Pengertian dan Konsep Kurikulum PSV serta Konsep Sukatan Pelajaran PSV KBSR.
Peta Konsep kurikulum
-
Upload
hailmi-othman -
Category
Documents
-
view
10 -
download
0
description
Transcript of Peta Konsep kurikulum
PENGENALAN
Kurikulum Bahasa Melayu digubal untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara bagi
melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohasi dan jasmani. Ianya menyediakan
murid ke arah penguasaan dan kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan
tatabahasa yang betul. Selain itu murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan dari
matapelajaran yang lain di samping memperkembangkan pemikiran kreatif dan kritis.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberi penumpuan kepada
kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran ini membolehkan
murid menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan dalam kehidupan seharian. Sukatan
pelajaran ini juga mempertimbangkan pelbagai kecerdasan murid, gaya pembelajaran, dan minat.
Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah untuk melengkapkan
murid dengan:
keterampilan berbahasa
berkomunikasi untuk memenuhi
keperluan diri
memperolehi imu
perhubungan sosial dan urusan
harian
OBJEKTIF
Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis.
Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan dan situasi formal
Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran yang berterusan.
Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotism dan perasaan cinta akan negara.
Menggunakan bahada baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara.
Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperolehi ilmu dan maklumat secara kritis.
Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi
Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu
Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul.
Kemahiran bertutur
Kemahiran membaca
Kemahiran mendengar
Kemahiran menulis
Organisasi kandungan
Kemahiran Bahasa
Pengisian kurikulum
Hasil pembelajaran
Sistem bahasa
Kemahiran mendengar dan bertutur
1.0 Berbual dengan keluarga,rakan sebaya dan pihak lain dalam
situasi formal dan tidak formal
2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu
perkara yang didengar, ditonton, dibaca atau
dialami
3.0 Menyampaikan maklumat dalam
pengucapan yang mudah, betul, menarik dan
berkesan.
4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan
secara bertatasusila.
Kemahiran Membaca
5.0 Membaca kuat dengan kelancaran
sebutan, intonasi, dan gaya pembacaan yang
sesuai.
7.0 Membaca, menaakul, dan menghayati
kandungan teks yang dibaca.
6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam
pelbagai teks.
Kemahiran menulis
8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam
penulisan.
9.0 Mencatat dan menyusun maklumat.
10.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan
bukan kreatif.
11.0 Membuat ulasan tentang
bahan yang didengar, ditonton
atau dibaca.
Sistem bahasa
Tatabahasa
Morfologi
SintaksisSistem ejaan
Sebutan dan intonasi
Kosa kata
Peribahasa
Pengisian kurikulum
Ilmu
Nilai
Kewarganegraan
Peraturan sosiobudaya
Kemahiran bernilai tambah
Kemahiran berfikir
Kemahiran teknologi maklumat dan berkomunikasi
Kemahiran belajar cara belajar
Kajian masa depan
Kecerdasan pelbagai
Pembelajaran konstruktivisme
Pembelajaran kontekstual
Perkaitan Antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dengan Sukatan Pelajaran KBSR Bahasa
Melayu (2003)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan sistem
pendidikan negara kita. Para guru perlulah berpegang kepada FPK bagi menjelaskan
tanggungjawab profesional mereka agar matlamat pendidikan negara menjadi suatu kenyataan. Ini
memerlukan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para pendidik demi merealisasikan tujuan
dan cita yang terdapat dalam kandungannya. Falsafah ini menjadi tunjang kepada sistem
pendidikan negara di Malaysia. Maka, semua perancangan dan aktiviti pendidikan menunjukkan
nilai dan prinsip yang terkandung dalam FPK.
Jelaslah terbukti bahawa FPK menggariskan norma-norma yang seharusnya diamalkan demi
pelaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Falsafah ini penting dalam
penghasilan individu yang menjadi hasrat negara. Ia sememangnya mempunyai hubungan yang
rapat dengan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu khasnya dalam beberapa aspek.
Antaranya :
(a) Intelek
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu berperanan dalam melahirkan insan yang berintelek tinggi dan
berketerampilan. Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamatkan
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasamani, rohani.Oleh
sebab itu, sukatan ini berperanan membantu para guru bagi merancang pengajaran secara
tersusun, dan terancang bagi melahirkan insan atau pelajar yang mempunyai intelek yang tinggi
dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif. Ianya juga dapat menghasilkan insan yang berdaya
fikir tinggi dan mampu bersaing di antara satu sama lain bagi mencapai cita – cita dan Dasar
Pendidikan negara kita.
(b) Rohani
Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan begitu menekankan aspek rohani dan dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu boleh menekankan aspek rohani ini ke dalam jiwa murid–murid. Aspek
nilai–nilai murni berkait rapat dengan rohani ini. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, nilai–nilai murni
boleh diterapkan ke dalam diri murid–murid seperti nilai–nilai kasih sayang, bekerjasama, disiplin,
tolenransi, bertolak ansur, kesyukuran, dan pelbagai lagi.. Mereka bersikap lebih baik, menunjukkan
kesopanan dan tidak melakukan perkara–perkara negatif. Dengan kata lain, sikap mereka akan
lebih menjadi positif dan bertambah mulia.
