabatan Perikanan

sejumlah $300,000.00

di bawah Kementerian

Perindustrian dan Sumber­

Sumber Utama;

iii. Peruntukan sejumlah $1.5 juta

disediakan di bawah

Kementerian Hal Ehwal Luar

Negeri dan Perdagangan bagi

Perkembangan Perdagangan;

iv. Peruntukan sebanyak

$300,000.00 bagi Projek

Menaik taraf Infrastruktur dan

Kemudahan Kawasan

Kemajuan Pertanian dan

Stesen­Stesen Jabatan

di Seluruh Daerah;

v. Peruntukan bagi Tourism

Product Development and

Marketing sejumlah

$300,000.00 disediakan

di bawah Jabatan Kemajuan

Pelancongan bagi projek-

projek promosi, pemasaran

dan juga perkembangan

produk pelancongan;

44. Sementara itu, Kementerian

Perindustrian dan Sumber-Sumber

Utama sedang giat merancang

bagi penubuhan sebuah badan

pusat yang akan

bertanggungjawab dalam

pembangunan dan

perkembangan Perusahaan Mikro,

Kecil dan Sederhana (PMKS)

bagi menyelaras perancangan

dan tindakan dalam mendukung

perkembangan PMKS ini secara

bersepadu. Ini termasuk dalam

menyelaras skim-skim atau

program yang sedia ada atau

yang akan diwujudkan bagi

PMKS. Bagi mendukung

pelaksanaan program

Pembangunan Kemajuan PMKS,

peruntukan baru sejumlah $1.5

juta akan disediakan di bawah

Fokus Perbelanjaan.

45. Di samping itu, di bawah

peruntukan RKN, sebanyak

$5.0 juta dengan Harga

Rancangan $74.2 juta akan

disediakan dibawah Dana

Pembangunan Perusahaan Kecil

dan Sederhana. Selain itu,

Lembaga Kemajuan Ekonomi

Brunei juga menyediakan

kemudahan-kemudahan seperti

berikut:

Page 48: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 48

i. Program pembiayaan

Pembangunan Perusahaan

Kecil dan Sederhana

dengan peruntukan sebanyak

$9 juta dengan Harga

Rancangan $60 juta.

ii. Future Fund dengan

peruntukan sebanyak $1.8

juta;

iii. Skim Bantuan Teknikal

Perusahaan (Enterprise

Technical Assistance Scheme

[ETAS]) dengan peruntukan

sebanyak $3.0 juta yang

menyediakan bantuan

kewangan sehingga

$300,000.00; dan

iv. Skim Kemajuan Syarikat

Tempatan yang Berpotensi

dengan peruntukan sejumlah

$15 juta.

46. Sebagai usaha untuk menjana

lebih banyak aktiviti

perekonomian di negara ini,

perancangan dan usaha-usaha

juga diambil untuk menggalakkan

peningkatan permintaan

(domestic consumption).

Ke arah itu,

peruntukan­peruntukan akan

disediakan bagi memperbaiki dan

menaik taraf

infrastruktur­infrastruktur yang

dapat menarik penduduk

di negara ini untuk berbelanja

di negara sendiri. Pada masa

yang sama langkah ini akan

jua dapat meningkatkan lagi

kemudahan bagi orang ramai

dan pelancong-­pelancong asing

di negara ini yang akan juga

turut menyumbang kepada

peningkatan kepada permintaan

tempatan. Antara peruntukan

yang disediakan termasuklah

bagi Menaik taraf dan

mencantikkan kawasan dan

kemudahan­kemudahan awam

serta prasarana perniagaan

di bawah pengendalian Lembaga

Bandaran Bandar Seri Begawan,

Lembaga Bandaran Tutong dan

Lembaga Bandaran Kuala Belait

dan Seria, seperti Menaik taraf

dan membaik pulih beberapa

bahagian di Bangunan Pusat

Komersil dan Perdagangan

Bumiputera Bandar Seri

Begawan; dan tempa­tempat

perniagaan tempatan di Daerah

Belait.

