Perubahan Perkembangan Sosioekonomi Semasa Penjajahan British Di Tanah Melayu

download Perubahan Perkembangan Sosioekonomi Semasa Penjajahan British Di Tanah Melayu

of 25

Transcript of Perubahan Perkembangan Sosioekonomi Semasa Penjajahan British Di Tanah Melayu

Perubahan Perkembangan Sosioekonomi Semasa Penjajahan British di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak

3.0

Pengenalan Episod sejarah sosio-ekonomi Malaysia sering dikaitkan dengan pengalamannya

dalam era penjajahan khususnya semasa dalam cengkaman Inggeris. Senario yang mewarnai susur galur sejarahnya menunjukkan ada perubahan yang secara tidak langsung mencerminkan ekonomi negara yang ada pada masa kini. Perdebatan dalam kalangan sejarawan banyak membuktikan bahawa struktur ekonomi ketika itu banyak dipengaruhi oleh unsur dari barat iaitu British. Bermula ketika Penjanjian Pangkor 1874, golongan kulit putih ini telah berusaha mengaut sebanyak mungkin hasil perut bumi Tanah Melayu. Aktiviti ini berterusan sehingga kepada Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957. 3.1 Struktur Masyarakat Penguasaan British di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak telah membawa perubahan yang besar kepada sosioekonomi masyarakat Melayu,bumiputera dan bangsa asing yang menetap di Tanah Melayu.Apabila kita melihat pada sistem lapisan masyarakat dan struktur masyarakat Melayu dapat kita lihat perubahan ketara dan menonjol.Dahulu di mana kelompok tertinggi lapisan masyarakat adalah golongan pemerintah yang terdiri daripada bangsa Melayu tetapi telah mengalami perubahan di mana kelompok tertinggi terdiri daripada orang Inggeris .

Selain itu,British telah mengubah corak pentadbiran di Tanah Melayu . Pemerintah tertinggi pada zaman tradisional iaitu raja telah hilang kekuasaannya dan kedaulatannya di mana selepas kedatangan British peranan raja telah berkurangan .Hal ini kerana British memperkenalkan sistem Residen yang diperkenalkan di

Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang . Melalui sistem ini kuasa mutlak sultan telah digantikan dengan kuasa Residen Inggeris yang telah menguasai kesemua kuasa sultan kecuali dalam perkara yang berkaitan agama Islam adat istiadat orang Melayu . Pada peringkat awal peranan residen sebagai pelindung rakyat British dan pedagang asing .Mereka juga menguruskan hal ehwal luar negeri-negeri Melayu dan agen perubahan dalam membentuk birokrasi pentadbiran corak Barat serta pelaksana dasardasar kerajaan . Berdasarkan Perjanjian Pangkor, residen akan menasihatkan sultan dalam semua hal ehwal kerajaan negeri kecuali yang menyentuh soal agama dan adat istiadat Melayu. 3.2 Sistem Ekonomi Pentadbiran Inggeris telah memperkenalkan sistem ekonomi moden yang berasaskan perdagangan antarabangsa atau komersial telah dilaksanakan .

Perkembangan ekonomi tanah Melayu khususnya Pulau Pinang dan Singpura muncul sebagai pelabuhan perdagangan penting di bawah pentadbiran yang mengamalkan dasar ekonomi laissez fair telah mewujudkan sistem ekonomi duaan atau dual di Tanah Melayu . Dual atau dwi-ekonomi bermaksud terdapat dua corak kegiatan ekonomi yang diamalkan iaitu ekonomi komersial dan sara diri . Perkembangan ekonomi Tanah Melayu juga bergantung kepada meningkatnya kemasukan pelaburan daripada saudagar-saudagar Cina Negeri-negeri Selat dan kemudiannya modal Barat .

Seterusnya,kemasukan buruh Cina dan India,penggunaan teknologi pengeluaran lebih baik yang menjimatkan kos dan meningkatkan pengeluaran.Sistem pengurusan lombong dan ladang yang baru serta institusi kewangan dan bank yang menjadi punca modal . Walaupun wujud perkembangan ekonomi tetapi kegiatan ekonomi orang Melayu masih berkisar di sektor pertanian ,menangkap ikan dan pertukangan atau kerja tangan. Kegiatan pertanian komersial lebih banyak melibatkan orang Cina dan bermula sejak abad ke-19 . Tanaman komersial peringkat awal iaitu tebu,ubi kayu,sagu dan gambir.Kemudian the dan kopi pula menarik minat pengusaha . Tanaman komersial peringkat kedua iaitu kelapa,getah dan kelapa sawit . Peringkat ini melibatkan modal dan kawasan tanah yang lebih luas . Walaupun orang Melayu terlibat dalam sektor pertanian ini tetapi hanya sebagai pekebun kecil. Campur tangan British didorong oleh kekayaan hasil bumi tanah Melayu . Seterusnya,perkembangan Revolusi Industri di England dan ketidakstabilan politik di negeri-negeri Melayu. British menjalankan langkah yang lebih agresif bagi

meningkatkan pengeluaran ekonomi dan keuntungan dengan memperkenalkan kegiatan ekonomi berasaskan eksport,memberi perhatian terhadap sektor

