PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KERJAYA …

8
i i Persidangan ini dianjurkan oleh Jabatan Matematik Sains dan Komputer (JMSK) PJB bertujuan untuk menghayati perkhidmatan pendidikan dan pemberian latihan yang berkesan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu juga membincangkan isuisu utama berkaitan dengan pendidikan dan pemberian latihan teknikal dan kerjaya di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Persidangan selama sehari ini diadakan bermula seawal jam 7.30 pagi, pada 21 Mei 2011 yang bertempat di Hotel Selesa, Pasir Gudang, Johor. Program ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hj Ab. Rahim bin Md Nor, Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Seramai 42 orang pembentang, 33 kertas kerja dan 136 orang peserta yang terdiri daripada pensyarahpensyarah daripada Universiti Malaysia Sabah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Pahang, Politeknik-politeknik Malaysia dan Kolej- kolej Komuniti telah menyertai persidangan ini. Kebanyakan pembentang dan peserta yang menyertai persidangan ini berpuashati dengan perjalanan program ini dan mengharapkan persidangan KONTINJEN KARATE MALAYSIA RAIH 9 EMAS Tahniah diucapkan kepada En. Chok Kong Yu, pensyarah dari Politeknik Premier Johor Bahru selaku Pengurus Pasukan Malaysia kerana berjaya membawa kontinjen Malaysia hingga berjaya meraih sembilan (9) pingat emas dalam Kejohanan Karate Terbuka Singapura Kali Pertama. Persekutuan Karate Malaysia dan Majlis Sukan Negara Malaysia telah menghantar satu pasukan terdiri daripada 1 pegawai, 2 jurulatih dan 16 atlit ke Kejohanan Karate Terbuka Singapura Kali Pertama di Politeknik Republik Singapura, pada 25 27 Mac 2011. Pasukan yang bertanding terdiri daripada sembilan Negara termasuk Malaysia, dan 55 acara telah dipertandingkan. Negara kita telah berjaya meraih 9 pingat emas, 2 pingat perak dan 5 pingat gangsa dan berada di tangga yang ke-2 daripada sembilan negara yang mengambil bahagian. ISU 1 / 2011 KANDUNGAN: Perutusan Pengarah PJB 2 PJB Juara Rekabentuk 1 Inovasi 2 “1MG 1MC” 3 Persidangan Teknikal dan Kerjaya 4 Staf PJB Pengadil Kejohanan Karate Indonesia 2011 5 Lawatan ke Teknik Janakuasa Sdn Bhd. 6 PJB Naib Juara Pertandingan Mural 6 Bidang Tujahan Senireka 7 “Politeknik Mentransformasi Kehidupan” P U N C A K J A Y A B E R W A W A S A N P U N C A K J A Y A B E R W A W A S A N PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KERJAYA PJB 2011 Ucapan Perasmian oleh Datuk Ab. Rahim Bin Md Nor, Ketua Setiausaha KPTM. Ucaptama Ketua Pengarah JPP Mejar (K) Hj Md. Nor bin Yusof ini diteruskan lagi di masa akan datang kerana ini merupakan salah satu platform bagi pendidik mengembangkan dan berkongsi ilmu serta menangani isu dan cabaran global pendidikan teknikal masa kini. Lagi gambar di mukasurat 4 Urusetia Persidangan Pegawai dan atlit kontinjen Karate Malaysia bergambar di akhir kejohanan

Transcript of PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KERJAYA …

Page 1: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KERJAYA …

i i Persidangan ini dianjurkan oleh

Jabatan Matematik Sains dan

Komputer (JMSK) PJB

bertujuan untuk menghayati

perkhidmatan pendidikan dan

pemberian latihan yang

berkesan bagi meningkatkan

kualiti pengajaran dan

pembelajaran. Di samping itu

juga membincangkan isu–isu

utama berkaitan dengan

pendidikan dan pemberian

latihan teknikal dan kerjaya di

Institusi Pengajian Tinggi

Malaysia.

