Pertandingan Fotografi Dengan Kapsyen Terbaik

8
Pertandingan Fotografi Dengan Kapsyen Terbaik “Satu Gambar Seribu Makna” 2013 Undang-undang dan Peraturan Pengenalan 1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah SMK Teluk Bayu. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar daripada Kelas Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. 2. Tema Pertandingan ini ialah “Potrait”. Butiran Pertandingan 3. Pertandingan ini akan berlangsung dari 30 April 2015 sehingga 25 Mei 2015 (“Tempoh Pertandingan”). 4. Objektif Pertandingan ini adalah untuk menggalakkan para pelajar menggunakan kemahiran fotografi dan daya kreatif mereka dalam menggambarkan tabiat dan amalan peka kewangan dalam bentuk fotografi, serta mencipta kapsyen untuk foto yang dihantar: 5. Kapsyen yang mengiringi setiap foto hendaklah dicipta dalam satu (1) bahasa sahaja, sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris, dan tidak melebihi 90 aksara (character). Penggunaan bahasa dalam kapsyen tersebut hendaklah tepat dari segi tatabahasa, struktur ayat, ungkapan dan ejaan. 6. Foto yang dirakam harus disasarkan untuk menyokong tema “Sikap Peka Kewangan” dan perlu merangkumi secara khusus satu atau lebih elemen-elemen berikut: a. Mewujudkan minat dalam pengetahuan dan kemahiran kewangan b. Meningkatkan kesedaran kewangan c. Menggalakkan tabiat dan amalan pengurusan kewangan yang berhemah 7. Berikut adalah kriteria pemilihan Foto Terbaik bagi Pertandingan ini: o Undian melalui Facebook – 25% o Ketepatan dan kesesuaian subjek/kandungan dengan tema – 25% o Keaslian idea dan daya kreatif – 20% o Teknik fotografi – 15% o Gubahan dan impak visual – 15% Pendaftaran dan Penghantaran Foto 8. Setiap peserta mesti mendaftar di bahagian Pertandingan dalam laman Facebook Projek PIDM MoneySmart dan menghantar foto dengan memuat naik ke laman

description

Syarat pertandingan

Transcript of Pertandingan Fotografi Dengan Kapsyen Terbaik

Pertandingan Fotografi Dengan Kapsyen TerbaikSatu Gambar Seribu Makna 2013

Undang-undang dan PeraturanPengenalan1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah SMK Teluk Bayu. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar daripada Kelas Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.2. Tema Pertandingan ini ialah Potrait.Butiran Pertandingan3. Pertandingan ini akan berlangsung dari 30 April 2015 sehingga 25 Mei 2015 (Tempoh Pertandingan). 4. Objektif Pertandingan ini adalah untuk menggalakkan para pelajar menggunakan kemahiran fotografi dan daya kreatif mereka dalam menggambarkan tabiat dan amalan peka kewangan dalam bentuk fotografi, serta mencipta kapsyen untuk foto yang dihantar:

1. Kapsyen yang mengiringi setiap foto hendaklah dicipta dalam satu (1) bahasa sahaja, sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris, dan tidak melebihi 90 aksara (character). Penggunaan bahasa dalam kapsyen tersebut hendaklah tepat dari segi tatabahasa, struktur ayat, ungkapan dan ejaan.1. Foto yang dirakam harus disasarkan untuk menyokong tema Sikap Peka Kewangan dan perlu merangkumi secara khusus satu atau lebih elemen-elemen berikut:f. Mewujudkan minat dalam pengetahuan dan kemahiran kewanganf. Meningkatkan kesedaran kewanganf. Menggalakkan tabiat dan amalan pengurusan kewangan yang berhemah1. Berikut adalah kriteria pemilihan Foto Terbaik bagi Pertandingan ini:. Undian melalui Facebook 25%. Ketepatan dan kesesuaian subjek/kandungan