pertanian siap

download pertanian siap

of 15

Transcript of pertanian siap

PENGHARGAAN

Pertama sekali izinkan kami ucapkan setinggi kesyukuran kepada Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana tanpanya tidak mungkin kami dapat menyempurnakan kerja kursus ini tanpa sebarang masalah dan dugaan. Diharap segala usaha yang dicurahkan ke atas kerja kursus ini diterima oleh pensyarah yang mengajar.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami En Hussain B Yaakob yang banyak membantu kami dalam menjayakan kerja kursus ini. Selain itu bimbingan dan sokongan beliau terhadap kerja kursus kami ini amat dihargai. Tanpa beliau mungkin kami tidak dapat menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang telah ditetapkan.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan tidak kira siang mahupun malam. Ini telah membakar semangat kami untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan lebih sempurna lagi.

Selain itu, ribuan terima kasih diatas sokongan dan bantuan rakan-rakan opsyen RBT dalam bersama-sama menyiapkan kerja kursus ini dengan memberi maklumat dan beberapa bantuan bagi permudahkan kami. Kami berharap supaya kerja kursus kami ini dapat diterima oleh En Hussain dengan jayanya.

PENGENALAN

Kehidupan manusia sangat berkait rapat dengan alam semula jadi. Walaupun kehidupan mesyarakat yang tinggal di kawasan bandar sibuk dengan aktiviti ekonomi dan sosial namun secara tidak langsung mereka masih memerlukan suasana keindahan alam semulajadi terutamanya kehijauan tumbuhan. Berbagai pihak telah menyedari tentang kepentingan tumbuhan hijau kepada manusia dan mereka telah mengambil tindakan untuk menyaimbangkan pembangunan infrastuktur dengan menanam tumbuh-tumbuhan di kawasan perbandaran serta menyedarkan mesyarakat tentang kepentingan bumi hijau.Hortikultur dalam bahasa Latin membawa makna Garden Cultivation atau Hortus ( garden) dan juga culture/ colere (cultivation). Tumbuhan hortikultur hiasan dan landskap debahagikan kepada bahagian-bahagian mengikut kegunaan, bentuk dan ciri-ciri pertumbuhan.

Terdapat lapan pengkelasan dalam membezakan tumbuhan hortikultur hiasan dan lanskap ini, iaitu pokok naugan dan pinggiran jalan, pokok hiasan, pokok renek, pokok menjalar dan memanjat, pokok palma, pokok lendair, pokok kaktus dan rumput turf atau hiasan. Setiap pengkelasan tumbuhan tersebut mempunyai ciri-ciri nya yang tersendiri.

POKOK NAUGAN DAN PINGGIRAN JALAN

Pengenalan: Pokok naugan- Merupakan pokok yang biasanya di tanam bagi mendapatkan tempat teduh. - Biasanya tumbuh merendang serta mempunyai kanopi. Pokok pinggiran jalan pokok yang ditanam di kiri dan kanan ataupun di pembahagi-pembahagi jalan Memberi teduhan kepada orang ramai

Ciri-ciri: Ketinggiannya melebihi lima meter Dahannya tidak mudah patah atau rapuh Kanopinya padat dengan daun dan ranting Tidak mempunyai akar banir yang boleh merosakkan atau mengotorkan jalan raya Tidak mempunyai buah yang besar atau beracun Mempunyai daun yang besar dan tidak mudah gugur Kos penyengaraannya rendah

Ciri-ciri lain: Mempunyai bau. Contohnya Plumeria obtusa (kemboja putih) Mempunyai khasiat perubatan. Contohnya Myristica fragans (pala)

Kegunaan : Sebagai naugan di kawasan tertentu Penahan dan penapis angin Sebgai sempadan Untuk meceriakan lanskapPOKOK HIASAN

Pengenalan : Pokok hiasan daunan ialah spesies tumbuhan yang mempunyai keistimewaan pada daunnya yang berbagai-bagai saiz dan bentuk 'serta mempunyai warna yang menarik, sesuai dijadikan tanaman hiasan dalaman atau luaran. Kebanyakannya jenis renek atau herba dan mempunyai sifat-sifat yang lembut, memanjat, melekap atau merayap. Tanaman ini di tanam di kawasan tertentu untuk menghiasi kawasan tersebut. Tanaman ini di tanam di dalam bekas atau di tanam terus di atas tanah Antara keluarga tumbuhan yang biasa digunakan ialah keluarga Araceae, keluarga paku-pakis, keluarga palmae dan keluarga Orchidaceae.