Persidangan selama sehari ini

diadakan bermula seawal jam

7.30 pagi, pada 21 Mei 2011

yang bertempat di Hotel Selesa,

Pasir Gudang, Johor. Program

ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk

Hj Ab. Rahim bin Md Nor, Ketua

Setiausaha, Kementerian

Pengajian Tinggi Malaysia.

Seramai 42 orang pembentang,

33 kertas kerja dan 136 orang

peserta yang terdiri daripada

pensyarah–pensyarah daripada

Universiti Malaysia Sabah,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

Universiti Malaysia Pahang,

Politeknik-politeknik Malaysia

dan Kolej- kolej Komuniti telah

menyertai persidangan ini.

Kebanyakan pembentang dan

peserta yang menyertai

persidangan ini berpuashati

dengan perjalanan program ini

dan mengharapkan persidangan

KONTINJEN KARATE MALAYSIA RAIH 9 EMAS Tahniah diucapkan kepada En.

Chok Kong Yu, pensyarah dari

Politeknik Premier Johor Bahru

selaku Pengurus Pasukan

Malaysia kerana berjaya

membawa kontinjen Malaysia

hingga berjaya meraih

sembilan (9) pingat emas

dalam Kejohanan Karate

Terbuka Singapura Kali

Pertama.

Persekutuan Karate Malaysia

dan Majlis Sukan Negara

Malaysia telah menghantar

satu pasukan terdiri daripada 1

pegawai, 2 jurulatih dan 16 atlit

ke Kejohanan Karate Terbuka

Singapura Kali Pertama di

Politeknik Republik Singapura,

pada 25 – 27 Mac 2011.

Pasukan yang bertanding terdiri

daripada sembilan Negara

termasuk Malaysia, dan 55

acara telah dipertandingkan.

Negara kita telah berjaya

meraih 9 pingat emas, 2 pingat

perak dan 5 pingat gangsa dan

berada di tangga yang ke-2 daripada

sembilan negara yang mengambil

bahagian.

ISU 1 / 2011

KANDUNGAN:

Perutusan Pengarah PJB

2

PJB Juara Rekabentuk 1 Inovasi

2

“1MG 1MC” 3

Persidangan Teknikal dan Kerjaya

4

Staf PJB Pengadil Kejohanan Karate Indonesia 2011

5

Lawatan ke Teknik Janakuasa Sdn Bhd.

6

PJB Naib Juara Pertandingan Mural

6

Bidang Tujahan Senireka

7

“Politeknik Mentransformasi Kehidupan”

P U N C A K J A Y A B E R W A W A S A N P U N C A K J A Y A B E R W A W A S A N

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN

TEKNIKAL DAN KERJAYA PJB 2011

Ucapan Perasmian oleh Datuk Ab. Rahim Bin Md Nor, Ketua Setiausaha KPTM.

Ucaptama Ketua Pengarah JPP Mejar (K) Hj Md. Nor bin Yusof

ini diteruskan lagi di masa akan datang kerana ini merupakan salah

satu platform bagi pendidik mengembangkan dan berkongsi ilmu serta

menangani isu dan cabaran global pendidikan teknikal masa kini.

Lagi gambar di mukasurat 4

Urusetia Persidangan

Pegawai dan atlit kontinjen Karate Malaysia bergambar di akhir kejohanan

Page 2: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KERJAYA …

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Syukur alhamdulillah kerana Unit Penerbitan, Politeknik Premier Johor Bahru telah berjaya menerbitkan

Buletin Premier buat pertama kali. Penerbitan buletin ini adalah bertujuan memuatkan dan

menghebahkan segala aktiviti yang telah dilaksanakan oleh warga politeknik samada staf atau pelajar.

