perubahan pendidikan

17
3.2.1 Perubahan-perubahan Pendidikan Luangkan masa untuk meninjau pembaharuan/inovasi sistem pendidikan di Malaysia secara keseluruhan dan juga di sekolah khususnya. Bolehkah anda namakan satu atau dua pembaharuan/inovasi tersebut yang menarik perhatian anda? Ya, sudah pasti pendidikan sekolah bestari dan penggunaan teknologi tinggi akan menjelma di fikiran anda. Bagus! Inilah merupakan beberapa perubahan pendidikan yang telah berlaku di dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Bahagian seterusnya akan membawa anda kepada beberapa konsep seperti pendidikan sekolah bestari, globalisasi dan pendidikan yang membawa unsur-unsur perubahan di dalam sistem pendidikan kita dan pada masa yang sama menghasilkan pekerja berpengetahuan (knowledge workers). Apakah perubahan pendidikan yang telah berlaku di Malaysia? Perubahan ekonomi, sosial dan politik di Malaysia turut sama menyumbang kepada keperluan inovasi yang tekal dan reformasi dalam pendidikan. Durkheim (1938:169) menegaskan bahawa perubahan bentuk pendidikan selalunya berkait dengan perubahan sosial masyarakat. Perubahan dalam sistem pendidikan lahir bila wujudnya idea-idea dan keperluan-keperluan baru yang tidak dapat ditangani oleh sistem pendidikan sedia ada. Kita bersetuju bahawa pada umumnya, pendidikan merupakan kunci agen perubahan untuk menggerakkan masyarakat searah dengan kontinum pembangunan (Fagerlind dan Saha, 1982: 39). Dalam konteks ini, peruntukan untuk pendidikan ditambah sebagai satu usaha memperoleh kemahiran baru dan meningkatkan produktiviti. Selain itu, pelaburan yang besar dalam pendiidkan ini adalah kerana sistem pendidikan dikatakan berupaya menghasilkan tenaga kerja berkemahiran dan berpengetahuan baru yang diperlukan untuk kemajuan teknologi dan pertumbuhan ekonomi (Adam, 1977: 299). Dalam konteks negara ini, sistem pendidikan di Malaysia memasuki era baru dengan penubuhan Sekolah Bestari Malaysia pada awal tahun 1999. Sebagai tambahan, kesan globalisasi terhadap pemerolehan ilmu pengetahuan, pendidikan dan pembelajaran serta hal yang berkaitan dengan cabaran dan masa hadapan teknologi maklumat dan komunikasi di dalam sistem pendidikan akan turut dibincangkan. Kita akan membincangkan semua perubahan pendidikan ini di bawah tajuk: (a) Pembestarian Pendidikan (b) Globalisasi dan Pendidikan (c) Pekerja Ilmu 3.2.2 Pembestarian Pendidikan 1 Apakah perubahan-perubahan pendidikan ?

description

perubahan pendidikan

Transcript of perubahan pendidikan

3

3.2.1Perubahan-perubahan PendidikanLuangkan masa untuk meninjau pembaharuan/inovasi sistem pendidikan di Malaysia secara keseluruhan dan juga di sekolah khususnya. Bolehkah anda namakan satu atau dua pembaharuan/inovasi tersebut yang menarik perhatian anda? Ya, sudah pasti pendidikan sekolah bestari dan penggunaan teknologi tinggi akan menjelma di fikiran anda. Bagus! Inilah merupakan beberapa perubahan pendidikan yang telah berlaku di dalam Sistem Pendidikan Malaysia.

Bahagian seterusnya akan membawa anda kepada beberapa konsep seperti pendidikan sekolah bestari, globalisasi dan pendidikan yang membawa unsur-unsur perubahan di dalam sistem pendidikan kita dan pada masa yang sama menghasilkan pekerja berpengetahuan (knowledge workers).

Apakah perubahan pendidikan yang telah berlaku di Malaysia? Perubahan ekonomi, sosial dan politik di Malaysia turut sama menyumbang kepada keperluan inovasi yang tekal dan reformasi dalam pendidikan. Durkheim (1938:169) menegaskan bahawa perubahan bentuk pendidikan selalunya berkait dengan perubahan sosial masyarakat. Perubahan dalam sistem pendidikan lahir bila wujudnya idea-idea dan keperluan-keperluan baru yang tidak dapat ditangani oleh sistem pendidikan sedia ada.

Kita bersetuju bahawa pada umumnya, pendidikan merupakan kunci agen perubahan untuk menggerakkan masyarakat searah dengan kontinum pembangunan (Fagerlind dan Saha, 1982: 39). Dalam konteks ini, peruntukan untuk pendidikan ditambah sebagai satu usaha memperoleh kemahiran baru dan meningkatkan produktiviti. Selain itu, pelaburan yang besar dalam pendiidkan ini adalah kerana sistem pendidikan dikatakan berupaya menghasilkan tenaga kerja berkemahiran dan berpengetahuan baru yang diperlukan untuk kemajuan teknologi dan pertumbuhan ekonomi (Adam, 1977: 299).

Dalam konteks negara ini, sistem pendidikan di Malaysia memasuki era baru dengan penubuhan Sekolah Bestari Malaysia pada awal tahun 1999. Sebagai tambahan, kesan globalisasi terhadap pemerolehan ilmu pengetahuan, pendidikan dan pembelajaran serta hal yang berkaitan dengan cabaran dan masa hadapan teknologi maklumat dan komunikasi di dalam sistem pendidikan akan turut dibincangkan. Kita akan membincangkan semua perubahan pendidikan ini di bawah tajuk:

(a) Pembestarian Pendidikan(b) Globalisasi dan Pendidikan

(c) Pekerja Ilmu 3.2.2Pembestarian PendidikanMalaysia berhasrat untuk mengubah sistem pendidikannya sejajar dengan kehendak Wawasan 2020. Wawasan ini mengaspirasikan perttumbuhan berasaskan produktiviti yang berterusan yang dapat dicapai melalui literasi teknologi dan tenaga kerja yang berfikiran kritikal yang berkesanggupan untuk menghadapi cabaran ekonomi dekad ke-21. Pada masa yang sama, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bertujuan untuk membangunkan potensi individu secara holistik dan bersepadu untuk melahirkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Faktor penggerak utama bagi memacu perubahan yang besar ini ialah Sekolah Bestari yang disokong dengan kemudahan dan infrastruktur teknologi yang lengkap. Penggarapan teknologi ini dapat membantu ke arah pencapaian matlamat sistem pendidikan negara seperti dicitrakan oleh FPK serta pada masa yang sama membangunkan tenaga kerja yang bersedia dan berupaya menangani cabaran dekad yang mendatang (The Malaysian smart school.htm).Perubahan dalam sistem pendidikan akan melibatkan perubahan dalam budaya dan amalan di sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Perubahan ini melibatkan anjakan daripada pembelajaran berasaskan ingatan yang direkabentuk untuk pelajar yang sederhana kepada pendidikan yang menggalakkan pelajar berfikir dan menggunakan daya kreativiti. Selain itu, pendidikan ini juga menekankan pemupukan budaya penyayang, memenuhi keupayaan individu dan gaya pembelajaran serta penyediaan peluang pembelajaran yang sama rata kepada semua. Corak pendidikan begini menuntut pelajar untuk lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri serta memerlukan penglibatan aktif daripada ibu bapa dan masyarakat.

