Pertimbangan Semasa Mengumpul Data Kajian Tindakan

54
Pertimbangan Semasa Mengumpul Data Kajian Tindakan

Transcript of Pertimbangan Semasa Mengumpul Data Kajian Tindakan

McCormick and James (1989) - penyelidik dikehendaki menunjukkan pemerhatian yang telah direkod dan dianalisis, bandingkan dengan apa yang sepatutnya mereka rekod dan analisis (tujuan). Inilah konsep kesahan...Kesahan adalah berhubung kait dengan kesalahan atau kesilapan yang boleh ada dalam kajian. kesahan kaedah secara asasnya adalah suatu takat di mana pemerhatian yang direkodkan adalah apa yang yang seharusnya penyelidik rekod

Kesahan disini perihatin kepada 'inferred meaning' daripada keputusan yang diperoleh melalui ujian, soal selidik, pemerhatian dan sebagainya.

Merujuk kepada kebenaran data Dengan mengetahui samada data sebenarnya

mengukur atau mencerminkan fenomena khusus yang dikaji Data dapat diukur untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan

Kesahan Kandungan Kesahan kandungan ialah ukuran sejauh mana atau

setepat mana sesuatu ujian dalam mengukur bidang yang hendak diukur. Kesahan kandungan yang rendah sama sekali tidak dapat mewakili keupayaan sebenar responden bagi kandungan yang hendak diukur. Kesahan kandungan (content validity) yang tinggi dapat dibina dengan membandingkan item ujian dengan objektif dan kandungan bidang kajian.

Kesahan Hubungan KriteriaKesahan hubungan kriteria terdiri daripada dua bentuk, iaitu kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan ramalan (predictive validity). 1. Kesahan serentak ialah sejauh mana dua alat ukuran yang berbeza akan mendapat hubungan hasil yang sama dalam ujian yang dilakukan serentak. -Contohnya, sekiranya satu alat kajian mempunyai kesahan serentak, kita akan melihat keputusan pengujian yang saling menyokong di dalam satu ujian menggunakan alat kajian kualitatif dan kuantitatif yang dilakukan pada masa dan respons kajian yang sama. Kesahan serentak boleh dikira dengan mencari hubungan korelasi antara dua skor ujian tersebut.

2. Kesahan ramalan pula ialah sejauh mana alat ukuran itu berupaya menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan skor yang diambil oleh alat yang lain kemudiannya. -Contohnya, satu ujian yang dibina untuk mengukur satu pencapaian matematik dapat meramal keputusan SPM matematik. Kesahan ramalan boleh diambil kira dengan mencari korelasi antara skor ujian dengan gred SPM.

Kesahan Konstruk Kesahan konstruk ialah sejauh mana alat ujian dapat

mengukur satu konstruk berasaskan teori psikologi yang tertentu. Contohnya, alat yang digunakan untuk mengukur konstruk rajin sepatutnya dapat mengukur konstruk ini dengan baik. Kesahan konstruk boleh ditingkatkan dengan memahami maksud dan mengetahui ciri-ciri konstruk rajin.

Kesahan Muka Kesahan muka ialah alat yang digunakan yang dapat

dilihat secara kasar keupayaan mengukur apa yang hendak diukur. Contohnya, alat yang digunakan untuk mengukur konstruk rajin. Kita sepatutnya dapat melihat itemitem berkaitan dengan ciri-ciri orang rajin. Kesahan muka memberi keyakinan kepada responden terhadap item-item yang hendak dijawab. Kesahan muka boleh menyebabkan responden meneka jawapan yang positif ketika menjawab soalan.

Kritikan Luaran (Keaslian Data) Kritikan luar bermaksud maklumat yang diperolehi

hendaklah melalui proses pengesahan bukti-bukti yang diperolehi. Kritikan ini mempersoalkan sama ada dokumen, kesan-kesan peninggalan, artifak dan lainlain sumber adalah betul dan boleh dipercayai.

Kritikan Dalaman (Ketepatan Data) Selepas sumber maklumat disahkan, kritikan dalaman

perlu dilakukan. Dalam kritikan dalaman ini, penyelidik akan menilai terhadap keperluan dan kepentingan buktibukti yang dikumpulkan. Keupayaan penyelidik memilih bahan-bahan dengan kepentingan maklumat akan mencorakkan penyelidikan yang dilakukan.

