PERTAM · membuka peluang untuk terli-bat dalam bidang kesihatan me-nerusi lambakan bangunan dan...

24
NASKHAH PERCUMA Edisi 17 I 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 I 10 Safar 1442H - 16 Safar 1442H I PP 19464/D4/2019/ (035072) I Sejak 1982 I www.melakahariini.my I Melakahariini Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia Scan dan layari isu semasa di www.melakahariini.my Anjakan paradigma Muka 2 Panorama rancang miliki bas sendiri Muka 3 Kayuhan dua sahabat Muka 19 Melaka tekad tebus kegagalan Muka 23 Pelbagaikan bidang perniagaan Rancang bina pangsapuri mampu milik Peranan PERTAM diterjemahkan, elak salah faham PERTAM PERANAN PERTAM yang berfungsi untuk membangun serta mengusahakan sebarang kemajuan bagi Tanah Adat Melaka dilihat sebagai antara tunjang kepada struktur pembangunan negeri. Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Ridhwan Mohd Ali menjelaskan PERTAM merancang untuk menerokai pelbagai bidang baharu di masa akan datang dalam usaha mengukuhkan kedudukan kewangannya. Antara perancangan yang dikongsi beliau melibatkan: Eksklusif MHI EDISI 28 SEPTEMBER - 4 OKTOBER 2020 -FONT am_Layout 1 25/9/2020 7:17 PM Page 3

Transcript of PERTAM · membuka peluang untuk terli-bat dalam bidang kesihatan me-nerusi lambakan bangunan dan...

  • NASKHAH PERCUMAEdisi 17 I 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 I 10 Safar 1442H - 16 Safar 1442H I PP 19464/D4/2019/ (035072) I Sejak 1982 I www.melakahariini.my I Melakahariini

    Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia

    Scan dan layari isu semasa di www.melakahariini.my

    Anjakan paradigma

    Muka 2

    Panorama rancang miliki bas sendiri

    Muka 3

    Kayuhan dua sahabat

    Muka 19

    Melaka tekad tebus kegagalan

    Muka 23

    Pelbagaikan bidang perniagaanRancang bina pangsapuri mampu milikPeranan PERTAM diterjemahkan, elak salah faham

    PERTAMPERANAN PERTAM yang berfungsi untuk membangun serta mengusahakan sebarang kemajuan bagi Tanah Adat Melaka dilihat sebagai antara tunjang kepada struktur pembangunan negeri. Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Ridhwan Mohd Ali menjelaskan PERTAM merancang untuk menerokai pelbagai bidang baharu di masa akan datang dalam usaha mengukuhkan kedudukan kewangannya. Antara perancangan yang dikongsi beliau melibatkan:

    Eksklusif MHI

    EDISI 28 SEPTEMBER - 4 OKTOBER 2020 -FONT am_Layout 1 25/9/2020 7:17 PM Page 3

  • Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 l 10 Safar 1442H-16 Safar 1442H2

    PERTAM bakal memban-gunkan lebih banyak pangsapuri mampu milik khusus untuk orang Mela-yu di masa akan datang. Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata, antara peran-cang terbaharu yang se-dang dirangka ialah membangunkan 200 unit pangsapuri mampu milik di kawasan Bandaraya Me-laka. Menurutnya, pem-bangunan di Tanah Adat Melaka (MCL) itu kini di fasa akhir rundingan yang mana ia mungkin dimukta-madkan sedikit masa lagi. “Yang terbaharu ialah kita akan membangunkan 200 (unit) pangsapuri mampu milik di kawasan bandar yang mana kini kita dalam rundingan terakhir bersama pemilik tanah.

    “Lokasi sebenar kita belum boleh umumkan. InsyaAllah, bila sudah di-muktamadkan, kita akan buat pengumuman ke-pada orang ramai, khusus-nya mereka yang berminat memiliki hartanah itu,” ka-tanya. Mohd Ridhwan ber-kata, selain perancangan membangunkan pangsa-puri mampu milik, pihak-nya juga turut diberi mandat oleh Kerajaan Ne-geri Melaka untuk mengu-rus dan membangunkan tanah-tanah wakaf dan baitulmal di bawah Majlis Agama Islam Melaka. Jelasnya, pihaknya juga dalam fasa memban-gunkan tanah wakaf milik MAIM di Jasin yang di-jangka akan dibangunkan satu pusat perniagaan ba-

    haru di masa akan datang. “Pada masa sama, kita juga sedang mengusaha-kan pembangunan ber-campur di tanah seluas 21.9 ekar milik PERTAM di Melaka Pindah. Jadi, kese-luruhannya ada tiga projek pembangunan terbaharu

    yang sedang kami ran-cang,” katanya. Dalam pada itu, Mohd Ridhwan memak-lumkan, sehingga kini PERTAM telah mengusa-hakan tanah adat seluas 372 ekar dan 822.6 ekar tanah berstatus lain-lain

    seperti freehold dan pa-jakan di negeri ini. Jelasnya, pihaknya turut mewujudkan pelba-gai inisiatif secara ber-terusan dalam usaha memastikan tanah-tanah adat ini tidak terbiar. “Antara inisiatif un-

    tuk pastikan tanah-tanah adat ini tidak terbiar ialah melalui pembangunan hartanah. Maksudnya kita akan terus bergerak aktif melakukan pelbagai projek pembangunan terutama di kawasan yang mempunyai potensi besar,” katanya.

    WAWANCARA KHAS

    KESIDANG - Perbadanan Ke-majuan Tanah Adat Melaka (PERTAM) merancang untuk menerokai pelbagai bidang ba-haru di masa akan datang dalam usaha mengukuhkan kewangan-nya. Ketua Pegawai Eksekutif PERTAM Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata memandangkan du-nia kini terkesan dengan penu-laran pandemik COVID-19, pihaknya perlu segera mempel-bagaikan bidang perniagaan berkaitan dengan Tanah Adat Melaka (MCL). Katanya, bagi merealisasi-kan hasrat tersebut, pihaknya telah mewujudkan satu unit khas untuk merancang pem-bangunan selain hartanah yang

    mana melalui unit tersebut, pi-haknya sudah mula didekati ramai pelabur-pelabur berpo-tensi. “Sejak akhir-akhir ini ra-mai pelabur telah datang ke PERTAM untuk membangun-kan solar farm di tanah adat di negeri ini. Selain itu, ada juga pelabur yang menyuarakan minat dalam bidang pertanian. “Tapi kita di PERTAM ti-dak mempunyai pegangan ta-nah yang banyak. Justeru, kita bercadang untuk berperanan sebagai penghubung di antara pemilik tanah adat dengan pe-labur-pelabur. “Jadi, sebagai penghubung kita akan bekerjasama dengan pemilik tanah-tanah adat di ne-

    geri ini yang mana kita boleh membantu mereka merangka pembangunan yang bersesuaian di tanah milik mereka,” katanya. Menurutnya lagi, selain bidang solar dan pertanian, pi-hak PERTAM juga kini sedang membuka peluang untuk terli-bat dalam bidang kesihatan me-nerusi lambakan bangunan dan lot perniagaan yang dimiliki perbadanan itu. “PERTAM ada banyak ban-gunan dan aset. Jadi, kita meli-hat sektor kesihatan juga mempunyai potensi seperti contoh klinik pakar, pusat hemodialisis dan sebagai-nya. “Jadi, jika ada yang berminat untuk menyertai

    PERTAM sebagai pemi-lik bangunan kita pun terbuka kerana misi kita sekarang adalah untuk membuka pintu kepada pelbagai jenis perniagaan selain hartanah,” ujarnya.

    TAMAN Lesung Batu Emas di Melaka Pindah merupakan antara projek perumahan yang dibangunkan oleh PERTAM.

    Rancang bina 200 unit pangsapuri

    PERSEPSIPERSEPSI buruk segelintir masyarakat yang mendakwa PERTAM cuba men-gambil alih tanah orang Melayu dan menjualnya kepada bukan bumiputera adalah antara salah faham yang perlu diselesaikan segera. Mohd Ridhwan Mohd Ali mene-gaskan kekeliruan itu tidak seharusnya timbul kerana ia adalah tidak benar sa-ma sekali. Sebaliknya, beliau menjelaskan ba-hawa pihaknya cuba menyelesaikan se-tiap masalah yang timbul melalui pelbagai pendekatan berbeza dan salah satunya adalah dengan mengambil alih tanah berstatus Tanah Adat Melaka (MCL) dan menukarnya kepada status pegangan pajakan (leasehold).

    “Dalam usaha untuk menyelesaikan isu pemilik tanah MCL, ada kalanya kita terpaksa menggunakan cara pengambil alihan tanah. Namun ada masyarakat yang salah faham. “Di peringkat PERTAM, adakalanya sesuatu perancangan pembangunan itu kita guna melalui sudut yang berbeza khususnya membabitkan tanah MCL yang mana, ada masanya tanah MCL ini kita perlu fikir dari segi kos pembangu-nan dan return on investment (ROI) yang mungkin akan mengambil satu tempoh yang panjang. “Jadi, sebab itu ada masa kita perlu mengambil tanah tersebut dan tukar ke-pada status leasehold. Bila tanah itu menjadi leasehold, kita masih ada 60

    peratus lagi kuota bumiputera yang mana tanah itu boleh dimajukan bila ni-lainya lebih tinggi apabila statusnya bertukar. “Jadi, secara tidak langsung ia boleh menarik minat lebih ramai Bumiputera dan orang Melayu untuk memiliki har-tanah di kawasan tersebut,” katanya. Bagaimanapun, Mohd Ridhwan men-jelaskan pendekatan atau kaedah seperti itu bukanlah selalu digunakan sebaliknya ia bergantung kepada permasalahan pemilik tanah dan juga potensi tanah-tanah terse-but untuk dibangunkan. “Biasanya, kes ini melibatkan tanah yang mempunyai pemilik yang ramai dan mempunyai saiz tanah yang kecil. Jadi, untuk menyelesaikan masalah itu,

    mungkin kita perlukan lot-lot keliling untuk dijadikan sebuah projek pemban-gunan yang lebih baik. “Sebab itulah, adakalanya kita perlu melakukan pengambilalihan tanah. Kita bukan ambil untuk suka-suka, seba-liknya untuk menyelesaikan isu pemilik dan pada masa sama memberi limpahan ekonomi yang lebih baik kepada mas-yarakat sekitar. Ia adalah situasi menang-menang untuk semua. “Kebiasaannya, pemilik tanah me-mang sudah diterangkan mengenai apa yang dilakukan PERTAM dan mereka memahami, cuma ada segelintir mas-yarakat di luar yang belum faham dan kerap mempersoalkan mengenai tin-dakan yang kita lakukan,” katanya lagi.

    Ubah stigma masyarakat mengenai PERTAM

    PERTAM terokai bidang baharu

    MOHD Ridhwan

    EKONOMI

    HARTANAH

    MOHD FAZRUL ABDUL MAJID

    Oleh

    28-4 oktoberr-jot_Layout 1 25/9/2020 5:34 PM Page 3

  • 3Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 I 10 Safar 1442H - 16 Safar 1442H

    AYER KEROH - Panorama Me-laka Sdn. Bhd. dalam usaha mem-beli bas sendiri bagi meneruskan perkhidmatan itu sekali gus men-jadi aset di masa akan datang. Pengurus Besarnya Datuk Abu Bakar Abdul berkata, pada masa ini Panorama memilik 24 buah bas yang disewa sejak yang

    mana pada asalnya kira-kira 50 buah bas. “Kita dalam proses memer-lukan bas sendiri, jadi kita perlu kurangkan bas yang kita sewa dan apabila pandemik COVID-19 mula pulih kita akan menambah bas dengan pembelian secara berperingkat. “Pembelian bas sendiri ini dengan tujuan untuk menjadikan

    ianya sebagai aset kita sendiri bermula tiga atau empat tahun dari sekarang,” katanya kepada Melaka Hari Ini. Jelasnya, pada masa ini bas dimiliki Panorama adalah secara sewaan dan jika adanya bas sen-diri ia merupakan kaedah terbaik untuk menggerakkan perkhidma-tan Panorama ke arah lebih ber-daya maju.

