PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIALs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/371-ops-kesan.pdfBagi majikan yang...
-
Upload
nguyenhanh -
Category
Documents
-
view
245 -
download
0
Transcript of PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIALs3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/371-ops-kesan.pdfBagi majikan yang...
PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL
“Sikap Terbuka Layanan Mesra” 1
KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
Pengenalan 2
Laporan Inovasi
Tujuan Projek Inovasi 3
Proses Pelaksanaan Inovasi 3
Proses Sebelum Dan Selepas 3-4
Elemen Penurunan Kuasa 4
Impak inovasi terhadap kumpulan sasar
/ perkhidmatan / jabatan / agensi / Negara 5-6
Elemen Inovatif / Kreativiti 7-8
Elemen Keberkesanan 9-13
Elemen Signifikan 13-14
Elemen Relevan 15-17
Penutup 17
“Sikap Terbuka Layanan Mesra” 2
1. PENGENALAN Mengikut peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Seksyen 4- Tiap-
tiap perusahaan yang terhadapnya Akta ini terpakai hendaklah didaftarkan
dengan Pertubuhan dalam masa dan mengikut cara yang dinyatakan dalam
Peraturan-peraturan.Manakala Peraturan 10(3)-Peraturan-Peraturan
(Am)Keselamatan Sosial Pekerja 1971 menyebut , majikan perusahaan ini
dikehendaki mengemukakan Borang Pendaftaran Majikan yang diisi dan
ditandatangani dengan sempurnanya berkenaan perusahaan itu kepada pejabat
yang berkenaan tetapi tidak lewat dari 30 hari Akta dipakai bagi perusahaan itu.
Sebelum tahun 2005, tugas pengesanan majikan dilakukan oleh Pegawai Kerani
Sambilan dan bermula tahun 2006 tugas tersebut telah diambilalih oleh Pegawai
Pemeriksa Kontrak. Manakala pada tahun 2008, tugas tersebut telah diberikan
kepada Pegawai Pemeriksa Tetap. Setiap pegawai telah diberikan sasaran yang
perlu dicapai di dalam Sasaran Kerja Tahunan. Namun begitu, tiada mekanisme
standard dalam melaksanakan aktiviti pengesanan majikan.
Pengesanan majikan merupakan elemen penting di dalam aktiviti
penguatkuasaan, oleh itu satu mekanisme baru diperlukan untuk memastikan
majikan mematuhi peruntukan Akta dan Peraturan serta nasib pekerja terbela di
dalam mana-mana situasi.
Oleh itu, satu operasi secara bersepadu yang dinamakan “OPS KESAN” telah
diwujudkan.
“Sikap Terbuka Layanan Mesra” 3
2. LAPORAN INOVASI (Nyatakan secara ringkas yang mana berkaitan)
2.1 Tujuan Projek Inovasi
Tujuan Projek Inovasi ini adalah untuk memastikan majikan daripada
pelbagai kategori seperti pusat-pusat hiburan, pusat rekreasi, peniaga-
peniaga kecil dan majikan baru di mana terdapat pekerja yang layak
dicarum tetapi tidak dicarum menjalankan tanggungjawab mereka.
2.2 Proses Pelaksanaan Inovasi
2.2.1 Nyatakan jika dibuat in-house atau out house
Operasi ini dijalankan in-house di mana segala persiapan serta tindakan
dilakukan oleh PERKESO sebelum pelaksanaan operasi tersebut.
2.3 Proses sebelum dan selepas
Sebelum
Penghebohan aktiviti ini dilakukan melalui media
massa,elektronik,pengedaran flyers kepada majikan. Secara tidak
langsung, majikan mengambil maklum serta mematuhi peruntukan Akta
dan Peraturan. Majikan akan hadir untuk berdaftar secara sukarela
sebelum dikesan. Majikan juga diberikan tempoh pengampunan oleh
PERKESO sekiranya berdaftar dalam tempoh-tempoh yang ditetapkan
sebelum operasi bersepadu dimulakan.
“Sikap Terbuka Layanan Mesra” 4
Dalam tempoh tersebut, majikan dikecualikan daripada tindakan kompaun
serta pendakwaan kecuali kes-kes yang melibatkan tunggakan
caruman.Maklumat berkaitan pendaftaran perniagaan majikan seperti
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pendaftar Koperasi, Pendaftar
Pertubuhan, Malaysian Medical Association (MMA), Bar Council Malaysia
dan lain-lain juga diperolehi sebelum operasi dijalankan. Ini adalah untuk
memastikan kaedah yang lebih terancang serta sistematik. Jawatankuasa
Pemantau OPS Kesan diwujudkan bagi memantau, melicinkan dan
menyeragamkan proses dan prosedur Operasi. Selaras dengan itu, Garis
Panduan Prosedur OPS Kesan telah disediakan untuk memastikan
keseragaman proses dan prosedur pelaksanaan pemeriksaan.
