Perubahan Orientasi kegiatan dan Kemajuan dalam Bidang ... · PDF fileEkonomi yang pada...

2
Perubahan Orientasi kegiatan dan Kemajuan dalam Bidang Perdagangan dan Perniagaan di Belanda pada abad ke 16 sehingga abad 18. Pada abad ke-16, Belanda telah muncul sebagai sebuah kuasa hebat dalam bidang ekonomi. Dalam tempoh 100 tahun, Utara Belanda telah menjadi mercu tanda kejayaan perkembangan industri. Kemajuan ekonomi Belanda itu adalah disebabkan perkembangan yang berlaku pada abad ke-15 di mana Belanda muncul sebagai kuasa perkapalan yang menguasai perdagangan di Eropah. Ia juga disebabkan oleh kemajuan aktiviti perladangannya, berikutan dengan penggunaan kincir angin dan tenaga buruh yang murah. Ekonomi yang pada mulanya berteraskan pertanian berkembang menjadi ekonomi perindustrian di Belanda. Ini menandakan kehebatan kuasa ekonomi perniagaan dan perdagangan Belanda. Perkembangan itu menyaksikan perkembangan bandar pelabuhan Antwerp sebagai pusat kewangan yang menjadi tumpuan para saudagar dan pedagang asing seperti Jerman, Sepanyol, Portugis, Inggeris, Danish, dan Itali. Ahli-ahli pembankan Belanda telah mengambil alih peranan yang dimainkan oleh orang-orang Itali sebagai ahli kewangan yang terkemuka di Eropah. Banyak institusi kapitalisme moden berkembang di Antwerp. Pasaran saham yang pertama telah ditubuhkan pada tahun 1531. Insuran nyawa serta insuran kapal dan muatan telah diperkenalkan kepada saudagar-saudagar yang akan melakukan pelayaran. Pelabuhan-pelabuahan sibuk dengan keluar masuk kapal yang membawa masuk barang dagangan seperti rempah, teh dan sutera. Para pedagang dan saudagar menjadi sangat kaya. Amsterdam (pesat pentandbiran) menjadi kota yang penting di Eropah sebagai pusat perdagangan dan perbankan. Pada abad ke-17, Belanda telah menggalakan aktiviti pelayaran dan penjelajahan. Kapal- kapal Belanda mula belayar merentasi Atlantik. Awal abad ke-17, pedagang Belanda semakin tersebar sehingga ke Afrika, Amerika dan Asia. Dengan itu, banyak koloni-koloni Belanda telah ditubuhkan di seluruh dunia seperti di Hindia Timur (Indonesia), kepulauan Cariebean, Bahagian- bahagian tertentu di Brazil dan Guyana di Amerika Selatan, New Amsterdam (New York) di Amerika Utara, Afrika Selatan dan lain-lain (membentuk Empayar Belanda). Pada tahun 1682, Vereenigde Oost Indiche Compagnie (V.O.C) atau Syarikat Hindia Timur Belanda telah ditubuhkan untuk menghadapi persaingan dari kuasa-kuasa Eropah yang lain terutamanya Sepanyol dan Portugis. Kerajaan Belanda telah memberikan hak-hak istimewa kepada V.O.C untuk memonopoli aktiviti- aktiviti perdagangan yang penting pada masa itu. Di samping itu V.O.C juga telah diberi kebenaran untu mengadakan perjanjian dengan pemerintah- pemerintah tempatan, menakluki serta menubuhkan koloni. Di Asia, Belanda bersaing dengan Portugis yang menguasai laluan sekitar Afrika. V.O.C bersaing dengan Portugis tetapi mengekalkan kestabilan di Eropah. Penguasaan Belanda mendapat persaingan sengit apabila Belanda bersaing dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris. Di koloni-koloninya orang-orang Belanda telah membuka ladang-ladang bagi tanaman- tanaman komersial. Pelabuhan Antwerp dan Amsterdam menjadi bandar utama perniagaan gula. Perusahaan tembakau menjadi penting pada abad ke-17 kerana bekalan buruh dari Afrika. Perdagangan gula dan tembakau menjadikan Belanda pusat pengedaran barangan tersebut ke Eropah. Menjelang tahun 1650, Belanda memiliki sebanyak 16,000 kapal dagang bagi mengangkut hasil pertanian dan barang-barangan dagangan. Antara tahun 1806 hingga 1813, Belanda telah dijajah oleh Perancis dalam Perang Napoleon. Ini menyebabkan kegiatan perdagangan dan perniagaannya terganggu. Selepas Perang

Transcript of Perubahan Orientasi kegiatan dan Kemajuan dalam Bidang ... · PDF fileEkonomi yang pada...

Page 1: Perubahan Orientasi kegiatan dan Kemajuan dalam Bidang ... · PDF fileEkonomi yang pada mulanya berteraskan pertanian berkembang menjadi ... Bahagian- bahagian tertentu di Brazil dan

Perubahan Orientasi kegiatan dan Kemajuan dalam Bidang Perdagangan dan Perniagaan di Belanda pada

abad ke 16 sehingga abad 18.