    “Sekarang kita tanggung kos bukan milik kita sendiri, dalam tempoh tiga atau empat tahun dari sekarang kemungkinan besar kita tidak lagi menyewa bas, ma-lah memiliki bas sendiri. “Ada juga yang memberi ca-dangan untuk kita bekerjasama dengan pihak lain mengendalikan bas ini, tetapi buat masa sekarang kita dalam kaedah menukar bas yang kita sewa kepada miliki sendiri,” katanya lagi. Ujarnya, dengan memiliki bas sendiri pihaknya sudah pasti dapat melihat perbezaan bagai- mana untuk maju ke hadapan sa-ma ada menerusi kaedah yang praktikal. “Setakat ini tinggal 24 buah bas saja, dulu ada banyak bila berlakunya pandemik COVID-19, kita kurangkan jumlah bas sebab pergerakan yang kurang dan berusaha memperbaiki mutu dan kaedah perkhidmatan. “Dulu kita sewa banyak bas dan kos terlalu tinggi, jadi kita ambil pendekatan kurangkan bas, kalau simpan banyak bas kita

    kena bayar juga sewa dia sedan-gkan pendapatan kita dalam tem-poh ini tinggal 30 peratus sahaja daripada biasa,” katanya. Pada masa sama, Panorama turut menyediakan perkhidmatan servis kenderaan di Pusat Servis Proton Autocity sejak tahun 2012. Antara servis ditawarkan ‘minor’ atau ‘major service’, ‘war-ranty claim’, pemeriksaan kereta secara percuma serta perkhid-matan tambahan seperti 'align-ment balancing' dan cuci kereta.

    Panorama rancang miliki bas sendiri

    “DALAM seminar Melakaku Maju Jaya, kita sasar untuk kembalikan semula bas elektrik di Melaka, namun ia bergantung kepada keadaan semasa,” kata Datuk Abu Bakar Abdul. Menurutnya, buat ma-sa ini bas elektrik tiada lagi di Melaka, tetapi jika Panorama memiliki bas sen-diri tidak mustahil perkhid-

    matan bas elektrik diwujud-kan semula di negeri ini. “Dulu kita ada dua bas elektrik diperkenalkan seki-tar tahun 2015, sambutan diterima sangat baik, cuma ada masalah daripada sya-rikat yang membekalkan bas itu dan perkhidmatan bas elektrik dihentikan. “Bagaimanapun, peng-gunaan bas elektrik ini da-

    lam perancangan kita, jika tidak banyak mungkin da-lam satu atau dua buah bas akan dilaksanakan bagi pe- ringkat permulaan,” kata-nya. Jelasnya, dengan peng- wujudan perkhidmatan bas elektrik sudah pasti ia mampu memberi peruba-han kepada negeri yang mengekalkan teknologi

    hijau. “Apapun ia bergantung kepada beberapa peruba-han, jika kita lihat negara-negara maju lain mem-

    punyai sistem pengangku-tan awam begitu canggih termasuklah menggunakan bas elektrik. “Jadi sebagai negeri

    maju kita memerlukan per-sekitaran bersih, apa pun ki-ta bergerak kepada yang lebih baik cuma cepat atau lambat saja,” katanya.

    Liana Sahabudin

    ABU Bakar

    Cadang wujud kembali bas elektrik

    SEBELUM ini Panorama pernah mempunyai dua bas elektrik yang diperkenalkan sekitar tahun 2015, namun terdapat masalah daripada syarikat yang membekalkan bas tersebut sehingga perkhidmatan bas itu dihentikan.

    PADA 21 September lepas, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali telah mempengerusikan Mesyuarat Dasar Perumahan (DRN) Negeri Melaka di Genting Highlands. Dalam mesyuarat tersebut, kerajaan negeri telah membincangkan satu dasar perumahan baharu yang boleh menggalakkan pembangunan perumahan di negeri Melaka. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Dr. Hasim Hasan dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan dan Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia (REHDA) Negeri Melaka Datuk Ng Choon Koon.

    ABU Bakar melihat kerja-kerja servis kenderaan yang dilakukan.

    sec1-mimie(28sep-4oct2020)NEW_Layout 1 25/9/2020 5:44 PM Page 2

  • 4Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 I 10 Safar 1442H - 16 Safar 1442H

    BATU BERENDAM - Kerajaan Negeri Melaka merekodkan se-jumlah RM3 bilion pelaburan da-lam sektor pembuatan bermula Januari lalu hingga September ini. Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, sasaran kerajaan negeri adalah sejumlah RM5 bilion bagi setiap tahun. “Setakat hari ini keseluruhan nilai pelaburan yang masuk dalam tempoh tersebut hingga hari ini (22 September) sudah RM3 bi- lion. “Memang setiap tahun kita mensasarkan sektor pembuatan sebanyak RM5 bilion seperti yang telah ditetapkan kerajaan negeri,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan di kilang Texas Instru-ments Electronics Malaysia (TIEM) Sdn. Bhd. di sini baru-baru ini. Jelasnya, nilai pelaburan itu tidak termasuk sektor-sektor har-tanah, perhotelan, pelancongan dan sebagainya. “Sektor pembuatan inilah yang akan memberi peluang pekerjaan kepada penyokong in-dustri dalam sektor ini. “Walaupun dalam tempoh pandemik COVID-19, kita perlu bersyukur dengan sasaran kita itu, sebab tiada orang yang berani ke negara kita pada masa ini,” ka-tanya. Sulaiman berharap pada ta-hun akan datang apabila selesai pandemik COVID-19, pelaburan

    dari negara luar akan masuk se- mula ke Melaka. Hadir sama, Pengerusi Jawa-tankuasa Kerja Raya, Pengangku-tan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur negeri Datuk Roslan Ahmad dan Pengerusi Jawatan-kuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Ko-perasi negeri Datuk Norhizam Hassan Baktee.

    Melaka catat RM3 bilion pelaburan dalam sektor pembuatan Jan-Sept 2020

    SULAIMAN ketika diberi penerangan oleh Pengarah Urusan TIEM Sdn Bhd Subbah Rao mengenai barangan komponen yang dihasilkan oleh kilang Texas Instruments Melaka dalam sesi lawatannya ke kilang tersebut, baru-baru ini.

    AYER KEROH - Seramai 140 guru Jabatan Agama Is-lam Melaka (JAIM) telah di-angkat sebagai guru agama cemerlang negeri ini selepas dipilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dalam majlis yang berlangsung di Pusat Da-gangan Antarabangsa Me-laka (MITC), di sini, baru-baru ini. Pengerusi Jawatan-kuasa di Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan) Datuk Noor Effandi Ahmad ber-kata, majlis penghargaan itu diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan ke-pada seramai 2,039 guru JAIM di negeri ini yang telah banyak menabur jasa ke-pada murid. “Saya dimaklumkan 140 guru cemerlang ini ter-diri daripada 55 guru Seko-lah Rendah Agama (SRA) dari Daerah Melaka Tengah, 34 guru dari Daerah Alor Gajah dan 23 guru dari Daerah Jasin, manakala se-lebihnya guru JAIM di pe- ringkat tadika.

    “Semoga anugerah ini dapat menyuntik semangat dan motivasi kepada semua serta dapat dicontohi guru-guru lain untuk terus ber-bakti di dalam bidang pendidikan di Negeri Mela-ka khasnya, dan Malaysia amnya,” katanya. Beliau berkata demi-kian ketika berucap di majlis berkenaan bagi mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali. Hadir sama, Pengarah JAIM Datuk Md. Azhan Sa-mad dan Timbalan Pe-ngerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Datuk Hj Md Rawi Mahmud. Setiap guru JAIM ce-merlang dalam majlis itu menerima wang tunai RM1,000 setiap seorang berserta plak penghargaan. Selain menyampaikan anugerah kepada guru ce-merlang, majlis berkenaan turut meraikan seramai 38 guru JAIM yang telah ber-sara tahun ini. Dalam pada itu, Noor Effandi yang membacakan

    teks ucapan Ketua Menteri turut memaklumkan keraja-an negeri sentiasa komited dalam meningkatkan pem-bangunan syiar Islam di negeri ini demi mewajahkan Melaka Rumahku menuju kecemerlangan duniawi dan ukhrawi. Menurutnya, sepan-jang 2020 sebanyak hampir RM50 juta telah diperun-tukkan untuk belanja men-gurus Bahagian Pendidikan JAIM kepada kakitangan dan guru-guru termasuk emolumen, perkhidmatan dan bekalan, aset dan pe-nyelenggaraan. “Selain itu, MAIM melalui peruntukan Asnaf Fisabililah turut menyalur peruntukan RM4,283,850 kepada Bahagian Pendidi-kan JAIM merangkumi ban-tuan elaun bulanan hufaz, bantuan kewangan pelajar tahfiz, institusi tahfiz berdaf-tar penuh, bantuan IPIS, bantuan Maahad Tahfiz Pulau Besar serta lain-lain pembiayaan dan bantuan,” katanya.

    140 guru JAIM cemerlang terima APC

    Liana Sahabudin

    SULAIMAN menyapa kakitangan kilang Texas Instruments Melaka di kafeteria kilang tersebut.

    NOOR Effandi menyampaikan anugerah kepada salah seorang guru cemerlang dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang berlangsung di MITC, baru-baru ini.

    “Walaupun dalam tempoh pandemik COVID-19, kita perlu bersyukur dengan sasaran kita itu, sebab tiada orang yang berani ke negara kita pada

    masa ini.

    “Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali

    sec1-mimie(28sep-4oct2020)NEW_Layout 1 25/9/2020 11:11 AM Page 1

  • 5Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 I 10 Safar 1442H - 16 Safar 1442H

    DURIAN TUNGGAL - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini perlu mewujudkan sekurang-kurangnya satu Komuniti Hab di kawasan pentadbi-ran masing-masing. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamar-rudin berkata, ia bagi membudayakan komuniti yang berdaya saing di kawasan tersebut. “Di Melaka Taman Murai Jaya adalah yang pertama dilaksanakan se-kali gus mewujudkan ko-muniti yang holistik. “Komuniti Hab ini lambang komitmen kera-jaan untuk meneruskan agenda dan memberi penekanan kepada golon-gan miskin bandar, asnaf

    dan B40,” katanya. Beliau berkata de-mikian pada sidang media selepas Majlis Pe-rasmian Komuniti Hab di Pangsapuri Murai Jaya di sini pada 20 Sep-tember lepas. Jelasnya, ia mampu membudayakan mas-yarakat setempat dalam menjaga keselamatan, kebersihan dan mening-katkan pelajaran anak-anak. “Di Melaka terdapat rakan strategik bagi men-genal pasti tempat-tempat yang boleh diwujudkan sebagai Komuniti Hab. “Ini penting untuk pembangunan negara, kalau kita boleh ting-katkan imej kualiti hidup dalam kalangan penduduk B40 dan se-

    bagainya, ia dapat mel-onjakkan imej negara dan rakyat yang berkual-iti,” katanya. Hadir sama Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sek-itar negeri Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan; Ketua Setiausaha KPKT Datuk Zainal Abidin Abu Hassan dan Yang Diper-tua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Shadan Oth-man. Projek Komuniti Hab itu turut menyediakan ke-mudahan seperti perpus-takaan mini, pertanian bandar, Sistem Pengum-pulan Air Hujan (SPAH), ‘art plaza’, dan inisiatif projek rendah karbon (pemberian basikal) buat komuniti.

    PBT perlu wujud satu Komuniti Hab

    GHAFAAR menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf sambil disaksikan Zuraida dalam majlis tersebut.

    AYER KEROH - Satu zon khas atau ‘buffer zone’ bakal diwujudkan di perairan negeri ini dalam masa ter-dekat bagi membezakan kawasan untuk kapal berlabuh dan lokasi nelayan menangkap ikan. Pengerusi Jawatankuasa Perta-nian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata, perkara itu penting meman-dangkan sehingga kini perairan negeri ini tidak mempunyai sebarang zon khusus untuk nelayan dan kapal-kapal dagang yang berlabuh. Perkara itu jelasnya telah menyebabkan nelayan negeri ini berdepan dilema untuk keluar menangkap ikan apabila jaring yang dilabuhkan kerap rosak dilanggar kapal-kapal besar. Sehubungan itu beliau bercadang untuk mengusulkan agar zon-zon khas diwujudkan dalam masa terdekat bagi memberi lebih keselesaan buat nelayan dan kapal-kapal yang berlabuh di perairan ini. “Sebagai contoh kita wujudkan satu zon A khas untuk zon tangkapan ikan. Maka, kapal-kapal besar tidak boleh parkir dan lalu di sini. Kita haramkan dia.