Ianya diharap menjadi penghubung maklumat di antara politeknik dengan masyarakat luar.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Kualiti serta

semua warga PJB atas komitmen yang tinggi dan berterusan, PJB telah dianugerahkan dengan

Persijilan MS ISO 9001:2008 sehingga Tahun 2014.

Di samping itu, saya mengucapkan tahniah kepada 44 orang staf Politeknik Premier Johor Bahru yang

dipilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2010. Semoga ianya

menjadi pendorong kepada semua penerima anugerah APC agar dapat memberi perkhidmatan yang

lebih cemerlang pada tahun-tahun yang akan datang.

Akhir kata, marilah kita meneruskan tanggungjawab dan amanah bagi meningkatkan kecemerlangan

politeknik sekaligus memartabatkan Sektor Pendidikan Tinggi Negara. Walaupun pelbagai halangan

dan rintangan, matlamat kita adalah kecemerlangan.

Sekian, terima kasih.

PERUTUSAN PENGARAH

PJB JUARA REKABENTUK 1 INOVASI

2011, yang bertempat di Hotel

New York Johor Bahru dan

disertai oleh semua IPTA &

IPTS di Negeri Johor.

Dua orang pelajar Jabatan

Kejuruteraan Elektrik (JKE)

telah meraih kemenangan

dengan menduduki tempat

pertama yang membawa

pulang sebuah plak, wang tunai

sebanyak RM1,000 beserta sijil

bagi setiap peserta. Projek

yang bertajuk Appliances

Pertandingan Rekabentuk 1

Inovasi sempena Minggu

Sains, Teknologi & Inovasi,

Institusi Pengajian Tinggi

Awam & Swasta peringkat

Negeri Johor yang

dianjurkan oleh Bahagian

Hal Ehwal Pelajar,

Kumpulan Pendidikan YPJ

dengan kerjasama KPTM,

MOSTI dan Perbadanan

Perpustakaan Awam Johor.

Pertandingan ini telah

diadakan pada 10 dan 11 Mei

Mukasurat 2

Penyampaian hadiah dari kiri En.

Omar Bin Ali, Pengarah Hal Ehwal

Pelajar, Kumpulan Pendidikan

YPJ, Tuan Abdul A‟Lim Bin Abd.

Shukor, Ketua Pegawai Eksekutif,

Kumpulan Pendidikan YPJ,

Muhamad Hanif Bin Muhd Yusof ,

Muhamad Afif Bin Ahmed dan Tn

Hj. Mohd Yusof Bin Sulaiman,

Penasihat Projek.

Dua orang pelajar Jabatan

Kejuruteraan Elektrik telah

meraih kemenangan

dengan menduduki tempat

pertama dengan membawa

pulang sebuah plak, wang

tunai sebanyak RM1,000

beserta sijil bagi setiap

peserta.

ISU 1 / 2011

Switching by Internet

dihasilkan oleh Muhamad

Hanif Bin Muhd Yusof dan

Muhamad Afif bin Ahmed

adalah di bawah seliaan Tn.

Hj. Mohamad Yusof Bin

Sulaiman selaku Penasihat

Projek.

Barisan pelajar dan pensyarah

pengiring daripada Politeknik Premier

Johor Bahru bersama hadiah dan sijil

yang telah dimenangi.

EN. SHABUDIN BIN MAN

PENGARAH

POLITEKNIK PREMIER JOHOR BAHRU

Page 3: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KERJAYA …

PERTANDINGAN MENGHIAS KEK

atas. Kesemua peserta diberi

masa selama satu jam sahaja

untuk menghias kek yang

disediakan mengikut kreativiti

dan dekorasi masing-masing.

Dengan adanya pertandingan

seperti ini, para peserta dapat

menambah pengalaman dan

memberi peluang kerjaya

yang lebih baik dalam bidang

seni kulinari. Dua orang wakil

dari Politeknik Premier Johor

Bahru telah diumumkan

Pada 26 Mac 2011 Jabatan

Pelancongan dan Hospitaliti

telah menghantar lapan

orang pelajar semester akhir

Diploma Hotel dan Katering

(DHK 6B) untuk menyertai

pertandingan menghias kek

yang bertempat di Kompleks

Pusat Bandar, Pasir Gudang.