Ciri-ciri: Tumbuhan ini mempunyai pelbagai bentuk iaitu bentuk bulat, rampak atau tegak Saiz tumbuhan ini bergantung kepada jenis pokok tersebut Tekstur tumbuhan ini mempunyai pelbagai tekstur iaitu kasar, sederhana dan halus Tumbuhan ini juga mempunyai pelbagai warna seperti warna hijau, kuning, merah dan sebagainya. Mempunyai daun, batang, bunga, buah dan bentuk yang menarik Digunakan untuk menghias kawasan tertentu sebagai penanda kawasan yang dapat menarik perhatian ramai Sesuai dijadikan tabir atau pelindung

Fungsi dan kegunaan: Menjadi hiasan dalam kawasan bangunan atau luar bangunan dan mencantikkan landskap Menjadi tempat untuk berteduh Melembutkan struktur binaan Jualan dalam perusahaan bunga keratan Bahan masakan atau perubatan

POKOK RENEK

Pengenalan: Ialah tumbuhan berbatang yang banyak dan mempunyai pangkal Mengeluarkan batang, dahan serta ranting dari pangkal Dibahagikan kepada pokok renek berdaun, berbunga, dan pagaran Renek berdaun Tidak mempunyai bunga yang menarik Mempunyai daun yang cantik Contoh: pokok akalipa kuning ( Acalypha wilkesiana) dan pokok puding (Codeaeum sp) Renek berbunga Bunga-bunga yang berwarna menarik Berbau harum Ditanam secara tunggal atau kelompok Contoh: pokok bunga raya (hibiscus rosa sinensis) dan pokok bunga kertas (bougainvillea sp.) Renek pagaran Ditanam rapat- rapat Digunakan untuk memisahkan kawasan ataupun menanda kawasan sempadan Dibiarkan tumbuh berbentuk semula jadi ataupun dipangkas mengikut bentuk-bentuk tertentu.

Ciri-ciri:1. Bentuk Bulat: Ixora javanica (pecah periuk) Mengurai: Casia biflora (kasia) Rampak: Tecomaria sp. (tekomaria)

2. UkuranKadar tumbesaran pokok renek diketogorikan kepada yang cepat (6-12 bulan), sederhana (1-2 tahun) dan lambat (melebihi dua tahun). Ukuran pokok renek merujuk pada ketinggian pokok itu yang dapat dicapai pada tahap matang. Mempunyai ketinggian 1.5 m 4m. Sederhana tinggi mempunyai ketinggian 1 m Rendah mempunyai ketinggian kurang daripada 0.5 m

3. Tekstur Punyai pelbagai tekstur Ada tekstur kasar Ada tekstur halus

4. Warna Mempunyai banyak warna berbanding kumpulan lain Banyak digunakan untuk mewarnai lanskap Mempunyai daun warna hijau, terdapat juga berdaun hijau putih dan pelbagai warna.

Ciri-ciri lain: i- Mempunyai banyak khasiat atau terapeutikii- Boleh menjalar dan memanjat

TUMBUHAN MEMANJAT DAN MENJALAR

Pengenalan: Kebanyakan pokok yang menjalar atau merayap ialah herby dan terdapat juga pokok renek yang berkayu lembut. Ada spesies-spesies, jika mendapat kayu sokongan akan memanjat. Memanjat: Mempunyai alat-alat khas seperti tendril dan pencaku Pokok memanjat mempunyai batang yang yang lembut. Mempunyai akar yang mengeluarkan pelekat Melekat pada sokongan di tanah Melilit pada pancang atau struktur yang dibina bagi membolehkannya memanjat. Contoh: pokok nyonya sirih (Clerodendron thomsonae) dan pokok bunga kembang sengsang atau kembang pagi (gloriosa superba) Menjalar: Tidak mempunyai alat-alat khas Tumbuh melata Contoh: hemigrapis (Hemagraphis colorata) dan bunga ros jepun (Portulaca grandiflora) Ranjat: Ialah tanaman hiasan yang tumbuh tegak Boleh memanjat jika dapat sokongan Contoh : pokok bunga kertas (Bougainvillea sp.) dan pokok petrea (Petrea volubilis)