    “Kemudian, kita buat satu lagi zon untuk kapal berlabuh. Jadi, nelayan pula tidak boleh mengham-piri zon ini dan kita pun tak benarkan kerana bahaya untuk mereka. Dan yang terakhir ialah zon selat antara-bangsa. “Jadi, buffer zone inilah mem-bezakan kawasan-kawasan di perairan kita yang akan saya cadan-gkan dalam masa terdekat bertujuan untuk menyelesaikan masalah nelayan. “Jadi, lepas ini nelayan boleh membuang jaring dengan senang hati tanpa perlu risau jaring mereka dilanggar kapal-kapal besar atau rosak,” katanya. Mengulas lanjut, Norhizam memaklumkan, pihaknya kini sedang mengadakan perbincangan dengan pihak Jabatan Ukur Dan Pemetaan Melaka (JUPEM) bersama-sama Jabatan Perikanan Negeri Melaka dan Jabatan Laut untuk membuat ukuran bagi zon-zon khas yang akan dirancang itu. “Buat masa ini jarak untuk setiap zon kita belum bincang lagi, tetapi in-syaAllah ia akan dimuktamadkan dalam masa terdekat selepas men-gadakan perbincangan bersama agensi berkaitan,” katanya lagi.

    Melaka bakal wujudkan zon khas nelayan tangkap ikanMohamad Fazrul Abdul Majid

    SATU zon khas atau ‘buffer zone’ bakal diwujudkan di perairan negeri ini dalam masa terdekat bagi membezakan kawasan untuk kapal berlabuh dan lokasi nelayan menangkap ikan. (Foto Sumber Internet)

    Liana Sahabudin

    EDISI 28 SEPTEMBER - 4 OKTOBER 2020 - am_Layout 1 25/9/2020 7:25 PM Page 4

  • 6Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 I 10 Safar 1442H - 16 Safar 1442H

    Melaka bakal jadi hab menjual produk layang-layang BANDA HILIR - Kerajaan negeri bercadang untuk membuka hab menjual layang-layang se-bagai usaha untuk melestarikan seni pembu-atan layang-layang keluaran rakyat tempatan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata bagi tu-juan bagi menyambut tujuan itu, pihaknya mengalu-alukan kertas kerja daripada pen-gusaha layang-layang termasuk Persatuan Layang-layang Negeri Melaka bagi mempro-mosikan produk seni warisan itu. Katanya, pelaksanaan itu bagaimanapun masih dalam proses pembentangan dan berdasarkan perancangan awal menerusi Ba-hagian Promosi Pelancongan (BPP) yang men-cadangkan supaya sebuah kedai menjual aneka jenis layang-layang dibuka di kawasan tumpuan pelancong di Menara Taming Sari. “Penjual layang-layang akan diberi lokasi di tempat-tempat pelancongan yang agak strategik supaya mereka termasuk persatuan boleh berdaya maju dan mendapat keuntungan

    dengan menjual produk layang-layang ini sekali gus menganjurkan program yang lebih besar pada masa akan datang,” katanya. Beliau berkata demikian selepas meras-mikan Festival Layang-layang Hari Malaysia 2020 di Pulau Melaka di sini, baru-baru ini. Mengulas lanjut, Muhammad Jailani berkata produk layang-layang hasil pembuatan rakyat tempatan akan diberi keutamaan supaya pengusaha seni itu dapat menjana pendapatan selain mengasah bakat seni masing-masing. “Pertama, kita akan buat satu kedai di mana akan menjual semua jenis layang-layang produk buatan tempatan, itu sebagai keutamaannya. “Kedua, kita akan menjual produk layang-layang dari luar negeri terutama bagi negara yang pernah terlibat dengan kita, seperti China, Taiwan, Hong Kong, Australia dan Indonesia, dan lebih baik jika kita dapat berkongsi pen-galaman bersama (negara luar) mudah-muda-han kita dapat mengasah lagi bakat-bakat produksi pembuat layang-layang di Malaysia,” katanya.

    MUHAMMAD Jailani bersama layang-layang gergasi pada Festival Layang-layang Hari Malaysia 2020 di Pulau Melaka, baru-baru ini.

    AYER KEROH - Pengurusan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Interna-tional Education Sdn. Bhd., menan-datangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama GeoMatika Univer-sity College, baru-baru ini. Rektornya Prof. Datuk Wira Dr. Jamil Mukmin berkata, MoU itu bagi mewujudkan lebih banyak kursus dan program di Kolej DMDI. “Ia termasuklah kursus jangka pendek seperti program keusa-hawanan bagi menggalakkan anak-

    anak muda di negeri ini. “Buat masa ini DMDI juga dalam usaha untuk meningkatkan penguru-san Kolej DMDI,” katanya. Beliau berkata demikian selepas MoU tersebut di Bangunan Kota Ce-merlang. Hadir sama, Pengurus Besar Yayasan DMDI Datuk Wira Zainal Hussin; Presiden GeoMatika Univer-sity College Prof. Datuk Dr. Mohaizi Mohamad serta Timbalan Presiden II Prof. Mazrin Rohizaq Che Rose.

    DMDI International Education dan GeoMatika University College jalin kerjasama

    DMDI International Education diwakili Dr. Jamil (dua kanan) meterai MoU bersama GeoMatika University College yang diwakili presidennya Dr. Mohaizi (dua kiri) di Bangunan Kota Cemerlang, baru-baru ini.

    ISMAIL (dua kiri) menyempurnakan perasmian Program Pembersihan Dunia Peringkat Negeri Melaka di Pantai Tanjung Dahan, baru-baru ini.

    KUALA LINGGI - Jangan buang pelitup muka merata-rata tempat. Ia harus dibuang ke dalam tong sampah bagi memastikan ke-bersihan dan kesihatan terpelihara. Perkara itu ditegaskan Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Sulaiman Md Ali kepada rakyat Melaka kerana ia menyebabkan keko-toran dan mempamerkan imej negatif masyarakat. “Tahun ini kita menjangka kemunculan sisa baharu, iaitu sisa pelitup muka akibat pandemik COVID-19 dan bagi membendung masalah ini, kita menggalakkan penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam aktiviti penjagaan kebersihan persekitaran. “Ia penting agar kita dapat berganding bahu memastikan Melaka sentiasa berada dalam keadaan bersih, indah dan sejahtera,” katanya pada perasmian Program Pember-sihan Dunia Peringkat Negeri Melaka di Pan-tai Tanjung Dahan, dekat sini pada 19 September lepas. Teks ucapan beliau dibacakan Penge-rusi Jawatankuasa Perpaduan, Perhubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri yang juga Ahli Dewan Un-dangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi Datuk Wira Ar Ismail Othman. Hadir sama, Pengarah Kewangan yang

    menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Ummi Khal-thum Shuib; Pengarah SWCorp Melaka, Khairuladha Abdul Mutalib; Pengarah Ja-batan Perikanan negeri Mohd Fauzi Salehon dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Mohd Fadhil Hassan. Sulaiman berkata, sistem pengurusan sisa pepejal yang berjaya dan mampan bukan hanya bergantung kepada operasi dan pro-gram yang dilaksanakan, malah sikap anggota komuniti. “Perkara paling utama ialah anggota masyarakat perlu lebih bijak menguruskan sisa yang bermula dari rumah, iaitu mengas-ingkan sisa pepejal dan mengamalkan perkara yang paling asas membuang sampah ke dalam tong sampah. “Pemikiran anggota masyarakat harus berlandaskan keadaan yang bersih dan bebas daripada sampah tetapi masih ada anggota masyarakat yang masih mengamalkan sikap membuang sampah merata-rata seperti tem-pat rekreasi, tempat awam, stesen bas, laluan penjalan kaki dan jalan raya,” katanya. Beliau menegaskan, pengurusan sisa pepejal bukan tanggungjawab kerajaan se-mata-mata, malah ia menuntut kerjasama keseluruhan anggota masyarakat.

    Buang pelitup muka dalam tong sampah

    Din Ahmad

    EDISI 28 SEPTEMBER - 4 OKTOBER 2020 - am_Layout 1 25/9/2020 7:24 PM Page 1

  • 7Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 I 10 Safar 1442H - 16 Safar 1442H

    CSR tingkatkan kesedaran pentingnya kebersihan sungai

    BANDARAYA MELAKA - Seramai 80 kaki-tangan dan pelajar Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MiCoST) termasuk kakitangan Perbadanan Pembangunan Sun-gai dan Pantai Melaka (PPSPM) melaksana-kan kerja-kerja pembersihan di sepanjang persisiran Sungai Melaka Fasa 2, baru-baru ini. Menurut pengarah program Muhd Ariff Osman, tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu dilaksanakan bermat-lamat untuk memberi

    pendedahan kepada para pensyarah, kaki-tangan serta pelajar MiCoST tentang man-faat yang diperolehi dalam melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan. Menerusi program yang diadakan ini juga jelasnya, akan dapat mewujudkan tang-gungjawab sosial di kalangan pensyarah, kakitangan serta pelajar MiCoST di samping mendorong mereka untuk melaksanakan aktiviti berfaedah dalam meningkatkan tahap kebersihan di kawasan persekitaran

    mereka. “Ia juga dapat meningkatkan keseda-ran di kalangan pensyarah, kakitangan dan pelajar mengenai pentingnya penyertaan dalam khidmat masyarakat di samping mewujudkan semangat kerjasama dalam melaksanakan aktiviti CSR. “Program ini juga dilihat mampu menambah keprihatinan serta komitmen di kalangan pensyarah, kakitangan termasuk pelajar MiCoST terhadap kebersihan, kein-

    dahan, keceriaan selain menghargai kemu-dahan yang telah disediakan,” ujarnya. Program turut mendapat kerjasama Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, SWCorp Negeri Melaka dan anak syarikat PPSPM, Sungai Melaka Ventures (SMV). Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MiCoST Akmal Abdul Manap; Ketua Pe-gawai Operasi PPSPM Abdul Wahab Ibra-him dan Pengurus Besar SMV Azmi Khamis.

    Azhar Yusof

    PELAKSANAAN aktiviti membersihkan sungai dapat mendorong orang ramai untuk melakukan aktiviti berfaedah dalam meningkatkan tahap kebersihan di kawasan persekitaran sungai amnya.

    AYER KEROH - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sentiasa bertindak ter-hadap aduan orang ramai berhubung masalah anjing liar terutamanya di kawasan perumahan. Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata, merujuk kepada isu kebanjiran anjing di Taman Paya Rumput Perdana seperti yang disiarkan Melaka Hari Ini, baru-baru ini, pi-haknya sudah mengambil tindakan terhadap aduan berkenaan dengan memasang perangkap anjing di kawasan itu sejak 2019. Katanya, dari tempoh 2019 hingga 2020, perangkap telah dipasang sebanyak 28 kali di lokasi tersebut dan hasilnya 21 ekor anjing liar telah ditangkap. “Pihak jabatan akan mengambil tindakan terhadap setiap aduan yang diterima. Bagi aduan anjing liar di Taman Paya Rumput Per-

    dana, semakan telah dilakukan sebanyak 28 kali pada tahun 2019 sehingga kini. “Sebanyak 21 ekor anjing telah ditangkap di lokasi tersebut bermula Februari 2019 hingga kini,” katanya ketika dihubungi. Bagaimanapun, Zainal memaklumkan, dalam operasi membanteras anjing liar itu difa-hamkan terdapat kejadian di mana orang awam telah bertindak melepaskan anjing yang mema-suki perangkap. “Perangkap telah dipasang di lokasi pada 18 Februari hingga 23 Februari 2019 dan pada 26 November hingga 28 November 2019. Dida-pati anjing yang masuk ke dalam perangkap telah dilepaskan oleh orang awam. “Bagaimanapun, pihak jabatan akan mem-buat semakan semula secara rutin di setiap lokasi aduan bagi menyelesaikan isu yang tim-bul sebaik mungkin,” katanya lagi.

    KERATAN akhbar Melaka Hari Ini mengenai masalah anjing liar di Taman paya Rumput Perdana.

