pertumbuhan dan perkembangan
-
Upload
sahrin-suntrak -
Category
Documents
-
view
80 -
download
3
description
Transcript of pertumbuhan dan perkembangan
TUGASANSEPTEMBER 2013 SEMESTER
KOD KURSUS ECG 222
NAMA KURSUS PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN
NAMA PELAJAR MARIATI BTE MANSOR@MANGSUR
NO. MATRIK E30209120499
NAMA FASILITATORAKADEMIK
HJ. MOHD ROZAIMI HJ. ABD RAZAK
PUSAT PEMBELAJARAN
AEU KOTA KINABALU
ECG 222 Pertumbuhan Dan Perkembangan Kanak-Kanak
Bahagian A
“Pengetahuan Tentang Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Penting bagi Seorang
Guru Sekolah Rendah: Bincangkan”
Zaman kanak-kanak merupakan suatu zaman pertumbuhan dan pembelajaran yang
berlaku dengan cepat. Dalam beberapa tahun sahaja seseorang individu itu membentuk satu set
tingkah laku yang paling kompleks. Dia belajar bercakap, membaca, menulis, bekerjasama,
dapat membezakan antara yang betul dengan yang salah dan membuat beribu penyesuaian lain
kepada masyarakatnya sendiri. Sememangnya tidak semua kanak-kanak sama kejayaanya
dalam menguasai tugas-tugas perkembangan yang diharapkan. Ada kanak-kanak maju dengan
cepat dalam sesetengah bidang tetapi lambat dalam bidang yang lain. Guru yang bijak akan
menyedari bahawa kanak-kanak biasa tidak sama dari segi kebolehannya dan akan berikhtiar
untuk mengubah aktiviti-aktiviti pengajaran bukan hanya kepada setiap kanak-kanak tetapi
juga kepada beberapa perkembangannya.
Seorang guru yang efektif perlu menyedari kepentingan mengenai perkembangan
kognitif iaitu suatu proses yang melibatkan peningkatan keupayaan berfikir, pengetahuan dan
keintelektualan seseorang kanak-kanak. Dimana kanak-kanak tersebut berkemampuan untuk
menjana akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, memahami, menganalisa, dan
membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya. Setiap
kanan-kanak akan mengalami perkembangan kognitif sebagai salah satu daripada proses
tumbesaran mereka. Proses ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan
masa depan seseorang kanak-kanak, dimana ia sering dikaitkan dengan proses perkembangan
intelek seseorang kanak-kanak tersebut.
Proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan dan pola berfikir,
kemahiran berbahasa, dan cara individu memperoleh pengetahuan dari lingkungannya.
Aktiviti-aktiviti seperti mengamati dan mengklasifikasi, menghafal sajak atau doa,
memecahkan soal-soal matematik, dan menceritakan pengalaman, merupakan proses kognitif
dalam perkembangan anak. Dalam konteks ini, kita tidak boleh lari daripada membincangkan
teori perkembangan kognitif yang diutarakan oleh Jean Piaget. Beliau berpendapat pemikiran
sebagai satu proses yang disedari dan berkembang secara berperingkat-peringkat. Apabila guru
mengetahui setiap peringkat perkembangan kognitif anak muridnya, kemampuan inteleknya
dapat dimaksimumkan.
2
ECG 222 Pertumbuhan Dan Perkembangan Kanak-Kanak
Pada peringkat ini, perkembangan motor kanak-kanak adalah lebih baik dan
menunjukkan koordinasi yang lebih baik. Kemahiran motor yang telah dikuasai pada peringkat
awal kanak-kanak seperti berlari, memanjat, melompat, dan sebagainya sudah mencapai tahap
yang lebih mantap di samping beberapa jenis kemahiran yang baru telahpun dikuasai.
Kemahiran-kemahiran ini adalah seperti lompat tali atau skipping, berenang, menunggang
basikal dan meluncur. Misalnya, kanak-kanak yang berusia 6 tahun sudah boleh melakukan
aktiviti seperti mengetuk, mengikat tali kasut, memakai pakaian, melukis dengan
menggunakan pensel untuk menggantikan krayon, dan tulisan mereka menjadi semakin kecil.