47. Dalam pada itu, perkembangan-

­perkembangan terhadap usaha

gigih kerajaan dalam menarik

Pelaburan Langsung Asing

ke negara ini, alhamdulillah,

telah mula menampakkan

hasilnya, yang telah dapat

mendukung usaha kerajaan

dalam mewujudkan peluang

pekerjaan bagi anak­anak

tempatan serta menyumbang

kepada Keluaran Dalam Negara

Kasar. Perkembangan dalam

Page 49: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 49

usaha­usaha tersebut antaranya

termasuklah:

i. Beroperasinya Kilang

Pengeluar Ubat­ubatan dan

Produk Nutrisi Halal dengan

pelaburan sebanyak kira­kira

US$18.5 juta di Tapak

Perindustrian Salambigar iaitu

hasil usaha sama beberapa

pihak di negara ini dengan

Viva Pharmaceutical dari

Canada. Setakat ini, seramai

34 orang anak tempatan telah

diambil bekerja dan baru­baru

ini, Syarikat berkenaan telah

mendapat pensijilan Amalan

Pengilangan Baik (Good

Manufacturing Practices) bagi

pengeluaran, Lesen Pengilang

bagi produk perubatan, dan

Lesen Tapak Asing dari

pihak Berkuasa Kesihatan

Kanada, yang mana telah

membolehkan syarikat tersebut

memulakan aktiviti

pengeksportan;

ii. Penubuhan CAE Brunei

Multi-Purpose Training Centre

iaitu projek usaha sama

Kementerian Kewangan dan

CAE, Canada dengan nilai

pelaburan B$182 juta. Pusat

ini dilengkapi dengan

kemudahan latihan simulator

bertaraf dunia sebagai usaha

memperkembangkan sektor

aeroangkasa di negara ini.

Projek ini menyediakan

peluang­peluang pekerjaan

kepada anak-anak tempatan

yang setakat ini 33 anak

tempatan telah diambil bekerja

secara langsung;

iii. Projek Kilang Penapis Minyak

dan Petrokimia Hengyi,

Pulau Muara Besar, yang

dijangka membukakan 800

pekerjaan secara langsung

dan 1,200 pekerjaan secara

tidak langsung bagi anak-

anak tempatan. Projek ini

disasarkan akan dapat

menyumbang kepada GDP

sejumlah US$1.33 billion

apabila ia beroperasi

sepenuhnya nanti;

iv. Projek Ammonia dan Urea

Syarikat Brunei Fertiliser

Industries dengan nilai

pelaburan sebanyak US$1.1

billion, yang mampu

menjana sebanyak 200

pekerjaan secara langsung

bagi anak-anak tempatan;

v. Projek Margarine Plant yang

masih dalam perancangan dan

dijangka akan mula

beroperasi pada tahun

2016Masihi. Projek ini

disasarkan akan berupaya

menyumbang kepada

pendapatan jualan tahunan

sebanyak US$54.3 juta

menjelang tahun 2018Masihi

dan membuka kira-kira 80

peluang pekerjaan bagi anak-

­anak tempatan; dan

Page 50: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 50

vi. Penubuhkan Loji Pembuat

Ulir Paip (Threading Plant)

bagi penyediaan bekalan

barangan Tiub Minyak

di negara ini. Inisiatif ini

bukan saja membawa

pelaburan dan pewujudan

peluang-peluang pekerjaan

bagi anak-anak tempatan,

bahkan juga membolehkan

pemindahan teknologi dan

pengetahuan dari Jepun.

48. Pada tahun 2014Masihi,

beberapa inisiatif baru juga

telah dilaksanakan bagi

memperkesankan lagi usaha

dalam menyediakan iklim

pelaburan dan perniagaan yang

kondusif bagi memperkembangkan

lagi sektor swasta di negara ini

termasuk dalam menarik

Pelaburan Langsung Asing. Antara

inisiatif yang telah dilancarkan

termasuk:

i. Penubuhan Pusat

Timbangtara Negara Brunei

Darussalam (Brunei

Darussalam Arbitration

Centre), yang menyediakan

kemudahan perkhidmatan dan

pentadbiran timbangtara dan

mediation bagi memenuhi

keperluan pengguna domestik

dan antarabangsa dalam

menangani sebarang isu dan

pertikaian komersil;

