PERTANDINGAN HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF … · jabatan perdana menteri (jpm) tahun 2017 ....
Transcript of PERTANDINGAN HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF … · jabatan perdana menteri (jpm) tahun 2017 ....
PERTANDINGAN HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)
JABATAN PERDANA MENTERI (JPM) TAHUN 2017
PETIKAN UCAPAN YAB DATO’ SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA BERSEMPENA MAJLIS PELANCARAN LAPORAN TAHUN 2015 PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP) DAN PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI (ETP) DI BAWAH DASAR TRANSFORMASI NASIONAL (DTN) 26 APRIL 2016
2
PENGENALAN
Pertandingan Horizon Baharu KIK diadakan bertujuan sebagai satu
usaha untuk meningkatkan penyertaan anggota perkhidmatan awam
dalam aktiviti penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti
Jabatan/Agensi Kerajaan. Penganjuran Pertandingan Horizon Baharu
KIK dilihat dapat merubah dan memperkenalkan cara kerja baharu yang
lebih cekap dan berkesan serta menghasilkan output dan outcome yang
lebih baik.
Penganjuran Pertandingan Horizon Baharu KIK diharap dapat
menjadikan KIK sebagai satu budaya bagi menghasilkan
penambahbaikan di Jabatan/Agensi di bawah JPM.
OBJEKTIF i. menggalakkan Jabatan/Agensi JPM untuk terus membudayakan
kreativiti dan inovasi dalam melaksanakan proses kerja bagi
meningkatkan kecekapan; dan
ii. memberi pendedahan kepada Jabatan/Agensi mengenai
pelaksanaan Horizon Baharu KIK;
iii. persediaan bagi menghadapi Konvensyen KIK peringkat
Kebangsaan.
3
PANDUAN PENYERTAAN
4
PANDUAN PENYERTAAN PERTANDINGAN HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JABATAN PERDANA MENTERI (JPM) TAHUN 2017 SYARAT UMUM:
1. Penyertaan adalah dibuka kepada kumpulan KIK daripada semua
Jabatan/Agensi di bawah JPM.
2. Setiap Jabatan/Agensi dibenarkan menghantar maksimum:
a. maksimum tiga (3) projek KIK Primer sama ada dalam
bidang Inovasi Sosial (kategori Penciptaan atau
Penambahbaikan) atau dalam bidang Inovasi Penyampaian
Perkhidmatan (kategori Penciptaan atau Penambahbaikan);
dan
b. satu (1) projek KIK Hibrid.
3. Penetapan bidang dan kategori inovasi adalah berdasarkan jenis
projek KIK yang dilaksanakan. Penganjur berhak menukar kategori
penyertaan berdasarkan kesesuaian projek.
4. Peringkat saringan awal melalui penilaian dokumen akan diadakan
dan akan dinilai oleh panel profesional yang dilantik (sekiranya
perlu).
5. Kumpulan yang mengambil bahagian merupakan kumpulan yang
telah mempersembahkan projek mereka kepada pihak pengurusan
di Jabatan/Agensi masing-masing pada tahun 2016/2017.
5
Kumpulan tersebut hendaklah dipilih daripada kumpulan yang
terbaik dalam kalangan kumpulan KIK di Jabatan/Agensi.
6. Projek pasukan KIK yang ingin menyertai Pertandingan Horizon
Baharu mestilah projek semasa tahun 2016/2017.
7. Projek KIK tersebut hendaklah belum pernah dipersembahkan oleh
kumpulan dalam mana-mana konvensyen peringkat Wilayah
Persekutuan/ Negeri/ Kebangsaan pada tahun-tahun sebelumnya.
Projek kumpulan mestilah telah selesai dilaksanakan sebelum konvensyen pada tahun semasa.
8. Pencalonan menyertai pertandingan hendaklah dibuat oleh
Jabatan/Agensi masing-masing dengan menggunakan Borang
Penyertaan seperti di Lampiran A bersama-sama dengan empat (4) salinan Borang Penyertaan dan satu (1) softcopy Borang Penyertaan (dalam bentuk pdf) beserta gambar pasukan.
9. Minimum bilangan ahli bagi setiap pasukan KIK Primer yang
mengambil bahagian dalam Pertandingan Horizon Baharu KIK
adalah dua (2) orang tetapi tidak melebihi sepuluh (10) orang daripada agensi sama yang bekerjasama untuk melaksanakan
projek KIK. Keahlian KIK terbuka kepada semua anggota jabatan
terbabit.