Pertandingan ini terbuka

kepada semua warganegara

Malaysia, lelaki dan wanita

yang berusia 18 tahun ke

sebagai pemenang tempat

kedua dan ketiga. Ini

membuktikan bahawa para

peserta juga mempunyai

kepercayaan diri yang tinggi

dan mampu bersaing dalam

bidang yang diceburi.

PROGRAM KEMASYARAKATAN “1 MALAYSIA GREEN

1 MALAYSIA CLEAN” (1MG1MC)

Mukasurat 3

Peserta PJB yang memenangi tempat

kedua dan ketiga

Politeknik Premier Johor

Bahru (PJB) telah melibatkan

diri dalam satu program

kemasyarakatan “1Malaysia

Green Tourism, 1Malaysia

Clean” (1MG1MC) yang

bertujuan untuk memupuk

semangat cintakan keindahan

dan kebersihan di kalangan

rakyat Malaysia, khususnya di

tempat-tempat yang sentiasa

menjadi tarikan pelancong

tempatan dan luar Negara.

Program ini telah dilaksana-

kan pada 24 Mei 2011 yang

bertempat di Desaru Fruit

Farm Kota Tinggi, Johor

merupakan anjuran

Kementerian Pelancongan

Malaysia Johor (MOTOUR).

Seramai 39 orang pensyarah

Jabatan Pelancongan dan

Hospitaliti, Jabatan

Kejuruteraan Elektrik dan

Jabatan Kejuruteraan

Mekanikal telah bekerjasama

bagi memastikan kejayaan

program ini.

Program yang dirasmikan

oleh Y.B. Hoo Seong Chang

(EXCO Pelancongan Negeri

Johor) dan telah dijayakan

bersama badan NGO lain dan

Politeknik Premier Johor

Bahru, program ini

dilaksanakan adalah bagi

meningkatkan kesedaran

tentang implikasi ke atas

industri pelancongan dan

membuka minda setiap rakyat

Malaysia agar sama-sama

menjaga kebersihan dan

memastikan negara sentiasa

bersih dan indah.

Antara aktiviti yang diadakan

sepanjang program ini ialah

membuat „Mud Ball‟, pameran

dari para peserta, dan gotong

royong menanam pokok

beramai-ramai disekitar

Desaru Fruit Farm.

Bersama mengerah keringat untuk

menjayakan program 1MG1MC

Seramai 39 orang pensyarah Jabatan

Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan

Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan

Mekanikal telah bekerjasama bagi memastikan

program ini berjaya.

ISU 1 / 2011

Page 4: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KERJAYA …

Mukasurat 4

Penerangan gambar: 1. Penyampaian cenderahati dan

sijil kepada KSU dan peserta. 2. Sebahagian para peserta yang

hadir. 3. Barisan Jawatankuasa

Pengurusan Tertinggi bergambar kenangan bersama KSU KPTM dan KP JPP

4. Sebahagian AJK yang terlibat menjayakan hari persidangan.

5. YBhg. Datuk Hj Ab. Rahim bin Md. Noor, Ketua Setiausaha, KPTM

6. Mejar (K) Haji Md. Nor Bin Yusof, Ketua Pengarah JPP.

7. Peserta khusyuk mendengar pembentangan.

ISU 1 / 2011

GAMBAR SEKITAR HARI PERSIDANGAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KERJAYA

1 2

3 4

5

7

6

Page 5: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KERJAYA …

Menyingkap pada program yang lalu,

didapati hasilnya memuaskan dan

memberi kesan yang positif kepada

pelajar yang terlibat. Selain daripada

perubahan sikap, disiplin dan sahsiah, ia

juga memberikan impak yang besar

kepada prestasi para pelajar.

