Perubahan Pandang Darat dan rumah hijau

2
Perubahan Pandang Darat (Landskap) Kegiatan ekonomi seperti perlombongan dan pembalakan menyebabkan beberapa kawasan di negara kita mengalami perubahan pandang darat. Pembukaan kawasan tanah rancangan oleh FELDA untuk tujuan penanaman kelapa sawit mengubah pandang darat daripada hutan menjadi ladang dan tanaman sejenis serta kawasan petempatan dan bandar yang terancang. Aktiviti pembalakan pula menyebabkan banyak kawasan yang dahulunya ditumbuhi hutan tebal telah ditebang dan dibiarkan menjadi belukar atau ditumbuhi lalang. Kawasan tersebut juga menjadi gondol dan tandus kerana tiada tanaman tutup bumi. Perkembangan industri pelancongan telah menyebabkan pembinaan hotel-hotel dan padang golf. Pembinaan hotel yang banyak telah mengubah pandang darat. Kesan Rumah Hijau Kesan rumah hijau rnerujuk kepada fenomena dunia mengalami permanasan akibat haba yang terperangkap dalam atmosfera bumi. Haba ini terperangkap oleh kehadiran beberapa jenis gas terutamanya gas karbon dioksida yang bertindak sebagai selimut yang meliputi atmosfera bumi. Sebahagian daripada haba akan dipantul kembali ke angkasa lepas. Gas rumah hijau adalah penting bagi mengekalkan suhu bumi agar tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Narnun begitu, kegiatan ekonomi yang pesat, yang menyebabkan pertambahan kilang dan kenderaan serta penebangan dan pembakaran hutan, telah rneningkatkan pelepasan gas seperti karbon dioksida,

Transcript of Perubahan Pandang Darat dan rumah hijau

Page 1: Perubahan Pandang Darat dan rumah hijau

Perubahan Pandang Darat (Landskap)

Kegiatan ekonomi seperti perlombongan dan pembalakan menyebabkan beberapa kawasan di negara kita mengalami perubahan pandang darat.

Pembukaan kawasan tanah rancangan oleh FELDA untuk tujuan penanaman kelapa sawit mengubah pandang darat daripada hutan menjadi ladang dan tanaman sejenis serta kawasan petempatan dan bandar yang terancang.

Aktiviti pembalakan pula menyebabkan banyak kawasan yang dahulunya ditumbuhi hutan tebal telah ditebang dan dibiarkan menjadi belukar atau ditumbuhi lalang. Kawasan tersebut juga menjadi gondol dan tandus kerana tiada tanaman tutup bumi.

Perkembangan industri pelancongan telah menyebabkan pembinaan hotel-hotel dan padang golf. Pembinaan hotel yang banyak telah mengubah pandang darat.

Kesan Rumah Hijau

Kesan rumah hijau rnerujuk kepada fenomena dunia mengalami permanasan akibat haba yang terperangkap dalam atmosfera bumi. Haba ini terperangkap oleh kehadiran beberapa jenis gas terutamanya gas karbon dioksida yang bertindak sebagai selimut yang meliputi atmosfera bumi.

Sebahagian daripada haba akan dipantul kembali ke angkasa lepas. Gas rumah hijau adalah penting bagi mengekalkan suhu bumi agar tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.

Narnun begitu, kegiatan ekonomi yang pesat, yang menyebabkan pertambahan kilang dan kenderaan serta penebangan dan pembakaran hutan, telah rneningkatkan pelepasan gas seperti karbon dioksida, nitrogen rnonoksida, dan metana ke atmosfera. Keadaan ini mengakibatkan peningkatan suhu yang ketara di atmosfera kerana gas-gas yang dilepaskan itu memerangkap lebihan haba dari bumi dan boleh menganggu kegiatan harian serta menjejaskan kesihatan manusia.