dengan tema 25%. Keaslian idea dan daya kreatif 20%. Teknik fotografi 15%. Gubahan dan impak visual 15%Pendaftaran dan Penghantaran Foto Setiap peserta mesti mendaftar di bahagian Pertandingan dalam laman Facebook Projek PIDM MoneySmart dan menghantar foto dengan memuat naik ke laman Facebook. Langkah-langkah pendaftaran dan penghantaran foto adalah seperti berikut:. Klik pada tab Pertandingan Fotografi Dengan Kapsyen Terbaik Satu Gambar Seribu Makna di laman utama Facebook Projek PIDM MoneySmart.. Klik butang Peraturan dan Syarat untuk membaca dan bersetuju dengan Peraturan dan Syarat-syarat Pertandingan.. Klik butang Pendaftaran untuk mengisi borang pendaftaran.. Muat naik foto.. Untuk melihat foto yang dihantar oleh semua peserta, sila klik butang Galeri (Album Galeri akan dikemas kini setiap minggu sila rujuk kepada Peraturan 12). Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu (1) foto sahaja di setiap pusingan. Foto-foto tambahan yang dihantar berikutannya tidak akan diterima. Foto yang dikemukakan adalah menjadi hak milik PIDM dan tidak akan dikembalikan. Foto tersebut mestilah hasil dari idea asli peserta itu sendiri. Foto yang dihantar hendaklah mengandungi imej asli objek sebenar yang dirakam sendiri oleh peserta menggunakan kamera digital atau fungsi kamera digital sebagai sebahagian daripada peralatan elekronik seperti telefon mudah alih, komputer riba, komputer tablet dan pembantu digital peribadi (personal digital assistants PDA). Foto yang dicipta atau diubah suai secara digital atau dengan bantuan komputer tidak akan diterima. Pentadbir laman Facebook (Pentadbir) akan mengemas kini foto-foto yang dimuat naik dan akan dipaparkan dalam album Galeri sekurang-kurangnya sekali seminggu, pada hari bekerja pertama setiap minggu mengikut lokasi Pentadbir. Foto-foto yang dianggap tidak sesuai, tidak akan diterbitkan (sila rujuk Fasal 20 Syarat-syarat Pertandingan). Pentadbir akan menentukan dan membuat keputusan muktamad mengenai kesesuaian penerbitan foto-foto tersebut.Tarikh Tutup Penghantaran Semua penyertaan foto hendaklah dihantar mengikut kaedah yang dinyatakan dalam Peraturan 8 di atas. Tarikh tutup bagi penghantaran foto ialah:m. Pusingan 1 30 Jun 2013m. Pusingan 2 30 September 2013m. Pusingan 3 30 November 20131. Bagi Pusingan 1 dan 2, penghantaran foto yang dilakukanselepas tarikh tutup bagi setiap pusingantidak akan diterima untuk pusingan berkenaan tetapi diterima untuk pusingan seterusnya.Salinan asal foto1. Sekiranya diminta oleh PIDM, salinan asal foto mesti diterima dalam tempoh 14 hari dari tarikh permintaan dibuat oleh PIDM. Ini termasuk kedua-dua salinan softcopy (JPEG) dan salinan cetak foto. Salinan foto yang diterima selepas tempoh 14 hari dari tarikh permintaan oleh PIDM tidak akan diterima untuk pemilihan pemenang Pertandingan.o. Salinan softcopy (JPEG) foto hendaklah dihantar kepada Paluan Sejati Sdn. Bhd. melalui kiriman e-mel [email protected]; dano. Salinan cetak foto hendaklah dihantar melalui kiriman pos kepada alamat berikut:Pertandingan Fotografi Dengan Kapsyen Terbaik 2013Projek PIDM MoneySmartPaluan Sejati Sdn. Bhd.80B & 82B, Jalan SS 21/62Damansara Utama47400 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan1. Sekiranya perlu, salinan cetak foto yang dihantar mestilah bersaiz 4R sahaja.Hadiah1. Dua (2) Pemenang dengan Foto Terbaik akan dipilih bagi setiap tiga (3) pusingan Pertandingan dan mereka