Mari kita mengalihkan perhatian kepada kurikulum, peranan teknologi dan mereka yang memainkan peranan penting dalam pelaksanaan pendidikan sekolah bestari.Kurikulum

Kurikulum Sekolah Bestari adalah bermakna, mengambil kira keperluan sosial, mengandungi unsur kepelbagaian budaya, bersifat reflektif, holistik, global, bersifat terbuka, serta berasaskan matlamat dan penggunaan teknologi. Keadaan ini dapat mempertingkat pembelajaran secara holistik, memberi peluang kepada pelajar untuk belajar mengikut keupayaan sendiri serta mengambil kira perbezaan kebolehan, minat dan keperluan. Kurikulum ini berusaha memastikan pelajar diterapkan unsur kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, pemupukan nilai-nilai murni dan menggalakkan pelajar mempertingkat kebolehan berbahasa. Oleh itu, kurikulum direkabentuk bertujuan untuk:

membantu pelajar mencapai perkembangan menyeluruh yang seimbang mengintegrasi pengetahuan, kemahiran, nilai dan penggunaan bahasa yang betul

menyatakan secara eksplisit hasil pembelajaran yang diharapkan bersesuaian dengan aras pencapaian pelajar yang pelbagai menawarkan pembelajaran pelbagai disiplin, berasaskan tema (thematic) dan berterusan

menggalakkan peningkatan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang teruji bagi menangani era teknologi maklumat Pedagogi Sekolah Bestari akan berusaha memastikan pembelajaran menjadi lebih menarik, memotivasikan, menggalakkan dan bermakna yang mengambil kira keperluan dan kebolehan pelajar yang berbeza. Pembelajaran sedemikian melibatkan daya pemikiran, semangat dan penglibatan aktif pelajar yang dapat membina kemahiran asas untuk menyediakan pelajar menghadapi cabaran lebih besar pada masa hadapan. Pedagogi Sekolah Bestari seharusnya:

menggembleng strategi pembelajaran bagi memastikan penguasaan kompetensi asas dan mengunjurkan perkembangan yang menyeluruh

menyesuaikan pelbagai gaya pembelajaran individu bagi meningkatkan pencapaian

menyediakan iklim bilik darjah yang bersesuaian dengan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakanMari kita lihat sepintas lalu sistem penilaian Sekolah Bestari yang jelas berbeza daripada sistem penilaian yang sedia ada bagi membantu mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia adalah berasaskan elemen dan rujukan kriteria yang berupaya memberi gambaran yang lebih tepat dan menyeluruh tentang pencapaian pelajar. Guru-guru, pelajar-pelajar dan ibu bapa boleh mengakses item-item penilaian secara dalam talian (on-line). Walau pun penilaian Sekolah Bestari adalah luwes dan mesra pengguna, maklumat penilaian terjamin kualitinya dengan penggunaan pelbagai pendekatan dan instrumen. Penilaian bentuk ini berupaya menguji pencapaian pelajar terhadap apa yang telah dipelajari tetapi juga menjurus kepada peningkatan diri sepanjang hayat. Peranan Teknologi di dalam Pendidikan Sekolah Bestari

Teknologi dilihat begitu penting di dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran, pengurusan dan pentadbiran sekolah. Kita seharusnya menyatakan secara ringkas kepentingan teknologi dalam memudah cara di dalam skop kurikulum yang begitu luas.

Skop luas kurikulum boleh dicapai menerusi penggunaan internet yang memberikan pelajar maklumat tanpa had/batas dan membenarkan penggunaan strategi pengajaran. Sumber-sumber yang pelbagai boleh didapati dan mempertingkatkan pemilihan topik dan konteks dalam bahasa boleh diajar dan dipelajari.

Kurikulum berasaskan teknologi boleh direka bentuk bagi menyediakan fleksibiliti dan pelajar boleh belajar mengikut cara mereka dengan berkesan dalam mencari maklumat. Pelajar-pelajar boleh mencari bahan-bahan dengan bebas dan guru mudah mengawasi dan mengurus pelajar.

Integrasi nilai, kemahiran berfikir dan kemahiran belajar boleh dilakukan dengan mudah dengan menggunakan teknologi multimedia. Foggerty (1991) menyatakan bahawa darjah/tahap integrasi boleh dimaksimumkan ke tahap integrasi rangkaian/jaringan (webbed intergration).

Akhir sekali, saya fikir semua kita tahu bahawa pengurusan dan pentadbiran sekolah merupakan tugas utama kita. Teknologi memainkan peranan penting di dalam penyimpanan rekod dan pengkalan data membantu guru menyimpan rekod kemajuan pelajar dan pentadbiran sekolah. Teknologi sesungguhnya memainkan peranan yang penting di dalam program sekolah bestari.

Sekarang mari kita pertimbangkan beberapa rasional bagi menyedia pelajar di dalam era Usia Bermaklumat menerusi strategi bersepadu Kurikulum Sekolah Bestari

Menyediakan perkembangan menyeluruh dengan tindakan untuk melengkapkan keupayaan individu, menawarkan kurikulum yang lengkap dan menyeluruh dengan elektif, yang bersepadu secara menegak, pelbagai disiplin dan antara disiplin. Menekankan kepada perkembangan intelek, emosi, rohani dan fizikal, menumpukan kepada pemikiran, membangunkan dan mengaplikasikan nilai-nilai dan menggunakan bahasa yang betul (bahasa merentasi kurikulum) Melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang teknologi yang boleh berfikir secara kritis, menggalakkan pemikiran dan kreativiti merentasi kurikulum dan mengaplikasikan teknologi secara efektif di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendemokrasian pendidikan, peluang-peluang pembelajaran yang adil untuk semua dan melayan kebolehan, gaya dan tahap kecepatan pembelajaran seseorang. Meningkatkan penyertaan pemegang-pemegang amanah, mencipta kesediaan peranan dan bertanggungjawab dan membina kemahiran yang mereka perlukan.Berhenti sebentar dan buat refleksi soalan di bawah.

Berdasarkan kepada rasional di atas, siapakah pada pendapat anda merupakan pelaku utama dan peranan mereka di dalam pendidikan sekolah bestari?

