Perubahan Trend Populasi

download Perubahan Trend Populasi

of 9

description

populasi

Transcript of Perubahan Trend Populasi

  • ashaario.jimdo.com http://ashaario.jimdo.com/perubahantrendpopulasi/

    PERUBAHAN TREND POPULASI

    1.1 Sinopsis

    Populasi adalah semua organisma yang tergolong dalam spesisyang sama danhidup dalam kawasan geografi yang sama. Perubahan trend populasi adalah perubahandari segi saiz populasi (N) dari semasa ke semasa, dan ini ditentukan oleh kadarkelahiran, kadar kematian, imigrasi dan emigrasi. . Kelahiran menambah individu barukepada populasi manakala kematian membuang individu daripada populasi. Begitu juga,imigrasi menambah individu baru sedangkan penghijrahan keluar (emigrasi) membuangindividu. Kadar pertumbuhan populasi positif apabila pertambahan individu lebih ramaidaripada pengurangan individu. dan adalah sama dengan sifar apabila jumlah individuyang bertambah dan berkurang adalah sama. Saiz penduduk dikenali sebagai KeupayaanMuatan (K), yang ditentukan oleh faktorfaktor alam sekitar. Pertumbuhan populasi bolehdimodelkan oleh lengkung geometri (iaitu, lengkung tak linear), samaada keluk yangberbentuk S(sigmoid) atau lengkung eksponen. Jika saiz populasi duakali ganda antarasetiap jangka masa, maka bentuk pertumbuhan geometri ini dipanggil pertumbuhaneksponen. Bentuk lengkung pertumbuhan populasi dikawal oleh tiga faktor: iaitu saizpopulasi permulaan atau awal (N0),faktor pertumbuhan populasi (R) yang mengukur kadardi mana populasi berkembang jika ia mempunyai sumber makanan.

    1.2 Hasil Pembelajaran

    Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

    1.2.1 menyatakan tentang saiz populasi permulaan, Kepadatan Populasi dan KeupayaanMuatan

    1.2.2 memahami tentang faktorfaktor yang mempengaruhi pertumbuhanpopulasi

    1.2.3 memahami tentang biodiversiti tersembunyi

  • 1.3 Saiz Populasi Permulaan, Kepadatan Populasi dan Keupayaan Muatan

    Populasi adalah sekumpulan individu dengan ciriciri yang sama (spesies) yang hidupmenempati ruang yang sama pada waktu tertentu. Anggotaanggota populasi hidup dalamhabitat yang sama, mempunyai persamaan morfologi, anatomi, dan fisiologi serta mampumenghasilkan keturunan dan berkembang biak secara bersama. Konsep populasi banyak

    dipakai dalam ekologi dan genetik. Para Ekologis memaknakan populasi sebagai unsurdari sistem yang lebih luas. Populasi suatu spesies adalah sebahagian dari suatukomuniti. Ahliahli genetik, menganggap bahawa populasi adalah sebagai satu wadahbagi pertukaran alelalel yang dimiliki oleh individuindividu anggotanya. Pergerakanfrekuensi alel dalam suatu populasi menjadi perhatian utama dalam kajian genetikpopulasi. Sebagai contoh, pada suatu ladang seluas 200 meter persegi terdapat 800batang jagung, 500 ekor belalang, 50 ekor jangkrik, 10 ekor burung, dan 3 pokokbelimbing. Berdasarkan data tersebut maka di dalam ladang tersebut terdapat beberapapopulasi, yaitu populasi jagung, populasi belalang, populasi jangkrik, populasi burung, danpopulasi belimbing.

    Saiz Populasi Permulaan (N0) dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu fungsikesihatan, penerokaan ruang, diversiti, masalah kesukaran, pemilihan tekanan danjumlah individu dalam populasi.