(c) Jasmani
Dalam pengajaran Bahasa Melayu juga boleh menekankan aspek jasmani. Di samping rohani
murid yang sihat, aspek fizikal jasmani murid pula perlu sihat dan cergas. Guru boleh
menggabungjalinkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam Bahasa Melayu
dengan menyelitkan elemen–elemen kesihatan. Contohnya pengajaran tentang petikan kesihatan
berkaitan penjagaan diri, kebersihan diri, dan makanan seimbang.
(d) Bakat
Aktiviti seperti lakonan, mendeklamasi sajak, main peranan, bersyair, dapat mencungkil bakat
murid. Tambahan pula, banyak pertandingan seperti bercerita, nyanyian, pidato, berbalas pantun
dan pelbagai lagi dianjurkan, sama ada di peringkat zon, daerah, negeri, mahu pun kebangsaan,
bagi mecungkil bakat.
(e) Akhlak
Dalam pengajaran Bahasa Melayu, aspek ini dapat direalisasikan Guru perlu menerapkan nilai–nilai
murni ke dalam diri murid–murid. Contohnya, membantu rakan, menghormati orang tua mahu pun
orang yang lebih muda, memberi salam, dan pelbagai lagi.
(f) Sosial
Elemen sosial juga penting dan harus diserap ke dalam diri murid–murid di sekolah. Sosial ini
boleh dilakukan dengan menjalankan aktiviti seperti lakonan, perbincangan, dan lain–lain lagi. Guru
perlu menggalakkan para pelajar bergaul mesra dengan rakan–rakan, dengan guru–guru, dan
dengan sesiapa sahaja supaya pergaulan atau aktiviti sosial mereka lebih baik. Apabila sosial
mereka baik dengan persekitaran dan masyarakat mereka dapat bergaul mesra dan dapat
berkomunikasi dengan baik. Sifat pemalu dapat dihindari dari dalam diri sesetengah murid.
(g) Nilai – nilai estetik.
Nilai–nilai estetik adalah berkaitan dengan keindahan. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, nilai–nilai
estetik ini dapat dilihat dari segi keindahan bahasa itu sendiri. Contohnya, dalam pengajaran puisi
seperti sajak, pantun, gurindam, seloka, syair, dan pelbagai lagi. Keindahan bahasa yang terdapat
dalam puisi ini memang wujud dan dapat dirasai kehadirannya. Contohnya penggunaan gaya
bahasa dalam sajak, novel, cerpen seperti metafora, personafikasi, dan lain – lain.
REFLEKSI
Kursus BMM 3101 merupakan sesuatu yang baru baut saya. Tambahan pula ini merupakan kali
pertama saya mempelajari mengenai sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Subjek ini
menekankan kepada input-input yang terkandung dalam kemahiran menganalisis unsur-unsur
dalam sukatan pelajaran beserta aktiviti berdasarkan aras pembelajaran. Disamping itu subjek ini
merupakan kajian yang mendalam terhadap sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Ini
perlu dihayati bagi membolehkan seseorang guru Bahasa Melayu itu menyampaikan ilmu dengan
lebih berkesan.
Dalam tugasan bagi kursus BMM 3101 ini, saya dikehendaki menyediakan peta konsep mengenai
Sukatan Pelajaran KBSR Bahasa Melayu(2003). Pada awalnya semasa menerima jadual penentu
tugasan, saya merasakan akan menghadapi kesukaran untuk menyiapkan tugasan ini,
memandangkan semester-semester yang lalu, saya belum pernah mengambil kursus berkaitan
dengan sukatan Bahasa Melayu. Malahan di sekolah pun, saya tidak pernah mengajar Bahasa
Melayu. Ini agak membimbangkan saya sebenarnya, namun pada interaksi kedua yang lalu,
pensyarah BMM 3101 iaitu Puan Arbakyah Hasan telah memberikan penerangan yang jelas
tentang perlaksanaan tugasan ini. Penjelasan yang diberikan membuat saya yakin untuk
menyiapkan tugasan ini.
Sepanjang menyelesaikan tugasan peta konsep ini, saya telah beroleh beberapa pengalaman baru.
Antaranya ialah, saya sudah mahir untuk menggunakan menu ‘SmartArt’ untuk membuat peta
minda. Sebelum ini saya tidak pernah menggunakan kemudahan ini kerana saya lebih suka
membina peta minda atau peta konsep menggunakan kaedah manual iaitu memasukkan kotak teks
beserta anak panah. Jelas penggunaan menu ini menjimatkan masa di samping peta konsep yang
dihasilkan tampak lebih kemas.