ii. Pelancaran Biro Kredit oleh

Autoriti Monetari Brunei

Darussalam. Penubuhan Biro

Kredit ini akan dapat

membantu memudahkan bank-

­bank dan institusi-institusi

kewangan tempatan dalam

melaksanakan pengurusan

risiko kredit mereka, yang

diharap akan menggalakkan

proses pemberian kemudahan

pinjaman kepada sektor

swasta di negara ini. Selain

itu, penubuhan Biro Kredit

ini adalah juga bertujuan

bagi membangun infrastruktur

kewangan yang lebih kukuh

dan dalam masa yang

sama menyumbang ke arah

kestabilan kewangan di negara

ini;

iii. Membuat beberapa pindaan

kepada Akta Syarikat,

antaranya meniadakan

keperluan kepada Statutory

Declaration; Common Seal

dan pengecualian pengauditan

bagi syarikat­syarikat yang

pendapatannya pada tahun

berkenaan tidak melebihi $1

juta. Inisiatif ini adalah

sebagai tambahan kepada

inisiatif terdahulu dalam

usaha untuk memudahkan

dan mempercepatkan lagi

proses pendaftaran syarikat-

syarikat dan pengurangan kos

p‟Coderniagaan;

Page 51: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 51

iv. Pejabat Harta Intelek Brunei

(BrulPO) di bawah Lembaga

Kemajuan Ekonomi Brunei

telah melaksanakan sistem

pendaftaran antarabangsa

untuk paten dan reka bentuk

perindustrian,. Sejak

pelaksanaan sistem paten

pada tahun 2012Masihi untuk

menyokong ekosistem inovasi

negara, BruIPO telah

menerima sebanyak 30

permohonan paten dari

Universiti Brunei Darussalam

dan 21 permohonan dari PKS

dan pereka­pereka tempatan;

v. Pengenalan „Code of

Corporate Governance, Brunei

Darussalam‟ di bawah Akta

Syarikat-Syarikat. Pada

peringkat ini, kod tersebut

dihasratkan sebagai satu

panduan yang boleh diguna

pakai dan dirujuk oleh

syarikat­syarikat di negara ini

bagi mengukuhkan lagi urus

tadbir operasi

syarikat­syarikat berkenaan

mengikut amalan terbaik

antarabangsa; dan

vi. Bagi merangsang persekitaran

aktiviti perekonomian dan

pelaburan negara yang lebih

kondusif, Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam telah

memperkenankan bagi

Perintah Persaingan

(Competition Law) untuk

dikeluarkan.

49. Dengan peruntukan-peruntukan

yang telah disediakan dan

inisiatif-inisiatif yang telah

dibentangkan, adalah diharapkan

perkembangan aktiviti pelaburan

di negara ini akan dapat

dipergiatkan, dilipatgandakan dan

diperkesankan. Pada masa yang

sama, usaha bersepadu dari

semua agensi kerajaan adalah

juga perlu dalam memudah cara

perniagaan dan pelaburan di

negara ini, dengan memastikan

proses­proses yang diperlukan

bagi membolehkan perniagaan

dijalankan untuk dipermudahkan

dan dipercepatkan.

Dalam pada itu, para peniaga

dan pengusaha di negara ini

perlulah mengambil peluang untuk

mengembangkan perniagaan atau

perusahaan mereka di negara ini

agar menjadi sebuah perniagaan

yang mantap dan berdayatahan.

Bagi mendukung usaha tersebut,

peranan sumber manusia perlulah

diberikan penekanan sewajarnya.

Oleh itu, para majikan di sektor

swasta perlulah memberikan

perhatian yang tinggi terhadap

hal ehwal kebajikan dan

kesejahteraan warga pekerjanya

dengan menyediakan persekitaran

tempat kerja yang lebih kondusif,

serta menghulurkan gaji dan

kemudahan serta faedah kerja

Page 52: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 52

yang berpatutan sesuai dengan

kelayakan, serta tugas dan

tanggungjawab mereka.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan

Ahli­Ahli Yang Berhormat.

50. Keutamaan belanjawan yang

Keempat ialah Meningkatkan

Kesejahteraan Awam. Dasar

kerajaan ialah untuk

memastikan rakyat dan

penduduk negara ini untuk

dapat menikmati kesejahteraan

dan taraf hidup yang

sewajarnya. Ke arah itu,

kerajaan secara berterusan

sentiasa memberikan perhatian

terhadap hal ehwal kebajikan

rakyat dan penduduk sebagai

asas bagi pembangunan

masyarakat yang inklusif,

di samping untuk mendukung

usaha dalam mewujudkan

masyarakat Brunei yang progresif

lagi dinamik.

51. Alhamdulillah, melalui Laporan

Human Development Report

2014 keluaran Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu (United

Nations), kedudukan negara

dalam Indeks Kemajuan Insan

(Human Development Index)

masih kekal di tangga ke-30.

Kedudukan dalam kategori „Very

High Human Development‟ ini

dicapai hasil dari perancangan

dan usaha berterusan Kerajaan

yang sentiasa menitikberatkan hal

ehwal rakyat dan penduduk

negara ini. Ke arah itu,

penyediaan kemudahan-

kemudahan dan keperluan asas

seperti kemudahan pendidikan

percuma, penyediaan per-

khidmatan perubatan berkualiti,

pemberian subsidi bagi

keperluan­keperluan asasi seperti

beras, bekalan elektrik, insya

Allah, akan terus dihulurkan.

Kerajaan, melalui agensi-agensi

kerajaan yang berkenaan akan

terus menghulurkan

bantuan­bantuan kebajikan kepada

rakyat dan penduduk negara ini

yang berkelayakan sebagai

sebahagian dari usaha untuk

membasmi kemiskinan.

52. Selaras dengan matlamat

tersebut, peruntukan­peruntukan

bersesuaian akan terus disediakan

dan diberikan keutamaan.

Antaranya dari aspek kesihatan

awam, peruntukan-peruntukan

disediakan termasuklah bagi

Perbekalan dan Perkhidmatan

Perubatan sebanyak $31.9 juta;

sebanyak $30 juta bagi

Perkhidmatan Rawatan Sakit

Jantung di JPMC, Pusat Kanser

Brunei dan Brunei Neuroscience,

Stroke & Rehabilitation Centre;

dan $700,000.00 bagi Promosi

Kesihatan. Manakala bagi

menangani bencana alam dan

wabak penyakit, peruntukan

keseluruhannya berjumlah $17

juta telah disediakan bagi

Page 53: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 53

keperluan agensi­agensi yang

berkenaan.

53. Dalam pada itu, beberapa

projek utama juga dikenal pasti

dalam usaha untuk

meningkatkan keberkesanan

dalam pengurusan keselamatan

awam. Antaranya ialah Projek

Penyelarasan Sistem Pengesan

Negara Brunei Darussalam dan

Projek Pangkalan Data DNA

Kebangsaan dengan peruntukan

sebanyak $15.0 juta.

54. Kerajaan juga akan terus

memastikan infrastruktur-

infrastruktur asas dan

kemudahan-kemudahan awam

di negara ini dipertingkatkan dan

diberikan pemeliharaan yang

sewajarnya. Ke arah itu,

peruntukan­peruntukan tertentu

disediakan antara lainnya:

i. Penambahan peruntukan

kemudahan awam dan

Infrastruktur sebanyak $20

juta kepada $70 juta

di Jabatan Kerja Raya;

ii. Peruntukan sebanyak

$5 juta bagi kerja-kerja

menaik taraf Sistem Bekalan

Air; dan $5 juta bagi

kerja­kerja menaik taraf

Sistem Saliran; dan

Pembetungan, termasuk bagi

Pencegahan Banjir Setempat;

dan

iii. Peruntukan sebanyak

$400,000.00 bagi membina

jambatan/jalan kecil di

bawah pengendalian Pejabat

Daerah Brunei dan Muara,

Kementerian Hal Ehwal Dalam

Negeri.

55. Peruntukan juga terus disediakan

bagi menaik taraf sistem bekalan

tenaga elektrik negara ini. Antara

peruntukan yang disediakan ialah

$9 juta bagi membiayai projek-

projek Peningkatan Taraf Sistem

Bekalan Elektrik dan projek

„Maintenance of Gas Turbine

Generator‟; dan sejumlah

$132.1 juta bagi disediakan

secara keseluruhannya di bawah

Sektor Elektrik, di bawah

Rancangan Kemajuan Negara.

56. Peruntukan bagi menyediakan

perumahan yang mampu dimiliki

oleh rakyat yang berpendapatan

rendah dan sederhana akan

terus disediakan. Di bawah

Rancangan Kemajuan Negara,

peruntukan Perumahan Negara

akan disediakan sebanyak $78.7

juta dengan Harga Rancangan

$741.6 juta, bagi membiayai

beberapa projek di bawah

Skim Perpindahan dan

Perumahan Negara; dan Skim

Tanah Kurnia Rakyat Jati di

Page 54: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 54

ke semua Daerah. Manakala

sebanyak $15.0 juta disediakan

di bawah RKN bagi

meneruskan perlaksanaan Projek

Perumahan Negara yang

dikendalikan oleh Lembaga

Kemajuan Ekonomi Brunei.

57. Bagi menggalakkan aktiviti­aktiviti

masyarakat dan pada

mengukuhkan lagi dan memupuk

kesepaduan serta kerjasama

dalam kalangan masyarakat

serta penduduk di peringkat

mukim dan kampung,

peruntukan­peruntukan berikut

akan terus disediakan di bawah

Kementerian Hal Ehwal Dalam

Negeri iaitu:

i. Peruntukan bagi Aktiviti

Perekonomian Mukim dan

Kampung sebanyak

$700,000.00; dan

ii. Bagi aktiviti Majlis

Perundingan Mukim dan

Kampung, akan

disediakan peruntukan

sebanyak $630,000.00.

58. Langkah-langkah berterusan juga

diambil oleh kerajaan bagi

memastikan isu kemiskinan

ditangani secara berkesan. Antara

peruntukan­peruntukan disediakan

termasuk sejumlah $2.5 juta

bagi Program Bantuan di

Kementerian Pendidikan yang

dikhususkan untuk membantu

pelajar­pelajar dari golongan

berpendapatan rendah termasuk

bagi sekolah agama; dan

sebanyak $100,000.00 bagi

Program Latihan Kemahiran bagi

Memperkasa Penerima Bantuan

Dalam Usaha Menangani Isu

Kemiskinan di bawah

Kementerian Kebudayaan, Belia

dan Sukan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan

Ahli­Ahli Yang Berhormat,

59. Kerajaan akan terus menyediakan

perancangan dan program-

program bersesuaian yang

diperlukan bagi mencapai hasrat

dan sasaran yang dihuraikan

dalam belanjawan yang

dibentangkan ini. Perancangan

perbelanjaan jabatan dan

kementerian perlulah

bersandarkan kepada prinsip

menggunakan sumber secara

lebih berhemat melalui

perbelanjaan yang lebih efisien,

berkesan dan produktif;

merangsang pertumbuhan

ekonomi yang sustainable dan

inklusif; value for money;

menggunakan konsep guna­sama

(shared facilities); dan

menggelakkan pembaziran. Selaras

dengan prinsip ini, perancangan

belanjawan terus berteraskan

kepada dasar „Fiscal

Sustainability‟ dan „Fiscal

Consolidation‟. Ianya juga perlu

bersandarkan kepada keutamaan

Belanjawan Negara; mencapai

Page 55: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 55

outcome yang disasarkan; serta

berasaskan keperluan sebenar

yang realistik.

60. Walau bagaimanapun, keperluan

untuk mengukuhkan kedudukan

kewangan kerajaan dan

memastikan kedayatahanan fiskal

serta kestabilan makroekonomi

bagi jangka panjang akan terus

diberi penekanan. Selaras

dengan penekanan tersebut,

kerajaan akan terus memantau

perkembangan harga minyak

dunia yang telah menunjukkan

penurunan yang drastik sejak

pertengahan Tahun 2014Masihi.

Jika terdapat keperluan, kerajaan

akan mengambil langkah­langkah

lanjut dalam memastikan

perbelanjaan kerajaan akan

sentiasa dalam kemampuan

kewangannya dan sustainable

bagi jangkamasa panjang.

