PERTANDINGAN Solar Cooking SMK La Salle Klang
-
Upload
noraida-yusoff -
Category
Documents
-
view
77 -
download
3
description
Transcript of PERTANDINGAN Solar Cooking SMK La Salle Klang
PERTANDINGAN “SOLAR COOKING”
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:
1. Terbuka kepada pelajar SMK La Salle.2. Pertandingan adalah secara berpasukan, satu kumpulan terdiri daripada 3 orang peserta.3. Pendaftaran peserta hendaklan dihantar sebelum atau pada 20 MAC 2014, KHAMIS, sebelum 4.00 petang kepada PN.
NORAIDA atau PN. WAN HAMIDAH.4. Peserta bebas menentukan rekabentuk dan saiz dapur, namun haruslah boleh menampung isipadu air sebanyak 500ml.5. Alat yang dibina haruslah berkemampuan memasak air atau makanan pepejal.6. Alat memasak yang dicipta hendaklah menggunakan tenaga solar sahaja tanpa sebarang sokongan kompenen elektrik tambahan
untuk meningkatkan suhu.7. Alat memasak yang dicipta hendaklah dibina sendiri menggunakan bahan yang telah disediakan pihak penganjur sahaja. Alatan
yang telah siap sedia atau alatan lain tidak dibenarkan sama sekali. 8. Pertandingan terbahagi kepada 2 peringkat, iaitu:
a) Pembinaan dapur suria (3 jam) – 8 April 2014, SELASAb) Pengujian Suhu (dalam tempoh 1 jam) – 9 APRIL 2014, RABU
9. Pemenang pertandingan akan mewakili sekolah untuk pertandingan Solar Cooking peringkat Daerah Klang pada 24 April (bergantung kepada syarat pertandingan yang ditetapkan oleh PPD) yang akan diadakan di SMK Methodist (ACS).
KAEDAH KEHAKIMAN
1. PENGUJIAN KEBOLEHFUNGSIAN PERALATAN (30%)2. REKABENTUK (30%)
- Rekabentuk hendaklan praktikal dan mempunyai cirri-ciri mudah alih serta mudah mengisi dan mengeluarkan makanan dengan mengaplikasikan konsep-konsep sains.
3. KEKEMASAN (20%)4. PERSEMBAHAN / PENERANGAN (20%)5. Jika markah adalah sama, alat memasak yang dapat meningkatkan suhu paling tinggi akan dikira sebagai pemenang. 6. Keputusan pengadil adalah muktamad.
HAL-HAL LAIN
1. Peserta dibenarkan untuk memakai baju sukan dan topi semasa hari pengujian suhu (9 April).2. Pengundian untuk menentukan kedudukan tempat pengujian dilakukan pada 9 April.
3. Untuk maklumat lanjut, peserta boleh melayari laman web :i. http://solarcooking.org/ ii. http://home.earthlink.net/
DOKUMANTASI
PERTANDINGAN SOLAR COOKING PERINGKAT SEKOLAH 2014
BIL Perkara Informasi 1. Guru Perlaksana 1. Pn. Noraida Bt Yusoff
2. Pn. Wan Hamidah Bt Wan Mahmood2. Sasaran Murid Pelajar tingkatan 2 kelas L, U, C, E, dan A3. Tarikh Perlaksaan 8 - 9 April 20144. Objektif 1. Pendedahan kepada pelajar tentang Solar Cooking
2. Pemilihan peserta untuk dibawa ke pertandingan di peringkat Daerah.3. Memupuk semangat kerjasama dikalangan pelajar.4. Menyemai rasa minat pada mata pelajaran Sains
5. Bahan Bantu 1. Peralatan untuk membina dapur solar6. Foto – foto Program
Pemenang Subash, Immanuel, Ang Hee Seong (2 Luhur)7. Masalah yang dihadapi 1. Kesukaran untuk membeli/mendapatkan peralatan untuk membina dapur solar
2. Guru yang mengendalikan kurang berpengalaman
8. Cadangan penambahbaikan 1. Tempahan secara terus dengan pembekal agar dapat disediakan semua alatan untuk membina dapur solar
2. Pelajar senior yang pernah menyertai pertandingan ini dilantik secara automatic menjadi mentor kepada pelajar yang akan menyertai pertandingan ini.