Ciri-ciri:1. Bentuk Memanjat- Bergantung pada penyokong atau pancang tempat tumbuhan itu tumbuh Menjalar tumbuh melata di atas permukaan secara padat2. Ukuran Mempunyai ukuran tertentu Bergantung pada sokongan yang diberikan

3. Tekstur Tekstur kasar. Contohnya Vallaris glabra (kesidang) Tekstur halus. Contohnya Asparagus setaceus (asparagus paku pakis)

4. Warna Daunya berwarna hijau Bunganya kebiasannya terdapat warna ungu, kuning dan pelbagai warna

Ciri-ciri lain: Pertumbuhan yang cepat Tahan penyakit Kos penyenggaraan yang rendah

Fungsi: Sebagai hiasan Sebagai penutup bumi Mempunyai khasiat perubatan Mengeluarkan aroma

POKOK PALMA

Pengenalan: Palma ialah tumbuhan monokotiledon yang terbesar dan tertua di dunia. Tumbuhan ini tergolong dalam famili Palmae yang terdiri daripada enam subfamili. Famili ini mempunyai 200 genus dan tidak kurang daripada 2000 spesies yang terdapat di kawasan tropika dan subtropika. Di Semenanjung Malaysia terdapat kira-kira 31 genus dan 194 spesies sebagai palma asli. Daripada jumlah ini, 1 genus dan 82 spesies endemik. Di Sabah terdapat 25 genus dan 131 spesies. Daripada jumlah ini 12 spesies dan 2 varieti endemik. Di Sarawak pula terdapat 25 genus dan213 spesies. Daripada jumlah ini 56 spesies endemik. Jumlah ini tidak termasuk spesies yang diperkenalkan dari luar negara. lklim di Malaysia membolehkan berbagai-bagai spesies palma hidup dengan baik. Dalam bidang hortikultur spesies palma bukan sahaja berpotensi sebagai tanaman hiasan tetapi juga boleh digunakan sebagai tanaman persekitaran yang boleh mengawal hakisan pantai dan tanah runtuh di cerun-cerun dan bukit.

Jenis pokok palma:1. Palma berbatang tunggal: Terdapat satu batang yang tumbuh tegak dan lurus Terdapat pelbagai saiz dan ketinggian Kumpulan palma ini tidak bercabang

2. Palma berbatang rumpun: Terdapat beberapa batang yang tumbuh daripada pangkalnya. Batang berbentuk silinder, lurus dan mempunyai pelbagai saiz dan ketinggian.

Ciri-ciri:1. Bentuk Tumbuh tegak dan mempunyai bentuk yang pelbagai Uniknya pokok palma terletak pada bentuk batang dan daunnya.

2. Ukuran Boleh membesar dan meninggi dari 100 mm hingga 25 m Kadar tumbesaran pokok adalah cepat dan ada yang lambat Tumbesaran palma berbatang tunggal setinggi 300 mm setahun

3. Tekstur Mempunyai tekstur yang berbeza-beza mengikut saiz batang dan silira pokok Terdapat tekstur kasar dan halus

Ciri-ciri lain: Tumbuhan monokotiledon yang terbesar dan tertua di dunia Dari famili palmae Mempunyai satu batang yang berakhir dengan jambak daun

POKOK LENDAIR DAN TANAMAN DALAM BANGUNAN

Pengenalan: Tidak mempunyai tisu-tisu kayu di bahagian penyokongnya Sensitif dan manja kepada alam sekitar Tidak tahan pada cahaya matahari yang kuat Sesuai ditanam di dalam bangunan Memerlukan penjagaan yang lebih rapi