Selepas
Selepas Operasi dijalankan,tindakan pemantauan secara langsung oleh
pejabat berkenaan serta ibu pejabat diperlukan bagi memastikan impak
serta objektif operasi tercapai. Statistik terperinci berkenaan operasi
dikemukakan ke ibu pejabat. Bagi majikan yang dikompaun, sekiranya
tidak mematuhi dalam tempoh yang ditetapkan, tindakan pendakwaan
boleh diteruskan.
2.4 Elemen penurunan kuasa (jika ada)
Terdapat elemen penurunan kuasa untuk aktiviti Operasi di mana notis
tawaran kompaun boleh dikeluarkan serta-merta kepada majikan yang
gagal mematuhi Seksyen 4 & 5, AKSP 1969 di peringkat Pejabat
Pengarah Negeri dan Pejabat Pengurus PERKESO.
“Sikap Terbuka Layanan Mesra” 5
2.5 Impak inovasi terhadap kumpulan sasar / perkhidmatan / jabatan / agensi
/ Negara:
Impak secara langsung ialah apabila majikan-majikan serta pekerja telah
berdaftar dengan PERKESO serta mematuhi arahan penguatkuasaan.
Berikut merupakan bilangan pendaftaran majikan dari tahun 2007 hingga
2011(hingga Jun).
0100,000200,000300,000400,000500,000600,000700,000800,000900,000
2007 2008 2009 2010 2011
Jumlah
Tahun 2007 2008 2009 2010 2011
Jumlah 649,603 684,465 724,290 769,684 800,352
Pertambahan - 34,862 39,825 45,394
“Sikap Terbuka Layanan Mesra” 6
Berikut merupakan bilangan pekerja berdaftar dari tahun 2007 hingga
2011 (hingga Jun).
11,000,000
11,500,000
12,000,000
12,500,000
13,000,000
13,500,000
14,000,000
14,500,000
2007 2008 2009 2010 2011
Jumlah
Oleh itu, jaminan keselamatan sosial terhadap pekerja dan orang
tanggunggannya dilindungi. Selaras dengan Visi PERKESO secara
khususnya, iaitu Peneraju Keselamatan Sosial Yang Unggul dan
Cemerlang. Di samping itu, ianya juga selaras dengan moto ’1 Malaysia,
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.
Tahun 2007 2008 2009 2010 2011
Jumlah 12,297,401 12,603,029 13,277,574 13,831,875 14,376,355
Pertambahan - 305,628 674,545 554,301 861,085
“Sikap Terbuka Layanan Mesra” 7
2.6 Elemen Inovatif / Kreativiti
2.6.1 Penciptaan nilai / elemen baru / tambahbaik
OPS Kesan PERKESO merupakan penambahbaikan kesan
daripada program pengesanan majikan yang pernah
dilaksanakan. Terdapat beberapa penerapan nilai baru seperti :
i. Promosi berkenaan aktiviti Ops Kesan melalui media
massa, media cetak, laman sesawang PERKESO, banner,
bunting untuk tujuan majikan berdaftar sebelum Ops Kesan,
ii. Majikan diberi tempoh pengampunan selama sebulan
(sebelum Ops Kesan), di mana sekiranya majikan berdaftar
dalam tempoh tersebut, kompaun tidak dikenakan,
iii. Sekiranya majikan ingkar dalam temph pengampunan
tersebut dan apabila Ops Kesan dilaksanakan, majikan akan
diberi Notis Tawaran Untuk Mengkompaun,
iv. Mengesan majikan yang beroperasi pada waktu malam di
mana PERKESO mengamalkan konsep ”turun padang”, iaitu
merupakan langkah proaktif untuk memastikan hak
keselamatan sosial majikan dan pekerja dipatuhi,
“Sikap Terbuka Layanan Mesra” 8
v. OPS Kesan PERKESO dilaksanakan secara bersepadu dan
sistematik, di mana dari sudut penglibatan ia secara total
melibatkan Pegawai Eksekutif dalam melaksanakan
pengesanan tersebut, di mana aktiviti tersebut dilaksanakan
secara berkumpulan,
vi. Diwujudkan bulan OPS Kesan.