    Saiz populasi permulaan (awal) bolehdikira dengan menggunakan pertumbuhanpopulasi eksponen seperti berikut :

    Kepadatan populasi adalah hubunganantara jumlah individu dan luas atauisipadu ruang yang diduduki pada waktutertentu. Misalnya, pada tahun 1990Daerah Peringat yang luasnya 30 km2dihuni 100.000 orang, 3.000 ekor kambing,dan 6.000 ekor ayam. Berdasarkan angkatersebut kepadatan penduduk DaerahPeringat tahun 1990 adalah 100.000 orang/30 km2 = 3333 orang per km2. Artinya, setiapluas 1 km2 ratarata ditempati 3333 orang. Kepadatan populasi kambing adalah 100/km2

    dan kepadatan populasi ayam adalah 200/km2.

    Keupayaan Muatan (K) ialah saiz maksimum populasi yang boleh ditampung olehpersekitaran dan bergantung kepada keperluan makanan, habitat , air dan lainlain yangterdapat dalam persekitaran. Dalam populasi biologi , Keupayaan Muatan ditakrifkansebagai beban maksimum persekitaran, yang berbeza dari konsep keseimbanganpopulasi. Keupayaan Muatan merujuk kepada bilangan individu yang boleh disokong dikawasan tertentu dalam had sumber semulajadi, tanpa memusnahkan alam semula jadi,sosial, budaya dan ekonomi bagi generasi masa kini dan masa depan.Dalam erti kata lain,

  • Keupayaan Muatan bagipopulasi dikatakan dicapaiapabila kestabilanmenghampiri nilaimaksimum dengan sumberyang terhad sepertimakanan, air dan bekalan.Apabila saiz populasi kecildaripada KeupayaanMuatan, kadar pertumbuhanpopulasi adalah positifsupaya saiz populasimeningkat .Apabila saizpopulasi lebih besardaripada KeupayaanMuatan, kadar pertumbuhanpopulasi adalah negatifsupaya saiz populasiberkurang. Pertumbuhanpopulasi akan berhentiapabila saiz populasimenyamai KeupayaanMuatan. Keupayaan Muatanmewakili keseimbangan saizpopulasi.

    Contoh keupayaan muatanialah seperti contohdibawah dimana seketuldaging hanya boleh menampung keperluan 6 larva lalat sahaja .

  • 1.4.1 Kadar Kelahiran (b)

  • Kadar kelahiran adalah punca paling penting dalam pertambahan saiz populasi.Proses: kelahiran, penetasan, percambahan, pembiakan berjantina adalah dipengaruhioleh beberapa faktor seperti kesuburan dan kesuburan purata,nisbah jantina di dalampopulasi dan kadar pembiakan dalam populasi.

    1.4.2 Kadar Kematian (d)

    Merujuk kepada kematian individuindividu dalam populasi. Kematian disebabkanoleh beberapa faktor seperti kematian fisiologi, faktorfaktor genetik, kematian akibatkemalangan, musuh semula jadi, kannibalisma dan kekurangan makanan. Kematiandalam populasi hidupan liar adalah sukar untuk ditentukan kerana tindakan pemangsajarang diperhatikan dan kecepatan kematian akibat penyakit dan perasit..

    1.4.3 Imigrasi dan Emigrasi

    Imigrasi bermaksud penghijrahan ke dalam sesuatu kawasan kerana mencaripasangan dan makanan di kawasan baru. Manakala Emigrasi bermaksud penghijrahankeluar dari satu tempat ke tempat lain. Haiwan liar seperti harimau, serigala dan beruangmuda meninggalkan populasi mereka kerana dihalau oleh induk kerana telah matangataupun kerana kekurangan makanan.

    1.4.4 Pengiraan Pertumbuhan Populasi

    Contoh:

    Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh badak dan mengapa saiz populasiakhir berbeza?

    Jadual menunjukkan anggaran populasi bagi dua jenis populasi badak di dalampersekitaran yang sama, bagi 5 selang masa (generasi).

    Selang masa (t) =generasi

    Populasi Badak A Populasi Badak B

  • Saizpopulasi,(N)

    Faktorpertumbuhan, (R)

    Saizpopulasi, (N)

    Faktorpertumbuhan, (R)

    0 N0 = 30 N0 = 20

    1 58 1.9 39 2.0

    2 123 2.1 82 2.1

    3 236 1.9 161 2.0

    4 484 2.0 318 2.0

    5 955 2.0 643 2.0

    Langkah

    Populasi badak A,

    12 Purata R'>

    12 = 1.98 ~ 2.0 '>

    Populasi badak B,

    12 Purata R'>

    12 = 2.02 ~ 2.0'>

    Soalan

  • Semak ketigatiga faktorfaktor yang mempengaruhi pertumbuhan. Mengapa terdapatperbezaan dari segi saiz populasi antara keduadua populasi pada selang masa ke 5?Adakah ia disebabkan oleh perbezaan dalam saiz populasi permulaan (awal), faktorpertumbuhan, atau faktor alam sekitar?