Oleh yang demikian, pihak jawatankuasa

pelaksana JKM berhasrat untuk

Program lawatan ilmiah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

(JKM) Sesi Januari 2011 adalah rentetan daripada program

aktiviti-aktiviti kecemerlangan pelajar yang telah

dilaksanakan oleh JKM sebelum ini. Cadangan untuk terus

mengadakan program seperti ini adalah bagi memacu

usaha berterusan JKM untuk mencapai matlamat

melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berdaya saing.

Pemilihan ke Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Malaysia (UTHM) adalah berdasarkan kepada status

universiti ini yang sinonim dengan jurusan kejuruteraan

khususnya dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Adalah

juga dirasakan bahawa dengan adanya program

seumpama ini, pelajar-pelajar yang berketrampilan dapat

dibimbing untuk terus berjaya dan bertindak sebagai

seorang mahasiswa yang cemerlang.

meneruskan program ini,

diharapkan ia dapat membantu

dan membimbing pelajar –

pelajar ke arah menjadi insan

yang seimbang dari pelbagai

aspek seperti jasmani, emosi,

rohani dan intelek serta sumber

modal insan yang akan

menggarap kesinambungan

kecemerlangan negara.

Mukasurat 5

ISU 1 / 2011

LAWATAN ILMIAH KE UTHM

PENGADIL KEJOHANAN KARATE INDONESIA 2011 KALI KE-3 menghantar empat orang

pengadil untuk turut serta

dalam kejohanan ini.

Malaysia telah mendapat tiga

(3) Pingat Emas dalam

kejohanan ini.

En. Chok Kong Yu juga telah

menghadiri Seminar Pengadil

Peringkat Antarabangsa ke-4,

Jakarta, Indonesia yang

berlangsung dari 29 – 31 Mei

2011. Penceramah Seminar

ini ialah Mr. Con Cassis dari

Australia yang merupakan

Ketua Pengadil dari Majlis

Pengadil Karate Sedunia.

En. Chok Kong Yu, dari

Politeknik Premier Johor

Bahru merupakan salah

seorang daripada empat

orang pengadil dalam

Kejohanan Karate Indonesia

2011 ke-3, Jakarta,

Indonesia. Kontinjen Malaysia

telah menghantar pasukan

untuk mengambil bahagian

dalam kejohanan ini yang

telah berlangsung di Stadium

Tertutup Tenis Senayan di

Jakarta, Indonesia (Bakal

Lokasi bagi Kejohanan

Karate Sukan SEA 2011)

pada 1 – 3 Jun 2011.

Kontinjen Malaysia telah

Rombongan dari PJB ke UTHM

Page 6: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KERJAYA …

Para peserta bergambar kenangan di Hutan Rekreasi Batu Maloi

Lawatan sambil belajar ini

merupakan salah satu

strategi dan usaha untuk

mengalakkan pelajar lebih

memahami kaitan kursus

dalam bidang akademik yang

dipelajari dengan peluang-

peluang kerjaya selepas

menamatkan pengajian di

Politeknik Premier Johor

Bahru.

Secara tidak langsung,

hubungan baik di antara

Politeknik Premier Johor

Bahru dengan agensi luar

juga dapat dijalinkan.

Dengan itu, pelajar semester

6 Diploma Kejuruteraan

Elektronik (kawalan) serta

pensyarah kursus, Jabatan

Kejuruteraan Elektrik telah

menjalani lawatan sambil

belajar bertempat di Teknik

Janakuasa Sdn.Bhd. Tanjung

Bin Power Plant, Pontian

Johor pada 23 Mac 2011.

Program lawatan telah

berjaya dilaksanakan dengan

sempurna di mana lawatan ini

telah dapat memberikan

pengalaman dan membantu

pelajar dalam menghadapi

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TEKNIK JANAKUASA SDN. BHD.

