Pertubuhan

16
PENDIDIKAN JASMANI (PJ) MERUPAKAN MATA PELAJARAN KHAS DARI AWAL PENUBUHAN KEMENTERIAN PELAJARAN. NAMUN PADA 1988, KURIKULUM INI DIROMBAK MENJADI SATU MATA PELAJARAN, IAITU PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (PJK).

Transcript of Pertubuhan

Page 1: Pertubuhan

PENDIDIKAN JASMANI (P J ) MERUPAKAN MATA PEL A JARAN KHAS DARI AWAL PENUBUHAN KEMENTERIAN PEL A JARAN. NAMUN PADA 1988, KURIKULUM IN I D IROMBAK MENJADI S ATU MATA PEL A JARAN, IA ITU PENDIDIKAN JASMANI DAN KES IHATAN (P JK ) .  

Page 2: Pertubuhan

Pada 1999 pula, kurikulum PJK dipecahkan menjadi dua mata pelajaran, iaitu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJ & PK).

PJPK ini digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat cergas, sejahtera dan produktif, di samping mengamalkan gaya hidup sihat.

Page 3: Pertubuhan

PJPK membantu pelajar menjadi cergas, aktif dan berpengetahuan dengan pemupukan kemahiran, nilai dan amalan kecergasan. 

Page 4: Pertubuhan

Implementasi kurikulum PJPK merangkumi aspek kesihatan dan kecergasan di sekolah merupakan satu cabaran kepada pentadbir dan guru-guru PJPK.

Page 5: Pertubuhan

Persoalannya pada masa kini, walaupun kedua mata pelajaran ini diiktiraf wajib, mengikut Akta Pendidikan 1996 (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 25/1998), namun mata pelajaran PJPK telah lama terpinggir di sekolah tanpa disedari. 

Page 6: Pertubuhan

Mata pelajaran PJPK dianggap pelajaran sampingan, malah kurang pemantauan daripada pihak sekolah. Besar kemungkinan situasi ini disebabkan PJPK tiada peperiksaan berpusat atau tidak dinilai dalam peperiksaan kebangsaan serta tiada rekod pencapaian pelajar dilakukan. 

Page 7: Pertubuhan

Masa pengajaran PJ digunakan untuk bermain sahaja atau dengan kata lain tiada pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan mengikut sukatan ditentukan. Tambahan pula, kebanyakan guru yang mengajar PJPK bukan daripada guru opsyen PJPK, tetapi hanya sebagai pelengkap jadual waktu sahaja di sekolah. 

Page 8: Pertubuhan

PENYUSUNAN JADUAL 

Mata pelajaran PJPK ini hanya diperuntukkan dua kali seminggu bagi sekolah menengah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1979. Setiap sekolah hendaklah mematuhi penyusunan jadual waktu serta peruntukan masa yang terkandung di dalam Surat Pekeliling Bil. 3/1979 dan Bil. 25/1998. 

Page 9: Pertubuhan

Jadual waktu hendaklah disusun sekurang-kurangnya berselang-selang dua hari dan waktu PJPK bagi sesebuah kelas jangan sekali-kali dicantumkan (anjal). Peruntukan masa bagi PJPK adalah 60 waktu setahun dengan 40 minit setiap waktu bagi PJ dan 24 waktu setahun dengan 40 minit setiap waktu, bagi PK. 

Page 10: Pertubuhan

Walaupun peruntukan masa untuk PJ telah ditetapkan mengikut surat pekeliling tersebut, namun terdapat juga sekolah masih melaksanakan sesi pengajaran PJPK dalam dua waktu sekali gus (80 minit). Perkara ini seharusnya dipandang serius kerana pelaksanaan kurikulum PJPK ini harus diselaraskan bagi setiap sekolah di seluruh negara.

Page 11: Pertubuhan

Berdasarkan peruntukan masa, tidak munasabah sesuatu pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna, tambah pula dengan masa diperuntukkan bagi satu waktu, iaitu (40 minit) cukup untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mahupun ujian atau penilaian ke atas pelajar, terutama ujian Segak yang memerlukan masa untuk pengurusan peralatan ujian. 

Page 12: Pertubuhan

???Sekiranya pelajar diberi masa 10 minit untuk menukar pakaian sukan dan 10 minit lagi untuk membersihkan diri selepas tamat pengajaran PJ, maka waktu 40 minit itu hanya tinggal 20 minit sahaja. Dalam masa 20 minit itu pula, pelajar perlu mengikuti beberapa fasa pengajaran, iaitu melakukan regangan 10 minit, diikuti fasa pengajaran atau kemahiran yang akan dipelajari termasuk ansur maju dan aktiviti cuba jaya atau permainan kecil dan diakhiri dengan fasa pengenduran dan refleksi selama 10 minit.

Page 13: Pertubuhan

KURANG MINAT 

~ Bagi memastikan pelajar dapat memahami dan seterusnya menguasai sesuatu teknik kemahiran, perlu mempunyai masa yang cukup. Ini juga salah satu faktor mengapa pelajar pada masa kini tidak berminat untuk mengikuti kelas PJPK. 

Page 14: Pertubuhan

Mereka berasa tidak cukup masa untuk menukar pakaian, terutama sekolah yang tidak mempunyai bilik persalinan dan perlu bersiap untuk memulakan sesi pelajaran berikutnya dalam keadaan kurang selesa. Ada juga yang beranggapan baru sahaja ingin memulakan permainan atau seronok untuk bermain, loceng menandakan tamat waktu pembelajaran sudah kedengaran. 

Page 15: Pertubuhan

Jika dahulu mata pelajaran PJK sangat-sangat dinantikan pelajar, tetapi kini jika diberi pilihan mereka tidak mahu langsung untuk mengikuti kelas PJK. Pelajar sekarang lebih rela duduk di dalam kelas mengikuti pengajaran dan pembelajaran daripada terlibat dengan aktiviti fizikal. 

Kementerian khususnya pihak yang

bertanggungjawab menggubal kurikulum

sesuatu mata pelajaran harus

memandang serius terhadap perkara ini

demi mencapai hasrat dalam Falsafah

Pendidikan Nasional (FPN) bagi melahirkan

insan seimbang jasmani, emosi, rohani

dan intelek (Jeri). 

Page 16: Pertubuhan

Jika dikaji dengan teliti, hanya mata pelajaran PJPK sahaja yang dapat memenuhi hasrat secara menyeluruh seperti yang terkandung dalam FPN tetapi mengapa pula timbul ura-ura yang mengatakan PJ hendak dihapuskan atau dikurangkan waktu pengajarannya sedangkan waktu yang diperuntukkan dalam perlaksanaan kurikulum sudah jelas tidak mencukupi.