Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) -...

3
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Objektif: Pertubuhan Keselamatan Sosial memberi perlindungan keselamatan sosial melalui insurans sosial termasuk faedah perubatan dan wang, bekalan peralatan prostetik dan pemulihan bagi pekerja untuk mengurangkan penderitaan dan memberi jaminan dan perlindungan kewangan kepada keluarga pekerja. Ditadbir oleh: Pertubuhan Keselamatan Sosial, Malaysia. PERKESO merupakan suatu organisasi yang ditubuhkan di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk mentadbir, menguatkuasakan dan melaksanakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (AKSP) dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Makna & Tafsiran PERKESO ialah singkatan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial. 1. Caruman wajib a. Seseorang pekerja yang bekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan dan berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah mesti mendaftar dan mencarum kepada PERKESO tanpa mengira status pekerjaan sama ada tetap, sementara atau sambilan dan tanpa mengira usia pekerja (Jadual Pertama, AKSP). b. PERKESO hanya meliputi pekerja dan penduduk tetap Malaysia sahaja. Akibat dari itu, pekerja asing dilindungi di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952. c. PERKESO tidak meliputi kategori orang-orang berikut: i. Orang yang berpendapatan melebihi RM3,000 sebulan dan tidak pernah dilindungi sebelum itu. ii. Kakitangan kerajaan. iii. Orang gaji yang diambil untuk bekerja di rumah kediaman persendirian termasuk tukang masak, pekebun, pembantu rumah, pengawal, tukang cuci dan pemandu. iv. Pekerja yang telah mencapai umur 55 tahun, bagi tujuan keilatan, akan tetapi jika mereka terus bekerja mereka harus dilindungi di bawah Skim Bencana Kerja. v. Orang yang bekerja sendiri. vi. Pekerja asing. d. Bagi pekerja yang berpendapatan melebihi RM3,000 sebulan, jika mereka pernah didaftarkan dengan PERKESO, mereka perlu terus membuat caruman. Jika mereka belum didaftarkan, mereka boleh memilih untuk mencarum. 2. Kadar Caruman a. Di bawah Skim Insurans Bencana Kerja dan Skim Pencen Ilat, bayaran caruman oleh majikan adalah 1.75% daripada gaji pekerja sementara bagi

Transcript of Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) -...

Page 1: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) - nhrc.com.mynhrc.com.my/...Keselamatan_Sosial_PERKESO.pdf · Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ... pengawal, tukang cuci dan pemandu.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Objektif: Pertubuhan Keselamatan Sosial memberi perlindungan keselamatan sosial melalui insurans sosial termasuk faedah perubatan dan wang, bekalan peralatan prostetik dan pemulihan bagi pekerja untuk mengurangkan penderitaan dan memberi jaminan dan perlindungan kewangan kepada keluarga pekerja.

Ditadbir oleh: Pertubuhan Keselamatan Sosial, Malaysia.

PERKESO merupakan suatu organisasi yang ditubuhkan di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk mentadbir, menguatkuasakan dan melaksanakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (AKSP) dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971.

Makna & Tafsiran

PERKESO ialah singkatan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial.

1. Caruman wajib

a. Seseorang pekerja yang bekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan dan berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah mesti mendaftar dan mencarum kepada PERKESO tanpa mengira status pekerjaan sama ada tetap, sementara atau sambilan dan tanpa mengira usia pekerja (Jadual Pertama, AKSP).

b. PERKESO hanya meliputi pekerja dan penduduk tetap Malaysia sahaja. Akibat dari itu, pekerja asing dilindungi di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952.

c. PERKESO tidak meliputi kategori orang-orang berikut:

i. Orang yang berpendapatan melebihi RM3,000 sebulan dan tidak pernah dilindungi sebelum itu.

ii. Kakitangan kerajaan. iii. Orang gaji yang diambil untuk bekerja di rumah kediaman persendirian

termasuk tukang masak, pekebun, pembantu rumah, pengawal, tukang cuci dan pemandu.

iv. Pekerja yang telah mencapai umur 55 tahun, bagi tujuan keilatan, akan tetapi jika mereka terus bekerja mereka harus dilindungi di bawah Skim Bencana Kerja.

v. Orang yang bekerja sendiri. vi. Pekerja asing.

d. Bagi pekerja yang berpendapatan melebihi RM3,000 sebulan, jika mereka pernah didaftarkan dengan PERKESO, mereka perlu terus membuat caruman. Jika mereka belum didaftarkan, mereka boleh memilih untuk mencarum.