berpeluang memenangi satu (1) komputer tablet Apple iPad Mini bagi setiap seorang. Seseorang peserta hanya boleh memenangi hadiah Foto Terbaik SEKALI sepanjang Tempoh Pertandingan. Pemenang-Pemenang akan dimaklumkan melalui surat-menyurat dan hadiah-hadiah tersebut akan diberikan selewat-lewatnya pada tarikh-tarikh berikut:q. Pusingan 1 31 Julai 2013q. Pusingan 2 31 Oktober 2013q. Pusingan 3 31 Disember 20131. Keputusan panel hakim adalah muktamad.Pertanyaan1. Semua pertanyaan bagi mendapatkan penjelasan dan maklumat lanjut haruslah dirujuk kepada Paluan Sejati Sdn. Bhd. yang mewakili pihak PIDM melalui talian bebas tol 1-800-88-1012 atau talian pejabat 03-7725 4546.Bahagian B

Pertandingan Fotografi dengan Kapsyen TerbaikSatu Gambar Seribu Makna 2013

Syarat-syarat PenyertaanKelayakan dan Pendaftaran20. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dengan nombor pengenalan peribadi MyKad yang sah.21. Individu berikut tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan ini, pada bila-bila masa sepanjang Tempoh Pertandingan, sekiranya individu ini merupakan:u. pengarah atau kakitangan (tetap atau sementara) PIDM (termasuk syarikat bersekutu dan berkaitan dengannya) atau ahli keluarga terdekat mereka (suami/isteri, anak, ibu bapa dan adik-beradik); dan/atauu. wakil, pengarah, pegawai, kakitangan, pelatih, rakan niaga/pengedar, penaja dan/atau ejen kontraktor dan subkontraktor, pembekal dan penyedia perkhidmatan PIDM (termasuk syarikat bersekutu dan berkaitan dengannya), atau ahli keluarga terdekat mereka (suami/isteri, anak, ibu bapa dan adik-beradik).1. Semua peserta dikehendaki mempunyai akaun Facebook. Setiap peserta dikehendaki melengkapkan proses pendaftaran dengan mengklik pada butang Pendaftaran di bahagian Pertandingan laman Facebook. Sekiranya gagal untuk memberikan maklumat lengkap dalam semua bahagian yang dikehendaki akan menyebabkan pendaftaran tersebut tidak berjaya.Peraturan Kelayakan Khusus1. Semua peserta mestilah pelajar di sekolah menengah awam yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk layak mengambil bahagian, peserta mestilah berstatus pelajar ketika mendaftar dan kekal sebagai pelajar sehingga tamat Tempoh Pertandingan.Pelanjutan Masa atau Pembatalan1. PIDM berhak pada bila-bila masa tanpa sebarang alasan atau notis untuk untuk meminda tarikh pemberitahuan dan tarikh penyerahan, melanjutkan atau memendekkan Tempoh Pertandingan, atau membatalkan Pertandingan tersebut. PIDM tidak akan menanggung sebarang kerugian atau memberi pampasan kepada mana-mana peserta atau individu lain susulan daripada apa-apa perubahan kepada tarikh pemberitahuan atau tarikh penyerahan, Tempoh Pertandingan atau pembatalan Pertandingan.Pembatalan Penyertaan1. Perkara-perkara berikut akan membatalkan penyertaan peserta daripada mengambil bahagian dalam Pertandingan ini dan menerima apa-apa hadiah:-y. Lewat membuat pendaftaran Pertandingan atau lewat menghantar foto;y. Idea semua foto yang dihasilkan bukanlah idea asli oleh peserta berkenaan;y. Foto yang dihasilkan menyebabkan pelanggaran hak harta intelek pihak ketiga, sama ada didakwa, diancam atau yang sebenar, seperti yang akan ditentukan oleh PIDM;y. Penghantaran mana-mana foto yang dicipta atau diubah suai dengan kaedah bantuan komputer atau secara digital;y. Gagal untuk mengemukakan salinan asal foto dalam tempoh masa yang dikehendaki, apabila diminta berbuat demikian;y. Peserta bukan