PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN TEMA HARI … penyertaan logo... · menggunakan format AL (Adobe...

7
PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN TEMA HARI ULANG TAHUN KE-10 AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA 1. LATAR BELAKANG 1.1 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan menyambut ulang tahun ke-10 penubuhannya pada 15 Februari 2015 berhasrat untuk mencipta logo dan tema ulang tahun. Logo dan tema ini adalah sebagai identiti usia serta tanda pengenalan imej organisasi dan diguna pakai dalam kesemua aktiviti pameran, percetakan dan dalam mana-mana acara atau majlis rasmi Agensi. 1.2 Penciptaan logo dan tema ini selaras dengan kematangan Agensi melaksanakan fungsi dan peranan dengan berpandukan visi, misi dan objektif Agensi ini dalam menjaga keselamatan perairan Negara 2. OBJEKTIF PERTANDINGAN 2.1 Mewujudkan logo dan tema ulang tahun ke-10 APMM bagi menggambarkan kematangan usia pewujudan dan fungsi sebenar Agensi. 2.2 Memberi peluang kepada masyarakat untuk sama-sama menghargai dan memahami kepentingan tugas APMM. 2.3 Memberi penghargaan dan pengiktirafan secara formal kepada warga Malaysia untuk melahirkan idea yang kreatif dan inovatif dalam mencipta logo dan tema ulang tahun ke-10 APMM. 3. SYARAT PERTANDINGAN, SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO DAN BORANG PENYERTAAN 3.1 Syarat dan Terma Pertandingan a) Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 15 hingga 40 tahun.

Transcript of PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN TEMA HARI … penyertaan logo... · menggunakan format AL (Adobe...

Page 1: PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN TEMA HARI … penyertaan logo... · menggunakan format AL (Adobe Illustration) atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan software ... hadiah

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN TEMA HARI ULANG TAHUN KE-10

AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA 1. LATAR BELAKANG

1.1 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan menyambut ulang tahun ke-10 penubuhannya pada 15 Februari 2015 berhasrat untuk mencipta logo dan tema ulang tahun. Logo dan tema ini adalah sebagai identiti usia serta tanda pengenalan imej organisasi dan diguna pakai dalam kesemua aktiviti pameran, percetakan dan dalam mana-mana acara atau majlis rasmi Agensi.

1.2 Penciptaan logo dan tema ini selaras dengan kematangan Agensi

melaksanakan fungsi dan peranan dengan berpandukan visi, misi dan objektif Agensi ini dalam menjaga keselamatan perairan Negara

2. OBJEKTIF PERTANDINGAN

2.1 Mewujudkan logo dan tema ulang tahun ke-10 APMM bagi menggambarkan kematangan usia pewujudan dan fungsi sebenar Agensi.

2.2 Memberi peluang kepada masyarakat untuk sama-sama

menghargai dan memahami kepentingan tugas APMM. 2.3 Memberi penghargaan dan pengiktirafan secara formal kepada

warga Malaysia untuk melahirkan idea yang kreatif dan inovatif dalam mencipta logo dan tema ulang tahun ke-10 APMM.

3. SYARAT PERTANDINGAN, SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO

DAN BORANG PENYERTAAN

3.1 Syarat dan Terma Pertandingan

a) Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 15 hingga 40 tahun.

Page 2: PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN TEMA HARI … penyertaan logo... · menggunakan format AL (Adobe Illustration) atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan software ... hadiah

b) Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya satu logo dan tema akan dipilih sebagai pemenang.

c) Semua ciptaan mestilah asli dan tidak diceduk/

ditiru/diciplak dari mana-mana logo tempatan mahupun dari luar negara.

d) Semua logo dan tema yang diterima oleh Urus Setia

Pertandingan Logo dan Tema Ulang Tahun ke-10 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan menjadi hakmilik Agensi dan tidak akan dikembalikan. Agensi berhak ke atas logo dan tema yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana acara atau majlis rasmi Agensi.

e) Pemenang akan menerima hadiah wang tunai beserta sijil

penyertaan.

3.2 Spesifikasi Reka Bentuk Logo

a) Reka Bentuk mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/ciplak.

b) Reka bentuk hendaklah dihasilkan menggunakan kertas

bersaiz A4 (ukuran 21 cm x 29.7cm) berwarna putih dalam komputer grafik dan dilekatkan pada kertas tebal atau mounting board dan juga disediakan dalam bentuk softcopy menggunakan format AL (Adobe Illustration) atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan software terkini yang bersesuaian.

c) Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan

(rasional) ke atas reka bentuk logo dan simbol serta warna yang digunakan.

Page 3: PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN TEMA HARI … penyertaan logo... · menggunakan format AL (Adobe Illustration) atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan software ... hadiah

d) Reka cipta logo hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya

dua (2) warna utama Agensi iaitu merah dan biru. e) Berkonsepkan laut yang melambangkan bahawa aktiviti

utama agensi ini adalah berkaitan dengan penugasan di perairan Negara.

f) Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas.

3.3 Spesifikasi Tema

a) Setiap tema yang dihantar hendaklah mengandungi perkataan

‘maritim’; b) Tema yang dicipta hendaklah menekankan fungsi dan tugas

Agensi ini; c) Jumlah perkataan bagi setiap tema mestilah TIDAK

MELEBIHI lima (05) patah perkataan; d) Setiap tema yang dikemukakan hendaklah disertai dengan

penerangan yang jelas dan tepat; e) Penciptaan tema mestilah karya asli peserta (panel penilai /

urus setia berhak untuk menolak penyertaan sekiranya didapati tidak asli;

f) Tema tersebut hendaklah dikaryakan dalam Bahasa Melayu

sahaja; g) Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang yang

telah disediakan;

h) Semua penyertaan hendaklah ditaip pada borang penyertaan disediakan oleh pihak urus setia. Borang penyertaan boleh dibuat salinan.