(a) Students as Active LearnersMari kita mengalihkan perhatian kepada berbagai-bagai peranan yang dimainkan oleh mereka yang terlibat di dalam program sekolah bestari. Sekolah Bestari menyediakan pelajar-pelajar agar berjaya membuat peralihan ke persekitaran yang moden dan lebih global. Sekolah menggalakkan perkembangan kemahiran penyelesaian masalah kreatif di dalam menghadapi situasi-situasi baru dan pelajar akan belajar untuk melatih keberanian dalam membuat keputusan dan mengambil tanggungjawab. Pelajar-pelajar akan belajar memproses dan memanipulasi maklumat. Mereka dilatih berfikir secara kritikal dan membuat refleksi ke atas apa yang mereka pelajari, dan juga untuk memindahkan dan mengaplikasikan pengetahuan daripada satu disiplin ke disiplin yang lain dan dalam kehidupan harian.Pelajar berupaya melakukan penjelajahan maklumat di seluruh dunia untuk mencari dan mengumpul data. Di samping mereka mengakses sesuatu laman. Mereka juga boleh mengakses laman-laman lain termasuk juga pusat sumber global melalui internet. Untuk meningkatkan pengaksesan pengkalan-pengkalan data, rangkaian jaringan boleh digunakan oleh pelajar untuk berinteraksi antara satu sama lain, guru-guru dan orang ramai di seluruh dunia. Dunia pelajar akan menjadi lebih luas menerusi kontek sosial dan persekolahan ini.Rangkaian jaringan memberikan kelebihan tambahan kepada mereka yang tidak dapat hadir ke sekolah, untuk meyiapkan kerja-kerja sekolah mereka dari rumah. Ini merupakan cara baru kepada idea ketidakhadiran sekolah, pembelajaran boleh berlaku di luar sekolah tanpa gangguan.Oleh itu, pelajar perlu diajar strategi untuk memahirkan diri dan memilih dalam pencarian maklumat. Usaha berpasukan, kolaborasi kumpulan, fleksibiliti, berpandangan jauh dan kemahiran/kecekapan dalam bahasa-bahasa antarabangsa ditekankan.Sekolah Bestari Malaysia juga menggabungkan konsep inovasi kelas ekspres maya. Sistem semasa menunjukkan pelajar lemah terus lemah dan yang pandai tidak dikembangkan. Di Sekolah Bestari, teknologi akan membantu menyediakan fleksibiliti bagi menghapuskan isu tersebut. Ini membolehkan pelajar cerdas menyiapkan semua kerja sekolah dan penilaian lebih cepat dari biasa.Pelajar yang lemah akan mengikuti program yang mudah dan dilaksanakan berperingkat-peringkat agar mereka dapat diberi perhatian oleh guru. Ini dapat direalisasikan dengan penubuhan item penilaian online berpusat. Sistem penilaian fleksibel membenarkan pelajar di bilik darjah belajar di tahap yang berbeza bagi mata pelajaran yang sama dan juga untuk membolehkan pelajar maju di tahap berbeza bagi mata pelajaran yang berbeza di sebarang masa. Dengan ini, pelajar lembam yang sering kali lupa apa yang dipelajari dijamin akan memberikan perhatian tentang apa yang mereka lakukan.(b) Guru Sebagai Fasilitator PembelajaranBolehkah anda fikirkan peranan anda jika anda dihantar untuk berkhidmat di program sekolah bestari? Senaraikan satu atau dua peranan yang boleh anda mainkan di dalam program ini. Baca dan buat semakan semula jawapan yang anda beri. Di dalam program sekolah bestari, guru memainkan peranan bimbing dari tepi, dan tidak lagi menggunakan cara tradisi bijak pandai berada di pentas.

Guru akan mengenal pasti matlamat, mengenali pelajar-pelajarnya, bimbing dan mengawasi kemajuan mereka ke arah pencapaian matlamat dan biarkan mereka belajar mengikut kemampuannya. Mereka sewajarnya diberi sokongan psikologi dan diberi pengiktirafan/galakan. Mereka dari semasa ke semasa disemak kemajuan, dikukuhkan kekuatan dan usaha-usaha positif, kenal pasti kelemahan dan putuskan apakah jenis latihan yang diperlukan oleh pelajar. Ringkasnya, guru perlu memberi kebebasan kepada pelajar kerana ini akan meningkatkan pembelajaran arah kendiri pelajar yang kreatif dan bebas.Pelajar-pelajar di Sekolah Bestari akan mendapat lebih perhatian personel daripada guru-guru mereka. Selanjutnya, komputer akan mewakili guru untuk latihan harian atau menyampaikan maklumat dan elakkan memberi mereka tugas-tugas pentadbiran agar mereka dapat menumpukan kepada pendidikan kemanusiaan. Masa yang terluang boleh digunakan untuk membentuk pelajar menjadi warganegara yang baik yang peka kepada sejarah, tradisi dan nilai.

Berhenti sebentar dan buat refleksi soalan di bawah.

Setelah membaca mengenai peranan pelajar di dalam pendidikan sekolah bestari, bolehkah sekarang anda fikirkan kelebihan-kelebihan yang diperoleh oleh pelajar berbanding dengan peranan pelajar tradisional? Kongsi pandangan anda dengan rakan-rakan.

Bestari

(c ) Pentadbir Sebagi Pengurus BerkesanTunggak ketiga Sekolah ialah menggaris arus pentadbiran sekolah melalui penggunaan teknologi. Ini akan membantu meningkatkan kecekapan, menyingkirkan pertindanan dan meningkatkan secara radikal pengaksesan kepada aspek-aspek yang menjadi tumpuan. Dengan wujudnya pengurusan sekolah secara berkomputer dan dalam talian (online), prinsip-prinsip akan mudah dirancang, pengurusan dan penggunaan kedua-dua sumber manusia dan fizikal menjadi lebih berkesan.Rangkaian jaringan akan memudahkan penglibatan ibu bapa dan masyarakat di dalam program sekolah, jadikan mereka pasangan yang berkesan di dalam pendidikan anak-anak mereka. Dengan pengkalan data, maklumat pelajar dan guru akan mudah diakses secara sah oleh pihak lain. Keperluan-keperluan kebajikan pelajar dan guru boleh menjadi lebih berkesan dengan pengawasan yang tekal. Selanjutnya, pengawasan kemajuan pelajar secara sistematik akan menggerakkan sekolah untuk melakukan intervensi terhadap pelajar istimewa dan kurang upaya. (http://campus.fortunecity.com/shakespeare/41/smartsc.html)

1.2.3 Globalisasi dan Pendidikan

Globalisasi merupakan frasa yang sering digunakan oleh para wartawan dan ahli politik. Globalisasi juga menjadi idea utama amalan dan teori perniagaan, menyertai perbahasan akademik dan menjadi fokus perbincangan di dalam pendidikan. Bagaimana kita mendefinisikan globalisasi? Kita akan meneroka pandangan Jan Aart Scholtes (2000: 15-17) dari segi kunci perbincangan, beberapa definisi globalisasi umum dan bagaimana impaknya ke atas pendidikan.