    MBMB tak lepas tangan isu anjing liarMohamad Fazrul Abdul Majid

    AYER KEROH- Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Melaka telah melakukan 246 tangkapan membabitkan penyalahgunaan dan penagihan dadah dalam operasi khas yang diadakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB dan Perintah Kawalan Perg-erakan Pemulihan (PKPP). Pengarah AADK Melaka Nazir Mohamad berkata, daripada jumlah tersebut 215 daripadanya didapati positif dadah dan telah ditahan. Jelasnya, Daerah Melaka Tengah mencatat tangkapan tertinggi dengan 122 tangkapan, diikuti Alor Gajah sebanyak 103 dan Jasin 17 tangkapan yang mana ma-joritinya melibatkan dadah jenis syabu dan heroin. Menurutnya, operasi khas itu dilakukan selepas menerima aduan daripada ahli keluarga berhubung salah laku berkenaan sepanjang tempoh April hingga Jun 2020. Ujarnya, walaupun berdepan risiko COVID-19 sepanjang tempoh berkenaan, namun pihaknya terpaksa bertindak melalui aduan berkenaan untuk mengelakkan berlakunya sebarang keganasan domestik terhadap ahli keluarga pengadu. “Kebanyakannya memang kita tangkap di rumah selepas dihubungi ahli kelu-arga menerusi talian hotline AADK. Kebanyakan ahli keluarga menghubungi kami kerana tidak tahan apabila melihat suami atau anak terlalu asyik menghisap dadah sepanjang berada di rumah. “Jadi, mahu atau tidak mahu, kami terpaksa turun padang kerana kita tidak mahu berlakunya sebarang penderaan fizikal atau seksual berlaku dalam tempoh itu. “Walaupun dalam tempoh penularan pandemik COVID-19, kita ambil risiko dan mewujudkan satu prosedur operasi standard (SOP) untuk menangkap mereka yang terlibat dengan dadah di Melaka sepanjang PKP,” katanya dalam satu wawan-cara khas bersama media di pejabatnya. Nazir berkata, pihaknya bagaimanapun tidak memberi jawapan yang pasti dari mana bekalan dadah itu diperolehi sepanjang tempoh PKP walaupun sempadan an-tara negeri dan negara sudah ditutup. “Kita tidak tahu bagaimana mereka mendapat stok. Adakah melalui proses tem-pahan atau lain-lain. Itu yang masih menjadi persoalan sehingga kini. “Apa pun, kita berharap, sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai penyalahgunaan atau penagihan dadah di kawasan masing-masing untuk menghubungi hotline kami di talian 03-89112424 atau 019-6262233,” ujarnya.

    Melaka rekod 215 individu positif dadah sepanjang PKP

    ANTARA tangkapan yang dilakukan AADK Melaka sepanjang tempoh PKP/PKPB/PKPP. Foto : AADK Melaka

    EDISI 28 SEPTEMBER - 4 OKTOBER 2020 - am_Layout 1 25/9/2020 7:25 PM Page 2

  • Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 l 10 Safar 1442H-16 Safar 1442H8

    MELAKA HARI INI NO.TEL : 06 - 251 9314, 06 - 251 9315 FAX : 06 - 251 9316Pengarang MOHD HAMZATUL AKMAR MD ZAKARIA [email protected]

    Penolong Pengarang AHMAD FUAD RAMDAN [email protected]

    EDITORIAL

    LIANA SAHABUDIN [email protected]

    WARTAWAN MOHD FAIZ ABU HASAN [email protected]

    MOHD FAZRUL ABDUL MAJID [email protected]

    FARAH SUHAIDAH OTHMAN [email protected]

    NURSALIA SALBERI [email protected]

    PEMASARANPengurus MUHAMMAD HAMZI ROSMANI [email protected] 018 - 329 9936

    SITI NAJIHA ABDULLAH [email protected]

    ZUL RAHIMI RAMLI [email protected]

    Jurukamera ISMAIL IBRAHIM [email protected]

    PENOLONG PENGURUS ASHALIA YUSOF [email protected]

    Penyunting Video RABIAH OSMAN [email protected]

    Wartawan Penyiaran MOHAMAD FARIS HAIKAL [email protected]

    MELAKA TV

    DIGITAL Pengurus RAFIE JAMALUDIN [email protected]

    AUFA IZZATI AHMAD ZAILANI [email protected]

    UNIT IT MEDIA SOSIAL

    SHARIFAH NORKHALIDAH SYED KHAIDZIR [email protected]

    GRAFIK HANALIZA JUMINGAN [email protected]

    AMBRAN MOHAMED [email protected]

    MIMIE AZURA ABU BAKAR [email protected]

    Jurufoto Kanan AZREN JAMALUDIN [email protected]

    AMIRUL RAMLI [email protected]

    PEREKA GRAFIK MUHAMAD AIZAT BAHRUDIN [email protected]

    RIM - “Saya tidak men-yangka kami akan memi-liki rumah sendiri, dan saya mengucapkan terima kasih kepada TNB kerana sudi bantu kami,” jelas penerima Projek Mesra Rakyat (PMR) TNB 2020 Peringkat Negeri Melaka, P. Marimah,63, baru-baru ini. Menurut Marimah, sebelum ini dia bersama suami, Vellasamy,83, meng-hadapi liku kehidupan yang sukar kerana bergantung kerja sebagai penoreh getah selain perlu menanggung sewa rumah serta kos ke-hidupan seharian. “Saya dan suami me-mang berhadapan dengan keadaan yang sukar, dita-mbah pula kesihatan saya sendiri tidak mengizinkan, agak membataskan perger-

    akan kerja sebagai penoreh getah. “Namun, saya bersa-ma suami amat bersyukur dan mengucapkan terima kasih tidak terhingga ke-pada TNB kerana me-menuhi impian kami untuk memiliki rumah sendiri,” katanya selepas Majlis Penyerahan Projek Mesra Rakyat (PMR) TNB 2020 Peringkat Negeri Melaka di

    Desa Kesang Utama, Jasin yang disempurnakan sen-diri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh. Hadir sama Timbalan Speaker DUN merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim Datuk Wira Ghazale Muhamad, Ketua Komunikasi Korporat, Jabatan Hal Ehwal Korporat TNB Datuk Baderul Sham

    Saad serta Ketua (Perkhid-matan Pelanggan) TNB Melaka Khairizam Ibrahim. Sementara itu, Ab. Rauf menyifatkan usaha TNB wajar dipuji kerana terus membantu golongan kurang berkemampuan

    dan berharap syarikat ber-kaitan kerajaan (GLC) yang lain dapat mencontohi usa-ha tersebut. “Usaha TNB dalam membantu golongan ku-rang berkemampuan wajar dipuji kerana menerusi

    Projek Mesra Rakyat me-reka ini, telah banyak memberikan kelegaan ke-pada golongan tersebut. “Saya berharap GLC yang lain juga dapat men-contohi usaha TNB ini,” katanya.

    “Terima kasih TNB”

    Din Ahmad TANJUNG BIDARA - Tanaman jagung yang dirosakkan babi hutan dan monyet menyebabkan dua rakan kongsi yang mengusa-hakan tanaman itu terpaksa menanggung kerugian tinggi. Selepas menanggung keru-gian demi kerugian akibat ladang

    jagung dirosakkan haiwan berke-naan, Norazwan Kamaruddin, 31, dan Mohd Saufee Kamarudin, 32, bertekad melengkapkan la-dang seluas dua hektar dengan pagar elektrik bagi mengelak se-rangan haiwan perosak itu. Pagar yang menggunakan tenaga solar itu dipasang di ka-wasan sepanjang 500 meter di

    bahagian ladang yang bersem-padan dengan hutan. Berkat ilmu mengenai te-naga elektrik yang dimilikinya, bekas juruelektrik itu mengeluar-kan kos RM4,000 bagi mendap-atkan kepingan solar, bateri dan gelungan dawai sepanjang 500 meter untuk dipasang di ladan-gnya di Kampung Jeram, Masjid

    Tanah. “Kami tidak sanggup lagi menanggung kerugian akibat tin-dakan babi hutan dan monyet men-cerobohi ladang untuk memakan jagung dan untuk mengatasi-nya, kami terpaksa mengeluar-kan kos bagi mendapatkan pagar elektrik,” katanya ketika ditemui di kebun itu baru-baru ini. Bagi menjimatkan kos, be-liau dan rakan kongsinya mema-sang sendiri pagar berkenaan berbanding mengupah kontrak-tor yang lazimnya mengenakan caj agak tinggi. “Alhamdulillah, sejak me-masang pagar elektrik pada Mei lalu, kebun kami tidak lagi dicer-obohi babi hutan dan monyet berbanding keadaan sebelum itu yang menyebabkan kami ter-paksa menanggung kerugian yang tinggi,” katanya. Norazwan dan Mohd Saufee memulakan projek itu di ka-wasan seluas dua hektar selepas menimba ilmu hanya melalui se-orang pemilik akaun Facebook yang mengusahakan tanaman berkenaan di kawasan seluas 40 hektar di Rembau, Negeri Sembi-lan.

    Beliau berkata, mereka mem-buat pelaburan awal RM10,000 untuk membersihkan hutan, mem-bajak tanah, menabur kapur dan menanam jagung hasil daripada bimbingan pemilik akaun terbabit pada Februari lalu. “Pada mulanya kami me-nanam jagung mutiara di kawasan hanya seluas 0.4 hektar untuk membuat penilaian hasil-nya dan selepas 65 hari kami sudah boleh menuai hasilnya. “Tuaian pertama kami memperoleh 9,000 tongkol (biji) jagung mutiara yang amat dige-mari peniaga jagung rebus ker-ana ia lebih lembut berbanding jenis yang lain,”katanya. Dengan memasarkan jagung mutiara pada harga enam tongkol RM10 kepada pelanggan atas talian dan setongkol RM1 kepada pemborong (belian an-tara 50 hingga 200 tongkol), mereka memperoleh pulangan antara RM7,000 hingga RM8,000 bagi setiap 0.4 hektar. Selepas tujuh bulan men-gusahakan tanaman berkenaan, mereka sudah mampu ter-senyum menikmati hasil tuaian yang amat menggalakkan.

    Labur RM4,000 pasang pagar elektrik

    Saya bersama suami amat bersyukur dan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada TNB kerana memenuhi impian kami untuk memiliki rumah sendiri.

    “AB. Rauf menyampaikan replika kunci kepada P. Marimah (dua kiri) dan Vellasamy (kiri) dalam Majlis Penyerahan PMR TNB 2020 Peringkat Negeri Melaka di Desa Kesang Utama, Jasin, baru-baru ini.

    “NORAZWAN membetulkan wayar pagar elektrik di ladang jagungnya di Kampung Jeram, Masjid Tanah.

    28-4 oktoberr-jot_Layout 1 25/9/2020 10:57 AM Page 7

  • Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 l 10 Safar 1442H-16 Safar 1442H9

    Mohamad Fazrul Abdul Majid AYER KEROH - Penubuhan Univer-siti Melaka (UNIMEL) disasarkan akan terlaksana selewat-lewatnya pada Januari tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa di Jabatan Ketua Menteri (Pendi-dikan, Pengajian Tinggi, Teknikal dan Vokasional Sains dan Ino-vasi) Datuk Noor Effandi Ahmad berkata, setakat ini pihaknya ma-sih dalam proses menyiapkan kertas kerja mengikut kriteria yang ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Menurutnya, majoriti kriteria yang diperlukan sudah dilengkap-kan dan kini hanya tinggal kira-kira empat atau lima kriteria sahaja lagi yang belum dicapai. “Jadi, kita punya sasaran ia-lah menjelang hujung tahun kita

    nak cuba pastikan semua kriteria yang ditetapkan KPT dapat kita capai yang mana sekarang ini pihak kita bersama-sama Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) sedang menyiapkan segala ke-hendak yang diperlukan. “Jadi, doa-doakanlah sele-wat-lewatnya awal Januari 2021 nanti kita dapat buat pengumu-man bahawa UNIMEL ini terlak-sana,” katanya ketika ditemui dalam majlis penyampaian Anu-gerah Perkhidmatan Cemerlang bagi guru-guru Sekolah Rendah Agama JAIM di MITC. Mengulas lanjut mengenai penubuhan UNIMEL, Noor Ef-fandi berkata, pihaknya juga bercadang untuk menawarkan lebih banyak program-program baharu terutamanya di peringkat pasca siswazah, sarjana dan dok-

    tor falsafah (PHD). “Kita cuba nak jadikan UNI-MEL yang baharu ini berada di mana-mana seluruh negeri Me-laka. Sasaran kita untuk men-jadikan Institut Tun Perak (ITP) di Batu Berendam sebagai tem-pat pasca siswazah. “Manakala, Ketua Menteri juga turut mencadangkan agar Akademi Laut Malaysia (ALAM) di Kuala Linggi diwujudkan satu Fakulti Kejuruteraan Marin. Jadi, kita berusaha untuk ke arah itu dan mewujudkan lebih banyak pro-gram-program relevan dengan ke-hendak semasa,” ujarnya lagi. Untuk rekod, UNIMEL ba-kal menjadi universiti penuh per-tama milik Kerajaan Negeri Melaka melalui gabungan dua buah Institut Pengajian Tinggi (IPT) iaitu KUIM dan MiCOST.