Bil.

Bentuk Kesahan

Keterangan

1. Kesahan dalaman

Berkaitan dengan perubahan yang timbul pada pemboleh ubah bersandar disebabkan oleh manipulasi pemboleh ubah tidak bersandar yang lain.

2. Kesahan luaran

Berkaitan dengan keputusan yang diperolehi, dapat digeneralisasikan kepada keadaan di luar situasi eksperimen.

Merujuk kepada kestabilan pengukuran atau ujian daripada seorang kepada yang lain. Ini bermaksud, guru penyelidik perlu yakin bahawa keputusan yang diperoleh tidak melebihi pentadbiran yang berbeza mengenai ujian, borang alternative dan markah ujian atau pengukuran yang lain.

Menurut McCormick & James (1989), kebolehpercayaan secara asasnya adalah berkenaan konsistensi dalam menghasilkan suatu keputusan dan merujuk kepada keperluan, paling tidak sama ada dalam prinsipprinsipnya, daripada penyelidik yang lain, atau daripada penyelidik yang sama dalam kajian yang sama, iaitu mampu untuk membuat persamaan atau replikasi dalam sesetengah bahagian kajian dan mencapai kesamaan bukti dan keputusan kajian.

Berkaitan ketepatan data Masalah kebolehpercayaan boleh berlaku apabila data

diambil daripada sampel yang terlalu kecil Sehubungan itu, untuk penambahbaikan data Kajian Tindakan, kite hendaklah selalu menanyakan soalan seperti berikut: Adakah maklumat ini merupakan perwakilan tepat

realiti? Bolehkah saya fikir untuk sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data?

Teknik-teknik Menguji Kebolehpercayaan Kajian Tindakan Menyemak data untuk melihat kepada data yang ada dan

tiada Menyemak impak kepada penyelidik Triangulating Menghitung berat bukti - membuat keputusan untuk memilih data yang lebih dipercayai. Melihat kepada corak yang tidak sama (unpattern) boleh membantu Menggunakan kes-kes yang ekstrim Membuat follow-up dari semasa ke semasa Melihat kepada bukti atau maklumat negatif Membuat penduaan kepada data yang diperolehi Mendapatkan maklum balas terhadap kajian

Jenis Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan Kestabilan Kebolehpercayaan kestabilan ialah ukuran ketekalan

mengikut peredaran masa bagi sampel yang sama. Bila satu alat kajian yang sama dijalankan beberapa kali ujian, kebolehpercayaan kestabilan alat ini akan memberikan skor yang sama dari semasa ke semasa dengan responden yang sama. Indeks kebolehpercayaan kestabilan ini melibatkan korelasi antara skor ujian pertama dengan skor ujian kedua.

Kebolehpercayaan Kesetaraan Kebolehpercayaan kesetaraan adalah keputusan yang

setara antara skor bagi dua ujian yang setara (ujian yang berbeza tapi mempunyai kandungan dan darjah kesukaran yang sama). Satu set alat kajian menunjukkan kesetaraan sekiranya seseorang individu mendapat skor yang sama dalam mengambil ujian yang berbeza, tapi mempunyai kesetaraan yang sama. Indeks kebolehpercayaan kestabilan ini melibatkan korelasi antara skor ujian pertama dengan skor ujian kedua.

Kebolehpercayaan Ketekalan Dalaman Kebolehpercayaan ketekalan dalaman ialah ukuran

skor yang sama antara separuh soalan dengan separuh lagi soalan pada alat kajian yang sama. Ini bermakna ujian yang mempunyai kebolehpercayaan ketekalan dalaman mempunyai skor yang sama bagi separuh soalan yang dijawab oleh responden yang sama. Indeks kebolehpercayaan ketekalan dalaman melibatkan korelasi antara skor ujian bahagian yang pertama dengan skor ujian bahagian kedua.

Kebolehpercayaan ialah keupayaan alat kajian untuk mengekalkan skor atau keputusan sekiranya di uji dengan prosedur dan situasi yang sama.