Kanak-kanak antara 8 hingga 10 tahun pula boleh menggergaji, mengendalikan alatan untuk
berkebun dan menjahit. Bagi mereka yang sudah berusia antara 10 hingga 12 tahun, tulisan
mereka semakin kecil dan kemas, dan mereka telah pun menunjukkan kemahiran manipulatif
yang hampir sama dengan orang dewasa seperti bermain alat muzik. Guru yang memahami
perkembangan pada fasa ini semestinya akan menyediakan aktiviti yang lebih cenderung untuk
mengasa perkembangan motor dan bukan hanya menyalah murid tersebut nakal atau
hiperaktif.
Menurut Piaget pula, pada peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak, Pemikiran
Olahan Konkrit meliputi olahan mental yang membolehkan kanak-kanak melakukan aktiviti
mental yang terdahulu dilakukan secara fizikal. Olahan ini membolehkan kanak-kanak
melakukan pemikiran pembalikan dan juga menunjukkan kemahiran klasifikasi. Daripada segi
ingatan pula Ingatan Jangka Panjang (IJP) meningkat dan strategi seperti latihan akan
memberikan kesan kepada IJP kanak-kanak. Cara kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan
masalah. Kanak-kanak pada peringkat sekolah rendah tidak lagi menggunakan simbol dalam
perbualan berbanding semasa prasekolah yang dapat menunjukkan keupayaan penggunaan
bahasa yang semakin berkembang.
Menurut Jean Piaget, kanak-kanak menunjukkan peningkatan yang pesat dalam
memahami persekitaran dan pemikiran sesuatu benda yang berada di sekeliling. Kanak-kanak
sudah mula berfikir perkara akan datang dan berbincang perkara lepas. Mereka tidak lagi
hanya menumpukan pada perkara yang berkaitan dengan masa depan. Perkembangan kognitif
kanak-kanak pada peringkat ini, menggunakan simbol bagi menunjukkan sesuatu objek dan
membuat perbandingan antara satu sama lain. Keupayaan mereka menggunakan simbol ini
ditunjukkan melalui bermain, mengingat dan kemahiran menggunakan bahasa. Sebagai
contoh, seorang kanak-kanak dapat meniru perbuatan rakannya yang menari sumazau
walaupun mereka melihat beberapa hari yang lepas. Ini kerana keupayaan mereka
menunjukkan sesuatu objek agak terhad dalam bahasa dan mereka cuba menyampaikan
maksud dengan menggunakan simbol.3
ECG 222 Pertumbuhan Dan Perkembangan Kanak-Kanak
Pendidikan awal yang berkualiti amat perlu bagi meningkatkan perkembangan
menyeluruh seorang kanak-kanak. KSSR menggariskan enam komponen utama yang
menyumbang kepada perkembangan menyeluruh. Ia merangkumi bahasa dan komunikasi,
perkembangan kognitif, kerohanian moral, perkembangan emosi, perkembangan fizikal serta
kreativiti dan estetika. Manakala perkembangan kognitif pula melibatkan pemerhatian,
perbandingan dan diskriminasi, ramalan, konsep masa, konsep ruang dan penyelesaian
masalah, pengelasan, padanan satu dengan satu konsep nombor, operasi nombor dan
pengukuran. Kanak-kanak pada tahap ini juga mempunyai kecenderungan untuk melakukan
aktiviti yang berbentuk menyusun objek, tahu bagaimana untuk meletakkan objek yang sama
berdasarkan kriterianya. Kanak-kanak ini juga sudah mula menggunakan bahasa untuk
mengkategorikan barang. Selain itu, nombor dan warna sudah mula difahami.
Kesimpulannya ialah, kanak-kanak pada tahap ini sudah mula memahami apa yang
tidak difahaminya sebelum ini. Perkembangan ini sangat penting untuk menjadikan kanak-
kanak berkeadaan baik dalam segala aspek. Peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah dan
ibu bapa sangat penting untuk memastikan perkembangan kognitif tidak tersekat atau
terganggu. Kanak-kanak akhir pula sudah mula memahami aspek yang melibatkan logik dan
mampu untuk menggabungkan perkara logik dengan pemikiran yang abstrak. Pada tahap ini
juga, kemampuan pemikiran yang baru juga akan didapati contohnya ialah memikirkan
perkara yang abstrak, memikirkan proses dalam pemikirannya dan juga mereka melihat
sesuatu perkara sebagai relatif lebih daripada yang jelas. Pada tahap ini juga, kanak-kanak
sudah mula mempraktikkan kemampuan baru melalui lawak dan pergaduhan dengan ibu bapa
dan dengan yang lain.