    Sasar UNIMEL terlaksana awal 2021

    Faiz Hasan KUALA LINGGI - Beberapa pakar rujuk akademik dari pelbagai univer-siti seluruh negara akan bersama bagi membantu melengkapkan beberapa kriteria yang diperlukan sebelum penubuhan Universiti Melaka (UNIMEL). Timbalan Naib Canselor Pengu-rusan Korporat, Penyelidikan dan In-ovasi Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) Prof. Madya Dr. Afizan Azman berkata sebuah bengkel yang akan mengumpulkan pakar aka-demik akan dilaksanakan bagi me-mastikan pematuhan kriteria dalam menjadikan KUIM sebagai UNIMEL diiktiraf menerusi beberapa perkara yang ditetapkan. “Pada 5 atau 6 Oktober nanti pertemuan ini akan diadakan dengan wakil dari KPT dan kerjasama pakar

    rujuk dari Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Ma-laysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi bersama mem-bincangkan dan membantu segala pematuhan kriteria yang perlu diper-incikan lagi. “Malah pelbagai peringkat per-laksanaan perlu dijalankan dari se-masa ke semasa bagi memastikan segala kertas kerja yang dibentangkan dikemaskini dan dilengkapi melalui beberapa peringkat pentadbiran,” katanya kepada Melaka Hari Ini. Dalam pada itu menurutnya,

    penubuhan UNIMEL merupakan perkara yang wajar dilaksanakan bagi membina sebuah lambang pen-didikan baharu di negeri ini. Ujarnya, penubuhan UNIMEL sekali gus membuka gerbang baharu pendidikan di negeri ini dalam pel-bagai bidang kajian dan penye-lidikan. “KUIM akan memastikan segala kriteria ini dicapai dan berharap perkara ini akan selesai menjelang tahun 2021 seiring dengan hasrat kerajaan negeri dalam penubuhan universiti ini,” katanya.

    Pakar akademik bantu lengkapi kriteria UNIMEL

    NOOR Effandi

    AFIZAN

    KUALA LINGGI - Melaka Hari Ini (MHI) bersama Kolej Universiti Islam Me-laka (KUIM) merangka kerjasama strategik bagi mengeratkan hubungan bersama demi mencapai aspirasi kerajaan negeri. Melalui kunjung hor-mat pengurusan tertinggi MHI ke KUIM baru-baru ini pelbagai perancangan telah diperhalusi mem-babitkan beberapa aspek bagi memperkukuhkan platform kedua pihak. Timbalan Naib Can-selor Pengurusan Korpo-rat, Penyelidikan dan Inovasi KUIM Prof. Madya Dr. Afizan Azman berkata, menerusi sesi perbincan-gan itu pelbagai langkah telah dicadangkan anta-ranya membabitkan aspek promosi dan pendidikan

    akademik antara MHI dan KUIM. Dalam masa sama ka-tanya, platform pendigita-lan MHI menjadikan syarikat tersebut sebagai media utama di Melaka merupakan kaedah terbaik dalam mempromosi pen-didikan dan perkhidmatan yang dirancang kedua pi-hak. “Kita akan teruskan dengan pelbagai cadangan yang dibincangkan terma-suk menjalin hubungan baik bersama MHI dalam bidang akademik dengan penganjuran beberapa bengkel berkaitan industri media ini. “Malah, kita juga akan menjalinkan perjanjian per-sefahaman (MoU) antara kedua belah pihak bagi mengukuhkan jalinan sedia

    ada demi pembangunan dan manfaat bersama pada masa akan datang,” katanya.

    Pada kunjung hormat yang diadakan di Pejabat Pentadbiran KUIM baru-

    baru ini telah dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif MHI Datuk Seri Abdul Jalil

    Hamid dan Ketua Pegawai Operasi MHI Anuar Shaa-ri.

    MHI-KUIM jalin kerjasama strategik

    AFIZAN yang mewakili Naib Canselor KUIM Prof Datuk Dr. Mohd Taib Dora menyampaikan cenderahati kepada Abdul Jalil dalam sesi kunjungan hormat MHI ke KUIM baru-baru ini.

    Penubuhan UNIMEL sekali gus membuka gerbang baharu pendidikan

    di negeri ini dalam pelbagai bidang kajian dan penyelidikan.

    28-4 oktoberr-jot_Layout 1 25/9/2020 5:41 PM Page 10

  • Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 l 10 Safar 1442H-16 Safar 1442H10

    Liana Sahabudin AYER KEROH - “ Sebelum ini sa-ya niaga dengan mak, sejak Pe-rintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya ambil keputusan un-tuk niaga secara atas talian,” kata peniaga Nur Farhanim Kama-rulzaman, 29. Menurutnya, walaupun PKP namun usaha untuk teruskan berniaga tidak pernah putus, malah tetap meneruskan pernia-gaan secara atas talian. “Dari umur 23 hingga seka-

    rang memang saya dah terlibat dalam bidang perniagaan ni, masa PKP saya berniaga ‘online’ kambing perap dan roti canai frozen (sejuk beku). “Alhamdulillah masa PKP sambutan sangat memberang-sangkan, paling tidak dapat ban-tu bayar gaji pekerja-pekerja saya sedia ada,” katanya ketika dite-mui MHI. Nur Farhanim bukan saja sudah lama menceburi bidang perniagaan, malah berbakat da-lam menebar roti canai sejak usia

    15 tahun. “Saya boleh buat roti canai dari Tingkatan tiga lagi, masa tu kesian dekat mak jadi saya ambil peluang untuk bantu pada hari Sabtu dan Ahad. “Pernah juga buka spa masa umur 20 sehingga 22 tahun, le-pas tu saya tak teruskan lagi se-bab berkahwin dan banyak komitmen,” katanya sekarang meneruskan perniagaan sendiri bersama suami. Katanya, turut menerima bantuan Geran Khas Prihatin

    (GKP) RM3,000 bagi menam-pung perbelanjaan peralatan kedai selepas diberi kebenaran untuk berniaga dalam Pelak-sanaan Perintah Kawalan Perger-akan Pemulihan (PKPP). “Alhamdulillah, saya dapat

    juga bantuan GKP, dengan bantuan ini dapatlah saya cover semula un-tuk membeli barang-barang niaga. “Kedai sekarang ini saya dapat masa dalam PKP jadi tak dapat teruskan niaga selain atas talian sahaja,” katanya lagi.

    AYER KEROH - “Tak sang-ka buat replika Menara Taming Sari (MTS) guna bahan kitar semula boleh jadi johan pertandingan,” kata Ariff Anwar 36. Ariff merupakan bapa kepada Batrisyia Rifqah,6, mengambil peluang ber-sama isteri dan anaknya untuk mereka cipta replika MTS kerana ia merupakan ikon yang dibanggakan di Melaka. “Bila Tadika JAIM Merlimau Pasir buat per-tandingan reka cipta tema ‘Kemerdekaan Negaraku’, kami terfikir untuk mem-buat replika MTS kerana kita berada di Melaka. “Jadi saya bawa Ba-trisyia (anak) pergi melihat sendiri MTS supaya dia dapat gambaran sendiri

    dan sebelum ini dia juga pernah naik menara ini,” katanya ketika dihubungi MHI. Ariff berkata, anak bongsu dari tiga beradik ini gemar mengumpul barang kitar semula dan terlintas untuk menggunakan ba-rang itu bagi mereka cipta replika MTS. “Anak saya memang suka barang kitar semula, kita memang dah ada botol-botol dan penutup botol. “Dalam mereka MTS, kita gunakan tin minuman untuk buat tiang, penutup botol pula untuk buat ‘foundation’ (asas) menara dan logo Malaysia Prihatin juga gunakan penutup bo-tol itu,” katanya. Katanya tidak sangka

    dengan menggunakan ba-han kitar semula replika MTS rekaannya bersama Batrisyia layak menjadi johan pertandingan. “Untuk siapkan cuma ambil masa lima hari sebab kekangan waktu saya dan isteri yang bekerja, waktu malam kami ambil peluang untuk siapkannya. “Cabaran nak siapkan replika sudah pasti ada, namun kami rasa seronok dapat siapkannya sekali gus menyemarakkan se-mangat patriotik,” katanya. Sementara itu Guru Besar Tadika JAIM Merli-mau Pasir Rohaya Bakar berkata, pertandingan itu bermula 20 Ogos sehingga 15 September lalu melibatkan seramai 18 penyertaan. “Keputusan pertan-

    dingan kita umumkan baru-baru ini (17 Septem-ber), kali ini ada kelainan sedikit, peserta perlu siap-

    kan replika di rumah ker-ana musim COVID-19. “Penyertaan kali ini melibatkan murid-murid

    berumur enam tahun, kita akan teruskan aktiviti se-perti ini pada setiap ta-hun,” katanya.

    Adik Batrisyia johan reka cipta replika MTS

    Alhamdulillah masa PKP sambutan sangat memberangsangkan, paling tidak dapat bantu bayar gaji pekerja-pekerja saya sedia ada.“

    NUR Farhanim mempunyai bakat membuat roti canai.

    BATRISYIA merangkul johan bagi Pertandingan Reka Cipta Bersama Ibu Bapa bertemakan Kemerdekaan Negaraku.

    ROTI canai antara menu disediakan di gerai Nur Farhanim.

    PKP bukan alasan tidak jana pendapatan “

    28-4 oktoberr-jot_Layout 1 25/9/2020 10:58 AM Page 9

  • Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, nescaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. Surah Ali Imran Ayat 145

    EDISI 28 SEPTEMBER 2020 - 4 OKTOBER 2020

    MIMBAR MAIMEDISI KHAS

    Kukuhkan akidah saudara baru muslimMELAKA TENGAH - Pemurnian ibadat antara wadah penyampaian yang dilihat cukup berkesan untuk membina sahsiah terpuji termasuk dalam kalangan saudara baru atau mualaf. Penggunaan bahasa seperti Mandarin, Kantonis dan Hokkien serta bahasa Inggeris mahupun

    Tamil, ia alternatif terbaik bagi melancarkan komunikasi untuk menyampaikan ilmu. Kes murtad merupakan gejala yang sangat membimbangkan da-lam kalangan mualaf dan masya-rakat Islam kerana kekurangan ilmu agama khususnya dalam bab akidah serta solat. Pemantapan kursus dan kelas fardhu ain turut memberi pende-dahan termasuk latihan secara teo-

    ri dan praktikal berkenaan akidah serta solat kepada peserta selain amalan kehidupan Islam seharian. Program yang sering diadakan merupakan salah satu inisiatif untuk melahirkan saudara Muslim bertakwa selain memperkukuhkan atau memantapkan lagi minat pe-serta dalam menuntut ilmu agama. Apabila menerima Islam, den-gan secara tidak langsung mereka adalah saudara kita walaupun ber- lainan bangsa dan menjadi keuta-

    maan kepada individu muslim lain untuk membimbing mereka men-jadi insan yang kekal utuh dengan akidah Islam. Sebagai saudara Muslim, kita perlu menjadikan golongan yang mempraktikkan agama Islam tidak kira Melayu atau Cina sekali pun sebagai suri teladan (role model). Usaha dakwah itu penting bagi melahirkan saudara muslim yang berilmu dan berakhlak mulia yang mampu menjadi pemangkin ke-pada keluarga mereka. Dengan penekanan dan pen-dirian yang luhur akan menjadikan saudara muslim itu lebih berke-trampilan dan bertanggungjawab khususnya terhadap agama, kelu-arga mahupun masyarakat. Saudara Muslim perlu me-ngikuti kelas pengajian harian yang dianjurkan sama ada oleh Majlis

    Agama Islam Melaka (MAIM) ataupun Pertubuhan Bukan Kera-jaan (NGO) Islam secara percuma supaya mereka dapat mendalami pelajaran agama Islam yang dik-endalikan guru bertauliah. Malah peserta digalakkan mengikuti setiap kursus yang dian-jurkan bagi mempertingkatkan ilmu agama Islam seperti kursus kefahaman Islam, kelas fardu ain, kelas al-Quran dan khemah ibadat kerana segelintir saudara Muslim kurang pendedahan dalam Islam meskipun sudah beberapa tahun memeluk Islam. Pada masa sama, peserta turut dibahagikan kepada lima pemu-dah cara melalui perhimpunan berbentuk ilmu fardu ain dan ba-caan dalam solat bagi mening-katkan lagi kefahaman Islam serta mengaplikasikan pelajaran secara amali.

    Erwin Abu Hasan [email protected]

    KURSUS sahsiah muslim menjadi pilihan saudara muslim dalam usaha meningkatkan ilmu ukhrawi.

    Usaha dakwah itu penting bagi melahirkan saudara muslim

    yang berilmu dan berakhlak mulia yang mampu menjadi pemangkin kepada keluarga

    mereka.