2.6.2 Elemen mempermudahkan / penyelesaian masalah
Dengan terlaksananya Operasi ini, elemen untuk penyelesaian
masalah ke atas majikan yang ingkar dapat diatasi. Secara tidak
langsung, duta-duta PERKESO yang terdiri daripada Pegawai
Ekeskutif telah menyampaikan maklumat serta informasi berkaitan
Skim–skim yang ditawarkan oleh PERKESO. Sewaktu Ops
dilaksanakan, majikan-majikan yang dilawati telah diberikan kit
panduan yang lengkap berkaitan PERKESO.Ini juga merupakan
salah satu langkah mempromosikan PERKESO selaku agensi yang
menawarkan Skim Perlindungan yang kompetitif.
2.6.3 Lain-lain berkaitan
“Sikap Terbuka Layanan Mesra” 9
2.7 Elemen Keberkesanan
2.7.1 Gambaran faedah yang nyata diperolehi (e.g. impak besar kepada
negara/ agenda nasional)
Bertepatan dengan slogan ”Sikap Terbuka Layanan Mesra”,
PERKESO selaku agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia
senantiasa memastikan jaminan keselamatan sosial terhadap
pekerja serta tanggunggannya dilindungi. Ini selaras dengan
Objektif PERKESO, Menyediakan perlindungan keselamatan sosial
kepada semua pekerja dan tanggungan mereka menerusi skim-
skim insurans keselamatan sosial berasakan konsep masyarakt
penyayang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara (DPN)
dan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malysia sebuah negara
maju menjelang tahun 2020.
2.7.2 Peningkatan produktiviti / kepuasan
Hasil daripada Laporan Kajian Impak Program OPS KESAN
PERKESO 2009 mendapati:
i. Purata Lawatan Pengesanan Bagi Setiap Pegawai
Majikan dilawati Bilangan Pegawai Purata
21,370 193 11
“Sikap Terbuka Layanan Mesra” 10
Purata lawatan pengesanan bagi setiap pegawai adalah sebanyak
11 lawatan pemeriksaan dalam tempoh program ”OPS KESAN
PERKESO 2009”.
ii. Purata Lawatan Pengesan Bagi Setiap Pejabat
Purata lawatan pengesanan bagi setiap pejabat adalah sebanyak
292 aktiviti oleh 45 pejabat PERKESO. Secara purata, sebuah
pejabat menjalankan 6.5 aktiviti pengesanan.
iii. Peratusan Majikan Yang Layak Berdaftar Tetapi Gagal berdaftar
Hasil kajian mendapati, sejumlah 4,173 majikan daripada 21,370
yang dilawati telah dikesan layak berdaftar tetapi tidak mendaftar
dengan PERKESO. Ini bermakna, 19.53% daripada majikan yang
dilawati tidak berdaftar .
Aktiviti Pengesanan
Bilangan Pejabat PERKESO
Purata
292 45 6.5
Majikan dilawati Bilangan Layak Berdaftar
Peratus
21,370 4,173 19.53%
“Sikap Terbuka Layanan Mesra” 11
iv. Peratusan Majikan Yang Mendaftar Selepas Tindakan Pengkompaunan
Sejumlah 867 majikan daripada 1,445 yang dikesan tidak berdaftar
dengan PERKESO telah pun berdaftar sehingga tempoh Mei 2010.
Ini bermakna 60% daripada majikan yang dikenalpasti tidak
mendaftar dengan PERKESO telah berdaftar dalam tempoh 9bulan
selepas program dilaksanakan.
v. Peratusan Majikan Membayar Kompaun
Dari sudut pematuhan pembayaran kompaun, sejumlah 867
majikan daripada 1,445 yang ditawarkan Notis Kompaun telah
berdaftar sehingga tempoh Mei 2010. Ini bermakna, 60% daripada
majikan yang dikenakan kompaun telah membayar kompaun dalam
tempoh sembilan bulan selepas program dilaksanakan.