Dari sudut pandangan pendidikan, tidak ada masa yang lebih penting dalam kehidupan
seseorang selain zaman kanak-kanak. Guru yang bekerja dengan kanak-kanak pada peringkat
ini haruslah memahami kanak-kanak akan keperluan asas mereka, masalah mereka serta kuasa
yang mengubah dan menghasilkan perubahan tingkah laku. Corak pertumbuhan, pembelajaran
dan penyesuaian yang ditetapkan pada masa kanak-kanak menjangkau ke masa hadapan dan
mempengaruhi aliran hidup.
4
ECG 222 Pertumbuhan Dan Perkembangan Kanak-Kanak
Bahagian B
PENGENALAN
Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses
perkembangan yang dilalui. Beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat
tahap mengikut urutan umur. Tahap-tahap perkembangan itu ialah tahap sensori motor atau
deria motor, tahap pra operasi, tahap operasi konkrit dan tahap operasi formal. Pelaksanaan
tugasan yang diberikan mengkhususkan dua tahap yang disebutkan di atas sebagai indikator
yang perlu dibuat eksperimen.
Eksperimen yang dijalankan menguji dua tahap perkembangan kanak-kanak iaitu tahap
pra operasi dan tahap operasi konkrit. Peringkat pra operasi melibatkan kanak-kanak berumur
2 hingga 7 tahun. Dalam peringkat ini kanak- kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol
untuk menggambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun,kanak- kanak telah
boleh bertutur dengan fasih dalam melalui bahasa yang dikuasainya itu , perkembangan
kognitifnya kian menjadi pesat. Pemikiran kanak-kanak dalam peringkat ini adalah egosentrik.
Mereka menganggap pandangan orang lain adalah serupa dengannya.Mereka percaya semua
objek mempunyai jiwa, oleh itu mereka tidak boleh membezakan ilusi dengan
kenyataan.Mereka hanya boleh memikir secara transduktif, iaitu daripada contoh khusus
kepada contoh khusus sahaia.. Pada akhir peringkat ini, mereka mula berupaya memberi
sebab untuk menyokong kepercayaan mereka boleh mengelaskan obiek mengikut ciri tertentu
dan memahami konsep keabadian bilangan.
Berdasarkan eksperimen dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa egosentrik
kanak-kanak mula luput secara beransur-ansur dari umur 7 tahun hingga 12 tahun, diikuti
dengan luputnya pemusatan perhatian terhadap satu-satu perkara. Tahap ini dipanggil sebagai
tahap operasi konkrit. Mereka mula memperoleh konsep transformasi, menguasai proses
kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanak-kanak sudah
boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Pada akhir peringkat ini, kanak
kanak sudah boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa
dan kelajuan. bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit
sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Oleh itu,
mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Pada masa ini pembelajaran lebih
menjurus kepada contoh yang konkrit dan pengalaman secara langsung.
5
ECG 222 Pertumbuhan Dan Perkembangan Kanak-Kanak
Tugasan yang diberi memerlukan guru memilih dua orang kanak-kanak yang berbeza
umur untuk dijalankan eksperimen yang sama untuk dilihat respons mereka dan dibincangkan
sebagai dapatan kajian. Maklumat kanak-kanak yang diuji adalah seperti berikut:
Nama Ag. Khaizuran Rafiee Ag.