Pada abad ke-16, Belanda telah muncul sebagai sebuah kuasa hebat dalam bidang ekonomi. Dalam tempoh

100 tahun, Utara Belanda telah menjadi mercu tanda kejayaan perkembangan industri. Kemajuan ekonomi

Belanda itu adalah disebabkan perkembangan yang berlaku pada abad ke-15 di mana Belanda muncul sebagai

kuasa perkapalan yang menguasai perdagangan di Eropah. Ia juga disebabkan oleh kemajuan aktiviti

perladangannya, berikutan dengan penggunaan kincir angin dan tenaga buruh yang murah.

Ekonomi yang pada mulanya berteraskan pertanian berkembang menjadi ekonomi perindustrian di Belanda.

Ini menandakan kehebatan kuasa ekonomi perniagaan dan perdagangan Belanda. Perkembangan itu

menyaksikan perkembangan bandar pelabuhan Antwerp sebagai pusat kewangan yang menjadi tumpuan para

saudagar dan pedagang asing seperti Jerman, Sepanyol, Portugis, Inggeris, Danish, dan Itali. Ahli-ahli

pembankan Belanda telah mengambil alih peranan yang dimainkan oleh orang-orang Itali sebagai ahli

kewangan yang terkemuka di Eropah. Banyak institusi kapitalisme moden berkembang di Antwerp. Pasaran

saham yang pertama telah ditubuhkan pada tahun 1531. Insuran nyawa serta insuran kapal dan muatan telah

diperkenalkan kepada saudagar-saudagar yang akan melakukan pelayaran.

Pelabuhan-pelabuahan sibuk dengan keluar masuk kapal yang membawa masuk barang dagangan seperti

rempah, teh dan sutera. Para pedagang dan saudagar menjadi sangat kaya. Amsterdam (pesat pentandbiran)

menjadi kota yang penting di Eropah sebagai pusat perdagangan dan perbankan.

Pada abad ke-17, Belanda telah menggalakan aktiviti pelayaran dan penjelajahan. Kapal- kapal Belanda mula

belayar merentasi Atlantik. Awal abad ke-17, pedagang Belanda semakin tersebar sehingga ke Afrika, Amerika

dan Asia. Dengan itu, banyak koloni-koloni Belanda telah ditubuhkan di seluruh dunia seperti di Hindia Timur

(Indonesia), kepulauan Cariebean, Bahagian- bahagian tertentu di Brazil dan Guyana di Amerika Selatan, New

Amsterdam (New York) di Amerika Utara, Afrika Selatan dan lain-lain (membentuk Empayar Belanda).

Pada tahun 1682, Vereenigde Oost Indiche Compagnie (V.O.C) atau Syarikat Hindia Timur Belanda telah

ditubuhkan untuk menghadapi persaingan dari kuasa-kuasa Eropah yang lain terutamanya Sepanyol dan

Portugis. Kerajaan Belanda telah memberikan hak-hak istimewa kepada V.O.C untuk memonopoli aktiviti-

aktiviti perdagangan yang penting pada masa itu. Di samping itu V.O.C juga telah diberi kebenaran untu

mengadakan perjanjian dengan pemerintah- pemerintah tempatan, menakluki serta menubuhkan koloni. Di

Asia, Belanda bersaing dengan Portugis yang menguasai laluan sekitar Afrika. V.O.C bersaing dengan Portugis

tetapi mengekalkan kestabilan di Eropah. Penguasaan Belanda mendapat persaingan sengit apabila Belanda

bersaing dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris.

Di koloni-koloninya orang-orang Belanda telah membuka ladang-ladang bagi tanaman- tanaman komersial.

Pelabuhan Antwerp dan Amsterdam menjadi bandar utama perniagaan gula. Perusahaan tembakau menjadi

penting pada abad ke-17 kerana bekalan buruh dari Afrika. Perdagangan gula dan tembakau menjadikan

Belanda pusat pengedaran barangan tersebut ke Eropah. Menjelang tahun 1650, Belanda memiliki sebanyak

16,000 kapal dagang bagi mengangkut hasil pertanian dan barang-barangan dagangan.

Antara tahun 1806 hingga 1813, Belanda telah dijajah oleh Perancis dalam Perang Napoleon. Ini

menyebabkan kegiatan perdagangan dan perniagaannya terganggu. Selepas Perang

Page 2: Perubahan Orientasi kegiatan dan Kemajuan dalam Bidang ... · PDF fileEkonomi yang pada mulanya berteraskan pertanian berkembang menjadi ... Bahagian- bahagian tertentu di Brazil dan

Napoleon tamat Belanda telah mendapat kembali tanah-tanah jajahannya dan memulihkan semula aktiviti

ekonominya.