    “ “

    sec1-mimie(28sep-4oct2020)NEW_Layout 1 25/9/2020 5:46 PM Page 6

  • Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 I 10 Safar 1442H - 16 Safar 1442H12 Erwin Abu Hasan

    [email protected]

    PERTEMUAN mesra Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka (ZM) Datuk Ibrahim Fadzil bersama Pengurus Cawangan Bank Al-Rajhi Melaka Mohd Zikhuan Miyan telah berlangsung di ibu pejabat ZM baru-baru ini. Perbincangan prihatin kepada beberapa produk daripada bank berkenaan serta perancangan strategi kutipan zakat di negeri ini.

    Tinjauan wakaf sekitar Negeri Melaka

    UNIT Wakaf MAIM, diketuai Nasri Bucik mengadakan perbincangan berkaitan tanah wakaf bersama ahli jawatankuasa Masjid Al-Aman kariah Kelemak. SESI temu mesra bersama jawatankuasa Masjid Parit Penghulu Daerah Jasin.

    MENINJAU beberapa tanah wakaf di sekitar kariah Masjid Kuala Ina Daerah Alor Gajah.

    sec1-mimie(28sep-4oct2020)NEW_Layout 1 25/9/2020 5:46 PM Page 7

  • Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 I 10 Safar 1442H - 16 Safar 1442H13

    SETIAP manusia di dunia ini tidak mahu ke-hidupan yang disia-siakan atau menang-gung kerugian dalam pelbagai urusan hidupnya. Matlamat yang paling utama adalah mencapai kejayaan dan keuntungan di dunia, malah tidak mahu terjerumus ke lembah kerugian dalam kehidupan selepas di dunia iaitu akhirat kelak.Sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah Al-Ashr ayat 1-3: Yang bermaksud: “Demi masa. Se-sungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya untuk kesabaran.” Sebagai umat Islam yang mengakui beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT kita hendaklah menyakini bahawa kehidu-pan di dunia ini adalah sementara dan ke-hidupan di akhirat adalah kekal abadi. Oleh itu, perlulah memperbanyakkan amal ke-baikan dengan berbuat baik antara satu sa-ma lain iaitu menjaga hubungan baik sesama manusia. Antaranya membantu dan menolong mereka yang mengalami kesu-litan hidup sama ada membantu dari segi kewangan, pendidikan, perubatan, dan sebagainya. Justeru ini, agama Islam amat me-nuntut umatnya melakukan ibadah zakat demi membantu asnaf yang memerlukan. Islam menjadikan golongan kaya sebagai go-longan yang bertanggungjawab atau ber-peranan terhadap kekurangan yang dimiliki oleh golongan miskin melalui pemberian zakat, sedekah, infak, wakaf dan sebagainya. Jika tidak melaksanakan yang sedemikian itu, maka orang kaya itu tidak akan men-dapat nikmat keberkatan hidup di dunia mahupun di akhirat kelak. Ketika orang kaya memberikan bantuan kepada orang miskin, mereka seharusnya mengetahui bahawa di dalam harta mereka ada hak orang miskin. Sepertimana firman Allah SWT di dalam Surah Al-Ma’arij, ayat 24-25: Yang bermaksud: “Dan orang-orang

    yang dalam hartanya tersedia bahagian tertentu. Bagi orang miskin yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa yang tidak mahu meminta.” Oleh kerana itulah melunaskan zakat boleh dianggap sebagai pembersihan harta kepada orang yang berkemampuan. Seba-gaimana golongan muzzaki (pemberi zakat) menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, sehingga dapat meng-hindarkan diri daripada sifat tamak dan ke-dekut terhadap pemilikan hartanya. Mana kala golongan mustahik (penerima zakat) mendoakan kesejahteraan dan keberkatan kepada pemberi zakat seterusnya menjauhi daripada sifat dengki dan rasa cemburu ke-pada golongan yang berharta. Sebagaimana dalam firman Allah SWT di dalam Surah Ali-Imran, ayat 180: Yang bermaksud: “Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah SWT kepada mereka dari kurniaan-Nya, me-nyangka bahawa kebakhilannya itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di Hari Kiamat. Dan kepunyaan Allah SWT segala warisan yang ada di langit dan di bumi. Dan Allah SWT mengetahui apa yang kamu kerjakan.” Selain daripada itu, golongan yang eng-gan melunaskan zakat tetapi masih tetap mengakui tentang kewajipan berzakat, maka golongan berkenaan dikira berdosa atas tindakannya itu. Oleh sebab itulah peme-rintah berhak memerangi mereka sehingga mereka melunaskan kewajipan zakat tersebut dan wajib mengambil zakatnya ser-ta dikenakan hukuman takzir (pengajaran) kepada mereka, sepertimana telah dilak-sanakan di zaman kegemilangan Islam di bawah pemerintahan Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz. Sebenarnya zakat yang kita lunaskan adalah merupakan taruhan dan jaminan kepada kita demi mendapatkan keberkatan abadi daripada Allah SWT Sebagaimana janji-Nya di dalam Al-Quran. Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-A’raaf, ayat 96: Yang bermaksud: “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan ber-takwa, pastilah kami limpahkan kepada mereka keberkatan daripada langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, maka kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.”

    Punca utama yang menyebabkan terda-patnya individu yang tidak mahu melu-naskan zakat harta ini adalah akibat terlalai dengan kemewahan yang dikecapi oleh mereka. Sebagaimana dalam firman Allah SWT di dalam Surah Al-Munafiqun ayat 9: Yang bermaksud: “Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah SWT. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” Sesungguhnya dalam Al-Quran telah banyak memberi peringatan kepada orang yang enggan melunaskan zakat. Oleh itu, orang yang mengabaikan kewajipan melu-nas zakat sedangkan mereka mampu dan telah memenuhi syarat-syarat wajib ber-

    zakat, maka seseorang itu telah melakukan dosa besar dan dijanjikan dengan balasan seksaan yang amat pedih lagi menyakitkan. Oleh yang demikian, sesiapa yang mensia-siakan ibadah ini, mereka tidak akan memperolehi ganjaran pahala dan jaminan syurga di akhirat kelak. Secara kesimpulannya, masyarakat Is-lam diseru agar bersegera menunaikan ke-wajipan Zakat Harta antaranya Zakat Pendapatan, Wang Simpanan, KWSP/ LTAT, Emas & Perak, Perniagaan, Saham, Pertanian, Penternakan & Galian yang perlu dizakatkan jika telah mencukupi syarat-syarat wajib zakat. Semoga Allah SWT membalas sebaik-baik balasan apa yang diberikan dan melimpah segala berkat ke atas apa yang ditinggalkan. InsyaAllah.

    Jaminan akhirat yang tidak merugikan

    KETUA Pegawai Eksekutif Zakat Melaka (ZM) Datuk Ibrahim Fadzil menyampaikan plak dan sijil penghargaan kepada delegasi Agro Bank Berhad yang diketuai Md Yassin A. Hamid di atas kejayaan menerima Anugerah Zakat Melaka Tahun 2019 bagi Kategori Peratusan Kutipan Tertinggi Ejen Bank.

    Sebarang Pertanyaan Mengenai Zakat Sila Hubungi Di Talian : Ibu Pejabat, Tel : 06-2812443 / 2441 / 2442 Faks : 06-2818154

    - Cawangan Alor Gajah, Tel : 06-5562340 - Cawangan Masjid Tanah, Tel : 06-3845453

    - Cawangan Jasin, Tel : 06-5294635 - Cawangan Merlimau, Tel : 06-2633148

    - Cawangan Pulau Sebang, Tel : 06-4413358 - Cawangan Utc Melaka, Tel : 06-2831440

    Talian Zakat : 1-300-88-0233 WhatsApp : Info Pertanyaan Zakat – (011-58583885) Aduan Asnaf Zakat – (011-58583900) Laman Web : www.izakat.com

    Datuk Hj. Ibrahim Bin Fadzil

    Ketua Pegawai Eksekutif, Zakat Melaka, Majlis Agama Islam Melaka.

    sec1-mimie(28sep-4oct2020)NEW_Layout 1 25/9/2020 5:47 PM Page 8

  • Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 I 10 Safar 1442H - 16 Safar 1442H14

    Dalami pemahaman dan pengamalan ilmu al-QuranAYER KEROH - Pemantapan ilmu berkaitan al-Quran menjadi keuta-maan kepada semua individu yang terlibat khususnya kepada mereka yang menyampaikan dakwah di sekitar negeri ini. Pemegang tauliah al-Quran di negeri ini merupakan individu

    yang bertanggungjawab menyam-paikan ilmu dengan penuh keter- tiban bagi memastikan ia dapat di-manfaat dengan sebaiknya oleh masyarakat Islam. Pemahaman tentang maksud dan tafsiran al-Quran yang sahih merupakan penekanan utama pe-megang tauliah al-Quran dalam menyampaikan dakwah mereka bagi mengelakkan kekeliruan da-

    lam kalangan masyarakat Islam. Maqasid al-Quran perlu di- sampaikan dan diterjemah melalui kaedah yang lebih mudah bagi memberi pemahaman mendalam kepada orang ramai berikutan ma-sih ramai dalam kalangan ma-syarakat Islam tidak memahami isi kandung kitab suci berkenaan. Pembacaan sahaja tidak men-cukupi dan masyarakat islam perlu

    mengamalkan segala butiran ilmu yang terdapat dalam kitab suci al-Quran supaya menjadi satu ama-lan rutin yang mampu membentuk peribadi mulia. Terkini, Jabatan Mufti Negeri Melaka (JMNM) telah mengambil inisiatif tambahan dengan men-gadakan Seminar Pemantapan Ilmu Pemegang Tauliah Al-Quran Peringkat Negeri Melaka baru-baru ini. Seminar yang dihadiri seramai 100 orang pemegang tauliah al-Quran di negeri ini memberi tum-puan kepada kaedah penyampaian dakwah dan ceramah berlan-daskan prinsip tafsiran al-Quran

    yang tepat. Adalah menjadi keutamaan kepada peserta seminar memas-tikan setiap penyampaian yang diberi haruslah dimanfaatkan se-baiknya dan menjadi amalan harian dalam usaha membentuk ummah madani yang harmoni. Seminar berkenaan meru-pakan antara program tahunan yang dianjurkan oleh JMNM bagi memberi peluang dan ruang kepada pemegang tauliah men-dalami ilmu berkenaan al-Quran. Majlis perasmian penutup seminar berkenaan telah diras-mikan oleh Mufti Negeri Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

    Erwin Abu Hasan [email protected]

    SEBAHAGIAN peserta hadir pada program berkenaan.

    PENCERAMAH jemputan menyampaikan ceramah peri pentingnya pemahaman al-Quran.

    SETIAUSAHA MAIM, Muhammad Ikram Ibrahim menerima kehadiran delegasi Bank Islam Malaysia Berhad diketuai Ketua Pegawai Kewangan, Azizan Abdul Aziz baru-baru ini. Kunjung hormat berkenaan membincangkan berkaitan kerjasama Program Pembiayaan Mikro i-Tekad dan pembiayaan Peribadi i-Asnaf bagi kemudahan asnaf MAIM di negeri ini.

    sec1-mimie(28sep-4oct2020)NEW_Layout 1 25/9/2020 5:45 PM Page 5

  • 15Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 I 10 Safar 1442H - 16 Safar 1442H

    TIDUR di dalam kereta boleh menjadi pengalaman yang cukup selesa umpama tidur di Hotel 5 bintang, dengan peng-hawa dingin yang menghembus udara sejuk dan suasana yang senyap men-jadikannya pilihan yang optimum. Namun sejauh mana selamatnya tidur dalam kenderaan ? Kadang-kadang kita melakukan perkara yang baik bagi mengatasi masalah men-gantuk ketika memandu dengan berhenti berehat yang secara tidak langsung mem-bantu mengurangkan statistik kemalangan. Bagaimanapun, aktiviti ini boleh membawa maut sekiranya kita tidak peka mengenai bahayanya tidur dalam kenderaan yang tertutup dengan enjin masih dihidupkan. Tambahan pula, ramai kalangan kita mengamalkan tabiat menunggu dalam kenderaan dengan enjin dan penghawa dingin dihidupkan untuk jangka masa yang lama. Kebanyakan negara maju telah menetapkan kesalahan yang boleh dike-nakan kompoun kepada sesiapa yang menunggu dalam kenderaan. Ini dise-babkan kesannya yang bukan sahaja membahayakan nyawa manusia tetapi dengan pelepasan gas pencemar juga akan memudaratkan alam sekitar. FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEMATIAN Faktor terpenting yang boleh menyebabkan kematian semasa tidur dalam kereta adalah karbon monoksida (CO) iaitu komponen utama dalam asap ekzos kereta. Lebih-lebih lagi kenderaan yang ‘“berusia” apabila sistem mekanikal kereta tidak sesuai dengan standard yang ditetapkan berkemungkinan boleh berlaku kebocoran ekzos. Jika jumlah besar CO terkumpul dalam ruang kenderaan anda, risiko maut menanti tanpa disedari kerana anda sedang bernafas dalam racun yang tidak berbau dan berwarna.

