Pesal

10

Click here to load reader

Transcript of Pesal

Page 1: Pesal

Pembentang :

Muhammad Faisal B. Razalli

Page 2: Pesal

Kajian saintifik dalam bidang pemerolehan bahasa telah dimulakan sejak kurun ke-16 lagi(Zulkifly, 1990:326-331).

Kajian ini dimulakan oleh Tiedemann, seorang

ahli biologi berbangsa Jerman pada tahun 1787.

Charles Darwin, pengasas teori evolusi turutmenjalankan kajian dalam bidang pemerolehanbahasa pada tahun1877.

Page 3: Pesal

Pemerolehan bahasa merupakan satu prosesperkembangan bahasa manusia.

Lazimnya pemerolehan bahasa pertamadikaitkan dengan perkembangan bahasakanak-kanak manakala pemerolehan bahasakedua bertumpu kepada perkembanganbahasa orang dewasa (Language Acquisition: On-line).

Perkembangan bahasa kanak-kanak pula bermaksud pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak berkenaan.

Page 4: Pesal

Namun terdapat juga pandangan lain yang mengatakan bahawa terdapat dua proses yang terlibat dalam pemerolehan bahasa dalamkalangan kanak-kanak iaitu pemerolehanbahasa dan pembelajaran bahasa.

Dua faktor utama yang sering dikaitkandengan pemerolehan bahasa ialah faktornurture dan faktor nature.

Mengikut Piaget, semua kanak-kanak sejaklahir telah dilengkapi dengan alat nurani yang berbentuk mekanikal umum untuk semuakebolehan manusia termasuklah kebolehanberbahasa.

Page 5: Pesal

Alat mekanisme kognitif yang bersifat umuminilah digunakan untuk menguasai segala-galanya termasuklah bahasa.

Bagi Chomsky dan Miller pula, alat yang khususini dikenali sebagai Language Acquisition Device (LAD) yang fungsinya sama sepertiyang pernah dikemukakan oleh Lennebergyang dikenali sebagai “Innate Prospensity for Language”.

LAD dikatakan telah dimiliki oleh setiap anak secara semula jadi dan dengan alat nurani ini akan membolehkan kanak-kanak mampumemperoleh bahasa ibundanya dengan mudahdan cepat

Page 6: Pesal

Bagi Mangantar Simanjuntak (1982) pula, pemerolehan bahasa bermaksud penguasaanbahasa oleh seseorang secara tidak langsungdan dikatakan aktif berlaku dalam kalangankanak-kanak dalam lingkungan umur 2-6 tahun.

Pemerolehan bahasa dikaitkan denganpenguasaan sesuatu bahasa tanpa disedari ataudipelajari secara langsung iaitu tanpa melaluipendidikan secara formal untukmempelajarinya, sebaliknya memperolehnyadari bahasa yang dituturkan oleh ahli masyarakat di sekitarnya.

Page 7: Pesal

Pada umumnya, setiap bayi yang normal akanmengalami proses perkembangan bahasa secaraberperingkat-peringkat dan bersifat arbitrari.

Perkembangan bahasa akan menjadi lebih mantapdan sempurna mengikut perkembangan usiakanakkanak tersebut.

Mengikut Mangantar Simanjuntak, 1987 (dlm. Tay. 2000:228) peringkat perkembangan bahasa iniboleh dibahagi kepada (a) peringkat mengagah; (b) peringkat holofrasa; (c) peringkat ucapan dua kata; (d) peringkat permulaan tatabahasa; (e) peringkatmenjelang tatabahasa dewasa; dan (f) peringkatkecekapan penuh.

Page 8: Pesal

Seseorang kanak-kanak akan melalui tiga prosespemerolehan bahasa iaitu proses pemerolehankomponen fonologi, sintaksis dan semantik.

Ketiga-tiga komponen ini dikatakan berlaku secaraserentak.

Mengikut Menn dan Stoel Gammon (Babbling: On-line), dalam perkembangan bahasa, tempuhvokalisasi pralinguistik atau tempuh mengagahboleh dibahagikan kepada lima tahap iaitu tahaptangisan, “cooing”, tahap bermain dengan vokal, tahap “canonical babbling” (bermula pada umur 6 bulan) dan tahap “conversational babbling” yang bermula pada umur lebih kurang 10 bulan.

Page 9: Pesal

Seterusnya apabila mencapai umur 12-18 bulan, kanak-kanak akan mula menggunakanbunyi atau satu kata untuk merujuk kepadasesuatu yang bermakna, misalnya bunyi“kereta” untuk merujuk kepada benda keretaatau mengujarkan satu kata “kereta” untukmewakili satu ayat yang mungkin bermakna“Mama, saya nak naik kereta”.

Apabila menjangkau umur 18-24 bulan, kanak-kanak sudah dapat menghasilkan kata-katayang membentuk ayat pendek. Peringkatmengagah yang berlaku dalam tahun pertamakanak-kanak merupakan satu proses yang normal.

Page 10: Pesal

Vokalisasi kanak-kanak seterusnya akanberkembang mengikut perkembangan umurkanak-kanak berkenaan.