lagi berstatus pelajar semasa dalam Tempoh Pertandingan mengikut syarat kelayakan seperti di atas;y. Gagal mematuhi atau melanggar mana-mana Peraturan atau Syarat-syarat yang ditetapkan;y. Syarat-syarat tidak layak di bawah Fasal 2 wujud pada bila-bila masa semasa Tempoh Pertandingan; dany. Peserta memberikan butiran pendaftaran yang palsu, menjalankan apa-apa aktiviti yang tidak jujur atau berbentuk penipuan, berbohong, menyalahguna laman sesawang atau Pertandingan ini atau mana-mana salah laku lain (sama ada yang sebenar atau cubaan melakukannya).1. Tidak terhad kepada perkara-perkara di atas, PIDM berhak pada bila-bila masa membatalkan penyertaan seseorang peserta sekiranya PIDM mendapati berlaku salah satu atau lebih perkara seperti di atas atau wujudnya salah satu atau lebih keadaan seperti di atas. Keputusan PIDM adalah muktamad dan mesti dipatuhi.Syarat-syarat Am1. PIDM berhak meminda atau memansuhkan mana-mana Peraturan atau Syarat-syarat, atau memperkenalkan Peraturan atau Syarat-syarat baharu pada bila-bila masa tanpa notis.1. Dengan mengambil bahagian dalam Pertandingan ini, semua peserta bersetuju dan memberi kebenaran bahawa peserta yang memenangi Pertandingan ini juga akan dikehendaki (setelah dimaklumkan oleh PIDM) untuk menghadiri acara promosi berkaitan dengan Pertandingan tersebut, termasuk mana-mana acara penyampaian hadiah. Perbelanjaan dan/atau kos bagi menghadiri acara tersebut hendaklah ditanggung oleh pemenang Pertandingan dan bukan PIDM.1. PIDM tidak akan bertanggungjawab ke atas gangguan, kelewatan atau kerosakan sambungan Internet yang dialami oleh para peserta. PIDM tidak akan bertanggungjawab ke atas foto-foto yang gagal dimuat naik disebabkan oleh gangguan, kelewatan atau kerosakan sambungan Internet yang dialami oleh peserta. Sekiranya berlaku kekurangan dalam takrifan, Peraturan dan Syarat-syarat antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan daripada Bahasa Malaysia.1. Pertandingan dan laman sesawang ini, termasuk Peraturan dan Syarat-syarat ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia.Penolakan Liabiliti1. PIDM tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kecederaan, kematian, kesakitan atau keadaan kesihatan, kesusahan, kos, perbelanjaan, kehilangan atau kerosakan (sama ada disebabkan secara langsung atau tidak langsung) susulan atau berhubung dengan penggunaan atau prestasi laman sesawang ini atau mana-mana penyertaan Pertandingan atau keputusan Pertandingan atau pelaksanaan mana-mana hak atau budi bicara oleh PIDM di bawah Peraturan dan Syarat-syarat yang dituntut, ditanggung atau dialami oleh mana-mana individu, sama ada peserta atau sebagainya. PIDM juga tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung apa-apa liabiliti ke atas tindakan, kandungan atau operasi mana-mana laman sesawang pihak ketiga yang dinyatakan dalam laman sesawang ini atau dalam Pertandingan, yang tertakluk kepada terma dan syarat pihak ketiga itu sendiri.1. PIDM tidak memberi sebarang representasi atau jaminan berkaitan dengan Pertandingan dan laman sesawang ini dan semua jaminan (sama ada yang dinyatakan secara langsung atau sebaliknya oleh statut, undang-undang atau sebagainya) adalah dengan ini dikecualikan pada had yang dibenarkan oleh undang-undang.Pengecualian1. Setiap peserta bersetuju dan mengecualikan PIDM daripada mana-mana tuntutan, tindakan undang-undang atau liabiliti, oleh mana-mana individu