2. Kadar Caruman

a. Di bawah Skim Insurans Bencana Kerja dan Skim Pencen Ilat, bayaran caruman oleh majikan adalah 1.75% daripada gaji pekerja sementara bagi

Page 2: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) - nhrc.com.mynhrc.com.my/...Keselamatan_Sosial_PERKESO.pdf · Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ... pengawal, tukang cuci dan pemandu.

perlindungan di bawah Skim Pencen Ilat sahaja, caruman pekerja adalah 0.5% daripada gaji pekerja.

b. Bagi tujuan caruman PERKESO, gaji ditakrifkan dalam seksyen 2(24) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 sebagai juga merangkumi semua saraan yang kena dibayar dengan wang oleh majikan kepada pekerja termasuk apa-apa bayaran berhubung dengan cuti, cuti umum, lebih masa dan kerja berlebihan semasa cuti, tetapi tidak termasuk:

§ caruman yang dibayar oleh majikan kepada mana-mana kumpulan wang pencen atau kumpulan wang simpanan;

§ elaun perjalanan atau nilai konsesi perjalanan; § perbelanjaan istimewa yang ditelan atas sebab pekerjaan; § bonus tahunan.

3. Faedah PERKESO diklasifikasikan kepada 2 kategori iaitu Skim Pencen Ilat dan Skim Insurans Bencana Kerja

a. Skim Pencen Ilat

Skim Pencen ini memberi perlindungan kepada pekerja jika berlaku ilat dan kematian atas sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan sebelum umur 55 tahun (Seksyen 17(1) AKSP). Ia memberi faedah berikut:

i. Pencen ilat ii. Geran ilat iii. Pencen penakat iv. Pemulihan v. Faedah kebumian.

b. Skim Insurans Bencana Kerja

Skim ini memberi perlindungan untuk kemalangan yang berlaku semasa perjalanan (Seksyen 24(1) AKSP). Ia memberi faedah berikut:

i. Penyakit khidmat ii. Faedah perubatan iii. Faedah hilang upaya sementara iv. Faedah hilang upaya kekal v. Elaun layanan sentiasa vi. Faedah kebumian vii. Faedah pemulihan viii. Faedah orang tanggungan

c. Faedah kepada seorang yang berinsurans atau orang tanggungan (Seksyen 15 AKSP):

i. Bayaran berkala dalam kes ilat ii. Bayaran berkala dalam kes hilang upaya atas sebab bencana kerja. iii. Bayaran berkala kepada orang tanggungan kepada orang

berinsurans yang meninggal dunia atas sebab bencana kerja

Page 3: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) - nhrc.com.mynhrc.com.my/...Keselamatan_Sosial_PERKESO.pdf · Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ... pengawal, tukang cuci dan pemandu.

iv. Bayaran faedah atau kos kebumian atas kematian orang berinsurans atas sebab bencana kerja

v. Bayaran berkala kepada orang berinsurans yang menerima pencen ilat atau faedah hilang upaya dan lumpuh atau hilang upaya dengan parah hingga memerlukan layanan persendirian daripada orang lain

vi. Rawatan perubatan bagi layanan orang berinsurans yang mengalami hilang upaya

vii. Bayaran berkala kepada orang tanggungan kepada orang berinsurans yang meninggal dunia semasa menerima pencen ilat.

Implikasi Utama Jadual pendaftaran penuh boleh dirujuk di laman web PERKESO Bidang Utama Implikasi

Kelayakan untuk Caruman (Jadual Pertama AKSP)

• Wajib untuk pekerja dengan gaji RM3,000 ke bawah. • Pekerja dengan gaji melebihi RM3,000 dan tidak

pernah mendaftar sebelumnya, boleh memilih untuk mencarum

• Tidak meliputi pekerja asing

Kadar caruman • Majikan 1.75% gaji pekerja • Pekerja 0.5% daripada gaji

Perlindungan PERKESO (Seksyen 17 & 24)

• Skim Pencen Ilat Pekerja • Skim Insurans Bencana Kerja

Penalti (Seksyen 7 & Peraturan Am 33)

• Kesalahan dalam pendaftaran atau bayaran – didenda sehingga RM 10,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya

• Kesalahan bayaran lewat - – 6% setahun bagi setiap hari kelewatan atau keingkaran bayaran.