Peruntukan Perlembagaan Persekutuan

4
Perlembagaan Persekutuan

description

Kepentingan peruntukan-peruntukan dalam perlembagaan persekutuan- Yang di-Pertuan Agong- Perlindungan Khas Sabah dan Sarawak- Kewarganegaraan

Transcript of Peruntukan Perlembagaan Persekutuan

Page 1: Peruntukan Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan

Page 2: Peruntukan Perlembagaan Persekutuan

Kedudukan Yang di-Pertuan Agong

• Terkandung dalam Bahagian IV Persekutuan , Bab 1 – Ketua Utama Negara

• Perlembagaan Persekutuan menjamin kedaulatan dan kuasa raja terus berkekalan. Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong. Antaranya ialah baginda diberi kuasa untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan menjaga kepentingan kepentingan sah kaum-kaum lain. Baginda juga berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Di samping itu, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara.

• Dengan ini, institusi raja tetap berkuasa dan berpengaruh dalam pemerintahan Malaysia dan tradisi Raja Melayu ini dikekalkan.

Page 3: Peruntukan Perlembagaan Persekutuan

PERLINDUNGAN KHAS UNTUK SABAH DAN SARAWAK• Terkandung dalam Bahagian 12A - Perlindungan tambahan bagi

negeri Sabah dan Sarawak• Perkara 161 – 161H

• Penerimaan Perjanjian 20 Perkara yang dituntut• Hal-hal berkaitan dengan agama, bahasa dan kedudukan

bumiputera menjadi perkara pokok dalam persetujuan Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia.

• Memberi pemberian khas kepada negeri Sabah dan Sarawak kerana semasa pembentukan Malaysia, kedua-dua negeri ini tidak begitu membangun seperti Semenanjung, pengecualian atau autonomi diberi dalam bidang-bidang tertentu supaya kepentingan kedua-dua negeri itu dan rakyatnya terpelihara

Page 4: Peruntukan Perlembagaan Persekutuan

HAK KEWARGANEGARAAN

• Terkandung dalam Bahagian III Kewarganegaraan

• Menerangkan pemerolehan dan penamatan kewarganegaraan seseorang

• Hak kewarganegaraan dinikmati oleh seseorang dengan bersyarat

• Menjamin kepentingan negara dengan mengawal kewarganegaraan berdasarkan syarat mengikut Perlembagaan

• Memastikan kesetiaan rakyat kepada satu negara sahaja.

• Mempunyai taraf sebagai ahli dalam negara serta mempunyai hak dalam negara tersebut.

• Dilindungi oleh kerajaan.