    Selain itu, peningkatan karbon mo-noksida juga boleh berlaku disebabkan penghawa dingin yang tidak dapat berfungsi dengan baik yang boleh jadi penyebab kematian semasa tidur. Jadi bagaimana gas CO membunuh anda?. Ini berlaku apabila ia akan men-gurangkan kemampuan darah untuk membawa oksigen ke sel-sel dalam ba-dan anda termasuk otak dan akan men-gakibatkan kekurangan oksigen dalam otak seterusnya membawa maut. Apabila tahap CO meningkat dan kekal lebih 70 ppm (kepekatan dalam 1 molekul CO dalam sejuta-ppm), seseo-rang itu boleh mengalami sakit kepala, keletihan dan loya. Pada kepekatan CO yang berterusan lebih 150 hingga 200 ppm pula akan men-gakibatkan seseorang itu tidak sedarkan diri yang boleh membawa kematian. Sebenarnya, walaupun dalam keada-an kereta dengan sistem penghawa dingin yang berfungsi dengan baik, peredaran udara di ruang kenderaan tetap tidak men-cukupi bagi seseorang yang menghirup udara di tempat tertutup. Negara kita yang beriklim panas dan lembap sepanjang tahun menjadi lumrah kepada kita memasang penghawa dingin walaupun menunggu dalam kenderaan bagi jangka masa yang singkat. Demi keselamatan elak menunggu dalam kenderaan lebih-lebih bersama anak kecil yang bukan sahaja memba-hayakan nyawa kita malah orang yang tersayang. Langkah terbaik, elakkan tidur dalam kereta. Namun jika dalam keadaan mendesak yang memerlukan tidur dalam kenderaan, pastikan enjin kenderaan di-matikan dan tingkap dibuka seluas-luas-nya serta carilah tempat yang sesuai untuk berehat. KESAN KARBON MONOKSIDA Langkah tambahan mengatasi

    masalah ini adalah dengan adanya sistem amaran awal gas CO dengan menggu-nakan sensor kecil. Walaupun mengekalkan sistem ekzos dan pelepasan akan mencegah ker-acunan karbon monoksida dan menge-lakkan situasi berbahaya namun jika ditambah dengan alat pengesan karbon monoksida akan dapat memberikan amaran awal kepada kita. Memandangkan banyak kes maut di Malaysia akibat pencemaran gas CO ini, teknologi perlu dibangunkan bagi men-gatasi masalah ini. Sebilangan besar pengesan atau sen-sor, sensor karbon monoksida direka untuk kegunaan rumah atau pejabat, tetapi kita boleh menggunakan teknologi sensor yang sama dalam kereta atau kenderaan lain. Saya sendiri bersama Prof Madya Dr. Sawal Hamid Md Ali dari Jabatan Ke-juruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Alam Bina, UKM sedang memban-gunkan sistem mikro sensor yang boleh mengatasi masalah kebocoran gas CO dalam kenderaan. Baru-baru ini, kumpulan kami berjaya mendapat geran protaip (Ke-menterian Pendidikan Tinggi) dan geran CREST dalam teknologi sensor ini. Diharapkan teknologi tempatan ini dapat diaplikasikan demi keselamatan masyarakat pada masa hadapan terma-suk ingin bekerjasama dengan industri automotif tempatan dan industri perki-langan. Pada era teknologi sensor berlan-daskan IOT dapat menyampaikan info kualiti udara kepada pengguna melalui telefon pintar seterusnya memberi ama-ran awal sekiranya gas dikesan dalam kepekatan yang tinggi.- BERNAMA Penulis merupakan Pensyarah Kanan dan Penyelidik Pusat Sains Bumi & Alam Sekitar, Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsa-an Malaysia.

    Bolehkah anda tidur dalam kereta?KEJADIAN menggemparkan negara baru-baru ini melibatkan kebocoran gas karbon monoksida sewaktu pemandu dan penumpang sedang tidur dalam kereta. Foto Sumber Sinar Harian

    KARBON monoksida yang merupakan komponen utama dalam asap ekzos kenderaan penyebab kematian semasa tidur dalam kereta. Foto internet

    Jika jumlah besar CO terkumpul dalam ruang kenderaan anda, risiko maut menanti tanpa disedari kerana anda sedang bernafas dalam racun yang tidak berbau dan berwarna.

    Pada era teknologi sensor berlandaskan IOT dapat menyampaikan

    info kualiti udara kepada pengguna melalui

    telefon pintar seterusnya memberi amaran awal

    sekiranya gas dikesan dalam kepekatan

    yang tinggi

    PROF Madya Dr. Mohd Shahrul Mohd Nadzir

    EDISI 28 SEPTEMBER - 4 OKTOBER 2020 - am_Layout 1 25/9/2020 7:26 PM Page 6

  • Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 l 10 Safar 1442H-16 Safar 1442H16

    Din Ahmad TABOH NANING - “Se-tiap kali hujan lebat di hulu sungai, pondok kami akan dinaiki air tetapi se-tiap kali itu juga, ada pihak yang membantu ka-mi menyelamatkan diri. “Kami sudah biasa dengan banjir sejak ting-gal di pondok ini kira-kira 10 tahun lalu dan ber-harap diberikan rumah bantuan kerajaan,” kata Sabtu Yusoh, 80. Warga emas itu ber-kata, beliau dan isteri, Se-mah Mansor, 78, sekali lagi terpaksa berpindah ke pusat penempatan semen-tara (PPS) Balai Raya Kampung Cherana Puteh, Simpang Ampat, di sini selepas air naik kira-kira jam 8 malam tadi pada Isnin (21 September). Katanya, hujan lebat mulai jam 5.30 petang baru-baru ini menyebab-

    kan sungai yang hanya kira-kira 1.5 meter dari pondok-nya melimpah dan naik di kaki tangga pondok. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih ke-pada beberapa pemimpin kampung itu kerana membantu mengangkat barangan keperluan dan menyediakan pengangku-tan untuk memindahkan-nya dan isteri. “Alhamdulillah, pe-mimpin kampung ini tidak pernah lupa untuk membantu kami setiap kali hujan lebat kerana dia tahu pasti pondok kami dinaiki air setiap kali hu-jan lebat,” katanya ketika ditemui di kampung ber-kenaan. Bekas pekerja estet getah itu berkata, selain dia dan isteri, turut tinggal di kawasan berhampiran sungai itu ialah anak bongsunya, Hamdan yang berusia sekitar 40-an, is-

    teri dan enam anak mereka yang menghuni rumah bersebelahan den-

    gan rumahnya. Katanya, dia sudah mengemukakan permo-

    honan untuk mendapat-kan bantuan membina rumah di kawasan agak

    jauh dari kediaman sedia ada dan amat berharap ia segera diluluskan.

    ‘Banjir sudah sebati dengan kami’

    TABOH NANING - Hujan lebat baru-baru ini mengakibatkan tebing sungai runtuh dan men-gancam keselamatan tujuh se-keluarga di Kampung Sungai Buloh, di sini. Mereka diancam bahaya tanah runtuh yang hanya kira-

    kira satu meter dari kediaman mereka selepas tebing sungai set-inggi kira-kira enam meter menggelongsor kira-kira jam 6.15 petang. Hujan lebat mulai jam 5.30 petang pada Isnin (21 Septem-ber) menyebabkan tebing berke-

    naan melorot dalam tempoh kira-kira 15 minit, sekali gus mengancam kediaman Hairud-din Bakar, 47 dan isteri, Normah Abu Bakar, 40, serta lima anak berusia antara 10 hingga 19 tahun. Hairuddin berkata, ketika

    kejadian, beliau tiada di rumah kerana membeli barang di pekan Simpang Ampat, di sini dan terkejut apabila isterinya meng-hubunginya untuk memaklum-kan mengenai kejadian pada jam 6.15 petang. “Saya segera pulang dan terkejut apabila mendapati te-bing setinggi kira-kira enam me-ter bersebelahan dapur sudah runtuh. “Saya segera membawa is-teri dan anak keluar dari rumah dan berpindah ke rumah ibu saya kira-kira satu kilometer dari sini,” katanya ketika ditemui di kediamannya. Berikutan itu, mereka di-nasihatkan Jurutera Daerah (JD) Jabatan Kerja Raya (JKR) Alor Gajah Hafrin Salleh supaya men-gosongkan kediaman berkenaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. Normah berkata, beliau ter-dengar lantai kaki lima dapur pecah pada jam 6.15 petang se-belum menggelongsor sedikit demi sedikit ke dalam sungai. “Saya amat takut melihat tanah menggelongsor perlahan-lahan dan segera menghubungi suami, selain membawa lima anak untuk berlindung di anjung rumah.

    “Kami merasakan dapur rumah boleh runtuh bila-bila masa tetapi alhamdulillah, Allah menyelamatkan kami daripada bahaya dan runtuhan tanah ter-henti pada jarak kira-kira satu meter dari dapur,” katanya. Sehubungan itu, malam tadi mereka menumpang tidur di kediaman ibu mentuanya yang kosong berikutan kedua-dua ibu bapa mentuanya sudah meninggal dunia beberapa ta-hun lalu. Sementara itu, Hafrin ketika dihubungi berkata, jurutera JKR sudah meninjau lokasi kejadian dan mencadangkan kerja pem-baikan tebing sungai dijalankan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). “Bangunan kediaman itu masih dalam keadaan baik tetapi lantai dapurnya sudah terlalu hampir dengan runtuhan dan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, ia harus dikosongkan,” katanya. Turut meninjau lokasi keja-dian ialah Pengerusi Jawatan-kuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Ke-bajikan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning Datuk Latipah Omar.

    Tebing runtuh ancam keselamatan Hairuddin

    SABTU merenung sungai yang sering melimpah setiap kali hujan lebat berhampiran pondoknya di Kampung Cherana Puteh.

    Kami merasakan dapur rumah boleh runtuh bila-bila masa tetapi alhamdulillah, Allah menyelamatkan kami daripada bahaya dan runtuhan tanah terhenti pada jarak kira-kira satu meter dari dapur.

    “ “

    HAIRUDDIN (dua kiri) dan Latipah (empat kiri) meninjau tebing runtuh berhampiran kediaman Hairuddin di Kampung Sungai Buloh, Alor Gajah.

    28-4 oktoberr-jot_Layout 1 25/9/2020 10:57 AM Page 5

  • 17Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 l 10 Safar 1442H-16 Safar 1442H

    28-4 oktoberr-jot_Layout 1 25/9/2020 5:25 PM Page 6

  • 18Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 I 10 Safar 1442H - 16 Safar 1442H

    CAWANGAN PENGUATKUASA FARMASI MELAKA 06-2356999

    sec1-mimie(28sep-4oct2020)NEW_Layout 1 25/9/2020 7:46 PM Page 3

  • 19Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 I 10 Safar 1442H - 16 Safar 1442H