Globalisasi merujuk kepada proses bila mana politik, sosial, ekonomi dan budaya semakin meningkat hubungannya menguasi skala global dan memiliki kesan yang mendalam ke atas pengalaman sedia ada individu dan kehidupan harian mereka.

Ia juga merujuk kepada proses mengenepikan sekatan kerajaan ke atas hubungan antara negara dalam proses membentuk ekonomi terbuka dan dunia tanpa sempadan.

Globalisasi juga didefinisikan sebagai proses yang membentuk perubahan dalam ruang organisasi hubungan sosial dan transaksi-ternilai dari segi kesinambungan, kegigihan, kecepatan dan impak-hasil rentasan kawasan dan rangkaian-rangkaian aktiviti.

Persoalan yang timbul sekarang ialah: Atas dasar apakah usaha-usaha pendidikan memberi kesan ke atas proses globalisasi yang mengancam autonomi sistem pendidikan kebangsaan dan autoriti negara-negeri sebagai peraturan muktamad di dalam masyarakat yang demokrasi? Pada masa yang sama, bagaimanakah globalisasi mengubah perkara-perkara yang menjadi dasar dalam premis sistem pendidikan untuk disesuaikan kepada masyarakat, masyarakat yang bercirikan perhubungan dan kekeluargaan? ( Buarbules and Torres 2000)

Globalisasi boleh didapati secara terus seperti di dalam sekolah berpandangan luas. Sejak tahun 1980an terdapat perbezaan sikap di kalangan ibu bapa di dalam memilih sekolah di dalam negeri. Mereka boleh menghantar anak-anak mereka ke sekolah rendah atau menengah.

Di dalam perkembangan ini perlu memasukkan perubahan-perubahan di dalam pendidikan teknologi terutama penggunaan internet dan lain-lain bentuk komputer dan pertumbuhan pendidikan jarak jauh. Ini melibatkan banyak bentuk pembelajaran individu dan tidak berkesempatan untuk berinteraksi dengan jiran atau agensi-agensi. Mereka membenarkan orang dari lain tempat di dunia dilibatkan di dalam program yang sama dan hubungan pelajar boleh merentasi jarak besar fizikal.

Ternyata dengan peningkatan ekonomi global dan penyusunan semula politik dunia dan sistem ekonomi dan keperluan untuk pengetahuan dan maklumat di dalam sistem itu, keperluan pendidikan (dari segi struktur, fungsi, kurikulum dan pendekatan) di semua peringkat, khususnya di peringkat ketiga telah berubah. Keperluan-keperluan pendidikan untuk tenaga kerja masa depan adalah amat penting dan mendesak. Bagaimana pun, sistem tersebut dibina untuk pembelajaran informal, terutama sekali untuk pelajar dewasa agar mereka terlibat di dalam pembelajaran sepanjang hayat.

Dengan globalisasi, terdapat trenda pembelajaran dewasa yang menggantikan pendidikan dewasa di dalam banyak polisi dan perbincangan akademik di dalam mengiktiraf penyusunan anjakan ini (Courtney 1979: 19) dan lebih-lebih lagi terdapat pekembangan penting perlu diberi tumpuan iaitu pembelajaran sepanjang hayat. Anjakan tersebut menurut Courtney, mencerminkan perkembangan minat dalam pembelajaran. Masalah yang timbul iaitu penyusunan pembelajaran adalah menjurus kepada keindividuan dan berorientasikan minat majikan atau pengguna.

Field (2000: 35) menegaskan bahawa terdapat anjakan asas pada perlakuan warga biasa / rakyat, yang semakin hari memandang amalan harian pembelajaran dewasa sebagai rutin, yang diberi tumpuan agak eksplisit. Perubahan ekonomi, sosial dan budaya bermaksud begitu ramai ketika ini di dalam masyarakat berpengetahuan atau berinformasi yang memiliki tendensi kekuatan individu dan keperluan untuk pembelajaran kekal (refleksiviti) (selepas Ulrich Beck [1992] and Anthony Giddens [1990, 1991]).

Hasilnya, Field berpendapat, ramai orang dewasa kini menyertai pembelajaran terancang untuk keseluruhan hidup mereka; yang merupakan sistem lepas-sekolah yang kebanyakannya dipenuhi oleh golongan dewasa berbanding golongan muda; dan pembelajaran bukan formal menyerap/terserap dalam kehidupan harian dan juga nilai-nilainya (ibid.: 38-49). Akhirnya akan berlaku peningkatan yang mantap di dalam aktiviti seperti latihan dalaman, lawatan sambil belajar, pusat-pusat kecergasan, kelab-kelab sukan, pusat-pusat warisan, manual terapi bantuan kendiri, rangkaian elektronik dan video pengajaran kendiri (ibid.: 45). Dari contoh-contoh yang diberi kita akan dapat melihat aspek penting pertumbuhan korporat antarabangsa yang wujud di dalam pendidikan dan pembelajaran dan tahap yang mana faedah-faedah adalah bergantung pada kelompok menyambung dan meneruskan aktiviti dan projek pembelajaran arah-kendiri mereka.Terdapat perbezaan yang signifikan antara pengetahuan, pendidikan dan pembelajaran. Pembelajaran secara umumnya dilihat sebagai proses pengajaran formal yang berasaskan teori pengajaran bagi menyampaikan pengetahuan formal (kepada satu atau dua pelajar). Bagaimana pun, proses pembelajaran boleh berlaku dengan atau tanpa institusi pendidikan formal. Pengumpulan pengetahuan dan kemahiran bagi menggunakan ICT akan berlaku sedikit demi sedikit di luar institusi pendidikan formal tradisi. Pembelajaran di tempat kerja dan melalui kolaborasi kadang kala berkembang menyeluruh dan pada ketika yang lain dengan melibatkan masyarakat setempat yang memiliki minat/kepentingan yang sama akan menjadi lebih biasa. (Cogburn, 2002)

Sebagai sebuah gedung pengetahuan yang berkembang di seluruh dunia, semua penduduk dunia seharusnya menggunakan pengetahuan sebanyak yang mungkin. Bagaimana pun, institusi pendidikan formal yang wujud pada hari ini dan banyak juga institusi seperti ini masih di dalam peringkat perancangan terutama di negara-negara sedang membangun akan menjadi kurang relevan kepada keperluan-keperluan bagi pertumbuhan masyarakat berpengetahuan. Mansell dan Wehn menegaskan bahawa negara-negara ini perlu membentuk semula secara aktif sistem pendidikan mereka dengan cara yang konsisten dengan kepentingan negara mereka. Bagaimana pun, kepentingan negara ini perlu mengambil kira perubahan-perubahan asas (fundamental) yang terjadi di dalam struktur dasar ekonomi global dan strategi-strategi baru untuk mencapai faedah/kelebihan persaingan nasional.As the educational systems becomes more marketwise, colleges, schools and non-formal education agencies seeks to build relationships based more on viewing learners as customers rather than participants. The main role of the teacher-turned-classroom manager is to legitimate through mandated subject matter and educational practices a market-based conception of the learner as simply a consumer of information.