terhadap atau untuk ditanggung oleh PIDM, susulan daripada mana-mana tindakan, pengendahan, pelanggaran atau ketidakpatuhan terhadap Peraturan atau Syarat-syarat Penyertaan oleh peserta.Hak Harta Intelek1. Para peserta bersetuju dan memberi jaminan bahawa foto yang dikemukakan tidak melanggar mana-mana hak harta intelek pihak ketiga. Pelanggaran fasal ini akan menyebabkan penyertaan peserta tersebut dibatalkan secara serta merta. PIDM berhak mengeluarkan foto yang telah dibatalkan penyertaannya daripada dipaparkan di laman sesawang.1. PIDM mempunyai hak cipta terhadap semua bahan yang dipamerkan dalam laman sesawang dan dalam Pertandingan ini. Setelah mengemukakan foto untuk Pertandingan ini, peserta bersetuju untuk memindahkan dan memberikan secara muktamad dan mutlak semua hak, kepentingan dan hak pemilikan atau yang berkaitan dengan hak harta intelek, termasuk semua hak cipta foto tersebut kepada PIDM, dan mengetepikan tuntutan secara tidak bersyarat mana-mana hak moral yang mungkin dimiliki oleh peserta terhadap foto tersebut. Para peserta bersetuju bahawa, selain daripada hadiah kemenangan yang dinyatakan dalam Fasal 21 di bawah, peserta tidak akan layak bagi apa-apa bentuk pampasan, ganjaran, yuran lesen, royalti dan/atau apa-apa bentuk pemberian. Peserta juga bersetuju untuk mengetepikan hak-hak mereka, sekiranya ada, untuk membuat tuntutan terhadap PIDM berhubung dengan foto yang dikemukakan. PIDM mempunyai hak untuk menggunakan foto tersebut bagi apa-apa tujuan yang difikirkan sesuai, termasuk dan tidak terhad bagi tujuan penerbitan korporat dan sebagai bahan publisiti PIDM.1. Semua peserta tidak dibenarkan:aj. menyalin, memuat turun atau mengedarkan mana-mana halaman atau bahagian laman sesawang atau Peraduan ini untuk apa-apa tujuan;aj. memasukkan pautan laman sesawang lain ke dalam laman sesawang atau Pertandingan ini;aj. membuang, menambah atau mengubah mana-mana maklumat atau bahan dalam laman sesawang atau Pertandingan ini;aj. memadam, menambah atau mengubah mana-mana notis, pengecualian, tanda hak milik (seperti simbol hak cipta dan tanda perdagangan) atau mana-mana logo yang terdapat dalam laman sesawang atau Pertandingan ini.Data Peribadi dan Kerahsiaan1. Dengan mendaftar untuk menyertai Pertandingan ini mengikut Fasal 3 di atas, para peserta bersetuju dan memberi kebenaran untuk:ak. membenarkan PIDM dan agensinya untuk menggunakan, memproses atau mendedahkan nama, gambar dan butiran peribadi peserta (Data Peribadi), tanpa pampasan, bagi tujuan pengiklanan atau publisiti (termasuk bagi penyampaian hadiah, penerbitan korporat dan bahan publisiti PIDM) atau aktiviti promosinya yang berkaitan dengan Pertandingan ini tanpa memberi sebarang notis kepada mereka.ak. membenarkan PIDM dan agensinya memproses dan mendedahkan kepada mana-mana pihak ketiga, semua Data Peribadi peserta yang diberikan oleh peserta semasa proses pendaftaran bagi apa-apa dan semua tujuan berkaitan dengan Pertandingan ini dan mana-mana dan semua aktiviti lain yang berkaitan dengan atau diperlukan akibat daripada urusan PIDM dan agensinya.1. Selain daripada Fasal 18 di atas, PIDM tidak akan mendedahkan atau memberikan semua Data Peribadi tersebut kepada mana-mana pihak ketiga kecuali pendedahan dan pemberian maklumat tersebut adalah dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang atau perintah mahkamah.Tatatertib1. Para peserta bersetuju tidak akan memuat