Khaidzeery
Mohd. Amir
Mohd. Saiful
Jantina Lelaki Lelaki
Umur tepat 5 tahun 8 bulan 8 tahun 3 bulan
Kelayakan ayah Sarjana Muda Sarjana Muda
Kelayakan ibu SPM Diploma
Bil. adik-beradik Anak tunggal Anak sulung dari dua adik -
beradik
Agama Islam Islam
Keturunan Brunei Melayu
Objektif kajian dijalankan adalah untuk mengetahui samaada terdapat perbezaan di
antara kedua-dua jawapan kanak-kanak tersebut apabila 2 ujikaji yang sama dijalankan ke atas
mereka. Ini kerana menurut Teori Piaget kedua-dua kanak-kanak ini mempunyai tahap
perkembangan yang berbeza iaitu seorang pada tahap pra-operasi iaitu Ag. Khaizuran Rafie
berumur 5 tahun dan seorang lagi pada tahap operasi konkrit iaitu Mohd. Amir berumur 8
tahun. Matlamat kajian ini akan membolehkan saya melihat bukti secara lebih dekat dan jelas
tentang proses perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif. Melalui kajian ini, saya ingin
melihat apakah terdapat persamaan atau perbezaan bertepatan dengan apa yang di perjelaskan
oleh Jean Piaget dalam teori pembelajaran kognitif beliau. Melalui kajian ini juga saya ingin
mencari jawapan tentang perbezaan pendapat dan fikiran di antara kanak-kanak yang berumur
5 tahun dengan kanak-kanak berumur 7 tahun6
ECG 222 Pertumbuhan Dan Perkembangan Kanak-Kanak
PENGUMPULAN DAN ANALISIS DATA
Ujikaji telah berjaya dijalankan terhadap dua orang kanak-kanak di tempat dan masa
yang berbeza. Setelah mengenalpasti kanak-kanak yang ingin diuji iaitu Ag. Khaizuran yang
berumur 5 tahun manakala Mohd Amir yang berumur 8 tahun ujikaji dijalankan seperti yang
dirancang. Bahan ujikaji disusun diatas meja dan tempat yang senyap serta kondusif telah
dipilih untuk menjalankan eksperimen tersebut.
UJIKAJI 1
Ujikaji 1 merupakan ujikaji yang berkaitan dengan konservasi jisim. Dimana bahan
yang digunakan ialah seketul plastisin yang dibelah dua dan disukat agar kedua-dua plastisin
tersebut mempunyai saiz yang sama. Dimana kedua-dua kanak-kanak ditunjukkan plastisin
tersebut dan kedua-dua subjek perlu setuju bahawa kedua-dua plastisin tersebut sama banyak
untuk meneruskan langkah yang seterusnya. Langkah seterusnya satu ketulan plastisin tersebut
dibentukkan secara memanjang dihadapan kedua-dua subjek. Subjek perlu menjawab soalan
plastisin yang manakah lebih banyak di antara kedua-dua plastisin tersebut. Berikut
merupakan rekod ujikaji yang dilakukan dengan kedua-dua subjek. Ujikaji dijalankan ditepat
dan masa yang berbeza.
NAMA: AG. KHAIZURAN RAFIE AG. KHAIDZEERY
UMUR: 5 TAHUN 8 BULAN
7
ECG 222 Pertumbuhan Dan Perkembangan Kanak-Kanak
Penyelidik : Baiklah, Cikgu ingin tanya dengan Rafie, adakah Rafie tahu apa yang
diletakkan diatas meja didepan sekarang?
Rafie : Playdo.
Penyelidik : Bagus ini ialah tanah liat ataupun plastisin. Sekarang Cikgu ingin bertanya
dengan Rafie adakah kedua-dua plastisin ini sama banyak?
Rafie : Ya sama jak.
Penyelidik : Boleh Rafie bagitahu Cikgu kenapa Rafie cakap sama banyak?
Rafie : Sama banyaklah. Kan sama dua-dua ni.
Penyelidik : Okey bagus, sekarang apabila cikgu buat begini ( sambil mengulung
plastisin kepada bentuk yang panjang). Mana satu plastisin yang lebih
banyak.
Rafie : Emmm, yang ini lebih banyak. ( sambil menunjuk ke plastisin yang
panjang)
Penyelidik : Okey boleh bagitahu kenapa Rafie cakap yang itu lebih banyak.
Rafie : Emmmm, sebab tadi dia kena gulung sebab tu dia lebih banyak.
Penyelidik : Ooo sebab kena gulung jadi panjang sebab itu dia lebih banyak.
Rafie : Ya, sebab itu yang ini lebih banyak.