( Giroux 2000: 92)

Seperti sistem pendidikan menjadi lebih mudah pasaran, maktab-maktab, sekolah-sekolah dan agensi-agensi pendidikan bukan formal cuba mencari bagi membina perhubungan berasaskan kepada melihat pelajar sebagai pelanggan bukan sebagai peserta. Peranan utama guru sebagai pengurus perubahan bilik darjah ialah untuk mengesahkan menerusi mandat perkara tersebut dan amalan-amalan pendidikan konsep berasaskan pasaran

Globalisasi yang terhasil di dalam pembelajaran semakin dilihat seperti satu penghasilan atau pelaburan berbanding dengan cara meneroka faktor-faktor yang boleh mewujudkan kehidupan yang baik atau kesejahteraan manusia. Guru dan pendidik boleh bertanyakan soalan-soalan kritis mengenai dunia yang mana kehidupan ini memiliki ciri-ciri tolak ansur yang mendalam. Ideologi pasaran telah diasimilasikan, hala tuju kurikulum mereka telah sampaikan, dan kesediaan maktab-maktab, sekolah dan agensi-agensi yang mana mereka kawal untuk mendapatkan tajaan korporat dan intervensi telah digabungkan untuk menuruntarafkan kerja mereka ke satu tahap yang boleh dipersoal sama ada penglibatan mereka boleh dengan tepat dipanggil pendidikan.

Akhirnya, abad ke-21 telah membawa cabaran besar kepada sistem pendidikan Malaysia. Kita perlu menyediakan diri kita untuk mengatasi cabaran-cabaran ini bagi mengekalkan persaingan. Kita perlu menghasilkan tenaga manusia yang berupaya berkhidmat untuk bangsa dan dunia. Globalisasi telah datang dan teknologi sebenarnya telah mempercepatkan proses tersebut. Maklumat telah memainkan peranan yang signifikan di dalam mencipta pengetahuan. Kekuatan bangsa pada masa depan amat bergantung pada kekuatan mereka untuk memperoleh dan mengaplikasikan pengetahuan. Para pelajar sekarang sudah boleh berseronok dengan pendidikan mereka mengikut kadar kemajuan mereka sendiri, sama ada di rumah atau di tempat kerja mereka. Teknologi membenarkan akses keseluruhan kepada peluang-peluang pembelajaran dan pengiktirafan pembelajaran di dalam pelbagai keadaan.

Sistem pendidikan kita seharusnya berupaya untuk memupuk keupayaan pelajar untuk berfikir secara kritikal, berkomunikasi secara efektif dan mempertingkatkan kemahiran mengesan/mencari maklumat. Pendekatan pelbagai disiplin dan kolaboratif di dalam pengajaran dan pembelajaran seharusnya diterima. Keupayaan ini akan membolehkan mereka belajar dan belajar semula bagi mengekalkan persaingan. Penggunaan pengetahuan kreatif di dalam menjana kekayaan dan kuasa rakyat telah bertambah. Sumber manusia adalah lebih penting berbanding sumber fizikal dan sumber manusia berkelayakan tinggi boleh dipercepatkan melalui sistem pendidikan yang berkualiti. (http://The First International Forum on Education Reform Experience of Selection Countries.htm)

3.2.4Pekerja Ilmu Pekerja berpengetahuan merupakan istilah yang telah dicipta oleh Peter Druckle (1959) yang bermaksud sesiapa sahaja yang bekerja yang menjalankan sesuatu tugas atau menggunakan pengetahuan. Sebagai contoh, pekerja berpengetahuan mungkin merupakan seseorang yang bekerja untuk tugas-tugas seperti merancang, memperoleh, mencari/menyemak, menganalisis, mengelolakan, menyimpan, memprogramkan, mengagih atau menyumbang kepada transformasi maklumat dan mereka yang bekerja menggunakan maklumat untuk menghasilkan sesuatu. Adakah tugas-tugas ini biasa kita dengar? Sudah tentu, kita sebagai pendidik atau guru perlu menganggap diri kita sebagai pekerja-pekerja berpengetahuan. Pada satu-satu masa kita akan melaksanakan tugas-tugas seperti yang tersebut di atas.

Pekerja berpengetahuan walaupun hanya kelompok minoriti dalam kumpulan tenaga kerja, tetapi menyumbang pengetahuan mereka kepada masyarakat dari segi keperibadian/penampilan/perwatakan, kepimpinan, cabaran dan profil sosial mereka. Mereka bukanlah tergolong sebagai kelas/kelompok pemerintah tetapi mereka adalah kelompok kelas pemimpinan. Dengan ciri-ciri, kedudukan sosial, nilai-nilai dan jangkaan/harapan yang mereka ada, mereka pada dasarnya berbeza dengan mana-mana kelompok sebelum ini yang berperanan sebagai pemimpin.

Pada dasarnya, pekerja berpengetahuan ini memperoleh pekerjaan, tugas dan kedudukan sosial adalah melalui pendidikan formal. Tugas-tugas mencabar pekerjaan berpengetahuan ini memerlukan kemahiran manual yang tinggi dan kesungguhan kerja yang kuat. Pendidikan formal yang diperlukan untuk pekerjaan berpengetahuan ini ialah hanya pekerjaan yang boleh diperoleh melalui persekolahan formal. Ia tidak boleh di peroleh melalui perantisan (kerja-kerja sebagai perantis).

Dari segi bilangan dan jenis pengetahuan formal yang diperlukan, pekerja berpengetahuan amat berbeza dari aspek-aspek tersebut. Sesetengahnya memerlukan sedikit keperluan dan ada yang memerlukan jenis pengetahuan khusus seperti yang dimiliki oleh pakar bedah saraf. Walau pun pengetahuan yang mereka ada agak primitif tetapi itulah pendidikan formal yang dapat disediakan untuk mereka. Contohnya, memfail jarang sekali dilakukan oleh pekerja berpengetahuan tinggi. Bagaimana pun, ia bergantung kepada pengetahuan abjad atau di Jepun pengetahuan terhadap ideograf Cina boleh di peroleh hanya dengan cara dan melalui pembelajaran bersistematik, iaitu menerusi persekolahan formal.