perlombongan,pembukaan ladang tanaman secara besar-besaran dan penyediaan pelbagai bentuk kemudahan British melakukan pelbagai pembangunan sosio-ekonomi seperti pembentukan infrastruktur, khasnya sistem perhubungan. Melihat kepada konteks ini pelbagai kemudahan termasuk jalan raya, telegraf, dermaga dan keretapi telah di bina bagi

memudahkan aliran perdagangan. Pekara yang perlu dipastikan bahawa kesemua ini hanya dilakukan atas kepentingan ekonomi sahaja.Kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah bagi memastikan kelancaran pentadbiran dan perkembangan ekonomi.Umum mengetahui bahawa British mempunyai matlamat tersendiri di sebalik penjajahannya di Tanah Melayu iaitu mengaut seberapa banyak secara maksimum keuntungan daripada pengeksploitasian terhadap kekayaan hasil bahan mentah khususnya bijih timah di Tanah Melayu dan objektif ini sebenarnya dapat dicapai melalui kemajuan dalam infrastruktur iaitu dengan mewujudkan beberapa jaringan perhubungan bagi memudahkan proses penghantaran sumber secara berkesan serta efisien. Perkembangan infrastruktur ini telah memberi kesan terhadap sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan kerana dahulunya mereka menggunakan

pengangkutan air untuk perhubungan. Hal ini dapat dibuktikan bandar Kuantan di Pahang didirikan berhampiran Sungai Kuantan, bandar Diraja Pekan terletak berhampiran Sungai Pahang, Kuala Kangsar berhampiran Sungai Perak, Kota Tinggi berhampiran Sungai Johor, bandar Kuching berhampiran Sungai Sarawak,

Kinabatangan berhampiran Sungai Kinabatangan dan bandar-bandar yang lain. Perkembangan infrastruktur ini adalah kesan kolonilisme British yang memberi perubahan dalam landskap sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan.

Di samping itu, kemajuan dalam bidang komunikasi juga wujud dalam Tanah Melayu yang telah wujud talian telegraf antara Kuala Lumpur dengan Melaka pada tahun 1886. Penubuhan persekutuan 1895 telah memantapkan sistem perhubungan serta komunikasi setiap negeri di bawah British dengan terbinanya sambungan sistem

perhubungan yang sedia ada di setiap negeri bagi meningkatkan keberkesanan eksploitasi terhadap sumber alam khususnya bijih timah dan ladang getah di negerinegeri berkenaan kerana kos pengangkutan bijih timah akan dapat dikurangkan dan diangkut dalam kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat untuk dieksport. Kepesatan perhubungan dapat dibuktikan dengan pendapat Amarjit Kaur yang mengemukakan bahawa sejarah pembinaan jalan kereta api di Semenanjung terbahagi kepada tiga fasa iaitu peringkat pertamanya pembinaan jalan kereta api yang pendekpendek pada tahun 1885 hingga 1896 dan akhirnya berkembang pesat. Akhirnya dengan kemajuan sistem perhubungan telah mengubah struktur sosiekonomi masyarakat tradisional tempatan kerana kewujudan sistem perhubungan tanpa sempadan. Selain itu, penyeragaman melalui Persekutuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada 1895, Frank Swettenham berjaya juga membuka jaringan jalan kereta api merangkumi seluruh Tanah Melayu iaitu menghubungkan Taiping ke Sungai Larut terus ke Port Weld yang dibina pada tahun 1885, diikuti jalan kereta api Kuala Lumpur ke Sungai Kelang setahun kemudian dan dilanjutkan ke Kelang melalui jambatan Connought pada tahun 1890. Keadaan ini membolehkan para pemodal menerokai kawasan pertanian secara liberal atau bebas sekaligus mengubah corak kehidupan masyarakat tradisional tempatan. Lantaran dasar British yang inginkan penguasaan ekonomi akhirnya memberi kesan terhadap struktur sosioekonomi masyarakat tempatan.

Terhadnya penghasilan ekonomi rakyat kerana terhadnya tenaga buruh . Ini kerana tenaga buruh bergantung kepada buruh keluarga yang menjadi unit asas pengeluaran

3.3 Buruh

Sistem Sosial adalah tenaga kerja yang dijadikan sebagai modal dalam dan untuk hasilkan sektor

produktiviti.Buruh

berkepentingan

perladangan,perlombongan,pentadbiran,perkhidmatan

ketenteraan.Kemajuan

sistem ekonomi telah memberi kesan di mana imigran Cina dan India telah dibawa masuk secara beramai-ramai bagi memenuhi permintaan tenaga buruh dalam sektor ekonomi moden. kemasukkan mereka disokong oleh pihak British. Ini kerana tenaga mereka amat diperlukan untuk bekerja di lombong-lombong dan estet-estet. Pada tahun 1840an permintaan pada buruh-buruh luar terutama dari China dan India agak tinggi berbanding buruh-buruh Melayu.Permintaan pada tenaga buruh ini tinggi kerana terdapatnya permintaan yang tinggi bagi sektor tanaman komersil contohnya di Perak, Negeri Sembilan dan Johor . Seperti tanaman lada hitam, gambir, tebu dan buruhburuh ini dibawa masuk secara beransur-ansur. 3.3.1 Kedatangan Imigran ke Tanah Melayu Pembangunan dan kepesatan ekonomi Tanah Melayu telah menggalakkan kedatangan buruh-buruh asing untuk bekerja di kawasan perlombongan bijih timah, estet-estet getah dan kawasan pertanian ladang.Faktor ekonomi merupakan pendorong utama kemasukkan imigran ditambah lagi dengan pemerintahan kuasa British di Pulau