Penyelidik : Jadi maksud Rafie awal-awal tadi plastisin tu sama banyak tapi apabila
8
ECG 222 Pertumbuhan Dan Perkembangan Kanak-Kanak
sudah digulung dan dalam bentuk memanjang plastisin yang lebih panjang
ini lebih banyak?
Rafie :Ya, betul.
Pada waktu yang berlainan ujikaji ini dijalankan ke atas seorang kanak -kanak yang
berumur 8 tahun. Apabila ujikaji ini dijalankan kanak-kanak tidak sedar bahawa ianya satu
eksperimen dan tidak dinyatakan kepada mereka bahawa jawapan mereka akan direkod. Oleh
kerana ujikaji 1 ini telah dijalankan terlebih dahulu dengan kanak-kanak berumur 5 tahun,
persepsi untuk kanak-kanak 8 tahun menjawab dengan betul sedikit tinggi. Hasil ujikaji
direkodkan seperti dibawah.
NAMA: MOHD. AMIR MOHD SAIFUL
UMUR: 8 TAHUN 2 BULAN
Penyelidik : Okey Amir boleh bagitau Cikgu apa benda yang ada di depan Amir
sekarang
Amir : Plastisin warna biru.
Penyelidik : Okey bagus. Sekarang Cikgu ingin tahu Amir rasa kedua-dua plastisin sama
banyak atau tidak?
Amir : Ya, sama saja.
Penyelidik : Kenapa Amir cakap sama banyak?
9
ECG 222 Pertumbuhan Dan Perkembangan Kanak-Kanak
Amir : (Sambil mengambil kedua-dua plastisin dan ditindihkan bersama) Sebab
memang sama Cikgu. Cikgu tengok ni. Hujung dia dua-dua sama.
Penyelidik : Okey (sambil mengulungkan plastisin dihadapannya) sekarang Cikgu ingin
tahu plastisin yang mana lebih banyak?
Amir : Lebih banyak Cikgu?
Penyelidik : Ya mana yang lebih banyak?
Amir : Amir rasa yang plastisin ni yang lebih banyak ( sambil menunjuk plastisin
yang panjang).
Penyelidik : Kenapa Amir cakap plastisin yang ini lebih banyak?
Amir : Sebab ini plastisin yang ini lebih panjang dari yang satu lagi.
Penyelidik : Itu sahaja sebabnya?
Amir : Ya
10
ECG 222 Pertumbuhan Dan Perkembangan Kanak-Kanak
UJIKAJI 2
Ujikaji kedua berkaitan dengan konservasi cecair. Dimana subjek akan diuji dengan
menggunakan 2 gelas yang sama saiz & bentuk dan 1 gelas yang bercorong panjang untuk
melihat menafsiran mereka mengenai konservasi cecair mereka. Langkah pertama, kedua-dua
subjek perlu akan disediakan dengan dua gelas yang sama saiz dengan air. Pastikan air dalam
kedua-dua gelas itu sama banyak. Subjek akan ditanya sama ada air dalam dua gelas tersebut
adalah sama banyak. Betulkan isi padu dalam gelas-gelas berkenaan sehingga subjek bersetuju
bahawa air dalam kedua-dua gelas itu sama banyak. Setelah kedua-dua subjek bersetuju
isipadu air adalah sama ambil satu gelas dan tuangkannya ke dalam gelas yang bercorong
panjang. Kemudian, tanya subjek sama ada air dalam kedua-dua gelas yang berlainan bentuk
itu sama banyak atau satu gelas mempunyai lebih banyak air. Jika subjek menjawab ‘tidak
sama’, minta subjek nyatakan gelas manakah yang mempunyai air yang banyak. Minta subjek
memberi penjelasan mengapa gelas yang bercorong panjang mempunyai lebih banyak air.
NAMA: AG. KHAIZURAN RAFIE AG. KHAIDZEERY
UMUR: 5 TAHUN 8 BULAN
Penyelidik : Baiklah, Sekarang Cikgu letakkan dua bekas yang diisi dengan air. Betul?
Rafie : Ya ada air di dalam.
11
ECG 222 Pertumbuhan Dan Perkembangan Kanak-Kanak
Penyelidik : Okey sekarang Cikgu panggil bekas satu A dan satu lagi B. Sekarang Cikgu
ingin bertanya dengan Rafie air dalam bekas A dengan B sama banyak atau
tidak ?