Bergambar di Teknik Janakuasa Sdn. Bhd. Tanjung Bin Power Plant,

Pontian, Johor.

Mukasurat 6

ISU 1 / 2011

Dari kiri, Wan Nurfazrin, Song Yong

dan Nurashikin menerima replika cek

bernilai RM4,000 yang disampaikan

oleh Penganjur Pertandingan Mural,

En. Ghazali Abdul Karim

pembelajaran semasa sesi pengajian. Lawatan ini juga memberikan

peluang kepada para pelajar untuk mengenali dengan lebih mendalam

tentang dunia pekerjaan yang bakal diceburi kelak.

Kursus Pemantapan Keteguhan Jati Diri adalah rentetan daripada program

-program kecemerlangan pelajar yang telah dilaksanakan oleh Jabatan

Kejuruteraan Mekanikal sebelum ini. Matlamat program ini adalah untuk

melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berdaya saing. Di samping itu,

program seumpama ini dapat membimbing pelajar-pelajar yang

berketrampilan untuk terus berjaya dan bertindak sebagai pembimbing

rakan sebaya. Menyingkap program yang lalu , didapati hasilnya

memuaskan dan memberi kesan yang positif kepada pelajar yang terlibat.

Selain dari perubahan sikap, disiplin dan sahsiah, ia juga memberikan

impak yang besar kepada prestasi para pelajar.

Oleh yang demikian, pihak jawatankuasa pelaksana Jabatan Kejuruteraan

Mekanikal berhasrat untuk meneruskan program ini, diharapkan ia dapat

membantu dan membimbing para pelajar ke arah menjadi insan yang

seimbang dari pelbagai aspek seperti jasmani, emosi ,

rohani dan intelek serta sumber modal insan yang akan

menggarap kesinambungan kecemerlangan negara.

KURSUS PEMANTAPAN KETEGUHAN JATI DIRI

PJB NAIB JUARA PERTANDINGAN MURAL

Tiga pelajar wakil daripada

Politeknik Premier Johor

Bahru (PJB) telah berjaya

mendapat tempat kedua

dalam Pertandingan Mural

yang berlangsung di The Zon,

Stulang Laut pada 27

Februari 2011.

Para peserta terdiri daripada

pelajar semester lima

Diploma Rekabentuk dan

Komunikasi Visual, iaitu Wan

Nurfazrin Wan Mustaffa, Tan

Song Yong dan Nurashikin

Said. Pertandingan ini juga

mendapat pengiktirafan

“Malaysia Book of Records”

sebagai “The Longest 1

Malaysia Mural” yang

bertemakan “Colors of 1

Malaysia in Nature”.

Wakil dari PJB telah

berjaya membawa

pulang wang tunai

berjumlah RM4,000

dan sijil penghargaan

daripada “Malaysia Book of

Records”.

Barisan pelajar dan pensyarah JRKV yang

menyertai pertandingan 1 Mural Painting

Competition Malaysia Book of Record

Page 7: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KERJAYA …

Landskap baharu dunia dalam era ekonomi global menuntut satu transformasi pendidikan

dan latihan di politeknik. Justeru Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melancarkan

Transformasi Politeknik selaras dengan inisiatif Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara

(PSPTN). Salah satu inisiatif besar Transformasi Politeknik ialah penubuhan politeknik

premier. Objektif khusus politeknik premier adalah; melahirkan graduan yang lebih berdaya

saing dan berkualiti bagi memenuhi pasaran modal insan negara;

memartabatkan politeknik sebagai peneraju pendidikan serta latihan teknik dan

vokasional di peringkat serantau; menjadikan politeknik sebagai institusi rujukan

kecemerlangan teknologi antarabangsa; serta merangsang idea dan inovasi

baharu bagi menyokong pembangunan industri setempat.