10. Kriteria dan wajaran penilaian projek adalah seperti di
Lampiran B.
11. Semua pencalonan hendaklah dikemukakan kepada pihak
penganjur pertandingan sebelum atau pada 21 Ogos 2017 (Isnin) di alamat berikut:
6
Urus Setia Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Jabatan Perdana Menteri Tahun 2017 Aras 3, Blok B8, Kompleks Jabatan Perdana Menteri Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya
12. Pihak penganjur berhak menerima atau menolak penyertaan
daripada mana-mana kumpulan KIK berdasarkan syarat yang telah
ditetapkan dan juga di atas kuasa pertimbangan (sekiranya perlu).
Keputusan pemilihan kumpulan-kumpulan untuk menyertai pertandingan oleh pihak penganjur adalah muktamad.
13. Pihak penganjur Pertandingan Horizon Baharu KIK JPM berhak
untuk membuat sebarang pindaan terhadap mana-mana bahagian
pada syarat-syarat penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa perlu
merujuk kepada peserta.
SYARAT KHUSUS:
1) KIK HIBRID
i. KIK Hibrid ialah pasukan kerja yang terdiri daripada dua (2) atau lebih agensi yang bersilang fungsi yang bekerjasama
untuk melaksanakan projek KIK Hibrid. Bilangan ahli tertakluk kepada skala, kos, kategori projek dan dipersetujui oleh pihak yang melaksanakan projek.
7
ii. KIK Hibrid ialah pasukan kerja yang terdiri daripada dua (2)
atau lebih organisasi yang bersilang fungsi, yang bekerja
sama secara seamless untuk menyelesaikan masalah atau
melaksanakan penambahbaikan terhadap bidang tugas
masing-masing yang saling berkaitan.
iii. Pelaksanaan KIK Hibrid boleh dilaksanakan dengan tiga (3)
kaedah iaitu:
(a) Kombinasi/penggabungan sekurang-kurangnya dua (2)
atau lebih Kementerian/Jabatan/Agensi yang
berbeza;
(b) Kombinasi/penggabungan sekurang-kurangnya dua (2) atau lebih Jabatan/Agensi di bawah Kementerian
yang sama; dan
(c) Kombinasi/penggabungan ahli kumpulan KIK daripada
Kementerian/Jabatan/Agensi dengan komuniti (contoh:
Persatuan Penduduk, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan
sebagainya).
iv. Sekiranya penyertaan yang diterima adalah kurang daripada
tiga (3) penyertaan, maka kategori KIK Hibrid tidak akan dipertandingkan tetapi perlu dibentangkan semasa sesi pemeriksaan dokumen dan viva.
8
LAMPIRAN A
Borang Penyertaan
9
LAMPIRAN A
(Untuk Kegunaan Pejabat)
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN HORIZON BAHARU KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)
PERINGKAT JABATAN PERDANA MENTERI TAHUN 2017
LATAR BELAKANG KUMPULAN Nama Kumpulan Nama Jabatan / Agensi Alamat Nama Ketua Kumpulan No. Telefon (P) (H/P) No. Faks E-mel Tarikh Kumpulan ditubuhkan Bilangan Ahli Nama Ahli Kumpulan (sila lampirkan dalam lampiran berasingan) Nama Projek Bidang Inovasi Kategori Inovasi Tarikh Siap Projek
PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB UNTUK DIHUBUNGI Nama Jawatan No. Telefon No. Handphone No. Faks E-mel
PENGESAHAN KETUA JABATAN Pengesahan Ketua Jabatan/Agensi : Saya mengesahkan bahawa segala maklumat yang dikemukakan adalah benar dan projek ini telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu Inovasi / Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Jabatan / Agensi pada ________________________.
Tandatangan Ketua Jabatan/ Agensi Cop Jabatan/Agensi ........................................................ Nama Ketua Jabatan/ Agensi Tarikh :............................................
No :
10
* Nota: Sila gunakan kertas tambahan sekiranya tidak mencukupi.
RINGKASAN EKSEKUTIF (300 – 500 patah perkataan / 1 hingga 2 muka surat) *minimum saiz tulisan adalah 11 font Arial dan spacing multiple at 1.15 PERINCIAN PROJEK (3000 – 5000 patah perkataan / 10 hingga 15 muka surat) *minimum saiz tulisan adalah 11 font Arial dan spacing multiple at 1.15 Perincian projek adalah meliputi:
i) Signifikan pemilihan projek; ii) Tindakan penyelesaian; iii) Keberhasilan projek (outcome /impak projek) iv) Potensi pengembangan projek.