Rafie : Tidak sama A lebih banyak.
Penyelidik : Okey sekarang Cikgu kurangkan dari bekas A( sambil menuang air yang
lebih). Sekarang air dalam bekas A dengan B sama banyak sudah?
Rafie : Ya sama banyak sudah.
Penyelidik : Boleh Rafie bagitahu Cikgu kenapa Rafie cakap sama banyak?
Rafie : Sebab sama Rafie tengok sama.
Penyelidik : Okey bagus, sekarang apabila cikgu akan tuang air dari bekas A ke dalam
bekas yang baru. ( sambil menuang air ke bekas yang lebih tinggi). Yang
mana lebih banyak, bekas baru atau bekas B?
Rafie : Emmm, yang ini lebih banyak. ( sambil menunjuk ke bekas yang lebih
tinggi)
Penyelidik : Okey boleh bagitahu kenapa Rafie cakap yang air dalam bekas yang tinggi
lebih banyak.
Rafie : Emmmm, sebab tadi dia kena tuang dalam sini sebab tu dia lebih banyak.
Penyelidik : Ooo sebab kena tuang dalam bekas tinggi sebab itu dia lebih banyak.
Rafie : Ya, sebab itu yang ini lebih banyak.
12
ECG 222 Pertumbuhan Dan Perkembangan Kanak-Kanak
Penyelidik : Okey bagus. Terima kasih sebab jawab soalan yang Cikgu tanya.
NAMA: MOHD. AMIR MOHD SAIFUL
UMUR: 8 TAHUN 2 BULAN
Penyelidik : Baiklah Amir didepan Amir sekarang ada dua bekas yang berisi air. Betul?
Amir : Ya, betul.
Penyelidik : Okey bagus. Sekarang Cikgu ingin tahu Amir rasa kedua-dua bekas ini
mempunyai air yang sama banyak atau tidak?
Amir : Tidak, yang ini lebih banyak.
Penyelidik : Yang ini lebih banyak( mengurangkan air di dalam bekas tersebut).
Sekarang bagaimana sama banyak atau ada yang lebih banyak?
Amir : Sama banyak sudah.
13
ECG 222 Pertumbuhan Dan Perkembangan Kanak-Kanak
Penyelidik : Ok sama sudahkan. Sekarang Cikgu akan tuangkan air ini di dalam bekas
yang satu lagi. ( sambil menuang air ke bekas yang corong tinggi). Sekarang
Amir rasa yang mana lebih banyak?
Amir : Yang ini lebih banyak Cikgu.(sambil menunjuk ke bekas yang tinggi)
Penyelidik : Kenapa Amir cakap yang ini lebih banyak?
Penyelidik : Ok sama sudahkan. Sekarang Cikgu akan tuangkan air ini di dalam bekas
yang satu lagi. ( sambil menuang air ke bekas yang corong tinggi). Sekarang
Amir rasa yang mana lebih banyak?
Amir : Sebab bekas air yang ini lebih panjang dari yang satu lagi.
Penyelidik : Itu sahaja sebabnya?
Amir : Ya.
Penyelidik : Baiklah Cikgu ingin ucapkan terima kasih dengan Amir sebab sudi jawab
beberapa soalan Cikgu.
14
ECG 222 Pertumbuhan Dan Perkembangan Kanak-Kanak
INTERPRETASI
Ujikaji ini dilakukan tanpa memberitahu kepada kedua-dua subjek bahawa setiap
respons mereka direkodkan dan tingkahlaku mereka juga diperhatikan. Sebelum menjalankan
ujikaji ini penyelidik banyak membuat rujukan dan mencari sumber mengenai respon yang
dijangkakan daripada kedua-dua kanak-kanak ini. Sebelum ujikaji dimulakan hipotesis
penyelidik ialah Ag. Khaizuran Rafie (5 tahun) akan memberi jawapan bahawa plastisin yang
panjang lebih banyak dan bekas air yang lebih tinggi juga lebih banyak. Penyelidik
meletakkan hipotesis bahawa Mohd. Amir (8 tahun) akan memberikan jawapan yang betul
iaitu kedua-duanya sama banyak untuk ujikaji plastisin dan bekas air. Namun setelah ujikaji
dijalankan hanya satu hipotesis yang betul.