Pinang dan Singapura yang telah memudahkan lagi kemasukan imigran.Kemasukan imigran ini adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor penolak iaitu yang mendorong mereka untuk meninggalkan negara masing-masing seperti peperangan, kebuluran dan lainlain.Kerajaan British juga telah menggalakkan agar imigran ini berhijrah ke Tanah Melayu. Orang-orang Melayu juga tidak menentang kedatangan kaum imigran ini.Imigran China dan India telah lama mengenali Tanah Melayu sebagai salah satu pusat perdagangan yang penting suatu masa dahulu, ini telah mendorong mereka untuk berhijrah ke Tanah Melayu.Keadaan ekonomi Tanah Melayu yang sedang pesat membangun melalui perusahaan getah dan bijih timah telah membuka banyak peluang pekerjaan.Politik di Tanah Melayu juga berada dalam keadaan stabil di bawah penjajah British, dan ini telah menarik lebih ramai golongan pemodal dan imigran asing ke Tanah Melayu 3.3.1.1 Kedatangan Buruh Cina Kedatangan buruh dari China secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19 yang kebanyakkan berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Kwangsi dan Fukien.Kedatangan buruh ini ke Tanah Melayu adalah melalui beberapa cara seperti sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan, dan sistem pengambilan rumah kongsi. Ramai dikalangan imigran Cina telah datang ke Tanah Melayu melalui sistem tiket Kredit.Imigran Cina yang ingin datang ke Tanah Melayu akan dikumpulkan oleh Kheh-thau ( Ketua ), orang yang bertanggunjawab mengumpulkan masyarakat

tempatan di China sebelum di bawa ke Pelabuhan.Kheh-thau ini akan dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa oleh mereka. Imigran yang datang ini dipanggil Sin Kheh dan diletakkan dibawah pengawasan nahkoda kapal atau agensi buruh yang biasanya telah menerima bayaran daripada bakal majikan imigran berkenaan.Imigran yang datang dengan cara ini terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi satu tempoh masa sehinggalah hutang tambang mereka dijelaskan.Selepas itu mereka bebas berkhidmat dengan sesiapa sahaja yang mereka suka. Mereka akan dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka akan tuju serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang.Mereka akan dibawa oleh orang tengah atau pemborong buruh dengan bayaran tertentu kepada pihak majikan. Kerajaan British di Tanah Melayu telah mewujudkan jawatan pegawai pelindung buruh dari China pada bulan Mac 1872.Ia adalah bertujuan untuk mengawasi kemasukan buruh dan imigran dari China.Beberapa undang-undang telah dilaksanakan bagi membaiki sistem pengambilan buruh.Pada 30 Jun 1914, sistem tiket kredit ini telah digantikan dengan dengan sistem pengambilan Kakitangan ataupun pengambilan rumah kongsi.

Sistem Pengambilan Kakitangan Melalui sistem ini, majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China bagi mendapatkan tenaga buruh.Segala tambang dan perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai oleh majikan.Pegawai yang dihantar tersebut adalah bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh tersebut sehigga mereka sampai di tempat majikannya.

Sistem Pengambilan Rumah Kongsi Di bawah sistem ini, pemgambilan buruh adalah dilakukan oleh pegawai dinegara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.Pegawai tersebut akan membaiyai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut sehingga mereka sampai di rumah kongsi.Pembawa buruh tadi akan dibayar oleh tuan punya rumah kongsi dengan kadar yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawanya.

Secara Berkumpulan ( Foochow ) Pada awal abad ke-20, cara kedatangan imigran ini telah berubah terutamanya di Sarawak.Charles Brooke melalui syarikatnya di Singapura telah menaja kemasukan buruh ke Sarawak.Buruh ini masuk ke Sarawak secara berkumpulan seperti yang dianjurkan oleh orang Foochow di Sarawak.Kumpulan pertama dibawa masuk selepas adnya persetujuan di antara Wong Nai Siong, seorang ketua Foochow di Sibu, dengan Charles Brooke untuk menjemput petani Cina menerokai Lembah Rajang. Lebih kurang

570 orang Foochow telah dibawa masuk ke Sibu pada bulan Januari 1901 dan bulan Mac.Kaum imigran ini amat diperlukan untuk mengusahakan tanah dan

membangunkan sektor pertanian gambir dan lada hitam.