naik, menghantar atau memasukkan apa-apa bahasa, kenyataan, foto, maklumat atau bahan dalam Pertandingan atau laman sesawang ini yang:am. berunsur kebencian, memalukan, memfitnah, merosakkan, mengganggu, mencaci atau mengugut;am. boleh menyinggung atau menyentuh sensitiviti perkauman, politik atau agama;am. bersifat kasar atau lucah; danam. menyalahi undang-undang atau menggalak atau menganjurkan aktiviti yang menyalahi undang-undang.Sekiranya anda mendapati terdapat sebarang bahasa, kenyataan, foto atau bahan tersebut di dalam Pertandingan atau di laman sesawang, sila hubungi pihak PIDM secepat mungkin dengan menghantar emel [email protected] menyatakan butiran lengkap bahasa atau bahan yang hendak anda laporkan serta lokasi khususnya di dalam Pertandingan atau di laman sesawang.Hadiah1. Dua (2) Pemenang dengan Foto Terbaik akan dipilih bagi setiap tiga (3) pusingan Pertandingan dan mereka berpeluang memenangi satu (1) komputer tablet Apple iPad Mini bagi setiap seorang. Seseorang peserta hanya boleh memenangi hadiah Foto Terbaik SEKALI sepanjang Tempoh Pertandingan. Pemenang-pemenang akan dimaklumkan melalui surat-menyurat dan hadiah-hadiah tersebut bagi setiap pusingan akan diberikan selewat-lewatnya pada tarikh-tarikh berikut:an. Pusingan 1 (April-Jun):31 July 2013an. Pusingan 2 (Julai-September):31 October 2013an. Pusingan 3 (Oktober-November):31 December 2013Syarat-syarat Lain Hadiah1. Hadiah adalah tertakluk kepada pindaan dan walaupun dinyatakan di sini, hadiah tersebut akan diberikan semata-mata atas budi bicara PIDM. PIDM mempunyai hak untuk menukar model, buatan dan spesifikasi peralatan elektronik tersebut dengan model, buatan dan spesifikasi peralatan elektronik alternatif yang berlainan yang mempunyai nilai yang sama. Keputusan PIDM adalah muktamad dan mesti dipatuhi oleh semua peserta. Hadiah mestilah diterima seperti yang ditawarkan dan tiada pilihan lain (wang tunai atau sebagainya).1. Semua hadiah mesti dituntut oleh para pemenang dalam tempoh 60 hari dari tarikh pengumuman pemenang dan sekiranya gagal, hadiah tersebut secara automatik akan luput.1. Semua pengumuman adalah berpandukan kepada butiran hubungan dan alamat surat-menyurat seperti yang diberikan semasa pendaftaran dan PIDM tidak bertanggungjawab bagi sebarang kelewatan atau ketiadaan penghantaran/ ketiadaan penerimaan pengumuman. Sekiranya seseorang pemenang Pertandingan tidak dapat dihubungi disebabkan oleh maklumat untuk berhubung yang tidak sah atau atas sebab-sebab lain, PIDM berhak untuk memilih peserta lain sebagai pengganti pemenang.1. Tuntutan susulan ke atas hadiah-hadiah dan surat-menyurat mengenainya tidak akan dilayan.Kerugian atau Kerosakan1. PIDM dan agensinya tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan atau kerosakan mana-mana salinan bercetak yang diminta untuk dikemukakan mengikut Peraturan 15 Bahagian A, dan tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan, kelewatan atau kerosakan ke atas salinan yang dikemukakan yang disebabkan oleh gangguan teknikal atau mana-mana gangguan lain. Sekiranya para peserta tidak mematuhi Peraturan dan Syarat-syarat Pertandingan, penyerahan salinan foto anda tidak akan diterima.Maklum Balas1. PIDM dan agensinya mengalu-alukan sebarang maklum balas berkenaan Pertandingan dan laman sesawang ini secara amnya. Sekiranya terdapat sebarang isu mengenai Projek PIDM MoneySmart, para peserta boleh menulis [email protected].