Pada kedua-dua ujikaji ini Rafie dan Amir memberikan jawapan yang sama.
Berdasarkan pemerhatian , Rafie yang berumur 5 tahun (praoperasi 2-7 tahun) ini tidak berjaya
begitu juga Amir berumur 8 tahun kerana mengalami beberapa kekurangan seperti ketiadaan
keupayaan untuk menggambarkan proses transformasi. Mereka hanya dapat melihat sesuatu
yang konkrit tetapi belum menguasai dan memahami konsep dan sesuatu yang abstrak. Mereka
juga tiada keupayaan mengamati operasi songsang atau pembalikan. Kanak-kanak diperingkat
ini tidak mempunyai kebolehan untuk membuat perbandingan diantara proses yang telah
diubah dengan keadaan asal. Berbeza dengan Amir sepatutnya menurut teori Piaget dia dapat
menjawab ujikaji ini dengan betul. Keadaan ini menunjukkan bahawa kanak-kanak dapat
membentuk konsep paduan 1-1 antara kedua-dua set tetapi tidak dapat mengekalkannya sebaik
sahaja bentuk atau rupa diubah. Operasi songsang atau pembalikan ini tidak dapat diamati atau
difahami oleh mereka berdua.
Ujikaji ini memperlihatkan Rafie dan Amir juga belum menguasai konsep keabadian.
Mereka mudah dipengaruhi oleh bentuk, saiz dan tinggi perkara yang diperhatikannya.
Contohnya dalam ujikaji konservasi jisim, mereka berdua ditunjukkan dua plastisin yang
sama, setelah diubah bentuk kanak-kanak ini mengatakan bahawa salah satu plastisin lebih
banyak dari plastisin yang satu lagi. Ini membuktikan mereka berdua diperingkat ini percaya
dan berpegang pada pendapatnya berdasarkan apa yang dilihatnya. Mereka menganggap orang
lain juga sependapat dengannya.
Apakah tugas-tugas yang sukar bagi kanak-kanak? Tahap kesukaran tugas-tugas yang
dihadapi oleh kanak-kanak adalah ketika diperingkat pra-operasi yang berumur dari 2 hingga 7
tahun. Kanak-kanak yang berada di tahap ini tidak lagi faham akan prinsip pengekalan
(conservation). Contohnya apabila dua bekas yang sama berisi air diatur dalam satu barisan.
15
ECG 222 Pertumbuhan Dan Perkembangan Kanak-Kanak
Mereka akan katakan kedua-dua bekas air itu mempunyai jumlah yang sama.Tetapi jika satu
dipindahkan ke bekas yang lebih tinggi, kedua-dua mereka menyatakan bahawa bekas yang
lebih tinggi mempunyai isipadu yang lebih banyak. Mereka hanya mengetahui perbezaan dari
segi persepsi kuantitatif. Sementara kanak-kanak di peringkat Operasi konkrit yang berumur 7
hingga 12 tahun pula mengalami kesukaran dari segi ,keupayaan berfikir secara logik yang
adakalanya terbatas kepada perkara –perkara atau hal-hal yang konkrit sahaja. Mereka masih
terikat dan tidak dapat berfikir tentang sesuatu hal atau masalah yang abstrak dan kompleks
seperti dalam bidang matematik dimana kanak-kanak peringkat ini tidak berupaya
membuktikan geometri yang abstrak.Mereka tidak dapat membuat kesimpulan daripada
contoh-contoh matematik. Oleh itu mereka tidak boleh memahami hukum-hukum matematik
seperti hukum tukar tertib,hukum sekutuan dan hukum taburan. Kanak-kanak di peringkat ini
kebanyakkan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada objek-objek yang
konkrit dan pengalaman secara langsung kanak-kanak tersebut untuk perkembangan kognitif
di peringkat seterusnya,iaitu peringkat operasi normal (12 tahun ke atas).