Implikasi penting yang dapat dilihat ialah pendidikan akan menjadi pusat kepada masyarakat berpengetahuan dan sekolah menjadi institusi rujukan/kunci (key). Apakah adunan/gabungan pengetahuan yang diperlukan oleh setiap orang? Apakah kualiti yang diharapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran? Kesemua ini sudah pasti menjadi tumpuan utama masyarakat berpengetahuan dan isu-isu politik.

Sebaliknya, ini tidak semestinya bermaksud bahawa sekolah akan menjadi lebih penting. Di dalam masyarakat berpengetahuan, lebih meningkat pengetahuan terutamanya pengetahuan peringkat tinggi akan memperoleh kebaikan setelah keluar dari alam persekolahan formal dan semakin, barangkali, di dalam dan menerusi proses pendidikan yang bukan sekolah tradisional, contohnya, kemudahan menyambung pelajaran yang lebih sistematik yang ditawarkan oleh majikan. Tetapi, pada masa yang sama, terdapat sedikit kesangsian bahawa pencapaian sekolah-sekolah dan nilai-nilai asas sekolah semakin menjadi membimbangkan kepada masyarakat secara keseluruhannya,

Kita juga boleh meramalkan dengan berasaskan kepada beberapa kemungkinan yang kita boleh mendefinisikan semula apa yang dimaksudkan dengan individu berpendidikan. Secara tradisi dan terutamanya dua ratus tahun dahulu sekurang-kurangnya di Barat (dan pada masa yang sama di Jepun) individu yang berpendidikan merupakan seseorang yang berkongsi stok biasa pengetahuan formal di German di kenali sebagai Allgemeine Bildung dan Inggeris dan Amerika dipanggil sebagai sastera (liberal arts). Seterusnya, individu berpendidikan, merupakan seseorang yang belajar bagaimana untuk belajar dan sepanjang kehidupan mereka akan mereka teruskan untuk belajar, sama ada di dalam atau di luar lingkungan pendidikan formal.

Kesamaannya, terdapat peluang-peluang baru wujud di dalam masyarakat berpendidikan. Di dalam masyarakat berpendidikan untuk pertama kali dalam sejarah, laluan untuk kepimpinan terbuka kepada semua.

Kesamaannya, pemerolehan pengetahuan tidak selamanya bergantung kepada mendapatkan suatu ketentuan pendidikan di sebarang peringkat umur. Pembelajaran akan menjadi alat yang tersedia untuk individu di sebarang peringkat umur disebabkan terlalu banyak kemahiran dan pengetahuan perlu dipelajari melalui teknologi pembelajaran terkini.Berhenti, berhenti seketika dan buat refleksi soalan di bawah.

Berasaskan kepada di atas, bagaimana anda boleh sebagai pekerja berpengetahuan boleh membantu meningkatkan / memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran anda di bilik darjah? Berikan pandangan anda.

Guru dan Pengetahuan

Sebagai pekerja berpengetahuan, guru mesti berpendidikan tinggi/baik, terutamanya di dalam perkara-perkara mengenai isi kandungan yang mereka ajar dan kerjaya mereka pengalaman pendidikan profesional mesti diteruskan agar menjadi dasar di dalam pemusatan kandungan tersebut (Shulman, 1999: 13). Untuk menjadi pengajar, adalah penting bagi guru-guru memiliki kefahaman yang mendalam terhadap isi kandungan. Guru juga mesti terpelajar, berintelek dan seorang pekerja berpengetahuan yang berorientasi terhadap persembahan, komunikasi dan membina pengetahuan seperti kepentingan pembelajaran pelajar (Shulman, 1999: 13).

Dari sudut pandangan perubahan paradigma ini, guru perlu menganjakkan pandangan mereka sebagai juru teknik kepada wawasan guru sebagai pelajar, ilmuwan dan sebagai pencipta ilmu pengetahuan. Terdapat tiga konsep pengetahuan dan guru mempelajari apa yang menjadikan seseorang itu pekerja berpengetahuan. Pertama, pengetahuan untuk amalan di mana kandungan dan pengetahuan di janakan untuk digunakan oleh guru. Guru adalah pengguna pengetahuan di mana mereka mempelajari kandungan baru, strategi-strategi atau kemahiran-kemahiran selalunya melalui pengajaran langsung (terus).

Kedua, pengetahuan di dalam amalan di mana guru menganggap bahawa pengetahuan pengajaran amali datang dari pengalaman. Kepakaran mengajar lahir dari profesion itu sendiri. Guru adalah penjana pengetahuan yang merundingkan idea, membina makna dan mengambil tindakan berasaskan pengetahuan tersebut. Ini bergantung pada refleksi guru dan pertanyaan kepada amalan dan penggunaan strategi sebagai pementoran, juru latih, kumpulan belajar dan pembelajaran kendiri.

Ketiga, pengetahuan daripada amalan di mana guru memainkan peranan utama di dalam menjana pengetahuan amalan dengan menjadikan bilik darjah mereka dan sekolah laman untuk bertanya, menghubungkan kerja mereka di sekolah ke isu-isu besar dan mengkritik dari perspektif teori dan penyelidikan orang lain (Cochran- Smith & Lytle, 1999: 273) Sekarang, pekerja berpengetahuan menjadi penyelidik, teoris, aktivis dan pemimpin sekolah yang menjana pengetahuan untuk profesion mereka.

Bolehkah anda menggambarkan diri anda sebagai pekerja berpengetahuan menggunakan pengetahuan untuk amalan, di dalam amalan dan daripada amalan? Lakukan penjanaan pengetahuan dan penyelidikan ke atas amalan dan perbaiki menerusi amalan.