Majikan dikompaun
Bilangaan Tidak Berdaftar
Peratus
1,445 867 60%
Majikan dikompaun
Bilangaan Tidak Berdaftar
Peratus
1,445 867 60%
“Sikap Terbuka Layanan Mesra” 12
vi. Peratusan Jumlah Kompaun Ditawarkan
vii. Peratusan Jumlah Kompaun (RM)
Tahun 2009 2010 2011
(hingga Jun)
Jumlah Kompaun
1498 2958 2769
Peratusan - 49.36%
Tahun 2009 2010 2011
(hingga Jun)
Jumlah Kompaun(RM)
415,250 465,100 366,805
Peratusan - 10.72%
0
500
1000
1500
2000
2500
3000
2009 2010 2011
Jumlah
0
100,000
200,000
300,000
400,000
500,000
2009 2010 2011
Jumlah
“Sikap Terbuka Layanan Mesra” 13
2.7.3 Penjanaan pendapatan (sekiranya berkaitan)
Sepanjang tempoh Ops Kesan dilaksankan sejak 2009 hingga
2011 (hingga Jun), sebanyak 7225 notis tawaran kompaun telah
dikeluarkan dan sebanyak RM 1,247,155 bayaran kompaun
diterima. Secara tidak langsung ianya memberikan impak positif
terhadap kewangan PERKESO.
2.8 Elemen Signifikan
2.8.1 Bagaimana perkhidmatan boleh mesra pelanggan
2.8.2 Penjimatan kos
Operasi ini mampu menjimatkan kos kerana ia dilaksanakan secara
bersepadu yang melibatkan penetapan tarikh serta masa bagi
memastikan semua pegawai pemeriksa terlibat oleh setiap pejabat.
Di samping itu, ianya juga melibatkan penggunaan kenderaan
pejabat.
2.8.3 Penjimatan masa
Operasi ini mampu menjimatkan masa kerana ia dilaksanakan
secara bersepadu yang melibatkan penetapan tarikh serta masa
bagi memastikan semua pegawai pemeriksa terlibat oleh setiap
pejabat.
“Sikap Terbuka Layanan Mesra” 14
2.8.4 Penjimatan sumber manusia
Pada masa yang sama, ia juga telah menjimatkan tenaga sumber
manusia kerana sebelum ini, tugasan tersebut dilakukan oleh
Pegawai Kerani Sambilan. Namun, bermula 2006 tugasan tersebut
telah diberikan kepada Pegawai Pemeriksa.
Berikut merupakan jumlah pegawai pemeriksa bagi tahun 2008
hingga 2010.
2008 2009 2010
Jumlah Pegawai Pemeriksa
194 orang 189 orang 181 orang
2.8.5 Sejauh mana ianya memenuhi objektif inisiatif ini diambil
Secara keseluruhannya, ianya mencapai objektif yang telah
disarankan. Hasil kajian mendapati, sebanyak 39,825 majikan
berdaftar pada tahun 2009, terdapat peningkatan sebanyak 6.33%.
Di samping itu, ianya mencapai sasaran Penguatkuasaan kerana
majikan telah mematuhi AKSP 1969.
“Sikap Terbuka Layanan Mesra” 15
2.9 Elemen Relevan
2.10 Sumbangan kepada agensi organisasi / nasional
Secara tidak langsung, ianya memberi sumbangan kepada
pencarum-pencarum PERKESO yang terlibat untuk penerimaan
Faedah PERKESO, kerana seandainya majikan tidak dikesan
kebajikan serta keselamtan sosial pekerja tidak dilindungi.
2.11 Peningkatan diterima
Pemantauan yang dilaksanakan mendapati peningkatan terhadap
Operasi ini diterima kerana untuk tempoh 3 tahun mendapati
peningkatan yang positif terhadap pendaftaran majikan sewaktu
bulan Operasi.
2.12 Gambar-gambar berkaitan
“Sikap Terbuka Layanan Mesra” 16
“Sikap Terbuka Layanan Mesra” 17
2.13 Implikasi Kewangan (jika ada)
Terdapat implikasi kewangan untuk Operasi apabila melibatkan
tuntutan perjalanan Pegawai Pemeriksa. Namun apabila
melibatkan Operasi secara bersepadu, ianya dapat dijimatkan
kerana penggunaan kereta secara ”pool”.
3. PENUTUP
Kesimpulannya, terdapat peningkatan yang positif terhadap pendaftaran majikan
baru apabila Operasi secara bersepadu ini dilaksanakan. Oleh itu, penambaikan
berterusan akan dikenalpasti oleh Cawangan Penguatkuasaan bagi memastikan
keberkesanan serta pematuhan majikan.
Disediakan oleh:
Nama Pegawai / Unit Terlibat
Nama. : i. Anthony Arul Dass A/L Arulappen
ii. Nor Shuhadannisah Binti Abd Shukor
Cawangan Penguatkuasaan, Bahagian Operasi
Emel : i. [email protected]
“Sikap Terbuka Layanan Mesra” 18
PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL
Menara PERKESO 281, Jalan Ampang 50538 Kuala Lumpur
Talian Am : 03-42645000 Hotline : 03-42575755