a) Bijih timah Jelasnya aktiviti ini menunjukkan suatu komoditi yang sangat penting malah merupakkan pengerak awal ekonomi khususnya di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada peringkat awal sememangnya hasil bumi ini kurang mendapat perhatian menyeluruh, namun demikian setelah wujudnya pasaran yang memberangsangkan ianya menjadi lebih agresif untuk di korek. Tanah Melayu merupakan pengeluar bijih timah yang terbesar dunia.Sebelum Perang Dunia Kedua, antara 30- 40 peratus jumlah pengeluaran bijih timah dunia telah dibekalkan oleh Tanah Melayu. Kekayaan dan kemajuan ekonomi di tanah Melayu pada ketika itu adalah disebabkan oleh jumlah keuntungan yang diperolehi hasil pengeksportan bijih timah ke pasaran dunia. Akhir kurun ke-19, Tanah Melayu telah menjadi pengeluar bijih timah yg terbesar di dunia iaitu dengan pengeluaran kira-kira 38 000 tan setahun.Perkembangan bijih timah dilakukan secara besar-besaran ialah berlaku pada akhir abad ke-19. Petemuan tapak baru sering membuatkan ramai pihak mencebur diri dalam aktiviti ini khususnya orang Cina. Perusahaan ini dilakukan oleh usahawan Cina Selat dan ada juga antara mereka mendapat sokongan modal dari saudagar Eropah. Faktor kemasukan modal Eropah secara pukal berlaku hanya selepas pengenalan kapal korek pada tahun 1912. Penggunaan teknologi ini telah berjaya meluaskan operasi lombong kerana kemampuannya mengorek dengan lebih dalam lagi

malah setiap hasil yang dikeluarkan mampu menghasilkan keuntungan yang besar berdasarkan pasaran. Melihatkan kepada modal yang besar, pengurusan yang sistematik amat diperlukan bagi melicinkan operasi. Bagi tujuan tersebut secara tidak langsung mengakibatkan kesannya kepada struktur sosial yang mana terdapat kelas dalam birokrasi pengeluaran hasil. Permintaan yang tinggi daripada hasil bijih ini telah mendesak pihak kolonial untuk memenuhi kehendak pelabur dengan mengesyorkan kawasan yang lebih luas di Negeri Melayu Bersekutu seperti Perak, Selangor, dan Pahang. Proses penyediaan ini melibatkan hal mengukur tanah, mengumpul maklumat mengenai kawasan lombong serta menyelia setiap kawasan yang diteroka. Usaha ini dilakukan ini menjamin kawasan pemajakkan yang tepat serta menghasilkan untung yang lebih maksimum. Pada awal kurun ke-20 pemintaannya meningkat disebabkan oleh industri mengetin yang berlaku di Eropah. namun sejak 1920 pemintaannya hanya berkisar pada aras 2540 tan setahun disebabkan penjimatan dan pengunaan timah yang lebih efektif. Meskipun mencapai zaman gemilangnya industri timah juga mengalami kemerosotan sekitar tahun 1930an disebabkan masalah harganya yang tidak seimbang. Meskipun mencapai zaman gemilangnya industri timah juga mengalami kemerosotan sekitar tahun 1930an. Jelasnya aktiviti ini menunjukkan suatu komoditi yang sangat penting malah merupakan pengerak awal ekonomi khususnya di NegeriNegeri Melayu Bersekutu. Pada peringkat awal sememangnya hasil bumi ini kurang mendapat perhatian menyeluruh, namun demikian setelah wujudnya pasaran yang memberangsangkan ianya menjadi lebih agresif untuk di korek. Perkembangan bijih timah dilakukan secara besar-besaran ialah berlaku pada akhir abad ke-19.

Petemuan tapak baru sering membuatkan ramai pihak mencebur diri dalam aktiviti ini khususnya orang Cina. Perusahaan ini dilakukan oleh usahawan Cina Selat dan ada juga antara mereka mendapat sokongan modal dari saudagar Eropah. Faktor kemasukan modal Eropah secara pukal berlaku hanya selepas pengenalan kapal korek pada tahun 1912. Penggunaan teknologi ini telah berjaya meluaskan operasi lombong kerana kemampuannya mengorek dengan lebih dalam lagi malah setiap hasil yang dikeluarkan mampu menghasilkan keuntungan yang besar berdasarkan pasaran. Melihatkan kepada modal yang besar, pengurusan yang sistematik amat diperlukan bagi melicinkan operasi. Bagi tujuan tersebut secara tidak langsung mengakibatkan kesannya kepada struktur sosial yang mana terdapat kelas dalam birokrasi pengeluaran hasil. Permintaan yang tinggi daripada hasil bijih timah ini telah mendesak pihak kolonial untuk memenuhi kehendak pelabur dengan mengesyorkan kawasan yang lebih luas di Negeri Melayu Bersekutu seperti Perak, Selangor, dan Pahang. b) Getah Penglibatan Tanah Melayu dengan tanaman ini bermula dengan hadirnya biji benih pokok yang mampu mengeluarkan cecair getah yang di pungut dari Brazil ( Hevea brasiliensis ). Penanaman awal getah dilihat tidak begitu teratur kerana kurang penyelidikan malah pasarannya yang belum diketahui keuntungannya. Justeru getah merupakan komoditi yang berjaya ditanam di kedua-dua belah bahagian Malaysia ketika itu.melihatkan kepesatan yang berlaku d Tanah Melayu maka penanamannya