Disediakan oleh,
________________________________
( NORAIDA BINTI YUSOFF)
Disemak oleh,
________________________________
( )
DOKUMANTASI
PERTANDINGAN SOLAR COOKING PERINGKAT DAERAH 2014
BIL Perkara Informasi 1. Guru Pengiring Pn Noraida Bt Yusoff
2. Murid Peserta Subash, Immanuel, Mohd Haziq Fiqri3. Tarikh Perlaksaan / Tempat 24 April 2014, SMK Methodist ACS4. Objektif 1. Menguji kreativiti pelajar
2. Memupuk semangat kerjasama dikalangan pelajar.3. Menyemai rasa minat pada mata pelajaran Sains
5. Bahan Bantu Peralatan untuk membina dapur solar6. Foto – foto Program
Percubaan Pembinaan Dapur solar – Dengan tunjuk ajar Cikgu Wan Hamidah-
Tempat pertama
Memberi penerangan kepada juri
Pemenang SMK ACS Methodist Klang
7. Masalah yang dihadapi 1. Kesukaran untuk membeli/mendapatkan peralatan untuk membina dapur solar2. Guru yang mengendalikan masih baru dalam pertandingan ini
8. Cadangan penambahbaikan 1. Tempahan secara terus dengan pembekal agar dapat disediakan semua alatan untuk membina dapur solar
2. Pelajar senior yang pernah menyertai pertandingan ini dilantik secara automatik menjadi mentor kepada pelajar yang akan menyertai pertandingan ini.
Disediakan oleh,
________________________________
( NORAIDA BINTI YUSOFF)
Disemak oleh,
________________________________
( )
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LA SALLE KLANG
KERTAS KERJAPERTANDINGAN SOLAR COOKING PERINGKAT SEKOLAH
1.0 PENDAHULUAN
Sains dan kehidupan tidak dapat dipisahkan. Oleh itu, panitia Sains ingin menjalankan satu pertandingan membina dapur solar di kalangan pelajar sesi petang SMK La Salle bagi mencungkil kreativiti pelajar dan menggalakkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan Sains dalam kehidupan mereka.
2.0 RASIONAL
Menyerlahkan bakat kreativiti pelajar dan mengaplikasikan pengetahuan Sains dalam kehidupan mereka.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Pendedahan kepada pelajar tentang Solar Cooking 3.2 Pemilihan peserta untuk dibawa ke pertandingan di peringkat Daerah.3.3 Memupuk semangat kerjasama dikalangan pelajar.3.4 Menyemai rasa minat pada mata pelajaran Sains
4.0 SASARAN
Pelajar SMK LA Salle Klang dari kelas Tingkatan 2 Luhur, Usaha, Cekap, Etika
5.0 KETETAPAN PELAKSANAAN
5.1 TARIKH : 8, 9 APRIL 2014 5.2 HARI : SELASA, & RABU5.3 MASA : SESI PEMBINAAN DAPUR : 3.30 pm – 6.30 pm
: SESI PENGUJIAN DAPUR : 1.05 pm – 3.25 pm
6.0 TEMPAT AKTIVITI
6.1 Dewan6.2 Dataran Cassian
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Perbelanjaan Kos bahan untuk satu pasukan : RM 20.00 X 15 kumpulan = RM 300.00Hadiah pertama, ke-2, ke -3 : RM 20.00 X 9 orang = RM 180.00
RM 480.00 Sumber Kewangan
Yuran satu kumpulan : RM 15.00 X 15 Kumpulan = RM 225.00 Sumbangan Panitia = RM 255.00
RM 480.00
8.0 PENUTUP
Program yang akan dijalankan ini memberi makna yang amat besar kepada pelajar-pelajar, guru dan juga pihak sekolah. Oleh yang demikian kerjasama daripada semua pihak amatlah diharapkan supaya objektif program yang telah dirangka akan tercapai dengan jayanya. Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Sekian, Terima kasih.
Kertas Kerja Disediakan Oleh; Diluluskan oleh : ……………………………….. Pn Noraida Bt Yusoff, ………………………Penolong Ketua Panitia Sains Sek. Men. Keb. La Salle Klang.