Kebolehpercayaan Kestabilan

Kebolehpercayaan Kesetaraan

Kebolehpercayaan Ketekalan Dalaman

Kebolehpercayaan kestabilan ialah ukuran ketekalan mengikut peredaran masa bagi sampel yang sama.

Kebolehpercayaan kesetaraan adalah keputusan yang setara antara skor bagi dua ujian yang setara.

Kebolehpercayaan ketekalan dalaman ialah ukuran skor yang sama antara separuh soalan dengan separuh soalan lagi pada alat kajian yang sama.

Data Triangulasi Triangulasi ialah satu proses digunakan untuk analisis

data yang dipungut dalam satu kajian. Proses ini menunjukkan dua atau tiga proses lain digunakan untuk memerikasa keputusan. Ia juga dinamakan soal balas. Apabila menggunakan triagulasi ini, penyelidik akan rasa lebih yakin pada keputusannya setelah kesemua prosesproses yang telah dikumpul menunjukkan kesan serupa.

Kemungkinan untuk menggabungkan

pemerhatian pemerhatian, proses-proses, bahan-bahan akan memberikan penyelidik jaminan pada keputusan yang diperolehi. Dengan cara ini, dia boleh mengatasi kelemahankelamahan atau kecenderungan pada keputusan yang dibuat.

Etika Kajian Tindakan

Dengan adanya etika dalam kajian tindakan, guru-guru akan terselamat daripada menjadi mangsa tekanan dan menjadi bahan eksploitasi pihak atasan dan memudahkan guru untuk menjalankan kajian tindakan.

Aspek yang penting dan perlu dititikberatkan kerana dalam melaksanakan seauatu kajian tindakan, kita akan melibatkan banyak pihak yang akan terlibat secara langsung atau tidak langsung seperti guru, pelajar, ibu bapa dan pentadbir. Semua pihak ini perlu dihormati bagi melindungi mereka daripada dieksploitasi oleh pihak yang ingin mengambil kesempatan atas kepentingan sendiri.

Kerahsiaan peserta kajian

Tingkah laku dan keobjektifan penyelidik

Penyertaan secara sukarela

Reaksi peserta terhadap penyelidik mengguna,menganalisis dan melapor dapatan kajian Menjaga kerahsiaan data individu yang boleh dikenalpasti

Keizinan dan kemungkinan penipuan pihak peserta

MENGHURAIKAN DATA PENYELIDIKAN TINDAKAN

MENGINTEGRASIKAN PELBAGAI SUMBER DATA

PENYELIDIKAN KUANTITATIF EKSPERIMEN TEMUBUAL BERSTRUKTUR PEMERHATIAN BERSTRUKTUR PENYELIDIKAN KUALITATIF PEMERHATIAN PEMERHATIAN TURUT SERTA TEMUBUAL TIDAK BERSTRUKTUR MENGKAJI PELBAGAI DOKUMUEN DAN ARTIFAK

Kita boleh mengintegrasikan pelbagai sumber data samada dalam bentuk kuantitatif atau kualitatif.

Contohnya : Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan 2 jenis instrumen seperti berikut : Ujian Pra / Pasca Temu Bual

Ujian Pra / Pasca Ujian ini mengandungi 8 soalan berbentuk isi tempat kosong. Responden dikehendaki menamakan haiwan berdasakan gambar .( Rujuk lampiran 2 ). Ujian ini dijalankan sebelum tindakan dilaksanakan. Ujian ini dijalankan selama 10 minit dan dilaksanakan dihujung pengajaran dan pembelajaran. Ujian Pasca ditadbir selepas sehari tindakan dilaksanakan.Ujian pra dan pasca bertujuan untuk menilai keberkesanan tindakan yang dilaksanakan.

Temu Bual Dalam kajian ini , pengkaji telah menemu bual 5 orang responden yang petah bercakap. Di dalam temu bual ini, soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan keberkesanan tindakan yang dilaksanakan. Temu bual ini dilaksanakan selepas sessi persekolahan.