Pada pengamatan saya, tahap kognitif kanak-kanak sepatutnya yang berbeza di antara
Rafie (5 tahun) dengan Amir (8 tahun). Tahap Amir sepatutnya adalah pada tahap ketiga
dimana proses-proses penting dalam tahap ini adalah seperti proses pengurutan yang mana
kemampuan Amir untuk menilai objek menurut ukuran, bentuk, atau ciri lainnya. Contohnya,
bila diberi benda berbeza ukuran, Amir dapat membezakannya dari benda yang paling besar ke
yang paling kecil. Kemudian, Amir sepatutnya mempunyai kemampuan untuk memberi nama
dan mengidentifikasi serangkaian benda menurut tampilannya, ukurannya, atau karakteristik
lain, termasuk gagasan bahawa serangkaian benda-benda dapat menyertakan benda lain ke
dalam rangkaian tersebut. Iaitu dikenali sebagai proses klasifikasi. Amir juga seharusnya
menguasai proses konservasi dimana dia sepatutnya memahami bahawa kuantiti, panjang, atau
jumlah benda-benda adalah tidak berhubungan dengan pengaturan atau tampilan dari objek
atau benda-benda tersebut. Sebagai contoh, bila anak diberi bekas yang seukuran dan isinya
sama banyak, mereka akan tahu bila air dituangkan ke gelas lain yang ukurannya berbeza, air
di gelas itu akan tetap sama banyak dengan isi bekas lain.
16
ECG 222 Pertumbuhan Dan Perkembangan Kanak-Kanak
KESIMPULAN
Beberapa dapatan dan kesimpulan boleh dibuat setelah ujikaji ini selesai dijalankan.
Teori Piaget mengenai perbezaan dua tahap iaitu tahap operasi dan tahap konkrit tidak dapat
dibuktikan melalui ujikaji ini. Dimana pada dilihat kedua-dua kanak-kanak memberikan
jawapan dan penjelasan jawapan yang sama. Di atas faktor ini, beberapa penyebab
dikenalpasti mengenai kegagalan subjek (8 tahun) ujikaji yang dilakukan ini.
Faktor kematangan biologi merupakan faktor yang penting untuk mempengaruhi
perkembangan manusia melahirkan kanak-kanak yang berbeza dari segi jasmani, intelek,emosi
dan sosial di antara satu sama lain. Proses pemikiran kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor
baka. Tahap kognitif kanak-kanak telah dipengaruhi oleh genetik ibu bapa mereka juga.
Keturunan genetik ibu bapa yang baik akan mewarisi kepada anak-anak mereka.
Perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran. Baka menentukan
had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap
perkembangan yang maksimum. Perkembangan merupakan satu bahagian yang saling
berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani
dan kematangan mental. Corak perkembangan berbeza-berbeza di mana semua kanak-kanak
mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan berlaku
mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan
seterusnya. Kanak-kanak berinteraksi dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara
yang berlaku. Persekitaran contohnya rumah dan sekolah adalah penting untuk mempengaruhi
kanak-kanak.
Faktor pengalaman sosial juga memainkan peranan yang penting untuk mempengaruhi
kognitif kanak-kanak. Perkembangan kognitif dipengaruhi oleh pengaulan kanak-kanak
dengan orang-orang di persekitaran seperti ibu bapa, adik-beradik, rakan, guru dan sebagainya.
Oleh itu perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifar kualitatif
tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan
yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkat-peringkat
perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu serta dijangkakan.
17
ECG 222 Pertumbuhan Dan Perkembangan Kanak-Kanak
BIBLIOGRAFI
Haliza Hamzah, Joy N. Samuel,(2008). Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan. KualaLumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kamus Dewan edisi keempat, (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mok Soon Sang, (2009). Perkembangan Kanak-kanak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Pertumbuhan dan Perkembangan Kognitif Manusia Daripada Perspektif Teori Piaget.
http://teoripiaget.blogspot.com/ diakses pada 29 Oktober 2013.
Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani Razali, Puan Ramlah Jantan, (2006).
Modul Psikologi Pendidikan Fakulti Pendidikan, Sastera dan Sains Sosial OUM. Kuala
Lumpur : Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Siti Rahayah Ariffin, Roseni Ariffin, Hafsa Mohamed Makki, (2008). Faktor Kontribusi
Kecerdasan Pelbagai Pelajar Remaja. Jurnal Pendidikan, 35-46.
Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/teori-
perkembangan-kognitif-jean-piaget.html diakses pada 28 Oktober 2013.
18