Page 4: PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN TEMA HARI … penyertaan logo... · menggunakan format AL (Adobe Illustration) atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan software ... hadiah

i) Tema yang dikaryakan TIDAK boleh menyentuh isu-isu sensitif/agama/bangsa dan menggunakan perkataan kurang sopan.

4. BORANG PENYERTAAN

a) Setiap peserta hendaklah mengisi borang penyertaan yang disediakan.

b) Maklumat peserta hendaklah dicatatkan dengan jelas di belakang

hasil karya masing-masing iaitu

Nama Penuh; Nombor Kad Pengenalan; Alamat Penuh; dan Nombor Telefon.

 

c) Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk hard copy dan soft copy sama ada melalui pos atau emel (dalam format .ai dan .jpeg)

d) Penyertaan dibuka mulai 1 Januari 2015 (Khamis) hingga 15

Januari 2015 (Khamis). e) Sebarang penyertaan yang diterima selepas 15 Januari 2015 tidak

akan dilayan oleh pihak Urus Setia. f) Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke alamat berikut;

Urus Setia Pertandingan Mencipta Logo dan Tema Hari Ulang Tahun ke-10 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Aras 4, One IOI Square IOI Resort 62502 PUTRAJAYA. Telefon : 03-89957315/7323

Page 5: PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN TEMA HARI … penyertaan logo... · menggunakan format AL (Adobe Illustration) atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan software ... hadiah

g) Pastikan di sebelah atas kiri sampul tertulis `Pertandingan Mencipta Logo dan Tema Hari Ulang Tahun ke-10 APMM’

h) Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas

tanggungan peserta sendiri.

5. METODOLOGI PENILAIAN

5.1 Penilaian akan dilakukan terhadap semua penyertaan yang diterima daripada peserta yang menyertai pertandingan ini.

5.2 Penilaian akan dijalankan melalui penelitian terhadap layout/design

logo dan rasional tema yang dihantar kepada Urus Setia Pertandingan.

6. PEMENANG

6.1 Tiga pemenang akan dipilih untuk memenangi pertandingan ini bagi setiap kategori. Pemenang hanya layak menerima satu hadiah tunai dan sijil penghargaan sahaja.

7. PANEL PENILAI

7.1 Penilaian akan dibuat oleh satu Jawatankuasa Penilai yang dilantik.

7.2 Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan

MUKTAMAD oleh Panel Penilai. 7.2 Panel Penilai berhak untuk membatalkan penyertaan pada mana-

mana peringkat pertandingan sekiranya didapati peserta tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan.

7.3 Panel Penilai berhak mengubahsuai dan meminda reka bentuk

logo yang disertai sekiranya perlu 7.4 Logo yang terpilih akan diguna pakai dan menjadi hak milik

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Page 6: PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN TEMA HARI … penyertaan logo... · menggunakan format AL (Adobe Illustration) atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan software ... hadiah

8. HADIAH

8.1 Johan akan menerima wang tunai RM 1,000 berserta sijil penyertaan bagi setiap kategori.

8.2 Tempat kedua akan menerima wang tunai RM 500.00 beserta sijil

penyertaan bagi setiap kategori. 8.3 Tempat ketiga pula akan menerima wang tunai RM 300.00 beserta

sijil penyertaan bagi setiap kategori. 8.4 Semua pemenang akan dimaklumkan oleh pihak Urus Setia

melalui telefon atau surat atau email. 8.5 Majlis penyampaian hadiah akan dilakukan dalam satu majlis yang

akan dimaklumkan kemudian.

Page 7: PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN TEMA HARI … penyertaan logo... · menggunakan format AL (Adobe Illustration) atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan software ... hadiah

PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO DAN TEMA HARI ULANG TAHUN KE-10

AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA

BORANG PENYERTAAN

A. Butiran Peserta Nama : …………………………………………………….

No. Kad Pengenalan : …………………………………………………….

Alamat : …………………………………………………….

…………………………………………………….

…………………………………………………….

Emel : …………………………………………………….

No. Telefon : …………………………………………………….

B. Pengakuan Peserta

Adalah saya dengan ini memperakui bahawa idea, konsep dan penerangan berkaitan logo / tema yang saya peroleh serta hasil karya logo / tema yang saya sertakan dalam pertandingan ini adalah hasil usaha saya sendiri yang asli dan tidak pernah diterbitkan, disiarkan, digunakan, ditiru, diciplak dan diambil daripada mana-mana pihak atau hasil kerja orang lain. Saya faham bahawa penyertaan saya akan dibatalkan secara serta-merta jika saya melanggar peraturan ini dan akan bertanggjawab jika terdapat sebarang tuntutan atau apa jua tindakan oleh mana-mana pihak berkaitan logo ini.

Saya juga bersetuju bahawa jika terpilih, rekaan saya ini akan menjadi hak milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sepenuhnya bagi menyambut Hari Ulang Tahun Ke-10 dan saya tiada hak ke atasnya selepas ini. Tandatangan : ………………………..

Tarikh : ………………… (Sila gunakan satu borang untuk setiap penyertaan.

Borang penyertaan hendaklah dilampirkan bersama hasil karya logo / tema)