Sebagai langkah beringat­ingat

dan berwaspada, tindakan-

tindakan tertentu juga diambil

bagi mengawal keperluan

perbelanjaan kerajaan pada masa

akan datang. Langkah ini

adalah sebagai tindak balas atau

respons kepada realiti perubahan

struktur ekonomi global yang

baharu yang majoritinya

meramalkan harga minyak dunia

akan mencapai kestabilan pada

kadar harga yang lebih rendah,

berbanding harga yang dicapai

pada beberapa tahun

kebelakangan ini.

Dari itu, selain melaksanakan

perancangan perbelanjaan yang

mendukung keutamaan­keutamaan

kerajaan, kementerian dan

jabatan yang

dipertanggungjawabkan hendaklah

juga memastikan pengutipan-

pengutipan hasil kerajaan

di bawah pengendalian masing-

masing diperkesankan dan

dipertingkatkan. Ke arah itu juga,

semua pihak perlulah memberikan

kerjasama dalam membantu

usaha­usaha kerajaan dalam

menambahkan lagi hasil

pendapatan dari sektor bukan

minyak dan gas, misalnya dengan

menjelaskan tunggakan-tunggakan

hutang orang ramai dan sektor

swasta kepada agensi-agensi

kerajaan yang pada masa ini

keseluruhannya berjumlah sekitar

$435 juta.

61. Dengan kesan langsung harga

minyak dunia kepada hasil

pendapatan Kerajaan, sudah

setentunya keupayaan kerajaan

untuk membiayai program­program

pembangunan yang dirancang

turut terjejas. Walau

bagaimanapun, kita juga percaya

akan hikmah yang terkandung di

sebalik cabaran ekonomi masa

kini. Kita selaku rakyat dan

penduduk Negara Brunei

Darussalam ini setentunya amat

bersyukur terhadap nikmat yang

Page 56: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 56

telah kita kecapi selama ini yang

rakyat dan penduduk negara ini

di semua peringkat, telah

berterusan dapat menikmati

pembangunan dan peningkatan

taraf hidup dalam suasana aman

damai dan harmoni. Cabaran dari

kejatuhan harga minyak ini, juga

boleh dimanfaatkan sebagai satu

suntikan baharu dalam usaha

untuk meningkatkan lagi

produktibiti negara, sama ada di

sektor awam atau sektor

swasta, dan jua bagi

mempergiatkan usaha untuk

mempelbagaikan lagi

aktiviti­aktiviti perekonomian

negara agar tidak terlalu

bergantung pada Sektor Minyak

dan Gas; dan untuk

menggunakan sumber-sumber

yang sedia ada dengan lebih

berhemat, efisien dan optimum.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan

Ahli-Ahli Yang Berhormat.

62. Dengan agenda pempelbagaian

pembangunan negara yang beralih

dan memfokus kepada

memajukan Sektor Bukan

Minyak dan Gas, antara lainnya

melalui peningkatan keupayaan

dan efisiensi, pengukuhan

Sektor Swasta Bukan Minyak

dan Gas khususnya PKS, serta

lonjakan pelaburan domestik dan

asing, sebagai faktor-faktor

untuk menjana pertumbuhan yang

berkualiti dan sustainable, maka

pelaburan dalam modal insan

amatlah perlu bagi menghasilkan

tenaga kerja yang boleh

menyumbang kepada

pembangunan dan hasil

pendapatan Negara secara

signifikan dan berkesan. Sektor

swasta juga perlu sama-sama

membantu dalam mengenal pasti

keperluan kemahiran dan

kompetensi modal insan

belia­belia tempatan, supaya ianya

akan dapat memenuhi keperluan

pasaran tenaga kerja tempatan

dan menyumbang dengan

penuh bermakna kepada masyarakat

dan pembangunan ekonomi.

63. Dari sudut perkhidmatan awam,

etika kerja yang sihat dan

kompetitif, yang menekankan

kepada prestasi dan akauntabiliti,

amat perlu dijadikan sebagai

budaya kerja, bagi membolehkan

semua usaha­usaha yang

dirancang mencapai matlamatnya

dalam mendukung keutamaan

dan fokus Belanjawan Negara.