telah diperbesarkan. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada perkembangan getah di Malaysia khususnya pada zaman penjajahan. Tenaga buruh yang banyak dan murah membantu dalam pengeluran komoditi ini. Buruh India Selatan telah dibawa masuk untuk bekerja di estet menggunakan Sistem Kontrak. Seterusnya modal seperti tanah amat diperlukan dalam hal sedemikian kerana rantau Malaysia amat sesuai bagi tanaman getah jenis ini. Maka di sebabkan faktor modal tanah ianya telah berjaya membuka mata pelabur asing dalam memcebur diri dalam penanaman getah. Kemerosotan pengeluaran bijih telah digantikan dengan penanaman pohon getah. Secara amnya getah telah ditanam secara rasmi pada tahun 1896 berikutan perkembangan pembuatan tayar oleh Goodyear serta peningkatan pengeluaran kereta yang sangat memerlukan bahan ini bagi tujuan tersebut. Peningkatan dalam jumlah pengeluaran meningkat setiap tahun ( sila rujuk Lampiran 1). Selain kemerosotan bijih kemerosotan harga kopi turut menyumbang kepada peralihan terhadap tanaman getah. Pada tahun 1897 satu peraturan tanah khas telah di perkenalkan di NMB untuk menggalakkan tanaman getah. Berdasarkan galakan ini pelbagai langkah telah diambil bagi menarik minat penguasaha contohnya dengan mengenakan cukai yang rendah iaitu sebanyak 10 sen setiap ekar untuk sepuluh tahun pertama dan duti rendah hanya 2.5% bagi 15 tahun pertama. Perkembangan getah ini secara amnya telah di bawa oleh seorang Inggeris iaitu H.N. Ridley. Beliau sangat berminat dan bersungguh-sungguh mengalakkan penanaman getah secara komersil bagi mengaut keuntungan seterusnya meningkatkan ekonomi domestik. Harga getah dilihat semakin meningkat setiap tahun berdasarkan pasarannya .Hasil ketekunan Ridley dalam usaha ujikajinya yang

berterusan maka telah berjaya mengembangkan tanaman getah ini. Seperti yang dikatakan tadi meledaknya harga getah belaku dalam tahun 1905 dengan berkembangnya industri kereta. Senario ini telah menyebabkan lebih banyak kawasan yang dibuka untuk penanaman getah dengan lebih menyeluruh. Menjelang 1908, getah telah ditanam hampir keseluruhan Tanah Melayu berjumlah kira-kira 190000 hektar. Jumlah ini merupakan lebih banyak daripada tanaman lain. Pengulangan peningkatan harga getah sekali lagi berlaku pada 1909 dan 1912 telah menyebabkan beberapa syarikat eropah seperti Guthries dan Harrisons & Crosfield menambah pelaburan dan membuka lebih banyak tanah bagi tujuan ini. Harga yang semakin meningkat menyebabkan penambahan kos dalam membuat selingan dengan tanaman lain supaya pengeluaran dapat dimaksimakan. Terdapat juga pekebun kecil Melayu dan Cina berusaha untuk menanam namun pihak kerajaan kurang mengambil perhatian kepada mereka. Hasilnya keluasan tanah yang ditanam dengan getah telah menunjukkan kadar yang positif iaitu kira-kira 219000 hektar dan terus meningkat kepada 322000 hektar pada tahun 1913. Getah begitu ketara di negeri pantai barat di sebabkan kesinambungan penggunaan infrastruktur yang telah wujud sejak zaman timah lagi. Landasan keretapi dan jalan raya berfungsi sebagai penghubung dalam mengangkut susu getah ke bahagian pesisir pantai bagi tujuan eksport. Tempoh masa Perang Dunia Pertama sedikit sebanyak telah menjejaskan peranan getah, lebih parah lagi dengan wujudnya getah tiruan yang menyaingi getah asli. Kemelesetan semakin meruncing pada awal tahun 1930 menyebabkan peraturan getah telah telah ditanda tangani bagi mengurangkan pengeluaran getah dunia.

C) Minyak Sawit Menjelang tahun 1917 kemunculan ladang kelapa sawit yang pertama telah menampakkan usaha untuk mengkomersilkanya. Penggunaanya melibatkan pembuatan sabun, lilin, fluks, menyadur timah, majerin, minyak sayur, gris dan minyak untuk enjin pembakaran. Namun demikian penggunaannya hanya bersifat sedikit sehingga merosotnya harga getah telah menyebabkan pihak syarikat yang terlibat mencari tanaman ganti. Bagaimanapun pembangunan secara besar-besaran dilakasanakan menjelang tahun 1924 apabila tiga buah syarikat getah dalam Guthrie telah menubuhkan Kelapa Sawit Malaya Berhad. Kemudian terdapat firma lain mencuba nasib dalam tanaman ini dan berharap mendapat pulangan yang besar. Modal yang besar dalam pengoperasian memerlukan tenaga yang pakar sering merusingkan pihak kolonial dan secara tidak langsung mengekalkan tanaman ini berdekatan dengan kawasan getah agar mendapat manfaat daripada infrastruktur getah itu sendiri. Kebanyakkan ladang sawit terdapat di kawasan pantai barat dan bertambah besar sehingga tahun 1930-an. Komoditi ini mencatatkan pertumbuhan pengeluaran yang memberangsangkan contohnya pada tahun 1938 telah berjaya meningkat kepada 58300 tan iaitu 11% daripada pengeluaran minyak sawit dunia. Kemajuan ini telah dibantu dengan kemasukan teknologi baru serta kepakaran yang tinggi dalam teknik penanaman. Menjelang pendudukan Jepun banyak ladang telah musnah serta terbakar. Justeru pengeluarannya terhenti seketika dan bersambung semula selepas perang.