3.3 RumusanTopik ini memperkenalkan kepada anda beberapa jenis refleksi, proses dan tindak susul pengajaran reflektif. Anda juga diperkenalkan dengan topik yang dikaitkan dengan guru sebagai pembelajaran sepanjang hayat yang boleh direalisasikan menerusi aktiviti seperti penyelidikan, INSET dan kolaborasi. Topik terakhir adalah berkaitan dengan guru di dalam alaf baru di mana penekanan adalah ke atas kod etika, akauntabiliti guru dan trend semasa di dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Perubahan penting di dalam kurikulum ialah pelaksanaan pendidikan sekolah bestari. Lain-lain pengaruh adalah mengenai globalisasi dan prinsip dunia tanpa sempadan yang mempengaruhi tenda sistem pendidikan. Aspek-aspek penting unit ini ialah:

Guru boleh menggunakan pelbagai strategi reflektif untuk mereka bangunkan dan memperbaiki situasi bilik darjah;

Sesetengah jenis refleksi adalah refleksi sebelum tindakan, refleksi semasa tindakan dan refleksi selepas tindakan;

Prose pengajaran mereflek melibatkan merancang, bertindak, memerhati dan mereflek;

Sesetengah tindakan susulan pengajaran reflektif adalah penyelidikan tondakan, latihan kemajuan staf dan kolaborasi;

Penyelidikan tindakan merupakan kajian sistematik / penyiasatan ke dalam amalan kita (sebagai seorang guru) dengan matlamat untuk memahami dan memperbaiki amalan pendidikan kita melalui refleksi ke atas akibat tindakan kita;

Ciri-ciri penyelidikan tindakan termasuklah kajian amalan pendidikan kita, spesifik kepada focus, penglibatan (kolaboratif), tumpuan-tindakan, asas-bukti, reflektif (pusingan) dan dengan matlamat pedagogi / pendidikan;

Peringkat-peringkat di dalam penyelidikan tindakan termasuk mengenal pasti kawasan tumpuan (peninjauan), rancangan tindakan, melaksana tindakan, memerhati tindakan dan mereflek;

INSET adalah aktiviti terancang, aktiviti-aktiviti tersusun atau program pembelajaran lanjutan yang diiktiraf atau tidak diiktiraf, bagi membezakannya dengan tugas pembangunan di sekolah formal dan rakan kongsi lanjutan dan rangkaian antara sekolah; Program-program direka adalah untuk menyediakan jalan kepada guru-guru menyegarkan kembali pengetahuan mereka, memperbaiki kemahiran mereka dan untuk mewujudkan anjakan paradigma terhadap pandangan mereka kepada isu-isu pendidikan;

Kolaborasi kerap kali ditakrifkan sebagai untuk bekerja dengan yang lain atau pihak lain. Guru mesti terlibat secara aktif di dalam pembelajaran dan perlu menyediakan peluang-peluang untuk perbincangan, membuat refleksi dan mencuba pendekatan pengajaran yang lebih baik. Ini boleh dilakukan di dalam komuniti professional yang dididik dan dimajukan di luar atau di dalam sekolah;

Kerangka untuk kolaborasi memerlukan elemen-elemen berikut:

(1) hubungan bekerja boleh dikembangkan dan dikekalkan melalui kepercayaan guru;

(2) kepercayaan bahawa bekerja bersama-sama bukan sesuatu yang diwajibkan tetapi secara sukarela;

(3) peningkatan kemahiran dan inisiatif dilihat sebagai proses berterusan

(4) bekerja bersama-sama dilihat sebagai aktiviti berjadual yang memperlihatkan status kepada apa yang perlu dikembangkan tetapi tidak menindas perkembangan diri individu; dan

(5) penghargaan terbuka perlu kepada mereka yang terlibat;

Sekolah dan masyarakat mempunyai hubungan yang rapat dan sekolah seharusnya mewakili ciri-ciri budaya yang dimiliki oleh masyarakat secara keseluruhannya;

Pengajaran merupakan profesion dan sebagai profesional, guru seharusnya mematuhi Kod Etika Profesion Perguruan;

Akauntabiliti bermaksud tanggungjawab kepada seseorang atau untuk sesuatu aktiviti. Ia juga merupakan proses untuk mendapatkan hasil optimum bagi orang ramai di dalam sesuatu sistem yang berfokus kepada kualiti guru, pengajarannya dan pencapaian pelajar; Sebagai guru anda seharusnya berakauntabiliti terhadap diri sendiri, pelajar , ibu bapa dan bangsa;

Guru boleh berkolaborasi dengan lain-lain guru menerusi pengajaran berpasukan dan pengajaran berpasangan; Perubahan suasana ekonomi, sosial dan politik di Malaysia perlu disepadukan agar dapat mewujudkan keperluan ke arah inovasi yang tekal dan reformasi dalam pendidikan;

Kurikulum direka bentuk untuk membantu pelajar mencapai perkembangan seimbang dan menyeluruh, kesepaduan pengetahuan, kemahiran, nilai dan penggunaan bahasa yang betul; menyatakan secara eksplisit hasil pembelajaran yang diingini di pelbagai peringkat kebolehan; menawarkan pelbagai disiplin, bertema dan pembelajaran berterusan; memperkukuhkan pengetahuan, kemahiran dan sikap sesuai untuk kejayaan di dalam era Usia Bermaklumat; Pedagogi sekolah bestari menggunakan gabungan pelbagai strategi yang sesuai bagi memastikan penguasaan kecekapan asas dan menggalakkan perkembangan menyeluruh, menempatkan pelbagai gaya pembelajaran individu, bagi meninggikan pencapaian; menggalakkan persekitaran bilik darjah yang bersesuaian dengan pelbagai strategi pengajaran-pembelajaran; Globalisasi merujuk kepada proses di mana hubungan politik, sosial, ekonomi dan budaya sedikit demi sedikit menguasai skala global dan memiliki kesan dan impak yang mendalam ke atas pendidikan individu;

Pekerja berpengetahuan didefinisikan sebagai individu yang bekerja untuk kehidupan bagi memperkembangkan tugas atau menggunakan pengetahuan;

Sebagai pekerja berpengetahuan, guru sepatutnya berpendidikan tinggi dari segi isi kandungan yang mereka ajar dan pengalaman kerjaya pendidikan profesional perlu diteruskan agar berpadanan dengan isi kandungan;

Terdapat tiga konsep pengetahuan dan guru mempelajari apa yang membuatkan pekerja berpengetahuan dinamakan sebagai pengetahuan dalam amalan, pengetahuan untuk amalan dan pengetahuan pada amalan.

Good luck!

Sila rujuk buku-buku berikut sebagai bacaan lanjut.

Bacaan Asas

Bruce M. Frazee, Rose A. Rudnitski (1995). Integrated Teaching methods: Theory, Classroom

Applications and Field-based Connections. New York: Delmar Publishers

Day, C.(1999). Developing Teachers: The Challenge of Life-long Learning.

London:Falmer Press.

Hassan Said (2000) Education in Malaysia: Enhancing accessibility and Quality. The First

International Forum on Education Reform Experience of Selection Countries

References Rujukan

Abraham, S. (1994). Exploratory action research for manager development. Upper Mt.

Gravatt, Australia: ALARPM (Association Inc. & Gibaran Management

Consultants Pty. Ltd.

Altritcher, H. Posch,P. & Somekh, B. (1993). Teachers investigate their work: An

introduction of action research. London: Routledge.