Membina Modal Insan yang

progresif dan dinamik adalah

juga bertepatan pada menyahut

dan menjunjung titah Kebawah

Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan dan Yang Di-

­Pertuan Negara Brunei

Darussalam Sempena Majlis

Konvokesyen Institut Teknologi

Brunei Tahun 2013Masihi Baginda

mengingatkan bahawa:

"…kecemerlangan individu itu

bukan diukur dari pencapaian

Page 57: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 57

dalam bidang pendidikan sahaja

tetapi juga turut diukur dari

sudut pembangunan insan secara

holistik. Kerana itu, di samping

meraih kejayaan dalam

pendidikan, para graduan juga

perlu melengkapkan diri dengan

komponen­komponen modal insan

yang membolehkan mereka

berhadapan dengan pelbagai

rintangan”.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan

Ahli­Ahli Yang Berhormat.

64. Melalui perancangan dan

usaha­usaha kerajaan dalam

menyediakan pelbagai kemudahan

dan inisiatif, sumbangan pihak

swasta, sama ada pengusaha

tempatan atau pelabur asing,

amatlah diperlukan dan dihargai

dalam melipatgandakan lagi

usaha-­usaha untuk

mengembangmajukan perniagaan

mereka. Melalui peningkatan

pencapaian perniagaan mereka,

ia akan dapat mendukung

hasrat kerajaan untuk

meningkatkan sumbangan sektor

swasta kepada pembangunan

ekonomi dan pendapatan negara

secara sustainable, dan dalam

masa yang sama akan

membukakan peluang-­peluang

pekerjaan tetap kepada belia

tempatan.

65. Oleh itu, adalah menjadi

harapan kita agar semua

program, projek dan inisiatif

yang dirancang, dan dengan

sokongan serta kesepaduan sektor

awam, swasta dan rakyat serta

penduduk negara ini, dalam

sama-­sama mengharungi

cabaran masa kini, insya Allah,

ianya akan dapat memberikan

hasil serta manfaat yang

dihasratkan dengan memperolehi

berkat dan limpah rahmat

daripada Allah Subhanahu

Wata‟ala sesuai dengan hajat kita

semua untuk melihat Negara ini

sebagai sebuah negara “Baldatun

Tayyibatun Warabbun Ghafur” iaitu

negara yang aman makmur,

dengan mendapat keredhaan

daripada Allah Subhanahu Wata‟ala

yang Maha Pengampun.

Oleh itu, adalah penting supaya

Rang Undang-­Undang yang

dibentangkan di hadapan kita

ini disokong untuk dijadikan

satu Undang­Undang Perbekalan

Negara yang dikeluarkan dari

Peruntukan Kumpulanwang yang

Disatukan bagi maksud-maksud

yang tertentu, sepanjang Tahun

2015/2016.

Sekian Wabillahitaufik Wal­Hidayah,

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh. Terima kasih Yang

Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri

Pendidikan: Assalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh,

Bismillahir Rahmanir Rahim. Yang

Page 58: PERSIDANGAN DEWAN MAJLISmajlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_9Mac2015pagi.pdf · Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang ... Berhormat

PAGI HARI ISNIN, 18 JAMADILAWAL 1436H / 9 MAC 2015M 58

Berhormat Yang Di-Pertua, saya

menyokong sepenuhnya akan cadangan

yang dikemukakan oleh Yang Berhormat

Menteri Kewangan II (Kedua) di Jabatan

Perdana Menteri. Terima kasih Yang

Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua:

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Rang

Undang-Undang yang bergelar “Suatu

Akta untuk membekalkan sejumlah

wang dari kumpulanwang Yang

Disatukan bagi Perkhidmatan

Tahun Kewangan, 2015/2016 dan

untuk memperuntukkan wang yang

tersebut itu bagi maksud-maksud

tertentu” telah dibaca oleh Yang

Berhormat Menteri Kewangan II

(Kedua) di Jabatan Perdana Menteri dan

telah mendapat sokongan dari Yang

Berhormat Menteri Pendidikan.

Ahli-Ahli Yang Berhormat sebelum

perkara ini kita bahaskan ataupun

dibuka untuk dibahaskan oleh ahli-ahli

dan memandangkan bahawa waktu

kita sekarang sudah pukul 12.15 tengah

hari, maka saya tangguhkan

Persidangan Majlis Mesyuarat. Kita akan

bersidang semula lagi insya-Allah pada

pukul 02.30 petang untuk meneruskan

perbincangan kita. Sekian, terima kasih.

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)