D) Komoditi Padi Padi pada asalnya berkisar dalam kalangan masyarakat tempatan namun menjelang kemasukan imigran luar ke Tanah Melayu menyebabkan bahan makanan ini amat diperlukan untuk menampung bekalan. Penanaman secara aktif telah di syorkan oleh kerajaan kolonial disebabkan pertambahan penduduk, hal ini disokong dengan wujudnya keadaan di mana kesemua manusia yang ada memerlukan beras sebagai makanan ruji. Pemintaan semakin pesat serentak dengan kemerosotan pekerjaan tradisional seperti pertukangan telah menyebabkan ramai masyarakat khususnya Melayu memperbesarkan kawasan padi mereka. Contohnya bermula sejak akhir kurun ke-19 golongan bangsawan di Kedah telah memperluaskan kawasan padi sehingga ke kawasan barat laut negeri. Sementara itu kerajaan negeri juga telah memperkenalkan sistem saliran secara besar-besaran bagi mengairi sawah padi dengan lebih sistematik lagi. Secara keseluruhannya 60 % dari kawasan padi di Tanah Melayu berada di kawasan seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan Perak manakala 23 % lagi di negeri Kelantan dan Terengganu. Bagi Borneo Utara dan Sarawak padi telah ditanam berdasarkan kepada keperluan kecil sahaja kerana masih terdapat masyarakat yang hidup secara pindah. Secara keseluruhanya Padi juga mengalami perkembangan yang positif kesan daripada pertambahan penduduk Di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

3.4

Sistem Pendidikan Sebelum kedatangan British, kanak-kanak Melayu hanya mendapat pendidikan

di surau, sekolah pondok dan masjid. Sistem pendidikan Melayu yang paling tua dan berpengaruh adalah persekolahan pondok. Pondok yang pertama didirikan ialah pada tahun 1820 oleh Tuan Haji Abd. Samad bin Abdullah. Pendidikan masyarakat pada masa itu berfokuskan kepada aspek-aspek seperti membaca dan memahami Al-Quran, mempelajari bahasa Arab, hukum-hukum agama serta penguasaan menulis, mengira dan membaca. Namun, kehadiran kolonialisme British telah memperkenalkan sistem pendidikan vernakular. Penubuhan sekolah Melayu oleh British adalah untuk memberi kemahiran membaca, menulis dan mengira. Penubuhan sekolah ini telah bermula pada tahun 1821 apabila Penang Free School membuka cawangannya di gelugor dan diikuti dengan penubuhan Sekolah Melayu di Teluk Belanga (1855) dan di Kampung Gelam (1856). Walau bagaimanapun, kurikulum sekolah Melayu tidak berkembang lebih daripada setakat memberikan pendidikan dasar selama empat tahun, kecuali latihan perguruan sebagai peringkat tertinggi pendidikan Melayu. Pengenalan sistem latihan perguruan ini yang menjadi pemangkin perubahan dalam struktur masyarakat tradisional tempatan. Namun begitu, sistem pendidikan vernakular ini tidak berjaya menyatukan semua kaum di bawah satu payung perpaduan kerana murid- murid daripada pelbagai kaum telah dipisahkan. Mereka tidak melalui sistem pendidikan yang sama. British juga turut memperkenalkan sistem pendidikan Inggeris, tetapi tidak dilaksanakan sepenuhnya sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Malah British telah menubuhkan sebuah sekolah vernakular Melayu di Negeri- Negeri Selat. Sekolah Melayu yang pertama

didirikan di Singapura, telah dibina di Teluk Belanga pada 1867. Seterusnya British telah meneruskan usaha mereka dengan menubuhkan sebuah lagi sekolah vernakular Melayu di Seberang Prai pada tahun 1871. Manakala di Perka pula, sekolah vernakular Melayu ini telah ditubuhkan di Kuala Kangsar dan Batu Gajah pada tahun 1884. Akibat daripada pengasingan kaum oleh British akibat dari pengkhususan pekerjaan, telah wujud juga sekolah vernakular untuk kaum Cina dan India di Tanah Melayu. Bagi masyarakat India pula, pendidikan Tamil disediakan oleh British di kawasan bandar. Selain itu, disebabkan kaum India hanya bekerja di ladang- ladang getah milik British, oleh itu pihak pengurusan ladang akan membiayai sekolah Tamil di kawasan ladang. Pendidikan sekolah Tamil seperti Sekolah Tamil Vivekanada yang ditubuhkan pada tahun 1912 di Seremban yang berorientasikan sistem pendidikan di negara India dengan menggunakan sukatan pelajaran, buku dan tenaga pengajar dari India. Sekolah kaum India ini juga menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Manakala bagi kaum Cina pula, sekolah Cina dibiayai oleh saudagar dari China. Hal ini jelas dibuktikan melalui penubuhan Sekolah Chung Hwa dan Sekolah Cina Yuk Chai di Kuala Pilah pada tahun 1926. Di samping itu, sekolah ini bukan sahaja menggunakan dialek mereka sebagai bahasa pengantar, tetapi guru, buku dan sukatan pelajaran juga turut berasal dari China. Kewujudan sekolah vernakular ini ternyata tidak mengalakkan perpaduan antara kaum, sehingga menyebabkan kaum- kaum ini terasing antara satu sama lain. Fakta- Fakta di atas menunjukkan aliran- aliran pendidikan di negara ini di zaman British saling berasingan dan memisahkan pandangan antara kaum.