Bahagian Pendidikan Guru (2001). Garis Panduan Kursus Penyelidikan Tindakan

untuk Maktab Perguruan Malaysia. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru,

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Burbules, N. C. and Torres, C. A. (2000) Globalization and Education: Critical Perspectives,

London: Routledge. http://faculty.ed.uiuc.edu/burbules/ncb/papers/global.htmlBurns, R.B. (1997). Introduction to research methods. (3rd ed.) Australia: Longman.

Cohen, L. & Manion, L. (1994). Research methods in education. (4th ed.) London:

Routledge.

Cogburn, D. L. (1998) 'Globalization, knowledge, education and training in the global world',

Conference paper for the InfoEthics98,

UNESCO,http://www.unesco.org/webworld/infoethics_2/eng/papers/paper_23.htm.

Courtney, S. (1989) 'Defining adult and continuing education' in S. B. Merriam and P. M.

Cunningham (eds.) Handbook of Adult and Continuing Education, San Francisco:

Jossey-Bass.

Cunningham, J.B. (1993). Action research and organisational development. London:

Praeger Publishers.

Drucker,P.F. (1994). Knowledge Work and Knowledge Society :The Social Transformations of

this Century. Edwin L. Godkin Lecture, Harvard University

Ebbutt, D. (1985). Educational action research: Some general concerns and specific

quibbles. In Burgess, R.G. (ed.), Issues in educational research: Qualitative

methods, pp. 152-174. London: The Falmer Press.

Elliott,J. (1991). Action research for Educational Change. Open University Press

Field, J. (2000) Lifelong Learning and the New Educational Order, Stoke of Trent: Trentham

Books.

Gay, L.R. & Aira Sian, P. (2003). Educational Research: Competencies for analysis

and applications. (7th ed.). Upper Saddle River, New Jersey: Merril & Prentice

Hall.

Hitchcock, G. & Hughes, D. (1995). Research and the teacher. (2nd ed.). New York:

Routledge.

Hopkins, D. (1993). A teachers guide to classroom research. (2nd ed.). Buckingham:

Open University Press.

Kember,D. (2000). Action Learning and Action Research. London: Kogan Page Ltd

Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The Action Research Planner. Victoria: Deakin

University Press.

Kemmis, S. (1988). Action research. In Keeves, J.P. (ed.) Educational Research,

Methodology and Measurement, pp. 42-49. Oxford: Pergamon Press.

Laidlaw, M. (1992). Action research: A guide for use on initial teacher education

programmes. www.bath.ac.uk/~edsajw/initial.html (downloaded on 8 May 1998)

McKernan, J. (1996). Curriculum action research: A handbook of methods and

resources for the reflective practitioner. (2nd ed.). London: Kogan Page Ltd.McNiff, J. (1988). Action research: Principles and practice. London: Routledge.

McNiff,J. (1995). Action Research: Principles and Practice. London: Macmillan Education Ltd.

McNiff, J. (1993). Teaching as learning: An action research approach. London:

Routledge.

Moon, J.A. (2000). Reflection in learning & professional development: Theory &

practice. London: Kogan Page Ltd.

Selener, J.D. (1992). Participatory action research and social change: approaches and

critique (research methods). Abstract thesis PhD: Cornell University

Whyte, W.F. (1991). Participatory action research. California: Sage Publications.

Scholte, J. A. (2000) Globalization. A critical introduction, London: PalgraveTeacher Education Division (2002). Education Resource for Lecturers. Kuala Lumpur: Ministry

of Education.

Wiersma, W. (1995). Research methods in education: An introduction. (6th ed.).

Massachusetts: Allyn & Bacon.

Zuber-Skerritt, O. (1992). Action research in higher education. London: Kogan Page

Limited.

http:// www.stanford.edu/dept/SUSE/csm/features/collaborationhttp://www.etc.sccoe.k12.ca.us/2002/01_currint/02 currsumm3.htmlhttp://www.edweek.org/context/topics/issuespage.cfm?id=16http://campus.fortunecity.com/shakespeare/41/smartsc.html)

Soalan-soalan Tutorial

1. Identify one student who has disciplinary problem in your classroom. Describe how you would use the process of guidance to help him/her (2 hrs)

2. Kenal pasti seorang pelajar yang bermasalah disiplin di bilik darjah anda. Jelaskan bagaimana anda boleh menggunakan proses bimbingan untuk membantu meurid tersebut? (2 jam)

3. Reflect on one particular lesson you had conducted in your class. Identify the problems you faced in hindsight, and suggest ways to overcome them.(2 hrs)

4. Buat refleksi terhadap pengajaran tertentu yang pernah anda kelolakan di dalam bilik darjah. Kenal pasti masalah yang anda hadapi dan cadangkan cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut (2 jam).

5. Describe how you can uplift your profession as a teacher by attending in-service training. (2 hrs)

6. Jelaskan bagaimana anda boleh meningkatkan profesion anda sebagai guru dengan menghadiri latihan dalam perkhidmatan (2 jam).

7. Describe how you, as a teacher, can be accountable to your student academic performance in your class.(2 hrs)

8. Jelaskan bagaimana anda sebagai guru boleh mengakauntabilitikan pencapaian pelajar anda di dalam bilik darjah (2 jam).

9. Power is knowledge. Comment and discuss ways how you can contribute to the advancement of education in Malaysia as a knowledge worker. (2 hrs)

10. Kuasa ialah pengetahuan. Komen dan bincangkan cara bagaimana anda boleh menyumbang kepada pendidikan tinggi di Malaysia sebagai pekerja berpengetahuan (2 jam).

PENULIS-PENULIS MODUL

NAMAKELAYAKAN

Dr. Maznah Abd. Samad

Penolong Pengarah

Unit Kurikulum

BPG

(Penasihat)B.A.(Hons), M.Ed.(Guidance and Counselling), PhD (Education), Diploma in Guidance and Counselling

Education lecturer :12 years

Dr. Boon Pong Ying

Institut Bahasa-Bahasa Antarabangsa

( Pengerusi)B.A.(Hons), M.Ed. (Testing and Evaluation),

Ph.D. (Testing and Evaluation)

Education lecturer : 20 years

Pn. Rafidah bt Ruhani

Maktab Perguruan Ilmu KhasB.Ed (TESL), M.S. (Educational Psychology)

Education lecturer: 2 years

En. Lee Hah

Maktab Perguruan Ipoh PerakB.Ed., Master in Educational Management (Information System)

Education lecturer : 19 years

Pn Chuah Kim Hwa

Maktab Perguruan Tun Abdul RazakB.A.(Hons), M.Sc.(HRD) (Educational Management)

Education lecturer : 10 years

Apakah perubahan-perubahan pendidikan ?

EMBED Unknown

What are the roles played by each of these key players?Apakah peranan-peranan yang dimainkan oleh setiap pelaku-pelaku utama ini?

EMBED Unknown

EMBED Unknown

EMBED Unknown

PAGE 5