Bagi mencapai objektif khusus politeknik premier yang disasarkan, beberapa

dimensi baharu diperkenalkan antaranya pemerkasaan peranan industri dalam

pendidikan dan latihan politeknik melalui pewujudan Pusat Kecemerlangan (COE

-Centre of Excellence) atau Pusat Teknologi (COT – Centre of Technology) yang

menjadi tapak kekuatan politeknik premier. Pewujudan COT/COE bermula

dengan pengenalpastian bidang tujahan yang bertunjangkan kekuatan

politeknik masing-masing serta dibangunkan sejajar dengan roadmap

politeknik. Justeru itu, kemudahan dan fasiliti politeknik perlu dimanfaatkan

sepenuhnya melalui projek bersama pihak industri dalam bidang tujahan

tertentu yang akhirnya menjadi bidang unggul (distinct) politeknik tersebut.

Seni reka kreatif merupakan bidang tujahan yang menjadi fokus di Politeknik

Premier Johor Bahru di mana bidang tersebut terdapat di Jabatan Reka

Bentuk dan Komunikasi Visual. Beberapa perkara menjadi keutamaan dalam memperkasa

bidang tujahan ini selaras dengan teras Transformasi Politeknik antaranya; peningkatan

program diploma berbanding sijil, penubuhan unit penyelidikan, inovasi dan keusahawanan,

kolaborasi program pengajian serta penyelidikan dengan industri. Penawaran bidang

pengajian yang berorientasikan perkhidmatan seperti teknologi kreatif dan grafik, reka bentuk

fesyen dan pakaian serta reka bentuk dalam bidang industri akan terus diperkukuh bagi

menarik minat lepasan sekolah yang berbakat serta kurang cenderung kepada program yang

bersifat akademik menjadi salah satu inisiatif khusus di bawah teras ke-2 Transformasi

Politeknik.

Jabatan Rekabentuk

Komunikasi & Visual (JRKV)

adalah jabatan yang pertama

di dalam Sistem Politeknik

Malaysia. Pada awal

penubuhannya ia dikenali

sebagai Jabatan Rekabentuk

sahaja. Ia menawarkan

beberapa Program yang

berteraskan kepada kreativiti

dan penciptaan iaitu Program

Rekabentuk Grafik, Program

Rekabentuk Industri dan

JABATAN REKABENTUK KOMUNIKASI & VISUAL

Mukasurat 7

ISU 1 / 2011

Pewujudan COT/COE

bermula dengan

pengenalpastian bidang

tujahan yang

bertunjangkan kekuatan

politeknik masing-masing

serta dibangunkan

bersama sejajar

roadmap politeknik.

Program Rekabentuk Fesyen & Pakaian.

Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi

Visual menawarkan program

pengajian sepenuh masa di peringkat sijil

dan diploma dalam bidang-bidang

berikut :

:: Diploma Rekabentuk Grafik

:: Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian

:: Diploma Rekabentuk Industri

:: Sijil Kemahiran Khas (Rekabentuk Fesyen dan

Pakaian)

:: Sijil Kemahiran Khas (Rekabentuk Grafik)

Lakaran awal cadangan bangunan CCDI yang akan

dibangunkan di PJB

bersambung di mukasurat 8

Lakaran awal cadangan bangunan CCDI yang akan

dibangunkan di PJB

LATAR BELAKANG BIDANG TUJAHAN SENI REKA

Page 8: PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KERJAYA …

SIDANG REDAKSI

Pengerusi

En Shabudin bin Man

Timbalan Pengerusi

En Sahul Hamed bin Abdul Wahab

Ketua Editor

En Mohd Ali bin Jasmi

Penolong Ketua Editor

Pn Umi Kalthom binti Ramin

Editor

Pn Norihan binti Mahmood

Pn Sy Hannan binti Sy Abd Rahman

Cik Norashikin binti Awang Kechik

Rekabentuk

Pn Syarifah Hana binti Syed Zubin

Wakil Jabatan/Unit

En Mohd Fauzi bin Mohd Yunus (JKM)