3.5

Taraf Kesihatan Pengenalan ekonomi kapitalis oleh British juga memberi kesan kepada taraf

kesihatanpenduduk di Tanah Melayu. Kemudahan perkhidmatan kesihatan merupakan salah satu keperluan asas yang penting, terutamanya di kawasan petempatan. Semasa penjajahan British di Tanah Melayu, telah berlaku perkembangan pesat dalam bidang ekonomi, khususnya dalam aktiviti perlombongan bijih timah. Peningkatan hasil keluaran bijih timah di Tanah Melayu telah membuka banyak peluang pekerjaan, hal ini secara tidak langsung telah mendorong kemasukan beramai- ramai buruh asing ke Tanah Melayu. Kedatangan buruh asing ini telah menambahkan jumlah penduduk tempatan di Tanah Melayu. Masalah ini telah menyebabkan urusan tempat tinggal, tempat kerja dan kepadatan penduduk tidak dapat diurus dengan sempurna. Keadaan ini telah mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan penduduk akibat dari kurang pengurusan diri, misalnya tidak mendapat bekalan air yang bersih dan tidak mencukupi. Semua keadaan ini, telah menyebabkan penyakit berjangkit mudah merebak sama ada di kawasan bandar atau luar bandar. Secara tidak langsung telah didirikan rumah- rumah sakit bercorak klinik bagi kemudahan pelombong bijih timah. Namun kelengkapan peralatan dan perubatannya tidaklah begitu sempurna dan teratur, ini menyebabkan pesakit semakin bertambah serta wabak penyakit pula semakin menular. Oleh itu, menerusi pentadbiran Speedy pada 1874, beliau merancang untuk mendirikan sebuah hospital untuk kemudahan awam di Larut. Sungguh pun terdapat beberapa buah hospital yang dibina untuk menampung jumlah pesakit yang ramai,

tetapi hanya sebuah hospital yang besar iaitu Hospital Yang Wah yang dibiayai khas untuk penduduk miskin. Hospital kerajaan terawal yang telah dibina di Taiping dan di Kuala Lumpur pada tahun 1898. Manakala di Perak pula telah terdapat beberapa buah hospital telah dibina, misalnya di Tanjung Malim, Batu Gajah, Gopeng, Kerian dan Kuala Kangsar. Di samping membina klinik, hospital dan pusat kesihatan, British telah mengambil satu langkah untuk mengawal wabak penyakit, iaitu melalui penyelidikan. Oleh itu, British talah menubuhkan satu badan yang bertanggungjawab untuk mengkaji punca penyakit merebak dan langkah- langkah yang perlu diambil untuk mencegah penyakit tersebut. Untuk itu, British telah menubuhkan Institut Penyelidikan Perubatan tahun 1900 di Kuala Lumpur. Selain itu, British juga turut mengambil berat akan kebersihan dan kesihatan awam khususnya di bandar- bandar. Dengan ini, satu lembaga telah ditubuhkan pada tahun 1890-an yang berperanan dalam mengawasi dan menjaga kebersihan dan kesihatan bandar di Kuala Lumpur. Lembaga ini dikenali sebagai Sanitary Board dan turut ditubuhkan di beberapa buah bandar di Perak. Perkembangan Sosioekonomi di Sabah dan Sarawak Pada tahun-tahun awal pembabitan Syarikat Berpiagam Borneo Utara pelbagai tanaman telah cuba diusahakan bagi meningkat kadar pertumbuhan ekonomi. Bagi di Sarawak pula pihak Rajah juga ada memperlakukan perkembangan ekonomi namun ianya tertakluk demi mempertahan kan hak pribumi. Hal ini merujuk kepada dasar kerajaan Brooke sendiri yang mahukan hak pribumi dipertahankan.

Merujuk pada kegiatan di Borneo Utara tanaman asing bukan menjadi komoditi utama tetapi hasil asli yang banyak menyumbang, contohnya sarang burung layanlayang. Sarang burung ini merupakan bahan hidangan sup masyarakat Cina yang dipungut daripada kawasan gua dan terus di eksport ke Hong kong. Meskipun demikian industri pembalakkan dilihat lebih mendatangkan hasil yang lumayan dalam dekad terakhir kurun ke-19 yang didorong oleh pemintaan kayu bagi pembinaan landasan keretapi. British Borneo Trading and Planting Company merupakan syarikat yang terbesar menegendalikan aktiviti ini. Kemudian sebuah syarikat baru telah muncul iaitu British Borneo Timber Company yang telah mendapat hak penebangan balak selama lebih 25 tahun. Eksport kayu balak telah meningkat kepada 178000 tan dan perlabuhan Sandakan dijadikan hub pemasaranya keluar negeri. Berbanding dengan Tanah Melayu demam getah juga melanda Sabah sekitar awal kurun ke-20. Kadar pertumbuhannya mungkin agak lambat tetapi setelah timbul kesedaran banyak kawasan baru di teroka bagi merealisasikan usaha ini disamping kemudahan seperti pengangkutan dan perhubungan. Kewujudan getah di Borneo Utara dan Sarawak adalah seiring dengan keadaan di Tanah Melayu yang mana beralih daripada tempoh kemuncaknya sehingga keadaan kemelesetannya sekitar tahun 1930-an. Kesemua ini dilihat serentak berlaku di seluruh dunia bukan sahaja di Tanah Melayu mahupun Borneo Utara dan Sarawak.Di Sarawak pula seperti yang telah diperkatakan tadi dasar awal pemerintah Brooke yang mahukan pengekalan ekonomi terhadap pribumi menjadi teras kepada perkembanganngannya. Namun masih terdapat