    SIAPA sangka keringat diusia senja mam-pu menyaingi kudrat golongan muda apa-bila dua sahabat nekad memulakan ka- yuhan pertama merentasi enam negeri berdekatan Banjaran Titiwangsa. Kembara 23 hari dengan kayuhan bermula dari negeri ini semata-mata bagi menyampaikan mesej kemerdekaan meru-pakan perkara luar biasa yang dilakukan oleh golongan seusia Md. Nasir Ahmad, 61 dan sahabatnya Ishak Mohamad,63. Menurut Md. Nasir yang menetap di Pengkalan, Alor Gajah berkata, kayuhan Kembara Merdeka 2020 yang dijalankan bermula 25 Ogos hingga 16 September lalu merupakan lakaran sejarah paling ber-harga baginya yang telah berjaya merentasi ‘tulang belakang’ Malaysia dengan ka-yuhan sepanjang 1,200km. Perjalanan yang ditempuh ribuan kilometer itu telah bermula di Alor Gajah dan meneruskan kayuhan ke Bahau, Negeri Sembilan dan seterusnya ke Pa-hang, Kelantan, Terengganu dan Johor. Ujarnya yang merupakan pesara ten-tera itu, kayuhan berkenaan sekali gus telah melunaskan hasratnya apabila be-

    razam mahu mengelilingi negara dengan kayuhan berbasikal sejak umur belasan tahun dahulu. Jelasnya, biarpun kayuhan itu tidak mendatangkan keuntunganm tetapi ba-ginya cukuplah semangat kemerdekaan dapat disemarakkan dalam setiap lapisan masyarakat. “Saya lihat generasi hari ini hanya me-ngenali merdeka di bibir mereka namun semangat dan erti merdeka itu sendiri tidak difahami sehingga membuatkan mereka hanyut dan lari dari prinsip kemerdekaan. “Jadi, inilah masanya saya bersama Ishak yang sentiasa menyokong saya me-mutuskan kata nekad bagi memulakan perjalanan ini biarpun tanpa sokongan dan perhatian semua pihak bagi menyam-paikan mesej kemerdekaan kepada ma-syarakat khususnya golongan muda. “Alhamdulillah setiap perjalanan saya dilindungi Allah dan tiada halangan berat menanti kami sepanjang kembara ini, malah setiap masyarakat seluruh negeri menyambut kami dengan penuh sokongan biarpun tanpa acara atau majlis rasmi untuk menyambut kami. “Apa yang membuatkan kami terharu bahawa masyarakat di negara ini masih

    mengamalkan prinsip hormat-menghor-mati dan menyanjungi tetamu, biarpun tidak dikenali. “Sehinggakan ada anak muda di satu perkampungan itu sanggup mengumpul-kan wang dari orang ramai demi hasratnya untuk membelikan kami makanan sebagai sambutan kepada tetamu yang datang, ”katanya. Apabila ditanya dengan cabaran yang dihadapi, Md. Nasir berkata, mereka turut berdepan cabaran ribut petir tanpa henti selama dua jam di sebuah pedalaman dan hanya berteduh di bawah pohon getah walaupun ketika itu kawasan tersebut telah mula digenangi air. “Selain itu, kami juga turut didatangi sekumpulan lebah namun tidak meng-ganggu kami pada kembara tersebut malah pernah juga berdepan situasi kesukaran apabila melalui di lokasi kawasan berbukit dan tidak rata. “Kami tidak menghiraukan apa yang dikatakan masyarakat mengaitkan dengan usia telah senja ini namun kita perlu yakin dengan diri sendiri agar semangat yang ingin dihasratkan itu tercapai. “Sebagai generasi yang dilahirkan se-lepas merdeka kita seharusnya menghargai

    pejuang-pejuang negara dalam menuntut kemerdekaan itu, biar kita tidak sempat menabur budi sekurang-kurangnya jadilah manusia berbudi,” katanya. Md Nasir dan Ishak Mohamad tekad meneruskan hasrat mereka bagi melak-sanakan kembara seterusnya pada masa akan datang dengan merancang untuk mengenali negeri di Kepulauan Borneo. Malah pelbagai kembara lain telah di-laksanakannya sejak beberapa tahun lalu termasuk kembara motosikal pada 2018, kembara kereta pada 2019 selain mendaki beberapa pergunungan termasuk Gunung Daik di Indonesia.

    Usia senja bukan penghalang sampaikan mesej kemerdekaan

    Kayuhan dua sahabat rentasi Banjaran Titiwangsa

    Apa yang membuatkan kami

    terharu bahawa masyarakat

    di negara ini masih mengamalkan prinsip hormat-menghormati

    dan menyanjungi tetamu, biarpun tidak

    dikenali.

    “Faiz Hasan

    sec1-mimie(28sep-4oct2020)NEW_Layout 1 25/9/2020 6:26 PM Page 4

  • 20Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 I 10 Safar 1442H - 16 Safar 1442H

    DURIAN TUNGGAL - Kumpulan penyelidik yang juga pensyarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mencipta kejayaan besar menerusi pengikti-

    rafan merangkul 7 pingat emas, 7 pingat perak dan 1 pingat gangsa dalam Ekspo Maya Rekacipta dan Pam-eran Penyelidikan (EREKA 2020). EREKA 2020 meru-pakan anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang berlangsung baru-baru ini, diadakan secara maya, selari norma baharu di musim pandemik COVID-19 ini. Naib Canselor UTeM Prof Datuk Dr Raha Abdul Rahim berkata, UTeM memperoleh pingat untuk semua penyertaan iaitu se-banyak 15 produk yang dipertandingkan, sekali

    gus satu pencapaian mem-banggakan seluruh warga universiti tersebut. Katanya, UTeM mene-tapkan penyertaan bagi penyelidikan yang berkualiti dan memberi fokus kepada kumpulan produk inovasi yang memberikan impak kepada masyarakat serta ko-muniti dunia selaras dengan konsep Technology at Uni-versity Advancing Industry and Community (TUNAI). “Konsep penyertaan UTeM juga mengeten-gahkan produk yang dapat melonjakkan keu-payaan penyelidikan be-rimpak tinggi selaras dengan aspirasi nasional,”

    katanya kepada Melaka Hari Ini. Pada EREKA 2020, tujuh pingat emas yang di-menangi UTeM diperoleh menerusi produk 3-Di-mensional 4h-Sic Mosfet (Finfet) yang diketuai oleh Dr. Muhammad Idzdihar Idris, Fishing Bait Laun-cher diketuai Mohd Noor Asril Saadun dan Hybrid Vertically Take-Off and Landing Unmanned Aerial Vehicle (Hybrid VTOL UAV) diketuai oleh Dr. Juf-frizal Karjanto. Empat lagi produk adalah Lock: Advanced Vacuum Clamping System With Enhanced Safety Fea-

    tures diketuai Dr. Nor-fariza Ab Wahab, Motorcy-cle-To-Motorcycle Towing diketuai Dr. Shamsul Anuar Shamsudin, Pro-gressive Drill Reamer dike-tuai Prof. Madya Dr. Mohd Shukor Salleh dan Round-about Sensor Detection System diketuai Dr. Nurul Hilwa Mohd Zini. Tujuh produk inovasi UTeM yang telah berjaya mendapat pingat perak pula adalah Organic Intel-ligent Candle (OIC), Or-ganic Plastic Alternatives (OPA), Portable Mechani-cal Lifting Equipment, Real Time Rubber Strain Gauge with Ambient of Mobile

    Monitoring System, Re-corded Heating Oil Bath System, Semi-Automatic Drain Cleaner Machine dan TUAH Parcel Drop Box. Sementara itu pingat gangsa pula diraih oleh produk inovasi 3D Printed Bearing With Internal Ge-ometry sekali gus men-jadikan kesemua produk inovasi UTeM yang meny-ertai pertandingan ini ber-jaya beroleh pingat serta menzahirkan kumpulan produk inovasi UTeM adalah diiktiraf sebagai an-tara yang terbaik dalam pertandingan.

    Kumpulan penyelidik rangkul 15 pingat

    PENGKALAN BATU - Seramai 20 peserta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka telah menyertai Program Derma Darah #MPPPrihatin diadakan di Hospi-tal Melaka, baru-baru ini. Yang Dipertuanya Raihan Nabeela Zamiruddin berkata, pro-gram yang dianjurkan persatuan pelajar itu memberi galakan anak muda khususnya pelajar universiti terbabit menjalankan kerja amal berkenaan. Katanya, program julung kali diadakan menerusi kerjasama HM itu mampu menyuntik kesedaran tentang kepentingan menderma

    darah dalam kalangan mahasiswa universiti terbabit. “Program yang diadakan ini sekali gus membuka jaringan ba-haru antara UiTM Alor Gajah dan pihak Hospital Melaka dalam membuka mata orang ramai mem-bantu meningkatkan bekalan darah yang terdapat di hospital itu. “Terima kasih atas kerjasama yang diberikan buat Jabatan Peru-batan Transfusi Hospital Melaka dan kami yakin melalui pen-dekatan ini sekali gus mampu mencari pelapis penderma darah baharu bagi menggantikan pen-derma sedia ada yang keban-yakkannya disertai golongan berumur,” katanya.

    MPP UiTM Melaka anjur kempen derma darah

    AKTIVITI menderma darah yang dijalankan pada program terbabit.

    Faiz Hasan

    DURIAN TUNGGAL - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerima wang zakat RM35,000 dari Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) pada Majlis Penyerahan Wang Zakat di Kampus Induk UTeM, baru-baru ini. Penyerahan itu disampaikan Ketua Pegawai Kewangan BIMB Azizan Abdul Aziz kepada Naib Canselor UTeM Prof. Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim mewakili UTeM. Menurut Raha, wang zakat itu akan disalurkan kepada pelajar yang memerlukan bagi menampung perbelanjaan pen-gajian mereka di UTeM. “Bagi melancarkan pengagihan sumbangan ini, maka Pe-jabat Hal Ehwal Pelajar UTeM akan menguruskan pemberian zakat ini terus kepada pelajar yang layak. “Diharap hubungan strategik serta kerjasama erat antara UTeM dan BIMB ini dapat dimanfaatkan bersama,” katanya pada majlis tersebut. Hadir sama, Penolong Pengurus Besar (Hubungan Strate-gik) BIMB Bostamam Hassan, Pengurus Kanan (Hubungan Strategik) BIMB Mohd Zikri Mohd Shairy dan Pengurus Cawangan Ayer Keroh BIMB Md Yusof Hasbullah. Sementara pihak UTeM dihadiri Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof. Dr. Nurulfajar Abd Manap.

    Wang zakat RM35,000 buat pelajar memerlukan

    RAHA menerima mock cek

    sumbangan wang zakat

    dari BIMB pada majlis

    tersebut.

    Liana Sahabudin

    EDISI 28 SEPTEMBER - 4 OKTOBER 2020 - am_Layout 1 25/9/2020 7:25 PM Page 3

  • 21Edisi 28 September 2020 - 4 Oktober 2020 l 10 Safar 1442H-16 Safar 1442H

    Mohamad Fazrul Abdul Majid MESKIPUN pernah mendapat halangan keluarga untuk mence-burkan diri dalam perniagaan kek dan pastri, namun itu bukan penghalang buat seorang wanita membuktikan kerjaya pilihannya itu mempunyai masa depan yang cerah. Nur Isma Aina Ibrahim, 30 berkata, ketika mahu mula berta-pak dalam perniagaan, ibu dan bapanya seolah-olah tidak mem-beri restu kerana mahu melihat-nya mendapatkan pekerjaan lain yang lebih menjamin masa depan. Namun, atas cinta yang men-

    dalam terhadap bidang ma-sakan membabitkan kek dan pastri, dia cuba meyakinkan ibu bapanya, sehinggalah ber-jaya mewujudkan satu empa-yar kecil perniagaan yang dipanggil ‘Sweet Bites’. Menurutnya, dengan ber-bekalkan modal RM100 di awal pembabitan, dia kini mampu menjual sebanyak 50 kek dan pastri pada setiap bulan walau-pun hanya bekerja dari rumah. “Alhamdulillah bila melihat kerjaya yang saya pilih semakin berkembang, mak dan ayah da-pat menerima pilihan ini dan mereka sendiri turut membantu mengeluarkan modal untuk saya

    membeli ketuhar, loyang dan se-bagainya. “Jadi kepada semua di luar sana, jika anda betul-betul minat dengan sesuatu bidang itu, jan-

    ganlah takut. Yang penting anda perlu cuba seperti saya. Cuba buktikan yang kita boleh buat lebih daripada apa yang orang sangka. “Betul, dugaan memang sen-tiasa ada, tetapi apa yang pen-ting ialah kita tidak cepat berputus asa dan cuba untuk bangkit lebih kuat setiap kali an-da jatuh,” katanya. Nur Isma Aina berkata, wa-laupun kini berstatus suri rumah sepenuh masa selepas berkahwin, namun ia tidak mematahkan se-mangatnya untuk meneruskan ker-jaya perniagaan kek dan pastri. Ditambah dengan kehadiran anak perempuannya yang diberi nama Hasya Anaqi Muhamad Hasri, itu membuatkannya lebih bersemangat menjalankan perni-agaan kek dan pastri secara atas talian. Menurutnya, kini dia telah

    mempelbagaikan penghasilan kek dan pastri termasuklah membuat tempahan kek hari jadi, biskut, brownies, krim puff, ‘cheese tart’, dan pada masa sama bakal memperkenalkan pelbagai

    jenis roti dan makanan ala barat. Ditanya mengenai peran-cangan masa depan, Nur Isma Aina menyuarakan hasrat untuk memiliki ruang dan alatan pem-buatan kek yang lebih besar untuk meningkatkan pengelu-aran kek dan pastri keluaran-nya. Dia juga merancang untuk memiliki kedai sendiri di masa akan datang, namun memilih untuk mengumpul modal sendiri tanpa perlu membuat pinjaman bank. “Saya memang tak nak buat pinjaman. Biarlah saya bertatih kumpul wang untuk merealisas-ikan impian itu. Saya tak peduli jika orang nak kata tanpa pinja-man bank saya tidak akan ke mana. “Pendirian saya ialah untuk tidak berhutang kerana saya yakin dengan kerja keras saya mampu men