Ciri-ciri: Struktur daun yang tebal dan berlendair Tidak tahan dengan cahaya matahari yang kuat Tumbuhan ini tumbuh dengan tegak Ukuran tumbuhan mengikut jenis dan bekas penanaman Biasanya berwarna hijau tetapi terdapat juga warna lain

Ciri-ciri lain: Dibiakkan dengan berbagai-bagai cara Biji benih, keratan batang, keratan daun, cantuman dan pembahagian anak pokok. Ditanam di dalam bekas dan memerlukan medium pemasuan yang baik

Fungsi dan kegunaan: sebagai hiasan meja mempunyai khasiat perubatan sebagai daya penarik taman herba

POKOK KAKTUS

Pengenalan: tumbuh-tumbuhan daripada famili Cactaceae. Kebanyakkan kaktus mempunyai duri Telah mengalami pengubahsuaian semula jadi untuk membolehkan ia hidup di gurun pasir yang bersuhu tinggi dan tanpa air.

Ciri-ciri: Selalunya tumbuh secara menegak Tahan kepada suhu matahari yang tinggi Ukuran tumbuhan berbeza mengikut jenis dan bekas penanaman tumbuhan tersebut Tekstur tumbuhan kasar dan berduri Warnanya biasa berwarna hijau tetapi ada juga berwarna hijau kuning

Ciri-ciri lain: Memerlukan medium khas Mengandungi pasir dan sedikit bahan organik Ditanam di dalam pasu Dibiakkan secara keratan batang ataupun biji benih Tidak berapa sesuai ditanam atas tanah biasa kerana mudah reput jika tanah lembap

Fungsi dan kegunaan: Hiasan meja Taman bertemakan gurun Khasiat perubatan

RUMPUT TURF DAN RUMPUT HIASAN

Pengenalan: Di Malaysia terdapatberbagai-bagai spesies rumput yang boleh ditanam untuk taman, halaman dan padang sukan. Sekarang ini terdapat pengusaha-pengusaha ladang rumput yang mengimport berbagai-bagai spesies rumput untuk dipasarkan. Pemaju taman hendaklah mengenal pasti rumput yang benar-benar sesuai untuk taman-taman di Malaysia. Rumput yang dipilih hendaklah dipastikan dapat hidup dengan mudah dan subur dalam keadaan dan iklim tempatan. Rumput turf Nama diberikan kepada sekumpulan rumput daripada famili Poaceae (Graminae) Diberi penjagaan yang baik Rumput hiasan Tumbuhan berupa rumput tetapi tidak semestinya daripada famili Poaceae Ditanam semata-mata untuk hiasan Tidak semua rumput hiasan boleh dipotong rapi

Ciri-ciri:1. Bentuk Tumbuh secara melata atau menjalar di permukaan tanah Mempunyai tekstur daun yang kasar dan halus Tekstur daun mengikut kegunaan rumput turf di sesuatu kawasan

2. Ukuran Mempunyai ketinggian kurang daripada 150 mm dari permukaan tanah Kadar tumbesaran berbeza

Ciri-ciri lain: Cepat melata Tahan penyakit Tahan dipijak Tahan kemarau

Fungsi dan kegunaan: Melindungi dan menahan tanah daripada hakisan Kurangkan suhu persekitaran Serap debu dan asap kenderaan Latar depan reka bentuk landskap Penyambung susunan gabungan poko dalam landskap Sebagai pelapik

BIBLIOGRAFI

Philips, S. (2004). The Container Gardening Encyclopedia. London: Greenwish Editions.

Saidin, I. (2001). Bunga-Bungaan Malaysia. Kuala Lumpur: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shariff, M. K. (2002). Hortikultur hiasan dan Landskap. Kuala Lumpur: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Vermeulen, N. (1995). The Complete Encyclopedia of House Plants. Netherland: REBO Publishers.

[http://pokoktua.blogspot.com(6 ogos 2009)]

(http://fazlisyam.com/2007/08/03/lidah-jin-sesuai-untuk-pagaran)

(http://wikipedia.org/pokok_palma)

(http://www.rahsiataman.com/Taman/Tumbuhan%20Lanskap.tumbuhan.html)

(http://www.mynormas.com)