kelonggaran kepada syarikat luar seperti Borneo Company yang menguasai ekonomi di Sarawak. Seperti mana di Borneo Utara Sarawak juga merupakan pembekal kayu balak yang unggul. Pengeluarannya mengatasi pengeluaran getah yang ada pada ketika itu malah mampu menjana pendapatan negeri secara jangka panjang. Pada tahun 1895 minyak telah dijumpai di Miri namun hal ini hanya tertakluk kepada pengeluaran yang kecil. Selain itu juga arang batu dan raksa telah dijumpai dan turut membantu pendapatan negeri. Syarikat Borneo Company pernah mengalami tempoh masa kemelesetan sekitar 1900-an namum telah berjaya meningkatkan keuntungan secara perlahan dan mampu bertahan sebelum kedatangan Jepun. Percubaan telah mula dibuat dalam mempersiapkan infrastruktur bagi

kemudahan sosio-ekonomi di Malaysia Timur ketika itu. Hal ini di sebabkan kefahaman yang tidak sama dengan Pentadbiran Kolonial Tanah Melayu serta jaminan pasaran yang berbeza dalam tempoh yang sama. Maka, walaupun terdapat perbezaan dalam menentukan kadar pertumbuhan dan pembangunan ekonomi kedua-dua kawasan namun menjelang kemerdekaan dan penyatuan kesemua hal ini dapat diselaraskan.

Perubahan Perkembangan Sosioekonomi Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak semasa Pendudukan Jepun

5.0Sistem Pentadbiran Pada awalnya Jepun menghadapi kesukaran dalam merangka dasar pentadbirannya terutamanya berkaitan kedudukan sultan-sultan dan agama Islam.Umumnya

pentadbiran Jepun di Tanah Melayu bercorak ketenteraan memandangkan Jepun masih dalam peperangan.Matlamat Jepun untuk membentuk Pemerintahan Baru Asia Timur Raya masih belum tercapai. Di Tanah Melayu pentadbiran tentera Jepun mempunyai matlamat utama iaitu untuk memulihkan ketertiban awam,mendapatkan sumber-sumber penting untuk

menanggung belanja perang dan menjamin bekalan makanan yang mencukupi bagi anggota tenteranya di Tanah Melayu.

5.1Ekonomi Dasar ekonomi di Tanah Melayu diubaholeh Jepun daripada ekonomi usaha niaga bebas kepada ekonomi kawalan yang berasaskan ekonomi sara diri.Ringkasnya pemerintah Jepun cuba melahirkan satu sistem ekonomi yang bersifat berdikari dan menjalankan dasar tutup pintu.Hal ini bermakna Jepun tidak nmenggalakan eksport barangan sebaliknya menggalakkan Tanah Melayu bergantungkepada pengeluaran untuk membekalkan bahan mentah untuk industry-industri ringan yang dapat menghasilkan barangan keperluan Negara.

Jepun menjadikan pertanian sebagai satu kegiatan umum.Pemerintah Jepun telah mewujudkan satu sisitem padi Tiga ekonomi diberi Tahun yang dikawal supaya olehkerajaan pengeluaran secara makanan turut

langsung.Penanaman mencukupi.Rancangan

keutamaan Sara Diri

dijalankan.Padi

Taiwan

diperkenalkan bagi menjayakan penanaman padi dua kali setahun.Di samping itu ,tanaman ubi kayu ,sagu dan lada hitam turut dipertingkatkan. Walaubagaimanapun,pengeluaran padisemakin terjejas ekoran tidakan Jepun

mengembalikan Negeri-negeri Melayu

Utara iaitu Kedah,Perlis,Kelantan dan

Terengganu kepada nagara Thai pada tahun 1943.Bagi mengatasi kemerosotan pengeluaran padi,tanah rizab Melayu telah dibuka kepada bukan Melayuuntuk dijadikan kawasan pertanian.Semua kegiatan ekonomi yang dahulunya dipegang olehpemodalpemodal Eropahdan Cina telah diambil aliholeh tentera Jepun. Namun perkembangan ekonomi Tanah Melayu semasa pendudukan Jepuntidaklah berkembang seperti yang diharapkan .Ekonomi Tanah Melayu merosot dan lumpuhlalu menyebabkan berlakunya masalah pengangguran,kebuluran dan inflasi di seluruh Tanah Melayu.

Struktur Masyarakat Taraf Kesihatan Sistem Pendidikan Perubahan Perkembangan Sosioekonomi di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak

Sistem Ekonomi

Sistem Sosial

Rajah 3