Data kajian telah dianalisis seperti berikut: Ujian pra / Pasca Data ujian pra / pasca adalah dalam bentuk markah ujian. Markah-markah ujian akan dikategorikan kepada tiga tahap iaitu Cemerlang , memuaskan dan Lemah. Tahap pencapaian ujian pra dan pasca adalah seperti berikut :Tahap Cemerlang Baik Lemah Julat Markah 70 % - 100 % 40 % - 69 % 0% - 39 % Jadual 2 : Jadual Tahap Pencapaian dan Julat Markah

Markah ujian pra dan pasca dibandingkan dalam ketiga-tiga pencapaian tersebut.Keberkesanan tindakan akan terbukti apabila ramai murid menunjukkan peningkatan dalam tahap pencapaian pada ujian pasca.

Temu BualData temu bual dianalisiskan secara analisis kandungan.Respon temu bual yang menyokong tindakan kajian menunjukkan keberkesanan tindakan kajian ini. Respon yang berkaitan dengan tindakan akan juga diambil perhatian untuk meneroka tindkan pengkaji.Dengan ini pengkaji dapat memurnikan tindakan yang dilaksanakan pada kitaran kedua.

Kesimpulannya, dapatan kajian daripada Ujian Pra/ Pasca dan temu bual hanya terbatas kepada kumpulan responden yang dikaji dan hanya boleh digenerelasasikan ke bilik-bilik darjah 1 sekolah pengkaji sahaja tetapi tidak dalam situasi di luar sekolah pengkaji.

Hal ini demikian kerana responden di sekolah pengkaji ialah responden yang terpilih yang mempunyai tahap kecergasan yang hampir sama. Walau bagaimanapun pengkaji- pengkaji lain boleh memanfaatkan dapatan kajian ini jikalau situasi bilik darjah mereka mempunyai persamaan dengan situasi bilik darjah pengkaji.

MENGHUBUNGKAIT

DATADENGAN KAJIAN LITERATUR

Kaedah mengumpul data:Penyelidikan kuantitatif Eksperimen Tinjauan Temubual berstruktur Kuasi eksperimental Pemerhatian berstruktur Set data Penyelidikan kualitatif Pemerhatian Mengkaji pelbagai dokumen dan artifak Pemerhatian turut serta Temubual tidak berstruktur

CONTOH:FOKUS KAJIAN : SATU KAJIAN MENGENAI PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TERHADAP MURID TAHUN LIMA SK. ALOR KELADI, BESUT, TERENGGANU. Oleh SITI AZURA BINTI ARSHAD

Pengkaji menggunakan 1 sumber pengumpulan data:

(a) Soal Selidik

Contoh penyelidikan kuantitatif

a)b) c)

Ringkasan Kesimpulan (apakah implikasi kajian) Cadangan untuk kerja lanjutan

Sulaiman Masri,2003

Bahagian kesimpulan atau penutup biasanya terdiri sama dengan perenggan pengenalan iaitu terdiri daripada satu perenggan utama dan jika perlu bolehlah ditautkan dengan satu perenggan tambahan tetapi lebih pendek. Kesimpulan esei mengandungi intisari kesemua idea yang dipaparkan dalam perenggan esei anda. Nyatakan mengapa anda sampai kepada suatu kesimpulan dan tegaskan pendirian anda dengan maksud mempengaruhi pembaca supaya menerima pandangan dan hujahan anda.Sulaiman Masri,2003

SKOR

BILANGAN REPONDEN

PERATUS

RENDAH

0

0.0 %

SEDERHANA

4

6.7%

TINGGI

56

93.4%

JUMLAH

60

100%

Jadual 14 : Persepsi Murid terhadap Bahan Bantu Mengajar Semasa Sesi P&P PSK

Pada keseluruhanya, dapatan kajian ini telah menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. Menerusi analisis deskriptif, didapati secara keseluruhannya 60 orang reponden yang terdiri daripada murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Alor Keladi memberikan respon sederhana terhadap penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar semasa sesi P&P PSK dengan skor min 3.13 dan kekerapan penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru PSK dengan skor min ialah 2.72. Bagi kaedah penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru PSK dan persepsi mereka terhadap penggunaan bahan-bahan itu semasa proses pengajaran PSK, reponden menunjukkan respon yang tinggi dan positif dengan skor ni masing-masing adalah 4.30 dan 4.25.