Pn Zubydah bin Mustafa (JKE)

Pn Ismalyza bt Mt Arif (JRKV)

Cik Nur Fadillah bt Mat Ariffin (JPH)

En. Yeow Chee Keong (JPA)

En. Rozainudin bin Mohd Lazim (JHHP)

En. Hamdan bin Samdim (Asrama)

Pn Rohamiah bt Muda (Pruf)

Pn Ainoor Mahfuzah bt Ahmad (Pruf)

ISU 1 / 2011

sambungan dari mukasurat 7

Matlamat penubuhan Centre For Creative Design & Innovation (CCDI) menjadi cabaran

kepada jabatan untuk membekalkan kepakaran dalam reka bentuk fesyen dan tekstil,

reka bentuk grafik dan reka bentuk industri. Ia juga bertujuan membangunkan suasana

kerja positif dengan membekalkan perkhidmatan sokongan perniagaan kepada individu,

agensi kerajaan, institusi pendidikan, syarikat swasta dan komuniti setempat melalui

inkubator perniagaan yang terancang. Penubuhan pusat kecemerlangan ini juga

menawarkan perkhidmatan dalam inovasi rekaan, pemindahan pengetahuan, kajian

rekaan serta pembangunan produk baru untuk pasaran yang lebih luas. Penubuhan

CCDI juga bertujuan untuk menyatukan kepakaran tempatan dalam bidang seni reka

kreatif dalam satu bentuk perkongsian pintar dan pendekatan kolaborasi ke tahap

profesionalisme dalam membekalkan latihan berkualiti, selain membawa peluang-

peluang pembelajaran yang baru dalam mencipta kesan persekitaran, ekonomi dan

sosial yang positif.

Dalam dunia global dan ekonomi yang kreatif, rekaan dan inovasi memainkan peranan

penting serta menjadi faktor utama kejayaan. CCDI digerakkan melalui penyediaan

kemudahan dan keperluan fizikal yang sesuai dengan perkembangan teknologi yang

membolehkan pelanggan lebih dekat dengan teknologi rekaan dan membolehkan idea

sampai kepada pasaran melalui pelbagai inisiatif dalam kerjasama dan hubungan yang

lebih luas dengan industri berkaitan seni reka kreatif. Strategi yang disusun menyokong

hasrat kerajaan bagi mengarusperdanakan pendidikan dan latihan teknik dan vokasional

bagi memastikan keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi dapat dihasilkan untuk

pembangunan ekonomi yang berasaskan inovasi dan kreativiti serta dapat memberi

sumbangan kepada masyarakat dan negara secara keseluruhannya. Jawatankuasa

yang akan ditubuhkan adalah Jawatankuasa Penjenamaan untuk melonjakkan visibility

politeknik.

P encapaian demi pencapaian Politeknik Premier Johor Bahru

telah kecapi. Oleh yang sedemikian, PJB telah memilih satu bidang

tujahan yang sesuai di semua peringkat. PJB mempunyai satu

bidang tujahan yang telah dikenal pasti iaitu seni reka kreatif. Ia juga

selaras dengan salah satu objektif Transformasi Politeknik iaitu

menerajui bidang tujahan dan teknologi tertentu bagi menghasilkan

graduan berkualiti dan berdaya usahawan (entrepreneur),

berkebolehpasaran tinggi dan berdaya saing.

Satu daripada objektif utama bidang tujahan PJB adalah

menumpukan usaha-usaha dalam memperkasakan bidang seni reka

kreatif. Matlamat bidang tujahan ini adalah untuk memberi khidmat

kepakaran kepada pihak industri dan komuniti. Berdasarkan kaedah

ini, PJB lebih mudah mencapai KPI yang telah ditetapkan di bawah

Politeknik Premier.

PENCAPAIAN BIDANG TUJAHAN

(NICHE AREA); SENIREKA KREATIF