Selain itu, penghasilan peta konsep ini memberi ruang untuk saya membaca dan mengkaji tentang
struktur sukatan Bahasa Melayu sekolah rendah. Sebelum ini saya menjangkakan bahawa
pengajaran Bahasa Melayu hanyalah berkisar tentang pemahaman, pembinaan ayat serta
membuat karangan. Namun melalui peta konsep ini saya lebih memahami sukatan dan tujuan
pengajaran Bahasa Melayu yang sangant berkait rapat dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kemahiran-kemahiran seperti mendengar, membaca, bertutur dan menulis merupakan aspek
penting dalam pengajaran Bahasa Melayu. Hasil pembelajaran dapat dicapai dengan
menggabungkan keempat-empat kemahiran ini.
Penghasilan peta konsep ini membolehkan saya mengetahui isi kandugan sukatan pelajaran.
Dengan menggunakan pengalaman ini, saya berupaya merancang langkah-langkah pengajaran
berdasarkan input di dalamnya. Pengajaran Bahasa Melayu bukanlah semata-mata
memperkenalkan aspek bahasa, terdapat perkara-perkara lain yang menjadi pelengkap terhadap
Bahasa Melayu. Antaranya ialah kemahiran belajar, kemahiran berfikir, dan kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi. Penggunaan teknologi memang tidak dapat dinafikan memandangkan
kita sedang menongkah arus kemodenan dan globalisasi. Akhirnya saya berupaya mengaplikasi
pengetahuan ini untuk menjadi seorang guru Bahasa Melayu yang kompoten.
Selain daripada penghasilan peta konsep, tugasan kedua merupakan penyediakan satu rancangan
pengajaran secara berpasangan. Ini merupakan perkara baru bagi saya, kerana kami berdua
bukanlah guru opsyen Bahasa Melayu. Untuk menjayakan tugasan ini kami berdua telah
berbincang untuk menentukan hasil pembelajaran dan tahun. Kami telah bersetuju untuk
menyediakan rancangan pengajaran untuk Tahun 4. Memandangkan kami kekurangan
pengalaman mengani aspek Bahasa Melayu, saya telah membuat rujukan kepada guru Bahasa
Melayu yang merupakan Ketua Panitia Bahasa Melayu. Hasil perbincangan dan maklum balas
yang diterima, maka kami berjaya menyiapkan tugasan ini.
Aktiviti- aktiviti yang dirancang juga mempunyai penerapan nilai-nilai yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan. Antara penerapan nilai-nilai murni sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Jika nilai–nilai ini dapat disemat ke dalam diri murid–murid, murid–murid
akan bersikap lebih keronahian dari segi tingkah laku dan akhlak mereka. Mereka bersikap lebih
baik, menunjukkan kesopanan dan tidak melakukan perkara–perkara negatif. Dengan kata lain,
sikap mereka akan lebih menjadi positif dan bertambah mulia.
Kemahiran sosial juga diterapkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang.
Melalui aktiviti kerja berkumpulan secaar tidak langsung murid akan berinteraksi semasa mereka
untuk mencapai matlamat pembelajaran. Kemahiran sosial ini merupakan aspek yang terdapat
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Nilai sosial penting dan harus diterapkan ke dalam diri
murid–murid sekolah. Apabila sosial mereka baik dengan persekitaran dan masyarakat mereka akn
dapat bergaul mesra dan dapat berkomunikasi dengan baik. Sifat pemalu dapat dihindari dari dalam
diri sesetengah murid.
Bagi tujuan menyelesaikan tugasan ini saya banyak membaca bahan dari internet. Perkara penting
yang saya harus tahu ialah apakah kehendak tugasan yang diberikan. Setelah mengumpul bahan-
bahan, barulah saya membaca untuk memahaminya kemudian membina ayat yang sesuai dari
hasil dapatan saya itu. Saya mengelakkan diri dari menceduk terus semua bahan yang saya
kumpul kerana saya beranggapan bahawa apabila kita membina ayat sendiri, kita lebih memahami
apa maksud ayat-ayat yang dibina. Syukur Alhamdulillah kerana saya boleh menyelesaikan
tugasan dengan hasil kerja sendiri.
Namun disebalik kesukaran tersebut saya beroleh banyak manfaat yang tidak ternilai
harganya. Dengan melakukan tugasan ini, saya dapat meningkatkan kemahiran belajar saya
sama ada membaca,mencatat nota,merujuk dan sebagainya. Saya juga lebih mahir dalam
proses untuk mencari dan menambah maklumat yang diperoleh.
Kesimpulannya,tugasan ini menyedarkan saya bahawa sebagai seorang guru
seharusya perlu mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Huraian Sukatan Pelajaran
dan Aras Pembelajaran kemahiran bahasa. Melalui pemahaman ini juga, guru dapat
mengajar dengan lebih berkesan. Akhir sekali, saya berharap semoga kerja kursus ini dapat
memberi manfaat kepada diri saya sendiri serta orang lain.
RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka ( Tahun 1-Tahun 6)
Faridah binti Nazir.Tuan Jah Tuan Yusof. (2013). Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia
http://www.ppk.kpm.my/sphsp