    Graf menunjukkan bentuk eksponen. Populasi Badak B mempunyai kadar pertumbuhan, Ryang tinggi. Saiz penduduk bagi selang masa ke 5 berbeza bagi keduadua populasi badakdisebabkan oleh saiz awal populasi (populasi permulaan). Bilangan saiz populasi awalbagi badak A sebanyak 30 adalah lebih tinggi daripada saiz populasi awal badak B dimanahanya terdapat 20 sahaja. Disebabkan itu, ahli baru lebih banyak dihasilkan di populasibadak B.

    1.5 Faktorfaktor Yang mempengaruhi Pertumbuhan Populasi

    Ada dua faktor yang mempengaruhi pertumbuhan populasi iaitu faktorbersandarkan kepadatan (Densitydependent factors) dan faktor tidak bersandarkankepadatan (Densityindependent factors).

    Faktor bersandarkan kepadatan (Densitydependent factors) adalah faktorfaktoryang mengawal pertumbuhan populasi apabila saiz populasi adalah besar sepertimakanan dan bekalan air, cahaya, udara, pemangsa,penyakit, parasit dan ruang wilayah.

    Faktor tidak bersandarkan kepadatan (Densityindependent factors)ialah tidakbergantung kepada saiz populasi seperti cuaca , ribut, gempa bumi, kebakaran, banjir danpengairan.

    1.6 Biodiversiti Tersembunyi

    Biodiversiti tersembunyi adalah hidupan yang tidak disedari kepentingan kehadiranmereka. Terbahagi kepada dua iaitu komponen komuniti dalam tanah dan mikroorganisma

    1.6.1 Komponen Komuniti Dalam Tanah

    Megiabiota merangkumi vertebrata seperti ular, musang, tikus dan arnab yangkebanyakannya menggali tanah untuk mencari makanan dan sebagai tempat

  • perlindungan.

    Macrobiota (diameter >2mm) (contoh semut, anaianai, labahlabah). Akar pokok jugaselalunya dikira sebagai biota tanah.

    Mesobiota (diameter 0.1 2.0mm) biasanya tinggal di dalam rongga tanah. Kumpulan inikebanyakannya tergolong di bawah arthropoda mikro seperti gegat dan hamama.

    Mikrobiota (diameter

  • penyakit di kenali sebagai kuman

    1.6.2.2 Virus

    Virus ialah mikroorganisma yang paling kecil. Virus hanya dapat dilihat denganmenggunakan mikroskop yang paling tinggi kuasanya. Virus boleh menjangkiti tumbuhan,haiwan dan bakteria.Deman selesema adalah disebabkan oleh virus. Virusbertanggungjawab kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya dan membawa maut sepertiAIDS.

    1.6.2.3 Protozoa

    Protozoa lebih besar daripada virus dan bakteria. Protozoa ialah organismaakuatik.Protozoa juga ada yang tidak berbahaya dan ada yang berbahaya. Demam malariaadalah salah satu penyakit yang disebabkan oleh sejenis protozoa.

    1.6.2.4 Fungi

    Fungi adalah yang paling besar antara keempatempat mikroorganisma. Fungi hidup didalam tanah, pada sampahsarap, di atas organisma lain dan juga pada makanankita.Fungi membiak daripada spora.Cendawan, kulapuk dan yis (ragi) adalah contohcontoh fungi. Sesetengah fungi, seperti yis adalah sangat halus dan hanya boleh dilihatdengan bantuan mikroskop.Seperti bakteria, kebanyakan fungi tidak berbahaya danberguna kepada kita. Walau bagaimanapun, ada juga fungi yang boleh menyebabkanpenyakit.