11
PANDUAN PENYEDIAAN DOKUMENTASI PROJEK HORIZON BAHARU KIK RINGKASAN EKSEKUTIF (300 – 500 patah perkataan / 1 hingga 2 muka surat) Ringkasan Eksekutif perlu ditulis dengan ringkas (bahasa yang mudah difahami) dan padat berdasarkan penulisan penuh dokumentasi projek, pernyataan masalah atau subjek serta nyatakan solusi atau pencapaian dengan penjelasan keberhasilan (outcome) serta impak projek. Penggunaan grafik, butiran poin berserta maklumat yang ringkas dan tajuk kecil bagi menyusun tema ringkasan boleh digunakan bagi memudahkan kefahaman. PERINCIAN PROJEK (3000 – 5000 patah perkataan / 10 hingga 15 muka surat) 1. Signifikan Pemilihan Projek
Nyatakan justifikasi pemilihan projek dengan ringkas dan padat dengan merujuk kepada perkaitan dengan fungsi agensi, keperluan pemegang taruh dan bagaimana ia memenuhi agenda nasional. Matlamat keberhasilan projek seperti yang dinyatakan dalam Bab 2 PTPA 1/2016 diambilkira iaitu:
(a) meningkatkan kecekapan agensi sektor awam; (b) meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan agensi sektor
awam; dan (c) memelihara kesejahteraan rakyat.
Potensi pengembangan projek juga sesuai dinyatakan bagi menunjukkan kemampanan (sustainablility) projek. Penggunaan grafik, butiran poin berserta maklumat yang ringkas dan tajuk kecil boleh digunakan bagi memudahkan kefahaman.
2. Tindakan Penyelesaian Nyatakan dengan ringkas dan padat strategi serta kaedah yang digunakan dalam menghasilkan projek yang kreatif dan inovatif serta tempoh penghasilan projek. Sasaran outcome dan impak perlu dinyatakan dengan maklumat indikator-indikator pencapaian yang diwujudkan bagi menjalankan penilaian. Pembuktian ditunjukkan dalam bentuk ringkasan rajah /diagram /gambar /lampiran.
12
3. Keberhasilan Projek – Outcome dan Impak Nyatakan hasil penilaian yang telah dibuat berdasarkan indikator-indikator pencapaian bagi outcome dan impak. Pencapaiannya diterangkan berdasarkan hasil kajian melalui analisa perolehan data. Nyatakan juga faedah sampingan yang diperolehi hasil daripada pelaksanaan projek. Pembuktian ditunjukkan dalam bentuk ringkasan rajah /diagram /gambar /lampiran.
4. Potensi Pengembangan Projek Nyatakan tahap kesiapsiagaan (readiness) hasil projek yang telah dilaksanakan dan usaha yang telah dilaksanakan bagi menyokong pengembangan projek. Pembuktian ditunjukkan dalam bentuk ringkasan rajah /diagram /gambar /lampiran.
5. Penutup
6. Lampiran
13
LAMPIRAN B
Kriteria Dan Wajaran Penilaian Projek
14
LAMPIRAN B
KRITERIA DAN WAJARAN PENILAIAN PROJEK
PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PERINGKAT JABATAN PERDANA MENTERI
TAHUN 2017
BIL PERKARA WAJARAN
a) Penglibatan Pihak Pengurusan 4%
b) Signifikasi Projek dan Pembuktian 10%
c) Tindakan Penyelesaian 23%
d) Outcome Projek dan Pembuktian 35%
e) Impak Projek dan Pembuktian 18%
f) Potensi Pengembangan Inovasi 10%
15
Borang penyertaan juga boleh dimuat turun di laman sesawang rasmi Jabatan Perdana Menteri di www.jpm.gov.my.
Untuk maklumat dan keterangan lanjut mengenai Pertandingan Horizon Baharu KIK JPM 2017, sila hubungi pihak urus setia
berikut:
Puan Wahidawatie Binti Misdi 03 - 8872 3720
Puan Rozianna Wati Binti Romli
03 - 8872 1996
Puan Siti Noraini Binti Mohd Nasir 03 - 8872 3415
Cik Siti Rohaya Binti Alias
03 - 8872 1901
Seksyen Pengurusan Inovasi dan Dasar Bahagian Inovasi dan Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Perdana Menteri Aras 3, Blok B8, Kompleks JPM
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA